+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 16, 2008

Meneladani watak sederhana Nik Aziz, Guan Eng

Detik Daily

Posted on Thursday, May 15 @ 17:47:24 MYT by reformis
Artikel

Oleh Mohamad Sabu
Naib Presiden PAS

Gabungan kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah yang menerajui Semangat 46 dengan kekuatan keperibadian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS menyebabkan BN Kelantan mendapat "kosong kerusi" di peringkat Dun dan Parlimen dalam pilihan raya 1990.

Tok Guru Nik Aziz, watak dan kekuatannya terserlah setelah memerintah. Semasa beliau menjadi anggota pembangkang, watak dan pengaruhnya tidaklah seberapa. Kuasa yang dikejar oleh ahli-ahli politik selalunya disalahgunakan semasa menikmati kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.

Sebaliknya Tok Guru mempamerkan kesederhanaan.

Beliau tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan, tidak mengambil elaun keraian semasa Aidilfitri dan Aidiladha. Tok Guru juga memotong gaji bulanannya dan dimasukkan kembali ke dalam tabung kebajikan. Itu hanya beberapa pembaharuan yang dibuatnya.

Kekuatan dan persembahan baru Menteri Besar Kelantan menyebabkan PAS dan rakan-rakannya dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan seterusnya Barisan Alternatif dapat bertahan memerintah selama lima penggal. Percubaan BN untuk menggugat pemerintahan Angkatan dan BA gagal, di antaranya berpunca atas kesederhanaan perwatakan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut kajian selidik beberapa badan NGO terhadap sokongan kepada PAS dan BA, 7 peratus datang dari keperibadian Tok Guru Nik Aziz.

Kini selepas pilihan raya 2008, muncul seorang anak muda yang semasa mudanya menghadapi pelbagai tekanan dan ujian sebagai pembangkang kepada BN. Lim Guan Eng pernah ditahan ISA di bawah Operasi Lalang 1987, kemudiannya dipenjarakan di bawah kesalahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Beliau hilang segala keistimewaan sebagai ahli Parlimen sama ada dalam bentuk gratuiti, pencen dan tidak boleh bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan dalam tempoh yang agak lama.

Setelah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mengumumkan beberapa langkah untuk membersihkan pentadbirannya dari sebarang unsur rasuah dan nepotisme. Saya lebih tertarik untuk memaparkan amalan beliau secara peribadi untuk menjadi pemimpin melalui teladan.

Penyanyi Ning Baizura dan pengurusnya telah terserempak dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang menaiki kelas ekonomi pesawat MAS, sedangkan beliau selayaknya berada dalam kelas bisnes. Laman blog Ning Baizura telah memapar dan menceritakan hal Lim Guan Eng itu.

Pertemuan saya dengan Ketua Pulau Pinang bersama isterinya, Betty Chew di Lapangan Terbang Subang secara kebetulan telah menjelaskan lagi keazaman beliau untuk menjaga harta rakyat. Beliau menyatakan akan hanya menaiki pesawat kelas bisnes apabila kehabisan kelas ekonomi.

Semasa menginap di hotel, beliau akan menginap di standard room, sedangkan beliau layak berada di bilik 'suite' seperti dinikmati oleh menteri mesar dan ketua menteri yang lain. Jawapan yang diberikan oleh beliau adalah sama saja, beliau ingin menjadi contoh terutama kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa menjadi ketua menteri bukan untuk mendapat keistimewaan dan berbelanja dengan mewah, walaupun ia merupakan hak yang diluluskan kepadanya.

Sebenarnya rakyat amat suka apabila mereka mendapat pemimpin politik seperti Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng yang tidak pernah terfikir untuk memperkayakan peribadi, apatah lagi untuk melakukan rasuah atau salah guna kuasa, yang amat dibenci oleh rakyat.

Rakyat tidak mahu pemimpin hanya lantang suara semasa menjadi pembangkang, dan menegur segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh musuh, tetapi apabila mendapat kuasa, mereka hanya mengulang apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya.

Contoh dan amalan sederhana yang dijelmakan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng, insya-Allah akan menjadi budaya baru dalam kepimpinan politik dan masyarakat pada masa akan datang. Lim Guan Eng yang pernah makan malam bersama saya di warung-warung dengan kenderaan peribadi begitu menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap perwatakannya yang sederhana itu.

Sudah tentu harapan rakyat agar ia tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, sebaliknya budaya baru pemimpin Malaysia dapat dijelmakan pada masa akan datang. Sesungguhnya amalan rasuah, nepotisme, pembaziran akan lebih dibenci orang awam pada masa akan datang.

Read More...

S'jaya video: Siasat Mahathir & 5 lagi

Malaysiakini

May 16, 08 3:35pm

Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

zaid ibrahim parliament pc 080508 02Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.

Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah.

Salinan laporan

Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.

bm version lingam tape probe the gang of sixSuruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.

Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan.

"Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.

lingam tape 160508 report"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.

Siasatan adil

Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

"Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.

Sehubungan, tegas Zaid, jemaah menteri meminta dan menyeru kepada masyarakat umum, termasuk pihak media untuk membiarkan proses siasatan berjalan secara biasa tanpa tekanan ataupun sebarang prejudis terhadap mana-mana individu yang disebut dalam laporan tersebut.

"Perlu diingatkan bahawa dalam sistem perundangan kita, seseorang yang dituduh atau dikaitkan dengan sesuatu kesalahan itu adalah tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut," tambahnya.

bar council judiciary dinner 170408 ambigaSementara itu Majlis Peguam mengalu-alukan keputusan kabinet untuk mengumumkan kepada awam laporan siasatan diraja yang menyiasat klip video Lingam itu.

Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan rakyat berhak mengetahui laporan penuh hasil siasatan suruhanjaya tersebut serta asas-asas ianya dibuat.

Sehubungan itu, katanya, dalam satu kenyataan petang ini, siasatan peguam negara mestilah dijalankan secara adil, terperinci dan dengan segera, bagi memastikan tiada apa pun yang disembunyikan.

Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.

Read More...

Rakyat boleh dapat air percuma dengan menukar meter sendiri - MB Selangor

Harakahdaily

Roy Rasul | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Fri | May 16, 08 | 4:20:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, penghuni-penghuni rumah pangsa yang menukar meter air secara individu merupakan satu pelaburan yang sangat baik.

ImageOleh sebab itu katanya, mana-mana penghuni rumah yang mengguna meter air secara pukal melalui pemaju digalakkan menukarnya kepada meter individu dengan segera.

Menurutnya lagi cepat, penduduk menukarkan, lagi cepat mereka mendapat air percuma sebanyak 20 meter padu sebagaimana kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat menjanjikan dalam manifesto pilihanraya Barisan Alternatif Selangor baru-baru ini.

"Sekiranya mereka menukar kepada meter sendiri ia satu pelaburan kerana kita akan bagi air percuma sebanyak 20 meter padu dan ini pun insentif untuk Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) juga.

"Kalau tidak Syabas pun tak seronoklah, kita bagi air percuma," katanya dalam sidang akhbar selepas beliau menutup program Pembangunan Belia Negeri selangor di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Ampang pecah, Kuala Kubu Bahru, Selangor, semalam.

ImageBeliau berkata, sekarang baru penduduk rumah pangsa sedar bahawa harga air mereka lebih mahal berbanding rumah lain.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada penduduk sama ada mereka hendak menukar ataupun sebaliknya.

"Sebenarnya pada bulan Jun ini kita akan bagi air percuma sebanyak 20 meter padu tetapi kita tahu terdapat beberapa keadaan yang dihadapi penduduk," katanya.

Bahkan katanya, lebih kurang 400 ribu rumah pangsa yang tidak mempunyai meter sendiri.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan menunggu semua orang ada meter baru hendak bagi air percuma.

"Kita tidak boleh tunggu, nanti orang lain marah pula," katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan Selangor memberi air percuma membuka mata rakyat bahawa banyak kebaikan yang mereka dapat walaupun pada mulanya ada yang mempersoalkan.

ImageDalam pada itu, menjawab satu soalan, beliau berkata kelebihan tersebut tidak mustahil akan dinikmati oleh penduduk Wilayah Persekutuan juga.

Katanya, walaupun setakat ini kerajaan Selangor hanya memutuskan kepada penduduk Selangor, ia boleh difikirkan apabila disusun semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ini katanya, industri air di Selangor termasuk sama dengan Wilayah Persekutuan.

"Kita akan fikirkan bagaimana masyarakat Wilayah dan Selangor dapat kebaikan daripada ini. Sekarang ini hanya untuk Selangor," katanya. - mr

Read More...

Pusingan akhir: Anwar lawan Najib

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Hishamuddin Rais
Jumaat, 16 Mei 2008



JANGAN salah baca. Jangan salah congkak. Pembacaan politik yang betul amat penting untuk mengambil tindakan yang tepat. Politik wajib ditakrif sebagai perang di atas meja. Jika perang di atas meja ini gagal maka perang senjata di darat, laut, padang pasir atau hutan akan di mulakan.

Sejarah manusia adalah sejarah perang untuk mengambil kuasa. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas dengan yang lain untuk merebut kuasa demi kepentingan ekonomi. Hukum alam ini tidak pernah beralih-alih atau berubah. Inilah perjalanan sejarah tamadun manusia. Perebutan ekonomi adalah asas yang menimbulkan perang – sama ada perang di meja mahu pun perang di hutan.

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melancarkan perang untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat sedang melakukan perang ini agar punca-punca ekonomi dapat disusun kembali. Penyusunan ekonomi ini amat penting. Punca-punca ekonomi Malayssia wajib di agih-agihkan semula secara demokratik dan adil. Dasar ekonomi Pakatan Rakyat ialah untuk kesejahteraan ramai. Bukan kesejahteraan kroni, anak bini atau penyokong parti.

Selama 50 tahun ini punca-punca ekonomi telah di monopoli dan di kawal dengan ketat oleh gerombolan United Malays National Organisation dan sekutunya. Kekuatan ekonomi inilah yang membolehkan United Malays National Organisation dilihat kuat dan dapat terus berkuasa. Hari ini gerombolan ini sedang terdesak. Kekalahan mereka dalam PRU ke 12 yang lalu memungkinkan punca-punca ekonomi dalam tangan mereka tergelincir hilang dan di ambil alih oleh Pakatan Rakyat.

Waspada ! Gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya TIDAK akan melepaskan kuasa dengan senang. Ini hakikat. Gerombolan yang selama ini hidup bermewah-mewahan tidak mungkin akan melepaskan berbilion juta ringgit yang pada hari ini masih lagi dalam kawalan mereka. Justeru, mereka akan melawan kembali. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan punca-punca ekonomi ini. Perlawanan merebut punca ekonomi inilah yang di panggil perang politik.

Dalam perang politik ini semua mungkin berlaku. Dalam berperang semua kemungkinan akan dilakukan. Dalam perang semua kemustahilan akan difikirkan. Dalam perang ini semua taktik akan dilakukan untuk mengambil alih kuasa. Dalam perang ini tidak ada lubang cacing yang tidak akan digali. Dalam perang tidak ada sebuah gua batu yang tidak akan di selongkar. Tujuan akhir perang ini adalah untuk menang dan mengalahkan gerombolan United Malays National Organisation dan meletakkan kembali Malayssia ke atas landasan Ketuanan Rakyat.

Pertempuran politik di antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation ini pasti akan bertambah sengit. Apa yang kita baca, dengar dan lihat di pentas politik negara hari ini ialah penyambungan perang yang belum selesai sesudah PRU ke 12. Berita-berita yang kita baca di media atau di lihat di kaca TV semuanya adalah taktik dan strategi peperangan.

Orang ramai wajib sedar bahawa perang politik yang hakiki pada hari ini adalah di antara Anwar bin Ibrahim dengan Najib bin Razak. Jangan silap baca. Jangan silap menganalisa. Jika silap, hasilnya ialah kekalahan.

Abdullah Badawi, Mahathir Muhamad, Tengku Razaleigh, Muhideen Yassin - kesemua mereka ini bukan lagi pemain utama dalam perang ini. Pada awalnya dahulu mereka dilihat penting, kini mereka hanya watak-watak sampingan. Watak-watak ini dilihat keluar masuk gelanggang seolah-olah mereka penting tetapi dalam naratif pertempuran ini, mereka TIDAK penting lagi.

Dalam peperangan ini kita sebagai warga dituntut untuk tidak ada berkecuali. Sesiapa yang berkecuali ertinya sama bersekongkol untuk mempertahan kuasa yang sedia wujud. Kuasa yang sedia wujud ialah kuasa gerombolan United Malays National Organisation. Kuasa yang wujud ialah kuasa yang dimiliki oleh Najib bin Razak. Kuasa Najib bin Razak inilah yang sedang ditempur oleh Anwar bin Ibrahim.

Warga dan rakyat Malayssia wajib membuat pilihan sekarang. Pada hakikatnya warga Malayssia hanya ada dua pilihan – Anwar atau Najib. Apakah rakyat mahukan Anwar memimpin negara dengan agenda Ketuanan Rakyat atau mahukan Najib untuk meneruskan kerenah agenda kapal selamnya.

Najib mewakili politik lama - politik feudal yang memerangkap manusia Melayu dengan slogan Hidup Melayu. Slogan Hidup Melayu yang diwakili oleh Najib selama 50 tahun telah memaksa manusia Melayu duduk dalam cengkaman budaya feudal. Budaya feudal ini telah memastikan fikrah manusia Melayu terus bebal dan bodoh. Ertinya dasar budaya feudal yang di kembangkan oleh United Malays National Organisation bertujuan khusus untuk memperbodoh dan membebalkan manusia Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu manusia Melayu cerdik dan berani berfikiran bebas. Melayu yang cerdik dan berani berfikiran bebas akan berduyun-duyun meninggalkan United Malays National Organisation.

Tidak cukup dengan memperbodohkan Melayu gerombolan United Malays National Organisation ini juga tanpa henti-henti telah dan sedang menakut-nakutkan manusia Melayu dengan dua ekor hantu – satu hantu dipanggil Cina dan satu lagi dipanggil Kaum Asing.

Apabila mereka kalah dalam PRU ke 12 mereka terus menakut-nakutkan manusia Melayu dengan mengatakan bahawa Melayu telah hilang kuasa. Negara ini akan diambil oleh Cina. Kuasa politik Melayu hilang diambil oleh Cina dan Kaum Asing.

Manusia yang takut dengan hantu-hantu ini pasti akan mencari pertolongan dan bantuan bomoh dan pawang. Inilah taktik yang selama ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation; mereka menyebarkan cerita hantu dan kemudian mereka juga menjadi pawang menghalau hantu.

Memang tepat dan betul ada orang yang hilang kuasa dalam PRU ke 12 dahulu. Yang hilang kuasa ialah United Malays National Organisation. Bukan orang Melayu. Selama 50 tahun ini yang berkuasa ialah gerombolan United Malays National Organisation dan konco-konconya bukan orang Melayu. Manusia Melayu memang tidak memiliki apa-apa kuasa, tidak memiliki apa-apa ketuanan dan tidak memiliki apa-apa yang istimewa. Melayu hidup menunggu janji dan mati dalam harapan.

Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri ialah satu kemenangan tetapi BUKAN untuk Melayu, bukan untuk Cina , bukan untuk Iban, bukan untuk Dayak, Kadazan atau India. Kemenangan itu untuk semua rakyat Malayssia. Inilah bezanya Anwar dan Najib. Agenda Anwar untuk rakyat Malayssia dengan Ketuanan Rakyat. Manakala agenda Najib hanya untuk kuncu-konco kapal selamnya dan para kroni dalam gerombolan United Malays National Organisation.

Pada ketika ini taktik-taktik perang ini semakin jelas dan tidak kabur lagi. Dari awal lagi langkah Pakatan Rakyat telah disabotaj dan di serang. Fail-fail dihilangkan. Dokumen-dokumen penting dikoyak-koyak. Ini taktik-taktik perang awal untuk memporak perandakan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Yakinlah taktik dan serangan dari konco-konco Najib dan gerombolan United Malays National Organisation akan lebih kerap dan ganas. Menuduh Karpal Singh sebagai tidak hormat kepada Raja adalah taktik perang. Menyokong pegawai kerajaan negeri Perak agar enggan menjalankan tugas adalah taktik perang. Menuduh Anwar Ibrahim sebagai ejen Yahudi adalah taktik perang. Menutup jalan raya, menyembur orang ramai dengan air kimia dan tembakan gas pemedih mata kemudian menuduh Pakatan Rakyat sebagai mengancam suasana perniagaan adalah taktik perang.

Mahathir, Razaleigh, Muhideen, Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah Aziz – semua telah dipukul teruk oleh Pakatan Rakyat. Kini mereka lebam-lebam dan duduk membebel di luar gelanggang. Zam, Razi, Shahidan, Sharizat telah sesak nafas dan telah menanggalkan sarung penumbuk sambil duduk bersila di luar gelanggang.

Abdullah Badawi sendiri kelihatan letih dan lebam-lebam. Abdullah akan dibawa ke luar gelanggang untuk direhatkan mungkin seawal bulan Jun tahun hadapan. Kini yang tinggal dalam gelanggang untuk terus berperang ke pusingan akhir hanyalah Anwar dan Najib.

Rakyat seantero dunia sedang menunggu dan ternanti-nanti bunyi loceng akhir yang akan mengosong Najib bin Razak keluar gelanggang. Bila ini berlaku maka Pakatan Rakyat akan dinobatkan sebagai Kerajaan Baru untuk Malaysia.

Read More...

Kerajaan 2 bulan pun boleh dibubar - SPR

Mstar Online

16-05-2008 05:44:23 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan semasa sama ada peringkat negeri dan persekutuan, yang berusia kurang tiga bulan, boleh dibubarkan bila-bila masa jika parti memerintah merasakan perlu berbuat demikian untuk mendapatkan mandat segar.

Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang kerajaan semasa jika berhasrat untuk membubarkan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka laluan bagi pilihan raya tergempar.

"Tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan pembubaran tidak boleh dibuat (dalam masa tiga bulan selepas kerajaan dibentuk), tiada undang-undang," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, menjadi budi bicara Perdana Menteri untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Begitu juga bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Gabenor, kata beliau.

Negara tidak pernah menyaksikan perkembangan seumpama itu sebelum ini, tetapi peruntukan undang-undang tidak menghalang kerajaan semasa berbuat demikian.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan 15 bulan sebelum mandat tahun 2004 berakhir.

Meskipun pilihan raya umum diadakan 8 Mac lalu tetapi mandat kerajaan semasa persekutuan bermula hanya apabila Parlimen mula bersidang.

Parlimen ke-12 mula bersidang 29 April lalu dan penggal pertama mesyuarat akan berakhir 27 Mei ini. Beberapa negeri juga telah mula mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Wan Ahmad mengulas demikian ketika ditanya sama ada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh dibubarkan meskipun berusia kurang daripada tiga bulan ketika 'suasana politik tidak menentu' ekoran dakwaan melompat parti akan berlaku dalam waktu terdekat.

Cakap-cakap mengenai isu berkenaan kini muncul ekoran dakwaan Pakatan Rakyat cuba memancing ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan baru persekutuan.

Ia juga muncul isu hangat di Dewan Rakyat sejak minggu lalu dengan beberapa wakil rakyat dari Sabah memberi 'kata dua' kepada kerajaan persekutuan agar memenuhi tuntutan mereka sebelum September ini.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN kehilangan kerusi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dengan hanya memenangi 140 bahagian manakala barisan pembangkang pula mendapat 82 bahagian Parlimen.

Selain itu, BN juga kehilangan kerajaan di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Read More...

Adnan dicabar beli semula tanah Umno

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 16, 08 5:28pm

Bekas pemimpin kanan negeri sanggup berdepan dengan tindakan ketua perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung dakwaan mengenai penjualan tanah milik parti oleh menteri besar itu.

"Tidak perlu mengugut saya kerana Adnan sendiri telah tahu perkara tersebut.

"Saya mencabar Adnan supaya membeli semula tanah itu kerana ia milik parti," kata bekas setiausaha perhubungan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Malaysiakini hari ini.

"Kisah ini memang benar dan penjualan tanah itu telah empat tahun lalu."

Beliau mengulas kenyataan Adnan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya susulan aduannya tentang hal itu kepada presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi dalam surat bertarikh 5 Mei.

Menurut Ahmad Tajuddin, menteri besar itu mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk saman fitnah ke atas ketua bahagian Paya Besar itu seperti ucapan Adnan dalam rakaman cakera padat video (VCD).

Menurutnya lagi, Adnan juga mencabarnya tentang kesahihan jualan tersebut dalam ucapannnya yang dirakam dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan di satu bahagian di Pahang baru-baru ini.

"Adnan mencabar saya supaya membuka kitab (rekod untuk memastikan sama jualan itu terjadi atau tidak)," kata Ahmad Tajuddin, sambil menambah VCD itu beliau edar kepada semua pemimpin atasan dan ketua bahagian Umno seluruh negara.

Menurutnya, beliau menghantar surat tersebut untuk memberitahu pemimpin atasan Umno mengenai pembabitan Adnan dalam penjualan tanah tersebut tetapi sehingga hari ini belum mendapat sebarang jawapan.

Ahmad Tajuddin mendakwa, Adnan telah menjual tanah milik Umno dan sebuah syarikat Umno seluas kira-kira 30,000 ekar di Kuantan, Maran dan Rompin kepada dua syarikat iaitu Yayasan Pahang dan sebuah syarikat lagi milik peniaga Cina.

"Tanah milik Umno di Kuantan ialah seluas 11,000 ekar, Maran (2,000) dan milik Rangkaian Delima Sdn Bhd seluas 17,000 ekar di daerah Rompin pada 2004.

"Kami menganggarkan tanah itu dijual dengan harga RM600 juta berdasarkan harga pasaran semasa iaitu RM200,000 seekar. Di Kuantan harganya lebih mahal lagi.

"Tetapi yang menjadi persoalan kami tidak tahu di mana wang itu sekarang. Pihak mana yang memegang wang tersebut," dakwanya.

Beliau juga mendakwa bahawa penjualan tanah tersebut tidak dibuat mengikut saluran yang betul kerana ia tidak pernah mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa badan perhubungan Umno negeri.

Katanya, apabila ahli jawatankuasa itu bertanyakan perkara tersebut kepada Adnan dalam satu mesyuarat sebelum pilihanraya umum Mac lalu, menteri besar itu berkata "itu urusan ketua perhubungan Umno Pahang."

Ahmad Tajuddin juga mendakwa, Adnan tidak mahu melaporkan butiran mengenai penjualan tanah tersebut kepada badan perhubungan Umno negeri.

Katanya, beliau tidak tahu apa motif sebenar tindakan Adnan menjual tanah tersebut sedangkan hasil yang diperolehi daripada tanah itu yang ditanam kelapa sawit kira-kira RM170 juta setahun.

"Saya mencabar Adnan berusaha membeli semula balik tanah tersebut. Kalau beliau pandai menjual, pandailah membelinya semula," katanya lagi.

Isnin lalu, Adnan dilaporkan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ahmad Tajuddin di mukim Ulu Luit, Maran.

Menteri besar itu berkata beliau langsung tidak terlibat dengan penjualan tanah tersebut sebaliknya, Ahmad Tajuddin yang menandatangani surat perjanjian antara tiga pihak bertarikh 27 April 2004.

Beliau berkata, perjanjian tiga pihak itu ditandatangani antara Umno Pahang, Rangkaian Delima Sdn Bhd dan Prosper Trading Sdn Bhd sebagai pembeli.

''Dia (Ahmad Tajuddin) yang ada dari mula lagi, baik sebelum tanah dijual dan semasa dijual. Tandatangan dia pun ada, sedangkan tandatangan saya satu pun tak ada, bila dia buat tuduhan begini, orang melihat seolah-olah saya yang salah guna kuasa," beliau dilaporkan berkata di kediamannya di Kuantan.

Adnan dilaporkan berkata, walaupun dijual kepada Prosper Training, tidak timbul isu tanah itu dijual kepada syarikat bukan bumiputera kerana syarikat tersebut merupakan satu daripada anak syarikat yang bernaung bawah Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) yang juga agensi milik kerajaan negeri.

''Saya sangat sedih dengan hal ini. Begitu juga dengan laporan berita TV3 yang mendakwa tanah itu dijual dengan keluasan 12,000 hektar pada harga RM600 juta.

"Ia memang tidak benar, sedangkan tanah yang terlibat tidak sampai pun 400 hektar," katanya seperti laporan Utusan Malaysia.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut ulasan Adnan tentang dakwaan jualan tanah di Kuantan dan Rompin.

Read More...

Kerajaan Pusat Urus Duit Royalti Secara 'Gelap'

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Intan Abdullah
Friday, 16 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/cpa.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa pengendalian Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap isu wang royalti dibuat dalam keadaan gelap

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily berhubung penafian yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang membongkarkan maklumat bahawa Terengganu tidak pernah menerima baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas sebelum ini.

Bahkan jelas Ahmad lagi, iannya juga tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.

"Kita telah menjangkakan pendedahan mengenai hal ini dan pengendalian wang royalti sememangnya dibuat secara gelap dengan hanya Menteri Kewangan yakni Abdullah dan Menteri Besar yang lepas, Idris Jusoh sahaja yang mengetahuinya," katanya.

Tambahnya, selama ini wang tersebut telah digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikuti prosedur kewangan yang betul.

"Kita pernah membangkitkan tentang wang royalti ini di dalam dewan rakyat sebelum ini tetapi ianya sengaja ditutup dan dielak oleh kerajaan dengan alasan ianya masih dibicarakan di mahkamah," ujarnya.

Malah, beliau tidak menafikan bahawa baki RM3 bilion yang gagal dikesan itu telah digunakan untuk kepentingan politik BN dan bukan untuk menjalankan projek sepertimana yang didakwa oleh Ahmad bahawa terdapat kemungkinan ianya dihabiskan untuk membiayai projek kerajaan persekutuan di negeri itu.

"Mereka juga telah melakukan pembaziran dengan membelanjakan peruntukan tersebut sehingga tersasar daripada mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri itu sendiri.

"Ini kerana wang royalti yang dikatakan tersebut tidak sampai kepada matlamat asal perbelanjaannya berdasarkan prioriti yang sepatutnya bagi menyelesaikan pelbagai keperluan yang sebenar seperti masalah kemiskinan, perumahan, pendidikan dan sebagainya," katanya lagi.

Mustafa yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak secara sah berdasarkan perjanjian asal yang dimeterai pada 22 Mac 1975.

"Menerusi perjanjian tersebut, Terengganu berhak mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus dan saya mencadangakan agar ianya diselaraskan dengan negeri-negeri lain seperi Sabah dan Sarawak.

"Sekiranya sesudah itu ianya diperakui oleh kerajaan pusat dan negeri untuk menarik balik kes tersebut daripada mahkamah kerana sehingga kini ia masih diteruskan," ujarnya lagi.

Tegasnya, rakyat Terengganu kini semakin menyedari kepentingan dan hak mereka terutamanya dalam isu wang royalti minyak.

Sejak tahun 2000, kerajaan pusat telah menyekat pembayaran wang royalti minyak kepada kerajaan negeri yang ditadbir PAS ketika itu dengan mewujudkan sebuah akaun khas bagi menyalurkan wang tersebut kepada negeri.

Ianya dikawal selia oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Idris Jusoh.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad berkata beliau sudah bertanya mengenai wang royalti itu kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan diberitahu bahawa kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion.

Menurut laporan Berita Harian, Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau akan mendapatkan maklumat lanjut ke mana perginya baki duit royalti atau dana khas itu yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz bahawa Petronas membayar RM26.7 bilion royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan dan tiga kerajaan negeri dari 2004 hingga 2007.

Amirsham berkata, sebanyak RM13.4 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.3 bilion), Sabah (RM1.2 bilion) dan Sarawak RM4.9 bilion).

April lalu akhbar turut melaporkan Ahmad meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri yang dikenali sebagai DKKP bagi membolehkan ia digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.

Ahmad berkata, penyerahan semula hak pengurusan wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik pada 2000 ketika pentadbiran Pas, akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek sesuai dengan keperluan tempatan.

Nilai wang royalti minyak itu dianggarkan RM1 bilion setahun. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti minyak lima peratus kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan melalui projek pembangunan dan bukan dibayar kepada kerajaan negeri.

Read More...

Krisis dalaman Umno Pahang memuncak

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab

Thu | May 15, 08 | 4:46:29 pm MYT

KUANTAN 15 Mei (Hrkh) � Krisis Umno Pahang semakin memuncak, dengan adengan cabar mencabar di antara pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

Kelmarin Adnan menafikan dakwaan Ahmad bersabit penjualan tanah seluas 12,000 hektar melibat syarikat milik Umno, Rankaian Delima kepada sebuah syarikat bukan bumiputera dan keuntungan sebanyak RM600 juta.

Adnan mendakwa ladang Nukleus di Ulu Luit , Maran yang dijual itu hakikatnya hanya seluas 400 ekar sahaja, Kenyataan Adnan bermakna dakwaan Ahmad tentang penjualan tanah itu tidak pernah dinafikanya.

Adalah jelas Ahmad tidak berbohong sekaligus dakwaan Adnan kononya Ahmad berbohong hanya melibatkan isu kelusan tanah bukanya isu pokok iaitu ujudnya aktiviti pernjualan tanah Umno di situ.

Apa yang penting disini ialah berlakunya aktiviti penjualan tanah melibatkan kerajaan negeri dan Umno, parti yang menguasai kerajaan Pahang.

Kewibawaan Adnan sudah tercalar dengan pendedahan Ahmad dalam isu tanah yang membabit syarikat proksi Umno itu, (Rangkian Delima Sdn Bhd).

Ahmad hari ini (14 Mei) mencabar dan mencadangkan supaya Adnan segera melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis berhubungan dakwaanya itu.

Beliau dipetik berkata, sekiranya Adnan tidak berkeyakinan, tindakan yang berwibawa akan diambil oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno khususnya dalam isu membabitkan penjualan tanah (milik Umno itu).

Pembabitan Syarikat proksi Umno, Rangkaian Delima dalam pemilikan tanah dan pembalakan di Pahang bukanlah suatu rahsia, syarikat itu menjadi nadi kekuantan Umno Pahang suatu ketika dahulu tetapi hari ini tanah milik Umno melalui syarikat berkenaan satu demi satu dijual kepada syarikat bukan Bumiputera ini termasuklah ladang Nukleus di Ulu Lut, Maran itu.

Bagi penduduk Luit, mereka menyaksikan penerokaan haram tanah kerajaan di situ secara besar-besaran dengan kehairanan serta menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan Ahmad bahawa 12,000 hektar tanah di situ telah pun dijual adalah berasas.

Baru-baru ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat telah membuat satu laporan kepada BPR bersabit dengan penerokaan tanah kerajaan di situ.

Tetapi siapa tahu penerokaan haram yang dimaksudkan penduduk sebenarnya adalah penerokaan terangcang oleh para pemimpin Umno dengan kerjasama syarikat bukan bumiputera berkaitan jika dilihat kepada kaedah penerokaan dijalankan.

Jika tidak masakan Pejabat Tanah dan Daerah Maran gagal mengesan pencerobohan tanah kerajaan di situ.

Malah, penduduk mendakwa pejabat tanah berkenaan hanya pantas mengambil tindakan jika ada penduduk kampung meneroka tanah di situ secara kecil-kecilan tetapi tidak mengambil tindakan kepada sendikit yang meneroka tanah secara besar-besaran. - mr

Read More...

Dewan kecoh isu DEB

Utusan Online

KUALA LUMPUR 15 Mei - Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan isu 'soalan bocor' apabila pihak pembangkang mempertikaikan cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A. Aziz menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN- Rembau).

Tindakan Amirsham menjawab soalan itu yang berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan membaca teks menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang bangun dan mendakwa soalan itu dirancang lebih awal.

Ekoran itu Dewan menjadi kecoh apabila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang bertikam lidah.

Ketika menjawab soalan tambahan Khairy itu, Amirsham menyatakan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berikrar menghapuskan DEB kerana dasar itu melahirkan rasuah, kronisme dan keberkesanan sistemik, tidak tepat dan dibuat tanpa memahami objektif DEB.

Di sebalik segala gangguan itu, Amirsham meneruskan jawapan tanpa menghiraukan kebisingan di sekitarnya, malah menyatakan, jika begitulah kesimpulan Guan Eng terhadap DEB, maka sesiapa sahaja yang mendapat bantuan melalui dasar itu sama ada dalam bentuk pinjaman, peluang pekerjaan, perniagaan, biasiswa dan sebagainya adalah kroni dan kaki rasuah.

''Ini bermakna ahli profesional bumiputera yang dihasilkan melalui DEB termasuk 23.5 peratus akauntan tergolong dalam kategori tersebut.

"Jangan sampai segala kebaikan sesuatu dasar dilupakan. Keseluruhannya DEB adalah dasar yang adil, baik dan mengubah pembangunan negara sehingga hari ini," katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Prof. Dr. P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan), Amirsham sekali lagi diganggu oleh wakil rakyat yang bangun mempertikaikan jawapan beliau sehingga menyebabkan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) membangkitkan Peraturan Tetap meminta Timbalan Yang Dipertua menggunakan kuasa mengawal keharmonian Dewan.

Terdahulu, menjawab soalan asal Khairy, Amirsham berkata, kerajaan tidak bercadang mengubah polisi yang telah digubal berlandaskan semangat DEB yang bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan bumiputera, India, Orang Asli dan kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak.

Malah katanya, penyusunan semula masyarakat, khasnya membela golongan miskin merupakan ''affirmative action'' yang diguna pakai di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat, India dan Afrika Selatan.

''Kerajaan akan meneruskan komitmennya melaksanakan strategi-strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi," katanya.

Amirsham berkata, sekiranya matlamat DEB berjaya direalisasikan, terutamanya dari segi agihan kekayaan negara dengan lebih adil antara etnik, negeri, bandar dan luar bandar, akan secara langsung mempercepatkan usaha memastikan penyertaan lebih seimbang dan saksama pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Beliau berkata, seterusnya ia akan menyumbang ke arah pemantapan perpaduan nasional yang menjadi salah satu aset terpenting dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia untuk maju melepasi 2020.

Read More...

Umno pernah beli Adun PAS, tumbangkan kerajaan di Terengganu

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Thu | May 15, 08 | 8:51:35 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 15 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan parti politik pertama yang menghianati demokrasi dengan mengamalkan sogokan wang.

Katanya, parti tersebut tidak perlu menggelabah sekiranya orang lain (pembangkang) juga cuba melaksanakan perkara yang serupa.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang tinggi sehingga boleh menampung tiga generasi sekiranya melompat parti.

Menurut Dahlan, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh �utusan khas� hantar untuk bertemunya sebelum ini hanya akan didedahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) di sini, petang tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sebenarnya menjadi guru dalam semua kerja jahat termasuk membeli undi, menyogot wang termasuk membeli wakil rakyat untuk mendapatkan kemenangan.

�Inilah bahananya Umno, dia buang najis, lepas tu dia suruh orang lain basuh, mana boleh, padan dengan muka Umno, tak perlu pertikai lagi la (beli Adun), sebab dia selama ni yang mengajar orang lain,� ujarnya.

Menurutnya kerajaan Terengganu pernah jatuh ketika di bawah kerajaan PAS yang diterajui Allahyarham Daud Samad kerana Umno menggunakan kaedah itu untuk menawan negeri berkenaan.

�Kerajaan Kelantan yang jatuh pada tahun 1978 juga kerana Umno menculik seorang wakil rakyat PAS ketika itu, Haji Omar untuk tujuan menumbangkan kerajaan PAS,� katanya.

Selain itu tiga Adun PAS yang menang pada pilihan raya umum 2004 turut ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi tujuan untuk melompat parti kepada BN.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit ditawarkan hingga RM5 juta. Siapa yang melakukan semua itu kalau bukan Umno.

�Jadi Umno kena faham apa yang berlaku jangan marah sebab mereka sendiri yang mengajar (memulakannya), jadi jangan marahlah, padan muka dia (Umno),� tambahnya.

Ditanya pejabat DAP di Perak yang dibom dengan petrol malam semalam katanya tindakan itu dilakukan oleh mereka yang kecewa.

�Kalau beriman, mereka akan bertindak mengikut cara Islam, sebaliknya bagi yang tidak berpandukan ajaran Islam akan melalukannya begitu.

�Bagi orang yang kecewa tidak boleh berhujah dengan dalil atau kebenaran, dia akan melepaskan geram atau kecewanya dengan bom. Ini semuanya tak betul,� ujarnya. - mj

Read More...

Saya dah jumpa Najib, kata Dr M

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 15, 08 5:15pm

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau telah bertemu dengan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, selepas beliau mendedahkan bahawa perdana menteri menghalang pertemuan mereka.

Pertemuan tersebut berlangsung di kediaman rasmi timbalan perdana menteri itu, Seri Satria di Putrajaya, selama kira-kira dua jam Ahad lalu.

mahathir and najib happyRabu lalu, mantan perdana menteri itu mendedahkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghalang Najib daripada mengadakan pertemuan dengannya selepas pilihanraya umum lalu.

Dia tak halang...selepas saya umum, beliau tidak halang Najib bertemu saya. Dah jumpa dah," katanya kepada wartawan selepas beliau merasmikan pelancaran buku Kismet yang ditulis oleh seorang pegawai polis, Sher Mohamed Allah Baksh di ibu negara hari ini.

Hadir sama ialah bekas ketua polis negara, Tun Haniff Omar; bekas naib canselor Universti Malaya, Prof Diraja Ungku Aziz dan ahli keluarga Sher Mohamed.

Pada 8 Mei lalu Dr Mahathir memberitahu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, bahawa perdana menteri menghalang Najib bertemu beliau untuk membincangkan isu-isu semasa selepas pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, keesokannya, dalam satu sidang media selepas merasmikan persidangan halal di ibu negara, Abdullah menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Dr Mahathir juga ditanya mengenai kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury baru-baru ini.

‘Jangan lupa sejarah'

Mengulas tindakan Karpal itu, Dr Mahathir berkata, perkara itu berlaku kerana pemerintahan yang ada lemah.

"Orang tak hormat lagi, orang tidak menghormati pemerintahan lemah. Pemerintah lemah akan menimbulkan masalah," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan setiausaha pergerakan pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau telah ditawarkan wang sehingga cukup untuk tiga generasi, mantan perdana menteri berkata:

"Bukan lagi kerana bangsa dan negara serta lain-lain. Sekarang apapun duit. Bukan nak jadi pemimpin, mahu jawatan. Kalau ada duit boleh melompat."

Sementara ketika berucap di majlis tersebut, Dr Mahathir berkata, orang yang melupakan sejarah akan sentiasa mengulangi kesilapan yang lalu.

Kerana itu, tambahnya, sejarah sangat penting untuk melihat kesilapan lalu agar tidak berulang pada masa depan.

"Saya pernah suruh (Tun) Haniff tulis buku mengenai pengalamannya dalam pasukan polis tetapi beliau enggan. Penulisan seperti ini adalah untuk generasi muda dan sebagai warisan," katanya lagi.

Read More...

Impak strategi terbaru Mahathir-Najib

Mstar Online

16-05-2008 03:03:33 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: "Dah jumpa dah." Jawapan ini nampak ringkas, tetapi membawa maksud amat mendalam serta mempunyai signifikan tersendiri kepada politik tanah air.
Lebih-lebih lagi ke atas perkembangan dalam UMNO sendiri sejak kebelakangan ini.

Susulan pertemuan ini, banyak persoalan timbul dan diajukan oleh pelbagai pihak.
Mstar Online disahkan pertemuan itu telah berlangsung pada Ahad lalu di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya. Dr. Mahathir sendiri telah melangkah ke Seri Satria.

Jika berdasarkan kenyataan Dr. Mahathir minggu lalu, Najib telah menyatakan kesediaannya mengunjungi beliau sebaik sahaja mendapat kebenaran Perdana Menteri.
Pertemuan Dr. Mahathir-Najib berlangsung dalam tempoh lima hari selepas bekas Perdana Menteri mendakwa Najib enggan memenuhi permintaannya agar diadakan satu pertemuan selepas pilihan raya kerana tidak mendapat restu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semalam, Dr. Mahathir tidak mendedahkan isi pertemuan tersebut. Tetapi difahamkan banyak isu semasa khususnya yang berkisar pada prestasi UMNO dan BN dalam pilihan raya umum dibincangkan panjang lebar.

Kini Dr. Mahathir atas kapasitinya sebagai negarawan dan pemimpin yang berusia berbanding Najib, sepatutnya tidak perlu melakukan demikian. Tetapi beliau bertindak demikian. Sekali lagi persoalannya: Mengapa?

Ya, mengapa perlunya pertemuan ini? Mengapa Dr. Mahathir sendiri yang 'berusaha' untuk memastikan pertemuan diadakan dengan Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO menjadi kenyataan?

Adakah kedua-dua mereka begitu terdesak sehingga perlu bertemu secara tertutup?
Adakah Dr. Mahathir ingin menyampaikan sesuatu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi Najib?

Adakah Dr. Mahathir memerlukan sokongan Najib untuk menggerakkan caturan politik pasca selepas bersara lebih empat tahun lalu?

Adakah perkembangan politik semasa memerlukan strategi baru Dr. Mahathir sebagai veteran UMNO dan bekas Perdana Menteri untuk melakukan sesuatu dalam suasana politik semasa.

Jika ya, apakah antara isu yang menjadi bahan perbincangan?

Meskipun sudah lebih empat tahun menyerahkan kepimpinan kepada Abdullah dan Najib selaku Timbalan Perdana Menteri, setiap gerak-geri, tindakan dan kenyataan serta komen Dr. Mahathir masih menarik perhatian ramai. Banyak pihak masih berpegang kepada kata-kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir masih membawa kesan dan impak ke atas senario politik negara.
Pada 7 Mei lalu, Dr. Mahathir melahirkan rasa kesal kerana hasratnya untuk bertemu Najib bagi membincangkan isu-isu semasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak berjaya kerana Timbalan Perdana Menteri itu perlu mendapat keizinan Abdullah terlebih dahulu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pada 21 April lalu Dr. Mahathir melabelkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah menyifatkannya sebagai penakut dan tidak berani bercakap.

Najib selama ini dikatakan mengambil sikap berdiam diri dalam banyak isu berkaitan dengan kepimpinan negara dan pilihan raya.

Justeru dengan perkembangan terbaru Ahad lalu dan pengesahan Dr. Mahathir, ia bakal membawa impak, signifikan dan strategi terbaru dalam politik nasional dan UMNO sendiri. UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada Disember ini.

Ia bakal mencorakkan arah aliran sokongan kepada Najib dalam pemilihan kali ini. Begitu juga ia akan menentukan arah aliran baru dalam politik nasional mulai sekarang.

Read More...

"Anwar memang baik dengan Wolfowitz tapi..."

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Utusan
Jumaat, 16 Mei 2008

KL: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini tidak menafikan dakwaan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Penasihat parti itu mempunyai hubungan baik dengan perancang utama pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, Paul Wolfowitz.

Beliau berkata, namun persahabatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Wolfowitz yang juga seorang Yahudi itu digunakan bagi menegaskan mengenai soal keadilan dan kebenaran.

''Kita desak supaya tentera AS diundurkan dari bumi Iraq, kita desak pengagihan bantuan tsunami di Acheh dilakukan dengan adil dan kita desak nama ulama tersohor, Dr. Yusof Qardhawi dibersihkan daripada disenaraihitamkan.

''Saya nak tanya pemimpin UMNO mana yang berani mendesak Presiden George Bush bersihkan nama Qardhawi.

''Malah kerajaan sanggup tidak menerima kehadiran Menteri Luar Palestin dari Hamas kerana desakan AS. Jadi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya tunduk kepada AS dan Yahudi, bukan Anwar," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz yang dibuat sewaktu perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong yang mengaitkan Anwar sebagai agen Yahudi berikutan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

Mukhriz dalam ucapannya Isnin lalu mendedahkan hubungan akrab Anwar dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS itu hingga Anwar dilantik menjadi Pengerusi sebuah yayasan yang diterajui Wolfowitz yang juga dikatakan penganut fahaman neo-konservatif.

Menurut Azmin, kenyataan Mukhriz itu secara jelas boleh dilihat sebagai mewakili apa yang hendak disampaikan oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

''Itu bukan ucapan dia (Mukhriz), tetapi ucapan bapa dia kerana bapa dia tak dapat masuk Parlimen dia gunakan anak dia untuk lempar tuduhan ini,'' katanya.


Read More...

Tengku Adnan dan Vincent Tan pengaruhi pelantikan hakim



Suruhanjaya dapati Lingam bercakap dengan Ahmad Fairuz dalam rakaman klip video

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan, secara langsung mempengaruhi pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.

Ini adalah antara kesimpulan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim, yang mengadakan inkuiri selama 17 hari berakhir 15 Februari lalu.


Suruhanjaya itu, dalam laporannya, juga menyatakan keraguan terhadap keterangan Tengku Adnan dan Tan dalam inkuiri berkenaan kerana mereka sekadar menafikan pelbagai soalan daripada peguam yang mewakili pihak berkepentingan.


Hasil siasatan suruhanjaya itu juga jelas bercanggah dengan kenyataan Tengku Adnan dalam inkuiri itu yang menyebut: "Saya tiada kena mengena dengan pelantikan hakim". Tan juga ketika memberi keterangan, mendakwa beliau tiada kaitan dengan pelantikan hakim.

Laporan suruhanjaya itu mendapati, peguam, Datuk VK Lingam, menyebut nama Tengku Adnan sebanyak 11 kali dalam rakaman klip video selama 14 minit itu, ketika bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan mencadangkan beberapa individu yang memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan.

Laporan itu turut mendapati, wujud asas untuk agensi penyiasat membuat siasatan berhubung dakwaan Lingam mempunyai hubungan baik dengan Tun Mohd Eusoff Chin yang menjadi Ketua Hakim Negara daripada 1994 hingga 2000.

Pada 1998, adik Lingam, Thirunama Karasu membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mendakwa abangnya mempunyai kaitan dengan Mohd Eusoff tetapi perkara berkenaan tidak diambil tindakan susulan.

Dalam inkuiri yang diadakan itu, Majlis Peguam mengemukakan gambar, tiket penerbangan dan jadual perjalanan sebagai bukti menunjukkan Mohd Eusoff, Lingam dan keluarga mereka pernah bercuti bersama ke New Zealand pada akhir 1994.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan turut mengesyorkan supaya Lingam disiasat kerana salah laku mengikut Akta Profesion Guaman.

Suruhanjaya juga membuat penelitian dalam maklum balas kepada keterangan yang diberikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Dalam laporannya itu, Suruhanjaya berkenaan memetik Dr Mahathir sebagai mempunyai 'tafsiran sempit' terhadap perkataan 'perundingan' berhubung proses pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.

Ia dibuat sebagai maklum balas kepada tindakan Dr Mahathir yang tidak menerima nasihat Dzaiddin supaya melantik Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad menjadi Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001.

Sebaliknya, jawatan itu diberikan kepada Ahmad Fairuz yang ketika itu lebih junior berbanding Malek. Malek meninggal dunia pada 31 Mei tahun lalu.

Laporan media baru-baru ini memetik Dr Mahathir sebagai berkata, beliau sudah membaca petikan daripada laporan suruhanjaya terbabit dan mendakwa wujud usaha mengaitkannya dengan perkara itu walaupun bekas Perdana Menteri itu menafikan mempunyai hubungan langsung dengannya.

Dr Mahathir turut mendakwa laporan itu sebagai cuba menggambarkan seolah-olah beliau seorang yang bersikap berat sebelah.

Suruhanjaya itu juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman dan Kehakiman bagi mengelak salah guna kuasa oleh Ketua Hakim Negara yang berhak untuk mencadangkan hakim yang menganggotainya.

Ketika ini, suruhanjaya itu diketuai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Peguam Negara yang juga Ketua Jabatan Guaman, adalah juga anggotanya manakala ahli lain semuanya terdiri daripada kalangan hakim.

Suruhanjaya Diraja juga mencadangkan supaya Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak turut menganggotai badan itu kerana mereka juga bertanggungjawab dalam pelantikan, pertukaran dan kenaikan pangkat hakim serta pendaftar mahkamah yang lebih rendah.

Cadangan itu dibuat kerana sebelum ini, berlaku keadaan di mana Ketua Hakim Negara mengamalkan pilih kasih.

Tiga lagi cadangan Suruhanjaya Diraja ialah supaya ditubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi hakim mahkamah yang lebih tinggi; penubuhan Tribunal Aduan Kehakiman serta pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan bagi menghapuskan persepsi bahawa badan eksekutif mempunyai pengaruh terhadap institusi kehakiman.

Laporan Suruhanjaya Diraja itu sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu dan salinannya diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Kandungan laporan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang akan memutuskan sama ada ia perlu didedahkan kepada umum.

Read More...

Video Lingam: JPM buat laporan polis terhadap akhbar

Malaysiakini

May 16, 08 8:18pm

Jabatan Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa akhbar kerana menerbitkan butiran terperinci dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam, sebelum ianya diumumkan kepada awam.

Akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian dan Sin Chew Daily sebelum ini telah melaporkan butiran dan syor-syor yang dibuat dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Sementara itu, seorang Senator hari ini mempertikaikan tindakan dua buah akhbar menyiarkan laporan siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video Lingam lebih awal dari keputusan kabinet untuk mengumumkan laporan itu kepada orang ramai.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Al Habshee berkata sungguhpun menjadi amalan dalam dunia media setiap akhbar bersaing untuk menyiarkan "scoop", namun perbuatan menyiarkan laporan berkenaan seolah-olah memperlekeh kabinet sebagai pihak yang sepatutnya mengumumkan perkara itu.

"Saya hairan bagaimana kedua-dua akhbar itu terlebih dahulu menyiarkan laporan siasatan itu seolah-olah ada pihak tertentu yang membocorkannya sebelum keputusan kabinet diumumkan," katanya kepada Bernama.

"Justeru, saya berharap pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri
memandang berat soal ini bagi mempastikan pihak media sentiasa menghormati etika kewartawanan dalam keghairahan mencari bahan berita.

Muka depan akhbar the New Straits Times dan Berita Harian hari ini menyiarkan hasil siasatan suruhanjaya itu termasuk nama-nama individu yang disyorkan oleh suruhanjaya untuk diambil tindakan.

"Tindakan harus diambil bagi menentukan pengamal media sentiasa bertanggungjawab dan menghormati institusi tertinggi di negara ini," kata Syed Ali.

Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya laporan suruhanjaya itu diumumkan kepada orang ramai.

Jemaah Menteri turut mengarahkan Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung semua tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan itu, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya.

Read More...

PM tidak boleh disingkir - Najib

Utusan Online

KUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh Perlembagaan dan beliau tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, apa juga tindakan berhubung kedudukan Perdana Menteri mesti mengikut lunas-lunas Perlembagaan negara.

"Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan, ia tertakluk kepada Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas risalah yang diedarkan di Parlimen hari ini mengenai kedudukan Perdana Menteri serta cadangan untuk mewujudkan undang-undang antilompat dalam kalangan wakil rakyat.

Risalah itu antara lain menyebut, berdasarkan Artikel 43(5), Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa meminta Perdana Menteri melepaskan jawatannya.

Tetapi jika Perdana Menteri mendapat undi tidak percaya dari Dewan Rakyat, beliau mempunyai dua pilihan iaitu meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Selain daripada dua cara itu, risalah tersebut menyebut, Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan daripada kedudukannya walaupun kerajaan yang memerintah gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Ini kerana pada pilihan raya umum 1969, Perikatan gagal mendapat majoriti dua pertiga, namun Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin memerintah negara dari Februari 1971 hingga 1974 hanya dengan majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Berhubung perkara itu kata Najib, apa pun tindakan mesti mengikut ketetapan Perlembagaan.

"Apa pun yang berlaku mesti mengikut Perlembagaan negara," tegasnya.

Ditanya sama ada mereka yang lompat parti boleh dihalang daripada hadir ke Dewan Rakyat, Najib berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Read More...

Video Lingam: Dr. M antara 6 individu disyor disiasat lanjut

Mstar Online

16-05-2008 07:47:53 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara enam individu dikenal pasti oleh Suruhanjaya Diraja sebagai mereka yang telah memainkan peranan 'penting' dalam aturan pelantikan hakim-hakim dan perlu disiasat lanjut.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video Datuk V.K. Lingam mengesyorkan supaya keenam-enam mereka disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Selain Dr. Mahathir lima yang lain ialah peguam Datuk V.K.Lingam sendiri, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan; bekas anggota Kabinet, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin.

Pada sidang akhbar di pejabatnya pukul 3petang tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju agar Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan lanjut serta-merta atas segala tuduhan terhadap mereka.

Malah, Jemaah Menteri turut bersetuju untuk mengedarkan laporan suruhanjaya ini kepada orang ramai minggu depan pada harga RM542 senakshah.

Laporan berjumlah 186 muka surat itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.

Suruhanjaya Diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang dikatakan seorang hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Seramai 21 saksi termasuk Dr. Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam inkuiri yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Read More...

Penggelapan RM3 bilion royalti petroleum - Kerajaan BN perlu beri penjelasan

Harakahdaily

Fri | May 16, 08 | 10:35:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mendedahkan bahawa Terengganu tidak menerima wang royalti berjumlah RM3 bilion yang sepatutnya dibayar kepada negeri itu sejak 2004.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Amirsham A. Aziz di Dewan Rakyat 14 Mei lalu bahawa Petronas telah membayar sejumlah RM7.3 bilion royalti kepada Terengganu sejak 2004 amat mengelirukan kerana kerajaan negeri mendakwa hanya menerima sebanyak RM4.3 bilion sahaja dalam tempoh tersebut.

"Dengan pendedahan oleh Menteri Besar Terengganu ini, bermakna sebanyak RM3 bilion telah tiris daripada dana rakyat Terengganu.

"Itupun, wang sebanyak RM4.3 bilion yang diterima oleh Terengganu adalah melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih dikenali sebagai wang ehsan. Sedangkan, dalam perjanjian Terengganu-Petronas tentang hak petroleum, Terengganu dijanjikan untuk dibayar royalti," tegasnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurut Salahuddin, penyelewengan wang royalti dilakukan oleh Kerajaan BN sejak tahun 2000 apabila PAS menguasai negeri tersebut.

Menurutnya, pada tahun 2000 sahaja dianggar RM1 bilion royalti perlu dibayar kepada Terengganu, tetapi dirompak oleh Kerajaan BN di peringkat Pusat dan ditukar menjadi wang ehsan yang diagihkan melalui Umno Terengganu.

"Dalam tempoh empat tahun pertama rompakan royalti ini, sebanyak lebih RM4 bilion telah diselewengkan. Kemudian, apabila Umno menguasai semula Terengganu, dengan peningkatan pengeluaran minyak dan kenaikan harga minyak dunia, jumlah royalti meningkat dua kali ganda kepada RM7.3 bilion sehingga 2007 atau RM157 bilion jumlah sumbangan Terengganu kepada Petronas," jelas beliau.

Salahuddin menegaskan, isu penggelapan wang royalti minyak berjumlah RM3 bilion yang tidak diketahui butiran perbelanjaannya tidak termasuk lebih RM4 bilion yang diselewengkan antara 2000 hingga 2004.

Pemuda PAS Pusat, ujarnya tidak dapat menerima jika wang RM3 bilion itu dibelanja Kerajaan Pusat untuk pembangunan Terengganu kerana ia adalah milik negeri itu.

"Lebih membimbangkan lagi jika wang ini diselewengkan oleh menteri besar sebelum ini, Datuk Idris Jusoh. Kerana itu beliau berkeras mahu terus menjadi menteri besar bagi mengelakkan penyelewengan ini didedahkan," dakwa Salahuddin.

Pemuda PAS Pusat juga, tambah Salahuddin percaya bahawa jumlah wang royalti sebanyak RM4.3 bilion yang dimasukkan dalam bajet Terengganu itu termasuk untuk membiayai projek membazir di Pulau Wan Man dan Piala Monsun. - tajdid

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |