| Malaysiakini |
| Jun 25, 08 3:53pm |
| Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan mengemukakan permohonan semakan penghakiman terhadap hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Lingam. Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sudah pun bersalah. Kerana asas yang digunakan Suruhanjaya Diraja adalah jika sesuatu itu boleh berlaku, maka ia sudah berlaku jika ia boleh berlaku. "Kerana ada kemungkinan saya telah dipengaruhi oleh Lingam dan dengan itu saya telah dipengaruhi oleh Lingam. Ini merupakan kriteria baru bagi bukti di mahkamah. Jadi saya sudah pun bersalah. Jadi apa gunanya saya mengemukakan rayuan." Dr Mahathir berkata beliau terpaksa akur dengan standard baru itu yang sudah menjadi kelaziman di negara ini, demikian menurut laporan Bernama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan memohon semakan kehakiman sepertimana yang dilakukan oleh bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hartawan Tan Sri Vincent Tan dan peguam Datuk V.K Lingam baru-baru ini. Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku "Smart Growth", nukilan Prof Salleh Buang, oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. Ditanya sama ada beliau bersalah seperti didakwa, Dr Mahathir secara sinis menjawab: "Bersalah seperti dihakimi. Suruhanjaya itu dianggotai mereka yang bijak pandai. Ada hakim-hakim, hakim-hakim yang berpengalaman yang berkata boleh jadi saya telah dipengaruhi dan dengan itu saya perlu disiasat. "Saya tidak akan mengemukakan rayuan. Saya akan pergi ke mahkamah," katanya. Lingam didakwa terbabit dalam klip video kontroversi selama 14 minit yang menurut suruhanjaya itu memaparkan beliau berbual di telefon berhubung urusan pelantikan hakim dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Berdasarkan hasil inkuiri suruhanjaya itu, Tengku Adnan dan Tan dikatakan mempunyai pengaruh secara langsung dalam pelantikan dan kenaikan pangkat para hakim. Panel juga mencadangkan agar Lingam, Dr Mahathir, Tengku Adnan, Tan, Ahmad Fairuz dan Ketua Hakim Negara yang telah bersara Tun Mohd Eusoff Chin disiasat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Hasutan 1961, Akta Profesion Undang-undang 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Kanun Keseksaan. |
Wednesday, June 25, 2008
Video Lingam: Dr M sedia ke mahkamah
0 comments Labels: dr det, malaysiakini, Pita Lingam
Thursday, May 22, 2008
BPR buka kes percutian Eusoff-Lingam
KUALA LUMPUR 21 Mei – Setelah 10 tahun siasatan dihentikan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka semula siasatan kes percutian melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan peguam, V. K. Lingam di New Zealand pada 1994.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan yang mengesahnya berkata, keputusan itu dilakukan setelah BPR menerima arahan Peguam Negara semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
‘‘Kita membuka semula siasatan seperti diarahkan oleh Peguam Negara yang diterima semalam,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ekoran laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan BPR membuka semula siasatan terhadap Eusoff dan Lingam.
Siasatan tertumpu kepada dakwaan mereka ‘bercuti bersama’ pada tahun 1994 berdasarkan gambar percutian bekas Ketua Hakim Negara itu dengan keluarga Lingam.
Siasatan juga dijangka memberi tumpuan terhadap beberapa isu lain yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya tersebut.
BPR pada 1998 menyiasat kes itu setelah menerima aduan daripada orang ramai tetapi siasatan diarah ditutup oleh Peguam Negara berikutan kekurangan bukti.
Lingam dalam perbicaraan suruhanjaya klip video memberitahu, beliau bersama Eusoff merancang percutian di New Zealand secara berasingan walaupun butir percutian mereka, termasuk tarikh penerbangan hampir sama.
0 comments Labels: badan kehakiman, BPR, Pita Lingam, utusan
Wednesday, May 21, 2008
Perbualan Lingam, Ahmad Fairuz tulen
KUALA LUMPUR 20 Mei - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video yang dijual kepada umum mulai hari ini mengesahkan bahawa ia adalah rakaman perbualan antara peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Selain rakaman video yang dihasilkan oleh saksi ke-12, Loh Gwo Burne disahkan tulen, laporan yang mengandungi empat jilid buku berasingan itu turut mendapati isi kandungan perbualan antara Lingam dan Fairuz adalah benar.
Mengikut laporan, identiti Lingam disahkan berdasarkan hasil analisis suara, latar belakang rumah yang disahkan padan dengan rakaman klip video selain keterangan ahli perniagaan, Loh Mui Fah dan anaknya Gwo Burne yang berada di tempat kejadian.
Di samping berdasarkan keterangan saksi seperti bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, identiti Ahmad Fairuz pula dikenal pasti berikutan isi kandungan perbualan antara kedua-duanya yang merujuk pada situasi semasa dan benar-benar berlaku kemudiannya.
Antaranya, petisyen pilihan raya membabitkan peguam Wee Choo Keong, cadangan untuk anugerah gelaran Tan Sri kepada Ahmad Fairuz disegerakan, kenyataan kepada akhbar The Star dan lain-lain lagi.
Sementara identiti lelaki Cina yang menyaksikan perbualan tersebut serta berbual-bual dengan Lingam sebaik perbualan telefon antara keduanya tamat dengan mudah dikenal pasti sebagai Mui Fah.
Berikutan itu, laporan suruhanjaya itu mencadangkan Akta Hasutan 1948, Akta Profesion Guaman 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972, Kanun Keseksaan dan lain-lain diguna pakai terhadap individu-individu terbabit.
Bagaimanapun suruhanjaya yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor menyerahkan semua itu kepada budi bicara Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu berkenaan.
Suruhanjaya itu dibentuk pada 12 Disember 2007 bagi menyiasat dan menentukan ketulenan serta kesahihan klip video memaparkan Lingam berbual melalui telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim-hakim.
Ia turut dianggotai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.
Walau pada awalnya suruhanjaya dijangka bersidang selama dua minggu bermula 14 Januari dengan 15 saksi, ia hanya berakhir selepas 17 hari yang memakan masa sebulan dengan 21 saksi.
Dalam prosiding tersebut, sebanyak 116 bahan bukti dan 17 Akuan Berkanun dikemukakan dengan 38 peguam tampil mewakili pelbagai pihak terbabit.
Laporan suruhanjaya yang berharga RM541 itu terbahagi kepada Laporan, Nota Keterangan, Akuan Berkanun serta Bahan Bukti dan boleh diperolehi di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
0 comments Labels: Pita Lingam, utusan
Monday, May 19, 2008
Siasat percutian Lingam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja turut mencadangkan supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR), membuka semula siasatan terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan peguam, Datuk VK Lingam.
Suruhanjaya itu dalam laporannya yang diumumkan Jumaat lalu, secara khusus mahu BPR menyiasat mengenai percutian antara kedua-dua mereka bersama keluarga ke New Zealand pada 1994.
Malah, suruhanjaya turut mencadangkan BPR menyiasat beberapa hakim yang dikatakan pernah menerima hadiah daripada Lingam.
Suruhanjaya mendapati, siasatan awal terhadap percutian Lingam dan Mohd Eusoff serta keluarga mereka ke New Zealand itu turut membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.
Laporan itu juga menyatakan bahawa jika BPR tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka, masyarakat mungkin memandang rendah terhadap integriti badan kehakiman.
Suruhanjaya merumuskan demikian berikutan bekas setiausaha dan adik Lingam, G Jayanthi dan V Thirunama, dalam kenyataan bersumpah mereka ketika memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan, mengesahkan wujud hubungan baik antara Mohd Eusoff dan Lingam.
“Siasatan baru sepatutnya dibuat kerana ia membabitkan kelakuan yang tidak sepatutnya oleh Mohd Eusoff dan beberapa hakim lain yang dipercayai rakyat. Integriti BPR akan dipersoal melainkan tindakan positif diambil,” kata laporan itu.
Jumaat lalu, Kabinet mengarahkan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta berhubung segala tuduhan terhadap enam individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.
Mereka adalah Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Mohd Eusoff serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Thirunama membuat laporan polis pada 1998 terhadap Lingam kerana mendakwa merasuah beberapa hakim termasuk Mohd Eusoff. Beliau mendakwa turut menghantar hadiah kepada mereka selepas diminta Lingam berbuat demikian.
Jayanthi dalam keterangannya mengesahkan kepada suruhanjaya bahawa percutian antara Lingam dengan Mohd Eusoff ke New Zealand pada 1994, dirancang dan bukannya kebetulan.
Jayanthi berkata, beliau sendiri yang mengatur urusan percutian termasuk mendapatkan tiket penerbangan dan jadual perjalanan daripada syarikat agensi pelancongan. Semua tiket penerbangan itu dibayar oleh Lingam.
Suruhanjaya itu mendapati, percutian antara Lingam dan Mohd Eusoff amat mengejutkan kerana bukti yang dikemukakan menunjukkan perkara itu memang berlaku.
Mohd Eusoff dalam keterangannya menafikan merancang percutiannya dengan Lingam dan mendakwa bertemu secara kebetulan dengan peguam itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan di New Zealand.
“Melihat kepada terlalu banyak kebetulan yang didakwa berlaku, kita hanya perlu melihat dari segi logik untuk menolak kemungkinan berkenaan,” kata laporan itu.
Sementara itu, dalam penutup laporan berkenaan, suruhanjaya itu antara lain menyebut bahawa tugas mereka dalam inkuiri itu ‘bukan sekadar untuk merawat tetapi juga membasmi penyakit’.
“Dalam kata lain, satu usaha bersungguh-sungguh mesti dilakukan untuk mencari punca sebenar ‘penyakit’ yang sudah ditemui itu,” katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, Pita Lingam
Koleksi Video - Dr M....ke mahkamah jua akhirnya....
0 comments Labels: dr det, koleksi video, Pita Lingam
Sunday, May 18, 2008
Jangan bicara sendiri - Ini tidak adil bagi individu terbabit klip video Lingam – PM
KUALA LUMPUR 17 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak termasuk media supaya tidak melakukan perbicaraan sendiri ke atas individu-individu terbabit atau dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam.
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menunggu sehingga siasatan Jabatan Peguam Negara ke atas perkara tersebut selesai dijalankan.
‘‘Kita jangan lemparkan apa-apa tuduhan hingga mewujudkan pendakwaan melalui media kerana ini tidak adil kepada mereka yang berkenaan selain memang tidak sepatutnya dilakukan.
‘‘Apa yang terdapat dalam laporan itu terserahlah kepada pihak yang berkenaan (Peguam Negara). Maka tunggulah siasatan selesai dan bukannya buat siasatan sendiri, kemudian tuduh yang bukan-bukan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11 di sini hari ini.
Abdullah diminta mengulas mengenai kedudukan keenam-enam individu yang disebut dalam laporan suruhanjaya berkenaan termasuk berhubung kedudukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ada kemungkinan berlaku kesalahan di sisi undang-undang membabitkan individu yang disebut dalam laporan berkenaan.
Berikutan itu, Zaid memaklumkan Kabinet telah mengarahkan supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya itu.
Keenam-enam individu itu ialah peguam, Datuk V.K. Lingam, ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; Tengku Adnan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin; dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sementara itu, ditanya apakah kerajaan akan mengecualikan Dr. Mahathir daripada sebarang tindakan memandangkan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri, Abdullah berkata;
‘‘Laporan berkenaan telah diserah kepada Peguam Negara dan beliau selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan akan memaklumkannya kepada kerajaan.
‘‘Jadi pada waktu ini saya tidak ada apa-apa kenyataan berhubung perkara ini,’’
Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa syor yang dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaiki sistem kehakiman negara.
‘‘Semuanya (yang dicadangkan suruhanjaya) itu kita fikirkan dan pertimbangkan, cuma terpulang kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan yang akan diambil.
‘‘Sebenarnya sebelum ini pun tindakan telah diambil (untuk memperbaiki sistem kehakiman). Selain dari itu saya tak nak buat apa-apa komen lanjut, tunggu nasihat daripada Peguam Negara,’’ katanya.
0 comments Labels: Pak Lah undur, Pita Lingam, utusan
Dr. M: Dakwa saya, sedia dedah semua di mahkamah
Mstar Online
17-05-2008 09:17:45 PM
JOHOR BARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung isu aturan pelantikan hakim-hakim, sebagaimana disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Klip Video Datuk V.K Lingam.
Kata beliau, pendakwaan terhadapnya di mahkamah akan memberi peluang untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum UMNO Pascapilihan Raya Umum Ke-12 anjuran Badan Bertindak Gabungan AhliAhli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com di sini hari ini, Dr. Mahathir berharap siasatan terhadapnya tidak akan ditamatkan di atas alasan tiada kes.
"Jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.
"Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakimhakim ini sepatutnya disiasat," kata beliau.
Semalam Kabinet memutuskan supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja itu, yang menyiasat klip video yang mengandungi perbualan Lingam, seorang peguam kanan dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.
Selain beliau, Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menyangka mereka yang melobi itu melakukan perkara yang salah, kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya, baik untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.
Bagaimanapun kata bekas Perdana Menteri itu, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim adalah berdasarkan kepada penilaiannya sendiri.
"Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik. Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.
"Saya bukan posmen, bila Ketua Hakim cadang saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan Ketua Hakim harus diputuskan oleh Ketua Hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen," kata Dr. Mahathir.
Beliau juga ditanya cadangan Suruhanjaya Diraja agar siasatan turut dilakukan terhadap Vincent Tan dan Tengku Adnan.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui peranan mereka kerana mereka tidak pernah melobi dengannya.
"Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, Perdana Menteri atau bakal Timbalan Perdana Menteri," menurutnya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada adalah baik.
"Apa yang menjadikan sistem itu tidak berjalan dengan baik adalah manusia," katanya.
Forum itu dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang, termasuk anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin, bekas anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad yang menjadi anggota penal majlis tersebut.
0 comments Labels: dr det, mstar online, Pita Lingam
Saturday, May 17, 2008
Dedah laporan video Lingam agenda siapa?
| Abdul Halim Mohd Rashid Sat | May 17, 08 | 4:23:13 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - PAS melihat pendedahan awal beberapa media yang dikuasai parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) sebagai agenda politik dalaman Umno untuk mengalihkan hasil kajian usaha memulihkan sistem kehakiman kepada agenda memulihkan krisis kepimpinan Umno, kata Ketua Penerangannya, Haji Mahfuz Omar. Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam membuat laporan polis ekoran tindakan beberapa organisasi media menyiarkan isi kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu. Tindakan tersebut dilaporkan telah diambil kerana beberapa akhbar telah menyiarkan isi kandungan laporan suruhanjaya itu sebelum Kabinet bermesyuarat membincangkan perkara itu pagi ini. "Kita tidak pasti sama ada laporan ini bertujuan �mengenakan� (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) atau ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan calon proksi Dr Mahathir, tetapi yang pasti ia adalah agenda untuk memerkukuhkan pengaruh pihak tertentu dalam Umno. "Pada hari ini walau apa pun yang dilaporkan oleh media, hakikat wujudnya persaingan pengaruh dalam Umno amat ketara. Kini ada di kalangan mereka cuba mengalihkan isu siasatan pita video ini untuk kepentingan politik Umno" katanya. PAS, katanya, memandang serius pendedahan kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja tentang Klip Video Lingam oleh media massan, khususnya Kumpulan NSTP. Seperti yang dimaklumi umum, katanya, ketika perkara itu dibocorkan akhbar-akhbar tersebut, Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja mahupun kabinet belum membuat keputusan sama ada mahu mendedahkan atau tidak laporan ini kepada umum. "Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberitahu kerajaan akan mengkaji sama ia perlu didedahkan atau sebaliknya. Tetapi, yang menjadi persoalan bagaimana hasil siasatan tersebut boleh didedahkan lebih awal oleh media massa," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Umum mengetahui, kata Mahfuz, bahawa Kumpulan NSTP adalah antara akhbar yang dimiliki oleh Umno dan kumpulan tertentu dalam Umno dikatakan menguasai media ini. "Sebelum ini, Dr Mahathir pernah membangkitkan tentang perlantikan Datuk Kalimullah Hassan sebagai ketua pengarang kumpulan akhbar ini. Dan hari ini, bberapa akhbar utama NSTP seperti Berita Hatian dan New Straits Times telah membuat pendedahan terhadap laporan siasatan diraja ini dengan mendakwa dua kroni Dr Mahathir, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Tan Sri Vincent Tan sebagai terlibat terhadap usaha mempengaruhi perlantikan hakim," kata beliau. PAS, katanya lagi, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu ang cuba menggunakan media bagi membangkitkan isu yng sebenarnya masih menjadi �rahsia negara�. "Adakah ini satu pedekatan politik BN ketika mereka sedang tersepit antara kemaraan Pakatan Rakyat dengan pergolakan dalaman Umno/BN? "Isu Lingam ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan masalah Umno, melainkan untuk membersihkan institusi kehakiman semata-sama. Jadi mengapa ada usaha dari tangan-tangan ghaib untuk mempergunakan media bagi menjerat pihak tertentu dalam usaha memperkukuhkan pengaruh masing-masing dalam Umno. "PAS bimbang sekiranya isu ini menjadi agenda politik yang sempit dan akhinya tujuan asal untuk membersihkan institusi kehakiman bertukar menjadi agenda untuk membersihkan pengaruh kumpulan tertentu dalam Umno," katanya lagi. |
0 comments Labels: Harakahdaily, Pita Lingam
Puas hati wujud pakatan sulit - Suruhanjaya Siasatan Pita Lingam
Berita Harian
LAPORAN LENGKAP: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menunjukkan buku laporan suruhanjaya mengenai rakaman klip video di Putrajaya, semalam. |
Suruhanjaya yakin pelantikan Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001 diatur
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Klip Video V K Lingam berpuas hati wujud pakatan sulit oleh peguam itu untuk membabitkan diri secara aktif dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim, terutama Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Suruhanjaya itu yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohamed Noor yakin Lingam dibantu sahabat karibnya, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam pakatan itu, terutama bagi pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Hakim Besar Malaya dan seterusnya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Menurut suruhanjaya itu, keadaan berkenaan mengakibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkait dalam proses berkenaan.
"Perkara ini dapat dilihat terutama jika mengambil kira keadaan di mana Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad tidak dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.
(Dr Mahathir tidak menerima nasihat Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah supaya melantik Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad menjadi Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001. Sebaliknya, jawatan itu diberikan kepada Ahmad Fairuz yang ketika itu lebih junior berbanding Malek). "Sayangnya, matlamat utama mereka tidak dapat dipastikan sepenuhnya memandangkan skop terma rujukan suruhanjaya ini adalah agak terhad.
"Bagaimanapun ia boleh dikaitkan dengan penyusunan kes dan penghakiman, seperti yang dihujahkan peguam pemerhati ketika inkuiri, termasuk wakil Majlis Peguam. Adalah munasabah untuk mengandaikan tujuan pakatan itu semata-mata untuk kepentingan peribadi," katanya.
Mengikut laporan itu, titik permulaan bagi siasatan suruhanjaya adalah untuk menentukan tema perbualan dalam klip video yang seterusnya diteliti dengan mengambil kira peranan setiap watak dalam rakaman berkenaan.
Sehubungan itu, suruhanjaya juga berpuas hati bahawa isi kandungan serta butiran perbualan yang dirakamkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, adalah benar. Rakaman itu dibuat di rumah Lingam pada 20 Disember 2001.
Suruhanjaya berpuas hati bahawa adanya perbuatan salah laku kerana tindakan 'watak utama' dalam klip video sepanjang 17 minit itu akan mengakibatkan pandangan serong rakyat terhadap integriti dan kebebasan badan kehakiman di negara ini, memandangkan perkara itu menjadi isu induk yang dibualkan.
Rumusan suruhanjaya itu sekali gus menyangkal dakwaan Lingam bahawa rakaman berkenaan sekadar menunjukkan beliau bercakap besar, mabuk atau merapu dalam perbualan telefon.
"Kami berpeluang menonton dan mendengar klip video itu tidak kurang dari lima kali sepanjang siasatan berlangsung, dan tiada langsung tanda menunjukkan Lingam mabuk sama ada dari perlakuan atau percakapannya.
"Malah beliau mampu ingat pelbagai fakta dan kejadian dengan menyeluruh dan terperinci serta nampak rasional (ketika bercakap) selain berdialog secara lancar.
"Selain itu, dua saksi iaitu ahli perniagaan Loh Mui Fah dan anaknya, Gwo Burne, yang hadir sepanjang rakaman memberi keterangan bahawa Lingam tidak mabuk.
"Tidak masuk akal untuk Lingam mabuk sedangkan mereka ke rumahnya khusus untuk makan malam selain membincangkan beberapa hal perundangan," katanya.
Selain itu, Haidar berkata isu mabuk bukanlah sesuatu yang Lingam ingat sebagai satu fakta sebaliknya ditimbulkan sebagai satu andaian berdasarkan gambar botol dalam dua keping gambar yang juga diambil pada malam sama.
"Lingam juga mengakui dirinya sekadar minum pada majlis tertentu, dan bukannya seorang yang sering minum arak," kata laporan itu.
Mengikut suruhanjaya, keterangan Lingam bahawa beliau sekadar menipu atau bercakap besar turut tidak diterima kerana kebanyakan pernyataan yang didakwa peguam itu sepanjang perbualan akhirnya terbukti benar.
Malah, isi kandungan perbualan itu tidak pernah dipertikaikan kecuali beberapa perkara remeh, itupun disebabkan kata-kata yang sebenar tidak dapat didengar dengan jelas.
0 comments Labels: badan kehakiman, Berita Harian, Pita Lingam
Lingam Tape report to be made public from Tuesday
Sun2surf
Husna Yusop
PUTRAJAYA (May 16, 2008): The Cabinet today agreed that the contents of the report by the royal commission on the VK Lingam video clip be made public and copies of the report to be sold.
It has also taken into account the findings of the commission which has identified that the video clip recording is authentic and decided to recommend that appropriate action be taken against the individuals identified and said to have committed certain offences.
"Following these findings, there is a possibility that offences against the law have been committed as stipulated in the report. The Cabinet agrees for the Attorney-General (A-G)'s Chambers to institute immediate investigation on all allegations levelled against individuals identified in the report,” said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim, adding the government is now in the process of preparing the necessary laws for the establishment of the Judicial Appointment Commission.
Asked for the names of the individuals identified in the report, he said, they are Datuk V.K. Lingam, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tun Mohd Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Tun Dr Mahathir Mohamad.
When asked whether these people were implicated, he said: "No. No. I don’t want to say implicated. I said these are the findings of the report."
He said the various offences mentioned in the report included the Official Secret Act, Sedition Act, Penal Code and obstruction of justice.
"These are the issues that the A-G has to investigate. But I have to remind you, this report or recommendations are advisory in nature. So, you have to have another investigation," he added.
Zaid said the government is committed and serious about restoring the rule of law, returning confidence back to the judiciary and making sure that the selection process of judges and high officers are done in a transparent way.
"This is so that we ca minimise the shortcomings and weaknesses in the past,” he said, adding the Cabinet urged the public, including the media, to allow investigation process to proceed uninterrupted without undue pressure or any prejudice against any individuals identified in the report.
"It must be reiterated that in our legal system, an accused or a person implicated for an offence is presumed innocent until proven guilty in a court of law," he said, adding the public would be able to buy the report from the Legal Affairs Division from 2pm on Tuesday (May 20).
There are four volumes to the report by the Commission of Enquiry on the Video Clip Recording of the Images of a Person Purported to be an Advocate and Solicitor Speaking on the Telephone on Matters Regarding the Appointment of Judges, namely the main report (RM161.40), the notes of proceeding (RM123), statutory declaration (RM120) and exhibits (RM136.90).
0 comments Labels: badan kehakiman, Pita Lingam, The Sun
Friday, May 16, 2008
S'jaya video: Siasat Mahathir & 5 lagi
| Malaysiakini |
| May 16, 08 3:35pm |
| Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu. Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah. Salinan laporan Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas. Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu. Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan. "Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.
Siasatan adil Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK). "Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya. Sehubungan, tegas Zaid, jemaah menteri meminta dan menyeru kepada masyarakat umum, termasuk pihak media untuk membiarkan proses siasatan berjalan secara biasa tanpa tekanan ataupun sebarang prejudis terhadap mana-mana individu yang disebut dalam laporan tersebut. "Perlu diingatkan bahawa dalam sistem perundangan kita, seseorang yang dituduh atau dikaitkan dengan sesuatu kesalahan itu adalah tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut," tambahnya.
Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan rakyat berhak mengetahui laporan penuh hasil siasatan suruhanjaya tersebut serta asas-asas ianya dibuat. Sehubungan itu, katanya, dalam satu kenyataan petang ini, siasatan peguam negara mestilah dijalankan secara adil, terperinci dan dengan segera, bagi memastikan tiada apa pun yang disembunyikan. Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut. |
0 comments Labels: badan kehakiman, malaysiakini, Pita Lingam
Tengku Adnan dan Vincent Tan pengaruhi pelantikan hakim
| |
Suruhanjaya dapati Lingam bercakap dengan Ahmad Fairuz dalam rakaman klip video
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan, secara langsung mempengaruhi pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.
Ini adalah antara kesimpulan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim, yang mengadakan inkuiri selama 17 hari berakhir 15 Februari lalu.
Hasil siasatan suruhanjaya itu juga jelas bercanggah dengan kenyataan Tengku Adnan dalam inkuiri itu yang menyebut: "Saya tiada kena mengena dengan pelantikan hakim". Tan juga ketika memberi keterangan, mendakwa beliau tiada kaitan dengan pelantikan hakim.
Laporan suruhanjaya itu mendapati, peguam, Datuk VK Lingam, menyebut nama Tengku Adnan sebanyak 11 kali dalam rakaman klip video selama 14 minit itu, ketika bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan mencadangkan beberapa individu yang memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan.
Laporan itu turut mendapati, wujud asas untuk agensi penyiasat membuat siasatan berhubung dakwaan Lingam mempunyai hubungan baik dengan Tun Mohd Eusoff Chin yang menjadi Ketua Hakim Negara daripada 1994 hingga 2000.
Pada 1998, adik Lingam, Thirunama Karasu membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mendakwa abangnya mempunyai kaitan dengan Mohd Eusoff tetapi perkara berkenaan tidak diambil tindakan susulan.
Dalam inkuiri yang diadakan itu, Majlis Peguam mengemukakan gambar, tiket penerbangan dan jadual perjalanan sebagai bukti menunjukkan Mohd Eusoff, Lingam dan keluarga mereka pernah bercuti bersama ke New Zealand pada akhir 1994.
Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan turut mengesyorkan supaya Lingam disiasat kerana salah laku mengikut Akta Profesion Guaman.
Suruhanjaya juga membuat penelitian dalam maklum balas kepada keterangan yang diberikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.
Dalam laporannya itu, Suruhanjaya berkenaan memetik Dr Mahathir sebagai mempunyai 'tafsiran sempit' terhadap perkataan 'perundingan' berhubung proses pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.
Ia dibuat sebagai maklum balas kepada tindakan Dr Mahathir yang tidak menerima nasihat Dzaiddin supaya melantik Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad menjadi Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001.
Sebaliknya, jawatan itu diberikan kepada Ahmad Fairuz yang ketika itu lebih junior berbanding Malek. Malek meninggal dunia pada 31 Mei tahun lalu.
Laporan media baru-baru ini memetik Dr Mahathir sebagai berkata, beliau sudah membaca petikan daripada laporan suruhanjaya terbabit dan mendakwa wujud usaha mengaitkannya dengan perkara itu walaupun bekas Perdana Menteri itu menafikan mempunyai hubungan langsung dengannya.
Dr Mahathir turut mendakwa laporan itu sebagai cuba menggambarkan seolah-olah beliau seorang yang bersikap berat sebelah.
Suruhanjaya itu juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman dan Kehakiman bagi mengelak salah guna kuasa oleh Ketua Hakim Negara yang berhak untuk mencadangkan hakim yang menganggotainya.
Ketika ini, suruhanjaya itu diketuai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Peguam Negara yang juga Ketua Jabatan Guaman, adalah juga anggotanya manakala ahli lain semuanya terdiri daripada kalangan hakim.
Suruhanjaya Diraja juga mencadangkan supaya Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak turut menganggotai badan itu kerana mereka juga bertanggungjawab dalam pelantikan, pertukaran dan kenaikan pangkat hakim serta pendaftar mahkamah yang lebih rendah.
Cadangan itu dibuat kerana sebelum ini, berlaku keadaan di mana Ketua Hakim Negara mengamalkan pilih kasih.
Tiga lagi cadangan Suruhanjaya Diraja ialah supaya ditubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi hakim mahkamah yang lebih tinggi; penubuhan Tribunal Aduan Kehakiman serta pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan bagi menghapuskan persepsi bahawa badan eksekutif mempunyai pengaruh terhadap institusi kehakiman.
Laporan Suruhanjaya Diraja itu sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu dan salinannya diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Kandungan laporan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang akan memutuskan sama ada ia perlu didedahkan kepada umum.
0 comments Labels: badan kehakiman, Berita Harian, Pita Lingam
Video Lingam: JPM buat laporan polis terhadap akhbar
| Malaysiakini |
| May 16, 08 8:18pm |
| Jabatan Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa akhbar kerana menerbitkan butiran terperinci dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam, sebelum ianya diumumkan kepada awam. Akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian dan Sin Chew Daily sebelum ini telah melaporkan butiran dan syor-syor yang dibuat dalam laporan suruhanjaya tersebut. Sementara itu, seorang Senator hari ini mempertikaikan tindakan dua buah akhbar menyiarkan laporan siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video Lingam lebih awal dari keputusan kabinet untuk mengumumkan laporan itu kepada orang ramai. Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Al Habshee berkata sungguhpun menjadi amalan dalam dunia media setiap akhbar bersaing untuk menyiarkan "scoop", namun perbuatan menyiarkan laporan berkenaan seolah-olah memperlekeh kabinet sebagai pihak yang sepatutnya mengumumkan perkara itu. "Saya hairan bagaimana kedua-dua akhbar itu terlebih dahulu menyiarkan laporan siasatan itu seolah-olah ada pihak tertentu yang membocorkannya sebelum keputusan kabinet diumumkan," katanya kepada Bernama. "Justeru, saya berharap pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri memandang berat soal ini bagi mempastikan pihak media sentiasa menghormati etika kewartawanan dalam keghairahan mencari bahan berita. Muka depan akhbar the New Straits Times dan Berita Harian hari ini menyiarkan hasil siasatan suruhanjaya itu termasuk nama-nama individu yang disyorkan oleh suruhanjaya untuk diambil tindakan. "Tindakan harus diambil bagi menentukan pengamal media sentiasa bertanggungjawab dan menghormati institusi tertinggi di negara ini," kata Syed Ali. Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya laporan suruhanjaya itu diumumkan kepada orang ramai. Jemaah Menteri turut mengarahkan Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung semua tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan itu, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya. |
0 comments Labels: malaysiakini, Pita Lingam
Video Lingam: Dr. M antara 6 individu disyor disiasat lanjut
Mstar Online
16-05-2008 07:47:53 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara enam individu dikenal pasti oleh Suruhanjaya Diraja sebagai mereka yang telah memainkan peranan 'penting' dalam aturan pelantikan hakim-hakim dan perlu disiasat lanjut.
Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video Datuk V.K. Lingam mengesyorkan supaya keenam-enam mereka disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.
Selain Dr. Mahathir lima yang lain ialah peguam Datuk V.K.Lingam sendiri, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan; bekas anggota Kabinet, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin.
Pada sidang akhbar di pejabatnya pukul 3petang tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju agar Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan lanjut serta-merta atas segala tuduhan terhadap mereka.
Malah, Jemaah Menteri turut bersetuju untuk mengedarkan laporan suruhanjaya ini kepada orang ramai minggu depan pada harga RM542 senakshah.
Laporan berjumlah 186 muka surat itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.
Suruhanjaya Diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang dikatakan seorang hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.
Seramai 21 saksi termasuk Dr. Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam inkuiri yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.
- Laporan Suruhanjaya Siasatan mengenai rakaman klip video
- Latar belakang Siasatan Diraja
- Siapa mereka?
- Kenyataan akhbar Datuk Zaid Ibrahim
- Majlis Peguam sambut baik siasatan kes video klip Lingam
- PM's Department lodges police report against newspapers
0 comments Labels: dr det, mstar online, Pita Lingam
Thursday, May 15, 2008
Isu kehakiman cuba ditutup, usul video lingam ditolak
| Harakahdaily Salmiyah Harun Thu | May 15, 08 | 9:56:28 am MYT | |
| Dalam kenyataan akhbarnya yang diedarkan kepada wartawan, beliau menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar laporan Suruhanjaya Diraja mengenai siasatan ke atas video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong segera dibentangkan dalam Parlimen dan didedahkan kepada pengetahuan umum. Bagaimanapun usul tergempar dari Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditolak di dalam kamar hari ini. Katanya, keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menolak usul tergempar itu amat mengecewakan, malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan BN untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam parlimen. Yang Dipertua memaklumkan keputusan menolak usul tersebut adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) yang menyebut tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat pada 14 Mei, berikutan terdapat satu usul lain daripada Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Barat pada hari ini. Wan Azizah pula menegaskan sekiranya kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk memulihkan integriti sistem kehakiman negara, seperti yang disarankan oleh Agong semasa perasmian sidang parlimen, sewajarnya Yang di-Pertua menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar. Tegasnya, usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan jemaah menteri akan memutuskan sama ada laporan tersebut akan didedahkan kepada pengetahuan umum pada Jumaat ini.
Berikut disiarkan kenyatan penuh Ketua Pembangkang : Usul untuk menggesa kerajaan Barisan Nasional agar laporan Suruhanjaya Diraja mengenai siasatan ke atas video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong segera dibentangkan dalam Parlimen dan didedahkan kepada pengetahuan umum telah DITOLAK DALAM KAMAR pagi ini (14 Mei 2008) Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menolak Usul Tergempar tersebut amat mengecewakan, malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam Parlimen. Yang Dipertua telah memaklumkan keputusan tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) yang menyebut tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat iaitu pada 14 Mei, berikutan terdapat satu usul lain daripada Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Barat pada hari ini. Kami berpendirian bahawa, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan integriti sistem kehakiman negara, seperti yang dicita-citakan oleh DYMM Agong dalam Titah Baginda semasa perasmian sidang parlimen, Yang Dipertua sewajarnya menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar. Usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan Jemaah Menteri akan memutuskan samada laporan tersebut akan didedahkan kepada pengetahuan umum pada Jumaat ini. Perbahasan usul tersebut dalam Dewan Rakyat adalah penting bagi memulihkan kembali keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang begitu teruk tercemar seperti mana didedahkan dalam video Lingam. DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL |
0 comments Labels: DSWA, Harakahdaily, Pita Lingam
Koleksi Video - Pita Lingam (terjemahan Bahasa Melayu)
Terjemahan skandal bekas Ketua Hakim Negara (Tun Fairuz).-Pita Lingam
lihat video asal di sini.
Saya sedang bekerja keras untuk tujuan itu. Kemudian, ada sepucuk surat, menurut Tengku, saya akan menemui Tengku esok, ada sepucuk surat telah dihantar kepada Ketua Hakim, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, yang mengatakan Datuk Heliliah, Datuk Ramli dan Datuk Ma'roop dilantik sebagai hakim, dan beliau menolak Datuk Andrew Chui dan Zainuddin Ismail. Ini kerana Zainuddin Ismail 'mengganggu' perlantikan Datuk dan Tan Sri Mokhtar. Dan Datuk juga perlu menulis surat dalam tempoh 5 minggu disahkan sebagai hakim.
Memo kita, saya akan bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kita akan serahkan memo yang sama kepada PM. Saya cuma mahu dapatkan satu salinan surat untuk pastikan yang perkara ini akan disahkan kelak. Kemudian Tan Sri Dzaiddin sebut bahawa beliau akan menyokong 6 orang untuk Mahkamah Rayuan, tetapi sehingga ke hari ini, surat tersebut masih tidak sampai ke tangan PM. Saya faham yang di bawah perlembagaan untuk hakim, semuanya merupakan tugas Datuk untuk menghantar (surat) tersebut, tetapi kita tidak perlu ketengahkan isu tersebut sekarang. Ok. Sebenarnya saya telah berpesan kepada Tengku Adnan untuk maklumkan kepada PM, untuk berjumpa dengan Datuk.
Saya akan aturkan supaya Tengku Adnan akan hubungi Datuk secara terus, dan apabila saya dapat nombor telefon Datuk, saya akan minta Tengku untuk menghubungi Datuk terus untuk Datuk berjumpa dengan PM lah. Sebab sangat penting untuk kita pastikan ada 'pemain utama' di situ. Datuk tahu tak yang masalah sama dihadapi oleh Tun Eusoff Chin cuba lakukan semua ini tetapi beliau 'kehilangan askar'. Beliau tak dapat lakukan kerana ramai yang datang dari kem berlainan. Masa itu, kurang nasib baik kerana Tun Daim telah lakukan sabotaj. Kadang-kadang Tan Sri Vincent sebut, sebahagian daripada masa mereka hanya bercakap soal kehakiman dari melakukan kerja.
Tetapi jika saya tidak laksanakan bahagian ini, kerja saya akan jadi sia-sia. Sekarang dia (Dzaiddin) dah lantik 6 orang hakim Mahkamah Rayuan, jadi dia boleh letakkan orang-orangnya sebeum dia bersara. Saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan dengan PM untuk hubungi Datuk dan Tan Sri Vincent Tan, untuk PM hubungi Datuk. Satu hari saya datang ke rumah Vincent Tan, saya marah beliau pada malam saya dirumahnya. Saya cakap," kalau awak tak lakukan, siapa yang akan buat?'. Semua orang-orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon semuanya berebutkan jawatan tersebut. Kemudian beliau hubungi Tengku Adnan, beliau cakap,'Saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah!'. Saya cakap,' tak apa, tak apa. Kalau Tengku tidak cakap dengan saya, Tengku cakap dengan PM lagi esok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya".
Dan keesokkan paginya Tengku berjumpa PM dan hubungi saya balik pada pukul 9.30 pagim, dan beliau maklumkan bahawa PM telah bersetuju. Jadi orang tua, dia dah berusia 76 tahun, dia 'dibisik ' di mana-mana, dan kalau kita tak 'bisik' sama, dia kan dipengaruhi oleh pihak lain. Tapi sekarang PM begitu teliti kerana setiap kali beliau perolehi surat daripada Tan Sri Dzaiddin, beliau akan hubungi Tengku Adnan dan maklumkan ' bincang dengan Vincent, datang dan bincang .' Walaupun saya kenal PM, saya adalah pengamal guaman. Pendapat saya...akan melalui mereka, akan melalui mereka lah. Oh dan kemudian Dzaiddin akan hubungi dan beritahu mereka yang Datuk berjumpa dengan PM dan Datuk jadikan ini isu besar. Oh ya, saya terfikir begitu juga.
Sekarang saya bercakap dengan Raja Aziz ada bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang peguam lagi, Ailan di Mahkamah Tinggi, mereka ada kes satu sama lain. Jadi Thayalan dan Ailan bertanya kepada Raja Aziz. Bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan? Raka Aziz bilang Wan Adnan sudah nazak. Tetapi Datuk tahu apa perkara yang mengejutkan yang Raja Aziz beritahu? Datuk Fairus sudah jadi Ketua Hakim Malaya. Dia mendahului semua orang dalam tempoh 3 bulan, dia (Fairuz) akan menjadi Preiden Hakim Mahkamah Rayuan, dan dalam tempoh 6 bulan dia akan jadi Ketua Hakim. Raja Aziz bilang beliau tak akan terima kejutan ini. Dia cakap lah. Ha! nampaknya mereka akan atur satu kempen untuk jatuhkan Datuk. Tetapi Datuk perlu senyap, jangan cakap apa-apa. Walaupun ditanya oleh wartawan, Datuk sekadar cakap, "saya serahkan kepada tuhan," Cukup! Itu jawapan yang terbaik yang Datuk boleh bagi.
Saya juga akan minta Tan Sri untuk ingatkan PM untuk anugerahkan gelaran Tan Sri tahun ini (kepada Datuk). Datuk tahu ini akan naikkan imej Datuk. Jangan risau, kita akan aturkan semua ini. Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu jumpa Datuk secara sulit- saya yakin mereka akan jumpa. Saya akan hubungi Datuk. Kita akan aturkan secara sulit, di kawasan yang bebas.
Tidak. Jangan risau Datuk. Saya tahu bagaimana Datuk sengsara demi Tun Eusoff Chin. Dan Tun sebut Datuk Ahmad Fairuz adalah 110%. Kita mahu pastikan orang kita ada di sana untuk kebaikan PM dan negara. Bukan untuk kepentingan kita. Bukan untuk kepentingan kita. Kita mahu pastikan yang Negara diutamakan dengan baik.
Datuk terlalu sengsara, sudah banyak yang Datuk telah lakukan, termasuk petisyen pilihanraya, Wee Choo Keong, semuanya lah. Takkan ada sesiapa yang boleh lakukan semua ini.
Kita bersungguh-sungguh dengan perkara ini. Dan Datuk, sekiranya Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu bertemu dengan Datuk. Saya akan aturkan di tempat yang sulit."
0 comments Labels: badan kehakiman, koleksi video, Pita Lingam
Wednesday, May 14, 2008
Klip video Lingam diputuskan dedah kepada umum Jumaat ini.
Utusan Online
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kabinet akan memutuskan Jumaat ini sama ada laporan Suruhanjaya Diraja siasatan klip video Lingam akan didedahkan kepada umum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat selepas dibentangkan kepada Kabinet kerana ia mempunyai kepentingan awam.
"Kabinet akan memutuskan laporan inkuiri tersebut pada Jumaat. Kita akan tahu tindakan lanjut kerajaan berhubung perkara itu pada hari tersebut.
"Ia merupakan satu perkara yang menarik perhatian ramai dan saya rasa, faktor itu akan diambil kira dalam memutuskan untuk mendedahkan laporan suruhanjaya kepada umum," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Zaid berkata, hasil siasatan suruhanjaya itu tidak dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi ia memerlukan keputusan Kabinet untuk didedahkan.
Beliau mengulas mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video memaparkan perbualan telefon seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dengan seseorang yang dikatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dipengerusikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Khim.
0 comments Labels: parlimen, Pita Lingam, utusan
Azizah: BN cuba tutup isu video Lingam
| Malaysiakini |
| May 14, 08 3:45pm |
Barisan Nasional didakwa cuba menutup isu kontroversi rakaman video peguam VK Lingam apabila menolak usul tergempar isu itu yang ingin dibawa oleh ketua pembangkang di Dewan Rakyat hari ini.Usul Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membahaskan laporan siasatan suruhanjaya diraja - yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan belum didedahkan kepada umum - ditolak di peringkat dalam kamar yang dipetua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. "Keputusan yang dipertua Dewan Rakyat untuk menolak usul tergempar tersebut amat mengecewakan," kata presiden PKR, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, dalam satu kenyataan hari ini. "Malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam Parlimen." Tambahnya, usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan jemaah menteri akan memutuskan sama ada laporan tersebut akan didedahkan atau sebaliknya kepada pengetahuan umum Jumaat ini. Menurutnya lagi, Pandikar Amin memaklumkan bahawa penolakan usul tersebut menurut peraturan mesyuarat 18(5) yang menyebut "tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat". Wan Azizah berkata, yang dipertua memaklumkan bahawa terdapat satu usul lain daripada ahli parlimen Ipoh Barat akan dibahaskan hari ini. "Kami berpendirian bahawa, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan integriti sistem kehakiman negara,... yang dipertua sewajarnya menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar," katanya lagi. "Perbahasan usul tersebut dalam Dewan Rakyat penting bagi memulihkan kembali keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang begitu teruk tercemar seperti mana didedahkan dalam video Lingam." |
0 comments Labels: malaysiakini, parlimen, Pita Lingam
Tuesday, May 13, 2008
Anwar: Dakwa individu kes video Lingam
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | May 12, 08 5:01pm |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam. "Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan. "Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya di sidang akhbar di pejabatnya petang tadi. "Apabila timbul kes Tun Salleh Abbas misalnya, kita siasat kes ini. Apabila timbul kes Lingam, kita siasat kes Lingam. Sampai bila masalah ini akan selesai? "Bagaimana dengan ribuan kes yang lain? Masalahnya adalah keseluruhan sistem kehakiman itu sendiri," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat sedia memberi cadangan penuh untuk reformasi badan kehakiman. Anwar berkata, amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman. "Kerajaan juga mesti memastikan pendakwaan terhadap kes salah laku jenayah yang dilakukan peguam negara bebas daripada gangguan pemerintah," katanya lagi. Mengulas laporan suruhanjaya itu yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, Anwar berkata beliau bersedia menyokong perdana menteri jika Abdullah sanggup melaksanakan reformasi lengkap sistem kehakiman. "Bukan sebab kami kerajaan dalam penantian, tetapi kami sedia memberi sokongan yang perlu kepada beliau (Abdullah) dan kerajaan ke arah pentadbiran yang adil," katanya lagi. Dalam laporan suruhanjaya tersebut, lima ahli panel yang diketuai oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor dilaporkan mencadangkan beberapa individu yang terlibat mengatur pelantikan hakim seperti perbualan dalam klip video itu dikenakan tindakan undang-undang. Suruhanjaya itu juga dilaporkan telah mengenal pasti salah laku beberapa individu dalam siasatannya yang bermula 14 Januari lalu. Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan mengumumkan laporan tersebut sepenuhnya kepada umum kerana ia melibatkan kepentingan dan minat orang ramai. "Pendengaran kes tersebut dibuat secara terbuka dan hasil pendengaran awam itu yang mengundang minat besar orang ramai patutlah diumumkan. "Suhakam selanjutnya berpendapat keputusan untuk mengumumkan laporan ini kepada awam mestilah dibuat oleh suruhanjaya diraja itu sendiri," kata timbalan pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Panglima Sipaun. Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum memutuskan untuk mendedahkan dokumen itu sehinggalah beliau mengkajinya. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, Pita Lingam
Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir
| Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon | May 12, 08 | 6:42:32 pm MYT | |
| PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam. "Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut. Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'. Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007. Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002. Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam. "Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi: Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan. Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah. Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar. Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil. ANWAR IBRAHIM - mr |
0 comments Labels: dr det, DSAI, Harakahdaily, Pita Lingam



