Malaysiakini |
May 16, 08 8:18pm |
Jabatan Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa akhbar kerana menerbitkan butiran terperinci dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam, sebelum ianya diumumkan kepada awam. Akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian dan Sin Chew Daily sebelum ini telah melaporkan butiran dan syor-syor yang dibuat dalam laporan suruhanjaya tersebut. Sementara itu, seorang Senator hari ini mempertikaikan tindakan dua buah akhbar menyiarkan laporan siasatan suruhanjaya diraja mengenai klip video Lingam lebih awal dari keputusan kabinet untuk mengumumkan laporan itu kepada orang ramai. Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Al Habshee berkata sungguhpun menjadi amalan dalam dunia media setiap akhbar bersaing untuk menyiarkan "scoop", namun perbuatan menyiarkan laporan berkenaan seolah-olah memperlekeh kabinet sebagai pihak yang sepatutnya mengumumkan perkara itu. "Saya hairan bagaimana kedua-dua akhbar itu terlebih dahulu menyiarkan laporan siasatan itu seolah-olah ada pihak tertentu yang membocorkannya sebelum keputusan kabinet diumumkan," katanya kepada Bernama. "Justeru, saya berharap pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri memandang berat soal ini bagi mempastikan pihak media sentiasa menghormati etika kewartawanan dalam keghairahan mencari bahan berita. Muka depan akhbar the New Straits Times dan Berita Harian hari ini menyiarkan hasil siasatan suruhanjaya itu termasuk nama-nama individu yang disyorkan oleh suruhanjaya untuk diambil tindakan. "Tindakan harus diambil bagi menentukan pengamal media sentiasa bertanggungjawab dan menghormati institusi tertinggi di negara ini," kata Syed Ali. Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya laporan suruhanjaya itu diumumkan kepada orang ramai. Jemaah Menteri turut mengarahkan Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung semua tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan itu, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya. |
Friday, May 16, 2008
Video Lingam: JPM buat laporan polis terhadap akhbar
Posted by
Sang Pemantau
at
8:52 PM
Labels: malaysiakini, Pita Lingam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment