skip to main | skip to sidebar

Tau Takpe

memantau biarlah seperti burung....

  • Laman Utama
  • Catatan OK
  • Koleksi Video
  • Koleksi gambar
  • Pautan laman
  • E-mail OK
+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 20, 2008

Mukhriz desak PM letak semua jawatan

Posted by Sang Pemantau at 11:53 PM

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 20, 08 6:07pm

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibunegara lewat petang ini.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

tiga exco pemuda umno sokong mukhrizMukhriz yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Turut hadi di sidang akhbar tersebut, kira-kira 20 ketua Pemuda bahagian dari seluruh negara dan tiga exco Pemuda - Kamarul Zaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin dan Harison Hassan - untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Mukhriz itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam Umno sama ada sebagai ahli parlimen dan juga meninggalkan Umno.

"Inilah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih," katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk tidak meninggalkan Umno "mungkin mengecewakan bapanya".

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, beliau akan menjelaskan pendiriannya kepada bapanya itu.

"Beliau (Abdullah) mesti meletakkan jawatan sebelum mesyuarat cawangan-cawangan Umno bermula Julai ini. Tiada kompromi dalam hal ini.

mukhriz mahathir umno pc 200508 02"Saya juga akan menyokong mana-mana calon yang akan menentang Abdullah dalam pemilihan jawatan (Disember) nanti.

"Saya mendapat sokongan sama ada melalui mesej panggilan telefon dan SMS mengenai tindakan saya ini sebagaimana (sokongan ketika) saya menulis surat kepada Abdullah berundur sebelum ini.

"Dalam perjumpaan dengan perdana menteri hari ini, saya tidak berkongsi pendirian menyokong supaya Abdullah kekal sebagai pemimpin," katanya.

Mukhriz berkata, matlamatnya adalah sama dengan hasrat bapanya iaitu mengembalikan kekuatan Umno kerana jika masalah Umno tidak diselesaikan dengan segera, banyak negeri lain akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menegaskan pemimpin tidak penting, yang penting ialah parti dan kerana itu semua anggota kena selamatkan Umno.

Seperti bapanya, Mukhriz juga berkata, Umno sudah tidak lagi membela orang Melayu.

Menurutnya, Dr Mahathir berkata demikian semata-mata untuk menyelamatkan Umno.

mukhriz mahathir umno pc 200508 01Tetapi katanya, beliau dan rakan-rakannya boleh membawa perubahan dari dalam dan kerana itu beliau tidak memikirkan kedudukan dalam parti.

"Bagi setiap ahli, mereka ada hak sama ada untuk kekal atau keluar parti.

"Saya juga dengar begitu ramai ahli Umno yang mahu keluar parti," katanya, ketika menjawab soalan mengenai ahli Umno di Johor dan Kedah yang keluar parti itu.

Mengenai keputusannya kekal dalam Umno, Mukhriz berkata, lebih sesuai kekal dan beliau juga tidak sempat berbincang dengan rakan-rakan di kawasan parlimen Jerlun.

Bagaimanapun, katanya, ada kawan-kawannya yang berasa sedih kerana beliau tidak mengikut bapanya keluar parti.

"Umno menjadi tidak begitu popular di kalangan ahli dan orang Melayu, malah ramai yang meluat," katanya lagi.

Ketika ditanya siapa yang layak mengambil alih kepimpinan negara dan parti, Mukhriz berkata ia harus diganti mengikut hirarki parti yakni timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Tetapi timbalannya (Najib), terpulang kepada Umno."

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur

Kenyataan Media Dewan Pemuda berkaitan Dr Mahathir Boleh Sertai PAS

Posted by Sang Pemantau at 11:33 PM

pas.org

PDF Print E-mail
Oleh : Dewan Pemuda PAS Pusat
Tuesday, 20 May 2008

Kenyataan Media (20 Mei 2008)

DR MAHATHIR BOLEH SERTAI PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang positif keputusan berani bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno semalam. Tindakan ini bukan sekadar satu tekanan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi juga merupakan satu isyarat kepada rakyat bahawa parti perkauman itu tidak relevan lagi dalam politik Negara ini. Ini adalah kali keempat seorang presiden Umno keluar parti selepas Dato’ Onn Jaafar melakukannya pada 1951, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pada 1988. Secara jelas menunjukkan bahawa Umno adalah parti yang tidak baik pada pandangan bekas presidennya sendiri.

Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan idea-idea pembaharuan untuk membangunkan negara adalah seorang tokoh yang masih relevan di Negara ini. PAS memang semenjak dahulu berselisih pandangan dengan beliau, tetapi bukan dalam soal idea-idea pembangunannya, sebalik desakkan PAS untuk beliau menerima Islam sebagai asas pembangunan negara. Oleh kerana Dr Mahathir telah melihat dan menyedari kepincangan Umno pada hari ini dan beliau mengakui dasar-dasar pembangunan PAS di Kelantan adalah lebih baik, maka idealisme perjuangan PAS patut dicantum dengan kebijaksanaan pemikiran pembangunan Dr Mahathir. Caranya ialah dengan tokoh negarawan itu menyertai PAS.

DPP Pusat dengan berbesar hati menyokong seruan Mursyidul Am PAS supaya Dr Mahathir menyertai parti ini. DPP Pusat juga ingin mengajak Dr Mahathir untuk kembali kepada fitrah manusia dengan menerima Islam sebagai asas perjuangan dalam seluruh kehidupan. DPP Pusat percaya bahawa selama ini Dr Mahathir mempunyai keyakinan terhadap kebolehan Islam, tetapi beliau menerima nasihat yang salah daripada ulamak kerajaan sehingga gagasan Islam tidak selari dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Jika Dr Mahathir sudi menyertai PAS, kesilapan-kesilapan ini masih boleh diperbetulkan dan beliau berpeluang untuk melihat Islam dalam konteks yang lebih menyeluruh seperti mana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW. DPP Pusat dengan ini mengajak Dr Mahathir dan ahli-ahli Umno yang sedar akan penyelewengan Umno untuk membina kekuatan baru bangsa Melayu berasaskan Islam dengan menyertai PAS.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, kenyataan media, PAS, web PAS

Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir.

Posted by Sang Pemantau at 6:17 PM

Tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 16:12:44 MYT oleh SongkokPutih
Open Artikel Oleh AdukaTaruna

"

 Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Lagi Maha Ego.

Selepas masyarakat dunia menyaksikan bagaimana ALLAH menghina Saddam yang dihancurkan oleh kumpulannya sendiri, yakni USA, kini masyarakat Malaysia pula menyaksikan secara live and exclusive! Bagaimana ALLAH yang maha ego ini menjalankan perbicaraan terhadap Tun Dr Mahathir.

Perbicaraannya disaksikan oleh para generasi yang dibentuk olehnya sendiri. Yakni mereka yang lahir pada tahun 1981. Antaranya ialah hamba sendiri. Apa yang berlaku ini semakin mengukuhkan untuk hamba meletakkan Ustaz Fadhil Noor sebagai manusia genius.



Belasan kezaliman yang dilakukan oleh manusia ini. Manusia yang diagungkan oleh genetic Melayu. Pembunuhan belasan muslim di Memali, penderaan terhadap ulama, gerak kerja melemahkan gerakan Islam, pembunuhan terancang, bapa segala kepincangan, bapa segala rasuah. Memang benar, banyak juga jasanya terhadap Malaysia, tetapi itu sudah kewajipan dan amanah. Manakala kemungkaran / kezaliman yang dilakukannya tidak dituntut kepada mereka yang memohon memegang amanah.

Insaflah kita.

Terutama diri yang menulis ini, marilah kita menginsafi betapa besar dan egonya ALLAH. Setiap helaian daun tertakluk dalam pengetahuan ALLAH. Begitulah anda wahai pemimpin Barisan Rakyat. Begitulah kita yang memberikan undi kepada Barisan Rakyat. Amanah adalah dituntut. Kemungkaran dan kezaliman jangan sesekali.

Kita melihat bagaimana Saddam dihancurkan oleh puaknya sendiri. Kemudian mengishtihar bermusuh dengan puaknya. Kini giliran Tun Dr Mahathir pula. Dihancurkan oleh puaknya sendiri. Dan kini mengishtihar bermusuh dengan puaknya itu. Sedikit demi sedikit kejijikannya dibongkar. Sehebat Tun merancang, ALLAH lebih maha hebat, sehingga perancangan Tun termasuk dalam gerak kerja ALLAH. Wallahualam.

Perlu adanya pencatit.

Peristiwa sunnah ALLAH terhadap manusia ini sentiasa berulang-ulang. Konsepnya sama. Cuma latarnya berbeza. Muslim di Malaysia perlu mencatitkan ini untuk generasi akan datang. Ianya berada dalam lipatan sejarah Islam. Sebaris dengan Namrud, Firaun, Saddam, dan sebagainya.

Kepada Tun, selamat melalui perbicaraan ALLAH. Semoga anda dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Amin.

Wallahualam.

http://adukataruna.blogspot.com/

"

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bloggers united, dr det, tranungkite

Ramai ahli tinggalkan Umno di Kedah, Johor

Posted by Sang Pemantau at 6:14 PM

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Harakah, the star
Selasa, 20 Mei 2008

KIRA-KIRA 300 orang ahli Umno Cawangan Jalan Badlishah di Merbok keluar beramai-ramai dari parti itu untuk bersama-sama dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam.

Ketua cawangan tersebut, Mej (B) Anuar Abdul Hamid memberitahu The Star, ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan tersebut juga keluar dari Umno.

Kira-kira 100 ahli cawangan itu menghadiri majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star semalam di mana Dr Mahathir tiba-tiba mengumumkan keputusannya keluar dari Umno.

Mereka yakin ahli-ahli Umno dari cawangan lain juga akan mengambil tindakan yang sama.

Anuar memberitahu, mereka tidak akan menganggotai mana-mana parti dan akan menyertai Umno semula apabila Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.

Di Kubang Pasu, beberapa ketua cawangan memberitahu, mereka merancang untuk memulaukan mesyuarat agung parti itu.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan beliau "sudah lama" keluar parti itu.

Seorang lagi bekas Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Khalid Abdullah juga mengumumkan akan keluar Umno sambil memberitahu tiga Ketua Bahagian di Kedah juga akan mengambil tindakan yang sama.

Di Johor, melalui ikrar ketika pertemuan dengan Dr Mahathir Sabtu lalu, kira-kira 200 cawangan dijangka akan dibubarkan sebelum mesyuarat cawangan-cawangan Umno dimulakan.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: klpos, UMNO haprak

Lim Guan Eng guna ball pen harga murah

Posted by Sang Pemantau at 6:12 PM

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Tue | May 20, 08 | 4:05:26 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Mei (Hrkh) - Rakyat Pulau Pinang diingatkan tidak termakan hasutan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan penduduk bukan Melayu selepas DAP mentadbir di negeri itu.

Ini kerana pelbagai dakwaan kurang berasaskan dilemparkan pihak lawan bagi menggambarkan konflik sedang berlaku di Pulau Mutiara selepas Pakatan Rakyat menguasai negeri tersebut.

Anggota Jawatankuasa PAS Balik Pulau, Ustaz Mohd Fauzi Yusof berkata, akibat rasa cemburu dan iri hati pihak terbabit membuat pelbagai kenyataan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Image�Sedangkan apa yang berlaku sekarang umat Islam berada dalam keadaan aman, bahkan dalam masa yang sama kuliah dan ceramah agama boleh diadakan lebih bebas.

�PAS tidak pernah dipinggirkan kerajaan negeri bahkan aktiviti parti boleh diadakan dengan lebih baik dan teratur berbanding sebelum ini,� katanya ketika ditemui semasa lawatannya ke sini, baru-baru ini.

Beliau bersama rombongan seramai 60 orang dari PAS Kawasan Balik Pulau mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10. Mereka berada di sini selama dua hari.

Mohd Fauzi juga mengakui hasrat Ketua Menteri Melaka, Lim Guang Eng, ingin jadikan Khalifah Umar Abdul Aziz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai idolanya dalam pentadbirannya semakin menjadi kenyataan.

Menurutnya ia dapat dibuktikan dengan sikapnya yang lebih bersederhana dalam mengurus harta kerajaan dan tidak menggunakannya bagi tujuan peribadi.

�Rakyat Pulau Pinang sekarang sedang memerhatikan pemimpin kerajaan baru mentadbir negeri selepas diberi mandat pada 8 Mei lalu.

�Alhamdulillah setakat ini apa yang saya perhatikan Ketua Menteri memang melaksanakan apa yang dicakapnya sebelum ni. Guna ball pen pun yang harga tak sampai seringgit,� ujarnya.

Beliau juga berkata, pada masa ini PAS Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk mengaturkan program bersama rakyat kerana turut mendapat kerjasama kerajaan negeri.

�Kelas-kelas agama, dewan kerajaan juga boleh digunakan sekarang. Syukur Alhamdulillah sekiranya kerajaan berjaya menawan hati rakyat, mereka tetap akan bersama kita sampai bila-bila,� ujarnya. - mj

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, KM PPinang

Cina lulusan Azhar boleh jadi MB

Posted by Sang Pemantau at 6:11 PM

Malaysiakini

May 20, 08 11:22am

Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar.

nik aziz"Kalau ada orang Cina yang keluar dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," katanya.

Menurut laporan Bernama, Nik Aziz menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi.

Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong PAS turut mengundi DAP dan PKR.

"Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: malaysiakini, TGNA

Ibu negara dilanda gegaran

Posted by Sang Pemantau at 6:05 PM

Kosmo Online


SEBUAH jentera bomba dan penyelamat dihantar ke sebuah apartmen di Jalan Pudu Ulu selepas ada kesan gegaran.


KUALA LUMPUR - Beberapa lokasi di ibu negara dan Melaka dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada pukul 10.26 malam tadi.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Yap Kok Seng berkata, gegaran yang berlaku di kawasan Pantai Barat Sumatera itu tidak menjejaskan Malaysia kerana saiz gegaran yang kecil, mengikut kajian jabatan itu.

Katanya, gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang adalah fenomena yang biasa berlaku berikutan pergerakan di bawah tanah setiap kali berlaku gempa bumi.

"Kesan gempa itu turut dirasai di ibu negara kerana lokasi kejadian terletak berhampiran dengan negara kita," katanya.

Sementara itu, salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana dekat Bandar Sri Permaisuri di sini, Zainal Abidin Razali berkata, kejadian itu menyebabkan hampir kesemua penghuni pangsapuri berkenaan panik dan bergegas turun.

Katanya, kesan gegaran itu dapat dirasai dengan begitu jelas berikutan kedudukan unit pangsapuri itu yang terletak di tingkat 15.

"Saya memang rasa unit rumah saya bergoyang dan nampak dengan jelas bagaimana kipas siling saya berhayun dengan kuat kerana gegaran itu.

"Ketika ini boleh dikatakan hampir semua penghuni pangsapuri telah turun kerana bimbang gegaran itu akan berulang," katanya.

Di Bukit Antarabangsa pula, salah seorang penghuni di pangsapuri lima tingkat di kawasan berkenaan, Mohd Fisol Jaafar berkata, gegaran itu dirasai kira-kira 16 saat.

"Pada mulanya saya menyangkakan gegaran itu kerana anak lelaki saya menendang sofa yang kami duduki, tetapi setelah diamati ia bukan satu gegaran 'biasa'," katanya.

Mohd Fisol berkata, beliau mendapat tahu mengenai gempa bumi berkenaan selepas mendengar laporan Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, terdapat beberapa laporan mengenai gegaran itu dari sekitar kawasan Sri Hartamas, Cheras dan Loke Yew.

"Gegaran itu dikatakan berlaku selama lebih kurang 15 minit, dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda atau bangunan," katanya.


ORANG ramai berkumpul di kawasan lapang selepas berlaku gegaran di Bandar Seri Permaisuri malam tadi.


Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata, pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Tambahnya, kesemua mangsa yang merasa gegaran itu dibenarkan pulang ke rumah selepas pukul 11.50 malam tadi.Bagaimanapun, sebahagian penghuni sebuah apartmen di Jalan udu Ulu keberatan untuk memasuki semula rumah masing-masing kerana takut.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bencana alam, kosmo

"Tolong jangan hina bekas PM kita semua"

Posted by Sang Pemantau at 5:59 PM

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Hishamuddin Rais
Isnin, 19 Mei 2008

TIBA-TIBA saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami.

Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.

Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.

(Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah).

Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia: Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.

Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang bertulis : Mahathir s/o Iskandar Kutty.

Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.

Beberapa minit kemudian, saya menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini ternampak Rafidah Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut.

Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit ‘why…why.. sir ? Why did you do this… sir.. ? Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.

Junior saya di MCKK ini juga telah memberitahu bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights.

Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu Datin Siti Hasmah.

Tolong jangan hina Mahathir

Saya juga menerima satu panggil dari Berlin, kenalan lama saya seorang wartawan di Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan - apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan United Malays National Organisation?

Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?

Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab lagi ingin menjaga martabat kemelayuan dan ketuanan Melayu telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation.

Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki parti KIMMA seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.

Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat kitab-kitab suci atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti : Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.

Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu.

Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan.

Presiden Suharto dianggap gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap oleh Habibi betul-betul gila.

Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar ini, saya juga telah menerima satu lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul. Kawan saya ini seorang anggota MIC yang unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan United Malays National Organisation.

Menurut kawan saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.

Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa Tengku Abdul Rahman adalah sebagai Bapak Kemerdekaan kita, Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan kita maka Tun Dr. Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah Bapak Mirzan kita.

Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu.

Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.

Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia.

Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi negara jika mereka pandai membodek Dr. M.

Tolong jangan hina Mahathir MuhamadMahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein.

Mahathir dengan semangat yang patriotik telah membuat perjanjian rahsia dengan Caspar Weinberger untuk membenarkan tentera dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia.

Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.

Tidak cukup dengan patriotik, jiwa Mahathir Muhamad juga telah di salur pula semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia.

Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika pusat ‘anti-terrorist’ ini telah di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.

Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya.

Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat sekali.

Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini. Ini adalah bukti semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.

Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris.

Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.

Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua

Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam.

Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.

Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut.

Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.

Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa inisiatif imitatif inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi tercicir dalam ‘maths and science’.

Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.

So, tolong jangan you shykan dan look bottom Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers.

Read More...

Summary only...

 

2 comments Labels: bloggers united, dr det, klpos

Koleksi Video - Mahathir keluar UMNO

Posted by Sang Pemantau at 5:29 PM

Berita tentang Mahathir keluar UMNO.

Part 1



Part 2


Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, koleksi video, UMNO haprak

Pak Lah tak akan tunduk desakan Dr M

Posted by Sang Pemantau at 5:22 PM

Berita Harian

Oleh Saufi Hamzah


INGIN TAHU: Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili mendengar penerangan operasi Sekolah Bestari sambil melihat data pendidikan murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara ketika melawat pameran selepas merasmikan Kongres Teknologi Maklumat Dunia Ke-16, di KLCC, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau akan terus memimpin negara serta Umno kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukannya.

"Kenapa saya nak letak jawatan, saya ada kerja nak dibuat, akan teruskan tugas," katanya pada sidang media selepas merasmikan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Abdullah berkata demikian ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno dan mengajak ahli parti itu menyertainya sebagai protes terhadap kepemimpinan parti sekarang.

Presiden Umno itu berkata, beliau akan terus bersama Umno dan berharap semua ahli turut berbuat begitu.

"Saya sebagai ahli Umno dari dulu sampai sekarang, tak pernah keluar Umno dan akan teruskan perjuangan Umno," katanya. Ditanya reaksi pertamanya apabila mengetahui Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno, Abdullah berkata:

"Saya terkejut dengar Tun Dr Mahathir letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Bila saya fikir itu, saya ingat tentu dia sudah fikir habis-habis. Dr Mahathir kata bila dia nak buat sesuatu perkara, dia tidak kisah, apa orang nak kata pada dia, dia buat."

Ditanya kemungkinan ramai ahli Umno akan keluar parti termasuk Ahli Parlimen Umno, Perdana Menteri: "Saya tak tahu apa ahli Umno akan buat. Saya nak yakin bahawa ahli Umno tidak akan meninggalkan Umno."

Abdullah bagaimanapun mengakui kemungkinan ada yang menyertai Dr Mahathir, tetapi berkata, ahli Umno akan faham. "Orang yang sayangkan Umno, akan terus bersama, kalau nak tinggalkan dan hancurkan Umno... itu pilihan mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, jika ahli parti mahu terus melihat Umno bertambah kuat, maka tidak ada alasan bagi mereka untuk meninggalkan Umno.

"Saya percaya ahli Umno sayang kepada parti dan terus berjuang dan sama-sama dalam parti untuk teruskan perjuangan kita bersama. Jadi mereka tidak akan keluar dari Umno, saya percaya begitu.

"Adakah kita mahu tinggalkan Umno. Kalau kita benar-benar ahli Umno, maka kita mesti bersama Umno, kalau tak mahu bersama Umno, tak ada lagi perjuangan Umno," katanya.

Tanpa menolak kemungkinan kedudukan beliau juga akan terjejas dengan tindakan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata, apa yang lebih penting majoriti ahli Umno mahu supaya beliau terus berada dalam Umno dan berjuang bersama-sama.

"Saya harap ahli Umno akan taat setia. Apa jadi jika kita tidak tak ada parti. Umno hari ini yang banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat semua kaum di Malaysia.

"Kita mahu parti kita terus meneruskan perjuangan dan saya percaya semua ini bergantung kepada kita. Majoriti ahli Umno, hari ini sayang kepada Umno dan beri kekuatan kepada kita untuk teruskan perjuangan," katanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno tentu akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti akan datang, tetapi beliau yakin ia tidak akan melemahkan parti.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Berita Harian, dr det, Pak Lah undur

Anwar: Umno sudah parah...

Posted by Sang Pemantau at 5:12 PM

Malaysiakini

May 20, 08 12:35pm

Keputusan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno semalam mencerminkan krisis Umno yang kian meruncing, pemimpinnya pula saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela, kata PKR.

"Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih," kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.

"Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah," tambah mantan timbalan perdana menteri itu.

Anwar berkata, memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, maka semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai PKR dan Pakatan Rakyat demi merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

Sementara itu, angkatan muda PKR (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Dr Mahathir keluar dari Umno bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku dalam parti berkenaan.

"AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Dr Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga presiden Umno terdahulu (Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir," kata ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Amin dalam satu kenyataan.

"Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini," tambahnya.

Bentuk cacamarba

AMK, tegas Shamsul, komited dengan pendirian bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an.

"Ini diperhebatkan lagi dengan sifat 'duduk dan diam' Abdullah yang memandang ringan 'kekotoran' yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004.

"Kekalutan yang melanda Umno selepas pilihanraya umum ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional, memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya," tambahnya.

Menurut Shamsul, AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah masalah dalaman Umno.

"Tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno dan BN.

"Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia," tambahnya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, UMNO haprak

Ucapan Mahathir di Parlimen @ 11/8/1965

Posted by Sang Pemantau at 4:37 PM

Tranungkite

Dilulus terbit pada Tuesday, May 20 @ 08:04:18 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh badakapi

 "Mari kita tengok dan kaji apakah sebenarnya pendirian Mahathir pada 43 tahun yang dulu, tentang isu hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO itu. Berikan lebih tumpuan pada tulisan yang di'bold'kan.

Dari Hansard Dewan Rakyat, 11/08/1965. Halaman 41-43.

Dr Mahathir bin Mohamed (Kota Star Selatan): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun hendak chakap untok menentang usul di-bawa oleh Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.

Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah oleh kerana ini ada-lah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat, tetapi chuma akan menimbul perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.

Sebab, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah dengan kerana saya berpandu kapada keadaan yang ada di-Tanah Melayu sa-belum peperangan yang kedua. Di-masa itu sunggoh pun pehak penjajah British telah ada kuasa berkenaan dengan soal2 luar negeri dan pertahanan, tetapi di-dalam soal2 yang bersangkutan dengan ekonomi, politik dan sa-bagai-nya di-dalam negeri, memang Raja2 Melayu dan juga Ahli2 Dewan yang ada pada masa itu berkuasa penoh. Dan masa itu, orang2 Melayu boleh-lah di-katakan ada hak yang penoh untok mentadbirkan negeri ini dengan sa-chara apa pun juga dia suka.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita banding keadaan pada masa itu maka tentu-lah nyata ia-itu sunggoh pun pada masa itu orang2 Melayu boleh di-katakan berkuasa, tetapi keadaan orang2 Melayu bukan-lah lebeh baik daripada masa sekarang, tetapi boleh di-katakan lebeh burok lagi. Mereka memang berkuasa, tetapi oleh kerana kurang kepandaian, kurang perasaan, maka orang2 Melayu telah tertinggal ka-belakang di-dalam serba-serbi di-masa sa-belum perang dahulu. Orang2 China dan orang2 India, dan juga orang2 lain, tidak berhak sama sekali di-Tanah Melayu pada masa itu, dapat juga memperbaiki keadaan mereka itu sa-hingga pada satu masa sa-belum lagi pechah peperangan yang kedua mereka telah memegang peranan yang terbesar sa-kali di-dalam Tanah Melayu ini.

Dan pada masa itu juga saya ingin memperingatkan wakil daripada Kelantan yang berchakap tadi ia-itu mereka juga telah di-jadikan Dato'2 dan sa-bagai-nya. Masa itu orang2 Melayu ber-hak penoh. Tetapi orang2 Melayu telah beri kapada orang yang tidak ada hak sama sa-kali di-dalam Tanah Melayu pangkat2 yang di-sebutkan tadi. Dari itu kita tentu-lah nyata ia-itu chuma dengan mengadakan chatitan yang saperti di-katakan di-sini di-dalam Perlembagaan Tanah Malaysia ini bukan-lah akan menjamin kebaikan kedudokan orang2 Melayu di-Tanah Melayu ini.

Yang mustahak ia-lah kita berusaha, dengan sa-chara orang2 Perikatan berusaha, supaya membaiki kedudokan orang2 Melayu dengan memberikan kapada mereka kepandaian2 yang ke-kurangan di-sisi mereka.

Satu lagi yang timbul di-dalam uchapan Yang Berhormat tadi ia-lah berkenaan dengan Brunei juga dapat di-tinggalkan di-luar daripada Malaysia dan juga dapat berada di-dalam dunia ini dengan tidak payah memasoki Malaysia ini. Saya ingin memperingatkan ia-itu Brunei ini sunggoh pun ada, bukan-lah satu negeri yang merdeka, tetapi ia-lah maseh menjadi tanah jajahan British - di-jajah oleh British.

Di-dalam uchapan-nya pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan berkenaan dengan perkara jururawat di-Kedah yang mana saya sendiri telah mengambil peranan yang besar. Banyak di-antara orang2 PAS memikirkan bahawa saya telah mengambil bahagian di-dalam perkara ini ia-lah dengan kerana saya memikirkan sa-bagai sa-orang yang berdasarkan kapada perkauman, tetapi yang sa-benar-nya saya ingin menerangkan kapada Rumah yang bahagia ini, saya telah mengambil berat atas perkara ini ia-lah sa-bagai sifat saya sa-orang wakil Perikatan yang ingin berusaha supaya di-adakan satu masharakat yang sama di-dalam Tanah Melayu ini. Saya perchaya sa-bagai wakil Perikatan, dengan ada-nya masharakat yang sama atau pun equitable society baharu-lah dapat kita membena satu negeri yang terpelihara dari huru-hara.

Di-dalam pilehan jururawat di-Kedah itu telah pun terpileh 16 orang yang bukan Melayu dan chuma sa-orang Melayu. Kesalahan ini bukan-lah kesalahan daripada pehak Jawatan-kuasa Temu Duga tetapi ia-lah kesalahan dengan kerana tidak ada arahan yang di-beri kapada Jawatan-kuasa ini berkenaan dengan chara2 untok memileh jururawat itu. Mereka ini chuma berpandu kapada sijil yang di-bawa oleh orang2 yang minta menjadi juru-rawat itu. Dengan sebab itu mereka itu telah memileh sijil yang tertinggi sa-kali. Maka dengan sebab itu-lah kita dapati ia-itu 16 daripada 17 orang yang di-pileh itu bukan orang2 Melayu.

Di-dalam penyelidekan yang saya telah lakukan di-Kedah itu saya dapati bahawa semua daripada 120 orang yang minta menjadi jururawat itu ada-lah terdiri daripada orang yang layak menjadi jururawat. Kalau-lah kita chuma berpandu kapada kebolehan yang terchatit dalam sijil2 mereka maka sudah tentu kita akan memileh orang2 yang bukan Melayu. Ini bukan-lah sebab apa, tetapi kita tentu-lah tahu ia-itu di-dalam pepereksaan L.C.E. dan Senior Cambridge pada tiap2 tahun kebanyakan penuntut2 yang dapat sijil yang tinggi saperti grade I dan juga dapat distinction bukan-lah terdiri dari-pada orang2 bangsa Melayu. Jadi kalau di-dalam 120 orang yang layak menjadi jururawat tadi kita chuma mengikut sijil sahaja maka terpaksa-lah kita memileh orang yang bukan Melayu. Dengan kerana Jawatan-kuasa Temuduga tadi telah memileh chuma tentang sijil2 ini maka orang2 Melayu tidak di-pileh.

Tetapi di-Kedah, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada orang2 yang akan di-jaga oleh jururawat2 itu terdiri daripada orang2 Melayu, maka mustahak-lah juga jururawat bekerja di-Kedah terdiri dari-pada-nya orang2 yang faham berkenaan dengan adat, berkenaan dengan ugama, berkenaan dengan chara tutor bahasa orang2 yang akan jatoh di-bawah jagaan mereka. Kalau perkara ini di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga maka sudah tentu-lah mereka akan memileh orang yang boleh memaham orang2 yang pada satu masa akan di-jaga oleh jururawat2 itu. Ini-lah sebab kerana tidak ada arahan di-beri kapada Jawatan-kuasa Temuduga ini maka mereka itu telah memileh orang2 yang benar2-nya sunggoh pun mereka itu ada sijil yang tinggi tetapi bukan-lah orang yang boleh menjalankan tugas mereka dengan sempurna di-tempat itu.

Kalau-lah pemilehan ini berlaku di-Pulau Pinang atau di-mana2 tempat di-mana bilangan orang2 Melayu kurang, maka ini tentu-lah tidak berperasaan apa2 oleh kerana kalau di-pileh di-Pulau Pinang, umpama-nya, orang2 itu terdiri daripada orang China, jururawat semua-nya orang China, mereka tentu-lah dapat bekerja dengan chekap lagi di-dalam Hospital di-Pulau Pinang. Tetapi di-Kedah dengan kerana kalau sa-orang jururawat itu tidak dapat berchakap dalam bahasa Melayu, dia tidak mengerti tentang tutor Bahasa dan juga adat orang2 Melayu maka boleh jadi mereka itu akan menyenggong orang2 sakit di-bawah jagaan mereka dan ini akan menimbulkan satu perasaan tidak puas hati di-antara orang2 yang akan pergi ka-Hospital2 dan Kelinik2. Jadi, ini-lah sebab-nya saya memikirkan bahawa supaya keadaan di-dalam Jabatan Kesihatan di-Kedah akan di-jalankan dengan lebeh sempurna lagi, maka keberatan juga patut di-beri kapada kerja yang akan di-buat oleh jururawat2 ini. Kalau-lah sa-mata2 berpandu kapada sijil yang tinggi, maka ini akan membawa kapada keadaan di-mana pekerja2 di-dalam Jabatan2 Kerajaan akan terdiri sa-mata2 daripada orang yang bukan Melayu dan mereka ini akan bekerja di-antara orang Melayu dan tidak dapat membawa pengertian yang penoh kapada orang2 yang mana mereka itu mesti bekerjasama. Hanya ini-lah yang mustahak sa-kali di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga.

Saya harap tiap2 parti pembangkang, terutama yang membawa usul ini, jangan-lah memikirkan ia-itu ini akan menjadi satu daripada alasan2 supaya di-masokkan, di-chatitkan di-dalam Perlembagaan kita hak2 bumiputra yang mana di-sebut di-sini. Sa-benar-nya apa yang di-katakan hak2 bumiputra atau pun Malay privileges di-dalam Perlembagaan kita bukan-lah sa-benar2-nya hak, tetapi ia-lah satu chara untok mempertahankan pehak yang lemah, supaya pada satu masa, mereka dapat berdiri dan bertanding dengan lain2 kaum dengan tidak payah lagi bersandar kapada hak2 ini. Dengan chara kita chuma menuliskan di-dalam Perlembagaan hak2 ini bukan-lah akan terjamin kehidupan mereka (Ketawa).

Saya tidak nampak apa2, yang saya kata tadi, yang boleh membawa kapada gelak ketawa. Saya bukan kelakar macham Ahli2 yang berchakap tadi. Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi tidak perchaya dengan di-ada-kan, dengan di-chatitkan di-dalam Per-lembagaan hak2 bumiputra, maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. Apa yang musta-hak ia-lah kita bekerja dan mengguna-kan apa yang di-katakan hak2 istimewa orang Melayu itu untok membangun-kan orang2 Melayu, orang2 yang boleh mempertahankan diri mereka dalam sa-barang pertandingan. Dan pada satu masa kita akan buang sama sa-kali hak2 istimewa orang Melayu. Saya faham bahawa hak2 ini yang ada terchatit di-dalam Perlembagaan pada masa sekarang juga ia-lah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan orang2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika, di-mana mereka itu mesti di-berikan reserve supaya mereka itu dapat hidup di-Amerika.

Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalu-lah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini-lah satu tanda bahawa kita ini lemah. Dan saya berharap hak2 ini ta' akan kekal dan kita akan berusaha, saya perchaya Parti Perikatan, bagitu juga Kerajaan Perikatan, akan berusaha supaya pada satu masa kita dapat membuangkan sama sa-kali hak2, jangan-lah menambahkan lagi hak2 ini. Terima kaseh.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dalam kenangan, dr det, parlimen, tranungkite

Perbuatan Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab - Pemuda UMNO

Posted by Sang Pemantau at 4:29 PM

Utusan Online

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama.

“Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya.

“Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO.

Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Hishammuddin sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa cadangan supaya Abdullah meletak jawatan akan hanya menguntungkan pihak lawan dan sama sekali tidak akan membawa manfaat kepada UMNO.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh membina semula parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli-ahli serta mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada UMNO,’’ katanya.

Beliau juga berkata, parti-parti komponen BN memerlukan kepimpinan UMNO.

“Jangan sesekali kita mengecewakan mereka,’’ katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, UMNO haprak, utusan

Dr Mahathir umum keluar UMNO....apa kata Mukhriz dan para pemimpin UMNO ?

Posted by Sang Pemantau at 12:02 AM

Agenda Daily

Tun Dr Mahathir Mohamad telah umum keluar dari UMNO.Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.

Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti bila salah seorang hadirin mencabarnya buat pengumuman itu.Menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar lepas majlis itu Dr Mahathir beritahu beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.

Katanya beliau akan masuk balik UMNO sekiranya Abdullah letak jawatan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak meminta para ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.

Sementara itu Datuk Mukhriz Mahathir kata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya umum keluar UMNO tengahari tadi.Ketika dihubungi Agendadaily petang ini beliau meminta masa untuk berfikir.

"Sekarang ini saya sedang berfikir,"kata Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun itu.Beliau juga memberitahu telah dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr Mahathir nak keluar UMNO meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh mengugat kestabilan parti.

Beliau juga mendesak semua para pemimpin UMNO khususnya para ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini.

Katanya mereka tidak boleh lagi diam dalam soal ini.

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menghubungi Agendadaily petang ini merayu kepada Dr Mahathir menarik balik tarik balik tindakan keluar UMNO.

Katanya tindakan itu lebih banyak merugikan dari menguntungkan.Katanya beliau akan mengetuai satu rombongan Badan Perhubungan UMNO Perlis untuk bertemu segera dengan Dr Mahathir.

Serentak dengan itu beliau juga menyeru seluruh pimpinan UMNO gembeling usaha segera selesai kemelut ini.

Katanya mereka tidak patut tunggu arahan Pak Lah dalam soal ini. “ Adakalanya kita semuanya nak tunggu arahan Pak Lah…dalam soal ini semua kena bertindak serta merta.

Katanya Dr Mahathir sebagai pejuang nombor satu UMNO tidak harus berbuat demikian.

“Kalau nak kira kecewa saya sendiri pun kecewa tetapi tidak bertindak begitu…lagipun masalah Dr Mahathir hanya dengan Presiden parti bukan dengan seluruh ahli UMNO...maka ia harus diselesaikan dengan baik,”katanya.

Shahidan berkata tentu sesetengah orang yang beliau sifatkan sebagai ' pelaq-pelaq ' gembira dengan tindakan Dr Mahathir ini.

Katanya golongan ini yang terdiri kalangan ahli UMNO dan bukan ahli UMNO banyak menikmati faedah dari perjuangan UMNO tetapi tidak memberi apa-apa sumbangan balik kepada parti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin pula meminta para ahli UMNO bertenang dalam menghadapi kemelut Dr Mahathir bertindak keluar parti.

Beliau berpendapat tindakan ini tidak akan selesai masalah."Kita masuk UMNO ini bukan kerana Pak Lah atau Dr Mahathir,"katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika dihubungi Agendadaily untuk mengulas hal itu.

Beliau harap para ahli UMNO tidak akan sertai langkah Dr Mahathir itu.Menurutnya mereka harus berpegang kepada asas penyertaan mereka dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said juga menilai tindakan Dr Mahathir tidak akan menyelsai masalah sebaliknya hanya memberi kekuatan pada pembangkang.

Katanya masa keadaan parti tertekan semua pihak termasuk pemimpin serta bekas pemimpin mesti berkerjasama memulihkan UMNO supaya kembali kukuh dan kuat.

"Apa yang dialami UMNO masa ini adalah masalah keluarga dan perlu diselesaikan dalam cara dan semangat kekeluargaan.Tindakan melulu keluar parti hanya akan merosakan parti dan beri kekuatan pada pihak lain,"katanya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam SMSnya kepada Agendadaily meminta Dr. Mahathir menimbang semula keputusannya itu sekiranya keputusan tersebut boleh mencetuskan masalah baru kepada orang Melayu dan rakyat negara ini.

"Saya juga tidak mahu apa yang berlaku kepada Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein iaitu pemimpin UMNO yang mengakhirir kehidupannya di luar UMNO berlaku kepada Tun," katanya.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Pengerusi Badan perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam reaksi ringkasnya menegaskan, tindakan Dr. Mahathir itu ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar dan yakin apa juga masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir dan tidak menyangka sama sekali beliau mengambil tindakan berani itu.

Sambil mengakui menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli-ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut, beliau bagaimanapun memilih untuk terus bersama parti kerana yakin penyelesaian sesuatu masalah boleh dibuat secara dalaman.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal pengguna yang juga Ahli majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Samad , tindakan mengejut Dr. Mahathir itu boleh membawa kepada pilihan raya umum.

Katanya, sementara UMNO berdepan dengan usaha bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menarik Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, tindakan Dr Mahathir itu boleh membawa kepada Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti dan pilihan yang ada kepada Perdana Menteri ialah untuk mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat yang baru.

- 19/5/2008

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: agenda daily, dr det, UMNO haprak

Tiada harta tiga generasi supaya Dr M keluar Umno

Posted by Sang Pemantau at 12:00 AM

Harakahdaily

Abdul Halim Mohd Rashid

Mon | May 19, 08 | 4:06:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Pembangkang tidak pernah memberikan harta yang banyak hingga boleh hidup senang-lenang sehingga tiga generasi untuk memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Apa yang berlaku itu bukan lagi sekadar tsunami politik tetapi taufan nargis sebenarnya sedang melanda negara ini," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno.

Ketika menyatakan tindakannya keluar dari Umno, Dr Mahathir berkata, surat rasmi mengenai tindakan beliau keluar dari Umno akan dihantar kepada Setiausaha Agung parti itu secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar Umno selagi Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12' di Alor Star hari ini.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa tindakannya itu mempunyai kaitan dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam yang mencadangkan beliau bersama lima yang lain disiasat segera.

Sambil menyifatkan kes itu sebagai kes mahkamah, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dipenjara jika didapati bersalah.

Mengulas lanjut perkembangan tersebut, Mahfuz melihat apa yang berlaku itu bukan sekadar krisis Umno sahaja tetapi krisis negara.

Abdullah bukan sekadar Presiden Umno tetapi Perdana Menteri negara ini, kata beliau.

Krisis makanan

"Apabila bekas Perdana Menteri menolak kepimpinan penggantinya, ia sebenarnya bermakna krisis kepimpinan negara.

"Apabila Perdana Menteri menghadapi krisis kepercayaan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada semua perkara termasuk sektor ekonomi.

"Jangan terperanjat jika krisis makanan yang melanda negara ini sekarang akan bertambah buruk akibat krisis kepercayaan terhadap Perdana Menteri," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan.

Perkara tersebut, katanya lagi, telah berlarutan sehingga beberapa tahun dan beliau berharap rakyat berindak segera untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.

"Rakyat mesti sedar bahawa krisis kepimpinan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya.

Rakyat juga mesti bertindak, katanya lagi, kerana sukar dipercayai Abdullah akan bertindak sebagai negarawan.

Anak menantu

"Seorang negarawan mengutamakan kepentingan negara untuk mengelakkan krisis berpanjangan, bukan kepentingan diri dan anak menantunya.

"Sukar dipercayai Perdana Menteri akan bertindak sebagai negarawan," katanya.

Beliau juga meminta ahli-ahli Umno terutama ahli-ahli Parlimen Umno bertindak sebagai negarawan dan keluar beramai-ramai dari parti itu sebagaimana yang diseru oleh Dr Mahathir.

"Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan negara ini dari krisis berpanjangan melainkan keluar dari Umno seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir," tegas beliau.

Mahfuz meminta rakyat menyorot apa yang berlaku sebelum pilihan raya di mana Dr Mahathir meminta penyokong Barisan Nasional supaya jangan mengundi pemimpin yang "korup dan tunggul mati" dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Apabila -pemimpin-pemimpin yang dilihat "korup dan tunggul mati" bukan sahaja dicalonkan semula oleh Umno, menang dan sebahagian dari mereka kini berada dalam kabinet atau menjadi Menteri Besar atau Exco-Exco di negeri-negeri, sebab itulah Dr Mahathir keluar dari parti itu.

"Itulah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan negara ini," katanya.

Mahfuz berharap rakyat tidak lupa kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan Umno dari dalam.

"Tidak sama dengan janjinya untuk membersihkan Umno dari dalam ketika menyertai parti itu pada tahun 1982 lalu, Anwar akhirnya terpaksa berada di luar Umno untuk membersihkan negara dari parti itu," kata beliau.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, Harakahdaily

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

Harga minyak semasa

Harakahdaily

Loading...

Tranungkite Online v10

Loading...

Selatan Online

Loading...

Detikdaily

Loading...

Malaysiakini

Loading...

Utara Online Portal Rakyat Malaysia

Loading...

Buletin Online - Media Informasi Terkini

Loading...

Minda rakyat

Loading...

Malaysia Today

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

Suara KeADILan Online

Loading...

KLPOS.com | Apa Siapa Mengapa

Loading...

MyCen News

Loading...

Malaysia independent news

Loading...

My Sinchew -

Loading...

EMedia News

Loading...

Malaysia News.Net

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

The Star Online : G A L L E R Y

Loading...

Islam Hadhari

Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal Patrick Lim...
Tiba-tiba je ternampak jelmaan wajah seperti tokong buddha kat masjid kristal....

Bloggers United

Bloggers United

Media rakyat

  • Aliran
  • Buletin Online
  • Detik Daily
  • Harakah Daily
  • KLpos
  • Laman Marhaen
  • Malaysia Today
  • Malaysiakini
  • Newskini
  • Selatan Online
  • Siasah Daily
  • Suara Keadilan
  • Tranungkite Online
  • Utara Online

Media kerajaan

  • Agenda Daily
  • Sinar Harian
  • The Sun
  • The Star online
  • Harian Metro
  • Kosmo Online
  • BERNAMA
  • NST Online
  • Berita Harian
  • Utusan Online
  • Mstar Online

Lain-lain media

  • The Nut Graph
  • Malaysia Insider
  • Other Malaysia
  • Channel News Asia
  • cyberita online
  • Daily Star
  • Malaysian News
  • Inside Malaysia
  • Malaysia Sun
  • Mycen news
  • EIN news
  • Malay mail
  • Borneo post
  • Malaysia post
  • International Herald Tribune
  • Al-Jazeera
  • BBC
  • Asia News Network
  • Mysinchew

TV rakyat

  • Keadilan tv
  • Kelantan tv
  • Malaysiakini TV
  • Terengganukini
  • TV Antara
  • TV ceramah
  • TV PAS
  • webtv PAS
  • wtv8

Video klip best

Andai Ku Tahu pangkah BN jadi begini....
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....

Blog Archive

  • ► 2010 (53)
    • ► April (49)
      • ► Apr 26 (6)
      • ► Apr 25 (8)
      • ► Apr 24 (5)
      • ► Apr 23 (6)
      • ► Apr 21 (4)
      • ► Apr 20 (8)
      • ► Apr 19 (4)
      • ► Apr 18 (3)
      • ► Apr 16 (5)
    • ► January (4)
      • ► Jan 03 (1)
      • ► Jan 01 (3)
  • ► 2009 (337)
    • ► November (1)
      • ► Nov 18 (1)
    • ► September (17)
      • ► Sep 08 (3)
      • ► Sep 04 (6)
      • ► Sep 03 (1)
      • ► Sep 02 (7)
    • ► August (4)
      • ► Aug 31 (4)
    • ► July (5)
      • ► Jul 20 (5)
    • ► June (11)
      • ► Jun 02 (5)
      • ► Jun 01 (6)
    • ► May (56)
      • ► May 28 (8)
      • ► May 27 (11)
      • ► May 26 (14)
      • ► May 12 (2)
      • ► May 11 (10)
      • ► May 05 (2)
      • ► May 01 (9)
    • ► April (121)
      • ► Apr 21 (14)
      • ► Apr 20 (10)
      • ► Apr 15 (8)
      • ► Apr 13 (7)
      • ► Apr 10 (10)
      • ► Apr 09 (11)
      • ► Apr 08 (2)
      • ► Apr 07 (17)
      • ► Apr 05 (5)
      • ► Apr 04 (11)
      • ► Apr 03 (8)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (8)
    • ► March (110)
      • ► Mar 30 (3)
      • ► Mar 29 (9)
      • ► Mar 26 (5)
      • ► Mar 25 (11)
      • ► Mar 24 (10)
      • ► Mar 20 (5)
      • ► Mar 08 (10)
      • ► Mar 07 (10)
      • ► Mar 06 (7)
      • ► Mar 04 (7)
      • ► Mar 03 (8)
      • ► Mar 02 (5)
      • ► Mar 01 (20)
    • ► February (8)
      • ► Feb 06 (8)
    • ► January (4)
      • ► Jan 01 (4)
  • ▼ 2008 (2648)
    • ► December (66)
      • ► Dec 27 (10)
      • ► Dec 20 (4)
      • ► Dec 19 (13)
      • ► Dec 18 (5)
      • ► Dec 15 (18)
      • ► Dec 12 (3)
      • ► Dec 11 (3)
      • ► Dec 06 (6)
      • ► Dec 03 (4)
    • ► November (244)
      • ► Nov 30 (7)
      • ► Nov 29 (11)
      • ► Nov 28 (7)
      • ► Nov 25 (6)
      • ► Nov 24 (1)
      • ► Nov 22 (9)
      • ► Nov 21 (3)
      • ► Nov 18 (8)
      • ► Nov 17 (5)
      • ► Nov 16 (7)
      • ► Nov 15 (12)
      • ► Nov 14 (15)
      • ► Nov 13 (7)
      • ► Nov 12 (11)
      • ► Nov 11 (15)
      • ► Nov 10 (7)
      • ► Nov 09 (15)
      • ► Nov 07 (19)
      • ► Nov 06 (19)
      • ► Nov 05 (15)
      • ► Nov 04 (5)
      • ► Nov 03 (16)
      • ► Nov 02 (13)
      • ► Nov 01 (11)
    • ► October (14)
      • ► Oct 31 (14)
    • ► September (348)
      • ► Sep 29 (6)
      • ► Sep 28 (16)
      • ► Sep 27 (16)
      • ► Sep 25 (24)
      • ► Sep 24 (10)
      • ► Sep 23 (19)
      • ► Sep 22 (8)
      • ► Sep 18 (12)
      • ► Sep 17 (15)
      • ► Sep 16 (27)
      • ► Sep 15 (11)
      • ► Sep 14 (12)
      • ► Sep 11 (10)
      • ► Sep 10 (19)
      • ► Sep 09 (18)
      • ► Sep 08 (23)
      • ► Sep 06 (12)
      • ► Sep 04 (13)
      • ► Sep 03 (27)
      • ► Sep 02 (26)
      • ► Sep 01 (24)
    • ► August (77)
      • ► Aug 24 (8)
      • ► Aug 23 (9)
      • ► Aug 10 (14)
      • ► Aug 07 (22)
      • ► Aug 02 (10)
      • ► Aug 01 (14)
    • ► July (416)
      • ► Jul 31 (6)
      • ► Jul 30 (23)
      • ► Jul 29 (13)
      • ► Jul 24 (10)
      • ► Jul 23 (23)
      • ► Jul 22 (15)
      • ► Jul 21 (25)
      • ► Jul 20 (19)
      • ► Jul 19 (17)
      • ► Jul 18 (6)
      • ► Jul 17 (36)
      • ► Jul 16 (14)
      • ► Jul 15 (15)
      • ► Jul 14 (17)
      • ► Jul 13 (17)
      • ► Jul 12 (17)
      • ► Jul 11 (11)
      • ► Jul 09 (22)
      • ► Jul 08 (11)
      • ► Jul 07 (21)
      • ► Jul 05 (17)
      • ► Jul 04 (22)
      • ► Jul 03 (7)
      • ► Jul 02 (15)
      • ► Jul 01 (17)
    • ► June (435)
      • ► Jun 30 (16)
      • ► Jun 29 (14)
      • ► Jun 28 (18)
      • ► Jun 26 (18)
      • ► Jun 25 (27)
      • ► Jun 24 (22)
      • ► Jun 22 (7)
      • ► Jun 21 (11)
      • ► Jun 20 (22)
      • ► Jun 19 (11)
      • ► Jun 18 (23)
      • ► Jun 17 (12)
      • ► Jun 15 (10)
      • ► Jun 14 (18)
      • ► Jun 13 (15)
      • ► Jun 12 (5)
      • ► Jun 11 (19)
      • ► Jun 10 (20)
      • ► Jun 09 (25)
      • ► Jun 07 (23)
      • ► Jun 06 (13)
      • ► Jun 05 (24)
      • ► Jun 04 (19)
      • ► Jun 03 (16)
      • ► Jun 02 (18)
      • ► Jun 01 (9)
    • ▼ May (480)
      • ► May 31 (12)
      • ► May 30 (28)
      • ► May 29 (15)
      • ► May 28 (18)
      • ► May 27 (6)
      • ► May 26 (13)
      • ► May 25 (12)
      • ► May 23 (8)
      • ► May 22 (29)
      • ► May 21 (21)
      • ▼ May 20 (15)
        • Mukhriz desak PM letak semua jawatan
        • Kenyataan Media Dewan Pemuda berkaitan Dr Mahathir...
        • Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhad...
        • Ramai ahli tinggalkan Umno di Kedah, Johor
        • Lim Guan Eng guna ball pen harga murah
        • Cina lulusan Azhar boleh jadi MB
        • Ibu negara dilanda gegaran
        • "Tolong jangan hina bekas PM kita semua"
        • Koleksi Video - Mahathir keluar UMNO
        • Pak Lah tak akan tunduk desakan Dr M
        • Anwar: Umno sudah parah...
        • Ucapan Mahathir di Parlimen @ 11/8/1965
        • Perbuatan Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab - Pe...
        • Dr Mahathir umum keluar UMNO....apa kata Mukhriz d...
        • Tiada harta tiga generasi supaya Dr M keluar Umno
      • ► May 19 (16)
      • ► May 18 (10)
      • ► May 17 (11)
      • ► May 16 (18)
      • ► May 15 (17)
      • ► May 14 (25)
      • ► May 13 (14)
      • ► May 12 (28)
      • ► May 11 (8)
      • ► May 10 (11)
      • ► May 09 (32)
      • ► May 07 (15)
      • ► May 06 (26)
      • ► May 05 (21)
      • ► May 04 (26)
      • ► May 03 (12)
      • ► May 01 (13)
    • ► April (481)
      • ► Apr 30 (15)
      • ► Apr 29 (18)
      • ► Apr 28 (18)
      • ► Apr 27 (13)
      • ► Apr 26 (10)
      • ► Apr 25 (9)
      • ► Apr 24 (29)
      • ► Apr 23 (12)
      • ► Apr 22 (33)
      • ► Apr 21 (26)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (22)
      • ► Apr 18 (22)
      • ► Apr 17 (29)
      • ► Apr 16 (25)
      • ► Apr 15 (16)
      • ► Apr 14 (19)
      • ► Apr 13 (31)
      • ► Apr 10 (6)
      • ► Apr 09 (34)
      • ► Apr 08 (12)
      • ► Apr 07 (6)
      • ► Apr 06 (15)
      • ► Apr 05 (8)
      • ► Apr 04 (18)
      • ► Apr 03 (10)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (10)
    • ► March (87)
      • ► Mar 31 (16)
      • ► Mar 30 (6)
      • ► Mar 29 (6)
      • ► Mar 28 (6)
      • ► Mar 27 (8)
      • ► Mar 26 (4)
      • ► Mar 25 (5)
      • ► Mar 24 (4)
      • ► Mar 23 (14)
      • ► Mar 22 (11)
      • ► Mar 20 (7)

Iklan

Bloggers pimpinan

Berita dari bloggers

Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sengaja ataupun yang tidak sengaja melayari blog Tau Takpe ini. Segala berita dan artikel yang disiarkan di blog ini adalah khas untuk rujukan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas segala artikel yang diambil dan disiarkan kecuali dinyatakan ianya adalah pandangan pemilik blog sebagaimana tercatat dalam catatan OrangKita.

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |