+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 20, 2008

Kenyataan Media Dewan Pemuda berkaitan Dr Mahathir Boleh Sertai PAS

pas.org

PDF Print E-mail
Oleh : Dewan Pemuda PAS Pusat
Tuesday, 20 May 2008

Kenyataan Media (20 Mei 2008)

DR MAHATHIR BOLEH SERTAI PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang positif keputusan berani bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno semalam. Tindakan ini bukan sekadar satu tekanan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi juga merupakan satu isyarat kepada rakyat bahawa parti perkauman itu tidak relevan lagi dalam politik Negara ini. Ini adalah kali keempat seorang presiden Umno keluar parti selepas Dato’ Onn Jaafar melakukannya pada 1951, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pada 1988. Secara jelas menunjukkan bahawa Umno adalah parti yang tidak baik pada pandangan bekas presidennya sendiri.

Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan idea-idea pembaharuan untuk membangunkan negara adalah seorang tokoh yang masih relevan di Negara ini. PAS memang semenjak dahulu berselisih pandangan dengan beliau, tetapi bukan dalam soal idea-idea pembangunannya, sebalik desakkan PAS untuk beliau menerima Islam sebagai asas pembangunan negara. Oleh kerana Dr Mahathir telah melihat dan menyedari kepincangan Umno pada hari ini dan beliau mengakui dasar-dasar pembangunan PAS di Kelantan adalah lebih baik, maka idealisme perjuangan PAS patut dicantum dengan kebijaksanaan pemikiran pembangunan Dr Mahathir. Caranya ialah dengan tokoh negarawan itu menyertai PAS.

DPP Pusat dengan berbesar hati menyokong seruan Mursyidul Am PAS supaya Dr Mahathir menyertai parti ini. DPP Pusat juga ingin mengajak Dr Mahathir untuk kembali kepada fitrah manusia dengan menerima Islam sebagai asas perjuangan dalam seluruh kehidupan. DPP Pusat percaya bahawa selama ini Dr Mahathir mempunyai keyakinan terhadap kebolehan Islam, tetapi beliau menerima nasihat yang salah daripada ulamak kerajaan sehingga gagasan Islam tidak selari dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Jika Dr Mahathir sudi menyertai PAS, kesilapan-kesilapan ini masih boleh diperbetulkan dan beliau berpeluang untuk melihat Islam dalam konteks yang lebih menyeluruh seperti mana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW. DPP Pusat dengan ini mengajak Dr Mahathir dan ahli-ahli Umno yang sedar akan penyelewengan Umno untuk membina kekuatan baru bangsa Melayu berasaskan Islam dengan menyertai PAS.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |