+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, July 21, 2008

KENYATAAN MEDIA AYAH MOHD SAIFUL BUKHARI

Mstar Online

21-07-2008 09:40:38 PM

1) Saya, Azlan Bin Mohd Lazim, sebagai bapa kepada Mohd Saiful Bukhari amat sedih dengan apa yang telah terjadi ke atas anak saya. Sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh anak saya bahawa beliau telah diperlakukan dan diliwat oleh majikan beliau iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim .

2) Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu pihak polis membuat siasatan bukan seperti bekas majikan beliau itu yang sungguh banyak alasan dan dolak daliknya.

3) Justeru itu, demi membela Mohd Saiful Bukhari yang menjadi mangsa majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis.

4) Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah menyatakan kesediaan dan kesanggupan beliau pada bila-bila masa untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya di masjid dan disaksikan para ulama demi menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat seperti yang dilaporkan kepada polis, tetapi biarlah setelah siasatan pihak polis.

5) Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan kebenaran itu. Yang penting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin.

Kenyataan lima perenggan ini telah ditandatangani oleh Azlan Mohd Lazim hari ini.

Read More...

Laporan palsu: Musa saman Anwar

Malaysiakini

Jul 21, 08 8:09pm

Ketua polis negara hari ini memfailkan saman malu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis penasihat PKR terhadap Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" sedekad lepas.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.

Musa menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, faedah sebanyak lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutannya, lapor Bernama.

Kamarul Hisham berkata writ saman itu akan diserahkan kepada Anwar secepat mungkin selepas pihaknya menerima salinan writ saman yang telah dimeterai oleh mahkamah.

Selain ganti rugi, Musa juga memohon satu perintah injunksi menghalang Anwar atau ejennya daripada mengulangi menerbit perkataan-perkataan berunsur fitnah itu, kata peguamnya itu kepada pemberita.

Dalam laporan polisnya 1 Julai, Anwar berkata Musa dan Abdul Gani telah memalsukan keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan serangan fizikal terhadapnya oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor daripada pengetahuan umum sehingga matanya yang lebam didedahkan di mahkamah olehnya sendiri.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaan terhadap kes Anwar.

Dalam laporan polis itu, Anwar telah memohon supaya siasatan dijalankan terhadap Musa dan Abdul Gani atas dakwaan pemalsuan bukti apabila kedua-dua mereka dikatakan telah secara aktif terlibat dalam penyediaan laporan perubatan kedua yang menyimpulkan kecederaan yang dialami Anwar tidak konsisten dengan pukulan secara langsung, sebaliknya menyimpulkan kemungkinan kecederaan itu disebabkan oleh kemalangan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa mendakwa perkataan- perkataan berunsur fitnah sebagai tidak berasas, dan tidak benar, dan merupakan satu pemfitnahan yang teruk terhadapnya mengakibatkan reputasi, imej, ketulusan dan nama baiknya terjejas di kalangan masyarakat umum dan dalam kapasiti profesionalnya.

Musa menafikan beliau berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum dan menyatakan beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengarahkan supaya laporan perubatan kedua disediakan.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat terhadap Anwar - yang terdahulu pada 1998 dan 1999.

Menurut agensi berita itu lagi, Musa berkata Anwar telah secara berniat jahat membuat laporan polis itu terhadapnya dan Abdul Gani kerana laporan itu dibuat selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Beliau berkata Anwar membuat laporan polis itu terhadapnya dan Abdul Gani untuk mengalihkan pandangan dan fokus masyarat umum daripada tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.

Musa mendakwa laporan polis itu juga dibuat oleh Anwar untuk mempengaruhi masyarakat umum bahawa tuduhan liwat oleh Mohd Saiful terhadap Anwar adalah satu lagi konspirasi politik terhadapnya.

Katanya, laporan polis itu juga dibuat bagi memusnahkan kredibiliti bukti-bukti dan keterangan yang dikumpulkan pihak polis dan juga memusnahkan kredibiliti saksi-saksi sekiranya Anwar dituduh atas pertuduhan meliwat bekas pembantu sukarelanya.

Musa berkata tohmahan lisan yang dibuat oleh Anwar dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR pada hari yang sama sejurus selepas laporan polis itu juga tidak tepat dan tidak berasas dari segi fakta.

Katanya, beliau, melalui satu surat peguam cara telah meminta Anwar menarik balik perkataan-perkataan fitnah dan tohmahan lisan itu serta permohonan maaf tetapi Anwar, telah dalam surat peguam cara menjawab dengan menafikan kesemua tuntutannya (Musa).

Musa berkata Anwar tidak mengendahkan surat tuntutan beliau (Musa) dan telah terus-menerus menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu di laman-laman web dan blog.

Read More...

Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa

Harakahdaily

Roy Rasul | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Mon | Jul 21, 08 | 5:31:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

ImageDakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

ImageAnwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.

Image"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mks._

Read More...

Nik Aziz: PAS akan berpecah jika muzakarah diteruskan

Mstar Online

21-07-2008 10:54:07 PM

(Mutakhir) KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Aziz berkata, jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

"Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang.

"...dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau kecewa kerana tidak dijemput menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno, Nik Aziz berkata, beliau tidak kecewa tetapi "tidak gembira" dengan kenyataan pemimpin PAS dan Perdana Menteri mengenai isu itu.

"Saya tidak happy dan tidak gembira dengan kenyataan pemimpin Umno dan PAS mengenai muzakarah ini," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang mengenai perkara itu.

Nik Aziz bagaimanapun menafikan wujud ketidaksefahaman antara beliau dengan pemimpin PAS yang lain berhubung isu itu dan juga menafikan wujudnya masalah dalaman parti itu.

"Persefahaman tetap ada dan kalau pecah-belah seronoklah Umno dan sebab itu kita mesti bersatu dan apa yang saya katakan ini sebagai reaksi balas sahaja dan terpulanglah kepada penyokong (untuk menilainya)," katanya.

Nik Aziz juga berkata, terpulang kepada perwakilan untuk membincangkan mengenai isu itu pada muktamar PAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Boleh jadi dibincangkan tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk membincangkan isu ini," katanya.

Beliau juga menafikan pertemuannya dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru turut membincangkan isu muzakarah itu dan menurutnya perbincangan hanya berkisar mengenai bagaimana untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. BERNAMA

Read More...

Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat

Harakahdaily

Lanjusoh, Mohd Yusri Amin

Mon | Jul 21, 08 | 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.

Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _

Read More...

Kabinet Bincang Kewajaran Pembelian Mercedes Oleh Kerajaan Terengganu

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Monday, 21 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

Beliau berkata dasar yang diamalkan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional sebagaimana laporan Bernama jam 4.20 petang ini.

"Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak untuk perjalanan jauh.

Read More...

Konspirasi AG dan IGP

matsamankati

Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.

RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.

Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?

Oh oh!! Tunggu sat. Abdullah Badawi ada cakap, Anwar mesti memberikan profil DNA yang baru secara sukarela. Profil DNA tahun 1998 yang ada kat polis tu dah lama. Polis pulak kata, kalau Anwar tak mau bagi profil DNA yang baru, depa akan dapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Anwar. Ho.ho.ho... ada banyak yang tak kena, brader.

Mula-mula sekali, kalau Jabatan Kimia sudahpun selesai dengan kes ini dan mempunyai bukti yang kukuh terhadap Anwar, pasai apa nak minta profil Anwar lagi? Profil DNA tak ada tarikh luput. Adakah polis juga memerlukan cap jari Anwar yang baru, sebab cap jari yang depa ambil 10 tahun dulu dah lepas 'tarikh luput'? Cap jari tak pernah berubah dari tarikh kita dilahirkan sampa mati. Profil DNA pun macam tu jugak! Awat la bodoh sangat?

Kalau hangpa ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali dan pemeriksaan membuktikan dia mati kerana keracunan arsenik. Dan Napoleon mati pada 5 May 1821, sama dengan 187 tahun dulu! Tak kan Profil DNA Anwar yang baru 10 tahun dah basi kot?

Sebenarnya, bukti kukuh yang dikatakan diperolehi oleh Jabatan Kimia itu diperolehi melalui contoh yang diperolehi pada tahun 1998. Jadi, depa perlukan contoh baru yang bertarikh 2008. Kalau tidak, sekiranya Anwar membawa pakar dari luar untuk mengaudit bukti Jabatan kimia itu, sudah pasti, pakar tersebut akan mendapati 'bukti' itu sebenarnya sudah berusia 10 tahun, dan bukannya dari kejadian 'liwat' pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Betui!! bukan saja pakar DNA akan dapat mengetahui 'air mani' yang ada pada seluar dalam Saiful itu kepunyaan Anwar, malah depa juga boleh tau sama ada ianya dari contoh tahun 1998 ataupun bertarikh 26 Jun 2008.

'Bukti'nya sudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan. Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luar negara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentu pakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.

Jadi, depa mesti tukarkan contoh September 1998 kepda July 2008. Itu sebabnya Abdullah Badawi dan Syed Hamid Albar, dan ramai lagi, meminta Anwar menyerahkan contoh profil DNA yang baru. Mereka memerlukan contoh baru ini untuk 'membuktikan' bahawa airmani yang ada pada seluar dalam Saiful bertarikh 26 Jun 2008. Dan Pak Lah sendiri telah 'mengesahkan' perkara ini bila dia meminta Anwar menyerahkan profil DNA yang baru secara sukarela walaupun contoh yang lama masih boleh digunakan kalau setakat untuk mengetahui profil DNA.

Ya, pada September 1998, depa dah ambil contoh darah Anwar. Tapi depa tak boleh gunakan sebagai bukti dalam kes yang terbaru ini. Mereka perlukan bukti terbaru dan melainkan mereka boleh memaksa Anwar menyerahkan contoh terbaru, 'bukti' mereka dianggap lemah.

Itulah sebabnya polis terpaksa membebaskan Anwar atas jaminan polis sehari selepas dia ditangkap macam filem Hollywood. Mereka terpaksa membebaskan Anwar atau pun membawanya kemahkamah untuk didakwa. Tapi macam mana nak dakwa Anwar kalau 'bukti' tidak dapat diterima? Dan bukti yang menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh Anwar adalah menerusi contoh DNA tahun 1998 sudah pasti tak diterima oleh mahkamah. Anwar dituduh pada 26 Jun 2008, bukan September 1998!

Nampak tak, macam mana liciknya AG dan IGP berkomplot? Dan dua makhluk seperti ular ini juga yang memalsukan bukti pada tahun 1998 yang menyebabkan Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun. Dan an aku melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah bila aku cakap perkara ini! Mintak-mintak macam tu la. Sementara kita masih lagi dalam hal ini, amacam kalau aku buat satu lagi 'kesalahan'? Aku akan menuduh AG dan IGP memalsukan bukti dan mengancam saksi.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

"Bukti' terhadap Anwar tidak cukup. Mereka kini mencari jalan lain untuk 'membuktikan' Anwar meliwat Saiful. Dalam pada itu, kita perhatikan, sama ada AG akan melakukan satu lagi repot polis terhadap aku dan sama ada IGP akan menangkap aku dan mendakwa aku dimahkamah kerana menghasut dan memfitnah kerana dakwaan ini.

Hei!! Aku dah pun ada empat tuduhan menghasut dan memfitnah. Tak jadi hal kalau tambah lagi dua atau tiga tuduhan! Yang penting ialah sama ada aku masuk jel atau tidak. Apa yang penting ialah dunia diberitahu bahawa mereka sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau masuk jel pun, pulang modal.

(Posting ini adalah terjemahan daripada artikel terbaru Raja Petra,How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar)

Semalam, aku post yang ini...

"Pada 18 jun 2008, Saiful telah pergi kePusat Rawatan Islam Kuala Lumpur, (Pusrawi KL), untuk medical check-up dan beliau telah diperiksa oleh seorang doktor Myanmar (PR) dan doktor mendapati tiada kesan terhadap pungkoknya.Doktor tersebut telah ditahan oleh polis selama 3 hari dan semua rekod-rekod perubatan Saiful didapati hilang."

Hari ini pula, Petra tulis yang ini.

You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.

Kebetulan? Khabar angin? Mesti ada sesuatu yang tak kena!

Read More...

Laporan palsu: Anwar ke BPR lagi

Malaysiakini

Jul 21, 08 11:36am

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.

Anwar kelihatan masuk ke BPR di Putrajaya kira-kira 10 pagi dan keluarkan lebih tiga jam kemudian.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata beliau berpuas hati dengan pihak BPR kerana badan itu bertindak profesional dan mencatat semua keterangannya.

Beliau juga berkata telah memberikan dokumen yang diminta "setakat yang ada" padanya.

Keterangannya sebagai sebahagian siasatan laporan polis beliau terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporan kesnya pada 1998.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1998, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman ketika mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh ketua polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

Dalam sidang media berasingan selepas keterangan Anwar, timbalan ketua pengarah BPR Datuk Abu Kassim Mohammed berkata, semua dokumen telah diterima dan setakat ini telah cukup.

Dalam siasatan itu, kesemua 20 saksi dipanggil dan selesai memberikan keterangan, tambahnya.

Bagaimanapun, kata Abu Kassim, mereka boleh dipanggil kembali memberi keterangan jika penjelasan lanjut diperlukan.

Beliau berkata, keterangan-keterangan itu akan disemak dan perbincangan diadakan dengan pengarah bahagian perundangan.

Kertas siasatan itu, bagaimanapun, tidak akan dikemukakan kepada peguam negara kerana menurut Abu Kassim, sudah terdapat 31 pegawai daripada Jabatan Peguam Negara ditempatkan di badan itu.

Menurutnya, peguam negara telah membuat keputusan, semua kes akan dibincangkan di peringkat badan itu sahaja.

"Hanya kes sensitif dirujuk (kepada peguam negara)," tambahnya.

Ditanya sama ada tuduhan Anwar itu dikelaskan sebagai ada kes atau tidak, beliau berkata "belum boleh beritahu lagi."

Pihaknya sedang menyiasat perkara itu, kata Abu Kassim.

Read More...

Kes bunuh Altantuya: Karpal fail notis usul panggil semula Balasubramaniam

Mstar Online

21-07-2008 08:09:43 PM

SHAH ALAM: Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, memfailkan notis usul bagi memanggil semula penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu.

Karpal Singh memfailkan notis usul itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3 petang ini.

Di dalam notis usul itu, Karpal Singh memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan di dalam perbicaraan kes itu.

Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.

Dalam notis usul itu Karpal Singh mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.

Bagaimanapun Karpal Singh mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.

Karpal Singh berkata adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.

Notis usul itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada Rabu ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.

Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.

Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula pada Rabu ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. BERNAMA

Read More...

Saya yakin ada kes - Peguam Saiful...bapa pertikai sikap dolak dalik Anwar

Agenda daily



Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang.

Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut.

“Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.

Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful (baju T merah) yang hanya mahu dikenali sebagai 'Uncle Pet'.

Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful,Azlan Mohd Lazim.

Sidang media tersebut yang bertukar seolah-olah menjadi sesi ‘perbicaraan’ turut menyaksikan isu sama ada laporan polis itu benar-benar wujud atau tidak ekoran kenyataan Anwar yang mempertikaikan sehingga kini beliau tidak mendapat salinan laporan polis berkenaan.

Zamri berkata, laporan polis memang telah dibuat dan beliau sendiri telah melihat salinan laporan polis tersebut.

Terdahulu semasa membaca kenyataan bapa Saiful itu mendesak supaya Anwar memberikan kerjasama kepada polis untuk menyegerakan siasatan termasuk memberikan kerjasama untuk membolehkan ujian DNA dijalankan.

Menurut Azlan, sikap berdolak dalik Anwar telah menyebabkan siasatan tersebut tidak dapat disegerakan dan mendesak pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan membawa indvidu yang terbabit dalam kes berkenaan ke muka pengadilan.

Azlan juga dalam kenyataannya itu berkata, anaknya Saiful bersedia untuk bersumpah bersumpah menurut cara Islam yang di mana-mana masjid dengan disaksi ulama untuk menegakkan kebenaran.

Bagaimanapun katanya, sumpah berkenaan hanya boleh dibuat setelah pihak polis menyelesaikan siasatannya.

Ketika ditanya adakah Saiful seorang gay (homoseksual), Zamri menegaskan anak guamnya bukan terdiri daripada golongan tersebut.

Ditanya, adakah benar Saiful kini dalam jagaan polis, peguam itu berkata, saiful kini bukan dalam jagaan polis tetapi dalam perlindungan polis untuk menjamin keselamatannya.

Selain persoalan berkenaan, wartawan juga bertanya kenapa bapa Saiful sendiri tidak tampil untuk membuat kenyataan berkenaan, Zamri berkata, buat masa ini bapa Saiful mempunyai komitmen lain dan pihaknya diminta untuk berbuat demikian. – 21/7/2008

Read More...

Raja bukan 'buta, pekak, bisu'

Malaysiakini

Jul 21, 08 5:18pm

Raja-raja Melayu mempunyai peranan penting dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap adat-istiadat semata-mata kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Muda Perak.

Pandangan berterus-terang Raja-raja berhubung isu-isu perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berdasarkan hasrat memastikan negara terus kukuh dan aman, dan rakyat terus sejahtera dan makmur, titah Dr Nazrin Shah.

"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidatonya 'Institusi Beraja' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara hari ini.

Baginda bertitah, setelah 50 tahun usia kemerdekaan negara, Raja-raja Melayu telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen pihak-pihak yang bersaing mendapatkan kuasa politik, titah baginda lagi.

"Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

"Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah Raja Nazrin.

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.

"Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik perdana menteri di peringkat Persekutuan dan melantik menteri besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

"Dalam urusan lantikan perdana menteri demikian juga menteri besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan," titah baginda, lapor Bernama.

Read More...

'Guna Mercedes-Benz E200 elak kos selenggara tinggi' - MB Tganu

Berita Harian

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my


MOHON KEPADA ILLAHI: Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail Nasiruddin Shah (duduk atas kerusi) bersama Ahmad Said (kiri) turut hadir pada Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Maziah, semalam.

KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata walaupun kos pembelian agak mahal pada peringkat permulaan, tetapi kos selenggara kenderaan baru bagi menggantikan Proton Perdana ini lebih rendah dan menjimatkan untuk jangka masa panjang.

"Pembelian kenderaan baru ini sebenarnya lebih menjimatkan kos selenggara, walaupun harganya mahal pada permulaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, di Istana Maziah, di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif.

Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.

Ahmad berkata, apa yang dibuat bukan untuk memperkecilkan kereta nasional, tetapi hakikatnya kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak hanya untuk penyelenggaraan kereta rasmi dan selepas kajian dibuat kerajaan merasakan kewajaran untuk menukar kenderaan rasmi kepada kenderaan yang penyelenggaraanya lebih rendah.

"Saya boleh tunjuk rekod dari segi penyelengaraan kereta yang terpaksa dibayar kerajaan negeri berikutan masalah penyelenggaraan dihadapi," katanya.

Beliau turut menjelaskan ada kereta yang digunakan Exco terpaksa dihantar servis dua atau tiga kali membabitkan kos selenggara RM50,000 serta bermasalah bila digunakan untuk perjalanan jauh.

Untuk itu katanya, kerajaan memutuskan untuk menukar kenderaan rasmi bagi menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mempunyai nilai jualan balik yang tinggi serta terbukti lebih menjimatkan penggunaan minyak.

Read More...

‘Boneka’ Adalah Kerja Jahat UMNO - MB Perak

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay
Monday, 21 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/nizartrg2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Nerus - Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS Perak menafikan menjadi ‘boneka’ kepada parti DAP dalam mengurus serta mentadbir negeri sejak empat bulan lalu.

Ia adalah kerja jahat yang dibuat oleh pemimpin UMNO Perak, bertujuan menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin menafikan dakwaan pemimpin UMNO Perak bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS menjadi ‘boneka’ DAP.

“Mereka (UMNO) seolah-olah, gambarkan kerajaan Pakatan Rakyat yang ada hari ini kerajaan yang ditekan dan dipergunakan untuk kepentingan DAP, ini tidak betul.

“Sebab segala-gala keputusan yang kami (kerajaan) buat adalah keputusan bersama yang berlandaskan keputusan syura atau pun secara kolektif,” tegasnya pada sidang media selepas Ceramah Perdana Sempena Dua Dekad Penubuhan Madrasah Darul Taqwa, di Pekan Batu Enam, semalam.

Menurutnya, hebahan yang tidak berasas itu sengaja disebarkan oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

Namun begitu, katanya Umno/BN sengaja memainkan sentimen ‘kemelayuan’ bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat di Perak.

“Ini adalah hebahan yang dibuat oleh UMNO sendiri. Sebab jika kita lihat rencana-rencana dan poster yang mereka sebarkan.

“Semuanya mereka itu memainkan sentimen-sentimen ‘Kemelayuan’ dan mereka hendakkan orang-orang Melayu percaya kerajaan yang ada pimpinan PAS ini adalah kerajaan yang tidak mementingkan bangsa Melayu.

“Kerajaan yang ada ini, kita terpaksa, kita akur dan kita patuh, kita menerima dan mengiktiraf segala-gala peraturan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 dan kita juga mengiktiraf Artikel 3 dalam Perlembagaan Pesekutuan. Untuk itu, apa sahaja keistimewaan bumiputera kita akan pelihara,” jelasnya.

Dato’ Seri Mohamad Nizar menegaskan sebarang tindakan yang hendak dibuat seperti dasar tanah, dasar air, lantik ahli-ahli exco dan ‘Datuk Bandar’ turut dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat.

“Ini menunjukkan, kita (PAS) tidak menjadi mana-mana ‘boneka’ kepada mana-mana parti. Ini adalah kebersamaan.

“Setiap parti itu menghormati kewujudan dan setiap parti itu menerima perbezaan masing-masing.

“Dan keputusan kami (Pakatan Rakyat) adalah berlandaskan sentimen-sentimen profesionalisme dan tidak berdasarkan kepada kaum dan tidak berdasarkan kepada mana-mana kepentingan parti,” ujarnya di hadapan 10,000 hadirin.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali.

Read More...

Kes Anwar: Abdullah akui wujud konspirasi Gani dan Musa?

Harakahdaily

M Khaleel Kas

Mon | Jul 21, 08 | 7:07:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar' membawa pelbagai interpretasi.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau memandang serius akan kenyataan penafian Abdullah mengenai keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara di dalam konspirasi ke atas Anwar.

"Kenyataan Abdullah bahawa beliau 'menjamin Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar membawa pelbagai interpretasi.

"Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang mengakibatkan Dato' Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka,"dakwanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, melihat kepada perkembangan tuduhan dangkal salahlaku seks ke atas Anwar bermula 28 Jun lepas, penglibatan Gani dan Musa adalah sesuatu yang sukar disangkal dengan mengambil kira beberapa perkembangan, antaranya cara penahanan 'desperado' pihak polis ke atas Datuk Seri Anwar pada 16 Julai lepas, dan sabitan kes fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin pada 18 Julai berikutan Akuan Bersumpah beliau yang mengaitkan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu.

"Malah, tindakan polis yang ingin menggunakan perintah mahkamah untuk memaksa Dato' Seri Anwar memberikan sampel DNA juga sangat melucukan, dalam keadaan DNA Dato' Seri Anwar sudah pun wujud dalam Bank DNA hasil daripada siasatan kes 1998.

"Ini memperlihatkan wujud satu keadaan di mana sampel DNA Dato' Seri Anwar akan diseleweng untuk 'melengkapkan' pertuduhan palsu ke atas beliau,"katanya agi.

Shamsul juga berkata bahawa,adalah sesuau yang sangat mengelirukan tatkala Abdullah mengatakan bahawa Gani tidak akan terlibat di dalam konspirasi ini, sedangkan jelas disebut di dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera.

Menurutnya lagi, ini juga dijelaskan di dalam 'Seksyen 376 Kanun Keseksaan Jenayah : The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and discretion of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.'

"AMK mengulangi penegasan di atas prinsip integriti dan akauntabiliti susulan daripada Memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 3 Julai 2008 bahawa Musa Hassan dan Gani Patail mesti digantung tugas sebagai Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta merta sehingga penyiasatan terhadap mereka selesai dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah,"tegasnya. - mks. _

Read More...

Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad

Siasahdaily

Sunday, July 20, 2008

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).

Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.

“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.

Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.

Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.

“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.

“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.

“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid. Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.

“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.

Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.

Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.

Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.

Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.

“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.

“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.

Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.

“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.

Read More...

HKL minta Anwar isi borang mangsa rogol

Mstar Online

21-07-2008 10:09:41 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

(Mutakhir) PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pegawai kesihatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah meminta beliau mengisi borang mangsa rogol semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di hopital berkenaan minggu lalu.

“Anda tahu borang apa yang digunakan oleh HKL? Borang mangsa rogol. Saya diarah untuk mengisi borang sebagai 'mangsa rogol',” kata beliau kepada media selepas menyambung keterangan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini.

Anwar sekali lagi menegaskan, ketika itu beliau masih belum melihat laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukahri Azlan mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

“Saya saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan terpaksa akur dengan arahan itu bagi memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta bimbang dengan pihak media yang akan melaporkan kononnya beliau enggan memberikan kerjasama.

Beliau bersetuju dan menganggap pemeriksaan itu sebagai prosedur biasa.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menafikan dakwaan oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan beliau cuba untuk mempolitikkan isu beliau dibogelkan.

“Siapa yang besarkan isu ini? Saya bersedia dan saya patuh pada arahan untuk dibogelkan termasuk pemeriksaan terhadap alat sulit saya... itu yang penting,” katanya.

Khamis lalu ketika sidang media yang diadakan di rumah beliau di Bukit Segambut selepas dibebaskan dari tahanan polis, Anwar memberitahu, beliau telah diarahkan untuk berbogel semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di HKL.

Alat sulit beliau turut diperiksa dan diukur namun enggan untuk diambil gambar kerana bimbang maruahnya akan tercemar di internet.

Read More...

Sodomy, Murder, DNA Tests Make `CSI Malaysia': William Pesek


Bloomberg

Commentary by William Pesek


July 21 (Bloomberg) -- It's becoming the highest-rating program in Asia: Malaysia's crime scene investigations.

Just like its wildly popular American counterparts, this crime drama -- call it ``CSI Malaysia'' -- features sex, murder, DNA samples, cover-ups and a colorful cast of characters wondering who's guilty of this or that.

At the center of Malaysia's CSI franchise is Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister who did time on corruption and sodomy charges. Last week, Anwar was arrested on new sodomy claims. He accuses Deputy Prime Minister Najib Razak -- who denies sexual-misconduct allegations related to a 28-year-old Mongolian woman killed two years ago -- of manufacturing the charges to discredit him.

The storyline is captivating this nation of 26 million people, most of whom are Muslim. It's sparking steamy and decidedly awkward debates about how one defines sodomy and whether it should be a crime. (It is under Malaysian law.)

Surreal subplots abound. Mahathir Mohamad, the man in power when Anwar was jailed a decade ago, has been fighting a very public war of words against his successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, over corruption allegations.

Events in Kuala Lumpur would be far more entertaining if they were confined to a television screen -- and not denting the image of one of Asia's most promising economies.

Shifting in Seats

Many Malaysians aren't quite sure what to think. Are the charges against Anwar trumped up to keep him from toppling the government? Is the male aide who claims to have had sex with Anwar telling the truth? If Anwar is innocent -- he claims he has never engaged in sodomy -- why not submit a DNA sample and clear himself? If you were Anwar, would you trust authorities not to taint the DNA test?

It was impossible to avoid this issue at a Bloomberg panel discussion on July 17, the day after Anwar was arrested (and the day on which he was released). On the panel were bigwigs from the likes of Malaysia Airline System Bhd., Maxis Communications Bhd. and CIMB Investment Bank. You could see them shifting nervously in their seats as the issue of sodomy came up.

If Malaysians don't know what to make of Anwar's plight, you can imagine what foreign investors think. ``Summer of Discontent,'' is how Deutsche Bank AG analyst Teoh Su-Yin titled a recent report on Malaysian stocks.

Last week, it was hard to find an analyst predicting a quick resolution to Malaysia's fragile political backdrop. Nor could I find anyone in Kuala Lumpur who felt markets had fully priced in the negative impact of higher inflation on the economy and corporate earnings.

Changing World

What's so frustrating about Malaysia is the obvious potential. Its natural-resource-rich economy has achieved great things in the 50 years since independence from Britain. Twenty- five years ago, this was a tropical backwater. Today, Malaysia's modern, skyscraper-filled capital is home to the world's tallest twin buildings: the Petronas Towers.

Yet the world is moving ahead at a rapid pace, hastened by the rise of China and India. It won't wait for Malaysia, and the current scandals preoccupying the government are coming at the worst possible time. Malaysia should be acting boldly to increase its global competitiveness.

Nations as diverse as China, India, Indonesia, Thailand and Vietnam are working to raise their global influence. Five years from now, any of these economies might harness specific advantages, from low costs to human capital to technology, to challenge Malaysia's growth prospects.

Leadership Vacuum

Malaysia should start by fixing a key weakness: a four- decade-old affirmative-action program favoring the predominant Malay community. It limits investment, stifles competition and keeps the economy from becoming a meritocracy. It's a third-rail issue and isn't discussed seriously.

The leadership vacuum in Kuala Lumpur means Malaysia is squandering time its economy doesn't have. Its $151 billion economy is becoming a smaller blip on investors' radar screens, and politics deserve much of the blame.

Abdullah is under pressure to quit after his coalition's worst-ever election result in March. Earlier this month, he announced plans to stay in power for two more years as his chosen successor, Najib, faces sexual-misconduct allegations. What has the makings of a trashy novel has become reality, and it's not clear Malaysia's leaders see that.

Unstable Situation

Malaysia, it seems, is being run for the sole benefit of those in charge. The nation has become more about Abdullah's party, the United Malays National Organization, than the welfare of its people. That's not being lost on overseas observers.

``Investors are already considering the situation as unstable,'' says Tricia Yeoh, director of the Centre for Public Policy Studies in Kuala Lumpur. ``They are already reconsidering their options in the country. The new investors are possibly not looking at Malaysia as a viable option and previous investors would be thinking of extracting their funds to be put in more stable and viable locations.''

Financiers may be perfectly happy to watch CSI at home. They are far less keen on exposing their money to a whodunit playing out on Malaysia's national stage.

(William Pesek is a Bloomberg News columnist. The opinions expressed are his own.)

To contact the writer of this column: William Pesek in Kuala Lumpur at wpesek@bloomberg.net

Read More...

Peguam: Mohd Saiful bukan 'gay'

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 21, 08 4:57pm

kemaskini 9:45pm Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.

"Tidak," kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang "gay."

saiful bukhari azlan lawyer pc zamri idrus 210708 01Zamri (foto kanan) hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes anaknya.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.

Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.

Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'

Azlan juga berkata anaknya sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

"Ia bergantung (pada keadaan). Pada tahap ini, semua pihak memberi perhatian dan kerjasama penuh kepada polis. Biarlah polis melengkapkan siasatan dulu," kata peguam itu.

saiful bukhari azlan images 300608 03Azlan menyatakan beliau berasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

"Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.

Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana "ada hal lain."

Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: "Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu."

Disoal sama ada Mohd Saiful mendapat sebarang pampasan daripada pihak tertentu atas pengakuan diliwat, Zamri berkata: "Itu tidak benar."

Mengulas gambar-gambar bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu dengan beberapa orang menteri, Zamri berkata "gambar tidak menceritakan apa-apa".

"Ini pandangan saya sebagai peguam. Kamu boleh ambil gambar dengan sesiapa yang kamu mahu. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar," katanya lagi.

Bapa saudara Mohd Saiful pula berkata, sebagai bekas pimpinan pelajar, dalam program-program seperti forum, sudah tentu pemuda itu mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Foto yang didedahkan pemimpin PKR termasuklah menunjukkan Mohd Saiful bergambar dengan setiausaha timbalan perdana menteri, Khairil Anas Yusof (foto kiri).

Beliau bagaimanapun menafikan anak saudaranya itu mengenali dengan dekat pemimpin dalam dalam gambar itu, antaranya menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad - kedua-duanya menafikan pembabitan mereka dengan Mohd Saiful.

"Memang betul, (beliau) tidak kenal," kata Zamri.

Diminta menjelaskan keadaan anak guamnya sekarang, Zamri berkata pemuda itu selamat, berada dalam keadaan baik dan sihat.

Ditanya sama ada beliau dalam keadaan trauma, peguam itu tertawa kecil dan berkata: "Kamu mula pergi lebih terperinci sekarang."

Para pemberita turut ketawa kecil.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan keterangan yang diberikan oleh Saiful, Zamri berkata:

"Mohd Saiful anak guam saya. Sebagai peguam, saya yakin berdasarkan keterangan Mohd Saiful tetapi jawapan saya ini jangan dianggap mempunyai hubung kait dengan siasatan polis kerana segala-galanya bergantung kepada penyiasatan polis."

Sidang media itu diadakan, tambah Zamri, untuk menunjukkan "bapa dan keluarganya mengambil berat tentang Mohd Saiful dan tiada sesiapa mengetepikannya."

Peguam itu berkata beliau telah melihat laporan polis yang dibuat oleh Saiful, bagaimanapun enggan mendedahkannya.

Ditanya perasaannya berhubung isu ini, Uncle Pat menambah: "Kita tetap teruskan kehidupan. Kita orang Islam, kita harus bergantung pada Allah. Selagi kita bergantung pada Allah, insya Allah, kekuatan itu akan datang dan kita yakin bantuan Allah tetap akan sampai."

Read More...

Pembatalan Konsert Inul Satu Rahmat Untuk Rakyat Johor

mindakembara







Semalam, rata-rata akhbar di Malaysia menyiarkan berita pembatalan konsert Inul Daratista di Johor Bahru dengan memaparkan bagaimana betapa kecewanya Inul sehingga hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di Johor.
.
Saya menerima panggilan telefon, SMS, email dan pesanan 'cbox' di dalam blog saya mengucapkan tahniah di atas komitmen Pemuda PAS Johor untuk memastikan konsert Inul dibatalkan. Saya tidak dapat untuk membuat apa-apa komentar kerana semalam dan hari ini saya berada di Ipoh untuk beberapa urusan. Malam ini ada peluang untuk saya mencoretkan pandangan terhadap keputusan pembatalan konsert ini.
.
Bagi saya, segala Puji hanyalah hanyalah bagiNya, Tuhan semesta 'alam. Saya mewakili DPPNJ hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran.
.
Saya telah dihubungi oleh sdr Salman Hussin, pemberita Harakah Johor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang konsert tersebut pada hari Jumaat malam Sabtu. Saya telah menyatakan bahawa konsert tersebut telahpun dibatalkan kerana keputusan pihak berkuasa tempatan adalah muktamad, iaitu permit tidak akan dikeluarkan.
.
Namun, perkara yang saya cukup terasa apabila melihat bagaimana Inul begitu sedih tidak terkata sehingga hampir pengsan apabila mengetahui bahawa konsert tersebut dibatalkan. Bukan terasa kerana sedih tetapi disebabkan Inul tidak dapat menerima takdir bahawa konsert tersebut dibatalkan.
.
Jika kita lihat reaksi dan wajah Inul ketika sidang media tersebut, Inul seakan sudah tidak dapat menahan kesedihan dan sukar untuk menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Inul bukannya calang-calang manusia, beliau telahpun menunaikan haji dan selayaknya digelar Hajah Inul namun apakah Inul tidak mahu melihat ianya adalah satu peringatan daripada Allah SWT?
.
Saya mendoakan agar Inul akan diberi hidayah oleh Allah. Bukan sekadar menunaikan haji tetapi perlu melihat dirinya sebagai seorang muslimah yang perlu mematuhi perintah agama. Setidak-tidaknya, Inul telah berjaya mengelak daripada mempersembahkan goyang gerudinya di Johor yang bakal mencatitkan dosa-dosa ke atas dirinya.
.
-------------------------------------------
Pemuda PAS Johor hargai keputusan MBJB batal konsert Inul - Harakahdaily
Salman Hussin Fri Jul 18, 08 1:03:39 pm MYT

BATU PAHAT, 18 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Johor menyambut baik keputusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), tidak membenarkan konsert dangdut artis Indonesia, Inul Daratista, yang dijadual pada 19 Julai ini, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, dekat sini.

"Keputusan MBJB tidak mengeluarkan permit kepada penganjur untuk mengadakan konsert ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan bertanggung jawab," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar penganjur konsert ini, IMF Prima, berhubung pembatalan konsert ini.

Menurut Faizi, pada 11 Julai lalu, Pemuda PAS Johor telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi membantah penganjuran konsert ini.

"Sehingga hari Selasa, kita dimaklumkan Pejabat MB masih tidak meluluskan permohonan bagi mengadakan konsert ini dan kenyataan akhbar pihak penganjur berhubung pembatalan konsert tersebut, amat melegakan kita.

"Kita juga difahamkan pada 10 Julai lalu, pihak penganjur telah mengemukakan rayuan kepada MBJB, tetapi rayuan mereka ditolak, bagaimanapun keputusan MBJB menolak rayuan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada penganjur.

"Bagi kita ketegasan MBJB ini menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kepentingan sosial rakyat terutama golongan muda.

"Berdasarkan kepada latar belakang artis dangdut yang membawa imej lucah dalam persembahannya sebelum ini, maka amat wajar sekali MBJB dan Kerajaan Johor, tidak membenarkan konsert ini diadakan di negeri ini.
.
"Kita juga mengharapkan keputusan sama diambil Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), terhadap konsert-konsert seumpama ini pada masa depan.

"PAS tidak sekali-kali menentang hiburan kerana kita faham ianya satu keperluan bagi setiap manusia, tetapi biarlah hiburan yang bersifat mendidik dan menjurus ke arah kebaikan dunia dan akhirat, bukan melalaikan atau menyesatkan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam," ujarnya lagi. - mns_

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |