Tuesday, June 2, 2009
Gambar Stadium Gong Badak runtuh.
0 comments Labels: bloggers united, gambar, pembaziran, terengganu
Stadium Sultan Mizan Runtuh - PAS Gesa Siasatan Menyeluruh
| Written by SM Noor |
| Tuesday, 02 June 2009 11:45 |
| Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja. stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali. Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap. Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi 'krak' dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung. Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta 'kancil'nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh. "Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi 'krak' (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,"kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap. "tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh," tambahnya. Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit. "Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,"katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku. "Dia bunyi (kejadian) sekejap saja..... prak.....prak..... terus jatuh selalu (serta merta), "saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,"ujar Razali. PAS Gesa Siasatan Menyeluruh Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu. Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhamitran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. "Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh,"katanya spontan. Justeru beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri Terengganu mengadakan satu 'inquiry' secara menyeluruh bagi mengenalpasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku. "Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu 'inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku," "laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi Buletinonline. Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi' kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh. Klik Untuk Lihat Video Klip dan Slide |
0 comments Labels: buletin online, pembaziran, terengganu
Bumbung Stadium Gong Badak runtuh
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 2, 09 11:03am |
| Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini. Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus. Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan. Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri. Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut. Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. "Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya., Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan. "Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super. |
0 comments Labels: malaysiakini, pembaziran, terengganu
Tuesday, May 5, 2009
Tender camry ditutup, pembida tidak ramai
kumara.sabapatty@kosmo.com.my
IPOH - Tempoh tender untuk melelong 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dibeli oleh kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir semalam dengan hanya tujuh sampul surat borang dikembalikan.
Sejak tender itu dibuka pada 28 April lalu, sebanyak 40 borang tender telah dijual dengan harga RM20 satu, majoritinya diambil oleh orang perseorangan.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman berkata, pihaknya tidak menyangka maklum balas yang diterima begitu sedikit.
Namun, jelasnya, ia bukan bermakna satu sampul hanya untuk sebuah kereta.
"Jumlah tender dan pembida hanya akan ditentukan pada 6 Mei ini (esok) kerana kita belum dapat memastikan bilangan kenderaan yang telah ditender sehingga kini.
"Jika ada kereta yang belum ditender, borang akan dijual lagi kepada orang ramai dengan segera,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Menurut Shamsulzaman, kesemua 16 unit kereta Toyota Camry 2.4 ini akan dilelong di bawah pemantauan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamal Mat Hussain.
0 comments Labels: kosmo, pembaziran, Perak
Friday, May 1, 2009
Muhyiddin tunjukkan jalannya.
0 comments Labels: pembaziran, pemimpin haprak, siasahdaily
Tuesday, April 21, 2009
Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong
IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.
Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.
Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.
Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.
Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, pembaziran, tolak BN
Tuesday, September 9, 2008
Poster Hari Ini - Lawatan Buang Duit Rakyat.
Mob's crib
OK -
Apakejadahnya Pak Lah pegi hantar ahli parlimen BN ni buat lawatan bulan-bulan puasa ni. Najib cakap dah rancang 3 bulan lepas. Pirah mabuk!!! Hang ingat aku tak tau ka???Hang memang nak gagalkan rancangan 916 tu kan???Hang pun percaya ke dengan propaganda tu???Hang takut ka????Kang kata bodoh kang marah.....tapi, memang hang ni ngok!!!!
0 comments Labels: Malaysia baru, pembaziran, poster
Monday, September 8, 2008
Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara
| Harakahdaily Salmah Mat Husain Mon | Sep 08, 08 | 10:28:01 am MYT | |
| KOTA BHARU, 8 Sept (Hrkh) - Rakyat bukan Melayu di negara ini tidak akan mendapat keadilan sewajarnya selagi berada di bawah ketuanan Barisan Nasional (BN). Oleh itu sudah sampai masanya kaum Cina yang bernaung di bawah MCA dan Gerakan meninggal gabungan bersama BN memandangkan mereka seperti tidak lagi diperlukan Umno. Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, bukti yang jelas berlaku apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato� Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina hanya menumpang di negara ini. "Ini membuktikan parti-parti bukan Melayu tidak lagi diperlukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada orang kurang upaya di sini, semalam. Ahmad dalam ceramahnya di Permatang Pauh pada 25 Ogos lalu menyifatkan masyarakat Cina hanyalah menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mendapatkan hak yang sama. Malah pemimpin terbabit dengan sokongan Umno Pulau Pinang enggan meminta maaf biar pun Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Razak sudah memohon maaf secara terbuka. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, membawa usul supaya tindakan diambil terhadap Ahmad hanya sia-sia kerana ia sudah menjadi dasar perjuangan Umno yang bersifat perkauman. "Umno tidak mungkin akan merubah dasar itu dan kenyataan ketua Umno terbabit sebenarnya menggambarkan apa yang tersirat dalam perjuangan parti tersebut selama ini. "Apa yang perlu dilakukan Gerakan atau parti komponen lain ialah keluar dari BN jika tidak bersetuju dengan konsep yang dianut Umno," ujarnya. Beliau juga berkata, isu tersebut timbul ketika Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan meluas rakyat ke arah pembentukan kerajaan di peringkat pusat. Menurutnya juga terdapat perbezaan yang jelas di antara BN dan Pakatan Rakyat, di mana perjuangan Pakatan selari dengan Islam dan dasar ekonomi adil untuk semua kaum. "Kalau orang Melayu yang ramai miskin mereka berhak mendapatkan bantuan tetapi dalam masa yang sama tidak mendiskriminasikan orang bukan Islam," ujarnya. Sehubungan itu kata beliau kerajaan baru perlu dibentuk bagi memperbaiki kepincangan yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahannya lebih 50 tahun. Katanya, sokongan anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan BN ditumbangkan bukan bagi mencapai kepentingan peribadi, sebaliknya melaksana pemerintahan yang telus dan terbuka. Husam juga berkata, usaha-usaha ke arah pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini sedang berjalan lancar sekarang. "Ini terbukti apabila BN dikatakan terpaksa melarikan anggota parlimen BN ke luar negara kerana bimbang kerajaan yang ada sekarang akan runtuh. "Usaha membawa mereka keluar negara bukan jalan penyelesaiannya memandangkan anggota parlimen berkenaan boleh pulang ke tanah air apabila tiba waktunya. "Takkan selamanya mereka berada di luar negara, jadi saya ingat ini satu tindakan yang agak lemah sehingga menyebabkan mereka begitu panik," ujarnya. Sebelum ini ada laporan menyebut anggota-anggota parlimen BN akan dibawa keluar negara oleh Kelab Penyokong BN bermula semalam sehingga 19 September ini sebagai usaha mencegah mereka menyertai Pakatan Rakyat. - mj |
0 comments Labels: Harakahdaily, pembaziran, tolak BN, UMNO haprak
Thursday, September 4, 2008
Cakap Pak Lah ‘dok pakai’, Mercedes akan terus diguna pakai.
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Thursday, 04 September 2008 | |
Kerajaan Terengganu akan terus mengguna pakai 14 buah Mercedes E 200 Kompresor untuk kegunaan Exco dan Pegawai Kanan, walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri. Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu. Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan. Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’. Justeru dengan keputusan kerajaan negeri itu menjadikan kenyataan Abdullah berkenaan kereta tersebut adalah hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri. |
0 comments Labels: buletin online, Pak Lah undur, pembaziran, terengganu
Thursday, July 24, 2008
Sedia jual Mercedes
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia menjual semula semua 14 buah kereta jenis Mercedes E200 Kompressor kontroversi yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sejak awal minggu lalu.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said berkata, sekiranya Kabinet melarang Exco dan pegawai kanan Terengganu menggunakan kereta tersebut, penggunaan Proton Perdana V6 Executive akan dikekalkan.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan Pusat harus menanggung kerugian sekiranya kerajaan negeri terus menggunakan Proton Perdana V6 Executive kerana kos penyenggaraannya yang tinggi.
“Kalau suruh jual kita akan jual tetapi buat masa ini kita masih tidak tahu apa yang akan dilakukan dengan kenderaan tersebut.
“Tetapi kerajaan negeri sudah tidak sanggup menanggung kerugian lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kerajaan Terengganu membincangkan pembelian kersemua kereta bernilai RM3.43 juta di Kuala Lumpur semalam.
Kabinet pula turut membincangkannya semalam bagi menentukan sama ada pembelian itu melanggar dasar kerajaan mengenai penggunaan kereta nasional oleh kementerian dan kerajaan negeri.
Bagaimanapun, sehingga petang semalam tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung masyuarat Kabinet itu.
2 comments Labels: kosmo, pembaziran, penyelewengan, terengganu
Wednesday, July 23, 2008
Rakyat Terengganu terkejut pembelian Mercedes
KUALA TERENGGANU 22 Julai – Rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati penduduk kesal dan tidak bersetuju dengan pembelian kereta berkenaan kerana menganggap ia satu pembaziran.
Seorang pekerja swasta, Badrul Hisham Ashari, 44, ketika ditemui berkata, ia merupakan pembaziran wang rakyat walaupun pembelian kereta Mercedes berkenaan tidak melibatkan wang royalti minyak.
‘‘Tidak kira pembelian kereta itu tidak menggunakan wang royalti minyak, rakyat yang menanggung kos pembelian kereta ersebut berdasarkan pembayaran pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
‘‘Kerajaan negeri sepatutnya memikirkan secara mendalam sebelum membeli kereta mewah itu,’’ katanya.
Seorang peniaga restoran, Allen Ho, 36, pula berkata, pembelian kereta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri sepatutnya mengikut kemampuan kewangan negeri.
‘‘Semua orang tahu Terengganu bukanlah negeri kaya tetapi apa tanggapan orang luar apabila melihat pemimpin-pemimpin negeri memakai kereta mewah seperti Mercedes ini,” ujarnya.
Seorang lagi pekerja swasta, Saiful Bahrin Abd. Ghani, 35, berkata, kerajaan negeri sepatutnya membeli kereta Proton Perdana V6 Executive baru yang harganya lebih murah.
‘‘Kerajaan negeri menyatakan hendak melakukan penjimatan jadi beli sahaja kereta Perdana V6 Executive kerana kereta baru tidak cepat rosak selain kosnya lebih rendah,” katanya.
Seorang kerani di sebuah syarikat swasta, Razlan Aminuddin, 25, berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri.
‘‘Kos penyelenggaraan tidak sepatutnya menjadi faktor pembelian kereta import kerana ia tidak dilakukan setiap bulan,’’ katanya.
Rakannya, Mohd. Fakeri Ali, 27, berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya membeli kereta mewah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
‘‘Jika pembelian itu tidak dilakukan, wang tersebut dapat digunakan untuk melaksanakan program bagi membantu rakyat,’’ ujarnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga pakaian, Sheikh Faisal MR-Sallah, 35, pula berkata, pembelian kereta Mercedes E200 perlu dilihat dari sudut yang berbeza.
‘‘Exco-Exco memerlukan sebuah kereta yang lasak dan tahan lama jadi kereta Mercedes ini amat sesuai dengan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan ketika menemui rakyat,’’ katanya.
0 comments Labels: pembaziran, terengganu, utusan
Kerajaan Terengganu tetap perlu beli kereta nasional - Shahrir
PUTRAJAYA 23 Julai — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan Terengganu tetap perlu membeli kereta nasional dan bukannya Mercedes Benz yang dipasang dalam negara untuk anggota pentadbirannya.
Beliau berkata kerajaan Terengganu telah tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara mengikut Arahan Penbendaharaan kerana ia tidak melibatkan kereta tetapi hanya melibatkan kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.
“Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kerajaan negeri akan menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
Shahrir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini dan perbincangan berasaskan kepada Arahan Perbendaharaan itu.
“Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ianya khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.
“Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara,” katanya.
Shahrir berkata tiada keputusan baru dibuat berhubung perkara itu.
“Keputusan sudahpun dibuat bahawa sebenarnya sudah ada Arahan Perbendaharan menyatakan bahawa untuk kegunaan anggota pentadbiran iaitu termasuk ahli majlis mesyuarat kerajaan, digunakan Proton Perdana Executive,” katanya.
Beliau berkata jikapun ada masalah mengenai kereta Proton, maka kerajaan negeri perlu memberi input kepada Proton untuk meningkatkan kualiti produknya. — BERNAMA
1 comments Labels: pembaziran, terengganu, utusan
Tuesday, July 22, 2008
Mercedes: Terengganu sedia kemuka bukti kos selenggara Perdana V6 Executive
Mstar Online
22-07-2008 11:36:55 PM
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedia mengemukakan bukti terperinci kos perkhidmatan dan kerosakan kereta Proton Perdana V6 Executive, yang telah digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri sebelum ini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mampu membiayai lagi kos selenggaraan kenderaan berkenaan kerana sejak mula digunakan empat tahun lepas, ia telah melibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan tersebut.
"Misalnya, kos penyelenggaraan dua kereta tersebut mencecah RM175,229.97 yang tertinggi dan RM132,357.76 dari 2004 sehingga hari ini," menurut kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama melalui faks di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu kerana kereta nasional itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa langkah kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes itu juga adalah setelah mengambil pertimbangan tentang kenaikan harga bahan api dan nilai terpakai yang tinggi untuk kereta berkenaan.
"Daripada segi ciri-ciri keselamatan, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor. Ini adalah penting kerana pegawai-pegawai yang menggunakan kereta ini merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan dan keselamatan mereka adalah keutamaan," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa pembelian 14 buah kereta Mercedes bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri itu adalah telus dan wajar.
Pembelian kereta untuk kegunaan pegawai tinggi kerajaan adalah telus dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak.
Pembelian ini juga selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) yang mensyaratkan semua kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD) sahaja.
"Kereta Mercedes E200 Kompressor ini mematuhi syarat tersebut kerana ia dipasang di Pekan, Pahang sebagai produk CKD. Kewajaran pembelian kereta ini juga berdasarkan kelasakan kereta model ini dan kos penyelenggaraannya yang rendah," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa Menteri Besar masih menggunakan kereta kerajaan negeri yang lama bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun dan bukan yang baru seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan. BERNAMA
4 comments Labels: mstar online, pembaziran, terengganu
Kerajaan pusat, negeri wajar guna kereta nasional - Najib
Mstar Online
22-07-2008 12:46:06 AM
LUMUT: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.
"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
Beliau berkata dasar yang diamalkan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.
"Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.
Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.
Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata syarikat-syarikat industri pertahanan negara digalakkan bergabung bagi menjadikan mereka lebih kukuh dalam industri berkenaan.
Katanya, gabungan dan kerjasama telah menyaksikan pengeluaran pesawat kawalan jauh (UAV) taktikal buatan Malaysia apabila Composites Technology Research Malaysia (CTRM), System Consultancy Services (SCS) dan Ikramatik System melalui Konsortium UST Sdn Bhd (UST) berjaya menghasilkannya.
Beliau berkata UAV buatan Malaysia itu akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lama lagi dan pesawat itu juga akan dieksport ke negara serantau dan pasaran antarabangsa.
Mengenai MIPM, Najib berkata ia adalah mekanisme bagi mengajak bersama syarikat swasta yang terlibat dengan industri pertahanan untuk membincangkan langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan industri pertahanan negara mampan dan berdaya maju.
MIPM dianggotai oleh 130 buah syarikat. BERNAMA0 comments Labels: mstar online, najib razak, pembaziran
Bazaar Warisan - RM18.4 Juta Yang Menyedihkan
| | | | |
| Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay | |
| Tuesday, 22 July 2008 | |
| Projek ‘hebat’ Idris yang sering mengimpikan segalanya mencapai kelas dunia, sebenarnya amat meleset, kurang sambutan orang ramai dan rendah kualiti pembinaannya. ‘Kenapa Tak Percaya’? Ungkapan komersial yang mungkin terpacul dari mulut seseorang apabila melihat sebuah Kompleks Perniagaan biasa yang berharga RM18.4 juta, amat menyedihkan! Bazaar Warisan yang asalnya adalah tempat letak kereta terletak di kaki Bukit Puteri, di persisir Sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Besar Kedai Payang. Buletin Online amat mengejutkan terdapat di beberapa bahagian bazaar tersebut yang rosak teruk seperti penghadang tangga yang tumbang dan tiang hampir putus. Hanya beberapa buah kedai sahaja menjalankan perniagaan dari kira-kira 70 buah premis menjadikan suasana Bazaar Warisan bertambah muram. Kerajaan membina Bazaar Warisan dalam perancangan menggantikan Pasar Besar Kedai Payang sebagai pusat utama jualan pelbagai barang atau produk kraf keluaran Terengganu. Namun setelah lebih enam bulan dibuka, pengunjung tidak masuk menjenguk walaupun ia dikatakan indah dan hebat! Seorang peniaga songket, Encik Kamal Misal, 40, berkata para peniaga telah menerima arahan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar memulakan operasi premis perniagaan masing-masing pada 15 Mei 2008 lalu. Katanya, para peniaga sebelum ini keberatan untuk memulakan perniagaan di kompleks tersebut kerana beberapa kemudahan asas belum diselesaikan termasuk perkara yang berkaitan faktor keselamatan. “Kompleks ini telah dibuka tetapi masih ada beberapa bahagian yang belum sempurna dan ada yang rosak,” ujarnya. Selain itu, katanya kos sewaan premis di bazaar tersebut agak tinggi dan sangat membebankan para peniaga di sini. Seorang peniaga kraf, Norizan Abdul Rahman, 40, mengeluh kerana kekurangan pengunjung meski pun telah menjalankan perniagaan sejak sebulan lalu. “Sudah lebih sebulan saya buka kedai ini tetapi tiada pelanggan yang datang, mungkin orang ramai fikir kompleks ini belum dibuka lagi,” ujarnya. Menurutnya, dengan kos sewaan yang tinggi para peniaga mungkin tidak mampu bertahan lama. Buletin Online meninjau pendapat beberapa pengunjung dari luar negeri Terengganu dan bertanyakan mereka mengapa masih meilih Pasar Payang dan tidak ke Bazaar Warisan. “Nampak mewah, tentu barang-barang dijual mahal,” kata salah seorang dari mereka. Seorang pengunjung, Hasbullah Mamat, 40, terkejut melihat beberapa kerosakkan terutama di bahagian tangga kompleks berkenaan. Katanya, pihak kontraktor wajar dipertanggungjawabkan kerana kompleks tersebut baru digunakan beberapa bulan lalu. “Saya terkejut melihat kerosakkan ditangga dan tiang yang rosak. Apa punca minta pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan,” ujarnya kepada Harakah, semalam. Encik Mohd Zabri Muda, 39, menggesa kerajaan negeri segera melakukan tindakan memulihkan imej pengurusan terutama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Katanya, tidak wajar sebuah kompleks yang baru siap dibina tetapi telah berlaku kerosakkan yang amat mengecewakan rakyat. “Apakah pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan itu membina bangunan tidak mengikut ‘spesifikasi’ atau berlaku menyelewengan,” soalnya. Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani mempersoalkan keselamatan pengunjung dan peniaga premis di bazaar tersebut. Katanya, jika bangunan yang baru siap pun sudah berlaku kerosakkan pada bahagian-bahagian tertentu mungkin akan berlaku juga di tempat lain. “Kami (Pemuda) cukup bimbang dengan keselamatan rakyat dan mahukan pihak kerajaan segera bertindak sebelum berlaku kejadian tidak diingini yang boleh mengancam nyawa,” tegasnya. Menurutnya, beberapa kes yang melibatkan projek ‘segera’ termasuk yang menggunakan wang dana khas royalti tidak selamat. Buletin Online dimaklumkan, sewaan lot-lot premis di tingkat bawah mencecah RM1500.00 sebulan mengikut saiz ruang yang disediakan pihak MBKT. Buletin Online juga pernah menyiarkan, menurut seorang peniaga yang memohon untuk menyewa ruang premis Bazaar Warisan, hampir 90 peratus pemilik premis itu kini adalah terdiri daripada ‘orang kuat’ bekas seorang Exco Kerajaan Negeri. |
0 comments Labels: buletin online, pembaziran, terengganu
Monday, July 21, 2008
Kabinet Bincang Kewajaran Pembelian Mercedes Oleh Kerajaan Terengganu
| | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Monday, 21 July 2008 | |
| "Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan. |
0 comments Labels: buletin online, pembaziran, terengganu
'Guna Mercedes-Benz E200 elak kos selenggara tinggi' - MB Tganu
Berita Harian
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
MOHON KEPADA ILLAHI: Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail Nasiruddin Shah (duduk atas kerusi) bersama Ahmad Said (kiri) turut hadir pada Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Maziah, semalam. |
KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata walaupun kos pembelian agak mahal pada peringkat permulaan, tetapi kos selenggara kenderaan baru bagi menggantikan Proton Perdana ini lebih rendah dan menjimatkan untuk jangka masa panjang.
"Pembelian kenderaan baru ini sebenarnya lebih menjimatkan kos selenggara, walaupun harganya mahal pada permulaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, di Istana Maziah, di sini semalam.
Majlis turut dihadiri Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Sebuah akhbar semalam melaporkan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif.
Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.
Ahmad berkata, apa yang dibuat bukan untuk memperkecilkan kereta nasional, tetapi hakikatnya kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak hanya untuk penyelenggaraan kereta rasmi dan selepas kajian dibuat kerajaan merasakan kewajaran untuk menukar kenderaan rasmi kepada kenderaan yang penyelenggaraanya lebih rendah.
"Saya boleh tunjuk rekod dari segi penyelengaraan kereta yang terpaksa dibayar kerajaan negeri berikutan masalah penyelenggaraan dihadapi," katanya.
Beliau turut menjelaskan ada kereta yang digunakan Exco terpaksa dihantar servis dua atau tiga kali membabitkan kos selenggara RM50,000 serta bermasalah bila digunakan untuk perjalanan jauh.
Untuk itu katanya, kerajaan memutuskan untuk menukar kenderaan rasmi bagi menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mempunyai nilai jualan balik yang tinggi serta terbukti lebih menjimatkan penggunaan minyak.
0 comments Labels: Berita Harian, MB tganu, pembaziran
Sunday, July 20, 2008
MB: Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jimat kos
Mstar Online
20-07-2008 08:04:07 PM
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.
Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.
"Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat," katanya.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.
"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.
"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini. BERNAMA
0 comments Labels: mat said, mstar online, pembaziran, terengganu
14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco - Terengganu Mula Bermewah-mewah
| | | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
| Sunday, 20 July 2008 | |
| Pembelian Mercedes bukan guna duit royalti - Ahmad Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak. “Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Bernama melaporkan , Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi. “Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. “Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya. Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini. Berita Sebelumnya - 14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco, Pegawai Kanan Kuala Terengganu - Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini. Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat. Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan. “Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya. Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia. Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebut. Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut. Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun. “Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam. “Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam. |
2 comments Labels: buletin online, mat said, pembaziran, terengganu
Thursday, July 3, 2008
Natijah Najib suka hidup mewah
| Harakahdaily Ali Bukhari Amir Wed | Jul 02, 08 | 1:46:50 am MYT | |
| Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna di dalam sebuah muktamar khusus kepada mahasiswa pernah menyebutkan perihal dua golongan pemuda yang lahir dalam politik yang berbeza di negara masing-masing. Idea ini masih tetap kekal relevan sebagai perbahasan. Menurut al-Banna, mahasiswa atau pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang bergolak akan lebih cepat matang berbanding pemuda yang lahir dalam negara yang tiada masalah, tenang tanpa kekacauan politik atau tiada peperangan. Jika dilihat zaman pergolakan sekitar 50-an, 60-an, 70-an yang menyaksikan peperangan-peperangan melawan penjajah British dan Jepun, maka pemuda pada zaman itu berkualiti lebih berbanding pemuda yang lahir pada zaman senang sekarang. Penyair, pimpinan politik, penguasa negara, pemimpin parti, wartawan atau apa sahajalah kerjaya pada zaman itu lebih dihormati kini, lantaran idea-idea itu lahir sebagai respon ke atas zaman-zaman pergolakan yang dilalui mereka. Namun, pada hari ini pun tidak semuanya senang. Masih ada keluarga yang senang serta yang susa h. Hasan al-Banna mengaitkan perihal kemahasiswaan dan kepemudaan dengan negara yang sedang mereka nikmati udaranya, airnya dan tanahnya. Sebenarnya, kita boleh merendahkan sedikit peru mpamaan organisasi negara ini dengan organisasi keluarga. Kita boleh berkata begini. Pemuda yang lahir dalam keluarga susah lebih berkualiti berbanding pemuda yang lahir dalam keluarga yang senang. Yang lahir dalam keluarga susah itu lebih berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) hidupnya bermandiri sementara yang lahir dalam keluarga senang itu akan hidup bergantungan dan tak pandai berusaha mencari wang sendiri kerana semua diperolehi dengan mudah. Generasi pertama yang hidup pada tahun kesusahan sekitar 50-an, 60-an, 70-an telah pun berhasil membina kehidupan sendiri dan mungkin mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup menderita susah, lalu mereka menabur kemewahan kepada anak-anak mereka. Inilah salah asuhan. Akhirnya, generasi kedua telah rosak, dibinasakan oleh harta benda orang tua mereka sendiri. Di universiti, bukanlah satu pemandangan yang aneh dan pelik apabila melihat anak-anak muda berkereta mewah dan di dalamnya ada rakan-rakan yang menemani mereka berlibur. Tentu sekali mereka ini ramai yang ber'couple'. Kalau ditinjau lebih teliti dan dekat, mereka ini adalah anak kepada usa hawan, saudagar, orang-orang kenamaan yang barangkali punya gela ran Dato' Seri, Tan Sri serta pelbagai lagi. PTPTN tidak pula menyiasat dari mana mereka dapat kemewahan sebegini. Mereka inilah anak-anak bangsawan yang mungkin bangkit sebagai pemimpin negara pada masa depan yang tidak menghiraukan derita orang lain. Najib gemar gaya hidup mewah
Ketika ayahnya Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Najib mungkin sudah biasa dengan amalan gaya hidup bermewah ini. Sejak muda lagi Najib telah terbiasa mendapat wang banyak dan hal itu mula menjadi amalan kebiasaan dalam hidupnya. Maka, urusan pembelian pembelian helikopter, jet, kapal selam dan semuanya itu sudah pun menjadi adat, budaya keluarga mereka. Komisennya berjuta-juta. Sebab itu, apabila tersiarnya berita bahawa Najib ingin memberi insentif RM1 juta kepada atlet negara baru-baru ini, semua nilai adalah perkara biasa bagi diri seseorang yang bernama Najib. Baginya, apa sangat nilai RM1 juta jika dibandingkan dengan komisen berjuta-juta yang telah diterimanya dan dicekaunya sebelum ini? Bayangkan RM1 juta bagi kita yang mahu makan dan mahu beli alat keperluan pun tidak cukup. Sejuta itu tujuh keturunan tak habis dimakan, kalau kena dengan cara pengurusan wang tersebut. Sebelum ini, atlet akan menerima insentif bern ilai RM160,000. Angka sebesar ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah sederhana yang boleh menampung sebuah keluarga. Dan, rumah adalah suatu keperluan asas bagi setiap manusia. Baca kenyataan Najib dalam laporan akhbar untuk mengkaji apa yang terkandung dalam pemikiran Najib atau bagaimana Najib berfikir secara glokal. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun hadiah itu dianggap besar, ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat. Najib berkata negara-negara jiran juga seperti Singapura menawarkan insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas di temasya Olimpik. Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali. Hujah Najib
Mengukuhkan hujahnya lagi, kata Najib, negara-negara jiran seperti Singapura memberi insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas dalam Olimpik. Tetapi, kenapakah Singapura saja yang dirujuk Najib? Kenapa tidak dirujuk negara-negara lain juga? Ketiga, kata Najib, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan kerana temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali. Markah bonus bagi menilai 'keglokalan' pemikirannya ialah ketika beliau ditanya tentang penubuhan pusat latihan sukan berprestasi tinggi yang sebelum ini dicadang di London tetapi projek itu terpaksa dibatalkan. Maka, apakah pendirian Najib tentang hal ini? "Tidak semestinya di United Kingdom tetapi akan dibuat di mana-mana negara. Kita ada fleksibiliti dan kita akan cari tempat itu yang disokong dengan kepakaran sains sukan untuk menentukan atlit kita bukan saja dapat mengambil bahagian pada peringkat yang tertinggi tetapi juga dapat faedah daripada penggunaan sains sukan," katanya. Duit siapa dan duit mana yang Najib mahu gunakan untuk membina pusat latihan sukan? Tentulah bukan duit komisen kapal selam beliau. Itu tentunya wang kerajaan (duit rakyat) juga. Terkadang kita keliru adakah Najib ini TPM atau Menteri Belia dan Sukan sehingga bercakap mengenai penubuhan pusat latihan sukan tersebut? Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengeluarkan suatu bantahan berhubung cara Najib membelanjakan wang terlalu banyak dalam hal tersebut. Adapun istilah dan ungkapan yang digunakan dalam hal ini ialah imbuhan mewah. Mewah ertinya, menggunakan harta pada jalan yang tidak sepatutnya. Mewah ada kaitan dengan pembaziran dan pemborosan. Najib sebenarnya merosakkan atlit dan pemikiran atlit kita melalui jalan memberikan kemewahan kepada mereka. Bantahan pertubuhan pelajar itu ada asas yang kuat. Menurut mereka, dalam keadaan di mana rakyat tertekan ekoran kenaikan harga minyak, barang keperluan dan segala macam lagi, insentif kemewahan itu tidak melambangkan situasi sebenar kehidupan rakyat. "Apakah kerajaan tidak merasai nadi denyutan rakyat yang dihimpit kesusahan?" kata Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli. "Dalam kesempitan menanggung harga barang naik kerajaan harus bijaksana menumpukan kepada kebajikan rakyat terbanyak." Rakyat masih ingat bahawa Najiblah antara pemimpin yang menyeru rakyat agar diubah cara hidup mereka. Apakah atlit itu bukan rakyat Malaysia ? Kenapa ada dua cara fikiran yang berbeza yang bersarang dalam jiwa Najib? Daripada suatu segi rakyat sebenarnya dapat menerima saranan mengubah cara hidup itu. Tapi, ketika ungkapan itu lahir daripada lidah pemimpin yang terbiasa dengan gaya hidup mewah sejak awal kehidupannya, maka rakyat menjadi marah. Itu sahaja. Sebenarnya, ramai lagi pemimpin hari ini yang lahir dalam keluarga bangsawan dan pada akhirnya, mereka hidup untuk jahanamkan rakyatnya. Bukan Najib seorang. Ada banyak lagi contohnya. Tapi, Najiblah antara contoh sesuai kerana beliau anak bekas PM. Sungguh tepat apa yang dibicarakan Hasan al-Banna itu. Iaitu, pemuda yang lahir dalam negara yang berkocak, akan lebih manusiawi berbanding yang berada dalam negara yang senang. Hal ini boleh diumpamakan dengan keluarga mewah dan susah juga. |
0 comments Labels: Harakahdaily, najib razak, pembaziran

