+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 8, 2008

Pemimpin Umno panik, larikan ahli parlimen ke luar negara

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Mon | Sep 08, 08 | 10:28:01 am MYT

KOTA BHARU, 8 Sept (Hrkh) - Rakyat bukan Melayu di negara ini tidak akan mendapat keadilan sewajarnya selagi berada di bawah ketuanan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu sudah sampai masanya kaum Cina yang bernaung di bawah MCA dan Gerakan meninggal gabungan bersama BN memandangkan mereka seperti tidak lagi diperlukan Umno.

Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, bukti yang jelas berlaku apabila Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato� Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina hanya menumpang di negara ini.

"Ini membuktikan parti-parti bukan Melayu tidak lagi diperlukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada orang kurang upaya di sini, semalam.

Ahmad dalam ceramahnya di Permatang Pauh pada 25 Ogos lalu menyifatkan masyarakat Cina hanyalah menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mendapatkan hak yang sama.

Malah pemimpin terbabit dengan sokongan Umno Pulau Pinang enggan meminta maaf biar pun Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Razak sudah memohon maaf secara terbuka.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, membawa usul supaya tindakan diambil terhadap Ahmad hanya sia-sia kerana ia sudah menjadi dasar perjuangan Umno yang bersifat perkauman.

"Umno tidak mungkin akan merubah dasar itu dan kenyataan ketua Umno terbabit sebenarnya menggambarkan apa yang tersirat dalam perjuangan parti tersebut selama ini.

"Apa yang perlu dilakukan Gerakan atau parti komponen lain ialah keluar dari BN jika tidak bersetuju dengan konsep yang dianut Umno," ujarnya.

Beliau juga berkata, isu tersebut timbul ketika Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan meluas rakyat ke arah pembentukan kerajaan di peringkat pusat.

Menurutnya juga terdapat perbezaan yang jelas di antara BN dan Pakatan Rakyat, di mana perjuangan Pakatan selari dengan Islam dan dasar ekonomi adil untuk semua kaum.

"Kalau orang Melayu yang ramai miskin mereka berhak mendapatkan bantuan tetapi dalam masa yang sama tidak mendiskriminasikan orang bukan Islam," ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau kerajaan baru perlu dibentuk bagi memperbaiki kepincangan yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahannya lebih 50 tahun.

Katanya, sokongan anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan BN ditumbangkan bukan bagi mencapai kepentingan peribadi, sebaliknya melaksana pemerintahan yang telus dan terbuka.

Husam juga berkata, usaha-usaha ke arah pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini sedang berjalan lancar sekarang.

"Ini terbukti apabila BN dikatakan terpaksa melarikan anggota parlimen BN ke luar negara kerana bimbang kerajaan yang ada sekarang akan runtuh.

"Usaha membawa mereka keluar negara bukan jalan penyelesaiannya memandangkan anggota parlimen berkenaan boleh pulang ke tanah air apabila tiba waktunya.

"Takkan selamanya mereka berada di luar negara, jadi saya ingat ini satu tindakan yang agak lemah sehingga menyebabkan mereka begitu panik," ujarnya.

Sebelum ini ada laporan menyebut anggota-anggota parlimen BN akan dibawa keluar negara oleh Kelab Penyokong BN bermula semalam sehingga 19 September ini sebagai usaha mencegah mereka menyertai Pakatan Rakyat. - mj

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |