+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label mstar online. Show all posts
Showing posts with label mstar online. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor: BN Menang Tetapi Hilang Sokongan Pengundi Cina

Mstar Online

HULU SELANGOR: Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu di sini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G. Palanivel yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya. - BERNAMA

Read More...

Sunday, April 25, 2010

Perkembangan Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor


Mstar Online

HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:

10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

10:40 Pagi: Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.

Beliau melawat khemah BN yang terletak di seberang jalan pusat pengundiaan.

Muhyiddin turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

10:30 Pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi - 16,932 atau 26.25 peratus.

10:20 Pagi: Sepuluh trak polis simpanan melalui jalan daripada simpang Rasa menuju ke Batang Kali.

10:10 Pagi: Penyokong BN dan PKR berkumpul di hadapan pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa dan saling cuba menarik perhatian pengundi dengan penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' sementara PKR melaungkan slogan reformasi dan bertakbir.

Bagaimanapun keadaan masih terkawal dengan kehadiran pihak polis.

Kenderaan yang lalu di sini turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon mereka kepada penyokong dan perayu undi.

10:00 Pagi: Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi - 7,891 atau 12.23 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.

Read More...

Friday, April 23, 2010

Kickdefella Obsesif Mahu Jatuhkan Saya - Nik Aziz

Mstar Online

KOTA BARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penulis blog Kickdefella seorang yang obsesif sehingga sanggup menyerang dan mengkritiknya mencapai tahap serangan peribadi.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, apa yang dilakukan penulis terbabit iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan melemparkan pelbagai dakwaan dan tuduhan karut terbabit, ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

"Itu hal dia, dia macam dah mabuk dan bercakap mengarut. Lebih suka buat serangan peribadi. Dia bukan wartawan tapi bloger yang tak masuk akal," katanya kepada pemberita di Pulau Melaka di sini.

Beliau mengulas kritikan-kritikan dalam blog berkenaan yang dilihat sebagai usaha untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar dengan pelbagai dakwaan kononnya pentadbiran kerajaan negeri kucar-kacir di bawah terajunya.

Pada 8 April lalu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Anuar Sapian menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa isu yang melibatkan menteri besar berkenaan seperti yang didedahkan blog terbabit. Anuar juga mahu SPRM mendedahkan status siasatan terhadap menantu Nik Abdul Aziz iaitu Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berkaitan tuduhan penyelewengan di dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Syed Azidi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK sebelum kontraknya ditamatkan oleh Abdul Ariffahmi.

Read More...

Wednesday, April 21, 2010

Bung Moktar, Zizie Mengaku Berpoligami Tanpa Izin

Mstar Online

Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. - Foto Utusan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin mahkamah.

Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.

Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.

"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.

Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Read More...

Sunday, April 18, 2010

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim

Mstar Online

HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.

“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.

“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.

Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak.

Read More...

Friday, April 16, 2010

Najib Anggap Lawatan Ke Amerika Syarikat Paling Berhasil.

Mstar Online

WASHINGTON: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lawatan beliau ke Amerika Syarikat kali ini khususnya Washington adalah yang paling berhasil yang pernah dilakukan beliau.

Perdana Menteri berkata sentimen dan sikap terhadap Malaysia telah berubah bukan sahaja oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga menjangkau ke Capitol Hill dalam kalangan senator dan ahli Kongres serta sektor swasta.

"Kesimpulannya, lawatan ini membuka satu lembaran baru dalam kerjasama dengan Amerika Syarikat dan kita akan bekerjsama dalam bidang-bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas ke New York pada Khamis.

Najib berkata perkembangan itu akan disusuli dengan mengadakan lebih banyak pertukaran dan lawatan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Perdana Menteri tiba Sabtu lepas untuk lawatan kerja selama seminggu. Beliau merupakan antara 46 pemimpin dunia yang dijemput oleh Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear untuk membanteras bahan nuklear terjatuh ke tangan pengganas.

Beliau juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama buat kali pertama di luar sidang kemuncak itu dan juga menemui pegawai-pegawai kanan pentadbiran Obama termasuk Setiausaha Perbendaharaan Tim Geithner dan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Ron Kirk dan juga ahli-ahli korporat.

+/-

"Perbincangan dua hal saya dengan Presiden Obama dilihat sebagai satu isyarat kesungguhan dan pengiktirafan yang amat nyata terhadap sikap baru Amerika Syarikat terhadap Malaysia," katanya.

Ia juga satu pengiktirafan terhadap potensi hubungan dua hala dan juga peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam konteks keselamatan nuklear, perdagangan dan pelaburan.

"Malaysia juga dipandang sebagai sebuah negara Islam model yang moden dan progresif dan sebuah negara yang semakin berjaya," kata Perdana Menteri.

Najib berkata lawatannya yang begitu berhasil itu merupakan mesej yang baik yang harus diperjelaskan dan diserap dalam segenap bidang dan juga pihak swasta supaya dapat menjana manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri juga gembira dengan sambutan oleh sektor swasta Amerika yang nampaknya lebih positif semasa dalam pertemuan beliau dengan mereka.

"Mereka membayangkan keinginan untuk menambah lagi pelaburan mereka terutama sekali dalam bidang yang dapat memberi peluang pekerjaan pada peringkat pekerjaan bernilai tinggi dan PhD sekali pun," kata beliau.

Najib berkata ada antara mereka yang kini menimbang inisiatif baru yang mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi termasuk meningkatkan pelaburan dalam operasi mereka yang sedia ada di Malaysia.

Pada Khamis, Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman iaitu antara Microsoft dan Heitech Padu Berhad, berhubung sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan satu lagi antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Stevens Institute of Technology (SIT) bagi tujuan pembangunan kemampuan dan pertukaran teknologi. - BERNAMA

Read More...

Sunday, January 3, 2010

Tambahan Subsidi Sebanyak RM260 Juta Jika Harga Gula Kekal

Mstar Online

BERA: Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.

Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat.

"Walaupun perjanjian harga gula mentah yang kita beli secara pukal sebanyak 70 peratus daripada negaranegara pembekal akan tamat pada tahun 2011 tetapi kita terpaksa membeli 30 peratus lagi dengan harga baru mengikut pasaran semasa.

"Harga gula di negara kita masih rendah iaitu RM1.65 sekilogram berbanding di negaranegara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan lainlain," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan para pekerja kilang kelapa sawit Felda Bukit Kepayang dan acara pesta membuat bubur asyura dekat Bera di sini, hari ini. +/-

Beliau berkata kerajaan memberi subsidi sebanyak 80 sen bagi setiap sekilogram gula yang sekarang ini dijual pada harga RM1.65.Sebahagian besar gula dibeli dari Brazil, Thailand, Australia dan beberapa buah negara pengeluar lain, katanya.Walaupun Thailand dan beberapa buah negara yang lain menjadi negara pengeluar dan pembekal, beliau berkata negara berkenaan menjual gula di negara masingmasing mengikut harga semasa antara RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram.

"Rakyat perlulah mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman bagi menangani kenaikan dan ini secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan rakyat daripada dihinggapi penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

"Menurut kajian rakyat Malaysia adalah yang terbanyak mengambil gula dibandingkan dengan rakyat negara lain iaitu lebih 20 sudu gula sehari bagi setiap seorang," katanya.

Beliau berkata kadar sepatutnya ialah setiap seorang hanya perlu mengambil tujuh sudu gula sahaja sehari. BERNAMA

Read More...

Friday, January 1, 2010

Pemuda Umno Bantah Kenaikan Harga Gula

Mstar Online

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan.

"Pemuda UUMNO sedar kerajaan Malaysia sedang mendidik rakyat agar mengurangkan pengunaan gula, tetapi dengan cara menaikkan harga gula..sebenarnya kerajaan (kementerian) membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata, kaedah lain boleh diambil bagi mendidik rakyat. Dalam konteks kenaikan gula mentah dunia, Pemuda Umno berharap kerajaan serta pengilang yang selama ini mengaut keuntungan, menanggung beban harga kenaikan agar rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega meneruskan kehidupan seharian.

Katanya, Pemuda UMNO Malaysia juga berharap roti putih tetap disenaraikan sebagai bahan kawalan kerana khuatir pihak pengeluar roti akan sewenangnya menaikkan harga roti.

"Adakah roti selepas ini akan menjadi bahan makanan mewah? Rakyat Malaysia merungut, dan kami Pemuda UMNO akan sentiasa mendengar rungutan serta bersuara untuk rakyat," katanya.

Terdahulu pukul 12 tengah malam tadi, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Menurut beliau, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Januari 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

Read More...

Thursday, September 3, 2009

SPRM terima lebih 15,000 maklumat setahun, lucunya sebahagian besar tiada kaitan dengan rasuah

Mstar Online

PETALING JAYA: Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai setiap tahun tetapi malangnya sebahagian besar daripada jumlah tersebut tiada kaitan dengan rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed pagi Rabu.

Beliau berkata, maklumat yang SPRM terima adalah daripada pelbagai sumber antaranya melalui surat (yang kebanyakkannya surat layang); email dan panggilan telefon.

“Kami mempunyai satu bahagian yang terdiri daripada enam hingga tujuh orang yang menerima dan menyaring segala bentuk maklumat yang disalur, dihantar dan dikirimkan kepada SPRM. Dan dalam setahun kita menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai yang mengadu akan pelbagai hal,” katanya selepas menghadiri temuramah dengan webtv The Star online (www.thestar.com.my) dan The Star Online live chat di Studio V The Star di One Utama, Damansara.

Temuramah itu dikendalikan oleh Pengarang Berita Meja Jenayah The Star, Lourdes Charles.

Bercakap kepada mStar Online dan The Star selepas itu, Abu Kassim berkata, apa yang melucukan ialah sebahagian besar daripada aduan dan maklumat yang diadukan kepada SPRM tidak ada kaitan pun dengan bidang kuasa suruhanjaya itu.

Misalnya kata beliau, ada yang meminta SPRM menyiasat kenapa mereka tidak dinaikkan pangkat malah ada yang mengadu akan perbalahan domestik (rumahtangga) kepada SPRM.

“Dalam satu kes, ada seorang isteri meminta SPRM menahan suami dan anaknya di lapangan terbang kerana perbalahan rumahtangga dan ada juga isu-isu cemburu di pejabat turut dilaporkan kepada SPRM untuk disiasat.

“Kami di SPRM tidak pernah membakul sampahkan mana-mana aduan pun. Cuma kita ada bahagian yang membuat saringan supaya kita mengenalpasti aduan mana yang di bawah bidang kuasa kami dan maklumat mana yang terkeluar daripada bidang kuasa kami,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, sebahagian besar daripada maklumat yang disalurkan kepada SPRM bersifat khabar angin atau diklasifikasikan sebagai surat layang dengan tiada nama pengadu, nombor telefon pemberi maklumat dan juga alamat yang membolehkan pihak SPRM menyiasat aduan tersebut secara mendalam.

Abu Kassim berkata, beliau dan SPRM memahami hakikat bahawa kebanyakkan pemberi maklumat khuatir identiti mereka akan terdedah sebaik sahaja kes yang mereka adukan di bawa ke mahkamah.

Buat masa ini katanya, SPRM hanya boleh memberi jaminan kepada pemberi maklumat bahawa identiti mereka akan dirahsiakan.

“Tetapi sebagai pemberi maklumat kepada SPRM, sukalah saya nyatakan kita masih belum mempunyai satu akta yang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat sepertimana di Australia dan beberapa negara lain.

“Oleh yang demikian SPRM kini di dalam proses untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya akta seumpama ini diwujudkan kerana hanya dengan itu akan menyelesaikan masalah berhubung pemberi maklumat kepada SPRM,” katanya.

Read More...

Wednesday, September 2, 2009

'Sidang' DUN Perak di hotel lulus tiga usul.

Mstar Online

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan pembangkang hari ini mengadakan satu mesyuarat menyerupai persidangan dewan itu di Hotel Heritage di sini dan "meluluskan tiga usul."

Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap; dan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.

Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri 'Speaker' manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di "pihak kerajaan yang memerintah" di kanan 'Speaker'.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.

Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang dilantik oleh pakatan pembangkang itu yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.

Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama. Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Pada 27 Julai 2009, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya Speaker DUN, Datuk R.Ganesan dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lepas.

Usul yang dibawa oleh Mohammad Nizar diluluskan tanpa dibahas manakala usul tergempar oleh Nga dibahas oleh empat orang Adun sebelum diluluskan.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 26 Adun pembangkang daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi Rabu.

Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R.Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.

"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

BERIKUT adalah perkembangan situasi di "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak yang didakwa oleh Pakatan Rakyat negeri itu akan diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh hari ini.

1.37 petang: Sidang DUN itu ditangguhkan oleh Sivakumar selepas menerima cadangan daripada Mohammad Nizar.

11.45 pagi: 'Sidang Dewan' bermula dengan kemasukan Sivakumar ke dalam 'dewan' yang sebenarnya merupakan sebuah bilik majlis di hotel. Sivakumar kini sedang mempengerusikan 'sidang' Dewan. Semua ADUN Pakatan menghadiri 'sidang' tersebut kecuali ADUN Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah yang sedang mengerjakan umrah. Terdapat tiga usul yang dibahaskan pada 'sidang' itu.

Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan 'Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kirakira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintahperintah Tetap; dan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu.

11 pagi: Mohammad Nizar, Sivakumar dan beberapa wakil rakyat cuba memasuki ibu pejabat FRU di Sungai Senam untuk bertemu dengan wakil rakyat yang ditahan.

10.30 pagi: Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi. Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.

10.20 pagi: Selain Ngeh, Keshvinder dan jurugambar Tan, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong turut ditahan. Semua wakil rakyat Pakatan pulang ke ibu pejabat DAP dan mengadakan sidang akhbar. Mohammad Nizar terus mengulangi bahawa arahan yang dikeluarkan mahkamah hanya untuk penyokong dan wakil rakyat tidak boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Katanya, beliau bukan memanggil untuk berkumpul tetapi untuk mengadakan sidang DUN.

10.13 pagi: ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh ditahan. Mohammad Nizar meminta wakil-wakil rakyat Pakatan supaya bersurai.

10.07 pagi: Ngeh ditahan pihak polis.

10 pagi: Polis dan wakil rakyat Pakatan berhadapan bertemu dalam jarak 100 meter di luar bangunan SUK. Berlaku jeritan dan tolak menolak. Seorang jurugambar Nanyang Siang Pau ditahan.

Perbalahan berlaku. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berarak sambil menjerit ke arak pihak polis. Ngeh mendakwa arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong kerana katanya Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

9.45 pagi: Wakil rakyat Pakatan mula berarak dari ibu pejabat DAP Perak ke arah bangunan SUK.

8 pagi: Peguam Pakatan, Chan Kok Keong berada di Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan perintah.

IPOH: Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Pakatan telah memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan perintah Mahkamah Majistret di sini yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, yang melibatkan Jalan Istana hingga ke sekolah Poi Lam, bermula dari pukul 1 pagi tadi hingga 11 pagi esok.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di beberapa lokasi strategik yang menghala ke arah bangunan berkenaan.

Polis meletakkan pita kuning dalam lingkungan kawasan yang dilarang bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan bangunan SUK.

Hanya kakitangan kerajaan bangunan tersebut dibenarkan masuk.

Wakil rakyat Pakatan mula berkumpul di ibu pejabat DAP yang terletak bertentangan dengan bangunan SUK pada pukul 9 pagi sebelum berarak ke bangunan itu.

Read More...

Monday, August 31, 2009

Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen lebih mahal

Mstar Online

Ia dijual RM1.80 seliter mulai esok

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.

Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.

Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.

Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

Read More...

Tuesday, June 2, 2009

Akhil: "Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV"

Mstar Online

Maizawati ketika hadir di Mahkamah Syariah Ipoh pagi tadi untuk menghadiri kes tuntutan cerai yang difailkan tempoh hari terhadap suaminya, penyanyi/pendakwah Akhil Hayy.(Foto The Star oleh Zabidi Tusin)

IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan

Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Akhil Hayy tersenyum riang ketika sampai di mahkamah pagi tadi

Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.

"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."

Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV

Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Read More...

Monday, June 1, 2009

Kebenaran akan terungkai 2 Jun ini - Waheeda

Mstar Online

Nekad undur diri daripada industri seni

NADA suaranya kedengaran cukup ceria, tetapi adakalanya, penyanyi dan pelakon Waheeda ini jelas gagal menyembunyikan perasaan sedihnya berdepan dengan kontroversi yang amat hebat dalam dirinya ketika ini.

Benar kata penyanyi yang popular dengan lagu Wassini ini, bukan mudah untuk menjadi 'dirinya'...apa yang ditanggung selama ini cukup berat. Dikecam sebagai perampas suami orang serta pemusnah rumahtangga adalah label yang amat dahsyat diberikan sesetengah pihak yang belum tahu hujung pangkal kebenarannya.

Tetapi, luah wanita berusia 30 tahun ini, biarlah apa saja tanggapan yang singgah terhadap dirinya. Asalkan keluarga dan kenalan rapat mengetahui kisah sebenarnya, itu sudah cukup memadai buat Waheeda walaupun tohmahan buruk akan terus berselingkar di dalam dirinya.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu juga nampaknya semakin 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

"Saya sudah bosan. Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya."

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin 'berapi' ini, tutur Waheeda, biarlah dia terus bersabar dengan apa yang berlaku. Apapun, kesabaran itu tetap ada hadnya, cuma katanya, biarlah masa saja yang menentukan.

Namun, luah Waheeda, dia menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya amat tertekan dengan tindakan Maizawati itu yang terus-menerus mengeluarkan kenyataan. Malah, khabar angin itu turut mengatakan Waheeda juga turut kesal dengan tindakan Akhil yang masih terus mendiamkan diri.

Akibat terlalu tertekan dengan hal ini, Waheeda dikatakan menjerit-jerit seperti orang gila sehinggakan beberapa barang di rumahnya juga habis dihempaskan kerana terlalu geram.

"Tak mengapalah. Biar mereka (Akhil dan Maiza) selesaikan. Kita tunggu saja 2 Jun ini...kebenaran akan terungkai juga," luah Waheeda dalam nada perlahan, sambil enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Katanya, buat masa ini dia lebih memberikan perhatian kepada kesihatannya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.

"Sekarang ini saya tengah berubat...penyakit yang sudah lama sebenarnya saya alami. Cuma sekarang ini semakin teruk pula," ujarnya yang tidak mahu bercerita lanjut tentangnya.

Nekad tinggalkan dunia seni

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk 'bersara' dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

"Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada.

"Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus.

"Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni.

"Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy," kata Waheeda.

Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, 'at least' kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih 'tenang'.

"Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).

"Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat 'senyap-senyap' saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah...tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya," kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu.

Read More...

Thursday, May 28, 2009

Waheeda: Akhil minta saya bersabar

Waheeda lebih selesa untuk tidak mengeluarkan sebarang komen lagi tentang kontroversi ini

PETALING JAYA: "Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri," luah Waheeda berhubung kontroversi yang melanda dirinya ketika ini.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu nampaknya semakin 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Menurut Waheeda yang dihubungi hari ini, dia hanya mampu berserah kepada Allah agar perkara ini akan berakhir jua.

"Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja.

"Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya 'ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan'.

"Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan.

"Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini.

"Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi," kata Waheeda yang menambah, dia sendiri tidak tahu di mana Akhil berada ketika ini.

Ditanya sama ada dia sebenarnya tidak terlepas berasa tertekan gara-gara kontroversi itu, dalam nada perlahan, Waheeda menjawab:

"Saya serah kepada Allah. Hanya itu yang terbaik boleh saya katakan."

Read More...

Wednesday, May 27, 2009

Maiza titipkan nasihat untuk Akhil dan Waheeda

mstar online

Maizawati pandai mengawal gelodak dalam perasaannya. -foto mStar.

JIKA diselam wajah Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penyanyi Ustaz Akhil Hayy, 40, ia seolah-olah menyembunyikan perasaan sedihnya disebalik ketenangan yang dipamerkannya.

Baginya, semua tindakannya adalah betul belaka lantas merasakan tidak perlulah dia menunjukkan apa-apa reaksi.

Ditanya pula kepada siapa tempat dia meluahkan perasaan dan mengadu sekarang, wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini enggan menjawabnya kerana dirasakan soalan itu berbaur peribadi.

Namun, mujurlah empat orang anak Maiza bersama Akhil beserta dua orang anaknya dengan hasil perkahwinan pertama dahulu memberikan sokongan yang padu kepadanya apabila dia memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada awal bulan lalu.

Kes itu akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

“Setelah mereka mengetahui tentang permohonan cerai ini, mereka lebih matang dan boleh menerima keputusan saya kerana itu merupakan salah satu perkara terbaik buat mereka.

“Jadi, tiada apa-apa masalah kerana dalam hidup ini semuanya termasuk ajal dan maut berada di tangan Allah. Mungkin ini ketentuanNya dan jodoh saya hanya sampai di sini.

“Kadangkala kita tak sangka hal ini akan berlaku. Jadi, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Maiza mengaku yang dia masih dapat menerima Waheeda dan Akhil sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun.

“Dengan sesiapa sahaja boleh berlaku tak kira orang itu raja ke atau sultan, perkara ini kita tidak boleh elakkan. Mungkin selepas ini Allah telah tetapkan ada yang terbaik untuk kita,” luah Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.

Ditanya tentang reaksi ibu dan keluarga mertuanya, Maiza menyifatkan mereka sangat profesional.

“Kami tidak mengaitkan dan menuding jari antara kedua-dua belah pihak.

“Mereka juga tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga keluarga saya sehingga sekarang,” kata Maiza yang enggan memberikan komen lanjut melibatkan keluarga mertuanya.

Maiza juga mendapat maklumbalas yang baik daripada jiran tetangga yang berkata: “Semua orang menyokong saya..”

Menurut Maiza, dia merupakan seorang surirumah yang mendirikan rumahtangga dengan Akhil sejak 13 tahun lalu.

Selepas menjalani kehidupan secara solo selepas ini, Maiza berkata dia mungkin akan kembali bekerja untuk menyara kehidupannya selepas ini.

“Insya-Allah, jika ada kesempatan saya akan bekerja,”

“Sekarang, saya tinggal bersama mak dan anak-anak di Ipoh,” ujarnya.

Nasihat buat Waheeda dan Akhil

Dalam kenyataan sebelum ini, Maiza ada memberitahu yang suaminya pernah meminta izin untuk berkahwin buat kali kedua dan wanita yang dimaksudkan adalah penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Ditanya tidakkah Maiza hendak memberikan apa-apa nasihat buat Waheeda dan Ustaz Akhil, dia berkata:

“Pertama sekali, saya nak nasihatkan jika dia benar-benar menjadi seorang isteri, jadilah seorang isteri yang solehah dan jagalah hati semua orang.

“Janganlah kita ungkit perkara-perkara yang telah berlaku dan menuding jari antara satu sama lain.

“Saya doakan semoga mereka berbahagia.

“Bagi ustaz pula, semoga apa yang dilakukannya adalah yang terbaik dan saya harap dia tidak akan mengabaikan anak-anak.

“Perpisahan itu tidak bermakna bermusuhan dan itu adalah untuk kebaikan semua pihak. Lebih baik kita berpisah secara baik dan bukannya dengan bermusuh-musuhan. Itu yang saya hendak sebenarnya.”

Tambah Maiza, “Janganlah kita anggap perpisahan itu sebagai sesuatu yang memeritkan dan bermusuhan. Saya bukannya orang yang seperti itu.

“Bagi saya, perpisahan itu untuk mencari kebaikan. Saya harap pihak sana tidak rasa marah tentang apa yang saya luahkan.

“Saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka,” ujarnya beberapa kali.

Maiza juga mengaku yang dia masih dapat menerima pasangan ini sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun.

“Saya tiada masalah..,” ujarnya ringkas.

Read More...

Tuesday, May 26, 2009

"Tanyalah orang yang rapat dengannya" - Waheeda


mstar Online

Waheeda lebih senang mengunci mulut tentang kisah panas yang melanda dirinya ketika ini

PETALING JAYA: "Jangan tanya saya, tanyalah orang yang rapat dengannya (Maizawati)," kata Waheeda berhubung pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengakui suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu.

Waheeda yang dihubungi hari ini tetap tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut dan menyerahkan apa saja penilaian yang dibuat oleh masyarakat terhadap dirinya.

"Tanyalah saja orang yang terdekat (ahli keluarga) dengannya," luah penyanyi itu sekali lagi, ringkas.

Maizawati di dalam sebuah akhbar hari ini mengakui dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, ibu kepada dua orang anak hasil perkahwinan dengan Akhil itu tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Menurut Maizawati, dia amat terguris dengan tindakan Akhil yang terus mendiamkan diri. Malah, kisah antaranya dan Waheeda turut meninggalkan impak terhadap anak-anaknya yang terpaksa berpindah sekolah kerana tidak tahan diperli rakan-rakan.

Katanya lagi, berdia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat menjadi bualan ramai. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Puas mereka menafikan dan menegaskan mereka hanya berkawan baik, namun isu tersebut masih belum reda apatah lagi bila kedua-duanya muncul membawakan watak sebagai suami isteri di dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang sedang ditayangkan di Astro Oasis.

Cerita 'hubungan' mereka ini terus berlarutan apabila kecoh pula isu gambar 'mesra' Waheeda dan Akhil di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang telah tersebar luas di internet.

Aksi 'gembira' Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan 'istimewa', tetapi masih ingin terus berahsia.

Waheeda, ketika dihubungi mStar Online ketika itu mengakui gambar tersebut dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.

Namun, ujar penyanyi itu, dia tidak dapat menghalang jika masih ada pihak yang ingin meletakkan persepsi negatif terhadap gambar-gambar tersebut.

Read More...

Dakwaan Aminah: SPR mahu kaji bukti terlebih dahulu

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh calon Bebas, Aminah Abdullah berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu meneliti setiap bukti yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenainya.

"Kita akan kaji dulu apa bukti-bukti yang beliau akan berikan, kita perlu pastikan kedudukan sebenar perkara ini mengenai apakah tawaran-tawaran yang dimaksudkan serta siapa yang terlibat.

"Perkara ini akan dirujuk kepada penasihat undang-undang parti," katanya kepada mStar Online.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Aminah yang akan melaporkan mengenai tawaran yang diterimanya itu kepada SPR sebagai badan pengurus pilihan raya untuk mengambil tindakan susulan.

Aminah akan membuat laporan tersebut di pejabat SPR Pulau Pinang di Komtar esok.

Pagi tadi Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 sebagai ganti rugi dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ditanya sama ada penyertaan calon PKR, Mansor Othman akan terbatal jika SPR mendapati dakwaan Aminah itu benar, Abdul Aziz berkata perkara tersebut tidak dapat diputuskan buat masa ini.

"Kita tak boleh ramalkan apa-apa lagi, kita perlu teliti dahulu sebelum buat keputusan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tengoklah dulu macam mana nanti, kalau perlu kita rujuk mereka (SPRM) juga," katanya.

Read More...

Monday, May 11, 2009

Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan permohonan diumumkan. - foto The Star oleh ONG SIN HOONG

KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan hari ini belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.

Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.

ALASAN MAHKAMAH

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar yang menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.

Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang itu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.

Abdul Aziz berkata, seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Katanya, walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar sebaik dilantik hanya bertanggungjawab kepada anggota DUN yang dipilih dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Beliau juga menolak hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon untuk membubarkan DUN iaitu apabila tempoh penggal Dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

Beliau juga tidak bersetuju dengan hujah Abdul Gani dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," katanya.

REAKSI NIZAR

Dalam reaksi segera, Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kuala Kangsar, dijangka esok pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh Zambry selaku Menteri Besar sejak Februari lalu akan dikaji semula kecuali keputusan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohan.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah," katanya.

Nizar juga memberitahu mesyuarat Exco akan diadakan segera.

"Kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu," katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut 6 Februari berikutan krisis politik Perak.

PERMOHONAN

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga ADUN daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Azlan berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar baru pada 6 Februari.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry juga diwakili oleh Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Read More...

Friday, May 1, 2009

Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Mstar Online

Waheeda akan berlakon sebagai isteri Akhil Hayy dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua.

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status'mereka itu.

"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.

"Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

"Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis...mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

"Waheeda juga merupakan 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

"Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu," kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

"Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih 'drama'. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.

"Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

"Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.

"Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja," kata Akhil.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk 'mengiyakan' kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.

"Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi.

"Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit...lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka," kata Waheeda.

Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.

"Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan?

"Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu," kata Akhil.

Tambah Waheeda pula, "Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?"

Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melanda hidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status 'ustaz'.

"Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetap bersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalah faham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa.

"Mungkin saya juga ada terlepas pandang tentang hal-hal tertentu, tapi apapun, dakwah tetap perlu diteruskan," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya berikutan kontroversi tersebut, kata Akhil:

"Dia tidak ada masalah. TapiaAsam garam rumahtangga bagi saya adalah peribadi," tuturnya.

Diajukan pula pertanyaan bagaimana boleh timbulnya gosip tentang mereka itu, dalam nada tenang, kata Akhil, dia sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini mula menjadi buah mulut ramai dan merebak dengan cepat.

"Isu ini bukan kami yang mulakan. Dan sebab itulah kami tidak berdaya untuk hentikan. Jika diikutkan, saya dan Waheeda mula kenal sejak tahun 2006 ketika terbabit di dalam program Hijrah Remaja di saluran Astro.

"Dari situ saya nampak dia adalah seorang wanita Malaysia yang jumlah sepertinya hanya boleh dibilang dengan jari. Saya lihat dia ni menjaga apa yang perlu dia jaga dan sehingga kini, dia masih seperti itu," kata Akhil.

Akhil tidak berdisiplin?

Tatkala isu kontroversinya dengan Waheeda masih hangat diperkatakan, timbul sebuah lagi perkhabaran yang mengatakan Akhil sering tiba lewat di mana-mana majlis atau program.

Dengan imej yang ditampilkan serta turut menjadi ikon eksklusif Astro Oasis, perkara ini dilihat mampu menjatuhkan reputasinya.

"Ini saya akui mungkin adalah 'bad attitude' saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna," tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat.

Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut.

"Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.

"Saya tidak pula merasakan saya adalah ikon, tetapi mungkin perkataan yang sesuai adalah 'idola'. Saya bukanlah idola yang terbaik, tapi mungkin pihak Astro melihat sesuatu mengenai pendekatan yang saya gunakan untuk berdakwah dengan khalayak," katanya.

Read More...

Speaker DUN Perak: Ganesan sahkan dicalon ganti Sivakumar

Mstar Online

Bekas ADUN Sungkai dari MIC telah beri persetujuan

CALON BN... Barisan Nasional menamakan Setiausaha MIC Perak, Datuk R. Ganesan sebagai calon jawatan Speaker DUN negeri itu yang kini disandang oleh V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat. Kedudukannya akan diketahui 7 Mei ini.

PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.

"Saya telah menandatangani surat persetujuan dilantik ke jawatan Speaker dua hari lalu, 29 April," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.

Ganesan, 57, lulusan undang-undang menambah, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan kepercayaan oleh parti.

"Saya adalah penyokong parti dan apa jua keputusan dibuat oleh parti, saya akan menyokong.

"Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan MIC dan Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) kerana memberikan kepercayaan memegang jawatan ini," katanya lagi. "Saya telah mendengar khabar angin bahawa saya akan dilantik sebagai Speaker sejak beberapa hari yang lalu dan ada dua nama lain turut disebut-sebut... ia cuma menjadi pasti kelmarin apabila surat persetujuan diberikan kepada saya oleh BN untuk ditandatangani," katanya.

Laporan media menyebut antara nama turut disebut-sebut ialah Datuk Dr. S. Vasan yang pernah bersaing di kerusi DUN Pasir Panjang pada Mac 2008, yang dimenangi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

USUL

Terdahulu, Bernama melaporkan, BN telah menamakan Ganesan sebagai calon Speaker DUN Perak yang baru.

Memetik tulisan Sivakumar dalam blognya: speakforperak.blogspot.com, laporan itu menyebut bahawa usul tersebut telah diserahkan ke Pejabat Setiausaha DUN Perak di sini pada pagi semalam.

Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Datuk Hamidah Osman.

"Surat persetujuan daripada Datuk R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini," katanya.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk melucutkan jawatan Speaker V. Sivakumar seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lalu berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Nizar pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Bekas Exco Kanan Perak yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan PAS-DAP-PKR tidak akan memberi maklum balas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker bulan lalu.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |