msomelayu
Apa nak jadi dengan negaraku?
Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang!
APA nak jadi dengan Malaysia? Kebebasan sudah tidak ada lagi. Suara rakyat sudah dipancung. Rakyat boleh bersuara jika ada permit. Percakapan rakyat perlu dijaga dan dikawal oleh undang-undang. Kehidupan rakyat seolah-olah berada dalam kawalan rejim komunis.
Apa-apa kegiatan perlu dikawal atas nama keselamatan! Walhal keselamatan yang dijaminkan itu bukan untuk keamanan, tetapi membuka ruang kepada satu mala petaka. Atas nama keselamatan jiwa dan kalbu rakyat terus sakit dan marah. Marah...
Rakyat hendaklah dibisukan dari bercakap mengenai apa saja. Apa-apa cakap yang tidak senada dengan kerajaan, akan disekat dan dihalang dan dianggap sebagai menghasut yang boleh didakwa di bawah akta Hasutan 1948. Atau kalau perlu kepada yang keras dan degil di penjara di bawah ISA.
Cakap-cakap mestilah senada dengan kerajaan dan yang baiknya membodek kerajaan. Jadi cina buta kepada kerajaan. Dalam masa sama kerajaan melaungkan kebebasan, melaungkan keadilan dan melaungkan ketelusan. Hakikinya kebebasan sudah mati, keadilan sudah lama pincang dan ketelusan sudah lama ditambak dengan kuasa yang ada; polis, mahkamah dan kemudian penjara. Pintu penjara negara ini tidak pernah terkatup melainkan senantiasa dingangakan seluasnya.
Jangan cakap mengenai apa-apa pun. Diam atau gamkan mulut! Kerajaan sedang mengajar rakyat menjadi beruk yang bisu yang tertenggek atas dahan mati yang hanya perlu merasa seronok bila tuan menghulurkan pisang separuh masak. Kemudian beruk perlulah menghingguk-hingguK batang pokok menandakan terima kasih kepada penghulur pisang separuh masa itu. Jangan tungging jubur nanti ditembak. Inilah negaraku Malaysia di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional (UBN).
Apa yang berlaku hari ini adalah konklusi ke atas segala kekejaman kerajaan. Manusia dari benua mana pun kalau melihat apa yang berlaku hari ini akan terkejut dan hairan. Masakan rakyat tidak boleh menemui rajanya untuk menyampaikan bantahan jiwanya yang bimbang mengenai masa depan anak bangsanya sendiri. Bukankah itu gila namanya kalau bukan babuk?
Kalau rakyat berhimpun hendak memaki hamun raja-raja dan sultan ada ‘kulihah’nya kalau mereka dihalang, disekat kemudian ditembak dengan gas pemedih mata. Hatta kalau guna peluru hidup pun tidak mengapa. Tembaklah anasir yang merosak negara, boleh dibenarkan dan seluruh rakyat akan memuji dan memuja kerajaan.
Misalnya kalau rakyat berhimpun hendak runtuhkan istana, tembaklah mereka, bomlah macam Israel bom rakyat Palestin biar hancur kepala dan terburai tali perut mereka. Tidak mengapa itu wajar sebab mereka pengkhianat. Di mana-mana dan sesiapa saja pengkhianat perlu ditembak sampai mampus tanpa mengira darjat, keturunan dan kedudukan mereka.
Kalau mereka berarak hendak robohkan Parlimen, lambang keunggulan institusi demokrasi negara ini, tak mengapa, halang dan sekatlah mereka. Kalau perlu tembak mereka, tembak dan pancunglah kepala mereka sekali. Usahkan air gatal (water cannon) atau gas pemedih mata, hatta C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya Shariibuu pun halal digunakan. Bunuhlah...
Tetapi hari ini rakyat berhimpun hendak menyerahkan sekeping kertas kepada rajanya – Yang di-Pertuan Agong, apakah itu perbuatan salah? Salahkah? Apakah itu satu dosa dan satu penderhakaan? Puluhan ribu yang berarak ke istana hari ini kerana ingin membela bahasa mereka, Bahasa Melayu. BAHASA MELAYU?
Mereka bukan berarak untuk membela bahasa penjajah, tetapi berarak untuk membela bahasa mereka, bahasa Melayu. Mereka melakukan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Mereka buat untuk kebaikan bangsa Melayu dan juga negara ini bukan untuk kepentingan sesiapa atau mana-mana golongan. Manfaat yang diperjuangkan itu untuk kepentingan bersama.
Kenapa harus dicurigai niat suci mereka. Kenapa tidak reti membaca hati putih rakyat? Perarakan hari ini bukan bermotif politik. Apakah pihak kerajaan, penguasa buta mata hati dan suduh tertutup sanubari mereka. Begitu mudah pihak polis membuat andaian kononnya ianya didalang parti politik. Kenalkah mereka kepada Dr Hassan Ahmad, A Samad Said, Ainon Mohamad, Dr Hassan Mohamad, Dr Shahrir Md Zain, Baha Zain dan lain-lain. Mereka bukan aktivis politik, mereka adalah pencinta dan pejuang sastera dan bahasa.
Kenapa kerja suci mereka diragui? Kenapa? Apakah perbuatan mereka itu salah? Apakah di zaman ini rakyat tidak lagi boleh mengadu hal-hal masalah kepada raja-raja mereka. Apakah raja-raja hak sesuatu golongan saja? Atau raja-raja hanya sedia mendengar dari golongan tertentu yang boleh memberi apa-apa nafkah untuk kehidupan mereka saja. Begitukah? Dan bukankah sokongan rakyat jelata adalah jaminan keunggulan institusi raja dan keselamatan keturunan mereka?
Seharusnya tidak ada sekatan dan halangan ke atas perarakan membawa memorandum untuk menghapuskan PPSMI itu. Mereka perlu diberi jalan seluasnya. Mereka bukan perlu dinanti dan dihalang dengan gas pemedih mata, gari, belantan atau kamera tetapi mereka perlu diiringi dan dikawal daripada pengacau lain. Itu sepatutnya.
Pembawa memorandum itu adalah mereka yang suci dan bersih. Tangan mereka putih daripada rasuah dan gila kuasa politik atau membunuh manusia lain. Mereka tidak ada apa-apa ambisi untuk berkuasa. Mereka membawa sekeping hati rakyat Melayu untuk ditunjukkan kepada raja mereka, betapa remuk, bera dan birunya hati rakyat kerana bahasa mereka diinjak-injakkan. Yang membuka kaki menginjanya orang yang mengaku Melayu juga. Jadi salahkah? Salahkah? Salahhhhhhhkah?
Kepada para penembak tepat dalam pasukan polis, FRU, SB dan segala macam, apakah mereka sedar apa yang GMP lakukan itu untuk siapa? Untuk mereka, anak-anak mereka juga. Mungkin mereka boleh beralasan kerana itu arahan ketua mereka. Siapa ketua mereka? Apakah ketua mereka juga tidak ada akal budi dan akal fikir bagi menilai apa yang GMP lakukan itu.
Semuanya kini sudah jadi haru biru dan tidak tahu hujung pangkal. Kedudukan rakyat pun cuba dipisahkan dari raja dan istana. Atas nama nak menjaga kemuliaan raja tetapi mereka menyimpan motif untuk menjauhkan rakyat dengan rakyat. Mereka mahu memonopolikan raja sebagai hak mereka saja.
Yang salah di sini bukan raja. Tetapi para pengawal raja yang zalimnya. Para penasihat yang ada kepentingan. Raja sebagai raja berperlembagaan mengikut saja lembaga yang menentukan gerak geri mereka. Bagaimana pun diharap raja sesekali perlu menjenguk jendela untuk menghirup udara di luar dan melihat realiti yang riuh randah di luar istana.
Namun kita percaya keadaannya tidak seperti itu. Kini memorandum PPSMI itu sudah pun ditangan Yang di-Pertuan Agong ia diserahkan oleh A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad. Kita berharap baginda akan meneliti dan menatapnya dengan penuh prihatin, insaf dan sedia menimbangkan.
Suara Perdana Menteri dikejauhan kedengaran hari ini juga satu perkembangan yang baik. Kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang hendak bersara esok lusa itu, masalah PPSMI perlu ditangani dengan segera kerana ia semakin mendapat tekanan. Kata Abdullah kalau ia tidak ditangani segera ia akan menjadi masalah besar. Jadi, tunggu apa lagi?
Hairan, apakah perdana menteri itu sudah tidak ada kuasa lagi? Atau kuasanya telah dirampas oleh timbalannya? Kalaulah beliau serius dan ikhlas kenapa beliau tidak arahkan hari ini juga Menteri Pelajaran, Hishmuddin Hussein agar memansuhkan PSPMI? Kenapa harus bermadah helah lagi. Atau suara perdana menteri itu sebagai hendak memujuk dan menyejukkan hati para pejuang bahasa dan sastera saja. Sesungguhnya Abdullah perlu menyengolahkan semula Hishamuddin.
Perarakan hari ini tidak akan menjadi kalau perdana menteri prihatin dan peka, dan tidak pekak. Wang kerajaan yang digunakan untuk membeli gas pemedih mata boleh diselamatkan. Wang petrol atau diesel trak dan kereta peronda polis dan helikopter boleh diselamatkan. Rakyat juga tidak berpedih mata dan pegap-pegap urat kerana lari menyelamatkan diri semasa perarakan tadi. Keadaan negara juga tidak menggambarkan seperti huru hara yang menakutkan pelabur.
Namun kerana PM kurang cerdik, lambat bertindak, teragak-agak, berfikir terlalu panjang, lembab dan lemah maka jadikan apa yang sudah terjadi. Apakah makna seorang PM mengatakan ia perlu diselesaikan segera? Dalam konteks hari ini ialah mengarahkan supaya PPSMI dimansuhkan. Dan bila PM tidak dapat bertindak maka ia menggambarkan seolah kuasanya sudah tidak ada.
Untuk apa Abdullah bersuara menyatakan masalah itu kalau ia sudah kehilangan kuasa sebelum jawatannya terlepas? Kalau hanya setakat bermadah untuk menarik simpati dan memberi keseronokan kepada rakyat tidak payahlah. Rakyat tidak lagi mengharap apa-apa harapan kepada Abdullah. Rakyat tidak lagi menaruh apa-apa keyakinan kepada Abdullah. Rakyat semuanya sudah cemuh dan menganggap Abdullah kini sedang persis koma sebelum jasadnya dibawa ke kuburan untuk ditalqinkan Najib.
Tahniah dan syabas kepada semua rakyat yang berarak hari ini. Yakin dan percayalah penderitaan yang dikecapi hari ini adalah penawar dan peristiwa yang akan menjadi manis selepas ini. Dan parut yang berbekas hari ini adalah bukti kepada anak bangsa bahawa kita adalah seorang pejuang. [***kl 7:00 malam 07/03/09]
Sunday, March 8, 2009
Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang!
0 comments Labels: bahasa melayu, minda rakyat, msomelayu
Wednesday, November 5, 2008
Dari Brickfield: 500 Juta Duit KWSP Untuk Siapa?
oleh Isham Tukartiub
HARI INI telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.
Dasar Ekonomi Bengong (DEB - editor) Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.
Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?
Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.
Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli.
Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana di tuduh terlibat membunuh Altantuya. Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter ?
Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja.
Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn. Bhd. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.
Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.
Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini kan jatuh kembali.
Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. Duit 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Duit ini adalah duit kita semua dijudikan di bursa saham oleh Najib Razak.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah USD62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan USD60 dolar. Ertinya dalam satu ting kita hanya untung USD2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloii untuk mengeluarkan minyak.
Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.
Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong. Dan harga kelapa sawit yang hampir 3000 ringgit satu tan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib diulang-kaji.
Najib Razak yang menjalankan dasar ekonomi bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’
Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah dijalankan. Neo liberal bermakna – apa yang boleh dijual, dijual – apa yang boleh dibeli, dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah.
Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.
Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – sistem api leterik dijual pada kroni, sistem agihan air dijual pada kroni, membuat jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
Jika kritikan datang dari yang bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keintemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.
Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak yang selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.
Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu agama apa, kamu bangsa apa atau kamu sembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup maka kita dari kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, petani dan nelayan akan dipukul hebat. Kita akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi neo libeal juga akan menguncup sama.
Justeru Pakatan Rakyat wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah
Langkah awal ialah konsep ‘Kembali Ke Bumi’. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan.
Jika ekonomi meleset orang ramai ada makanan. Ekspot bukan tujuan utama kerana pasaran dunia untuk membeli makanan juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka ini adalah bonus.
Tujuan Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.
Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi nanti tidak akan berpandukan keuntungan maksima – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah pengaruh kaum pemodal dengan politik.
Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditingalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.
******************* Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung dibawah Perlembagaan Hak Keistemewaan Orang Melayu.
1 comments Labels: minda rakyat, penyelewengan, suara keadilan
Tuesday, September 16, 2008
SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU
Tukar tiub
Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Serawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia.
Poooorah 31 Ogos bukan Hari Malaysia. Khalas. Period. Khatam. Finito. Fin. Kaput. End.
Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada September1963.
Hari Malaysia ini juga akan membawa satu lagi perubahan baru. Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Ini bukan mimpi. Ini bukan olok-olok. Ini adalah harapan warga Malaysia yang telah bosan dan mual dengan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Hari Malaysia adalah tanda rakyat mahukan perubahan.
Dari ucapan Sdr Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya , kita rakyat telah diajak untuk meyakini kelahiran kerajaan baru ini.
Mustahil?
Tidak perlu ada loncatan parti. Tidak perlu meninggalkan parti.
Apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat berkata ‘ kita cukup jumlah’ jangan salah tafsir. Bukan jumlah ahli parlimen untuk melompat parti dan meninggalkan parti asal mereka.Tetapi jumlah untuk menyatakan yang mereka TIDAK lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Surat resmi telah dihantar kepada Abdullah Badawi pada hari Jumaat lalu. Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan agar peralihan kuasa berjalan lancar. Dan Kerajaan Malaysia Baru akan ditubuhkan.
Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.
Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.
Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.
Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sederajat.
Kita semua adalah anak semua bangsa berbeza-beza tetapi sederajat.
Anak semua bangsa marilah kita rayakan perbezaan dalam Malaysia Baru.
0 comments Labels: bloggers united, Malaysia baru, minda rakyat
Tuesday, September 9, 2008
Antara pendatang dan penumpang
Kuda ranggi
Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.
Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.
Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.
Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.
Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.
Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.
Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.
Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.
Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.
Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.
Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).
Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.
Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.
Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.
Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai "Melayu".
Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.
Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.
Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.
Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.
Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.
Kita semua adalah rakyat Malaysia.
0 comments Labels: bloggers united, minda rakyat, perkauman, UMNO haprak
Thursday, September 4, 2008
Kenapa Mesti 16 September?
Kenapa perlu kita tukar kepada tarikh baru untuk meraikan kemerdekaan? Apa sial dan dosanya tarikh 31 Ogos yang telah diterima pakai dan disambut segenap lapisan rakyat serta diiktiraf secara rasminya sebagai tarikh Tanah Air kita merdeka dari jajahan British.
Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?
Kita lihat amalan negara-negara lain. Apakah negara lain juga menukar-nukar tarikh keramat negara mereka setiap kali penambahan negeri atau wilayah dicapai?
Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Tarikh 4 Julai dipilih sebagai tarikh kemerdekaannya. Walaupun pada tarikh tersebut sebenarnya meraikan tarikh pengistiharan kemerdekaan pada tahun 1776 tetapi ianya mulanya diistiharkan dua hari sebelum itu. Malah hanya pada 2 Ogos adalah tarikh sebenar kebanyakkan ahli kongress waktu itu menandatangani pengistiharan kemerdekaan. Dan lebih menghairankan lagi, pengistiharan kemerdekaan hanya diiktiraf 7 tahun selepas itu di bawah Perjanjian Paris (1783) – dan tarikh perjanjian ini tidak pula diterimapakai sebagai tarikh sebenar kemerdekaan mereka.
Semasa pengistiharan kemerdekaan dibuat, hanya ada 13 buah negeri sahaja yang bergabung. Satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika Syarikat pada tarikh-tarikh yang berbeza. Namun, tarikh kemerdekaan mereka masih tetap kekal 4 July. Pada 1976, mereka menyambut secara besar-besaran ”bicentennial celebration” (200 tahun) mereka. Mereka tidak menerima pakai tahun 1959 tarikh terakhir Alaska dan Hawaii menyertai persekutuan mereka.
Kita ambil satu lagi contoh negera Vietnam. Tarikh 2 September diambil sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari Jepun pada tahun 1945. Mereka tidak mengambil tarikh Amerika mengundurkan diri dari Saigon yang akhirnya menyatukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.
Kalau hendak diambil kira tarikh 16 September sebagai tarikh kejayaan kita menyatukan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya, maka apakah tarikh baru patut kita raikan apabila tarikh sebenar negeri-negeri dikira Malaysia kini ialah selepas Singapura keluar Malaysia. Itulah tarikh baru sepatutnya. Itulah tarikh bermulanya persekutuan 13 buah negeri yang kekal hingga kini.
Kalau hanya sekadar memenangkan hati dua negeri baru yang menyertai persekutuan maka kita perlu cari pengertian baru untuk kita kenangkan tarikh penjajah akhirnya menyerah kuasa kepada rakyat tempatan selepas menjajah silih berganti semenjak 1511.
Sekian, IB
1 comments Labels: bloggers united, Malaysia baru, minda rakyat
Saturday, August 2, 2008
Kurang 50% yakin BN, Pakatan Rakyat penuhi janji pilihan raya
Mstar Online
02-08-2008 03:21:05 PM
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Selepas empat bulan pilihan raya umum ke-12 berlangsung, rata-rata kurang 50 peratus rakyat negara ini yakin bahawa kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memenuhi janji-janji yang dipertaruhkan semasa kempen selama 13 hari.
Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan, BN memperoleh keyakinan keseluruhan 40 peratus responden manakala Pakatan Rakyat pula 45 peratus - berhubung soalan sejauh mana kedua-dua perikatan itu akan menunaikan janji masing-masing.
Bagaimanapun dilihat daripada sudut sama ada "terlalu yakin akan menunaikan janji", 13 peratus responden memihak kepada BN berbanding hanya lapan peratus ke atas Pakatan Rakyat.
Seramai 27 peratus responden agak yakin dengan BN dan 38 peratus responden agak yakin dengan Pakatan Rakyat.
Peratusan responden yang "agak tidak yakin" adalah tinggi bagi BN iaitu 36 peratus tetapi hanya 27 peratus di sebelah Pakatan Rakyat.
Malah, peratusan "sangat tidak yakin" juga agak tinggi bagi BN iaitu 19 peratus berbanding 15 peratus responden yang memihak Pakatan Rakyat.
Kajian ini dijalankan antara 4 dan 14 Julai lalu membabitkan 1,030 responden di Semenanjung menerusi temu bual telefon.
Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac lalu menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Selain itu BN juga kehilangan kuasa kerajaan negeri di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor.
Meskipun BN berkempen menggunakan manifesto sendiri tetapi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menggunakan manifesto sendiri, bukan atas nama Pakatan Rakyat.
Panggilan Pakatan Rakyat hanya diumumkan selepas keputusan pilihan raya umum diketahui.
-------------------------------------------------------------------------------------
TAHAP KEYAKINAN TERHADAP BN DAN PAKATAN RAKYAT
BARISAN NASIONAL PAKATAN RAKYAT
Sangat yakin 13% 8%
Agak yakin 27% 37%
Kurang yakin 36% 27%
Tidak yakin langsung 19% 15%
Tidak tahu 4% 12%
Tiada jawapan 1% 1%
---------------------------------------------------------------------------------------
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi memberitahu, pihaknya tidak terkejut dengan penemuan tersebut yang menunjukkan tidak sampai separuh rakyat negara ini yakin sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat akan menunaikan janji-janji pilihan raya.
"Saya tidak terkejut kerana dari segi persaingan politik kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat masih belum ada keputusan muktamad... masih banyak perkara yang belum menunjukkan penyelesaian ketara," katanya.
Sejak kali pertama selepas pilihan raya umum 1969, negara menyaksikan urutan perisitiwa politik hampir setiap minggu - termasuk yang terbaru keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Ibrahim, ketika banyak pihak masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk melaksanakan apa yang dijanjikan, penemuan ini menunjukkan BN kehilangan sokongan ekoran sentimen selepas kenaikan harga minyak dan kesan susulan.
"Banyak pengundi merasakan mereka telah dibelakangi dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Ini faktor utama (menyebabkan paras rendah tahap keyakinan ke atas BN)," katanya.
Jelas beliau, persekitaran pendapat umum kemungkinan berubah menjelang akhir tahun memandangkan Pakatan Rakyat "masih dalam tempoh berbulan madu" dan ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ikatan pembangkang itu disebabkan halangan batasan kuasa.
Berhubung soalan sejauh mana berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Rakyat, 57 peratus menyatakan persetujuan berpuas hati walaupun hanya sembilan peratus yang berada dalam kumpulan "amat berpuas hati".
Bilangan responden yang "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" adalah seramai 32 peratus.
Berkaitan soalan yang sama membabitkan kerajaan persekutuan BN pula, 44 peratus "berpuas hati" dengan pakatan 14 parti komponen itu dengan "lapan peratus sangat berpuas hati".
Seramai 54 peratus responden pula "tidak berpuas hati" dan "sangat tidak berpuas hati" dengan kerajaan persekutuan BN.
Hanya 42 peratus responden yang "berpuas hati" dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala 54 peratus melahirkan pandangan sebaliknya.
Sama ada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan muncul sebagai Perdana Menteri yang baik kelak (ekoran pelan peralihan kuasa Jun 2010), 34 peratus "yakin" dengan kenyataan tersebut berbanding 47 peratus yang "tidak yakin" manakala 17 peratus "tidak pasti".
Hanya kira-kira 36 peratus berpandangan bahawa Umno, anggota komponen utama BN, mencerminkan aspirasi dan keperluan rakyat negara ini manakala 33 peratus "tidak berpuas hati" dengan pandangan sedemikian.
0 comments Labels: kerajaan BN, minda rakyat, mstar online, Pakatan Rakyat
Monday, July 21, 2008
Konspirasi AG dan IGP
Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.
RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.
Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?
Oh oh!! Tunggu sat. Abdullah Badawi ada cakap, Anwar mesti memberikan profil DNA yang baru secara sukarela. Profil DNA tahun 1998 yang ada kat polis tu dah lama. Polis pulak kata, kalau Anwar tak mau bagi profil DNA yang baru, depa akan dapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Anwar. Ho.ho.ho... ada banyak yang tak kena, brader.
Mula-mula sekali, kalau Jabatan Kimia sudahpun selesai dengan kes ini dan mempunyai bukti yang kukuh terhadap Anwar, pasai apa nak minta profil Anwar lagi? Profil DNA tak ada tarikh luput. Adakah polis juga memerlukan cap jari Anwar yang baru, sebab cap jari yang depa ambil 10 tahun dulu dah lepas 'tarikh luput'? Cap jari tak pernah berubah dari tarikh kita dilahirkan sampa mati. Profil DNA pun macam tu jugak! Awat la bodoh sangat?
Kalau hangpa ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali dan pemeriksaan membuktikan dia mati kerana keracunan arsenik. Dan Napoleon mati pada 5 May 1821, sama dengan 187 tahun dulu! Tak kan Profil DNA Anwar yang baru 10 tahun dah basi kot?
Sebenarnya, bukti kukuh yang dikatakan diperolehi oleh Jabatan Kimia itu diperolehi melalui contoh yang diperolehi pada tahun 1998. Jadi, depa perlukan contoh baru yang bertarikh 2008. Kalau tidak, sekiranya Anwar membawa pakar dari luar untuk mengaudit bukti Jabatan kimia itu, sudah pasti, pakar tersebut akan mendapati 'bukti' itu sebenarnya sudah berusia 10 tahun, dan bukannya dari kejadian 'liwat' pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh kerajaan.
Betui!! bukan saja pakar DNA akan dapat mengetahui 'air mani' yang ada pada seluar dalam Saiful itu kepunyaan Anwar, malah depa juga boleh tau sama ada ianya dari contoh tahun 1998 ataupun bertarikh 26 Jun 2008.
'Bukti'nya sudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan. Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luar negara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentu pakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.
Jadi, depa mesti tukarkan contoh September 1998 kepda July 2008. Itu sebabnya Abdullah Badawi dan Syed Hamid Albar, dan ramai lagi, meminta Anwar menyerahkan contoh profil DNA yang baru. Mereka memerlukan contoh baru ini untuk 'membuktikan' bahawa airmani yang ada pada seluar dalam Saiful bertarikh 26 Jun 2008. Dan Pak Lah sendiri telah 'mengesahkan' perkara ini bila dia meminta Anwar menyerahkan profil DNA yang baru secara sukarela walaupun contoh yang lama masih boleh digunakan kalau setakat untuk mengetahui profil DNA.
Ya, pada September 1998, depa dah ambil contoh darah Anwar. Tapi depa tak boleh gunakan sebagai bukti dalam kes yang terbaru ini. Mereka perlukan bukti terbaru dan melainkan mereka boleh memaksa Anwar menyerahkan contoh terbaru, 'bukti' mereka dianggap lemah.
Itulah sebabnya polis terpaksa membebaskan Anwar atas jaminan polis sehari selepas dia ditangkap macam filem Hollywood. Mereka terpaksa membebaskan Anwar atau pun membawanya kemahkamah untuk didakwa. Tapi macam mana nak dakwa Anwar kalau 'bukti' tidak dapat diterima? Dan bukti yang menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh Anwar adalah menerusi contoh DNA tahun 1998 sudah pasti tak diterima oleh mahkamah. Anwar dituduh pada 26 Jun 2008, bukan September 1998!
Nampak tak, macam mana liciknya AG dan IGP berkomplot? Dan dua makhluk seperti ular ini juga yang memalsukan bukti pada tahun 1998 yang menyebabkan Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun. Dan an aku melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah bila aku cakap perkara ini! Mintak-mintak macam tu la. Sementara kita masih lagi dalam hal ini, amacam kalau aku buat satu lagi 'kesalahan'? Aku akan menuduh AG dan IGP memalsukan bukti dan mengancam saksi.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.
Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.
"Bukti' terhadap Anwar tidak cukup. Mereka kini mencari jalan lain untuk 'membuktikan' Anwar meliwat Saiful. Dalam pada itu, kita perhatikan, sama ada AG akan melakukan satu lagi repot polis terhadap aku dan sama ada IGP akan menangkap aku dan mendakwa aku dimahkamah kerana menghasut dan memfitnah kerana dakwaan ini.
Hei!! Aku dah pun ada empat tuduhan menghasut dan memfitnah. Tak jadi hal kalau tambah lagi dua atau tiga tuduhan! Yang penting ialah sama ada aku masuk jel atau tidak. Apa yang penting ialah dunia diberitahu bahawa mereka sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau masuk jel pun, pulang modal.
(Posting ini adalah terjemahan daripada artikel terbaru Raja Petra,How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar)
Semalam, aku post yang ini...
"Pada 18 jun 2008, Saiful telah pergi kePusat Rawatan Islam Kuala Lumpur, (Pusrawi KL), untuk medical check-up dan beliau telah diperiksa oleh seorang doktor Myanmar (PR) dan doktor mendapati tiada kesan terhadap pungkoknya.Doktor tersebut telah ditahan oleh polis selama 3 hari dan semua rekod-rekod perubatan Saiful didapati hilang."
Hari ini pula, Petra tulis yang ini.
You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.
Kebetulan? Khabar angin? Mesti ada sesuatu yang tak kena!
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, konspirasi, minda rakyat
Sunday, July 13, 2008
Usul Undi Tidak Percaya - Uji Abdullah atau Pakatan Rakyat?
msomelayu
CERITA panas yang bakal diperkataan esok ialah mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Parlimen akan jadi tumpuan pemerhati dari dalam dan luar negeri esok. Apakah esok Parlimen dan perdana menteri bakal melakar satu sejarah politik negara. Sebelum ini belum pernah ada perdana menteti dihadap dengan usul undi tidak percaya.
Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?
Sementara menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, semua jalan menuju ke Parlimen juga akan ditutup. Parlimen akan jadi seperti 'zoo' esok dikawal dan dijaga rapi!
Larangan dan kawalan ini menggambarkan suasana seolah-olah negara ini di ambang darurat. Mengapa harus halang orang ramai untuk mengunjungi Parlimen? Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk memerhatikan peristiwa penting yang bakal menentukan nasib dan masa depannya.
Dengan tindakan itu juga menyebabkan ‘agenda’ undi tidak percaya yang dianggap sengaja dilakukan bagiu mengalihkan pandangan rakyat mengenai sesutau isu itu berjaya dan semakin menjadi perhatian umum!
Noits usul itu telah diserahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama 14 MP Pakatan Rakyat minggu lepas.
Sama ada Speaker membenar usul itu dibahas atau tidak, ia tidak menjadi masalah lagi. Usul itu tetap penting dan bakal menjadi petunjuk ke arah mana para ahli Parlimen pembangkang selepas ini. Ahli Parlimen pembangkang perlu menyatakan sikap mengenai hal itu bila mana ianya di bawa ke Parlimen atau kepada Speakar walaupun ia akan ditolak.
Saya sangat berharap supaya Speaker membenarkan usul berkenaan dibahaskan kerana ingin melihat sejauh mana kesepaduan ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ia juga untuk melihat sejauh mana kebenaran dakwaan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa jika usul dikemukakan Abdullah akan jatuh.
Sekiranya usul itu diterima dan ianya ditolak Parlimen ini bermakna dakwaan Anwar sebelum ini hanya dibuat atas angin dan di atas katil sahaja. Kredibiliti Anwar juga terjejas. Ia akan dianggap tidak lebih dari gimik politik yang kehabisan modal. Kerana itu pada saya usul tersebut disamping boleh menggetarkan lutut Abdullah tetapi ia juga menjadi perangkap berkesan untuk pihak kerajaan bagi menguji kekuatan pembangkang itu sendiri.
Ini kerana ada perkembangan menunjukkan wujud tidak sekata dan sehaluan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat dalam beberapa hal termasuk mengenai usul berkenaan. Sudah ada suara dan tanda-tanda pihak yang tidak berpuas hati antara satu sama lain dan menunjukkan reaksi bersedia untuk membuat koreksi atas persepakatan itu. Nampaknya ada pihak yang mulai sedar pakatan itu lebih banyak membawa kerugian daripada keuntungan!
Paling jelas ialah di pihak Pas. Pas seakan tidak berpuas hati dengan berapa perkara yang berlaku termasuk beberapa hal dalam kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat di Selangor dan di Perak. Pas merasakan kehadiran mereka di dalam kerajaan berkenaan hanya sebagai tukang anggup dan turut saja atau sebagai simbol wujudkan pakatan. Beberapa keputusan penting membabitkan soal kepentingan Melayu dan Islam tidak dibincang dahulu dengan Pas.
Sikap membelangkan Pas ini katanya benar-benar mengecewakan Pas menyebabkan Pas Selangor kini sudah bersedia membuat keputusan yang boleh mengejutkan banyak pihak. Wajar kalau Pas kecewa kerana dibahu merekalah terletaknya tanggungjawab mengenai agama dan bangsa. Rakyat tidak peduli kalau DAP tidak membela Islam atau PKR mengabaikan kepentingan Melayu!
Insiden konsert liar yang cuba melondehkan seluar dalam semasa Himpunan Sejuta Rakyat memprotes kenaikan harga minyak dua minggu lepas di stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya(yang diketuai sendiri oleh Bendahari Pas, Mohd Hatta Ranmli) adalah antara i
su yang menunjukkan tidak ada kebulatan semangat antara parti Pakatan Rakyat. Pas kurang senang dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ianya satu keburukan yang terhasil dari Pakatan Rakyat. Khabarnya Hatta Ramli diarahkan supaya memohon maaf kepada ahli
Bagaimana pun rasa sensitif dan tidak senang itu bukan dari semua ahli Parlimen Pas. Mereka yang berpendidikan Barat dan profesional yang menerima pakai politik Machiavilli seakan tidak merasa apa-apa kerugian dengan apa yang berlaku. Pada mereka apa yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat itu sekarang ini cukup harmoni dan menguntungkan Melayu dan Islam.
Sebaliknya pemimpin Pas yang beraliran agama yang bercita-cita tertegaknya pemerintah Islam tulen - menurut Quran dan Hadith di negara ini sangat merasai dan bimbang
Perkembangkan ini – perselisihan di kalangan ahli Parlimen Pas mengenai kepentingan perjuangan mereka ia bukan saja bakal menimbul polemik dalam parti itu tetapi akan membawa petaka kepada Pakatan Rakyat seluruhnya kalau tidak dibendung. Perpecahan dalam Pas akan merebak ke dalam Pakatan Rakyat. Retak yang sedikit ini akan membawa kepada pecah yang bear, kerana organ yang retak itu ialah hati bukan lutut.
Apapun esok – jika usul undi tidak percaya itu dibenarkan oleh Speaker untuk dibahas, ia akan memberi jawaban kepada teka teki ini. Apakah Pakatan Rakyat masih utuh dan padu, atau sebaliknya. Dan secara tidak langsung juga ia menguji wibawa Presiden Pas itu sendiri serta ahli-ahli Pas yang sewaktu dengannya. Apakah Islam tulen dalam Pas akan menang ataupun klon Pas akan mula menaring.
Kalau ahli Parlimen Pas membuat keputusan bertentangan dengan presdien esok, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku dalam Pas. Kemucaknya kelak kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden sendiri mungkin tercabar. Perselisihan ini sudah pasti akan dijadikan titik mula untuk para Pas klon bertindak menguasai parti.
Majlis Syura yang menjadi badan tertinggi Pas dalam memberi pandangan, nasihat dan megemukakan formula penyelesaian secara syariah hendaklah bertindak segera. Seluruh ahli juga perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura. Ini penting, kerana kalau Majlis Syura sudah dibelakangkan, bermakna Pas juga menjadi parti tanpa prinsip dan haluan hakiki seperti mana Umno di mana wang dan kebendaan menjadi penentu kuasa dan kepimpinannya.
Musyidul Am yang statusnya tertinggi dalam Pas mungkin tidak relevan untuk dirujuk mengenaihal ini kerana perlembagaan tidak memberi hak dan kuasa itu kepadanya.
Besok adalah hari penting untuk melihat; pertama perpaduan dalam Pakatan Rakyat, kedua sikap di kalangan ahli Parlimen Pas dalam menangani isu semasa yang turut memwarnai politik mereka. [wm.kl 10: 45 am 13/07/08]
0 comments Labels: minda rakyat, msomelayu, Pak Lah undur, Pakatan Rakyat, parlimen
Mesyuarat Tergempar 3
matsamankati
"Dapat dah semua tarikh lahir depa?" Tanya Pak Nawi.
"Dah. Semua dapat." Aku jawab.
"Kamu kira sendiri. Tak larat aku nak kira dah." kata Pak Nawi.
Tunku: 8.2.1903 8+2+1+9+3 = 23 = 2+3 = 5
Tun Razak: 11.3.1922 = 19 = 1+9 = 10 = 1
Hussein Onn: 12.2.1922 = 19 = 1
Mahathir: 10.7.1925 = 25 = 7
Pak Lah: 26.11.1939 = 32 = 5
Musa Hitam: 18.4.1934 = 30 = 3
Ku Li: 13.4.1937 = 28 = 10= 1
Ghafar Baba: 18.2.1925 = 28 = 10 = 1
Anwar: 10.8.1947 = 30 = 3
Najib: 23.7.1953 = 30 = 3
"Aku cakap, kamu check. Betul ke tak betul" kata Pak Nawi.
"Mula-mula Tunku jadi PM. Ada sapa berani lawan tak? Tun Razak pun tak berani lawan. Yang berani lawan, Mahathir. Tunku turun bukan pasai Tun Razak lawan, tapi pasai 13 Mei. Tahun 1990, Tunku dengan Ku Li lawan Mahathir, sapa menang? Kemudian Tun Razak naik, tapi dia tak lama. Tak sempat orang nak lawan dia dah mati.
Naik Hussein Onn, tapi lembik. Sapa yang lawan? Mahathir! Hussein Onn lari ikut tingkap, Mahathir naik. Bila Mahathir naik, sapa pun tak boleh lawan. Dia suruh Musa Hitam lawan dengan ku Li untuk Timbalan, tapi Ku Li tak boleh lawan Musa. Kamu ingat Musa menang pasai dia kuat ka? Tak!.... tapi pasai Musa 3, Ku Li 1. Kemudian Musa letak jawatan. Pasai apa Musa tak berani lawan Mahathir? Sebab Musa tau, kalau lawan pun dia akan kalah.
Mahathir lantik Ghafar Baba. Ghafar Baba tak kuat! Jadi, bila Anwar lawan, Ghafar baba lari terjun pintu. Pasai apa Ghafar Baba kalah? Pasai Anwar 3, Ghafar Baba 1. Kemudian Anwar lawan Mahathir. Sapa menang? Dah tentu Mahathir, sebab Mahathir 7, Anwar 3.
Kemudian Mahathir pilih Pak Lah. Pasai apa Pak Lah tak pernah lawan Mahathir? Sebab dia cucu Abdullah Fahim, pakar Tajul Muluk. Pak Lah tau, kalau dia lawan Mahathir, dia tentu kalah. Itu pasai, Mahathir cakap apa pun kat dia, dia buat tak tau saja.
Sekarang pasai Najib. Najib tak boleh lawan Pak Lah. Kalau Najib lawan Pak Lah, Najib bungkus. Itu sebab Najib jadi Pak Sanggup. Apa saja cakap Pak Lah dia ikut.
Kamu tengok pulak Anwar. Pasai apa Anwar tak lawan Pak Lah? Sebab kalau dia lawan, Anwar akan bungkus. Sebab Anwar 3, Pak Lah 5. Jadi Anwar lawan Najib, Anwar 3, Najib 3. Mungkin Anwar ingat, dengan Najib ada peluang, tapi Anwar tak tau, Najib dah sampai kekemuncak bukit. Dia baru nak merangkak. Aku rasa Najib menang." Kata Pak Nawi.
"Mungkin ka Anwar masuk penjara lagi?" aku tanya.
"Yang tu aku tak boleh nak kata, sebab nak masuk penjara ni, Najib bukan boleh buat sorang. Hang kena cari sapa lagi lawan Anwar."
"Habih, sapa yang boleh lawan Najib? Aku tanya Pak Nawi.
"Aku pun tak tau, kamu check Wan Azizah! " kata Pak Nawi.
Aku pun Google Wan Azizah dan dapat tarikh lahir nya.
3.1.1952 = 21 = 3
"Serupa ja , Pak Nawi!" aku bagi tau.
"Khairy Jamaludin macam mana?" tanya Pak Nawi.
10.1.1976 = 25 = 7.
Ha??!?!??
"Kamu perhati budak ni Mat." Pak Nawi bawa keluar tembakau dan daun nipah, pelan-pelan dia gulung.
0 comments Labels: bloggers united, minda rakyat, santai politik
Mesyuarat Tergempar 2
matsamankati
Usul undi tidak percaya akan didengar esok, hari Isnin. Dan setelah sekian lama polis menyiasat kes liwat Saiful, maka polis pun memanggil Anwar untuk mengambil kenyataan, juga pada hari Isnin. Kebetulan? Ataupun sebahagian dari perancangan? Atau pun dah memang takdir?
Selepas Asar, aku dan Pak Nawi pekena kopi O. Mak Cik Piah buat roti jala dan kuah durian. Sementara minum petang, Pak Nawi meneruskan agenda kedua.
"BN ni tak boleh tumbang, Mat. Sebab Umno jadi tunggak, dan parti lain cuma jadi Pak Turut. Kalau nak tumbangkan BN, kena tumbangkan Umno. Dan yang boleh menumbangkan UMNO cuma parti dari Sabah dan Sarawak. Itu pun bukan senang. Setakat kekuatan diri, masing-masing sama kuat. UMNO, UPKO dan SUPP. 9-9-9. Tapi Umno sudah sampai kekemuncak, manakala dua lagi parti ni baru nak naik. Rimau yang ada kat atas bukit, lebih kuat dari rimau yang baru nak naik.
Serupa jugak. PKR lawan Pas, PKR kalah. Pas lawan Umno, Pas kalah. PKR lawan Umno, PKR kalah. Tak percaya, kamu kira." Pak Nawi membuat ucapan alu-aluan.
Aku pun ambil buku dan kira, sementara Pak Nawi makan roti jala dengan kuah durian.
UMNO: 3456 = 18 = 9
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3
PPP: 777 = 21 = 3
Fuh!!! Macam sengaja disusun pulak! Tapi itulah kekuatan parti-parti yang ada dalam BN diSemenanjung! Kebetulan?
Sarawak:
PBB: 722 = 11
SUPP: 1377 = 18 = 9
PRS: 791 = 17 = 8
SPDP: 1747 = 19 = 10 = 1
"11 dan 22 ialah nombor khas. Tak boleh dicampur lagi, dan siapa yang dapat nombor khas, nombor 9 pun kalah. " Pak Nawi mengingatkan aku.
"Hang tengok PBB, Umno pun takut nak masuk Sarawak. Taib Mahmud pun sapa tak berani lawan, kalau lawan mesti out. Berapa kerusi Parlimen depa dapat?" Pak Nawi bertanya.
PBB = 14, SUPP = 6, PRS 5, SPDP =4. Hah!!! Kebetulan lagi!.
"Sabah macam mana?" Tanya Pak Nawi lagi.
UMNO: 3456 = 18 = 9
UPKO: 3726 = 18 = 9
SAPP: 1177 = 16 = 7
LDP: 347 = 14 = 5
PBRS: 7291 = 19 = 10 = 1
PBS: 721 = 10 = 1
Kerusi Parlimen: UMNO = 14, UPKO = 4, SAPP = 2, LDP = 1, PBRS = 1, PBS = 3.
"Hah! Semua betui, kecuali PBS! Macam mana ni Pak Nawi?" Aku tanya kat Pak Nawi.
"Kalau semua betui, aku dah jadi keramat dah!" balas Pak Nawi.
"Macam mana Umno boleh masuk Sabah?" aku tanya kat Pak Nawi.
"Sebab USNO masa tu tak kuat, kalau dia lawan pun, mesti kalah. USNO berapa?" Tanya Pak Nawi.
"USNO: 3156 = 15 = 6. Hah! Pak Nawi main silap mata kot?"
"Kalau macam ni, macam mana nak lawan Umno?" aku tanya Pak Nawi.
"Memang tak boleh lawan! Sapa lawan dia kalah. Kalau hang nak lawan, tok sah lawan Parti Umno, sebab tak ada parti lain kat semenanjung ni yang kuat, tapi lawan Orang Umno!. Sebab ramai orang Umno yang lemah."
"Ohhh! Sebab tu Anwar tak lawan Umno? Tapi dia lawan orang dalam Umno. Ada yang dia buat kawan, ada yang dia lawan."
Tapi pasai apa dia lawan Najib? Pasai apa dia tak lawan Pak Lah? Pasai apa dia lawan Mahathir?
"Hoi Mat, kopi O tu dah sejuk. Hang pi cari maklumat pasai orang-orang Umno. Lepas Isya nanti, kita sambung balik"
0 comments Labels: bloggers united, minda rakyat, santai politik
Saturday, July 12, 2008
Mesyuarat tergempar
Bila baca temuramah Hj. Hadi, komen Nik Abduh, peraduan cari benda tersembunyi Bakaq, aku rasa keadaan semakin hot.
Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?
Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.
Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.
Mampuih pi la. Aku pun tak minat, hangpa nak join Umno ka, nak join Najib ka, itu hangpa punya pasai. Sebelum menang dulu, hangpa minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun hangpa tak tau macam mana nak uruskan kemenangan. Lebih baik kalah sebab hangpa tak layak jadi pemimpin.
Aku lebih minat dengan peraduan mencari benda tersembunyi anjuran Bakaq. Dan semalam aku mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pak Nawi, untuk mencari benda tersembunyi. Sehari suntuk aku duduk dengan Pak Nawi, mentelaah kitab Tajul Muluk, nak tau apakah yang tersembunyi. Rupanya, lebih susah daripada nak cari Bala. Bukan pasai apa, Pak Nawi minta macam-macam. Last last, dia suruh aku buat homework, cari sendiri. Dia cuma bagi petua.
Agenda utama mesyuarat tergempar aku dengan Pak Nawi ialah untuk mengetahui, apa akan terjadi pada PR? Pak Nawi jawab, "tak boleh tahan lama!". Agenda kedua, macam mana dengan BN?. Pak Nawi jawab, "masih boleh bertahan!" Agenda ketiga, sapa bakal menggantikan Pak Lah?, Pak Nawi jawab, "Najib!". Puuui! Tak gila ka?
Posting kali ini, aku cuma cakap pasai agenda pertama. Tapi aku tak mau kongsi pendapat Pak Nawi saja! Aku nak hangpa tolong kira sama.
Pak Nawi pakai kitab Tajul Muluk. Ni kitab lama orang Melayu tapi telah difatwakan oleh Persatuan Ulama Malaysia, sebagai, "baca boleh tapi jangan percaya." Kali terakhir Pak Nawi buat study tentang kitab Tajul Muluk ialah sebelum pembinaan Istana Seri Menanti, kat Negeri Sembilan. Istana tu tak pakai Feng Shui, tapi pakai kitab Tajul Muluk.
Ini kunci utama dia.
1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R
Pertama sekali, semua huruf huruf mesti ditukar menjadi nombor.Kemudian campur nombor-nombor itu sehingga ia menjadi satu nombor. Contoh: ANWAR : 15519 = 1+5+5+1+9 = 21. 2+1=3.
Nombor peribadi Anwar ialah 3.
Kemudian, kita tengok nombor-nombor parti-parti politik yang ada.
UMNO: 3456 = 18 = 9
PAS: 711 = 9
PKR: 729 = 18 = 9
DAP: 417 = 12 = 3
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3
"Kamu tengok Mat. Pertembungan antara parti ini bukan disebabkan oleh prinsip atau kepimpinan, tapi pasai takdir. Tu pasai, orang dulu-dulu, sebelum bagi nama pada anak-anak, dia pergi jumpa Tok Halaq, orang India pun dia pi jumpa sami, tengok sama ada nama tu sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai, dia bagi nama lain." jelas Pak Nawi.
"Umno, Pas dan PKR sampai mati pun tak boleh bersatu, sebab masing-masing nak tunjuk kuat. Dan depa ada kekuatan masing-masing, depa akan lawan sampai yang lain mati. Hang tengok, Umno, Pas dan PKR, masing-masing bernombor 9. Kalau dicampur ketiga-tiganya, jadi 27. 2+7=9. Tak boleh!
Tapi cuba kamu tengok BN, depa masih boleh tahan sebab Umno yang kontrol. Yang lain cuma ikut. Kalau Pas masuk BN, salah satu mesti out, kalau tidak, BN lingkup.
Tengok pulak BA, tahun 99, masa tu ada Pas, Keadilan (PKN) dan DAP. BA menang banyak masa tu. PKN masa tu, nombor dia ialah 725. 7+2+5=14. 1+4=5. PAS 9, PKN 5, DAP 3. Jadi, BA dah boleh kuat, walaupun masih belum boleh nak lawan BN.
Tahun 2003, PKN tukar jadi PKR. Nombor dia pun dah tukar jadi 9, sama macam Pas. Mana boleh dua-dua sama kuat. Kalau laki bini, gerenti bercerai! Tengok la, apa jadi tahun 2004?
Tapi tahun 2008, DAP masuk balik jadi geng tiga serangkai. DAP masuk sebab dia tahu, dia mesti untung kali ini. Pas 9, PKR 9, DAP 3. campurkan semua jadi 21. 2+1=3. Ini nombor DAP!
Itu pasai sekarang ni, DAP tak ada masalah, yang jadi masalah ialah Pas dan PKR!.
Kalau Pas nak keluar PR, tak jadi masalah. Memang baik. Itu lah yang sebaiknya" Kata Pak Nawi.
"Kalau Pas join dengan UMNO?" aku tanya.
"Serupa jugak. Lingkup! Tak percaya, kamu tengok masa Pas bergabung dengan Semangat 46. Berapa nombor Semangat 46?" Pak Nawi tanya kat aku.
15415712 46. 1+5+4+1+5+7+1+2+4+6=36. 3+6=9!!!!!! Patut la S46 dengan Pas tak boleh ngam!
"Habis, apa ketetapan agenda kita yang pertama ni, Pak Nawi?" aku tanya Pak Nawi.
"Tukar nama." jawab Pak Nawi. "PAS kena tukar jadi PIS. Baru betul, Parti Islam Semalaysia. 7+9+1=17. 1+7=8.
Ataupun, UMNO kena tukar jadi PEKEMBAR. 75254219.7+5+2+5+4+2+1+9= 35. 3+5=8.
PIS boleh kerjasama dengan UMNO tapi dia akan kena buli sebab nombor UMNO ialah 9.
Kalau PAS nak lead, dia kena minta Umno tukar nama kepada PEKEMBAR. PAS 9, PEKEMBAR 8.
PIS juga boleh bekerjasama dengan PKR, tapi PKR kena lead.Sebab PKR 9, PIS 8.
Tapi kalau PAS dan PKR masing-masing tak mau tukar nama, siap kain kapan la.
OK Mat, lepas asar nanti kita masuk Agenda kedua." Pak Nawi menangguhkan mesyuarat.
0 comments Labels: bloggers united, minda rakyat, PAS, UMNO
Wednesday, July 9, 2008
PROTES 6.7.08 : Pengalaman Penulis
Heboh satu negara diatas insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta RAKYAT Turun. Ramai yang menelefon, mengemail dan sms saya tentang insiden tersebut. Ada yang bersimpati, ada yang marah dan ada yang memberikan pandangan mereka.
Kepada semua, saya mengucapkan terima kasih. Dalam posting kali ini, saya akan menjelaskan tentang insiden yang berlaku pada Protes Sejuta RAKYAT Turun dari pandangan dan kacamata saya selaku salah seorang penganjur.
Sebelum membicarakan tentang insiden tersebut, saya ingin menceritakan juga tentang apa yang berlaku sebelum perhimpunan tersebut berlangsung.
Umum telah mengetahui, jawatankuasa PROTES pada awalnya berniat untuk menganjurkan protes harga minyak pada 12 Julai 2008 di KLCC. Tetapi diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tarikh dan tempat terpaksa ditukar dan akhirnya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 6 Julai 2008.
Pertukaran tempat dan masa telah menyebabkan banyak kesukaran berlaku. Tidak dinafikan juga ramai yang marah kepada kami selaku penganjur program. Akan tetapi, diatas sebab “kepentingan negara” dan ingin memuaskan hati semua pihak, kami tetap tegas untuk berpindah ke Stadium Kelana Jaya.
Perlu diingatkan bahawa Gabungan Protes terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Saya bersama-sama dengan Gabungan Protes diatas kapasiti saya sebagai wakil NGO dan penulis bebas.
Oleh kerana tujuan Gabungan Protes ialah menentang kenaikkan harga minyak, saya dan beberapa orang teman-teman bersama dengan Gabungan Protes.
Berbalik kepada insiden yang berlaku semasa perhimpunan Protes Sejuta Rakyat turun berjalan.
Dalam isu ini saya mengambil sikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pada pandangan saya masalah timbul oleh kerana “pertembungan diantara dua budaya”.
Ketika kejadian berlaku, saya berada diluar stadium. Saya meninggalkan stadium sebelum kumpulan Carburetor Dung memulakan lagu terakhir mereka yang bertajuk “Mari nyanyi menjilat”.
Saya keluar meninggalkan stadium kerana terlalu haus dan ingin ke gerai jualan untuk membeli minuman. Sedang saya berjalan-jalan melihat gerai jualan diluar, saya terdengar bunyi kecoh dan riuh. Tanpa berlengah, saya terus berlari masuk kedalam stadium dan menyaksikan keadaan sudah kecoh dan riuh.
Saya terlihat Alak, penyanyi Carburetor Dung dan seorang lagi anak muda dikerumuni oleh sebahagian hadirin yang berbaju merah dan biru dipukul dan diludah dan dibawa keluar stadium.
Saya yang tidak faham apa yang berlaku terus berlari kearah Alak dan temannya yang dikerumuni oleh berpuluh orang pemuda yang berbaju merah dan biru.
Alak dan temannya dibawa masuk kedalam stadium. Joe Kidd, Bullet dan pemain bass Carburetor Dung telah pun dikawal oleh Skuad AMK. Alak dan seorang lagi teman diletakkan bersama dengan teman-teman Carburetor Dung yang dikawal oleh Skuad AMK.
Selepas diberi jaminan oleh Shamsul Iskandar bahawa Skuad AMK akan memastikan keselamatan kumpulan Carburetor Dung, saya berlari kearah pentas ketika Hishamuddin Rais memberikan pidato untuk mengambil tanggungjawab diatas kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada hadirin diatas apa yang berlaku.
Saya membawa Hishamuddin Rais keluar dengan kereta saya. Dalam perjalanan membawa Hisham keluar dengan dengan kereta, seorang provokator menghentam cermin belakang kereta saya sehingga retak. Begitulah serba sedikit kejadian tersebut yang saya saksikan.
Lihat video dari Malaysiakini:
Selepas menonton video dari Malaysiakini, saya lebih jelas mengenai apa yang berlaku. Pertembungan budaya yang saya maksudkan diatas ialah pertembungan diantara anak muda muzik underground dan penyokong Pakatan yang majoritinya daripada PAS.
Daripada video diatas jelaslah bahawa Alak, penyanyi kumpulan Carburetor Dung tidak memahami “crowd” atau hadirin di Stadium Kelana Jaya.
Selain daripada itu, Carburetor Dung juga gagal menarik penyokong-penyokongnya untuk bersama-sama menyertai Protes Sejuta Rakyat Turun. Ini telah menyebabkan majoriti hadirin yang dari latarbelakang yang berbeza tidak faham dan tidak mengerti gaya bentuk persembahan mereka.
Pada saya, jika Alak bijak dan memahami latarbelakang hadirin, insiden kekecohan tersebut tidak akan timbul. Isu pakaian dan rambut panjang tidak timbul dalam perkara ini. Masalah sebenar ialah sikap Alak sendiri yang tidak pandai menilai penonton.
Cuba kita lihat satu contoh. Rahmat Haron seorang penyajak turut serta membacakan puisinya dan menyanyikan lagu. Walaupun Rahmat berambut panjang ala “Bob Marley” dan “bertatu”, dia diterima oleh penonton ketika membuat persembahan. Malahan penonton turut bersama-sama menyanyikan lagu Rahmat ketika beliau membuat persembahan.
Anggota Carburetor Dung yang lain seperti Fendi, Joe Kidd, Bullet pemain bass kumpulan tersebut tidak dilihat menimbulkan masalah. Mereka dilihat lebih matang dan memahami “crowd”.
Tidak hairanlah jika ada pihak menganggap Alak ialah “agen provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional.
Disatu sisi yang lain, saya menentang dan tidak bersetuju dengan cara penyokong Protes yang tidak berpuas hati menangani insiden ini. Tindakan memukul, maki hamun dan meludah Alak dan temannya bukanlah satu tindakan yang waras.
Tindakan ini tidak ada bezanya dengan tindakan jahat polis dan SB yang mengendalikan perhimpunan aman. Jika kita menentang keganasan polis, kita juga harus menentang tindakan segelintir hadirin yang memukul dan meludah Alak dan kumpulan Carburetor Dung. Jika begini tindakan yang diambil apabila berhadapan dengan perbezaan, Malaysia belum layak untuk berubah.
Hegemoni Umno/BN dan polis masih lagi kuat dikalangan masyarakat kita.
Saya sendiri melihat salah seorang yang paling bersemangat memukul Alak dan kumpulan Carburetor Dung ialah seorang pemuda berkepala botak, berbaju putih dan memakai seluar pendek. Sepanjang pengalaman saya melibatkan diri dengan gerakan Reformasi semenjak 1998, belum pernah lagi saya melihat penyokong Reformasi dan Pakatan memakai seluar pendek semasa menghadiri perhimpunan.
Saya percaya lelaki tersebut ialah agen “provokator” yang diupah oleh Umno dan Barisan Nasional bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Protes. Yang menyedihkan lagi apabila sebahagian penyokong-penyokong Protes terpengaruh dengan provokasi dari lelaki tersebut.
Dalam isu ini, kedua-dua pihak bersalah! Alak yang tidak memahami “crowd” dan segelintir penyokong Protes yang tidak waras!
Wednesday, June 18, 2008
Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia
| | | |
| Oleh Mohd Sayuti Omar | |
| Selasa, 17 Jun 2008 | |
| KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara. Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya. Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50. Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat. Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat. Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia. Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia. Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur. Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno. Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja. Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno. Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas. Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap. Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim. Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu. Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno. Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno. Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri. Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat. Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN. Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya. Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat. Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah. Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib. Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib. Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas. Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin. Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin. Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno. Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah. Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim. Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum. Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu. Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib. Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno. Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu. Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran. Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN. Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu. Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik. Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja. |
0 comments Labels: klpos, minda rakyat
Sunday, June 15, 2008
Jangan biarkan "Singapura dapat tanah"
Utara online
Oleh Roslan SMS
Kisah 60 orang delegasi diketuai ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkunjung ke Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km dari pantai Pontian mendapat liputan hampir semua akhbar tempatan hari ini. Ahmad Maslan mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri telah bersetuju membangunkan pulau tersebut bagi tujuan "eco-tourism".
Tidak seperti Pulau Batu Putih, pulau seluas 178.4 hektar ini terletak dalam wilayah Malaysia. Tetapi yang anehnya atas faktor sejarah di puncak pulau ini terbina sebuah rumah api, setinggi 53meter iaitu 1,000m atas paras laut.
Rumah api ini sejak tahun 1900, melalui perjanjian antara Almarhum Sultan Ibrahim Johor dan penjajah British, diuruskan oleh Singapura kini melalui Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura atau Maritime and Port Authority of Singapore dengan beberapa orang kakitangan tetap warga Singapura.
Berikutan peristiwa tergadainya Pulau Batu Putih ketangan Singapura, saya kira sudah sampai masanya Malaysia mengambil-alih sepenuhnya rumah api berkenaan. Singapura sudah punya rumah api di Pulau Batu Putih yang kini milik mereka, apa perlunya mereka berada di atas bumi kita lagi?
Gambar The Star.com
Mungkin perkara ini melibatkan banyak urusan pentadbiran, "paper work" dan seumpamanya, apa pun demi kewibawaan, kedaulatan dan maruah negara, kita perlu segera mengusahakannya. Kalau Tentera Udara Australia (RAF) dahulu yang berpengkalan di Butterworth boleh kita halau pulang, dan begitu juga Carcosa yang diserahkan kepada Britain kita ambil kembali, saya tidak nampak apa masalahnya kalau kita mahu halau Singapura keluar dan ambil alih rumah api berkenaan.
Jangan sampai kata orang, "Belanda dapat tanah", hari ini Pulau Batu Putih esok habis dengan Pulau Pisang dan yang lain yang berdekatan semua dituntutnya. Hubaya-hubaya, "Singapura dapat tanah"!
1 comments Labels: minda rakyat, Utara Online
Monday, June 2, 2008
Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dibawa ke Parlimen
AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.
Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara.
Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada parlimenpakatanrakyat@gmail.com
Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:
- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)
- alamat dan no telefon
- Ahli parlimen di kawasan anda
0 comments Labels: minda rakyat, Pakatan Rakyat, parlimen, suara keadilan
Saturday, May 31, 2008
Mat Ezam bukan pengkhianat
| Malaysiakini |
| Hishamuddin Rais | May 29, 08 4:57pm |
| Saya cukup hairan dan marah apabila ada pihak yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat - bukan kerana saya hendak membodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation. Sesiapa yang hairan atau terperanjat, mereka adalah ahli-ahli politik poyo - ngok tidak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin. Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya. Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu diceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme. Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah pilihanraya umum ke-12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam. Tindakan ini bukan khianat namanya. Ia garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar daripada Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong golongan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian daripada iman. Yang sebahagian lagi iman kita, berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya. Saya memungut hadis sahih ini daripada Ibnu Iwana al-Kantoli daripada kitab al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting. Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih kurang jelas? Kalau masih ada mereka yang tidak faham, maka mengikut kitab al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergolong kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan. Bayangkan, tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia. Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Topang pembawa rebahnya. Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation, Mat Dolah dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun barisan mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah - inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas. Di luar gerombolan ini, ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang disalak Mahafiraun. Tentang Mahafiraun ini, Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah, ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat daripada Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati. Saya cukup marah apabila menerima SMS yang cuba menghina Mat Ezam. SMS ini cuba menuduh Mat Ezam sama seperti Raja Katak. Tanggapan ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Dua perkara ini jauh bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi, tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas. Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisis politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya, konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam. Saya juga difahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar, kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Saya difahamkan, Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari sewaktu Mahathir menangis dahulu. Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini berisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada suatu ketika dahulu. Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam inspektor Jacques Clouseau dulu, dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam, tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang membeli-belah dengan Dotty di Paris. Dari mulut Mat Ezam sendiri, saya telah diberitahu bahawa video ini telah dirakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam, saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris, wallah hu a'lam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apakah hubungan Mat Ezam dengan KGB ini, saya sendiri pun tidak pasti. Tetapi menurut Mat Ezam, ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk disimpan dengan selamat. Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam? Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum diaudit? Pasti menggigil colinya nanti apabila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat Ezam - dia bukan Kancil, dia Wira. Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai, ditinggalkan - tindakan ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah dipakai, kita kena bayar. AMK telah murtad terhadap ketua mereka. Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli AMK yang akan berduyun-duyun mengikut Mat Ezam. Tetapi keadaan ini tidak berlaku. AMK telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden mereka yang keluar daripada gerombolan. Mat Ezam terkontang-kanting dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akhbar. Kenapa Mat Ezam yang Wira (bukan Kancil) dilupakan. Apa punya turrr AMK ini! Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan membuka cerita tentang strategi perjuangan PKR - inilah modal cari makan Lokman Adam. Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation, ke mana agaknya Lokman Adam mahu cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama? Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali, cari makan sama-sama agar sorro tidak miss. Kelentong ke hulu kelentong ke hilir Mat Ezam mencegah rasuah Hujah dahulu hujah lendir Kini Mat Ezam dah pandai rasuah |
0 comments Labels: Ezam, malaysiakini, minda rakyat
