Utara OnlineLaporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-
“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”
Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-
1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.
...Penulis adalah peguam untuk Datuk Seri Nizar untuk kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber
Saturday, April 4, 2009
TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak
0 comments Labels: bohong rakyat, penjelasan isu, TV3, Utara Online
Sunday, September 28, 2008
Cubaan Boikot Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri PPinang gagal.
utara online Usaha pihak pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah untuk gagal program majis berbuka puasa YAB Lim Guan Eng telah dikesan pada awal pagi oleh Ajk Pas Kawasan Bukit Bendera dan usaha telah dibuat oleh PAS Kawasan Bukit Bendera untuk maklumkan kepada pihak pengurusan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Notis surat pemberitahuan program berbuka puasa telah dibuat oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 YB.Mohd Fairus Khairuddin kepada pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah telah diberi awal dan pihak masjid juga telah umumkan perkara program tersebut kepada penduduk sebelum sembahyang Jumaat yang terdahulu . Amat memalukan pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah gagal melaksanakan tangjungjawab tersebut sedangkan program berbuka puasa bersama Ketua Menteri di masjid-masjid seperti masjid Melayu Lebuh Acheh ,Masjid Hashim Yahya Jelutong dan lain-lain masjid mendapat kerjasama erat dari pengurusan masjid masing-masing. Akhirnya program itu berjaya diadakan juga apabila setelah diserahkan kepada PAS Bukit Bendera oleh pihak kerajaan Pulau Pinang . Sambutan amat luar biasa ramai penduduk keluar hadir berbuka puasa dan bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang.Bukan sahaja dari kalangan umat Islam yang hadir tapi kalangan rakyat bukan beragama Islam turut hadir menjayakan program tersebut. Seramai lebih 300 orang telah hadir secara tidak langsung UMNO gagal baikot kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Dalam ucapan YAB Lim Guan Eng bertegas mahu program Ramadham lain tahun seperti ini diteruskan dan usaha kerajaan sekarang mengurang atau sifar miskin tegar di Pulau Pinang sedang diusahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Semperna program beberapa pimpinan kerajaaan dan wakil PAS telah berucap dalam program tersebut.Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera,Adun Tanjung Bungah,Pegawai Daerah Timur Laut,Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang,Ahli Majlis MPPP dan PAS Bukit Bendera. Hadir sama pada dan menjayakan program tersebut JKKK Tanjung Bungah,JKKK Batu Feringgi,JKKK Tanjung Tokong,Persatuan Penduduk Pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah,PKR,DAP dan penduduk setempat . Pada program tersebut derma kilat telah dikutip membantu mangsa kebakaran Puan Shulimah binti Mat Isa dimana rumahnya di Batu Feringgi telah terbakar pada 23 Sept 2008 ditaksirkan kerugian sebanyak RM 40,000 .Segala sumbangan tak seberapa ini untuk meringankan beban tersebut telah disampaikan oleh Adun Tanjung Bungah YB.Teh Yee Chee kepada mangsa kebakaran.
Oleh Saiful Lizan Hj Mohd Yusoff
Tanjung Bungah 26 Sept :- Usaha untuk mengagalkan majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng di Masjid Terapung Tanjung Bungah pada 25 Sept.2008 gagal dicapai oleh pihak pengurusan masjid dan UMNO bahagian Bukit Bendera.
0 comments Labels: KM PPinang, Utara Online
Monday, July 7, 2008
Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.
Utara Online Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar -- Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)
Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.
Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.
Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?
Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?
Akuan Berkanun Raja Petra Raja Kamaruddin menyatakan Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika mayat Altantuya diletupkan. Jika benar, mengapa Rosmah perlu berada di situ?
Akuan Berkanun P. Bala menyatakan Menteri Pertahanan Najib Razak pernah meniduri dan meliwat Altantuya (Akuan ini dipinda). Jika tidak benar, mengapa Najib tidak berani menjawab hubungannya dengan wanita Mongolia itu?
Tujuan Altantuya mengembara dari jauh datang ke Malaysia. Menurut Akuan Berkanun P. Bala, Altantuya mahu mendapatkan wang imbuhan USD 500 000 seperti yang dijanjikan semasa menguruskan transaksi pembelian kapal selam.
Altantuya bukan datang sebagai seorang pelancong. Dia mempunyai agenda lain ketika bertandang ke sini.
Menteri Pertahanan, Najib Razak, meniduri dan meliwat, Aminah Abdullah, berkahwin, Razak Baginda, pembelian kapal selam, USD 500 000, mengandung?, Rosmah, bom C4.
0 comments Labels: Altantuya, najib razak, Utara Online
Jika Paklah Kekal Memerintah Beberapa Bulan lagi, Ekonomi Malaysia Merudum
Utara Online Semalam pasaran indeks saham Kuala Lumpur ditutup paling rendah dalam satu tahun selepas pada hari sebelumnya pasaran saham malaysia digantung akibat kegagalan sistem komputer berfungsi. Kegagalan tersebut dipercayai akibat dari virus yang dikenali sebagai C4, dalam minggu lepas juga kita mendengar bagaimana kilang Nikko Eletronik menutup operasinya secara tiba tiba yang menyebabkan 1000 pekerja dan melibatkan 1000 keluarga hilang punca pendapatan. Daripada petunjuk ini dapatkah kita bayang apa yang bakal menanti kita 2-3 bulan akan datang? Ditambah keadaan politik dan kacau bilau yang direncanakan sendiri oleh Paklah dan budak tingkat 4. Mereka tidak belajar dari permainan mereka dahulu dalam isu Hindraf. Kini permainan mereka menjerumuskan kita ke arah mebangkrapkan Negara. Selain dari haru-biru Politik, kini ancaman sudah kita dengar dari fenomena ekonomi Global, kisah kelemahan nilai matawang dollar Amerika, soal kenaikan harga minyak dan Perang Amerika Iran hanya menunggu masa dan diramalkan bermula sebelum bulan ramadhan. Tanda tandanya kini diperingkat akhir. Malangnya dalam kita menghadapi situasi sukar ini negara kita mempunyai jeneral yang begitu Bodoh dalam soal ekonomi, perbelanjaan dalam negara kini dalam keadaan teruk, peniaga dalam keadaan tertekan akibat kurangnya kuasa membeli sehingga ke peringkat peniaga gerai makan sudah merungut kerana rakyat sudah mulai berjimat dalam soal makan. Apakah anda tidak nampak tandanya kini makin dekat? Bayangkan dalam keadaan kakitangan kerajaan yang mengalami kenaikan gaji sehingga 40% tetapi perbelanjaan negara sama seperti negara miskin. Apa sudah jadi? Gaji naik tapi nak makan masih tak cukup. Usah cerita soal nak renovate rumah atau beli kereta baru lebih parah lagi polisi yang membenarkan kakitangan Kerajaan berniaga. Kerajaan makin bingung. Inilah PM paling bodoh pernah saya lihat. Tidak cukup dengan itu, polisi bagi kakitangan awam pencen di umur pada umur 58 akan memberi kesan 30ribu peluang pekerjaan bagi lepasan universiti . Apa sudah jadi? Simen , besi semua ikut harga pasaran, kini banyak dari projek yang siap 50% terpaksa dihentikan akibat kenaikan barang pembinaan, malah Paklah terpaksa bentang tambahan 30 billion hanya untuk menggerakan projek sedia ada, bukannya melakukan projek baru. Manakala belanja pengurusan kerajaan meningkat dari tahun ketahun sedangkan produktiviti negara menurun. Tidak lama lagi kita akan mendengar satu persatu Kilang yang beroperasi di malaysia akan mengucapkan "Selamat Tinggal Malaysia" ataupun pelabur ini akan lari malam seperti yang dilakukan kilang Nikko Elektronik. Bayangkang andai 10 Kilang lagi memberhentikan operasinya dan setiap kilang mempunya 1500 pekerja, ia akan mengakibatkan 15000 keluarga hilang pendapatan. Maknanya mereka akan jatuh miskin. Itu belum dikira kontraktor-kontraktor yang akan mula hilang pendapatan. Projek jambatan Pulau Pinang sahaja belanjanya 5 Billion yang dapat hanya satu syarikat bersama kroninya, sedangkan kontraktor kelas F kini yang berjumlah 40,000pun akan hilang punca pendapatan. Salahnya siapa? Salahnya kita membiarkan orang Bodoh memerintah Negara. Mereka yang diatas hidup senang lenang menyapu semua khazanah negara, rakyat papa kedana. Perdana Menteri jenis bodoh dan kuat tidurnya, malah pergerakannya dikawal si anak menantu. Sampai bila kita harus membiarkan negara kita dibawa ke arah kemiskinan? Persatuan perniagaan Cina kini sudah mula resah. Nahkoda Malaysia terlalu bodoh, pemimpin Umno tidak henti henti memainkan sentimen perkauman. Permainan politik sudah semakin kotor, orang no 1 dan 2 MCA sudah meletak jawatan sebagai mengambil sikap bertanggungjawab manakala pemimpin no 1 dan 2 UMNO kini masih mahu mempertahankan kuasa biarpun negara ini jatuh miskin atau jadi huru-hara. Satu cara nak pertahan kuasa guna cara politik paling kotor. Negara akan terjerumus ke kancah kemiskinan dan kegawatan. Tidak ada lagi cara lain kita mahu menyelamatkan Ekonomi Malaysia, hanya peralihan kuasa dan kepimpinan baru yang mampu menjadi jeneral bagi menghadapi fenomena global dan ancaman ekonomi. Kini tiba masanya pemimpin BN bukan Melayu menyertai Pakatan Rakyat sebagai mengambil rasa tanggungjawab membentuk gagasan baru kepimpinan negara ,membina ekonomi baru yang lebih gemilang. Kalau tidak, bangsa cina yang akan mengalami kesan yang paling teruk andai Paklah terus memerintah negara dalam kebodohannya. Kerana mereka antara kelompok terbesar golongan peniaga. Berfikirlah demi generasi anda. Jika Paklah memerintah 2-3 bulan lagi negara akan menghadapi krisis ekonomi , politik dan juga diheret kepada ketegangan kaum. Bagi rakyat inilah masanya kita mendesak satu perubahan. Demi masa depan kita, Paklah tidak pernah insaf dengan penindasannya kepada Rakyat. Hanya kita punyai kuasa terakhir sebelum Malaysia terjerumus ke kancah kemelesetan Ekonomi dan akhirnya jatuh miskin. Andai suatu masa nanti bila kita hanya bergantung kepada minyak di kala ekonomi dan perindustrian kita sudah mati. Jadilah kita seperti Nigeria dan Sudan, negeri yang ada hasil minyak yang banyak tetapi rakyatnya miskin. "Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan" AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! - Reformis Muda
AWAN TETAP LAWAN
2 comments Labels: ekonomi, Pak Lah undur, Utara Online
Perhimpunan Protes: Sekatan dan dakwaan batal bantut sasaran 1 juta
Utara Online Selain itu ada juga yang menganggap pertukaran lokasi beberapa kali dalam tempoh singkat turut menjadi faktor yang menjadikan sasaran penyertaan rakyat jauh menyimpang ditambah lagi kontroversial penarikan diri 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan ini. Ketika ini, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang mewakili negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sedang menyampaikan ucapan masing-masing manakala Perak dan Kelantan diwakili Datuk Nga Kor Ming dan Datuk Husam Musa. Dalam hal ini, kita tidak harus menyalah atau menunding jari kepada pihak Protes semata-mata kiranya sasaran yang diharapkan gagal dicapai angkara halangan-halangan kecil ini kerana setiap persiapan kearah itu giat dijalankan setiap hari termasuk roadshow dan majlis penerangan di seluruh negara.
PERHIMPUNAN Aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang sedang hangat berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya dijangka tidak mampu memenuhi sasaran penyertaan seramai satu juta rakyat.
Ini berikutan tindakan pihak polis mulai semalam telah mengadakan sekatan jalanraya dan membuat pemeriksaan setiap kenderaan bukan sahaja yang memasuki kawasan susur masuk stadium berkenaan tetapi juga turut melibatkan jalan-jalan negeri .
Perkara ini didedahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Protes termasuk penyelarasnya, Dr Hatta Ramli yang melihat lima sekatan diadakan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai.
0 comments Labels: perhimpunan rakyat, polis, Utara Online
Saturday, June 28, 2008
Kuwait minat bina hospital Islam di Kedah
0 comments Labels: kedah, projek rakyat, Utara Online
Wednesday, June 25, 2008
Anwar tidak perlu tergesa-gesa, Abdullah yang tertekan sebenarnya
Utara Online Oleh:Mohd Rashidi Hassan Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua bulan lepas, beliau akan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan menjelang 16 September 2008, bermakna beliau mempunyai 'time frame' yang secukupnya. Sejak perisytiharan SAPP untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, media cuba memperlihatkan seolah-olahnya akan berlaku 'havoc' dalam politik negara. Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, cuba 'dilabel burukkan' media, untuk menumbangkan kerajaan BN secara tidak bermoral dan melanggar prinsip demokrasi. Hakikatnya, penubuhan sebuah kerajaan di peringkat Pusat adalah sesuatu yang amat serius. Anwar tidak perlu tergesa-gesa, 'no rushing, no hurry.' Anwar mempunyai 'time frame' yang cukup. Dalam tempoh sekarang hingga 16 September, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Masa secukupnya diperlukan untuk memantapkan kerjasama PAS-KeADILan-DAP sebelum mengundang lain-lain parti atau individu untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal beli membeli, tidak berbangkit soal rasuah. Juga tidak timbul soal pelanggaran undang-undang atau prinsip demokrasi. Lompat parti secara tidak bermoral tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku, ialah 'hijrah'. Penghijrahan akan berlaku dengan kesedaran bahawa Barisan Nasional sudah tidak mampu bertahan dan tidak lagi dipercayai rakyat sebagai sebuah kerajaan. Semuanya, akan berjalan mengikut lunas undang-undang. Kerangka besar dan agenda penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tersedia. Cuma penulis belum berhasrat untuk menghuraikannya sekarang. Insya Allah dalam rencana yang akan datang. Cabaran yang dihadapi Abdullah Fokus penulis kali ini ialah fenomena berbentuk tekanan berat yang dialami oleh Abdullah, selaku PM, Pengerusi BN dan Presiden Umno. Sejak malam 8 Mac lepas hingga minggu lepas, Abdullah terus menerima tekanan, dari dalam Umno khususnya, untuk meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno. Tekanan terbaru ditimpakan oleh perwakilan cawangan-cawangan Umno dengan PM dalam program tertutup anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan baru-baru ini. JASA dikatakan berhubung terus dengan cawangan tanpa melalui Umno Bahagian sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin di peringkat Bahagian dan Negeri. Dalam program itu pun, secara terbuka, tanpa segan silu pemimpin Umno peringkat cawangan, tetap mendesak Abdullah meletakkan jawatan, di sebalik pelbagai alasan kononnya peralihan kuasa kepada Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan dibuat. Ada sumber Umno mendakwa, pada malam pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 12, Abdullah yang berada di PWTC ketika itu, sudah hampir mengaku kalah dan bersedia meletakkan jawatan sebagai memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN. Khabarnya ketika itu, sudah ada arahan kepada Tengku Adnan Mansor untuk membuat draf surat perletakan jawatan beliau. Namun menurut sumber, sebaik ketibaan Kamaludin Abdullah dan Khairy Jamaluddin, keputusan Abdullah sudah berubah. Daripada draf surat perletakan jawatan, diubah kepada surat sokongan Najib terhadap kepimpinannya. Jika maklumat ini betul, kemungkinan keputusan Abdullah mengekalkan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno, lebih didorong oleh kepentingan masa depan politik dan perniagaan anak beranak lebih utama daripada kepentingan Umno serta BN keseluruhannya. Malah Abdullah juga terpaksa berhadapan dengan bantahan, kritikan dan komen-komen negatif terhadap kepimpinannya dari kalangan komponen BN sendiri. Kemelut dalaman Umno yang tiada kesudahan Sejak selepas PRU ke 12, seolah-olah ada 'echo' atau nada serentak Umno di seluruh negara, mendesak Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib serta Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua. Dalam banyak pertemuan yang diadakan, bagi membedah siasat prestasi buruk Umno/BN, seluruh perwakilan Umno menyalahkan kelemahan Abdullah menjadi punca utamanya. Ada yang meminta beliau segera meletakkan jawatan, ada yang memberi tempoh sehingga Disember ini. Tetapi semuanya ditolak Abdullah. Beliau hanya berkata, bersedia membuat peralihan kuasa, tapi tidak terikat dalam jangka masa yang tertentu. Kata Abdullah, serahkan proses peralihan kuasa kepada beliau dan Najib menentukannya. Persoalan sama ada benarkah Najib menjadi pilihan utama sebagai pengganti PM dan Presiden Umno masih diragui ramai orang-orang Umno. Najib yang seolah-olahnya terikat dengan janji tidak akan menentang Abdullah juga tersepit. Tersepit kerana, pertama, tiada tarikh khusus peralihan kuasa akan dibuat. Kedua, kerana banyak rumours mengatakan, menjelang pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian, sudah dilontarkan kepada akar umbi untuk tidak mencalonkan Najib sebagai calon Timbalan Presiden Umno. Orang yang disebut-sebut menjadi 'running-mate' Abdullah ialah sama ada Tan Sri Isa Samad dan Dato' Seri Syed Hamid Albar. Manakala, Muhyiddin yang disebut perwakilan Umno menjadi 'running-mate' Najib, semakin tersisih dari kumpulan Abdullah. Najib secara peribadi mungkin boleh menerima Muhyiddin, tetapi orang-orang Najib belum tentu sedia menerima beliau. Suatu ketika, Abdullah lebih menyukai Muhyiddin daripada Najib. Buktinya Abdullah mengambil masa berbulan-bulan untuk melantik TPM. Keputusannya memilih Najib hanya dibuat selepas pelbagai desakan dibuat pihak tertentu. Masalah Muhyiddin ialah, walaupun selepas PRU ke 12, dilantik ke posisi utama sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau terus menerus membuat kenyataan yang mengkritik Abdullah. Kritikannya yang ditafsirkan sebagai permintaan supaya Abdullah melepaskan jawatan, tiada salahnya. Ia selaras dengan kehendak ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi. Muhyiddin secara terbuka tidak setuju dengan penerimaan kemasukan Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno sebagaimana kehendak Abdullah. Muhyiddin juga secara terbuka menggesa sistem kuota yang diamalkan dalam Umno dihapuskan, atas alasan ianya mendorong kepada rasuah. Sehingga ada sumber mengatakan Abdullah secara terus terang menegur Muhyiddin dan memintanya meletak jawatan sebagai Menteri jika benar-benar hendak melawan beliau. Menjelang pemilihan Umno Disember depan, sudah wujud banyak 'faction' dan 'grouping'. 'Faction' dan 'group' ini tidak akan berdiam diri, mereka akan terus bertembung, pencalonan yang dibuat untuk jawatan-jawatan utama Umno akan menambahkan perpecahan dalaman mereka. Anwar menanti waktu yang sesuai Hakikatnya Umno terus menerus akan dilanda kemelut kepimpinan sejak selepas PRU Mac lepas hingga Disember depan. Malah dijangka selepas Disember depan, jika Abdullah terus kekal, protes terhadapnya tidak akan berhenti. Usaha media cuba mengembar gemburkan persoalan Pakatan Rakyat dan cuba menutup kelemahan besar BN akan menemui kegagalan. Abdullah tertekan untuk mengekalkan jawatan disebalik tekanan meletakkan jawatan dan puak-puaknya mungkin cuba mencari jalan untuk mengetepikan Najib. Najib tertekan kerana jika tidak naik pangkat sekarang, Anwar akan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, peluangnya jadi PM akan terkubur. Di sebalik janji peralihan kuasa oleh Abdullah, Najib juga khabar terpaksa membuat 'silent instruction' kepada penyokong-penyokongnya di peringkat bahagian untuk mencalonkannya ke jawatan nombor satu. Sementara Tengku Razaleigh Hamzah juga tertekan. Usahanya untuk mendapatkan pencalonan dari 58 bahagian masih samar-samar. Bukan sahaja mereka bertiga yang 'eyeing' untuk jawatan PM dan Presiden Umno tertekan, seluruh kepimpinan Umno turut tertekan dengan prestasi buruk parti mereka serta, kemungkinan krisis kepimpinan yang bakal berlaku akibat perebutan jawatan dalam Umno. Masalah Umno tidak ada kena mengena dengan Anwar. Anwar dan Pakatan Rakyat cuma memerhati dan monitor sahaja apa yang berlaku dalam Umno. Anwar tidak perlu tergesa-gesa untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Apa sahaja perbalahan yang berlaku dalam Umno bakal memberikan 'advantage' kepada Anwar. Masanya pasti akan tiba._
0 comments Labels: DSAI, Pak Lah undur, Utara Online
Sunday, June 15, 2008
Jangan biarkan "Singapura dapat tanah"
Utara online
Oleh Roslan SMS
Kisah 60 orang delegasi diketuai ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkunjung ke Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km dari pantai Pontian mendapat liputan hampir semua akhbar tempatan hari ini. Ahmad Maslan mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri telah bersetuju membangunkan pulau tersebut bagi tujuan "eco-tourism".
Tidak seperti Pulau Batu Putih, pulau seluas 178.4 hektar ini terletak dalam wilayah Malaysia. Tetapi yang anehnya atas faktor sejarah di puncak pulau ini terbina sebuah rumah api, setinggi 53meter iaitu 1,000m atas paras laut.
Rumah api ini sejak tahun 1900, melalui perjanjian antara Almarhum Sultan Ibrahim Johor dan penjajah British, diuruskan oleh Singapura kini melalui Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura atau Maritime and Port Authority of Singapore dengan beberapa orang kakitangan tetap warga Singapura.
Berikutan peristiwa tergadainya Pulau Batu Putih ketangan Singapura, saya kira sudah sampai masanya Malaysia mengambil-alih sepenuhnya rumah api berkenaan. Singapura sudah punya rumah api di Pulau Batu Putih yang kini milik mereka, apa perlunya mereka berada di atas bumi kita lagi?
Gambar The Star.com
Mungkin perkara ini melibatkan banyak urusan pentadbiran, "paper work" dan seumpamanya, apa pun demi kewibawaan, kedaulatan dan maruah negara, kita perlu segera mengusahakannya. Kalau Tentera Udara Australia (RAF) dahulu yang berpengkalan di Butterworth boleh kita halau pulang, dan begitu juga Carcosa yang diserahkan kepada Britain kita ambil kembali, saya tidak nampak apa masalahnya kalau kita mahu halau Singapura keluar dan ambil alih rumah api berkenaan.
Jangan sampai kata orang, "Belanda dapat tanah", hari ini Pulau Batu Putih esok habis dengan Pulau Pisang dan yang lain yang berdekatan semua dituntutnya. Hubaya-hubaya, "Singapura dapat tanah"!
1 comments Labels: minda rakyat, Utara Online
Harga Minyak Dan Kerajaan BN tahi minyak
Utara Online
Oleh YB Hj Mahfuz Omar
KENAIKAN harga bahan api secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan minggu lepas bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbul persoalan di benak rakyat apakah wajar kenaikan ini berlaku. Semua rakyat tahu tentang kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong. Tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan kenaikan ini.Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan tentang rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda.
Yang anehnya, para menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak. Menteri Pengajian Tinggi misalnya menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi. Benar atau tidak itu soal kedua. Yang penting rakyat harus diberitahu bahawa Negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini. Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.
Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurang subsidi besar-besaran. Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak. Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam Negara adalah merupakan minyak yang diimpot dari luar Negara yang mana kualitinya rendah dan harganya lebih murah iaitu USD 135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh Negara kita iaitu USD 145 setong.
Hakikat ini telah diakui sendiri oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan Negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita. Jika kita mengandaikan Negara kita memperolehi tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM 14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 26 bilion. Ini membuktikan bahawa Dato’ Shahril Abd Samad berbohong kepada rakyat mengenai kerajaan tidak mendapat keuntungan daripada pengstrukturan semula harga minyak.
Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.
Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan Negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi. Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro. Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh. Mengapa kita harus terus terikat dengan Dollar sedangkan mata wang itu semakin lemah hari ini. Dahulu pemimpin BN menuduh pemimpin PR di Perak tidak tahu mencari wang sebagai pendapatan kerajaan, hari ini kerajaan BN mengambil kesempatan untuk menindas rakyat, bukannya mencari alternatif pandapatan bagi membela kepentingan rakyat.
Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing. Pendapatan mereka telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai ‘tuan punya’ minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu. Sama ada harga syiling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.
Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukaikan ia akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita. Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD 7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.
Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula pembelanjaan negara dengan mengurangkan defisit. Mengapa kita takut untuk melakukan satu reformasi terhadap kewangan Negara berasaskan sumber kekayaan yang begitu besar. Kekayaan hasil minyak adalah milik rakyat, dan ia harus ditadbir dengan berkesan supaya rakyat memperoleh manfaatnya, bukannya terpaksa hidup dalam ketakutan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Kita boleh terima jika harga beras terpaksa naik kerana kita mengimport beras. Tetapi kita adalah pengeksport minyak, maka mengapa rakyat terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak.
Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidi rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan. RM 2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat. PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat. Dan RM 2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperolehi RM 74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara asia sahaja termasuklah ke Mongolia, Jepun, Dubai dan sebagainya, sudah tentunya sejumlah wang rakyat akan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup. Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion. Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku. Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi.
Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2000 liter petrol setahun dengan pandapatan perkapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja. Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan perkapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukan 0.78 peratus daripada pendapatan perkapita untuk membeli petrol.
Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebet sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ianya hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain. Lagipun pembayaran ini hanya sehingga Mac 2009. Yang kita nampak ialah pembayaran rebet ini akan menguntungkan Pos Malaysia sebagai syarikat pembayar kerana mereka boleh meniagakan wang tersebut sebelum pembayaran dibuat. Mengapa Pos Malaysia? Adakah kerana ECM Libra mempunyai kepentingan di dalamnya?
Apapun beban yang rakyat tanggung, sepatutnya seluruh rakyat patut berterima kasih kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno/BN kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak. Mungkin jika mereka tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya pun menarik diri dari Umno, mungkin Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini. Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini.
YB Tuan Hj Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena
Friday, May 30, 2008
Isyarat kuat – UMNO bergolak
Utara Online UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah. Adakah ini impak yang dimahukan? UMNO semakin parah UMNO akan menjadi semakin parah dan sekiranya reformasi dalam UMNO gagal dijalankan maka UMNO akan hanya tinggal kenangan. Persoalannya apa kah bentuk perubahan dan reformasi ini yang mampu dijalankan untuk mengembalikan kedudukan UMNO? Mungkin hanya ada satu cara – yakni kemunculan kepimpinan yang berani untuk mengubah dan mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan atas kepentingan UMNO. Tapi siapa? Siapakah yang berani bangkit memaklumkan kepada Pak Lah bahawa sekiranya Pak Lah tidak melepaskan jawatan maka UMNO akan merudum dan terus terkubur. Setakat ini tidak ada ura-ura akan ada yang berani ke hadapan menasihati Pak Lah mengenai isu ini. Nampaknya semua masih diam dan hanya menunggu peralihan kuasa yang tidak akan terjadi tanpa tindakan drastik ahli parti. UMNO terus dilanda malang. Kedudukan UMNO dan Barisan Nasional semakin mengecil dalam arena politik tanah air dan sekiranya ini berterusan maka tidak mustahil UMNO dan Barisan Nasional akan lenyap pada PRU 13 nanti. Sejujurnya tindakan Mahathir akan memberi impak kuat kepada UMNO. Sokongan terhadap beliau ada dan tindakan ini pasti akan menyulitkan kerajaan memerintah khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin Pak Lah perlu menimbangkannya Mungkin kedudukan UMNO yang ada hari ini memerlukan tindakan drastik Pak Lah untuk melepaskan jawatannya. Mungkin ini jalan terakhir atau mungkin ini penghujung karier politik Pak Lah. UMNO sendiri sebenarnya sudah banyak berbelah bagi dengan sokongan terhadap Pak Lah dan Mahathir. Malangnya kedudukan parah ini tidak dihiraukan oleh ahli UMNO secara serius. Ahli UMNO terus selesa dengan Barisan Nasional memegang kerajaan sungguhpun hilang 2/3 majoriti. Keadaan ini seakan tidak membimbangkan mereka kerana pada mereka kepimpinan UMNO akan menyelesaikannya. Mereka lupa bahawa penyelesaian sebaik-baiknya datang dari ahli dan ahli sepatutnya menentukan apa yang terbaik untuk UMNO dan menolak mereka yang akan menjadi liabiliti dalam UMNO. Bagaimana? Setakat ini kepimpinan UMNO adalah harapan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun mungkin seorang kepimpinan dalam MT sepatutnya bangkit untuk menyuarakan kedudukan parti di bawah pemerintahan Pak Lah dan remedi yang perlu diambil segera. Mungkin kepimpinan yang ada sekarang adalah Najib – untuk memulakan langkah berani bagi mengubah keadaan UMNO yang sedang semakin nazak. Mungkin ini satu langkah awalan yang perlu diambil oleh Najib. Bagaimana pun ada yang menasihati, Pak Lah kaji semula dan kalau ramai antara kita ahli UMNO yang mula mendesak peletakan jawatan, maka timbanglah. UMNO semakin parah.
Oleh UMNO-ReformAdakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya.
Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini.
Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan kritikal buat UMNO.
0 comments Labels: UMNO haprak, Utara Online
Monday, April 21, 2008
2 pimpinan PAS negeri jadi ahli majlis MPPP dan MPSP
0 comments Labels: PAS, PR Pulau Pinang, Utara Online