+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

PKR JUGA MENANG DI BUKIT SELAMBAU

misbahulmunir

PKR : 11157
BN : 9390
BEBAS : 1762
MAJORITI : 1186


TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Read More...

Sunday, March 1, 2009

Publisiti murah,kebudak-budakan Pemuda Umno Kedah

Harakahdaily


Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.my

Sun | Mar 01, 09 | 5:46:15 pm MYT

ALOR SETAR, 1 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya.

"Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini.

"Mungkin dia jumpa (nota tersebut) di pasar orang buang, dia ambik, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'mala fade', dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tunku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegasnya sambil menyindir pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini semalam.

Disoal media kemungkinan pihak tersebut mempunyai agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan itu.

"Kalau tak ada agenda dia buat untuk apa? Mesti ada agenda. Cari modal lainlah. Dia buat bising-bising macam tu yang untung kerajaan, orang simpati kepada kerajaan.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), Kedah saja TV3 layan lagi, tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," ujar beliau membidas stesen penyiaran tersebut.

Ditanya sama ada pihak istana memanggil beliau mengadap untuk menjelaskan perkara itu, Ustaz Azizan menegaskan bahawa tidak perlu untuk Tuanku Sultan memanggil beliau mengadap kerana beliau sendiri setiap minggu akan menghadap Tuanku Sultan.

"Tuanku tak perlu panggil mengadap, saya mengadap Tuanku tiap-tiap minggu. Baru ni saya mengadap Tuanku, saya sembang Tuanku senyum saja. Saya mengadap Tuanku setiap minggu, sebelum mesyuarat Exco. Baru ni saya mengadap Tuanku nak cerita tentang pelantikan Exco 3 Mac ini.

"Jadi sembang biasa, Tuanku pun (kata) "biasalah" Tuanku kata. Tuanku pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh, Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah, budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" tegas beliau menyebabkan sidang medianya itu diliputi gelak ketawa. - mks. _

Read More...

Saturday, November 22, 2008

Sistem tertutup ternakan babi di Kedah

Malaysiakini

Nov 21, 08 6:37pm

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kedah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya membina kawasan ternakan babi termoden dengan menggunakan sistem ladang tertutup di negeri ini.

Pengarah jabatan itu Dr Abdul Razak Zailan berkata sistem ladang tertutup itu adalah sistem sehenti bagi projek pembiakan, penggemukan, penyembelihan, dan pembekuan daging babi.

Menurut agensi berita Bernama, beliau berkata menerusi sistem itu, daging babi yang keluar dari ladang termoden itu adalah daging yang telah dibeku dan siap dibungkus.

"Jadi tidak ada lori yang membawa haiwan hidup atau daging basah dari ladang itu," katanya hari ini.

moden pig farming 080408Beliau berkata air kumbahan dari ladang itu pula akan dikitar semula
selepas ditapis dan dirawat untuk digunakan semula di ladang itu.

Dr Abdul Razak berkata najis babi pula sentiasa dikeringkan dengan sistem keberkesanan mikro organisma dan tidak akan diganggu masalah lalat.

Beliau berkata jabatan itu akan segera berbincang dengan exco pertanian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai iaitu jauh dari penempatan penduduk bagi pembukaan ladang berkenaan.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri membatalkan cadangan pembinaan sebuah pusat ternakan babi termoden di Bukit Selambau atas nasihat jabatan haiwan ekoran kawasan itu tidak lagi sesuai atas faktor alam sekitar dan jumlah penduduk yang ramai.

Cadangan pembinaan pusat ternakan babi itu diluluskan kerajaan negeri pada Disember lepas.

Read More...

Nik Aziz enggan campur tangan isu ladang babi di Kedah

Mstar Online

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.

"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-kecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.

"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.

Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.

"Tentera berhak bersuara dalam Parlimen berhubung sesuatu isu berkaitan dan saya rasa atas faktor itulah wakil daripada kalangan mereka diperlukan dalam Parlimen," katanya. BERNAMA

Read More...

Penduduk bantah buat ladang babi


PENDUDUK mengadakan bantahan secara aman di Sungai Petani semalam
mengenai hasrat kerajaan Kedah mewujudkan projek ladang babi moden di negeri itu.


SUNGAI PETANI - Kira-kira 100 penduduk sekitar daerah ini dan Baling berkumpul bagi membantah isu ternakan ladang babi di negeri ini.

Mereka berhimpun secara aman yang turut disertai Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Petani dan Baling serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Melayu sekitar daerah Kuala Muda.

Perhimpunan di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu antara lain meminta kerajaan Kedah melupakan hasrat membuka ladang babi itu di mana- mana tempat di negeri ini kerana ia tidak sesuai diternak dalam lingkungan masyarakat yang rata- ratanya beragama Islam.

Antara NGO yang turut serta ialah Persatuan Belia 4B Negeri Kedah, Yayasan Sungai Petani dan Kelab Rakan Muda Sungai Petani.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah yang juga jurucakap dalam perhimpunan itu turut membidas tindakan Pas yang beria mahu mewujudkan projek ladang babi di Kedah dan ia jelas tidak menghormati rakyat khususnya umat Islam.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensitiviti masyarakat terutama orang Melayu sebelum membuat sebarang kelulusan mengenainya.

"Walaupun kerajaan negeri semalam mengumumkan ladang babi moden secara berpusat tak akan dibuka di Bukit Selambau, namun majoriti orang Melayu tetap tolak.

"Tak kira sama ada di Bukit Selambau mahupun tempat lain di Kedah, kita tetap bantah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah mengambil kira beberapa aspek teknikal.

Kata Mohd. Khairul, pihaknya tidak mahu Kedah, negeri yang majoriti rakyatnya beragama Islam digelar sebagai antara negeri utama penternakan babi negara.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Petani, Azhar Mahmud menegaskan, keputusan kerajaan Kedah yang tetap mahu meneruskan projek itu di lokasi lain di negeri ini tetap tidak boleh diterima.

Read More...

Saturday, July 12, 2008

Koleksi Video - TV3 siar berita kutip tepi jalan....

PEMBOHONGAN TV3 MENGHINA ISTANA KEDAH



TV3 Memfitnah Kerajaan dan Sultan kedah



Buletin Utama semalam menyiarkan satu fitnah kononnya kerajaan Kedah melakkan pembaziran dengan menyewa sebuah jet untuk dinaiki ...

Read More...

Saturday, June 28, 2008

Kuwait minat bina hospital Islam di Kedah

Utara Online

Berita
ALOR STAR 16 Jun - Sebuah institusi kewangan dari Kuwait berminat melabur di Kedah terutamanya dalam bidang pertanian dan projek yang melibatkan pembinaan Hospital Islam di sini.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak memberitahu, cadangan pembinaan Hospital Islam di atas tanah milik Yayasan Islam Kedah itu menarik perhatian Kuwait Finance House yang sedang mencari pelaburan di negeri ini.

''Dalam perjumpaan dengan mereka, kerajaan negeri tawarkan banyak pelaburan di negeri ini dan mereka nampak berminat," kata Azizan kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil-wakil Kuwait Finance House di pejabat Menteri Besar di Wisma Darulaman di sini hari ini.


Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan negeri sedang mengkaji lebih mendalam mengenai cadangan pembinaan Hospital Islam dan perbincangan dengan pelabur lain masih berjalan.

Mengenai sektor pertanian, Azizan berkata, firma berkenaan berminat melabur dalam bidang tersebut selaras dengan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi negara itu memasarkan produk melalui rangkaian perdagangannya di beberapa negara termasuk Australia dan China.

''Mereka minat menjadikan Malaysia sebagai hab. Mereka banyak terlibat dalam perlombongan dan pertanian di Australia termasuk penanaman gandum," katanya.

Azizan menjelaskan, kerajaan negeri membuat tawaran kepada firma berkenaan untuk mengatasi masalah pertanian khususnya bagaimana hendak menembusi pasaran antarabangsa.

''Mungkin mereka boleh mencari pasaran di Asia Barat kerana mereka mempunyai rangkaian pemasaran yang lebih baik," tambahnya.

Mengenai dakwaan kes kecurian balak yang semakin menjadi-jadi di Baling, dekat sini, Azizan berkata, kemungkinan balak yang keluar dari hutan mempunyai lesen.

''Jika keluar dari hutan tentu ada lesen kerana kita tidak mendapat laporan daripada Jabatan Perhutanan mengenai kes kecurian balak.

''Saya tidak nafikan mungkin ada kes-kes kecurian tetapi jika ada perlulah dibuat laporan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.-utusan

Read More...

Pemuda MIC Kedah bantah Samy Vellu

Utusan Online


R. NANTHA Kumar (duduk tengah) bersama sebahagian pemimpin Pemuda MIC Kedah yang mengumumkan peletakan jawatan pada sidang akhbar di Kulim, Kedah, semalam.


KULIM 27 Jun – MIC terus bergolak apabila beberapa pemimpin pergerakan Pemuda parti itu di Kedah termasuk ketuanya, R. Nantha Kumar mengumumkan peletakan jawatan mereka hari ini.

Pada masa sama, mereka juga menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC memandangkan kebanyakan masyarakat India kini sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan beliau.

Nantha Kumar, 39, berkata, tindakan itu diambil sebagai membantah tindakan Samy Vellu baru-baru ini yang mengeluarkan arahan kepada Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, S.A. Vigneswaran melepaskan jawatannya dengan alasan melepasi usia 41 tahun.

“Saya dan rakan-rakan iaitu Setiausaha Pemuda MIC Kedah, T.M. Ganesan; Bendahari Pemuda MIC Kedah, M. Selvan dan Ketua Penerangan Pemuda MIC Kedah, S. Somasunther meletak semua jawatan dalam parti.

“Tindakan ini kerana membantah arahan agar Vigneswaran meletakkan jawatan dengan alasan beliau melepasi had umur 41 tahun walaupun penggal jawatan itu berakhir pada tahun depan.

“Kami berpendapat ini adalah satu penghinaan kepada semua perwakilan yang memberikan mandat kepada Vigneswaran untuk memimpin Pemuda MIC dari tahun 2006 hingga 2009,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nantha Kumar mendakwa arahan yang dikeluarkan Samy Vellu itu jelas tidak adil dan dipercayai wujud komplot di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Vigneswaran.

“Sepanjang pengalaman saya selama lapan tahun sebagai Ketua Pemuda MIC Kedah, amalan seperti ini tidak pernah dipraktikkan.

“Ini kerana semua Ketua Pemuda akan dibenarkan melengkapkan tempoh perkhidmatan mereka,” jelasnya.

“Kami ingin minta Samy Vellu supaya berundur dan beri peluang kepada muka baru pimpin parti,” tegasnya.

Tambah beliau, Samy Vellu juga perlu memahami bahawa kemerosotan sokongan daripada masyarakat India terhadap MIC kebelakangan ini disebabkan mereka menolak pemimpin itu.

“Ini terbukti dalam pilihan raya umum lalu yang mana MIC termasuk beliau sendiri kalah teruk,” katanya.

Menurut Exco Pemuda MIC Kebangsaan itu lagi, beliau dan rakan-rakan sanggup dipanggil sebagai penderhaka atas tindakan mereka itu.

“Selepas ini kami yang berstatus ahli biasa sanggup jadi penderhaka kepada presiden tetapi tidak sanggup derhaka kepada parti kerana sayang kepada MIC, kami terpaksa ambil tindakan ini,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada pengurusan parti MIC sudah dimaklumkan mengenai peletakan itu, Nantha Kumar menjelaskan, surat menyatakan hasrat berkenaan sudah dihantar kepada Ibu Pejabat MIC hari ini.

Read More...

Friday, April 4, 2008

Kerajaan Kedah tubuh tabung pelajaran bantu keluarga miskin

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Thu | Apr 03, 08 | 5:19:49 pm MYT

SUNGAI PETANI, 3 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah akan menubuhkan tabung pelajaran sebagai dana bantuan khas terutamanya keluarga yang berada di paras kemiskinan tegar, kata Exco Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah, Abdullah Jusoh.

ImageBeliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan komputer riba kepada 80 pelajar Cosmopoint, Sungai Petani di Swiss Inn pagi tadi.

Jelasnya, kata sepakat penubuhan telah dibuat dalam mesyuarat Exco baru-baru ini namun Menteri Besar, Azizan Abdul Razak belum menamakan tabung itu dan di mana pelancaran akan dibuat.

Tabung itu kata beliau, begitu manafaat kepada pelajar kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana insitusi sama ada dalam atau luar negara.

"Penubuhan tabung sebagai dana pelajaran telah dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini. Ia adalah sumbangan kerajaan sekarang kepada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar atau dalam negara, " terang beliau.

Tabung ini akan berfungsi sebagaimana tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu.

Sumbangan dana ini akan diperolehi daripada individu yang menderma, anak-anak syarikat milik kerajaan negeri atau sebagainya.

"Tujuan utama ialah sebagai bantuan kepada pelajar yang belajar dalam bidang agama di luar atau dalam negara kerana sepanjang pengetahuannya golongan ini agak sukar memperolehi bantuan berbanding pelajar yang mengambil pelajaran lain, " jelasnya di hadapan para pelajar Cosmopoint.

Sementara itu, Pengurus Kolej Teknologi Cosmopoints Sungai Petani, Ahmad Fauzi Abdul Jalil dalam ucapannya menegaskan, pemberian komputer riba secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar di Cosmopoint bermatlamat memperluaskan pengetahuan pelajar di samping memudahkan pelaksanaan sesuatu projek.

"Maka, gunakanlah untuk memperolehi maklumat dalam pengajian dan jangan sekali-kali menyalahgunakan untuk melayari halaman webs atau blog-blog yang tidak sesuai.

"Sila gunakan komputer riba yang diberikan dengan baik jangan sekali-kali disalahgunakan. Saya juga berpesan agar berhati-hati dan waspada menyimpannya kerana bentuknya yang menarik, saiznya yang kecil dan harganya yang mahal membuatkan ianya menjadi sasaran barangan kepada pencuri, " katanya.

Sebenarnya hasrat pihak Cosmopoint untuk menyediakan satu komputer riba bagi setiap pelajar yang mengikuti program Diploma atau ijazah di Kolej Univesiti di Kuala Lumpur bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang penguatkuasaan ICT di antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar ataupun penduduk di Kedah dengan Kuala Lumpur.

Kataya, Cosmopoint Sungai Petani menawarkan enam kursus iaitu Diploma Rangkaian IT, Diploma Kejuruteraan Perisian, Diploma Multimedia, Diploma Grafik, Diploma E-Perniagaan dan Diploma E-Kesetiausahaan.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kanan Sains dan Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Encik Romlan Ahmad. - mks.

Read More...

Saturday, March 22, 2008

Kerajaan Kedah beri tiket percuma tonton Kedah lawan Perak

Harakahdaily

Bashir Ishak

Fri | Mar 21, 08 | 12:41:14 pm MYT


ALOR SETAR, 21 Mac (Hrkh) - Sebagai hadiah kepada rakyat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan pemberian tiket percuma untuk orang ramai menonton perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman.

Tiket percuma tersebut akan diberikan untuk perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kedah melawan Perak pada 23 Mac ini.

"Para peminat bola boleh menonton perlawanan ini secara percuma tapi kena pergi ambil tiket di kaunter pada waktu pagi. Bukan boleh serbu masuk macam tu saja, ni kalau semua yang datang malam pi sana boleh pecah stadium.

"Tapi kalau tak muat kita boleh tengok di luar, kita boleh pasang "giant screen" macam malam ni," katanya kepada hadirin yang hadir mendengar Ceramah Maulidul Rasul 1429 di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini malam tadi.

Lebih 100 ribu orang membanjiri kawasan stadium tersebut untuk mendegar ceramah yang turut disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mns

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |