Utara OnlineLaporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.
Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-
“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”
Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-
1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.
2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.
4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.
6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.
...Penulis adalah peguam untuk Datuk Seri Nizar untuk kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber
Saturday, April 4, 2009
TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak
0 comments Labels: bohong rakyat, penjelasan isu, TV3, Utara Online
Monday, July 14, 2008
Dr Asri: Program sirah TV3 'karut'
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Jul 14, 08 5:01pm |
| Program sejarah nabi yang disiarkan TV3 "dibaluti kekarutan", dakwa mufti Perlis hari ini - meneruskan sikap beraninya menegur secara terbuka pihak-pihak yang dianggapnya tidak menepati ajaran Islam. Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau telah menerima beberapa aduan berhubung kandungan program Al-Hidayah di stesen televisyen swasta itu tetapi enggan mengulas kerana belum pernah menontonnya. "Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang nabi Isa tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Program itu disiarkan semalam selama setengah jam mulai 6.30 pagi. Sumber yang dekat dengan rancangan TV3 itu berkata, tayangan setiap pagi Sabtu dan Ahad itu merupakan siaran ulangan dan program asalnya "mungkin telah disiarkan dua atau tiga tahun lalu". Siri terkini rancangan itu boleh ditonton pada setiap Jumaat dari jam 1 hingga 1.30 tengah hari, sumber itu memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi tadi. Rancangan itu, menurutnya lagi, sudah lebih 10 tahun disiarkan. Slot sirah juga, menurut sumber, sudah tidak lagi dikekalkan dalam siri terbaru. Mengulas sama ada TV3 menerima bantahan rasmi atau tidak, sumber menyatakan: "Rancangan itu dipantau oleh Jakim (Jabatan Kebajikan Islam Malaysia). Biasanya kalau ada apa-apa, Jakim akan beritahu (TV3). Setakat ini, saya tidak dengarlah." Menurut Mohd Asri di blognya hari ini, penceramah menyatakan bahawa ibu baginda rasul Maryam wafat sebelum nabi itu dan "mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih." "Bahkan (kisah itu) bertentangan juga dengan Bible," katanya. "Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena perayaan 'mengingati kewafatan Maryam' yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah," kata mufti muda itu, seorang lulusan dalam bidang pengajian hadis. "Kecenderungan penceramah-penceramah sebegini mengambil sumber-sumber yang tidak sahih tentang agama - termasuk hadis palsu dan riwayat Israiliyyat – boleh mengelirukan orang awam mengenai Islam yang sebenar." Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai rancangan-rancangan agama di televisyen melalui emel sejak beberapa bulan lalu. Beliau bagaimapun enggan mendedahkan rancangan-rancangan lain kerana belum menontonnya sendiri. Mufti Perlis mencadangkan kepada TV3 agar menyemak latar belakang penceramah dan isi kandungan yang bakal disampaikan untuk mengelak berulang kesilapan fakta. "Kalau rancangan itu (mengenai) sirah, semak dengan orang (yang mahir) sirah. Kalau syariah, semak dengan orang yang berkelayakan dalam syariah, semak dengan orang yang betul-betul ahli," katanya. "Kena hati-hati, (ceramah) motivasi boleh, (kalau melibatkan) fakta, kena hati-hati," katanya. Slot sirah yang disiarkan semalam disampaikan oleh seorang penceramah motivasi berunsur agama yang terkenal. |
0 comments Labels: malaysiakini, mufti, TV3
Saturday, July 12, 2008
Koleksi Video - TV3 siar berita kutip tepi jalan....
TV3 Memfitnah Kerajaan dan Sultan kedah
0 comments Labels: bohong rakyat, kedah, koleksi video, TV3
TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah
| Harakahdaily M Khaleel Kas Sat | Jul 12, 08 | 8:15:56 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali. Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah. "Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita. "TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media' yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia. "Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini. Tambahnya lagi,"akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini." Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan jubli emas Sultan Kedah. "Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini. "Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,"ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa,ketelanjuran ini tidak boleh dibiarkan berlalu malah untuk tidak memangsakan pihak yang menjadi sasaran, permohonan maaf terbuka perlu dilakukan oleh media yang berkenaan. "Teras mengesa TV3 jangan terlalu ghairah dengan menyertai dan terlibat dalam politik fitnah yang sering dituduh pihak lawan BN yang melakukannya. "Pada pendapat Teras, amalan media yang tidak beretika dan tidak dikawal itulah yang menyebabkan budaya fitnah berleluasa di negara ini,"tegasnya. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, TV3
Hati-hati membuat laporan: "Azizan sertai rombongan Diraja Kedah" SU Akhbar
| KLpos | | |
| Oleh Bernama | |
| Jumaat, 11 Julai 2008 | |
| ALOR STAR: Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa ini. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri. Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat. "Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi. Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. |
0 comments Labels: klpos, MB Kedah, TV3
Tembakan peluru kapur TV3
| Harakahdaily Zukifli Yahaya Fri | Jul 11, 08 | 7:34:57 am MYT | |
| Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik. Akibatnya, kerajaan negeri mengambil jalan singkat menebang balak di kawasan tadahan air bagi memperoleh pendapatan. Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir. Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu. Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut. Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul. Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya! Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis. Pulau Pinang menerima bekalan air daripada Kedah tetapi kecekapan pengurusan mereka berjaya meletakkan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang di papan utama BSKL. Pembekal juga yang gigit jari. Kedah pernah menuntut bayaran dari kedua-dua negeri tersebut kerana membekalkan air. Tahun pertama, Perlis membayar RM200,000. Selepas itu Dato' Seri Shahidan Kassim menghentikan pembayaran. Hujahnya, air dari Tuhan, kenapa mesti bayar. Memang dalam dunia ini ada suatu mazhab yang berfahaman, semua yang datang dari Allah halal belaka. "Anak dara orang, bini orang semua tu mereka anggap 'halal' belaka. Sebabnya Allah yang buat." Apabila Mahdzir ambil alih pentadbiran, tuntutan PES dilupakan. Tentu sukar bagi orang yang pernah duduk di bawah dagu Pak Lah untuk membuat tuntutan, walaupun itu hak negeri Kedah. Apabila Ustaz Azizan melanjutkan tuntutan pentadbiran Syed Razak RM100 juta setahun, maka tuntutan itu amat munasabah. Jika kerajaan Pusat enggan membuat pembayaran tersebut, munasabah pula jika kerajaan negeri mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan air. Tebangan yang dibuat bukan secara rakus seperti yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini sehingga menggondolkan seluruh hutan. Ia menggunakan kaedah 'heli-harvesting' yang mengambil cuma tiga hingga empat pokok sehektar. Tidak terjejas pun alam sekitar. Itu pun, bersyarat. Syaratnya jika mendapat kelulusan dari Environmental Impact Assessment (EIA). Tanpa kelulusan, projek dibatalkan. Hakikatnya, isu balak sangatlah mudah. Bukan besar sangat, sampai perlu disensasikan TV3 demikian rupa dengan menyeret semua pihak yang tidak tahu keadaan sebenar untuk turut berpolemik. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan, diajukan gambaran yang salah, kemudian diminta komen. Itulah modus operandi yang digunakan media-media primitif sejak berzaman untuk melagakan sesama manusia. Sebenarnya, selepas 100 hari pun pihak musuh masih tercari-cari ruang untuk menyerang kerajaan negeri Kedah. Bunyi tembakannya macam kuat sangat, tapi cuma peluru kapur. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, TV3
Tuesday, July 8, 2008
Saiful hantar emel ke TV3 desak Anwar bermubahalah
Mstar Online
08-07-2008 09:17:27 PM
Oleh ZIEMAN
(Mutakhir) PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan dalam kiriman emel ke stesen televisyen swasta TV3 pagi tadi mendesak bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyahut cabaran bermubahalah atau sumpah laknat di hadapan ulamak.
Menerusi emel bertajuk "Bermubahalah" itu yang disiarkan dalam Buletin 1:30 di TV3 hari ini, Saiful memulakan dengan ungkapan, "Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!"
Bekas pembantu peribadi Anwar itu juga menyifatkan isu liwat sebagai isu peribadi beliau dengan Anwar.
Katanya lagi, beliau tidak menyalahkan rakyat dan berharap semua orang akan bertenang dan menerima dengan hati terbuka.
"Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka. Sebagai mangsa saya berhak mendapat pembelaan,"kata Saiful yang membuat dakwaan diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau mengakhiri emelnya dengan mencabar Anwar menetapkan masa dan tarikh dan masa untuk bermubahalah.
"Nyatakan masa dan tempat untuk bermubahalah. Saya tidak gentar mengotakan janji ini," kata bekas pelajar Uniten itu dalam kiriman emelnya itu.
Cabaran yang sama turut dimuatkan di dalam laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari miliknya.
Kata-kata mencabar Anwar yang tertera di laman blognya berbunyi: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!Aku tak takut mati. Allahuakbar!"
Laman tersebut dipautkan menerusi blog tunangnya, Janna Mohd Zaki - 'A Step in My Pink Mary Janes'.
0 comments Labels: DSAI, mstar online, sepol bodo, TV3
Saiful hantar emel ke TV3 desak Anwar bermubahalah
Mstar Online
08-07-2008 09:17:27 PM
Oleh ZIEMAN
(Mutakhir) PETALING JAYA: Saiful Bukhari Azlan dalam kiriman emel ke stesen televisyen swasta TV3 pagi tadi mendesak bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyahut cabaran bermubahalah atau sumpah laknat di hadapan ulamak.
Menerusi emel bertajuk "Bermubahalah" itu yang disiarkan dalam Buletin 1:30 di TV3 hari ini, Saiful memulakan dengan ungkapan, "Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!"
Bekas pembantu peribadi Anwar itu juga menyifatkan isu liwat sebagai isu peribadi beliau dengan Anwar.
Katanya lagi, beliau tidak menyalahkan rakyat dan berharap semua orang akan bertenang dan menerima dengan hati terbuka.
"Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka. Sebagai mangsa saya berhak mendapat pembelaan,"kata Saiful yang membuat dakwaan diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau mengakhiri emelnya dengan mencabar Anwar menetapkan masa dan tarikh dan masa untuk bermubahalah.
"Nyatakan masa dan tempat untuk bermubahalah. Saya tidak gentar mengotakan janji ini," kata bekas pelajar Uniten itu dalam kiriman emelnya itu.
Cabaran yang sama turut dimuatkan di dalam laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari miliknya.
Kata-kata mencabar Anwar yang tertera di laman blognya berbunyi: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!Aku tak takut mati. Allahuakbar!"
Laman tersebut dipautkan menerusi blog tunangnya, Janna Mohd Zaki - 'A Step in My Pink Mary Janes'.
2 comments Labels: DSAI, mstar online, sepol bodo, TV3
Friday, June 20, 2008
MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT | |
| Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu. Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa. Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka. "Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun. "Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya. Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri. Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik. Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech. Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi. "Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan. - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, TV3
Thursday, May 1, 2008
Mufti Perlis hantar surat bantahan 'Jom Heboh'.
| Mstar Online 30-04-2008 04:39:31 PM |
|
Surat yang dihantar pada minggu lepas menyarankan agar kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut. "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan. Cuma ia perlu dipantau...," katanya. Pendapat Mufti Perlis berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang pernah mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut. "Seandainya ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya lagi. Dr Asri juga turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun. Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi. Pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' kerana penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan. Pesta Air menjadi kegemaran di kalangan anak-anak muda kerana seronok menyimbah air kepada rakan-rakan. Mufti yang agak vokal ini berkata, walaupun bantahan ini dibuat ini tidak bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan. "Contohnya seperti konsert yang mengajak masyarakat berhibur secara matang dan tidak menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat. Kita tidak 'ban' hiburan yang matang. Bukan semua jenis hiburan kita 'ban' atau kita cuma mengalu-alukan hiburan berbentuk nasyid saja," katanya. "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang. Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja. Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap teguran beliau akan dapat perhatian kerajaan baru ini. Ianya perlu untuk menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama. "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini. Seharusnya mereka diberi peluang menangani masalah begini," katanya. |
0 comments Labels: mstar online, mufti, TV3
Wednesday, April 30, 2008
Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan
| Harakahdaily Azamin Amin Wed | Apr 30, 08 | 7:17:53 am MYT | |
|
Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut. "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut. "Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam. Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat. "Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata. "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang. Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja. Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama. "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya. Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun. Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, mufti, Perlis, TV3
Monday, April 28, 2008
Jom Heboh: PAS Perak sanjung langkah TV3
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Mon | Apr 28, 08 | 4:45:54 pm MYT ![]() | |
| KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - PAS Negeri Perak menyanjung hasrat TV3 menarik diri daripada menganjurkan Karnival Jom Heboh di Perak tahun ini dan berharap salah satu pengisian utamanya, konsert ditiadakan terus pada karnival itu di negeri-negeri lain. Penghargaan itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi bagi mengulas laporan menyatakan TV3 menarik diri daripada menganjurkan acara itu di Perak yang kini diterajui kerajaan Pakatan Rakyat. � Menurut Ustaz Ahmad, perkembangan di Perak itu satu permulaan yang diharap berlaku juga kepada negeri-negeri lain. Katanya, pihaknya mengambil pendekatan itu berdasarkan pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Pada 30 Julai 2004, selepas satu persidangan ulama, Harussani mengisytiharkan karnival berkenaan, ketika itu dikenali sebagai Sure Heboh, adalah haram atas alasan ia menggalakkan kegiatan tidak bermoral di kalangan muda-mudi. Karnival itu kemudiannya ditukar kepada Jom Heboh pada 2006, dan diadakan di setiap negeri berasingan pada setiap bulan. Ustaz Ahmad meminta semua pihak termasuk pendukung Umno menyokong pembatalan tersebut kerana wujud unsur-unsur kurang sihat seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dalam konsert. � "Macam karnival, jualan dan pameran itu tidak jadi masalah sangat tetapi konsert, itulah masalah utamanya. Lagipun telah jelas penganjuran konsert itu mengundang perkara bertentangan dengan etika ketimuran, apatah lagi agama. � "Harapan saya ini sebagai permulaan ke arah mempertingkatkan martabat ummah dan menjauhi daripada kelalaian," jelasnya. � Ustaz Ahmad percaya Kerajaan Negeri Perak sangat prihatin terhadap hal ehwal rakyatnya termasuk perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada gejala sosial. Oleh itu beliau menyifatkan tindakan TV3 tersebut sebagai menghormati Kerajaan Negeri Perak walaupun pihak berkenaan belum menetapkan apa-apa peraturan berhubung hiburan sekali gus menghindari kontroversi. - lanh |
0 comments Labels: Harakahdaily, PR Perak, TV3
Thursday, April 3, 2008
TV3....dengar teguran Mufti tau!!!!Jangan degil sangat!!!
Assalamualaikum, Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang telah memberi teguran kepada TV3 dengan menhantar surat kenyataan rasmi supaya memberikan berita sahih dan adil tanpa sebarang provokasi.
Beliau menyatakan di dalam suratnya, Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka. Ada dinyatakan juga,
Firman Allah dalam Surah al-Maidah:8:Baca surat kenyataan penuh di sini.
(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

Saya sendiri pun meluat tengok berita di TV3 lagi-lagi masa nak pilihanraya tempohari. TV3 tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk melontarkan idea dan gagasan mereka kepada rakyat. Sikap berat sebelah inilah punca rakyat beralih sokongan kepada pembangkang. Rata-rata golongan muda mula melayari internet untuk mencari berita yang adil, tepat dan sahih. Setiap provokasi yang dipaparkan di TV3, akan di cari oleh golongan rakyat yang sangsi di dalam internet untuk menentukan kebenaran dan kesahihannya. Rentetan daripada itu, apabila mereka mendapati TV3 memberikan laporan yang tidak adil, maka mereka terus mempercayai internet sebagai sumber berita yang tepat dan sahih. So, jangan marah pada rakyat kerana mempercayai blog. Fikir secara rasional. Ingat TV3!!!! Anda diperhati dan dinilai.
Jangan biarkan kempen yang dicadangkan oleh pembangkang untuk boikot TV3 disokong oleh semua rakyat Malaysia. Ambil langkah drastik sebelum anda diboikot. Ingat pesan orang tua-tua dulu, " jangan dah terhantuk, baru terngadah....".
catatan: orangkita (3 april 2008, 11:30 am)
http://sangpemantau.blogspot.com/
0 comments Labels: boikot, catatan orangkita, mufti, TV3
Kenyataan Mufti Perlis kepada TV3
dipetik dari Minda Mufti.
Berikut merupakan kenyataan mufti perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang telah difakskan ke TV3.
Sila klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
orangkita -
di bawah ini saya paparkan surat kenyataan Mufti Perlis kepada Tv3. (sila klik image di atas untuk paparan surat sebenar...). Terima kasih.
27hb. Mac 2008
Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum wbtTuan,
KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG PROVOKASI
Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".
Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.
Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum.
Sekian,
DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
0 comments Labels: mufti, TV3
Mufti Perlis gesa TV3 lapor adil
| Malaysiakini |
| Fathi Aris Omar | Apr 2, 08 11:43pm |
| Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik. Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac. "Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif. "Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com). "Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka," tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8. Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar "hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan." Menurut blog Dr Mohd Asri, surat bertajuk "Keperluan Berita Yang Sahih Lagi Bersih Dari Sebarang Provokasi" dialamatkan kepada penerbit Buletin Utama TV3, program berita sejam yang berpengaruh besar di stesen tersebut. Mufti itu, yang menulis kolum mingguan di akhbar Utusan Malaysia, juga berpesan: "Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia. "Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum." Surat itu dipercayai sebagai mengulas trend laporan media cetak dan elektronik selepas lima negeri jatuh di tangan pembangkang, sementara BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Senario politik yang julung-julung kali wujud dalam sejarah negara ini - digelar "tsunami politik" - menimbulkan kejutan besar kepada semua pihak, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang. Sebelum itu, dalam tulisan lain di blognya, Dr Mohd Asri mengulas semua lima negeri tersebut kecuali Pulau Pinang. Tentang Kedah, beliau berkata: "Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. "Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru." Mengulas kerajaan campuran PKR-DAP-PAS, doktor falsafah dalam bidang pengajian hadis itu berkata: "Nampaknya tawaran-tawaran kerajaan baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. "Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini." Tegurannya kepada TV3 dan ulasan terbukanya tentang negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak berlaku dalam sejarah institusi mufti di negara ini. Blognya itu turut memuatkan khutbah yang disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul. baca surat kenyataan mufti. |
0 comments Labels: malaysiakini, mufti, TV3





