| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Thu | Jul 17, 08 | 2:52:21 pm MYT | |
| Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin. Pada majlis istiadat itu, KDYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah kebesaran sempena sambutan tersebut apabila menerima Darjah Kerabat Halimi (DKH) bersama Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan anakanda Tuanku Sultan Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul pula menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. - mns _ |
Thursday, July 17, 2008
MB Kedah kini bergelar Dato' Seri
0 comments Labels: anugerah, Harakahdaily, MB Kedah
Sunday, July 13, 2008
Ada GLC Kedah agih keuntungan di kalangan kroni - MB Kedah
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Sun | Jul 13, 08 | 2:34:50 pm MYT | |
| KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mendedahkan penyelewengan yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu setelah lebih empat bulan menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Menurut beliau, Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) sepatutnya membantu Kerajaan Negeri dalam soal kewangan negeri bahkan syarikat-syarikat itu diberi kemudahan berbanding syarikat lain untuk aktif dalam perniagaan. "Satu syarikat mengeluarkan sebanyak RM 340,000 beli dua jam tangan untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu,"ujarnya mendedahkan perkara tersebut pada majlis ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' di Kompleks PAS Kedah di sini semalam. Beliau turut menyentuh pertemuannya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan, Jitra baru-baru ini mengenai perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping turut melontarkan peringatan buat Umno Kedah. "Banyak yang dibincangkan, alhamdulillah projek-projek yang dirancang di bawah NCER akan diteruskan. "Umno Kedah jangan fikir projek ini dia akan dapat secara mutlak, dia mesti melalui tender. Setiap tender yang melibatkan Negeri Kedah mesti ada wakil Kerajaan Negeri," tegasnya. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, penyelewengan
Saturday, July 12, 2008
Hati-hati membuat laporan: "Azizan sertai rombongan Diraja Kedah" SU Akhbar
| KLpos | | |
| Oleh Bernama | |
| Jumaat, 11 Julai 2008 | |
| ALOR STAR: Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa ini. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri. Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat. "Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi. Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. |
0 comments Labels: klpos, MB Kedah, TV3
Tembakan peluru kapur TV3
| Harakahdaily Zukifli Yahaya Fri | Jul 11, 08 | 7:34:57 am MYT | |
| Selepas 100 hari, baru tembakan yang ditunggu-tunggu dari pembangkang bermula. Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid membidas Ustaz Azizan Abdul Razak yang kononnya tidak tahu mengurus sumber pendapatan kerajaan negeri dengan baik. Akibatnya, kerajaan negeri mengambil jalan singkat menebang balak di kawasan tadahan air bagi memperoleh pendapatan. Ustaz Azizan baru tiga bulan menjadi Menteri Besar. Bermakna, kegiatan memusnahkan kawasan tadahan air itu berlaku sejak Dato' Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar dan berlarutan di zaman Mahdzir. Itu intisari dari laporan yang dibuat oleh TV3. Meludah ke muka Ustaz Azizan, terkena batang hidung menteri besar terdahulu. Situasi jadi kelakar apabila Mahdzir yang di bawah pentadbirannya balak rakus ditebang di kawasan tadahan air, tiba-tiba mengecam Menteri Besar sekarang, yang sejak mengambil alih kerajaan, sebatang balak pun belum lagi di tebang di kawasan tersebut. Sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu saat Mahdzir mula mengkritik Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila seorang bekas Menteri Besar mengecam kerajaan selepasnya, maka orang ramai selalunya akan menilai kerja yang dia buat dahulu. Dia jadi hebat jika kritikannya betul. Maksudnya, apa yang berlaku sekarang lebih teruk berbanding dahulu. Tapi jika kritikannya tidak lebih dari mengulangi kritikan yang dibuat terhadapnya dulu, lantaran kini dia tidak lagi terajui kerajaan, itu 'gila talak' namanya! Membalak di kawasan tadahan air bukannya isu baru di negeri ini. Ia dimulakan di zaman Syed Razak. Bagi pihak kerajaan negeri beliau memohon pampasan �Payment for Enviromental Services� sebanyak RM100 juta setahun. Ia sebagai 'gantirugi' terhadap langkah tidak melakukan penebangan balak di kawasan tadahan air, mengorbankan sumber pendapatan negeri, demi untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perlis. Pulau Pinang menerima bekalan air daripada Kedah tetapi kecekapan pengurusan mereka berjaya meletakkan Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang di papan utama BSKL. Pembekal juga yang gigit jari. Kedah pernah menuntut bayaran dari kedua-dua negeri tersebut kerana membekalkan air. Tahun pertama, Perlis membayar RM200,000. Selepas itu Dato' Seri Shahidan Kassim menghentikan pembayaran. Hujahnya, air dari Tuhan, kenapa mesti bayar. Memang dalam dunia ini ada suatu mazhab yang berfahaman, semua yang datang dari Allah halal belaka. "Anak dara orang, bini orang semua tu mereka anggap 'halal' belaka. Sebabnya Allah yang buat." Apabila Mahdzir ambil alih pentadbiran, tuntutan PES dilupakan. Tentu sukar bagi orang yang pernah duduk di bawah dagu Pak Lah untuk membuat tuntutan, walaupun itu hak negeri Kedah. Apabila Ustaz Azizan melanjutkan tuntutan pentadbiran Syed Razak RM100 juta setahun, maka tuntutan itu amat munasabah. Jika kerajaan Pusat enggan membuat pembayaran tersebut, munasabah pula jika kerajaan negeri mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan air. Tebangan yang dibuat bukan secara rakus seperti yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini sehingga menggondolkan seluruh hutan. Ia menggunakan kaedah 'heli-harvesting' yang mengambil cuma tiga hingga empat pokok sehektar. Tidak terjejas pun alam sekitar. Itu pun, bersyarat. Syaratnya jika mendapat kelulusan dari Environmental Impact Assessment (EIA). Tanpa kelulusan, projek dibatalkan. Hakikatnya, isu balak sangatlah mudah. Bukan besar sangat, sampai perlu disensasikan TV3 demikian rupa dengan menyeret semua pihak yang tidak tahu keadaan sebenar untuk turut berpolemik. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan, diajukan gambaran yang salah, kemudian diminta komen. Itulah modus operandi yang digunakan media-media primitif sejak berzaman untuk melagakan sesama manusia. Sebenarnya, selepas 100 hari pun pihak musuh masih tercari-cari ruang untuk menyerang kerajaan negeri Kedah. Bunyi tembakannya macam kuat sangat, tapi cuma peluru kapur. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, TV3
Tuesday, July 8, 2008
"Elak dari berlaku zalim" - MB Kedah
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Tue | Jul 08, 08 | 5:51:10 pm MYT | |
| ALOR STAR, 8 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya setelah empat bulan mengambil alih teraju pemerintahan Kerajaan Negeri, satu Perhimpunan Bulanan Kakitangan Wisma Darul Aman telah diadakan di Dataran Wisma Darul Aman di sini pagi semalam. Berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak banyak menyentuh mengenai pertanggungjawaban. "Hal ini memberi ingatan kepada kita, apa sekalipun kebolehan dan kekuatan yang ada pada kita, penentunya daripada Allah SWT,"ujarnya. Menurutnya, amanah itu mempunyai beberapa tingkat mengikut kedudukan seseorang. Kerana itulah manusia bertanggungjawab kepada Allah selain juga kepada rakyat. "Allah memberi ganjaran kepada kita dari kebaikan yang kita buat. Allah juga menghukum kita dengan kejahatan yang kita buat," terangnya. Ustaz Azizan menjelaskan bahawa, Allah telah memilih manusia untuk memikul amanah memerintah dunia berbanding mahkluk-Nya yang lain. Tetapi tegasnya, manusia apabila memegang kekuasaan sering bersifat zalim dan kufur. Jelasnya lagi, telah menjadi sifat semulajadi manusia tidak suka kepada kezaliman. Dalam al-Quran dan sejarah manusia, terang beliau, tercatat pertembungan antara zalim dan adil. "Rakyat hidupnya berdoa untuk berada dalam keadilan, untuk itu perlu kita mengelak dari berlaku zalim," tegas beliau. Pun begitu, menurut Ustaz Azizan, manusia adakalanya tidak menyedari perlakuan adil atau zalimnya yang terjadi tanpa disengajakan. Oleh itu, manusia diberi peluang membaiki diri melalui taubat. Ustaz Azizan turut menyeru kakitangan kerajaan menunaikan tugas sebagai satu keluarga dengan penuh tanggungjawab dan seronok. Jelasnya, tugas yang dilakukan juga merupakan satu ibadat. Beliau turut mengingatkan agar prihatin terhadap setiap perkara yang diperkatakan rakyat sama ada berupa kritikan mahupun pujian. Ujarnya, tidak harus hanya memandang kepada pujian kerana ulama tasauf menasihatkan bahawa pujian boleh membawa kepada sifat riak dan takbur. "Sesiapa yang ada sifat riak di dalam hatinya walaupun sebesar zarah, dia tidak akan masuk syurga," ujarnya menerangkan maksud satu hadith. Beliau turut menekankan tanggungjawab antara kakitangan dengan barisan exco dalam menyediakan perkhidmatan yang mesra rakyat dan bukannya menakutkan atau membimbangkan rakyat. Selain itu, beliau juga menegur mengenai pengurusan masa dan waktu bekerja. Pada himpunan berkenaan, Ustaz Azizan turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2007 kepada 18 orang kakitangan Wisma Darul Aman. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah
Thursday, June 26, 2008
Isu Balak: Tidak Perlu Panik Kerana Ia Baru Cadangan - Azizan
Bernama
ALOR STAR, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menasihatkan semua pihak supaya tidak panik dengan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di hutan simpan Ulu Muda.
"Saya baru berhasrat, kenapa semua pihak sudah panik. Saya belum tebang sebatang pokok pun.
"Sebelum tebang balak, saya kena kaji, berbincang dengan pegawai-pegawai dan tunggu keputusan laporan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dulu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli-ahli Koperasi Guru-guru Melayu Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan berkata jika keputusan EIA yang dikemukakan negatif, cadangan menebang balak itu tidak akan diteruskan.
"Kalau ada lampu hijau yang mengatakan projek tu tak jejaskan alam sekitar dan bekalan air, baru kita akan teruskan.
"Jangan bimbang sangat la, kertas kerja untuk EIA pun belum hantar lagi," katanya.
Sementara itu, Azizan berkata beberapa syarikat dari Sarawak telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek pembalakan tersebut.
Azizan berkata pihaknya akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan sekiranya mereka menepati kehendak kerajaan negeri, projek itu akan diteruskan selepas mendapat kelulusan EIA.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, MB Kedah, penjelasan isu
Friday, June 20, 2008
MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT | |
| Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu. Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa. Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka. "Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun. "Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya. Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri. Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik. Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech. Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi. "Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan. - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, MB Kedah, TV3
Thursday, June 19, 2008
MB Kedah: Siapa kata kami tiada wang?
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Jun 19, 08 2:24pm |
| Kedah walaupun dianggap negeri miskin tetapi sehingga ini tidak mempunyai sebarang masalah kewangan kerana mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. "Saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang dan tahu selok belok pengurusan. "Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM2 billion, Perak RM800 juta tetapi Kedah hanya RM200 juta sahaja," katanya dalam temubual melalui emel sempena 100 hari menjadi menteri besar Kedah. PAS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Kedah selepas menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. Azizan berkata, secara umumnya Kedah tidak menghadapi masalah kerana mendapat kerjasama baik dari istana, kakitangan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. "Masalah tetap ada tetapi tidaklah sehingga menggangu pentadbiran dan merunsingkan rakyat," katanya lagi. Usaha turun cukai Azizan berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memenuhkan janji pilihanraya umum lalu termasuk menurunkan kadar cukai dari 30 kepada 70 peratus bagi meringankan beban. Katanya, kerajaan tidak lagi mengamalkan tender terus dalam pemberilan lesen dan projek, menyelesaikan masalah geran tanah dan menaikkan gaji guru agama. "Kita juga menyalurkan elaun menteri besar dan anggota exco ke Tabung Amanah Tunku Mahmud, menguatkuasakan tindakan untuk membendung gejala keruntuhan akhlak, mempertingkatkan hubungan mesra dengan rakyat bukan Islam, membuka Pusat-pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dalam proses membuka di semua DUN di Kedah dan menyediakan suasana 'mesra pelabur' kepada para pelabur untuk menarik semaksimum mungkin jumlah pelaburan," katanya. Berikut ialah petikan wawancara dengan Azizan. Soalan: Apakah janji-janji yang belum ditunaikan? Apa yang masih dalam perancangan kita adalah seperti memperbanyakkan kemudahan awam termasuk pengangkutan, memajukan pasar besar di bandar tertentu, menyelesaikan masalah sampah dan memperkenalkan cuti bersalin 90 hari (ia memerlukan sedikit lagi kajian). Soalan: Adakah kerajaan negeri menghadapi gangguan dari pemimpin-pemimpin BN dan Umno? Jawapan: Kita tak pernah ganggu mereka, suasana sebegini bukan budaya politik di Kedah, jadi kita tidak akan ganggu mereka, kalau mereka nak ganggu, itu di atas pertimbangan merekalah. Soalan: Apakah yang menjadi keutamaan kerajaan negeri berikutan dakwaan menghadapi masalah kewangan? Jawapan: Siapa beritahu anda bahawa kami tiada wang? Kita tidak menghadapi masalah kewangan, kita yakin dan percaya dengan pendekatan perbelanjaan secara berhemah kita boleh terus berbelanja untuk sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah. Saya tidak berminat dengan perubahan yang mendadak, saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang, saya tahu selok belok pengurusan, kita selesaikan dengan keadaan kewangan yang kita ada, kita, kita berjimat cermat, Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM 2 billion, Perak RM 800 juta, kita Kedah hanya RM 200 juta sahaja. Kita sudah potong belanja pengurusan sebanyak RM 10 juta iaitu 30 peratus dari peruntukan yang ada, ini adalah langkah berjimat cermat. Kita juga telah kenalpasti kebocoran yang berlaku, kita sedang tampal, ini semua ke arah mengelak dari kita menghadapi kesulitan dari sudut kewangan. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB Kedah, wawancara
Kedah tebang balak jika tiada pampasan
| Malaysiakini |
| Jun 19, 08 5:48pm |
| Kerajaan negeri Kedah akan mengotakan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya kerajaan pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun kepadanya. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri memerlukan wang tersebut untuk menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan, berikutan kenaikan harga minyak 5 Jun lalu. "Kita dah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kementerian mengenai pampasan itu tetapi tidak dilayan. Jika balak tidak dipotong kita tidak ada wang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau ditanya tentang kenyataannya semalam bahawa kerajaan negeri akan menebang balak di kawasan tadahan air, demikian menurut laporan Bernama. Azizan mengumumkan cadangan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, dan berkata langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap kelewatan kerajaan pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri. Beliau hari ini berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri. "Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran. Hasil balak RM16b "Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. "Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan. Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya. Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh." Katanya sebagai balasan kerana mempertahankan alam sekitar kerajaan pusat wajar membuat "pembayaran perkhidmatan alam sekitar" kepada kerajaan negeri setiap tahun. Beliau berkata dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri. Katanya beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik. |
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini, MB Kedah
Wednesday, May 14, 2008
MB Kedah: Cari penyelesaian jangka panjang masalah beras
Mstar Online
13-05-2008 06:41:34 PM
ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah hari ini menyambut baik langkah kerajaan membendung kenaikan harga beras tetapi mahu penyelesian jangka panjang dicari.
Menteri Besar Azizan Abdul Razak berkata, permintaan beras pada masa ini adalah tinggi sedangkan pembekalnya semakin berkurangan.
"Kerajaan pusat kena fikir bagaimana cara nak tambah pengeluaran padi sebab semua rakyat Malaysia makan nasi," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di sini.
Beliau berkata, usaha menangani kenaikan harga beras sebenarnya masih tidak menyelesaikan masalah bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan lain.
Azizan berkata, kerajaan Kedah akan menyokong mana-mana pihak yang mahu mengusahakan tanah terbiar yang mempunyai sistem pengairan, untuk dijadikan tanah sawah baru.
"Sekarang ini kerajaan cuma tak ada duit tetapi dari aspek teknikal ini boleh dibincangkan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)," kata beliau.
Katanya, jika tanah terbiar itu tidak dapat diusahakan sebagai tanah sawah, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memajukan tanah itu sebagai tanah pertanian seperti menanam jagung, projek ternakan ikan, udang dan sebagainya. BERNAMA
0 comments Labels: krisis negara, MB Kedah, mstar online
Friday, April 18, 2008
Hikmah disebalik langkah Kerajaan Kedah kekalkan tanah sawah
| Harakahdaily Izwan Abdul Halim Fri | Apr 18, 08 | 9:21:45 am MYT | |
| Bukanlah mudah untuk menyingkap hikmah disebalik sesuatu kejadian. Usahkan mudah untuk menembusi atmosfera yang tidak berhalangan itu, perkara yang berlaku disekeliling kehidupan kita juga selalunya tidak mampu diolah. Hikmah atau kebijaksanaan itu sendiri, kepada manusia adalah satu bentuk kurniaan daripada Allah. Namun tidak semua manusia menerimanya. Nabi Adam diberi hikmah mengenali nama-nama benda, Nabi Sulaiman diberi hikmah menguasai makhluk bumi lain. Di antara mereka yang terpilih diberi hikmah ada pula yang lebih tinggi hikmahnya sepertimana kisah antara Nabi Khidir dan Nabi Musa. Kadang-kadang orang marah kepada orang yang berhikmah kerana tidak memahami hikmah disebalik tindakan mereka sepertimana yang dialami oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Namun, atas taqwa dan tawadhuk Baginda lembut menjelaskan bahawa Baginda seorang Rasul dan tidak akan menyalahi ketetapan Allah kepadanya. Sememangnya hikmah yang dimiliki seseorang, tetapi orang disekeliling sukar memahami baik perkataan, keputusan mahupun perbuatan menyebabkan kepada konflik. Tidak kurang hikmah yang akhirnya difahami bersama berlalunya masa. Begitulah apabila Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah Menteri Besar Dato� Seri Mahdzir Khalid hendak melaksanakan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), Ustaz Azizan Abdul Razak paling lantang menentangnya. Tapi Ustaz Azizan bukanlah menentang hikmah, sebaliknya mengemukakan hikmah yang lebih utama diberi perhatian. Beliau mengimbas banyaknya tanah, khususnya tanah sawah dan Tanah Rezab Melayu (TRM) yang telah diambil (baca dikorbankan) untuk dibangunkan diseluruh Negeri Kedah. Beliau bukan menentang pembangunan, tetapi tanah pertanian dan TRM telah diambil tanpa diganti. Padanya cukuplah tanah yang pernah �hilang� di Kerpan dan Alor Star, tidak perlu lagi sebuah tanah pertanian yang subur apatah lagi ianya kawasan sawah diambil untuk sebuah pembangunan. Bahkan, faktor kesihatan juga punca penentangan beliau dengan memberikan contoh bahawa projek sedemikian ditolak dibeberapa negara utama di dunia Maka, apabila beliau menjadi Menteri Besar yang baru, beliau membuktikan bahawa beliau tidak menolak pembangunan. ZIPY diteruskan tetapi dipindahkan ke tempat lain. Media cuba memaparkan bahawa pemilik tanah sebenarnya bersetuju menjual tanah mereka. Ada juga yang mendakwa tidak berminat lagi meneruskan aktiviti bertani. Sumber menyatakan lebih 60 peratus pemilik bersetuju. Persetujuan mereka bermakna kontra dengan keputusan Ustaz Azizan. Benar, mereka mempunyai hak untuk menjual milik mereka. Perkara yang dilihat oleh mereka tidak sama dengan hikmah yang dilihat oleh Ustaz Azizan. Tetapi sebagai pemimpin yang berhikmah, beliau sentiasa memikirkan mengenai rakyatnya. Habuan yang akan diperolehi oleh pemilik tanah hakikatnya tidak selumayan nilai hasil yang mampu keluar dari tanah itu apabila ia berada di bawah kerajaan baru yang beriltizam menjadikan Kedah �Belanda Malaysia�. Akhirnya, bersama berlalunya masa, hikmah pun tersingkap. Saat negara berdepan masalah kekurangan bekalan beras dan dunia mengalami krisis makanan, pembatalan pengambilan tanah untuk ZIPY itu merupakan antara hikmah yang telah dilihat Ustaz Azizan tetapi tidak dilihat oleh yang lain. "Kerana itu saya tidak benarkan ZIPY dibuat di atas tanah Yan (tanah sawah). Sedangkan kita (Negeri Kedah) selama ini membekalkan 53 peratus beras kepada negara," ujarnya setelah media meminta ulasan beliau mengenai kekurangan beras negara. Sungguhpun masalah kekurangan dan krisis ini jarang berlaku, tetapi dalam konteks negara kita yang semakin bertambah jumlah penduduk dan tanah pertanian khususnya sawah yang semakin mengecil di Kedah, perkara ini perlu dipandang serius. Bahkan sejarah membuktikan, krisis makanan mencetuskan pergolakan dalam negara-negara dunia. Makanan ada yang merupakan pilihan tetapi ia lebih merupakan satu keperluan asasi. Banyak lagi hikmah yang bakal tersingkap, rakyat akan dapat lihatnya satu persatu bersama berlalunya masa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang kini telah menjadi kerajaan di lima negeri. Begitu juga harapnya di Kedah, ada petugas-petugas parti marah apabila Ustaz Azizan mengekalkan penjawat jawatan-jawatan tertentu. Moga-moga hikmahnya akan tersingkap sikit masa nanti. Wallahu�alam. Akan bertemu PM? Dalam sidang media Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman beliau ditanya kemungkinan hasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sungguhpun mengakui berhasrat menemui PM, beliau bagaimanapun tidak membayangkan agenda yang akan dibawanya. "Saya akan bertemu PM tetapi mengikut masa (PM) yang sesuai. Dia Ketua, saya akan bertemu dengan dialah," demikian menurutnya. Banyak telahan yang dapat dibuat sekiranya beliau bertemu PM. Jika pertemuan itu untuk mengeratkan kerjasama dua pihak, itu sememangnya yang patut berlaku. Jika Ustaz Azizan ingin meminta pandangan PM, bermakna ia ingin menguruskan Kedah ke arah yang lebih sejahtera. Tetapi jika beliau yang memberi pandangan kepada PM, nescaya ianya untuk kebaikan negara. Jika Ustaz Azizan ingin meminta nasihat, itu bermakna beliau mahukan kebaikan. Jika beliau yang ingin memberi nasihat, bersediakah Pak Lah menerimanya? Pun begitu, nasihat tetap nasihat. Ianya satu pilihan; boleh diambil atau dibuang sahaja. Tetapi lazimnya nasihat itu sesuatu yang baik, tentunya teruk sekali orang yang enggan menerima sesuatu yang baik. Bertemu atau tidaknya mereka, prinsip yang masing-masing peganglah menjadi penentu sama ada kebaikan atau keburukan yang diinginkan oleh mereka. Tapi masing-masing akan mendakwa bertujuan kebaikan, hanya tindakan seterusnya akan menjadi jawapan sama ada kebaikan itu untuk diri sendiri, kaum keluarga sendiri, parti sendiri atau rakyat seluruhnya, sama-samalah kita tunggu. Tuntut Fasakh � Rungkai Perjanjian Jika Kerajaan Kedah berpegang kepada dasarnya yang akan diterjemahkan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat, apakah pula dasar yang dipegang oleh Kerajaan Pusat khusunya Kementerian Pelancongan? "Apa perbezaan dasar, apa perbezaan pendapat sedangkan kita tidak pernah berbincang lagi?" ujar Ustaz Azizan. Beliau berkata demikian setelah pihak Kerajaan Negeri Kedah menerima surat rasmi dari pihak Kementerian Pelancongan yang menamatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Majlis Tindakan Pelancongan Negara dengan Kerajaan Negeri Kedah. Beliau melahirkan rasa hairannya kerana terma perjanjian menyatakan bahawa pihak yang mungkir boleh ditamatkan perjanjian. Persoalannya siapakah yang mungkir? - mr |
0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, MB Kedah
Wednesday, April 16, 2008
Johor bakal jadi muzium UMNO - Azizan
Kedahlanie
Wednesday, April 16, 2008
IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.
Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.
''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.
''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.
Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.
Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahankan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.
''Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.
''Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,'' katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.
Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.
''Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.
''Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,'' katanya.
0 comments Labels: bloggers united, MB Kedah, UMNO haprak
Wednesday, April 9, 2008
Kedah MB cool about car plates
ALOR STAR: His car number plate, which has Jawi writings on it, may be against the law but Kedah Menteri Besar Azizan Abdul Razak is unruffled by the controversy.
"When we get it, we will act on it," he said when asked to comment on his officers flouting the law by adding the word "Menteri Besar Kedah Darul Aman" in Jawi on the number plate of his official car.
Meanwhile, state Road Transport Department director Jaafar Mohamad said the laws and regulations on the matter were clear.
"Everyone should just adhere to it strictly," he said.
0 comments Labels: MB Kedah, NST online
Low profile: Pendekatan Azizan terbukti berjaya
Siasah daily
Monday, April 7, 2008
ALOR SETAR, 7 April: Pendekatan yang diambil oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak semasa pra-pilihan raya ke - 12 iaitu 'low profile' terbukti mendatangkan hasil.
Ini diakui dalam pertemuan antara wakil Siasah dengan Ustaz Azizan yang kini Menteri Besar Kedah dipejabatnya dekat sini semalam.
Dalam pertemuan itu, Azizan bertanya kenapa sekarang Siasah dan beberapa media PAS mahu menemuramah beliau, sedangkan sebelum ini tidak ada.
Wakil Siasah memperingatkan, sebelum ini beliau sendiri telah meminta media jangan terlalu perbesarkan cerita dan aktiviti PAS di Kedah untuk tidak 'mengejutkan harimau yang sedang tidur'.
"Terbukti sekarang, strategi ustaz itu berjaya," kata wakil Siasah kepada MB Kedah yang baru itu.
Sebelum ini, Azizan menyifatkan Umno kuat di Kedah tetapi mereka dalam keadaan leka ketika itu
Ekoran pandangan strategi Azizan itu, hampir kesemua media pro PAS dan beberapa media bebas lagi tidak berapa memberikan liputan kegiatan PAS di Kedah.
Pada 8 Mac lalu, strategi Pesuruhjaya PAS Kedah itu terbukti berjaya apabila PAS dan PKR berjaya menumpas BN di Kedah dan membentuk kerajaan bersama.
Padahal, negeri yang mendapat fokus utama media dan Siasah sendiri, Terengganu misalnya, gagal dimenangi PAS dan rakan-rakannya.
0 comments Labels: MB Kedah, siasahdaily
MB Kedah minta Karpal henti bercakap isu negara Islam dan hudud
Kelatedaily
Dilulus Oleh:kelate| Tuesday, April 08 @ 17:53:14 MYT
ALOR STAR: Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh, berdiam diri daripada bercakap mengenai isu negara Islam dan hukum hudud.
Azizan berkata, masih banyak lagi isu lain yang boleh dibincangkan antara Pas dan DAP.
"Lebih baik dia diam kerana itu lebih baik daripada bercakap (kerana) banyak isu lain lagi hendak bincang," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini hari ini.
Note:
0 comments Labels: DAP, kelatedaily, MB Kedah, Pakatan Rakyat, PAS
Thursday, April 3, 2008
MB Kedah dan Perak Dapat Liputan Luas Akhbar Cina
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Wednesday, 02 April 2008 | |
| Sin Chew Daily versi online telah memaparkan enam siri temubual eksklusif bagi MB Kedah Ustaz Azizan Razak dan sembilan siri bagi MB Perak Ir. Muhammad Nizar Jamaludin. Liputan akhbar berbahasa Cina terhadap kedua-kedua Menteri Besar dari PAS itu melebihi ruang yang diberikan oleh akhbar media perdana berbahasa melayu. Antara intipati temubual eksklusif akhbar Sin Chew Daily dengan MB Perak adalah tentang latar belakang keluarga Nizar yang berketurunan Cina. Selain itu akhbar tersebut mengemukakan persoalan utama dasar-dasar pentadbiran negeri Perak terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar Islam. Manakala temubual dengan Ustaz Azizan Razak, MB Kedah, adalah berkaitan dengan hak-hak dan peluang ekonomi untuk orang-orang Cina di Kedah. Perubahan media berbahasa Cina memberi ruang yang lebih kepada tokoh-tokoh PAS didalam kerajaan Pakatan Rakyat dapat membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam memahami dasar-dasar PAS. Keadaan ini dijangka akan meningkatkan lagi pengauh PAS dikalangan masyarakat bukan Islam serta merapatkan jurang maklumat yang selama ini ditutup oleh akhbar perdana berbahasa Melayu. Untuk membaca akhbar harian Cina Sin Chew Daily yang diterjemah kedalam bahasa Inggeris sila klik pautan di bawah : |
0 comments Labels: buletin online, MB Kedah, MB perak, Pakatan Rakyat
Tuesday, April 1, 2008
Kerjasama lebih erat dengan India – Azizan
Utusan online
| |
| AZIZAN Abdul Razak (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha yang membuat kunjungan hormat di Wisma Darulaman, Alor Star, semalam. – Bernama |
ALOR STAR 31 Mac – Kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan India bagi meneroka potensi baru dalam pelbagai bidang terutamanya bidang bioteknologi dan farmasi.
Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, dua bidang itu ternyata boleh memberi faedah dalam bidang ekonomi kepada kedua-dua pihak dan perlu dipandang serius oleh semua pelabur di negeri ini.
Azizan memberitahu, kerajaan India telah mengajak beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke sana dan berjumpa dengan para pelabur bagi menerangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan dengan mereka.
“Saya akan membawa perkara ini kepada Pusat Pelaburan Kedah untuk dikaji dan dipertimbangkan secepat mungkin.
“Banyak bidang baru terutamanya bioteknologi dan farmasi boleh diteroka dan boleh membawa keuntungan kepada kedua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akbar sempena kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok K. Kantha yang mengadakan lawatan ke Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan berkata, negeri ini mempunyai pelbagai keistimewaan terutamanya dalam bidang perindustrian, pelancongan dan sebagainya yang boleh dieksploitasi oleh para pelabur.
“Kita ada Taman Perindustrian Kulim yang lengkap dengan pelbagai prasarana untuk ditawarkan kepada pelabur manakala kita juga menyasarkan lebih ramai pelancong dari India melawat Kedah,” katanya.
Tambah beliau, kerjasama yang telah terjalin sejak dari dahulu mesti dipelihara dengan lebih erat bagi mewujudkan peluang-peluang baru yang boleh membawa faedah bagi kedua-dua negara.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak mahu hanya tertumpu kepada satu negara sahaja untuk mengadakan kerjasama tetapi semua negara yang berminat amat dialu-alukan datang dan menjalinkan kerjasama.
Dalam pada itu, Ashok berkata, India dan Kedah telah lama mengadakan kerjasama dua hala dan beliau melihat negeri ini mempunyai potensi yang luas untuk diteroka bersama.
“Tahun lepas India melabur RM1 bilion di negara ini dan Kedah juga termasuk dalam senarai negeri yang mempunyai kerjasama pelaburan dengan India.
“Tahun ini kita mahu lebih banyak pelabur dari India dan Kedah untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya bidang bioteknologi dan farmasi,” katanya.
0 comments Labels: Barisan Rakyat, MB Kedah, utusan
Rakyat bebas tegur, nasihati pemimpin - MB Kedah
| Harakahdaily Bashir Ishak Mon | Mar 31, 08 | 12:48:18 pm MYT | |
| ALOR SETAR,31 Mac (Hrkh) - Rakyat bebas untuk menegur atau menasihati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. "Masalahnya sekarang hanya pemimpin yang menasihati rakyat sedangkan rakyat tak pernah berpeluang untuk menegur pemimpin.Kita sama-sama mempunyai 'accountability' untuk memimpin negeri ini. "Sebab itulah pemimpin kena tanya rakyat dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan kepentingan ramai," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud dan Persatuan Siswazah Timur Tengah Kedah. Ustaz Azizan adalah bekas pelajar Maktab Mahmud di samping pernah juga menjadi tenaga pengajar di situ. Katanya, dalam keadaan dunia sedang menghadapi krisis ketamadunan, institusi pendidikan seperti Maktab Mahmud ini perlu diperkasakan untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu mnguasai ilmu dan memanfaatkannya. "Bukannya sekadar dinilai dari berapa A yang diperolehi, yang pentingnya kita lihat juga aspek pentarbiyahan dan disiplin untuk mereka berjaya di masa depan," ujarnya. Majlis yang dihadiri kira-kira 800 orang bekas pelajar itu diadakan di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud dekat sini Sabtu lalu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Mufti Kedah, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim, selaku Pengerusi Persatuan Bekas Sisiwazah Timur Tengah Kedah dan Pengerusi Yayasan Maktab Mahmud, Tan Sri Khalid Abdullah. Beberapa orang pimpinan PAS Kedah yang hadir juga adalah bekas pelajar Maktab Mahmud seperti Exco Kerajaan Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman dan YDP PAS Padang Terap, Dr Zawawi Ahmad. - mks. |
0 comments Labels: Barisan Rakyat, Harakahdaily, MB Kedah, PAS

