DUN Perak kecoh!!! cipta sejarah lagi!!!
OK - macam budak-budak!!!
OK - macam budak-budak!!!
0 comments Labels: koleksi video, krisis negara, Perak
| Debra Chong Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT | |
| SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul. Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah. "Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider. Prosidur diragui Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui. "Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker. "Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker. Versi bercanggah Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung. Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan. "Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen. Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap. Polis bukan agen parti politik "Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu. Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang. "Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah. "Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan." Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?" Bila sidang bermula? "Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz. Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon. Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja. Terus buntu "Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa. "Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut." Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang." Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan". Cara salah pilih Speaker "Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu. Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya. Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku. Undang-undang tak boleh selesai masalah "Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya. "Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?" "Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya. Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan. "Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya. ---- Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, krisis negara, Perak
BN perlu kembali kepada rakyat tunjuk keyakinan
Oleh G. MANIMARAN
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.
Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka bagi menyelesaikan krisis berusia lebih sebulan itu.
Bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."
"Ini perlu dihentikan," kata beliau, yang telah beberapa kali mempersoalkan isu itu sebelum ini, dalam tulisan terbaru blognya.
"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau.
"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi (ini) buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.
"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.
Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.
Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman semalam.
"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).
"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.
"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Ambiga.
Krisis politik tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Halim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen Pakatan Rakyat tetapi kembali ke Barisan Nasional (BN) beberapa hari kemudian.
Ia disusuli keputusan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang mengumumkan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Perkembangan itu membawa kepada kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak yang seimbang - 28 bagi Pakatan Rakyat dan BN manakala wakil Bebas - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang - menyatakan sokongan kepada BN.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik ADUN BN, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mempertahankan beliaulah Menteri Besar yang sah.
Ia membawa kepada beberapa kes difailkan di mahkamah dan tindakan Speaker memanggil sidang tergempar DUN, yang diadakan di bawah pokok selepas ADUN Pakatan Rakyat dilarang memasuki bangunan SUK semalam.
Dalam tulisannya, Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu, langkah BN mengambil alih Perak telah mencetuskan rantaian reaksi mengenai soal ketidaksahihan yang menyebabkan kemungkinan Perak berakhir dengan ketiadan sahih.
"Salah satu negeri yang paling maju menjadi sebuah negara yang gagal," katanya.
"Satu pembohongan membawa kepada banyak pembohongan. Setiap tindakan buruk menuju ke arah kemusnahan khususnya pembohongan atau pelanggaran yang berkaitan dengan sesuatu yang paling asas.
"Ini adalah prinsip yang kita ajar kepada kanak-kanak. Ia adalah mudah tetapi kebenaran univeral yang dipertunjukkan di Perak sekarang," katanya.
GALERI GAMBAR KRISIS POLITIK DI PERAK
Anwar pertahan sidang DUN Perak bahawa pokok
Sidang tergempar DUN Perak bawah pokok tidak bertamadun - pemimpin Umno
0 comments Labels: krisis negara, mstar online, Perak
KLpos
04 Mar 2009 9:35AM
KL: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.
Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.
Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.
Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.
"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.
"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.
"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.
Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.
Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.
"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau. / Bernama, Harakah
0 comments Labels: klpos, krisis negara, Perak
Kenyataan Beberapa individu berpengaruh menyifatkan Sidang Dun Perak Sah walau diluar Dewan
SIDANG Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semalam yang diadakan di bawah pokok selepas Anggota Dun tidak dibenarkan masuk adalah Sah, menurut kenyataan beberapa ahli politik, pemimpin bukan kerajaan dan intelektual.
Persidangan Sah, kata Anwar dan Kamarudin
Dalam satu kenyataan kepada media, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Speaker Dun, V. Sivakumar mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Dun.
“Pada pandangan saya speaker dilantik secara sah, beliau mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan… bagi kita ia adalah persidangan yang sah kerana ada notis yang sah, ada agenda… mereka dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri,” katanya yang dilaporkan media.
Tambahnya lagi, persidangan berkenaan itu sah kerana anggota tidak dibenarkan serta dihalang untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.
Setiausaha Agung Pas, Kamarudin Jaffar menegaskan Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara.
Untuk itu, katanya, keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.
“Sejak merdeka sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan adalah tunjang kepada pemerintahan, yang mana Dun atau Parlimen mempunyai kedudukan, sementara raja mempunyai peranannya, kata beliau.
Majlis Peguam desak Pilihanraya diadakan semula
Presiden Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan berkata pilihanraya tergempar adalah jalan terbaik untuk menangani krisis negeri ini.
Menurutnya, Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman semalam.
“Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).
“Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.
“Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya,” katanya dalam satu kenyataan
Speaker ada kuasa adakan sidang tergempar -Pengalisis politik
Selain itu, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepadaMohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” menurutnya seperti dilaporkan media.
0 comments Labels: krisis negara, Perak, suara keadilan
ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di Jalan Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab sejak semalam berikutan notis penutupan pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. |
Sivakumar pula bertindak menggantung tugas Abdullah Antong kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab secara saksama dan melantik Mohd Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Setiausaha DUN yang baru.
Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Abdullah Antong kelmarin bahawa sidang tergempar DUN yang dipanggil Sivakumar tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap DUN Perak serta Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP itu, juga memberi amaran bahawa mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika cuba menghalang sidang tergempar DUN itu.
Sivakumar berkata, Zulkifli sepatutnya peka dengan Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang menyatakan perbuatan menghalang sidang DUN adalah satu kesalahan.
Amaran itu dibuat berikutan kenyataan Zulkifli petang semalam yang mengingatkan orang ramai supaya tidak berkumpul di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana sidang tergempar DUN itu tidak sah seperti dimaklumkan Abdullah.
"Pihak lawan sekarang menggunakan taktik kotor untuk menghalang DUN daripada bersidang seperti menutup DUN dan menghalang Adun daripada memasuki premis," kata Sivakumar pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Di JAKARTA, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN tanpa terlebih dulu menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Mohamad Nizar yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.
"Saya tidak faham mengapa beliau sanggup melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Ketika ini, banyak masalah lain yang perlu dihadapi. Beliau perlu tunggu hingga mahkamah membuat keputusan... itu adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata, Sivakumar juga perlu bersabar dan bukan menggantung Zambry serta enam Ahli Exconya yang pelantikan mereka mendapat perkenan Sultan Azlan Shah.
Mengenai kemungkinan konflik di Perak selesai jika pilihan raya negeri diadakan, beliau berkata ia tidak perlu kerana perkara itu sudah diputuskan oleh Sultan Perak.
0 comments Labels: Berita Harian, krisis negara, Perak
| Malaysiakini |
| Mar 3, 09 9:00am |
| Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
10.53am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham juga berkata Speaker akan mengambil tindakan menghina dewan terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri. 10.50am: Ngeh berkata, hari ini adalah hari yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis. 10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. 8.50am Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Tiada sebarang tanda akan berlaku kejadian tidak diingini. |
0 comments Labels: krisis negara, malaysiakini, Perak
Krisis ekonomi yang melanda dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat. Tokoh-tokoh ekonomi, kewangan dan ahli politik di seluruh dunia terus berusaha mencari formula terbaik agar krisis kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah melanda dunia pada 1930-an tidak berulang kembali. Hakikatnya masyarakat dunia di setiap lapisan sosio-ekonomi mula terasa keperitan bahang krisis ini.
Bermula dengan krisis pinjaman sub prima di Amerika Syarikat (AS) iaitu satu bentuk pinjaman yang merujuk kepada amalan pemberian pinjaman untuk pembelian rumah kepada peminjam yang secara amnya tidak mampu membayar pinjaman mengikut kadar faedah semasa pasaran telah tidak dapat dibendung lagi.
Kegagalan institusi-institusi kewangan AS mengatasi masalah ini membawa kepada peningkatan jumlah keseluruhan pinjaman sub prima ini. Difahamkan pada March 2007 jumlahnya ialah AS$1.3 trilion iaitu meningkat sebanyak 79 peratus berbanding 2006. Kegagalan ini menyebabkan pembiaya utama pasaran kredit iaitu institusi kewangan mengalami kerugian besar. Ada antara mereka bankrap, diambil alih dan memohon bantuan penyelamat 'bail out' daripada kerajaan AS.
Dari aspek kemanusiaan mungkin langkah memudahkan pemberian pinjaman kepada golongan tidak layak sebagai baik tetapi dari segi prinsipnya tindakan tersebut salah dan berisiko tinggi kerana kegagalan mereka membayar kembali pinjaman mengundang padah yang bukan hanya kepada mereka tetapi AS dan dunia.
Hari ini dunia menyaksikan bagaimana kegagalan institusi-institusi kewangan terkenal yang sering dibanggakan oleh barat dan kerap menjadi penanda aras amalan perbankan dunia tersungkur kerana gagal berpegang kepada etika dan prinsip perbankan sebenar. Polisi perbankan yang lemah, longgar dan mudah dimanipulasi oleh eksekutif-eksekutif kewangan menyebabkan dunia kini di ambang kemeletan ekonomi.
Saham-saham di bursa-bursa saham utama dunia jatuh menjunam. Sebagai contoh Dow Jones Industrial Average (DJIA) mengalami kejatuhan terburuk iaitu jatuh sekitar 4,800 mata dari kadar semasa tertingginya pada 9 Oktober, 2007 iaitu 14,164.53. Pasaran saham Malaysia juga mengalami nasib yang sama apabila indek komposit yang pernah berada pada paras sekitar 1400 mata pada awal tahun 2008 jatuh menjunam ke paras 800 mata.
Apa yang dapat disimpulkan di sini krisis ekonomi hari ini jauh lebih buruk dan teruk berbanding krisis kewangan akibat serangan spekulator kewangan yang melanda Asia pada 1997/98. AS dan dunia mengetahui bahawa krisis ini jika tidak ditangani dengan bijak akan memusnahkan ekonomi dunia. Antara langkah segera yang diambil oleh kuasa besar ekonomi dunia sebagai contohnya AS ialah menyediakan pakej penyelamat bernilai ASS$700 bilion, Great Britain 500 bilion pound, dan China 4 trilion Yuan.
Malaysia yang peka tentang kesan buruk krisis ini turut memperuntukan dana berjumlah RM5 bilion menerusi agensi pelaburannya Valuecap Sdn. Bhd. yang berperanan membeli saham rendah tetapi berpotensi bagi pihak kerajaan. Tindakan ini diharap dapat memberi keyakinan baru kepada pelabur di pasaran saham tempatan. Terbaru kerajaan memperuntukkan dana RM7 bilion lagi untuk menggerakkan projek-projek berimpak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Krisis ini menuntut seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam melindungi negara dari mengalami kesan lebih teruk. Kerajaan pula perlu terus mengenalpasti pendekatan-pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang yang mampu menggerakkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pakej-pakej rangsangan ekonomi harus diperkenalkan dari masa ke semasa.
Hubungan baik sedia ada di antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar diperkukuhkan lagi kerana suasana ekonomi segetir hari ini menuntut kerjasama erat di antara pemerintah dan penggubal dasar kewangan negara. Begitu juga perlunya diwujudkan hubungan baik di antara kerajaan, BNM dan institusi-institusi kewangan negara yang lain agar dasar-dasar baru dapat dibentuk mengikut perubahan persekitaran ekonomi negara dan dunia. Ini akan membantu mereka kekal kompetitif dan mampu menyalurkan pinjaman untuk projek-projek yang mempunyai impak besar kepada ekonomi negara, pelabur domestik dan FDI (Foreign Direct Investment).
l Pelaburan
Di samping itu, usaha menarik lebih ramai FDI menerusi penawaran pakej-pakej pelaburan menarik wajar terus menjadi agenda utama negara. Kemerosotan jumlah FDI akan melembapkan proses pemulihan ekonomi, mengurangkan aliran kemasukan mata wang asing, meningkatkan kadar pengangguran yang turut menjadi punca masalah sosial dan jenayah. Di samping itu, sektor-sektor yang menjadi penyumbang utama kepada KDNK seperti perkhidmatan, pembuatan dan pertanian perlu terus diberi sokongan. Pakej-pakej rangsangan untuk setiap sektor dan di setiap peringkat perlu dikenalpasti dan dilaksanakan dengan telus.
Kerajaan dan pengusaha industri wajar membentuk kerjasama lebih erat agar kesan daripada apa juga pakej rangsangan yang diperkenalkan benar-benar memberi impak kepada industri tersebut dan negara. Di sinilah penjawat awam dituntut menjadikan diri mereka benar-benar professional dalam memastikan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kecekapan dan ketepatan tindakan mereka mampu mengembalikan kedudukan Malaysia salah sebuah destinasi pelaburan utama di kalangan pelabur domestik dan antarabangsa. Jika usaha ini dapat direalisasikan maka masalah kadar pengangguran tinggi yang dialami oleh negara hari ini dapat dikurangkan.
l Rakyat
Dalam persekitaran ekonomi lembab ini golongan rakyat berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk. Peningkatan kos sara hidup yang bermula dari krisis kenaikan harga minyak baru-baru ini melonjakkan perbelanjaan isi rumah rakyat. Kualiti hidup mereka merosot dan ini menjadikan mereka golongan yang boleh dikategorikan berpendapatan di bawah garis kemiskinan.
Menurut kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan daripada jumlah keseluruhan kajian 495,500 isi rumah. Ini menunjukkan 61 peratus daripada rakyat Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai miskin adalah orang Melayu. Hidup dengan pendapatan sebegitu rendah terutamanya buat mereka yang tinggal di bandar besar pastinya amat memeritkan.
Hari ini kita dapat lihat betapa rendahnya kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu di bandar-bandar besar mahupun di kampung-kampung. Walau apa juga sifat buruk yang dikaitkan oleh kaum lain di negara ini, orang luar ataupun orang Melayu itu sendiri terhadap bangsa bernama Melayu ini tidak harus membuatkan kerajaan mula termakan dengan tuduhan-tuduhan mereka dan mula membiarkan mereka terus hidup dalam kemiskinan atas alas an kena bersaing secara meritokrasi.
Langkah-langkah pembangunan modal insan di kalangan anak-anak Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya iaitu yang berada dalam golongan miskin dan tercicir perlu dirancang dengan lebih rapi. Latar belakang ibu-bapa golongan ini yang agak rendah pendidikannya seringkali mendorong mereka tidak memberi penekanan terhadap aspek pendidik. Di sinilah tempat terbaik untuk NGO-NGO Melayu yang sering berbicara soal hak Melayu membuktikan keikhlasan mereka dalam membantu anak bangsanya. Kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan dan NGO mampu membantu mengurangkan keciciran anak Melayu dalam pendidikan.
Kesanggupan sedemikian akan mengeluarkan NGO- NGO tersebut dari tanggapan serong masyarakat yang seringkali beranggap sebahagian daripada NGO Melayu tidak lebih daripada menjadi platform untuk tokoh-tokoh tertentu menonjolkan diri dalam usaha menempatkan dirinya dalam arena politik negara. Di samping itu adalah diharapkan kerajaan tidak sesekali tunduk kepada mana-mana desakan agar mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Ketegasan kerajaan dituntut dan rakyat pasti menghukum kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang jika isu ini tidak ditangani dengan berkesan.
l Minyak
Terdapat beberapa langkah yang boleh kerajaan ambil untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat. Adalah perlu kerajaan menyegerakan penurunan harga minyak. Jika mengikut harga pasaran semasa minyak dunia, kerajaan boleh menurunkannya ke paras sekitar RM1.70 seliter atau lebih rendah. Sebagai negara pengeluar minyak, adalah menjadi hak rakyat untuk menikmati rahmat yang diberikan oleh Allah SWT.
Penurunan ini pasti mampu memberi kelegaan kepada rakyat dan pengusaha di semua sektor dan industri. Rakyat akan dapat menikmati kembali hidup yang lebih berkualiti dan begitu juga dengan pengusaha industri yang pastinya mampu membantu mereka mempertingkatkan semula daya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Melengah-lengahkan penurunan harga minyak akan hanya memburukkan imej kerajaan di mata rakyat kerana majoriti rakyat adalah mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan tidak sewajarnya terlalu bersifat pelindung kepada pengusaha-pengusaha minyak dengan memberi alasan mereka akan kerugian jika harga minyak diturunkan ke paras lebih rendah.
Kerugian adalah lumrah dalam perniagaan tetapi kerugian itu pastinya boleh dielak jika pengusaha mengamalkan strategi perniagaan yang betul di samping menawarkan kualiti perkhidmatan bermutu.
Pada dasarnya sekarang adalah peluang terbaik untuk kerajaan mengotakan janjinya membela rakyat. Kegagalan akan hanya membuatkan rakyat menghukum kerajaan dengan lebih keras lagi dalam pilihan raya akan datang. Isu minyak ini dengan jelas berjaya dieksploitasi oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu dan pastinya ia akan digunakan lagi dalam pilihan raya akan datang. Berdolak-dalih dan beranggapan isu ini terlalu awal untuk dieksploitasi memandangkan pilihan raya masih jauh akan hanya membuka ruang kepada pembangkang untuk terus menjatuhkan populariti kerajaan.
Kesan segera penurunan harga minyak dapat dilihat di mana terdapat beberapa pasar raya dan persatuan restoran menurunkan harga barangan. Ini jelas menunjukkan yang warga peniaga bersedia bekerjasama dengan kerajaan kerana mereka turut memahami keperitan hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dalam hal ini kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih kerap turun ke seluruh pelosok negara iaitu dari Perlis sehingga ke pedalaman Sabah memantau harga barang.
Walaupun ada pasukan pemantau harga tetapi sumbangan mereka masih terbatas. Gunakan juga persatuan-persatuan penduduk sebagai pemantau. Lebih penting langkah penguatkuasaan harus lebih ditonjolkan. Hukum dan dedah mereka yang melakukan kesalahan menjual barang pada harga lebih tinggi berbanding harga kawalan dalam media cetak dan elektronik. Langkah ini dijangka mampu memberi peringatan kepada peniaga.
Di samping itu senarai harga barangan kawalan itu juga perlu disemak dari masa ke semasa. Pastinya kini kerajaan mempunyai perangkaan tentang kadar permintaan dan penawaran untuk setiap barang kawalan tersebut. Maklumat itu boleh atau mungkin telah dikongsi dengan agensi lain bagi memastikan penyelarasan dari segi permintaan dan penawaran barangan serta harga di pasaran dapat dibuat dengan tepat dan menyeluruh. Kepentingan memastikan barangan dijual mengikut harga yang ditetapkan adalah penting kerana majoriti rakyat tinggal di luar bandar dan kebanyakan mereka tidak punya kesempatan atau peluang untuk membeli barang keperluan di pasar raya-pasar raya besar tersebut. Kalau pendekatan ini tidak digembeling maka penderitaan rakyat pasti akan berpanjangan.
l Kad Kredit
Jika dilihat dari perspektif cara rakyat berbelanja mungkin beberapa langkah wajar diberi perhatian. Kecenderungan untuk berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan semakin ramai rakyat menanggung beban hutang dan ada yang sampai ke tahap muflis. Gejala ini amat wajar diberi perhatian kerana perancangan kewangan yang lemah akan memusnahkan ekonomi individu, keluarga, bangsa dan negara. Berbelanja di luar kemampuan pastinya membawa permasalahan ini. Krisis subprima yang meletakkan AS dan dunia di ambang kemelesetan ekonomi jelas menunjukkan bahawa sikap suka berhutang iaitu melebihi kemampuan kewangan sebenar adalah sangat berbahaya.
Dalam konteks penggunaan kad kredit di Malaysia yang bagaikan menjadi trend yang melambangkan status dan gaya hidup terutamanya di kalangan golongan muda telah meningkatkan jumlah individu muflis akibat penggunaannya kepada 1873 orang pada 2007. Dilaporkan tunggakan pinjaman kad kredit mencecah RM21.6 bilion sehingga September tahun lalu dan sebanyak RM591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL).
Kad kredit adalah ah long elektronik. Kadar faedah yang agak tinggi, sekitar 18 peratus setahun seringkali membuatkan pengguna terbeban terutamanya buat mereka yang tidak berdisiplin dalam membuat pembayaran. Seseorang itu mungkin perlu memiliki kad kredit jika ianya hanya untuk kegunaan semasa kecemasan, membuat transaksi di Internet atau apa juga aktiviti berkaitan kewangan dan sewajarnya berperanan sebagai perantara sementara. Jika tidak ada kemungkinan sedemikian, maka adalah lebih baik tidak memilikinya.
Di samping itu, langkah pencegahan dengan mengenakan syarat-syarat permohonan kad kredit yang lebih ketat wajar dilaksanakan terutamanya dalam konteks persekitaran ekonomi hari ini. BNM mungkin perlu menyemak kembali syarat-syarat yang diguna pakai sekarang. Kerakusan pihak bank mempromosi kad kredit ini amat jelas kerana kad tersebut mudah diperoleh kerana mereka menggunakan ejen-ejen pemasaran yang diragui pengetahuan kewangannya untuk tujuan mempromosi kad kredit mereka.
Apa yang dapat dilihat, tiada langsung aspek nasihat tentang cara penggunaan, kebaikan dan keburukan penggunaannya. Ejen-ejen ini ini lebih cenderung mengejar komisen untuk setiap pelanggan yang berjaya dipengaruhi. Senario ini adalah perkembangan yang sangat tidak sihat dalam persekitaran ekonomi seperti hari ini.
BNM mungkin perlu lebih bertegas kerana peningkatan kos sara hidup dewasa ini mungkin akan menarik lebih ramai individu ingin memiliki atau menambah bilangan kad kredit mereka. Kebebasan memiliki kad kredit tanpa had juga amat membimbangkan kerana pada kebiasaannya setiap individu mempunyai dua atau lebih kad kredit. Apa akan berlaku jika individu itu menggunakan kesemua kadnya dan gagal menjelaskan hutangnya. Oleh itu, tindakan tegas dan semakan semula kelayakan memohon kad kredit adalah diperlukan kerana langkah sedemikian mampu membantu sistem kewangan dan ekonomi negara terus berada di landasan betul.
Dengan kata lain, langkah-langkah mengenal pasti dan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi individu, bangsa dan negara harus digembeling secara komprehensif. Masalah kelembapan ekonomi ini tidak harus ditangani oleh satu golongan sahaja. Dengan kata lain institusi kerajaan dan swasta, penguasa dan rakyat jelata, peniaga dan pengguna harus memainkan peranan secara positif iaitu bersama-sama membentuk persekitaran ekonomi domestik yang kondusif dan kukuh. Daya tahan ekonomi sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya.
Seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu dan melihat kelembapan ekonomi hari ini sebagai satu peluang untuk memperbetul, membina dan mengukuhkan asas ekonomi negara ke tahap lebih baik lagi kerana dengan komitmen sedemikian Malaysia mampu mendepani cabaran kemelesetan eokonomi yang sedang melanda dunia kini.
0 comments Labels: ekonomi, krisis negara, utusan
| |
| tiga pakar terapi minda, Nor Azizan Abdul Majid (kanan) dan Rahmat Setiawan (kiri) berbincang dengan Bidi Ardi langkah untuk meredakan kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam. |
KUANTAN 2 Sept. - Segelintir daripada 11 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, di sini yang berpindah ke sekolah lain akibat diserang histeria, masih mengalami gangguan sama ketika berada di sekolah baru mereka.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang ibu mangsa, Mariah Mat Zain, 50, yang terpaksa membawa anaknya, Nor Faizah Mohd. Mustafa, 14, ke SMK Tanjung Lumpur hari ini bagi menerima rawatan setelah diserang histeria kira-kira pukul 8 pagi di sekolah barunya di SMK Soi.
Mariah berkata, sejak dipindahkan ke sekolah baru tiga minggu lalu, gangguan pagi ini adalah kali kedua dialami anaknya sehingga memaksa dia membawanya semula ke sekolah lama untuk dirawat.
''Masuk kali ini sudah enam kali anak saya diserang histeria, ia sangat membimbangkan. Setiap kali diserang, anak saya akan berubah menjadi ganas.
''Ketika ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini baru-baru ini setelah diserang histeria, dia boleh melepaskan diri daripada lima lelaki yang cuba mententeramkannya dengan memutuskan kain yang mengikat tangannya di katil," katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah tersebut di sini hari ini.
Berikutan gangguan itu juga, jelas Mariah, anaknya terpaksa membatalkan puasanya hari ini kerana keletihan setelah dirawat.
Sementara itu, sukarelawan dan pakar terapi daripada Aur Asyifa' Malaysia, Nor Azizan Abdul Majid berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan perubatan secara saintifik iaitu terapi minda dengan bantuan dua pakar terapi daripada Aur Syifa' Bandung, Indonesia, Rahmat Setiawan, 49, dan Bidi Ardi, 33.
Katanya, menerusi kaedah hipnoterapi yang menggunakan minda sedar dan minda bawah sedar itu, guru-guru sekolah itu akan diberikan penerangan mengenai kaedah mengawal keadaan dan pelajar sekiranya histeria berulang lagi.
''Jika dibenarkan, kita ingin membuat perjumpaan tertutup dengan guru-guru, kita akan menjalankan terapi ke atas guru-guru supaya mereka boleh mententeramkan pelajar menggunakan kaedah yang sama.
''Kaedah ini selamat dan tidak menyakitkan seperti yang diamalkan pengamal perubatan tradisional sebelum ini," katanya yang datang ke sekolah itu hari ini bagi meninjau masalah sebenar yang berlaku.
Ditanya apakah punca yang menyebabkan gangguan berterusan itu, Nur Azizan memberitahu, ia sebenarnya berkait rapat dengan masalah kemurungan dan trauma yang dialami para pelajar.
Tanpa menafikan kewujudan entiti yang menjadi salah satu punca gangguan, beliau berkata, kaedah yang dipraktikkannya akan cuba mengubah persekitaran sekolah yang suram kepada ceria bagi mengembalikan 'mood' pelajar.
''Kita orang Melayu sering dimomokkan dengan benda-benda seperti hantu, jadi bila kejadian histeria berulang, ia akan turut menjangkiti pelajar lain dan akhirnya ia tidak berkesudahan," katanya.
Tambah beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak-pihak berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan di sekolah itu hari ini mendapati masih terdapat empat hingga lima pelajar perempuan diserang histeria walaupun pada hari pertama persekolahan pada bulan Ramadan.
Selain meracau-racau dengan suara ganas, salah seorang daripada pelajar terpaksa dibawa keluar ke surau sekolah bagi menerima rawatan.
0 comments Labels: krisis negara, utusan
KUALA LUMPUR - Harga barangan yang murah tidak membawa makna jika orang ramai gagal membelinya.
Itulah realiti yang dihadapi sebilangan pembeli di ibu negara serta beberapa negeri akibat kesukaran mendapatkan beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15) dan super spesial tempatan 10 peratus (SST10).
Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati mereka, rak-rak beras itu diisi dengan beras siam wangi yang lebih mahal.
Peniaga runcit serta pasar raya besar pula mendakwa pemborong sengaja tidak hantar bekalan.
Tinjauan Kosmo! di sebuah pasar raya besar di Ampang petang mendapati, pihak pengurusannya terpaksa meletak notis berbunyi, 'Pembekal cuba meningkatkan harga beras super tempatan. Kami sedang berunding untuk mengekalkan harga rendah, namun pembekal enggan menghantar stok ke stor kami.'
Seorang kakitangan pasar raya itu berkata, pembekal enggan menghantar stok kerana mendakwa harganya yang rendah tidak menguntungkan mereka.
"Kerajaan telah menetapkan harga kawalan baru bagi beras tempatan ini berkuat kuasa 1 Jun lalu tetapi, pada 4 Jun diumumkan pula kenaikan harga petrol dan diesel,'' katanya.
0 comments Labels: kosmo, krisis negara
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 13, 08 6:57pm |
| Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit". Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid. Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC. Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ. Bawa kain rentang Seorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing. Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC. Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo. Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi. Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu. Bersurai jam 3.20 petang Kesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut. Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit". Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ. Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS. Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes). Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu. Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian. Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman. Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka. |
| |
| HARGA BARU... Pemilik kenderaan, Izreen Munira Mohamed Zakri mengisi minyak sebanyak RM50 di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam dan dia hanya mendapat 18.49 liter berbanding 26 liter sebelum harga petrol dinaikkan kelmarin.– Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH |
KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Saranan supaya kenaikan itu disemak kembali dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan menjadi bertambah mahal.
Orang ramai yang ditemui hari ini menghargai langkah kerajaan terus memberikan subsidi kepada mereka berikutan kenaikan harga bahan api itu tetapi berharap harganya diturunkan sedikit kerana kenaikan kali ini terlalu tinggi.
Kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri termasuk di Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang mendapati orang ramai mengakui kenaikan harga barangan akibat penstrukturan semula subsidi minyak tidak dapat dielakkan.
Kenaikan harga minyak, menurut mereka, akan menyebabkan kos yang ditanggung oleh pelbagai pihak khususnya peniaga meningkat menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos pengangkutan.
Seorang peniaga kedai runcit di Johor Bahru, Tan Lian Chu, 40, berkata, kenaikan harga minyak memberi impak besar kepada pengguna, peruncit dan pemborong yang saling berkaitan antara satu sama lain.
“Bahan mentah selalunya tidak menentukan harga kerana ia sekejap naik, sekejap turun, tetapi apabila harga petrol naik, pasti akan berlaku kenaikan harga,” katanya.
0 comments Labels: bela rakyat, krisis negara, subsidi, utusan
| |
| |
KUALA LUMPUR 4 Jun - Ahli Ekonomi menganggap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tengah malam ini sebagai satu langkah baik bagi jangka panjang ekonomi negara.
"Ia memang memeritkan untuk jangka pendek, tapi membawa banyak manfaat untuk jangka panjang, dari segi kestabilan ekonomi yang lebih baik, dan mengurangkan ketidakseimbangan," kata ketua ahli ekonomi perkhidmatan RAM Consultancy, Dr. Yeah Kim Leng.
Beliau berkata kenaikan itu pada dasarnya bertujuan melegakan kedudukan fiskal Malaysia, supaya dalam tempoh jangka panjang ia akan menjadi lebih efisien dan lebih bersedia berhadapan dengan kenaikan harga, serta lebih teguh.
"Memang kenaikan 40 peratus amat besar dalam sejarah, ia amat bermakna dan cukup besar, tapi sekiranya ia disalurkan dengan teratur untuk projek-projek pembangunan dan untuk penambahbaikan projek-projek pengangkutan awam, orang ramai akan mampu menyokongnya," katanya ketika dihubungi malam ini.
Kim Leng berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain membenarkan kenaikan itu kerana mereka sudah menyekat langkah itu dan tidak membuat sebarang pengubahsuaian, sejak satu setengah tahun lalu, walaupun harga minyak sudah meningkat.
"Ia mengakibatkan bajet defisit bergerak ke tahap tidak mapan. Jadi hari ini anda lihat pengubahsuaian 40 peratus, yang merupakan angka yang cukup besar, tapi masih disertakan dengan subsidi," katanya.
Beliau berkata, cabaran kerajaan ketika ini adalah bagaimana cara menangani reaksi orang ramai terhadap kenaikan harga minyak yang tinggi itu.
"Bagi kumpulan berpendapatan tinggi dan sederhana, kenaikan itu mungkin tidak besar, tapi ia akan menjejaskan permintaan mereka. Mereka mungkin mampu tapi terpaksa mengurangkan simpanan, yang bermakna pendapatan sebenar diturunkan," katanya.
"Bagi kumpulan berpendapatan rendah pula, cadangan kerajaan untuk memberikan rebat boleh membantu mereka menangani kenaikan itu. Perbelanjaan mereka juga akan menjadi kurang, dan pastinya memberi kesan kepada pembelian," katanya.
Beliau menjangka kenaikan dalam harga makanan adalah sederhana.
"Berdasarkan kepada kenaikan harga petrol pada 2006, ia dilihat tidak memberi kesan ketara dalam pertumbuhan ekonomi. Tapi dengan kenaikan terbaru ini, saya jangka kerajaan akan mengkaji semula pertumbuhan ekonomi yang menguncup setengah atau satu peratus," katanya.
Sementara itu pakar ekonomi, Prof. Dr. Mansor Jusoh berkata, pembayaran tunai kepada warga Malaysia yang mempunyai kenderaan persendirian atau motosikal akan memberikan manfaat kepada golongan pertengahan dan bawahan.
"Bagaimanapun, ia tidak menyeluruh kepada golongan miskin yang mungkin tidak mempunyai kenderaan tetapi terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme khas bagi membantu golongan miskin.
Pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc akan menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan yang dimiliki.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal yang dimiliki.
Pembayaran itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan atau diberi secara kiriman wang melalui pejabat pos di seluruh negara bermula 1 Julai depan.
- Bernama
0 comments Labels: krisis negara, subsidi, utusan
| Harakahdaily M Khaleel Kas Thu | Jun 05, 08 | 7:28:45 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam telah menyebabkan keadaan huru-hara di ibu kota dan seluruh negara. Tindakan para pemilik kenderaan yang berpusu-pusu mengisi minyak di stesen minyak Caltex di Jalan Pahang Barat telah menyebabkan kesesakan di Bulatan Pahang dan manakala keadaan serupa di stesen minyak Petronas di Jalan Tun Razak telah mengakibatkan kesesakan teruk di sepanjang jalan berkenaan. Seorang petugas di stesen Caltex di Jalan Pahang yang enggan dikenali berkata, keadaan agak sukar dikawal kerana para pengguna seolah-olah diserang histeria. "Seawal jam 5 petang kenderaan mula berpusu. Ramai yang serbu sehingga ada beberapa pelanggaran kecil dan situasi di hadapan Hospital Tawakal sesak teruk,"jelasnya. Sementara itu, seorang penunggang motosikal yang ditemui, Birang Abdullah, 58, berkata ada pengusaha stesen yang sengaja menutup perniagaan lebih awal. "Ini dah stesen keempat saya masuk. Sebelum ini beberapa stesen mereka tutup dan hanya dibuka satu atau dua pam sahaja. "Bila kita soal mereka kata minyak dah habis. Mana boleh begitu, takkan baru jam 6 petang dah habis. Mesti mereka berkomplot nak jual dengan harga baru lepas tengah malam tadi," marahnya setelah gagal untuk mengisi minyak di beberapa stesen minyak sebelum itu. Selain itu, beliau juga agak kesal kerana ada pengusaha yang menolak untuk mengisi minyak apabila beliau membawa tong minyak tambahan. "Mana ada undang-undang kata kita tak boleh isi tong tambahan, saya bukan nak seludup hanya nak isi tong tambahan untuk motosikal saya yang satu lagi di rumah," ulasnya sambil menunjukkan sebuah tong kosong sebesar tong minyak pelincir 4 liter. Kesemua stesen minyak yang terletak di sekitar bandar raya "ditawan" dalam masa beberapa minit sahaja selepas kenaikan bahan api diumumkan Abdullah. Tinjauan juga mendapati Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Bangsar, Jalan Sultan Ismail, Cheras dan Ampang antara jalan yang paling teruk mengalami kesesakan lalulintas. Di Jalan Kuching misalnya kenderaan bergerak terlalu perlahan dalam jarak empat kilometer. Seorang pengurus stesen minyak Shell di Batu 5, Gombak, Abdul Selamat, 45, berkata beliau terkejut dengan ratusan kenderaan yang menyerbu stesen minyak itu. "Ini adalah kali pertama keadaan seumpama ini berlaku sejak 1998. Sehingga kami terpaksa meminta lori tangki petrol datang isi simpanan petrol. Ada juga pemilik kenderaan yang tidak sabar dan potong barisan," katanya ketika ditemui di sini. Kesesakan lalulintas ini menyebabkan polis trafik terpaksa ditugaskan bagi mengawal keadaan di beberapa jalan yang sesak teruk. Ada juga kenderaan yang kehabisan petrol, akibat terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalulintas dan ada juga yang berlanggar sesama sendiri untuk berebut mengisi petrol. Sementara itu sebuah stesen minyak di Taman Melawati terpaksa ditutup selepas kehabisan petrol. Di PULAU PINANG, Bernama melaporkan sejam selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, hampir kesemua stesen minyak di negeri ini diserbu pengguna yang mahu mengisi tangki minyak kenderaan mereka sebelum pukul 12 malam ini. Tinjauan di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan beratur panjang sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk antaranya di Jalan Perak, Jalan Datuk Keramat, Jalan Argyll dan Jalan Anson. Seorang pesara polis, Harun Ismail, 56, menyifatkan kenaikan harga petrol secara mengejut itu amat melampau dan membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Harun, yang mengetahui mengenai kenaikan harga itu melalui berita TV petang ini, bergegas ke stesen berhampiran untuk mengisi tangki keretanya. "Saya baru tengok berita petang ini. Kalau tanya semua pengguna pun mereka akan kata kenaikan ini sangat melampau. Pengumuman dibuat tiba-tiba sahaja dan ini membebankan orang ramai terutamanya pesara macam saya," katanya. Seorang kakitangan penjara, Suhaimi Ismail, 27, yang kebetulan berada di stesen minyak Jalan Perak terkejut melihat deretan kenderaan menunggu giliran. Kakitangan MAS Kargo, Rahmat Abdul Majid,35, pula kesal dengan pengumuman itu kerana baru sahaja dimaklumkan bahawa kenaikan itu mungkin pada bulan depan atau Ogos ini. "Ini melampau. Kata nak naik bulan Julai atau Ogos tetapi tiba-tiba sahaja umum esok akan naik harga. Kerajaan perlu pantau balik keadaan ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim ketika dihubungi mahu kerajaan mencari jalan yang lebih efektif untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya sewaktu harga barangan makanan semakin meningkat. "Saya dukacita dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini. Sepatutnya, setiap kenaikan harus dibuat secara beransur-ansur dan bukan drastik begini," katanya. Ketika ditanya bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kepada penduduk di sini, beliau berkata: "Kalau harga beras naik, kita boleh lagi bagi bantuan beras kepada orang miskin seperti yang telah kita lakukan baru baru ini tetapi sekarang harga minyak pula naik. Takkan kita kena bagi minyak pula." Presiden Persatuan Teksi Orang India Pulau Pinang, P.Raman berkata, kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan kepada sektor pengangkutan. Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota persatuan itu dalam masa terdekat ini untuk menentukan sama ada tambang teksi akan dinaikkan atau tidak. Pengerusi Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Wilayah Utara, Dato' O.K.Lee berkata, kenaikan harga petrol dan diesel serta kenaikan tarif elektrik sebanyak 18 peratus untuk pengguna domestik dan 26 peratus untuk industri akan memberikan kesan yang amat besar terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (SMI) di negara ini. Katanya, pengusaha berkenaan mungkin akan menaikkan harga produk dan beban kenaikan kos itu akan ditanggung rakyat yang menggunakan produk berkenaan atau terpaksa "menutup kedai" jika harga tidak dinaikkan. Beliau bimbang Malaysia akan kehilangan kompetitif dari segi tarikan pelaburan berikutan kenaikan itu. Katanya dengan kenaikan harga minyak, Petronas akan menjadi semakin kaya dan jika mereka menaikkan pula harga gas kepada pengeluar elektrik seperti Tenaga Nasional (TNB) dan pengeluar tenaga persendirian (IPP), mereka dijangka mempunyai keuntungan yang berlipat kali ganda. "Saya cadangkan Petronas membiayai pengwujudan lebih banyak sistem tenaga pengangkutan seperti pengangkutan transit ringan (LRT) di negara ini bagi mengurangkan kos pengangkutan yang perlu ditanggung rakyat," katanya. - mks. |
0 comments Labels: barang naik, Harakahdaily, krisis negara, Pak Lah undur
Mstar Online
04-06-2008 08:32:43 PM
EKORAN KEPUTUSAN KERAJAAN MENAIKKAN HARGA PETROL DAN DIESEL BERKUAT KUASA TENGAH MALAM INI, ORANG RAMAI 'MENYERBU' STESEN-STESEN MINYAK DI SELURUH NEGARA. DI KEBANYAKAN STESEN, PEMILIK ENGGAN MENJUAL MINYAK MANAKALA DI SESETENGAH TENGAH PULA, ADA YANG MENDAKWA SUDAH KEHABISAN MINYAK. MACAM-MACAM KERENAH DIHADAPI PENGGUNA.
DI JOHOR BAHRU, JOHOR:
DI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN:
DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR:
DI BANGSAR, KUALA LUMPUR
DI IPOH, PERAK:
DI KUANTAN, PAHANG:
0 comments Labels: barang naik, gambar, krisis negara, mstar online
CERIA: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah diiringi Abdullah dan Mohamed Jawhar (tengah) ketika menghadiri majlis perasmian Rundingan Meja Bulat ke-22 Asia Pasifik, di ibu negara, semalam. |
KUALA LUMPUR: Malaysia mengajak komuniti antarabangsa mengkaji kemungkinan menggantung urus niaga minyak dalam pasaran hadapan bagi menangani kenaikan mendadak harga bahan api itu yang turut melonjakkan harga komoditi lain, termasuk makanan.
Ketika mengemukakan saranan itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, komuniti antarabangsa perlu mengambil langkah berani yang belum pernah dilakukan itu untuk mengelak bidaan spekulatif yang menyebabkan kenaikan melampau harga minyak.
Perdana Menteri memberi contoh Jepun ketika ini sudah pun menggantung urus niaga beras dalam pasaran hadapan serta menawarkan untuk menjual beras daripada stok penimbalnya pada harga lebih rendah."Kita harus mengkaji langkah sedemikian bagi kemungkinan melaksanakannya untuk pasaran minyak, iaitu penyumbang penting yang melonjakkan harga komoditi lain.
"Semua langkah ini tentunya memerlukan rundingan dan perjanjian pada peringkat antarabangsa," katanya dalam ucaptama pada Rundingan Meja Bulat ke-22 Asia Pasifik, di sini semalam.
Turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan serta Pengerusi Isis-Asean, Prof Dr Carolina Hernandez.
Lebih 200 peserta termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Taiwan dan negara Asean, menghadiri program anjuran Isis Malaysia dan Isis-Asean itu.
Abdullah berkata, kenaikan mendadak harga bahan makanan, minyak dan komoditi memerlukan maklum balas global kerana usaha peringkat serantau dan nasional biasanya terhad.
Katanya, beban kenaikan harga yang kini sebahagian besarnya ditanggung negara membangun dan miskin, dengan mudah boleh melimpah kepada masyarakat maju.
Malah, katanya, protes, demonstrasi dan rusuhan makanan sudah berlaku di banyak negara membangun termasuk di rantau ini, tetapi tahap kebimbangan serupa tidak berlaku di kalangan negara maju kecuali berkaitan kenaikan harga minyak.
0 comments Labels: Berita Harian, krisis negara
| | | |
| Oleh Mstar | |
| Selasa, 03 Jun 2008 | |
| KL: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencadangkan agar perdagangan minyak di pasaran hadapan digantung bagi mengekang kenaikan harga yang melampau disebabkan oleh kegiatan spekulasi harga. Beliau bagaimanapun berkata, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan selepas perbincangan dan persetujuan di peringkat antarabangsa. Katanya,langkah serupa telah pun diambil oleh Jepun bagi mengatasi masalah kenaikan harga beras. Negara itu katanya, juga telah menawarkan untuk menjual beras daripada simpanan stoknya pada harga lebih rendah. "Kita perlu mengkaji menggunakan strategi yang sama bagi pasaran minyak yang menjadi faktor utama pada kenaikan barangan lain di dunia," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik ke-22 di sini. Abdullah berkata, kenaikan harga barangan makanan dan bahan bakar kini menjadi masalah utama di kebanyakan negara membangun sehingga mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan terhadap kerajaan di beberapa negara. Katanya, harga beras yang menjadi makanan ruji di Asia meningkat sehingga 76 peratus dalam tempoh lima bulan kebelakangan, harga makanan keseluruhannya meningkat 83 peratus dalam tempoh tiga tahun dan harga minyak pula naik sehingga 40 peratus dalam tempoh lime bulan pertama tahun ini. Sehubungan dengan cadangannya itu, Abdullah menggesa agar Rizab Keselamatan Makanan Asean meningkatkan simpanan berasnya bagi menjadikannya lebih berkesan sebagai mekanisma menstabilkan harga dan bekalan bahan itu di rantau ini. Dalam isu keselamatan di rantau Asia Pasifik pula, Abdullah mencadangkan agar pendekatan keras menggunakan intimidasi dan paksaan dalam menyelesaikan permasalahan antara negara dikurangkan. Sejarah, katanya, telah membuktikan bahawa pendekatan yang menggunakan ugutan dan intimidasi, katanya, tidak berkesan melainkan jika pihak yang terlibat lemah. |
0 comments Labels: klpos, krisis negara
| Malaysiakini |
| May 23, 08 5:53pm |
| Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada. Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor. Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura. Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. Begitu juga dengan Terumbu Karang Selatan. Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di Hague, menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang". Fakta sejarah dan perundangan Bernama memetik Rais dalam temubual yang disiar secara langsung oleh RTM1, sebagai berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia. "Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran
Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara. "Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut," kata Rais. Beliau berkata, kedua-dua pihak sedang mengkaji alasan yang diberi oleh mahkamah berkaitan keputusan yang diumumkan hari ini. Tubuh jawatankuasa "Jadi kesimpulannya pada pagi ini dalam keadaan win-win situation inilah ita dapat menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan," katanya.
Beliau berkata alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun "Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura," katanya. Rais berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. "Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. "Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia," katanya.
|
0 comments Labels: ICJ, krisis negara, malaysiakini
Peniaga dakwa perniagaan merosot berikutan pembeli berjimat cermat
KUALA LUMPUR: Harga beras terutama beras hancur mengalami peningkatan 10 hingga 20 peratus menyebabkan ramai pengguna serta peniaga merungut kerana terpaksa membayar sehingga RM30 untuk 10 kilogram beras.
Kenaikan harga beras turut menyebabkan kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus yang harganya dikawal.
Tinjauan Berita Harian mendapati, hanya segelintir pengusaha kedai runcit masih mengekalkan harga lama beras hancur iaitu sekitar RM1.40 sekilogram.
Seorang pekedai runcit, Selvarani, berkata pihaknya kini terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga beras hancur oleh pemborong sebanyak RM6 daripada harga lama, RM34 bagi 10 kilogram beras.
“Disebabkan simpanan beras yang banyak, kami masih menjualnya pada harga lama bagi membolehkan pelanggan yang sering berkunjung membeli dengan harga lama dan bersiap sedia dengan harga baru."Kami akan mula menjual dengan harga baru apabila bekalan stok beras lama habis dijual," katanya.
Peniaga, Rofi Hassan, berkata peningkatan harga itu turut menyebabkan barang berasaskan beras hancur seperti tepung beras mengalami kenaikan harga dan menjejaskan perniagaannya.
"Jika sebelum ini orang ramai gemar membeli goreng pisang, namun dengan kenaikan harga beras, duit yang dulunya digunakan untuk membeli bahan makanan sampingan sekarang terpaksa disimpan untuk membeli beras.
“Akibatnya perniagaan kami terjejas dan pendapatan mula merosot kerana pengguna terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka," katanya.
Seorang lagi peniaga kedai makan, Amijah Shahari, berkata walaupun harga beras mula meningkat sejak tiga minggu lalu pihaknya masih tidak menaikkan harga jualan nasi di gerainya.
"Bagaimanapun, kami terpaksa mengurangkan kuantiti nasi yang dijual bagi mengimbangi kenaikan harga untuk mengelakkan aduan pelanggan terhadap kenaikan harga jualan beras.
“Kami mengambil inisiatif mengurangkan kuantiti beras dalam jualan berikutan harga sedia ada masih dianggap mahal.
“Dulu harga beras hanya RM18 tapi kini kami terpaksa membayar sehingga RM27 bagi 10 kilogram beras untuk jualan setiap hari,” katanya.
Beliau berkata, kenaikan harga beras hancur membebankan pengguna yang berpendapatan rendah kerana ia adalah keperluan utama hidup mereka.
Sementara itu, Penasihat Biro Ekonomi Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Semat Mahmud, berkata kenaikan harga bahan berkenaan di pasaran tempatan sejak beberapa minggu lalu umpama pesta di kalangan syarikat pembekal beras.
Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Padiberas Nasional Berhad (Bernas), melaksana langkah lebih tegas menangani masalah kenaikan harga beras.
“Kenaikan mendadak harga bijirin yang menjadi makanan ruji rakyat itu menyebabkan orang ramai kini resah dan mula mempersoalkan keberkesanan usaha serta langkah pihak terbabit dalam mengekang masalah berkenaan.
“Saya yakin menteri yang dilantik menerajui KPDNHEP adalah seseorang yang berkaliber dan berpengalaman, sekali gus mampu mengatasi masalah dihadapi dan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan menyorok bekalan berkenaan,” katanya.
0 comments Labels: barang naik, Berita Harian, krisis negara
| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |