+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Datuk Seri Najib, awak bohong ke?

penarikbeca

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar beritahu saya, "Hang tengok news ChannelNewsAsia. Dia kata Malaysia ni dah nak technical recession, kan?

"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal.

"Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.

"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak.

"Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi.

"Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk.

"Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.

"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"

Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction

KUALA LUMPUR: Malaysia's export-dependent economy shrank 6.2 per cent in the first three months of 2009 and was headed for a technical recession, the central bank said Wednesday.

Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz said that second-quarter results "will be very similar" to the outcome in the first quarter which saw the economy contract for the first time in nearly eight years.

"We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.

Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.

Zeti said a recovery in the economy, which has been battered by falling exports and manufacturing, will gather pace in the second half of the year.

"In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference.

The economy grew by a bare 0.1 per cent in the last quarter of 2008, but the first 2009 quarter's outcome was worse than economists had expected.

In March, the government warned the economy could contract by 1.0 per cent this year despite a massive, 16.2-billion-dollar stimulus package, dumping its earlier target of 3.5 per cent growth.

However, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said earlier this week that the contraction would be sharper than previously forecast.

"I cannot tell you but it will definitely be below minus 1.0 per cent," he said.
Berita Harakah 5/11/08
Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.

Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.

"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.

Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.

Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.

Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah

Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998

Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.

Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.

"Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.

Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.

Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.

Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).
Datuk Seri Najib, kawan tak nak kata awak pembohong jenis compulsive liar. Kawan nak tanya je, awak bohong ke?

Berkaitan:
The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)
Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2% (Bloomberg)
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction (AFP)
Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter (AP)
Economy contracts 6.2% in 1Q (The Nut Graph)
Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)

Read More...

Ekonomi merosot bawah -6 peratus

Malaysiakini

May 27, 09 5:35pm

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.

Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.

Gabenor Bank Negara berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju, lapor Bernama.

"Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama (2009)," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara hari ini.

"Malaysia dijangka menyaksikan perubahan ketara dalam suku ketiga tahun ini dan pertumbuhan positif pada tahap yang lebih tinggi pada suku keempat, yang akan berterusan pada tahun depan.

"Peningkatan akan berlaku, namun ia juga bergantung kepada persekitaran domestik dan luar negara.

"Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk."

Mengulas lanjut mengenai penguncupan suku pertama, Dr Zeti berkata ia disumbangkan oleh ambilan iventori yang besar, terutama dalam sektor pekilangan dan komoditi.

Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah.

Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan.

Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan, lapor agensi berita itu lagi.

Sektor perkilangan merosot dengan ketara sebanyak 17.6 peratus (suku keempat tahun lalu: -8.8 peratus), didorong oleh pengucupan 23.1 peratus dalam industri berorientasikan eksport.

Industri elektrik dan elektronik merosot sebanyak 41.4 peratus.

Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan yang mendatar dengan kemerosotan kecil 0.1 peratus (suku keempat tahun lalu: +5.7 peratus) terjejas terutamanya oleh subsektor yang berkait rapat dengan sektor perkilangan.

Sektor pertanian merekodkan penguncupan sebanyak 4.3 peratus (suku keempat tahun lepas: +0.5 peratus) disebabkan pengeluaran minyak sawit dan getah yang lebih rendah.

Kemerosotan dalam sektor perlombongan sebanyak 5.2 peratus (suku keempat 2008: -5.7 peratus) disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dan pengeluaran gas asli.

Sementara itu, sektor pembinaan pulih untuk mencatat pertumbuhan yang positif sebanyak 0.6 peratus (suku keempat tahun lalu: -1.6 peratus) berpunca daripada peningkatan dalam pembinaan segmen ruang pejabat dan segmen bernilai tinggi dalam subsektor kediaman.

Kadar inflasi menyederhana kepada 3.7 peratus pada suku pertama (suku keempat 2008: 5.9 peratus) disebabkan inflasi yang lebih rendah dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol dan pengangkutan.

Inflasi terus menjadi sederhana kepada 3.0 peratus pada April.

Dr Zeti berkata penyederhanaan selanjutnya dijangkakan dalam dua suku berikut dengan kadar inflasi di bawah 2.0 peratus bagi tahun ini.

Sementara itu, agensi berita nasional itu turut melaporkan Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, yang bertaraf menteri tetapi bukan anggota kabinet, berkuatkuasa Isnin ini.

Perdana menteri berkata majlis itu akan melapor terus kepada beliau, termasuk menasihati kerajaan dalam membentuk satu model baru ekonomi negara yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.

"Ia selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara
yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi dan seterusnya ke arah status negara maju pada tahun 2020 nanti," kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Anggota-angota lain majlis itu yang terdiri daripada pakar ekonomi dari dalam dan luar negara akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Read More...

Wednesday, May 27, 2009

Ekonomi merosot bawah -1%

Malaysiakini

May 26, 09 8:36pm

Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0
peratus dan 1.0 peratus.

Menurut Bernama, BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok.

"Tunggu pengumuman BNM esok," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan
Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya (lusa) mengenai unjuran baharu KDNK 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara."

Tambah Husni, ekonomi bagaimanapun dijangka pulih dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai.

Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya KDNK akan dicatatkan positif.

Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.

Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.

Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baharu negara ini.

"Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi.

Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat.

"Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita merupakan
sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya.

Read More...

Wednesday, April 15, 2009

Simpan emas lebih untung

Berita Harian

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my




Etika Emas tawar skim simpanan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan

MEMBELI emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan.

Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.

Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.

Presiden Etika Emas Estet Berhad, Mohd Amin Supian, berkata emas adalah logam berharga yang sentiasa disebut di dalam Tamadun Islam dan peradaban dunia.



Perkataan emas atau 'gold' berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya.

"Seistimewa rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya," katanya.

Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW.

"Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah," katanya.

MOHD AMIN menunjukkan jonkong emas pelbagai saiz yang dijual untuk skim pelaburan di Etika Emas.

Bertitik tolak daripada kesedaran mengenai kepentingan menyimpan emas, Mohd Amin dan kumpulannya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen.

Sebagai jaminan, setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu ditawarkan Bank Rakyat.

Selain itu, Etika Emas yang ditubuhkan dua tahun lalu itu juga turut menawarkan khidmat perundingan kepada pelanggan mengenai cara mengurus aset emas dengan bijak selain koperasi bagi menguruskan sendiri skim pajak gadai emas berlandaskan Syariah atau Ar-Rahnu dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Kata Mohd Amin, selepas mengetahui kehebatan penyimpanan emas, dia melakukan banyak penyelidikan dan pembacaan malah turut berkongsi pengetahuan mengenai penyimpanan emas daripada rakan-rakan yang sudah lama membeli dan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.

"Perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang sudah siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan kerana pembelian jongkong emas membolehkan kita mendapat keuntungan bersih.

"Emas yang dibeli dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh. Justeru, jika anda berminat untuk menyimpan emas, jongkong emas lebih digalakkan kerana untung bersih yang dimiliki jika ia dijual lebih tinggi," katanya.

Seperti dikatakan Mohd Amin, menyimpan jongkong emas sebagai aset pelaburan juga menggunakan kaedah yang sama seperti jual beli saham dan jual beli mata wang (tidak dibenarkan Bank Negara Malaysia).

Katanya, pemilik emas mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik mereka atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika mereka inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh dijual tapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

"Sebagai alternatif, mereka boleh mendapatkan pinjaman atau modal pusingan pada kadar 50 hingga 65 peratus dengan mencagarkan emas yang dimiliki di pajak gadai konvensional atau pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

"Emas yang dicagar boleh ditebus atau diambil kembali dengan menunjukkan surat pajakan, kad pengenalan, membayar jumlah prinsipal pinjaman dan upah simpan (Ar-Rahnu) atau faedah (pajak gadai konvensional)," katanya.

Bagaimanapun, bagi melunaskan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang Muslim, Mohd Amin menyimpan impian menjadikan penubuhan Etika Emas sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai dan umat Islam khususnya.

"Koperasi Etika Emas ditubuhkan bagi membantu orang ramai mendapatkan manfaat daripada program simpanan dan pembelian emas yang dijalankan, seterusnya kita ingin melihat pajak gadai Islam Ar-Rahnu dibuka di seluruh negara.

"Etika Emas juga ingin melihat pemilikan emas di kalangan golongan muda kerana kami sedar pemilikan emas walaupun di dalam jumlah yang sedikit sebenarnya dapat membantu perkembangan tamadun dan ummah melalui kadar zakat 2.5 peratus setahun yang dikenakan," katanya.

Katanya, nilai emas yang tidak menyusut menyebabkan simpanan jongkong emas mendatangkan keuntungan terutama ketika gelora ekonomi melanda dan Mohd Amin juga menyarankan orang ramai supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan.

"Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan. Tidak keterlaluan dikatakan, di saat negara bergolak mata wang tidak menjanjikan jaminan kesenangan atau pengaruh.

"Jadikan sayap juruterbang yang diperbuat daripada emas sebagai contoh, jika mereka terhempas dan masih selamat, pin emas itu akan menjadi penyelamat kerana nilai emas dijamin nilainya walau di kalangan Orang Asli," katanya.

Selepas dua tahun ditubuhkan, Etika Emas kini berbangga kerana mempunyai 2,600 pelanggan yang membeli dan menyimpan emas fizikal melalui program ditawarkan dan 600,000 keping dinar emas terjual dengan jumlah simpanan emas fizikal sebanyak 1.6 tan.

"Tahun ini kami mensasarkan lebih ramai penyimpan emas termasuk perseorangan daripada luar negara dengan pertambahan simpanan emas lebih daripada 45 tan. Tapi kami akan pastikan simpanan emas dibuat di dalam negara bertujuan untuk meningkatkan simpanan emas di dalam negara," katanya.

Berbeza antara pembelian emas dari Etika Emas dan kedai emas biasa adalah setiap hadiah (pengurangan harga) diberikan di dalam bentuk tunai setiap bulan iaitu pada kadar 30 peratus daripada 100 gram emas yang dibeli selama enam bulan.

"Selain program pembelian satu jongkong emas, kami juga menawarkan program dua iaitu beli satu dan dipinjamkan satu jongkong daripada Etika Emas ke dalam akaun simpanan untuk menggalakkan mereka membuat tambahan simpanan emas apabila tempoh gadaian pertama tamat.

"Tapi jika harga emas dunia meningkat, mereka boleh membuat pilihan sama ada hendak menjual atau terus menyimpan jongkong emas yang dimiliki bergantung kepada keperluan," katanya.

Info

  • Jongkong emas dijual Etika Emas adalah di dalam kiraan berat 20 kg, 50 kg, 100 kg, 500 kg, 1 kg dan paling berat adalah 12.5 kg.

  • Nilai berat setiap jongkong berkenaan dibuat berdasarkan harga pasaran antarabangsa dan boleh di rujuk melalui laman web www.kitco.com atau www.wgc.com.

  • Pasaran London menawarkan penjualan segera dan penjualan akan datang untuk emas. Ia ditetapkan oleh Geng Lima yang mewakili pengedar emas serta bank terpengaruh dunia. Geng Lima terdiri daripada ketuanya, N M Rothschild, Societte General, Hongkong Shanghai Bank (HSBC), Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.

  • Nilai jual Kijang emas yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (31 Disember 2008) adalah RM3,200 untuk berat 31.10 g (1oz), RM1,630 (15.55 g) dan RM830 (7.775 g).

  • Pelaburan emas terbahagi kepada empat iaitu pelaburan barang kemas, syiling emas, jongkong emas dan dinar emas.


    Fakta

  • Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.

  • Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.

  • Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.
  • Read More...

    Friday, March 20, 2009

    Syarikat Petrokimia Menilai Semula Pengembangan dan Mengurangkan Pengeluaran.

    Buletin Online

    Written by Editor
    Friday, 20 March 2009 11:32

    http://buletinonline.net/images/stories/berita2/kertehindustri.jpg

    Petronas telah menutup beberapa unit petrokimianya di negeri ini dan di negeri Pahang sebagaimana di laporkan oleh International Herald Tribune.


    Ia dibuat berikutan permintaan terhadap polyethylene, produk utamanya, telah mengalami kejatuhan akibat kurangnya permintaan dari luar negara. Polyethylene digunakan dalam pakej plastik, alat ganti kereta dan pembungkusan makanan.

    Beberapa operator lain juga sedang menilai semula pengeluaran mereka, manakala Ketua Eksekutif Petronas Hassan Merican, baru-baru ini telah menggesa industri tersebut untuk menggabungkan sumber-sumbernya bagi menghadapi cuaca ekonomi global yang tidak menentu.

    Antara 39 buah syarikat yang beroperasi di Malaysia adalah Titan Chemicals, Exxonmobil, BASF yang mempunyai hubungan niaga dengan Petronas.

    Hermann Brandt, Pengarah Urusan BASF-Petronas, sebuah usahasama antara Syarikat Petrokimia Jerman dengan Petronas berkata pihaknya sedang mengambil langkah selaras dengan persekitaran perniagaan.

    "Kami sedang mengambil langkah aktif dan fleksibel melawan arus perniagaan yang sedang menurun, setiap kilang akan membuat pengeluaran mengikut situasi pasaran yang khusus,


    "penyimpanan sedang dikurangkan, mengurus secara aktif kos pengeluaran dan mengurangkan perbelanjaan dimana-mana yang boleh,”katanya.

    Bandt menambah, katanya, beliau percaya pengukuran dan penilaian semasa adalah perlu buat sementara waktu, bagi menyediakan kesiapsiagaan dan kekuatan apabila keadaan ekonomi bertambah baik kelak.


    Antara cadangan pengembangan yang terpaksa dinilai semula adalah Kilang Penapisan Minyak Mentah di negeri Kedah.

    Jurucakap SKS Development, kontraktor pembinaan projek tersebut berkata langkah berhati-hati dan menilai semula pelaburan perlu diambil sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia.


    Kos
    pembinaan kilang penapis itu melibatkan RM7.7 bilion yang dijangka mengeluarkan 200,000 tong minyak sehari.

    Titan Chemicals, syarikat terbesar pengeluar produk petrokimia di Malaysia adalah antara pengeluar terbesar produk ethylene dan propylene menerima kesan dari kekurangan permintaan.


    Angka terakhir syarikat tersebut menunjukkan jumlah jualan mengecut sebanyak 11 peratus dan untung kasar menyusut 2.2 peratus bagi suku ketiga tahun lalu.


    Tindakbalas keatas permintaan yang lemah, Titan difahamkan telah mengurangkan pengeluarannya dari 20 peratus hingga 80 peratus.

    Sektor petrokimia adalah penyumbang utama kepada keseluruhan sektor pembuatan dalam negara ini yang bernilai 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)

    Read More...

    Friday, March 6, 2009

    Bajet Mini RM10b

    Berita Harian

    Oleh Ahmad Naim Tahir, Syuhada Choo Abdullah,
    bhnews@bharian.com.my


    Datuk Sri Najib Razak

  • RM5 bilion untuk belanja mengurus
  • RM5 bilion untuk biaya pembangunan

    KUALA LUMPUR: Bajet Mini bagi merangsang ekonomi negara yang akan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Selasa, ini dijangka membabitkan peruntukan RM10 bilion, tidak termasuk pelbagai insentif lain.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, berkata berkata kira-kira RM5 bilion daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi tujuan perbelanjaan mengurus, manakala bakinya akan digunakan untuk pembiayaan pembangunan.

    "Saya fikir ia adalah lima (bilion) campur lima (bilion) seperti yang dibacakan hari ini tetapi semua (butirannya) boleh diketahui 10 Mac ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

    Sebelum itu, Kong membuat bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat. Bacaan kali kedua akan dibuat oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada jam 4 petang, 10 Mac ini.

    Kong enggan mengulas lanjut butiran terperinci Bajet Mini itu dan menjelaskan, pengumuman lengkap mengenai pakej rangsangan berkenaan akan dibuat oleh Najib pada hari pembentangannya nanti.

  • Datuk Kong Cho Ha

    Terdahulu, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengendalikan sidang ketika bacaan kali pertama itu, berkata rang undang-undang itu adalah Mini Bajet tetapi disebut sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan mengikut istilah Dewan Rakyat.

    Beliau memberi penjelasan itu apabila Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bertanyakan sama ada rang undang-undang yang dibacakan Kong itu adalah sama dengan Bajet Mini yang akan dibentangkan Selasa ini.

    Sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada tengah hari, seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, pula memaklumkan dokumen rang undang-undang itu sudah diedarkan kepada semua anggota Dewan untuk kegunaan rujukan ketika perbahasan.

    Beliau yang merujuk dokumen itu sebagai Kertas Perintah 4 dan 5 Tahun 2009, bagaimanapun mengingatkan bahawa semua maklumat itu tidak boleh diedar atau disebarkan kepada pihak lain sehingga ia dibentangkan Selasa depan.

    November lalu, Najib mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama yang tambahan perbelanjaan RM7 bilion untuk mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar.

    Perbelanjaan tambahan hasil penjimatan subsidi minyak itu akan disalurkan kepada 15 bidang meliputi perumahan, pendidikan.
  • Read More...

    Wednesday, March 4, 2009

    Ringgit bakal cecah RM4 sedolar?

    Utusan Online

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Nilai mata wang Ringgit dijangka terus jatuh sehingga paras RM4.00 bagi sedolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua atau ketiga pada tahun ini berikutan mata wang asing itu kini menjadi rebutan pelabur di seluruh dunia.

    Keadaan itu berlaku kerana pelabur-pelabur sejagat semakin meyakini dengan program-program pelan rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh AS.

    Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan, bagaimanapun berkata, kejatuhan nilai ringgit itu adalah bersifat sementara kerana krisis kewangan global semakin menghampiri penghujungnya.

    ''Walaupun begitu, pasaran masih lagi tidak menentu dan menyebabkan pelabur mula panik dan berlakunya gelombang jualan.

    ''Keadaan ini mengakibatkan berlaku peralihan kepada dolar AS, sekali gus menyebabkan permintaan terhadap mata wang tersebut meningkat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aliran kemerosotan nilai mata wang tempatan sejak semalam.

    Pada hari ini, mata wang ringgit diniagakan pada 3.7075 berbanding AS$1 berbanding semalam 3.7260, paras terendah sejak tiga tahun lalu.

    Tambah Nazri, ringgit nampaknya berada dalam arah aliran menurun ke arah RM3.80 berbanding dolar AS, tahap tambatan yang dikenakan pada 1 September 1998.

    Malaysia pernah melaksanakan tambatan ringgit pada RM3.80 kepada dolar AS pada September 1998 bagi mengawalnya daripada tindakan spekulator mata wang semasa krisis kewangan Asia 1997/98, sekali gus melindungi ekonomi negara.

    Sebelum krisis yang bermula dengan serangan ke atas baht Thai pada Julai 1997, ringgit diniagakan pada paras yang tinggi iaitu RM2.42, namun turun mendadak berbanding dolar susulan spekulasi berlebihan.

    Ringgit pada satu ketika pada 1998 pernah jatuh RM5.20, menyebabkan kerajaan mengenakan kawalan modal dan menambat ringgit yang dimansuhkan kemudiannya pada 21 Julai 2005.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan ASM Investment Services Bhd., Rusli Abu Yamin tidak menafikan semua negara kini mula beralih kepada dolar AS kerana kedudukannya yang semakin stabil.

    Menurut beliau, dalam situasi semasa, ia agak sukar untuk menyaksikan ringgit berada di sekitar 3.400.

    Bagaimanapun, katanya, penurunan mata wang tempatan itu tidak perlu dibimbangi kerana ia bukan disebabkan spekulator, sebaliknya lebih kepada faktor dasaran.

    ''Oleh itu, meskipun ringgit jatuh tetapi ia tidak perlu ditambat.

    ''Lagipun, tidak ada sesiapa yang mahu menyerang mata wang kita, jadi tidak ada isu supaya ringgit ditambat,'' ujarnya.

    Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, walaupun ringgit lemah berbanding dolar AS, tetapi mata wang tempatan tidak perlu ditambat.

    ''Mata wang kita masih berada di bawah nilai,'' katanya.

    Read More...

    Monday, March 2, 2009

    Kemelesetan ekonomi: Malaysia dalam zon bahaya

    penarikbeca

    Kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia dijangka dirasai oleh Malaysia sehingga tahun 2010, Bernama melaporkan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata.

    "Tiap-tiap hari kita dengar jumlah pemberhentian pekerja semakin meningkat, syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrap juga meningkat seolah-olah kegawatan yang melanda dunia ini tiada penghujungnya.

    "Kegawatan dunia sudah semakin mencabar dan kita nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan berkenaan tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka berlarutan sehingga tahun 2010," katanya.

    Beliau juga berkata: "Kita kena terima realiti, negara kini berada dalam zon tidak selesa serta bahaya dan kita (rakyat Malaysia) terdedah kepada krisis itu jadi kita perlu bersatu menghadapinya kerana cabaran yang sedang melanda ini bukan cabaran biasa".

    Apa saya nak kata? Kalau saya ni orang kaya tak pa jugak. Kurang-kurang pun ada simpanan. Aku ni simpan apa? Gaji tetap tak dak, simpanan pun tak dak. Saya tak tau nak buat apa. Di samping berusaha, saya hanya boleh mengingatkan diri saya sendiri melakukan amalan-amalan berikut:
    Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
    Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala’. (Al-Wasail 6: 257)

    Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
    Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu. (Al-Wasail 6: 267)

    Imam Ja’far sh-Shadiq 'a.s. berkata:
    Ubati penyakitmu dengan sedekah, tolaklah bala’ dengan doa, dan mohon datangkan rizkimu dengan sedekah, karena sesungguhnya sedekah dapat mengusir tujuh ratus setan dari depan dagu… (Al-Wasail 6: 260)

    Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
    Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram (yang telah ditetapkan). Wahai Ali, silaturahim dapat menambah umur. Wahai Ali, tidak ada sedekah ketika keluarga dekatnya membutuhkan. Wahai Ali, tidak ada kebaikan dalam ucapan kecuali disertai perbuatan, dan tidak ada sedekah kecuali dengan niat (karena Allah)." (Al-Wasail 6: 267)

    Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
    Sesungguhnya sedekah di malam hari dapat memadamkan murka Allah, menghapus dosa besar dan mempermudah perhitungan amal; sedekah di siang hari dapat menumbuhkan harta dan menambah umur. (Al-Wasail 6:273)

    Rasulullah saw bersabda:
    Tidaklah ada sedekah seorang mukmin kecuali tangannya bersentuhan dengan tangan Allah sebelum bersentuhan dengan tangan pemintanya. Kemudian baginda membacakan firman Allah s.w.t.: "Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat hamba-hamba- Nya dan menerima sedekah." (At-Taubah: 104). (Al-Wasail 6: 303)

    Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
    "Setiap kebajikan itu sedekah." (Al-Wasail 6: 321)

    Read More...

    Sunday, March 1, 2009

    Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan

    Harakahdaily

    Abdul Aziz Mustafa

    Sat | Feb 28, 09 | 4:21:57 am MYT

    KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop "benar-benar tak tahu" adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

    Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan."

    Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku.

    November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini.

    Sebelum itu, beliau berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.

    Bagaimanapun, kenyataan Najib itu bertentangan dengan laporan Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Malaysia tidak dilindungi dalam suku keempat tahun lalu kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di semua pasaran utama.

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang hanya 0.1 peratus sahaja pada suku keempat 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga, yang jelas mencerminkan kesan limpahan keadaan ekonomi global yang kian buruk.

    Pengurangan aktiviti pelaburan mendorong kepada pertumbuhan negatif pembentukan modal tetap kasar (-10.2 peratus; suku3: 3.1 peratus) di dalam suku keempat.

    Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka mengekang tekanan bekalan dan permintaan ketara di dalam peningkatan harga domestik.

    Trend itu disahkan oleh perangkaan bagi bulan Januari 2009 di mana inflasi berada pada paras 3.9 peratus, kata BNM. - mks._

    Read More...

    Thursday, December 11, 2008

    Kian ramai menganggur tahun depan

    Malaysiakini

    Dec 10, 08 11:09pm

    Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan
    Ekonomi Malaysia (MIER).

    Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

    "Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003.

    Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia.

    "Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika
    dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya.

    Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini.

    "Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah
    terjejas.

    "Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor
    perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata.

    Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar.

    "Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang.

    Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi.

    "Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya.

    Read More...

    Monday, November 24, 2008

    Usul FDI ditolak, Anwar cadang menteri adakan sidang Parlimen khas

    Mstar Online

    KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengadakan sidang khas ahli Parlimen bagi membincangkan mengenai Malaysia yang mengalami pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) melebihi pengaliran masuk yang menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif.

    Cadangan itu dibuat selepas Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan beliau pada Rabu lalu yang meminta sidang Dewan ditangguhkan bagi membincangkan mengenai FDI negara seperti yang dilaporkan United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008.

    Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa.

    "Saya menerima keputusan yang dibuat oleh Datuk Yang Dipertua, tapi ingin menggunakan Dewan ini untuk terus meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil isu ini dengan serius dengan tidak hanya mencatatkan wang pengaliran masuk dan tenggelamkan.

    "Harap menteri dapat memanggil sidang khas ahi Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bincangkan mengenai isu ini bagi kepentingan negara dan rakyat kerana ia ada kaitan dengan rakyat," kata Anwar dalam reaksinya terhadap penolakan usul tersebut.

    Menerusi usul tersebut, Anwar berkata, secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukan FDI yang besar mencecah RM209 billion untuk 2007 berbanding hanya RM116 billion untuk tahun 2006 iaitu bersamaan dengan peningkatan sebanyak 81.9 peratus.

    Read More...

    Tuesday, November 18, 2008

    Ekonomi negara diambang ngeri, pemimpin leka rebut jawatan!

    Harakahdaily

    Wan Nordin Wan Yaacob
    Mon | Nov 17, 08 | 6:04:30 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad menyatakan bahawa negara kini sedang menyaksikan ekonomi dan kewangan diambang satu krisis yang cukup ngeri.

    Ujar beliau keadaan keparahan ekonomi yang melanda negara ini lebih ngeri daripada krisis kewangan tahun 1998.

    "Di sini PAS dan Pakatan Rakyat terpanggil untuk turut serta memainkan peranan mengatasi krisis ini, seperti Tun Dr Mahathir kata Najib tidak boleh mengatasi krisis ini tidak ada kemampuan.

    "Jadi kita kena ada pengembelengan seluruh tenaga kita, kepakaran dalam Pakatan Rakyat dan BN atau akademik, pemikir, ekonomist, kena sekali menyelesaikan isu ini," kata beliau ketika diwawancara Harakah hari ini di Parlimen.

    Kata ahli Parlimen Kuala Selangor itu, rakyat dan seluruh pihak di negara ini perlu mengetahui secara terbuka untuk kembali mempertikaikan stimulus ekonomi yang Najib bentang di Parlimen baru-baru ini.

    "Dari mana datang wang RM 7 billion itu, jumlah yang sepatutnya dan bagaimana nak dibelanjakan.Seterusnya berapa lama kita akan bertahan dalam keadaan begini?," katanya.

    Justeru ujar beliau, semua hal perlu dilakukan secara telus, jangan ada ketirisan, jangan ada penyelewengan dan semua mesti memikirkan bagaimana untuk mengatasi kemelut ekonomi yang melampau ini.

    "Saya tak nafikan kali ini kita mendepani krisis ini kjita belum benar-benar bersedia menghadapi hal ini," katanya.

    Beliau menegaskan di sinilah letaknya kepimpinan yang membezakan kepimpinan yang bertanggungjawab atau sebaliknya.

    Dikatakan bahawa dalam suasana krisis lah kepimpinan itu bakal terserlah dan teruji, kali ini memang menguji kepimpinan negara samada yang memimpin hari ini mahupun yang sentiasa menanti untuk ambil alih kerajaan, katanya.

    "Saya lihat terus terang kesibukan dan tak nampak kesungguhan politik kepimpinan Umno/BN tangani krisis ini tetapi mereka lebih sibuk pastinya jawatan selesa dalam parti mereka yang memberi kelangsungan kepada survival politik mereka," katanya.

    Dzulkifly mendakwa, pemimpin Umno/BN hari ini tidak segan silu mengamalkan rasuah untuk beli jawatan yang akhirnya meninggalkan impak negatif kepada rakyat yang melihat.

    Sedang negara sedang hadapi krisis mereka ini bertarung dengan apa juga cara untuk menang, katanya.

    "Inilah masa yang pentingnya kepada kepimpimpinan Pakatan Rakyat tampil dengan satu visi dan penyelesaian yang tuntas dan mantap bukan retorik sedia menyelamatkan krisis ekonomi negara yang bakal menjadi lebih parah," katanya.

    Beliau turut melahirkan kebimbangan kepada situasi yang sedang dialami rakyat hari ini dimana kadar perbelanjaan isi rumah dengan hutang-hutang yang ditanggung bakal memiskinkan rakyat lagi.

    Walaupun bank-bank telah membuka kadar peratus pinjaman lebih rendah, tetapi situasi yang dilami rakyat dengan kadar pengangguran yang lebih tinggi dan nilai ringgit yang menurun bakal menjerumuskan rakyat kepada lembah ekonomi yang parah, katanya.

    Justeru beliau menyarankan agar seluruh kepimpinan negara hari ini membuka ruang kepada seluruh pakar termasuk dari kalangan BN dan Pakatan Rakyat, pakar ekonomi dan ahli akademik berganding bahu duduk semeja membincangkan kaedah penyelesaiannya._

    Read More...

    Sunday, November 16, 2008

    Mendepani krisis ekonomi

    Utusan Online

    Krisis ekonomi yang melanda dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat. Tokoh-tokoh ekonomi, kewangan dan ahli politik di seluruh dunia terus berusaha mencari formula terbaik agar krisis kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah melanda dunia pada 1930-an tidak berulang kembali. Hakikatnya masyarakat dunia di setiap lapisan sosio-ekonomi mula terasa keperitan bahang krisis ini.

    Bermula dengan krisis pinjaman sub prima di Amerika Syarikat (AS) iaitu satu bentuk pinjaman yang merujuk kepada amalan pemberian pinjaman untuk pembelian rumah kepada peminjam yang secara amnya tidak mampu membayar pinjaman mengikut kadar faedah semasa pasaran telah tidak dapat dibendung lagi.

    Kegagalan institusi-institusi kewangan AS mengatasi masalah ini membawa kepada peningkatan jumlah keseluruhan pinjaman sub prima ini. Difahamkan pada March 2007 jumlahnya ialah AS$1.3 trilion iaitu meningkat sebanyak 79 peratus berbanding 2006. Kegagalan ini menyebabkan pembiaya utama pasaran kredit iaitu institusi kewangan mengalami kerugian besar. Ada antara mereka bankrap, diambil alih dan memohon bantuan penyelamat 'bail out' daripada kerajaan AS.

    Dari aspek kemanusiaan mungkin langkah memudahkan pemberian pinjaman kepada golongan tidak layak sebagai baik tetapi dari segi prinsipnya tindakan tersebut salah dan berisiko tinggi kerana kegagalan mereka membayar kembali pinjaman mengundang padah yang bukan hanya kepada mereka tetapi AS dan dunia.

    Hari ini dunia menyaksikan bagaimana kegagalan institusi-institusi kewangan terkenal yang sering dibanggakan oleh barat dan kerap menjadi penanda aras amalan perbankan dunia tersungkur kerana gagal berpegang kepada etika dan prinsip perbankan sebenar. Polisi perbankan yang lemah, longgar dan mudah dimanipulasi oleh eksekutif-eksekutif kewangan menyebabkan dunia kini di ambang kemeletan ekonomi.

    Saham-saham di bursa-bursa saham utama dunia jatuh menjunam. Sebagai contoh Dow Jones Industrial Average (DJIA) mengalami kejatuhan terburuk iaitu jatuh sekitar 4,800 mata dari kadar semasa tertingginya pada 9 Oktober, 2007 iaitu 14,164.53. Pasaran saham Malaysia juga mengalami nasib yang sama apabila indek komposit yang pernah berada pada paras sekitar 1400 mata pada awal tahun 2008 jatuh menjunam ke paras 800 mata.

    Apa yang dapat disimpulkan di sini krisis ekonomi hari ini jauh lebih buruk dan teruk berbanding krisis kewangan akibat serangan spekulator kewangan yang melanda Asia pada 1997/98. AS dan dunia mengetahui bahawa krisis ini jika tidak ditangani dengan bijak akan memusnahkan ekonomi dunia. Antara langkah segera yang diambil oleh kuasa besar ekonomi dunia sebagai contohnya AS ialah menyediakan pakej penyelamat bernilai ASS$700 bilion, Great Britain 500 bilion pound, dan China 4 trilion Yuan.

    Malaysia yang peka tentang kesan buruk krisis ini turut memperuntukan dana berjumlah RM5 bilion menerusi agensi pelaburannya Valuecap Sdn. Bhd. yang berperanan membeli saham rendah tetapi berpotensi bagi pihak kerajaan. Tindakan ini diharap dapat memberi keyakinan baru kepada pelabur di pasaran saham tempatan. Terbaru kerajaan memperuntukkan dana RM7 bilion lagi untuk menggerakkan projek-projek berimpak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Krisis ini menuntut seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam melindungi negara dari mengalami kesan lebih teruk. Kerajaan pula perlu terus mengenalpasti pendekatan-pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang yang mampu menggerakkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pakej-pakej rangsangan ekonomi harus diperkenalkan dari masa ke semasa.

    Hubungan baik sedia ada di antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar diperkukuhkan lagi kerana suasana ekonomi segetir hari ini menuntut kerjasama erat di antara pemerintah dan penggubal dasar kewangan negara. Begitu juga perlunya diwujudkan hubungan baik di antara kerajaan, BNM dan institusi-institusi kewangan negara yang lain agar dasar-dasar baru dapat dibentuk mengikut perubahan persekitaran ekonomi negara dan dunia. Ini akan membantu mereka kekal kompetitif dan mampu menyalurkan pinjaman untuk projek-projek yang mempunyai impak besar kepada ekonomi negara, pelabur domestik dan FDI (Foreign Direct Investment).

    l Pelaburan

    Di samping itu, usaha menarik lebih ramai FDI menerusi penawaran pakej-pakej pelaburan menarik wajar terus menjadi agenda utama negara. Kemerosotan jumlah FDI akan melembapkan proses pemulihan ekonomi, mengurangkan aliran kemasukan mata wang asing, meningkatkan kadar pengangguran yang turut menjadi punca masalah sosial dan jenayah. Di samping itu, sektor-sektor yang menjadi penyumbang utama kepada KDNK seperti perkhidmatan, pembuatan dan pertanian perlu terus diberi sokongan. Pakej-pakej rangsangan untuk setiap sektor dan di setiap peringkat perlu dikenalpasti dan dilaksanakan dengan telus.

    Kerajaan dan pengusaha industri wajar membentuk kerjasama lebih erat agar kesan daripada apa juga pakej rangsangan yang diperkenalkan benar-benar memberi impak kepada industri tersebut dan negara. Di sinilah penjawat awam dituntut menjadikan diri mereka benar-benar professional dalam memastikan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kecekapan dan ketepatan tindakan mereka mampu mengembalikan kedudukan Malaysia salah sebuah destinasi pelaburan utama di kalangan pelabur domestik dan antarabangsa. Jika usaha ini dapat direalisasikan maka masalah kadar pengangguran tinggi yang dialami oleh negara hari ini dapat dikurangkan.

    l Rakyat

    Dalam persekitaran ekonomi lembab ini golongan rakyat berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk. Peningkatan kos sara hidup yang bermula dari krisis kenaikan harga minyak baru-baru ini melonjakkan perbelanjaan isi rumah rakyat. Kualiti hidup mereka merosot dan ini menjadikan mereka golongan yang boleh dikategorikan berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

    Menurut kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan daripada jumlah keseluruhan kajian 495,500 isi rumah. Ini menunjukkan 61 peratus daripada rakyat Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai miskin adalah orang Melayu. Hidup dengan pendapatan sebegitu rendah terutamanya buat mereka yang tinggal di bandar besar pastinya amat memeritkan.

    Hari ini kita dapat lihat betapa rendahnya kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu di bandar-bandar besar mahupun di kampung-kampung. Walau apa juga sifat buruk yang dikaitkan oleh kaum lain di negara ini, orang luar ataupun orang Melayu itu sendiri terhadap bangsa bernama Melayu ini tidak harus membuatkan kerajaan mula termakan dengan tuduhan-tuduhan mereka dan mula membiarkan mereka terus hidup dalam kemiskinan atas alas an kena bersaing secara meritokrasi.

    Langkah-langkah pembangunan modal insan di kalangan anak-anak Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya iaitu yang berada dalam golongan miskin dan tercicir perlu dirancang dengan lebih rapi. Latar belakang ibu-bapa golongan ini yang agak rendah pendidikannya seringkali mendorong mereka tidak memberi penekanan terhadap aspek pendidik. Di sinilah tempat terbaik untuk NGO-NGO Melayu yang sering berbicara soal hak Melayu membuktikan keikhlasan mereka dalam membantu anak bangsanya. Kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan dan NGO mampu membantu mengurangkan keciciran anak Melayu dalam pendidikan.

    Kesanggupan sedemikian akan mengeluarkan NGO- NGO tersebut dari tanggapan serong masyarakat yang seringkali beranggap sebahagian daripada NGO Melayu tidak lebih daripada menjadi platform untuk tokoh-tokoh tertentu menonjolkan diri dalam usaha menempatkan dirinya dalam arena politik negara. Di samping itu adalah diharapkan kerajaan tidak sesekali tunduk kepada mana-mana desakan agar mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Ketegasan kerajaan dituntut dan rakyat pasti menghukum kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang jika isu ini tidak ditangani dengan berkesan.

    l Minyak

    Terdapat beberapa langkah yang boleh kerajaan ambil untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat. Adalah perlu kerajaan menyegerakan penurunan harga minyak. Jika mengikut harga pasaran semasa minyak dunia, kerajaan boleh menurunkannya ke paras sekitar RM1.70 seliter atau lebih rendah. Sebagai negara pengeluar minyak, adalah menjadi hak rakyat untuk menikmati rahmat yang diberikan oleh Allah SWT.

    Penurunan ini pasti mampu memberi kelegaan kepada rakyat dan pengusaha di semua sektor dan industri. Rakyat akan dapat menikmati kembali hidup yang lebih berkualiti dan begitu juga dengan pengusaha industri yang pastinya mampu membantu mereka mempertingkatkan semula daya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Melengah-lengahkan penurunan harga minyak akan hanya memburukkan imej kerajaan di mata rakyat kerana majoriti rakyat adalah mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan tidak sewajarnya terlalu bersifat pelindung kepada pengusaha-pengusaha minyak dengan memberi alasan mereka akan kerugian jika harga minyak diturunkan ke paras lebih rendah.

    Kerugian adalah lumrah dalam perniagaan tetapi kerugian itu pastinya boleh dielak jika pengusaha mengamalkan strategi perniagaan yang betul di samping menawarkan kualiti perkhidmatan bermutu.

    Pada dasarnya sekarang adalah peluang terbaik untuk kerajaan mengotakan janjinya membela rakyat. Kegagalan akan hanya membuatkan rakyat menghukum kerajaan dengan lebih keras lagi dalam pilihan raya akan datang. Isu minyak ini dengan jelas berjaya dieksploitasi oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu dan pastinya ia akan digunakan lagi dalam pilihan raya akan datang. Berdolak-dalih dan beranggapan isu ini terlalu awal untuk dieksploitasi memandangkan pilihan raya masih jauh akan hanya membuka ruang kepada pembangkang untuk terus menjatuhkan populariti kerajaan.

    Kesan segera penurunan harga minyak dapat dilihat di mana terdapat beberapa pasar raya dan persatuan restoran menurunkan harga barangan. Ini jelas menunjukkan yang warga peniaga bersedia bekerjasama dengan kerajaan kerana mereka turut memahami keperitan hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dalam hal ini kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih kerap turun ke seluruh pelosok negara iaitu dari Perlis sehingga ke pedalaman Sabah memantau harga barang.

    Walaupun ada pasukan pemantau harga tetapi sumbangan mereka masih terbatas. Gunakan juga persatuan-persatuan penduduk sebagai pemantau. Lebih penting langkah penguatkuasaan harus lebih ditonjolkan. Hukum dan dedah mereka yang melakukan kesalahan menjual barang pada harga lebih tinggi berbanding harga kawalan dalam media cetak dan elektronik. Langkah ini dijangka mampu memberi peringatan kepada peniaga.

    Di samping itu senarai harga barangan kawalan itu juga perlu disemak dari masa ke semasa. Pastinya kini kerajaan mempunyai perangkaan tentang kadar permintaan dan penawaran untuk setiap barang kawalan tersebut. Maklumat itu boleh atau mungkin telah dikongsi dengan agensi lain bagi memastikan penyelarasan dari segi permintaan dan penawaran barangan serta harga di pasaran dapat dibuat dengan tepat dan menyeluruh. Kepentingan memastikan barangan dijual mengikut harga yang ditetapkan adalah penting kerana majoriti rakyat tinggal di luar bandar dan kebanyakan mereka tidak punya kesempatan atau peluang untuk membeli barang keperluan di pasar raya-pasar raya besar tersebut. Kalau pendekatan ini tidak digembeling maka penderitaan rakyat pasti akan berpanjangan.

    l Kad Kredit

    Jika dilihat dari perspektif cara rakyat berbelanja mungkin beberapa langkah wajar diberi perhatian. Kecenderungan untuk berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan semakin ramai rakyat menanggung beban hutang dan ada yang sampai ke tahap muflis. Gejala ini amat wajar diberi perhatian kerana perancangan kewangan yang lemah akan memusnahkan ekonomi individu, keluarga, bangsa dan negara. Berbelanja di luar kemampuan pastinya membawa permasalahan ini. Krisis subprima yang meletakkan AS dan dunia di ambang kemelesetan ekonomi jelas menunjukkan bahawa sikap suka berhutang iaitu melebihi kemampuan kewangan sebenar adalah sangat berbahaya.

    Dalam konteks penggunaan kad kredit di Malaysia yang bagaikan menjadi trend yang melambangkan status dan gaya hidup terutamanya di kalangan golongan muda telah meningkatkan jumlah individu muflis akibat penggunaannya kepada 1873 orang pada 2007. Dilaporkan tunggakan pinjaman kad kredit mencecah RM21.6 bilion sehingga September tahun lalu dan sebanyak RM591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL).

    Kad kredit adalah ah long elektronik. Kadar faedah yang agak tinggi, sekitar 18 peratus setahun seringkali membuatkan pengguna terbeban terutamanya buat mereka yang tidak berdisiplin dalam membuat pembayaran. Seseorang itu mungkin perlu memiliki kad kredit jika ianya hanya untuk kegunaan semasa kecemasan, membuat transaksi di Internet atau apa juga aktiviti berkaitan kewangan dan sewajarnya berperanan sebagai perantara sementara. Jika tidak ada kemungkinan sedemikian, maka adalah lebih baik tidak memilikinya.

    Di samping itu, langkah pencegahan dengan mengenakan syarat-syarat permohonan kad kredit yang lebih ketat wajar dilaksanakan terutamanya dalam konteks persekitaran ekonomi hari ini. BNM mungkin perlu menyemak kembali syarat-syarat yang diguna pakai sekarang. Kerakusan pihak bank mempromosi kad kredit ini amat jelas kerana kad tersebut mudah diperoleh kerana mereka menggunakan ejen-ejen pemasaran yang diragui pengetahuan kewangannya untuk tujuan mempromosi kad kredit mereka.

    Apa yang dapat dilihat, tiada langsung aspek nasihat tentang cara penggunaan, kebaikan dan keburukan penggunaannya. Ejen-ejen ini ini lebih cenderung mengejar komisen untuk setiap pelanggan yang berjaya dipengaruhi. Senario ini adalah perkembangan yang sangat tidak sihat dalam persekitaran ekonomi seperti hari ini.

    BNM mungkin perlu lebih bertegas kerana peningkatan kos sara hidup dewasa ini mungkin akan menarik lebih ramai individu ingin memiliki atau menambah bilangan kad kredit mereka. Kebebasan memiliki kad kredit tanpa had juga amat membimbangkan kerana pada kebiasaannya setiap individu mempunyai dua atau lebih kad kredit. Apa akan berlaku jika individu itu menggunakan kesemua kadnya dan gagal menjelaskan hutangnya. Oleh itu, tindakan tegas dan semakan semula kelayakan memohon kad kredit adalah diperlukan kerana langkah sedemikian mampu membantu sistem kewangan dan ekonomi negara terus berada di landasan betul.

    Dengan kata lain, langkah-langkah mengenal pasti dan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi individu, bangsa dan negara harus digembeling secara komprehensif. Masalah kelembapan ekonomi ini tidak harus ditangani oleh satu golongan sahaja. Dengan kata lain institusi kerajaan dan swasta, penguasa dan rakyat jelata, peniaga dan pengguna harus memainkan peranan secara positif iaitu bersama-sama membentuk persekitaran ekonomi domestik yang kondusif dan kukuh. Daya tahan ekonomi sesebuah negara terletak di tangan rakyatnya.

    Seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu dan melihat kelembapan ekonomi hari ini sebagai satu peluang untuk memperbetul, membina dan mengukuhkan asas ekonomi negara ke tahap lebih baik lagi kerana dengan komitmen sedemikian Malaysia mampu mendepani cabaran kemelesetan eokonomi yang sedang melanda dunia kini.

    Read More...

    Thursday, November 6, 2008

    Ekonomi: Najib - Anwar dicadang berdebat

    Siasahdaily



    KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mencadangkan debat terbuka mengenai belanjawan negara antara Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    "Jika Najib merasa beliau tidak cukup masa dan kesempatan untuk memberi ruang pembangkang meminta penjelasan darinya di dalam Dewan Rakyat, satu debat terbuka mengenai belanjawan boleh diadakan antara beliau serta dua wakil di pihak Barisan Nasional (BN) dengan Anwar serta wakil dari PAS dan DAP di pihak Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

    Debat tersebut boleh dibuat di mana sahaja yang dipersetujui oleh Najib termasuk menggunakan kemudahan di Dewan Rakyat sendiri di luar waktu persidangannya dan disiarkan secara langsung untuk dinilai oleh rakyata, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

    "Sebagai tokoh yang akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, hentikanlah sikap jaguh kampung yang hanya berani membidas dan mengecam di belakang pembangkang tetapi tidak berani berbahas secara berhadapan mengenai belanjawan negara," kata Mahfuz.

    Beliau juga meminta Najib menghentikan pelbagai dakwaan mengenai ekonomi negara.
    "Najib terus-menerus membuat pelbagai kenyataan bercanggah mengenai ekonomi Malaysia.
    "Sekejap kata Malaysia tidak akan terjejas, selepas itu kata Malaysia juga akan turut menerima kesan kemelut ekonomi dunia. Satu ketika mendakwa Malaysia mempunyai fundamental kukuh, selepas itu nak gunakan pula lagi RM7 bilion untuk menghadapi kesan kegawatan ekonomi. Najib seperti orang yang terpinga-pinga," katanya lagi.

    Paling akhir, Najib tampil dengan dakwaan kononnya Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.
    Dakwaan itu bertentangan dengan jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff yang menjangkakan peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan.

    "Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.

    Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya pula mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998
    Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.

    Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.
    Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

    Read More...

    Kerajaan BN sembunyi situasi sebenar ekonomi negara - Husam

    Harakahdaily

    Salmah Mat Husain
    Thu | Nov 06, 08 | 3:56:10 pm MYT

    KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya berbangga dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, sedangkan rakyat tidak mendapat gambaran sebenar ekonomi negara.

    � Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apa yang berlaku hari ini kerajaan belum memberikan gambaran sebenar kedudukan ekonomi negara, sebaliknya hanya mengeluarkan pelbagai kenyataan dengan mendakwa ekonomi masih kukuh.

    "Apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana negara sedang menghadapi krisis ekonomi dunia akibat kegawatan yang kronik.

    "Sebelum ini pernah berlaku pinjaman bank tidak berbayar setelah berlakunya krisis ekonomi pada 1978 - 1979 di mana pada ketika itu pasaran saham jatuh merudum.

    "Sekarang fenomena itu berlaku lagi di mana pasaran saham menjadi tidak menentu," katanya di sini.

    Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

    Menurut Najib, pakej itu bertujuan mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

    Husam berkata, apabila berlaku kejatuhan pasaran saham, pihak pelabur diminta membayar balik kepada bank, namun lazimnya mereka tidak mampu berbuat demikian.

    "Jika perkara ini berlaku, akan terjadi pinjaman tidak berbayar sebagaimana sebelum ini dan ia akan menjejaskan sistem perbankan di Malaysia," ujarnya.

    Oleh itu beliau berkata, kerajaan seharusnya memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat terhadap krisis ekonomi dunia, di mana negara kita turut menerima kesannya. -mj/ mr/mks. _

    Read More...

    Wednesday, November 5, 2008

    Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomi

    Harakahdaily

    Abdul Aziz Mustafa
    Wed | Nov 05, 08 | 2:01:13 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

    Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.

    Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.

    "Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.

    Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.

    Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.

    Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah

    Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998

    Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.

    Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.

    "Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.

    Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.

    Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.

    Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

    The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28)._

    Read More...

    Pakej rangsang ekonomi RM7b diumum

    Malaysiakini

    Nov 4, 08 5:01pm

    Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi
    persekitaraan global yang semakin mencabar.

    najib parliament 141008Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar di Dewan Rakyat Petang ini, Timbalan Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan berkata peruntukan tersebut akan disalurkan seperti berikut:

    Pertama:

    bullet buttonUntuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

    bullet button Dengan peruntukan tambahan ini, 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang bernilai diantara RM30,000 hingga RN35,000 sebuah untuk Semenanajung dan di antara RM35,000 hingga RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak. Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

    bullet buttonProgram Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta. Pada tahun 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang melibatkan pembaikan 5,000 rumah.

    bullet buttonSelain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta.

    Kedua:

    bullet buttonBagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu RM250 juta untuk polis dan RM250 juta juga untuk tentera.

    bullet buttonProjek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

    Ketiga:

    bullet buttonSebanyak RM600 juta diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

    bullet buttonPeruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

    Keempat

    bullet buttonSebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

    Kelima:

    bullet buttonSebanyak R500 juta akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

    bullet buttonSekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.

    Keenam:

    bullet buttonUntuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah, iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk "mission school", RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.

    Ketujuh:

    bullet buttonSebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".

    Kelapan:

    bullet buttonKerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

    bullet buttonSeperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.

    Kesembilan :

    bullet buttonSebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;

    bullet buttonDana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

    bullet buttonDana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang.

    Kesepuluh:

    bullet buttonRM400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

    bullet buttonProjek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

    bullet buttonPihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

    Kesebelas:

    bullet buttonUntuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta. Ini adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.

    Keduabelas:

    bullet buttonUntuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta. Antara program yang terlibat ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

    Ketigabelas:

    bullet buttonUntuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

    Keempatbelas:

    bullet buttonUntuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

    Kelima belas:

    bullet buttonUntuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah.

    Menurut Najib lagi, bagi langkah untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:

    Pertama:


    bullet buttonMenghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi eluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif alam industri bekalan bahan binaan negara;

    Kedua:

    bullet buttonMembenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk egunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;

    Ketiga:

    bullet buttonBagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung epada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.

    Timbalan perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, melalui langkah-langkah berikut.

    Pertama:

    bullet buttonKerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan “Graduate Employability Management Scheme” (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan erlibat.

    Kedua:

    bullet buttonMempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi
    meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana dilaporkan dalam media.

    Read More...

    K'jaan potong unjuran KDNK 2009 kepada 3.5%

    Malaysiakini

    Nov 4, 08 8:45pm

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memotong unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3.5 peratus bagi 2009 daripada 5.4
    peratus sebelum ini.

    Defisit bajet dianggarkan lebih tinggi sebanyak 4.8 peratus.

    Pada 2009, katanya sektor pertanian dijangka berkembang 2.9 peratus berbanding dengan unjuran awal 3.7 peratus (2008:3.6 peratus), perlombongan 2.3 peratus berbanding dengan unjuran awal 3.4 peratus (2008:2.8 peratus) dan pengilangan 0.8 peratus berbanding dengan unjuran awal 4.3 peratus (2008:4.7
    peratus).

    Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, kerajaan mengekalkan unjuran bagi sektor pembinaan tidak berubah pada kadar 3.1 peratus (2008: 4 peratus), kata Najib semasa menggulung perbahasan perbelanjaan 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Sektor perkhidmatan juga dijangka menyaksikan pertumbuhan yang perlahan 5.6 peratus pada tahun depan berbanding dengan 6.9 peratus yang dianggarkan lebih awal (2008:7.1 peratus).

    Permintaan domestik dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih rendah sebanyak 5.8 peratus pada 2009 berbanding dengan unjuran awal 6.0 peratus dan 6.1 peratus yang dianggarkan bagi 2008, perbelanjaan persendirian 4.3 peratus berbanding dengan 6.4 peratus sebelum itu (2008:6.6 peratus) perbelanjaan awam 9.6 peratus berbanding dengan 5.1 peratus sebelum itu (2008:4.7 peratus).

    Katanya eksport diunjurkan merosot 1.5 peratus pada 2009 berbanding dengan pertumbuhan 4.6 peratus seperti unjuran awal (2008:4.7 peratus) manakala import berkembang lebih 0.3 peratus berbanding dengan 5.5 peratus seperti unjuran awal (2008:5.7 peratus).

    Read More...

    Carian dalam Tau Takpe

    masukkan je apa-apa yg nak dicari

    Tau takpe

    Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

    - OrangKita (OK) -

    Video mesti tengok!!!

    | Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |