+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam

Harakahdaily

Azamin Amin
Thu | May 28, 09 | 9:09:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai program Hujah terbitan TV9 adalah kerana panel debat Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat hadir.

"Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Beliau telah menyatakan persetujuan menyertai debat ini selepas pegawainya mengesahkan dengan pihak pengajur, bahawa Zahid disahkan datang dan tidak mahu digantikan dengan pihak lain

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato' Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau,"katanya

Namun katanya pada 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan beliau berdebat dengan Ezam Mohd Noor, tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Husam berkata penganjur langsung tidak bersikap profesional manakala Zahid langsung tidak bertanggungjawab malah jika Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politiknya sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

"Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru," kata Husam. - azm_

Read More...

Tuesday, May 26, 2009

Husam jangka Dun Perak bubar minggu ini

Siasahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tetap yakin Dun Perak akan dibubarkan segera selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kesnya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

"Posting saya tiga hari lalu (Rabu) telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini (Jumaat 22 Mei).

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dun Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini," tulis beliau dalam blognya.

Bagi Husam, keputusan Mahkamah Rayuan memberikan implikasi besar kepada perundangan di negara ini.

"Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di Dun yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

"Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini?

"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?," tanya Husam dalam tulisannya.

Read More...

PAS: Husam sah cabar Nasharuddin

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | May 25, 09 12:27pm

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru.

Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu tadi, beliau berkata gandingannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menolong memajukan lagi parti.

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

husam musa pas annouce contest of number 2 post 250509 02"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

Seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu juga berminat jawatan nombor dua PAS.

Beliau dijangka mengesahkan bertanding hari ini, tarikh akhir semua calon wajib berbuat demikian menjelang pemilihan parti di muktamar tahunannya di Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Ditanya sama ada beliau muktamad menentang Nasharuddin dan Mohamad, atau masih sedia berkompromi, Husam berkata:

"Saya telah ambil masa yang sangat lama untuk buat keputusan ini, dan ini adalah hari terakhir. Jadi saya rasa ini adalah keputusan yang muktamad."

Mengulas hasratnya bertanding berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Abdul Hadi, Husam berkata:

"Saya tidak mahu masuk kepada tajuk yang boleh mengelirukan. Saya hanya berkata bahawa, apa yang saya tuliskan (kenyataan media) itu bolehlah saudara tafsirkan dengan bentuk positif.

"Iaitu suasana semasa adalah kritikal dan saya tidak ada pilihan, saya meletakkan satu petanda dalam bentuk pertandingan ini."

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

dr haron din pasSementara itu, Husam juga berkata pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din "bersifat peribadi" dan tidak mewakili keseluruhan pandangan PAS.

"Setahu saya kertas kerja tersebut adalah kertas kerja peribadi beliau. Dalam seminar tersebut, ia tidak diterima sebagai kertas kerja yang diterima bersama.

"Jadi proses itu (mekanisme baru) panjang lagi. Kalau dalam seminar tersebut belum diterima, saya rasa tak payah diulas secara panjang lebar," katanya.

Sabtu lalu, tokoh ulama itu memberi amaran kepada parti agar berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang ditaja oleh musuh - termasuk oleh Umno atau negara asing - yang mengambil kesempatan dalam pemilihan kali ini.

Beliau kemudian mencadangkan kepada PAS agar mengetatkan mekanisme pemilihan parti bagi menyekat kemaraan pemimpin seumpama itu.

Diminta mengulas lanjut, Husam berkata: "Kalau parti sudah membuat keputusan, perubahan tersebut saya akan patuh. Setakat ini saya tidak tahu ada perubahan ataupun tidak. Kena tanya Datuk sendiri."

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Seramai 16 pemimpin dicalonkan untuk merebut tiga jawatan kanan tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang berminat.

Parti itu akan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding dalam satu sidang akhbar khas, esok.

Pertandingan PAS kali ini disifatkan persaingan dua aliran besar - satu pro-rundingan dengan Umno dan satu lagi pro-kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Nasharuddin - yang terlibat sendiri dalam satu rundingan sulit dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu presiden Umno, sejurus selepas pilihanraya umum tahun lalu - dikategorikan dalam kumpulan yang bertentangan dengan Husam.

Exco kerajaan Kelantan itu dikatakan lebih menyenangi idea mengukuhkan kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang.

Read More...

Thursday, November 6, 2008

Kerajaan BN sembunyi situasi sebenar ekonomi negara - Husam

Harakahdaily

Salmah Mat Husain
Thu | Nov 06, 08 | 3:56:10 pm MYT

KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya berbangga dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, sedangkan rakyat tidak mendapat gambaran sebenar ekonomi negara.

� Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apa yang berlaku hari ini kerajaan belum memberikan gambaran sebenar kedudukan ekonomi negara, sebaliknya hanya mengeluarkan pelbagai kenyataan dengan mendakwa ekonomi masih kukuh.

"Apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana negara sedang menghadapi krisis ekonomi dunia akibat kegawatan yang kronik.

"Sebelum ini pernah berlaku pinjaman bank tidak berbayar setelah berlakunya krisis ekonomi pada 1978 - 1979 di mana pada ketika itu pasaran saham jatuh merudum.

"Sekarang fenomena itu berlaku lagi di mana pasaran saham menjadi tidak menentu," katanya di sini.

Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Menurut Najib, pakej itu bertujuan mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Husam berkata, apabila berlaku kejatuhan pasaran saham, pihak pelabur diminta membayar balik kepada bank, namun lazimnya mereka tidak mampu berbuat demikian.

"Jika perkara ini berlaku, akan terjadi pinjaman tidak berbayar sebagaimana sebelum ini dan ia akan menjejaskan sistem perbankan di Malaysia," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan seharusnya memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat terhadap krisis ekonomi dunia, di mana negara kita turut menerima kesannya. -mj/ mr/mks. _

Read More...

Saturday, August 23, 2008

Penurunan 15 sen bukti harga minyak memang boleh diturunkan - Husam

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab
Sat | Aug 23, 08 | 6:17:29 pm MYT

JERANTUT 23 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata, penurunan harga petrol dan disel berkuat kuasa hari ini membuktikan bahawa harga bahan itu boleh diturunkan.

Beliau berkata, penurunan harga bahan api itu menyanggah kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad sabery Chik ketika berdebat dengan Dato Seri Anwar 15 Julai lalu kononnya harga minyak tidak boleh diturunkan kerana akan menjejaskan pendapatan negara.

Katanya, beliau pernah meminta kerajaan bersabar supaya jangan manaikkan harga minyak secara drastik dan tergesa-gesa dahulu, tetapi kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Badawi berkeras dan menaikkan harga bahan itu.

Katanya akibat Kenaikan harga minyak menyebabkan negara mengalami kadar inflasi tertinggi sejak lebih 20 tahun lalu dan kini kerajaan terpaksa menelan balik kata-kata mereka sebelum ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Ijtima Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Tarbiyah Imam Syafie, dekat Temin Jerantut.

Kelmarin, Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM 2.70 kepada 2.55 sen seliter berkuat kuasa 23 Ogos 2008.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga bagi diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu, kata Husam membuktikan kenyataan bahawa harga minyak boleh diturunkan adalah benar.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan untuk menetapkan harga minyak setiap awal bulan, Husam berpendapat langkah itu sebagai tidak wajar dilakasanakan.

Ini kerana katanya Malaysia adalah pengeluar minyak.

Katanya menetapkan harga bahan itu berdasarkan harga pasaran dunia adalah tidak adil kepada rakyat.

"Rakyat sepatutnya menikmati harga minyak yang lebih rendah kerana Malaysia negara pengeluar minyak, kita tidak sama dengan Singapura dan Thailand yang tidak mempunyai minyak," katanya.

Katanya, negara-negara pengeluar minyak lain di dunia seperti Mesir (pengeluar minyak dengan kapisiti hampir sama dengan Malaysia) serta negara�negara lain mengenakan harga yang lebih rendah kepada rakyatnya berbading Malaysia. - mns_

Read More...

Tuesday, July 29, 2008

Anwar perlu bertanding pilihan raya kecil - Husam

Siasahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, langkah seterusnya bagi Pakatan Rakyat ialah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat bertanding di dalam pilihanraya kecil dan dari situ, sikap UMNO boleh diukur nanti.

“Kemenangan Datuk Seri Anwar boleh menggugat Abdullah dan UMNO. Untuk itu, lebih baik UMNO menguruskan kusut masai parti mereka tanpa melibatkan orang lain,” kata beliau dalam kenyataan terbarunya sebagaimana yang disiarkan dalam blog beliau http://www.husammusa.com/.,

Beliau juga meminta Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib agar menumpukan perhatian menyelamatkan partinya yang sedang menuju kehancuran tanpa cuba menggunakan parti lain untuk membantunya.

“Kerajaan UMNO yang mereput tidak boleh diselamatkan dengan gimmick seperti itu,” kata Husam mengulas kenyataan Muhamad kononnya muzakarah Umno dengan PAS akan diteruskan.

Padahal, Majlis Syura Ulamak PAS telah memutuskan fail muzakarah sudah tutup yang ada hanya pertemuan biasa sahaja boleh dilakukan iaitu muqabalah.

Read More...

Monday, July 21, 2008

Husam: PM mahu pecah belah PAS...

Malaysiakini

Jul 20, 08 9:00pm

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

‘Mahu kukuh kedudukan'


husam musa 03Mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu."

"PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau.

Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan bukan Melayu.

"Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

Kepercayaan bukan Melayu

"Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

"PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," katanya.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

"Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.

Komen Nik Aziz

nik azizSementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno,bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti.

Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

"Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Bukan atas nama parti

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan.

"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

"Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

Read More...

Wednesday, July 9, 2008

Husam : Jangan Salahkan Carburetor Dung

Husammusa.com

KOTA BHARU :
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.
“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,

“Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,” jelasnya.

Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.

Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.

“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,”

Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya.

Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.

Read More...

Kenaikan minyak bakal undang kegawatan ekonomi lebih dahsyat - Husam

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Wed | Jul 09, 08 | 7:37:10 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Julai (Hrkh) - Kerajaan diminta mengkaji semula cadangan menaikkan lagi harga minyak sekiranya tidak ingin kehilangan lebih banyak pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan lagi harga minyak akan menyebabkan lebih banyak kilang menutup operasi kerana bebanan kenaikan bahan bakar dan tarif elektrik tidak tertanggung lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini berkata, penutupan kilang Nikko di Pulau Pinang disebabkan kenaikan harga minyak kerana kos operasinya meningkat begitu tinggi.

�Lebih banyak kilang termasuk milik pelabur luar negara akan berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia, terutamanya dalam keadaan sekarang.

�Pelabur akan mencari negara lain seperti Vietnam dan China yang tidak membebankan pelabur. Bila perkara itu berlaku ia akan menyebabkan malapetaka ekonomi lebih dahsyat bakal melanda negara kita.

�Kalau banyak kilang ditutup, orang ramai akan kehilangan kerja sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara,� ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Oleh itu beliau meminta, kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut bagi mengelakkan negara menjadi lebih kritikal.

Beliau juga berkata, mesej yang disampaikan rakyat melaui himpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini sebenarnya sudah sampai kepada kerajaan.

Kata beliau memprotes kenaikan harga minyak menjadi hak semua rakyat dan kerajaan seharusnya berfikir kesanggupan semua lapian masyarakat turun ke padang membantah.

�Saya bukan pro band rock tu, tetapi kalau kita baca balik lirik lagu yang dinyanyikan oleh golongan itu ia mempunyai mesej yang tertentu kepada kerajaan.

�Cuma yang silapnya dia buka seluar, sebelum ni pun kat konsert lain memang dia dah buat macam tu, tapi pada pendapat saya perkara itu boleh diperbetulkan.

Apa yang penting mesej rakyat tanpa mengira kedudukan mereka telah sampai kepada kerajaan,� ujarnya.

Katanya, lirik lagu berkenaan terkena atas batang hidup kerajaan sendiri.

�Jadi kerajaan kena fahamlah, kalau budak-budak macam tu pun boleh sindir kerajaan, faham sendirilah,� ujarnya.

Mesej Protes boleh dilakukan berbagai cara tetapi tidak bertindak kasar. Menurutnya kerajaan harus menangani segera perkara tersebut dengan menurunkan semula harga minyak dan tarif elektrik.

Beliau juga berkata, Kijang Care akan berusaha menjejaki dua keluarga yang kesempitan hidup selepas kilang Nikko ditutup operasinya baru-baru ini.

�InsyaAllah kita akan cuba memberi sedikit bantuan pada keluarga terbabit bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka,� ujarnya. - mj _

Read More...

Friday, June 20, 2008

Kerajaan sembunyi fakta sebenar minyak- Husam

Detik Daily

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, yang juga seorang ahli ekonomi mempunyai pandangan serta penyelesaian menarik bagaimana untuk mengatasi krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini turut menyanggah segala macam hujah yang diberikan oleh kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut membuat pendedahan yang mengejutkan, apa yang disifatkannya sebagai fakta yang disembunyikan oleh kerajaan. Ikuti wawancara beliau bersama MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, 9 Jun lepas.



HARAKAH: Kerajaan menaikkan harga minyak dengan menarik subsidi kepada rakyat, atas alasan kenaikan harga minyak dunia, apa pandangan Dato'?

HUSAM: Dalam hal ini saya mempersoalkan, pertama, adakah kerajaan Malaysia mampu memberi subsidi harga minyak kepada pengguna tempatan atau tidak? Yang kedua, wajarkah subsidi ini diberikan atau tidak?

Pada pandangan saya, Malaysia mampu beri subsidi bagi membolehkan harga minyak negara berada pada tahap yang tidak bebankan rakyat dan membantu kembangkan ekonomi negara,

Ini kerana kedudukan kita sebagai 'nett exporter'(eskport bersih). Malaysia kini dikelaskan sebagai 'nett exporter' minyak kerana minyak yang kita keluarkan lebih daripada apa yang kita gunakan.

Malaysia mengeluarkan antara 650,000 tong sehari, dan pernah pada tahun 2006 kita pernah keluarkan 747,000 tong sehari.




Apa maksud 'nett exporter'?

Bila kita dikelaskan sebagai 'nett exporter', kita dengan sendirinya mempunyai kedudukan yang membolehkan kita mampu membiayai subsidi ke atas rakyat, sekali pun harga minyak naik lebih tinggi lagi.

Ini kerana apabila harga minyak makin tinggi kita ada duit yang banyak untuk memberikan subsidi.

Yang mudah pengiraannya ialah, berdasarkan jumlah pengeluaran dan penggunaan kita bagi kadar sehari, kita masih ada lebihan lagi sejumlah 150,000 tong sehari, berdasarkan penggunaan sekarang iaitu sekitar 500,000 tong sehari.

Itu belum masuk pengeluaran Petronas di luar negara yang mana ada perkongsian dengan Sudan, dengan Negara Teluk dan lain-lain.



Tetapi kerajaan mendakwa mahu rakyat bersedia hadapi krisis yang lebih buruk?
Itu hujah kerajaan. Kerajaan mendakwa oleh kerana minyak kita boleh bertahan hanya, tujuh tahun lagi, kerajaan mahu melatih rakyat untuk menerima kadar harga minyak antarabangsa. Jadi dengan tarik subsidi ini kita akan dekati harga pasaran minyak dunia, dan bila minyak habis tujuh tahun daripada sekarang kita akan terus ke pasaran dunia (pasaran terbuka).

Bagi saya hujah ini adalah tidak benar kerana mengikut rekod yang ada pada Petronas, kalau kita buka laporan Petronas 2006, jangka hayat minyak Petronas masih ada 20 tahun lagi.

Jadi kita boleh guna selama 20 tahun akan datang dan jangka hayat rizab gas pula ada 34 tahun lagi.

Apa yang kita perlu fahami tentang jangka hayat rizab ini ialah, kita akan sentiasa dapat sumber-sumber baru dalam istilah Petronas ialah disebut sebagai 'replacement ratio' (nisbah penggantian) yang membawa maksud, sumber baru yang akan ditemui bagi mengantikan sumber sedia ada yang telah dikeluarkan.

Ikut sumber Petronas ini, 'replacement ratio' pada tahun 2006 ialah, 1.8 kali ganda. Bermakna tiap-tiap satu liter yang kita gunakan sekarang akan diganti dengan nisbah 1 liter (digunakan sekarang) : 1.8 liter ('replacement ratio') sumber baru.

Ini yang rakyat tidak tahu dan kerajaan tidak pernah dedahkan.

Ini bermakna minyak kita tidak akan kering dalam masa terdekat kerana kita ada rizab yang sentiasa bersambung. Ini bermakna sebenarnya kerajaan mampu meneruskan subsidi bagi jangka masa yang lebih lama lagi.



Apakah implikasi ekonomi apabila subsidi minyak ditarik balik?

Apabila kerajaan tarik semula subsidi ini, kerajaan sebenarnya menyebabkan rakyat biasa tertekan dari segi kehidupan mereka; permintaan pengguna akan jatuh, pelancongan domestik akan menguncup; barang-barang akan naik harga termasuk barang-barang pembinaan sekali gus akan menguncupkan industri pembinaan.

Ia akan menyumbang kepada penguncupan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan; menyerap sebahagian pendapatan rakyat sebab kos-kos baru yang timbul akibat kenaikan harga-harga dan perkhidmatan ini.

Secara keseluruhannya penarikan subsidi akan membebankan rakyat.



Tetapi kerajaan membandingkan harga minyak kita masih murah berbanding negara lain?

Cuba kita lihat macam di Mesir, harga minyaknya jauh lebih rendah berbanding Malaysia, harga minyaknya ialah RM1.03 sen, dan rizab minyak di Mesir hanya 3.7 bilion tong berbanding Malaysia kita ada 4.2 bilion tong.

Kalau Mesir boleh letak harga lebih rendah dengan rizab minyak yang lebih kecil, mengapa Malaysia yang ada rizab minyak lebih besar, sampai 30 sen kurang daripada harga dunia?.

Begitu juga harga di Nigeria hanya 32 sen (dalam RM), UAE RM1.19 sen; Venezuela (16 sen) dan Turkmemistan (22 sen). Turkmenistan ini rizabnya lebih rendah lagi iaitu, 0.56 bilion tong, tetapi harga di Turkmenistan hanya pada kadar 22 sen seliter.



Kerajaan kata naikkan harga minyak dan tarik subsidi kerana mahukan peruntukan subsidi disalur kepada pembangunan dan subsidi lain?

Memanglah jumlah subsidi akan meningkat tetapi kerajaan perlu bimbang kerana wang itu diperolehi daripada peningkatan keuntungan hasil daripada harga minyak dunia yang meningkat.

Kerajaan tidak perlu ambil daripada wang lain seperti balak, getah atau sebagainya kerana kita hanya perlu ambil daripada keuntungan yang meningkat berikutan kenaikan harga minyak itu.

Bila kerajaan tarik subsidi ini rakyat akan terbeban, ekonomi akan menguncup, yang setersunya kerajaan juga tak akan dapat lebihan duit sebab kenaikan harga minyak yang kita lihat sekarang ini salah satu sebab adalah kerana akibat penurunan nilai Dollar Amerika (USD).

Jadi kerajaan akan kejar bayang-bayang ini sampai habis, umpamanya baru-baru ini kerajaan naikkan hingga RM2.70, selang dua tiga hari minyak dunia naik USD10 lagi bagi satu tong, bermakna RM18 bilion yang kerajaan kata cuba jimat itu jadi menguncup.

Cuma kerajaan boleh jimatkan perbelanjaannya dan keuntungan yang diperolehi hasil lain digunakan dengan berhemah, itu adalah cara penjimatan yang sebenar dan bukannya dengan menekan rakyat yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kerajaan mahu jimatkan RM18 bilion tadi, daripada poket rakyat.

Jadi negara akan mengalami pengurangan wang rakyat sebanyak RM18 bilion juga yang diserap kerajaan untuk jadi dana untuk dana pembangunan seperti yang didakwa kerajaan itu.



Mengapa dana Petronas tidak diguna untuk membantu rakyat?

Saya hendak sebutkan sejarah Petronas. Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 untuk melaksanakan konsep 'inoculasi'.

Dalam kes ini, Petronas ditubuh untuk memastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah.

Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat.

Petronas hanyalah pengawal kepada minyak tadi milik yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tak boleh kata itu milik mereka dan keuntungan itu milik mereka kerana keuntungan itu untuk rakyat gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia.

Harus diberi keutamaan ialah rakyat yang menjadi tuan punya kepada Petronas itu.

Lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi daripada jumlah 'replacement ratio' tadi.

Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada 'replacement ratio' 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini.


Petronas dilaporkan untung besar saban tahun, apa pandangan Dato' bagaimana sewajarnya keuntungan itu disalurkan?

Ya, jika melihat rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, di mana pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong).

Sekarang harga minyak naik lebih USD130 setong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.

Dalam laporan tahunannya pendapatan besar Petronas disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestik) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.

Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas.

Selain itu harga minyak kita 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang kita import kerana minyak kita dikenali sebagai 'tapis blend' yang ada kualiti yang lebih baik dan harga yang tinggi bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi.


Sebelum pilihan raya kerajaan jamin tidak naikkan harga minyak, tetapi sebaliknya dinaikkan secara mendadak ....
Kupasan saya ini berdasarkan data. Dari sudut politik ini saya fikir orang ramai boleh memikirkannya sendiri (soal janji politik yang tidak betul).

Saya berhasrat supaya rakyat memahami beberapa asas yang tidak pernah disebut oleh kerajaan tentang 'replacement ratio'; jangka hayat minyak kita yang masih wujud ini yang tidak pernah didedahkan oleh kerajaan kepada rakyat.


Selain minyak, Malaysia juga ada simpanan gas yang cukup besar, apa pandangan Dato'?

Ya. Mengenai gas, di Thailand sendiri kerajaannya sedang dan telah mempersiapkan negaranya dengan penggunaan NGV.

Namun di negara kita sendiri pam NGV sendiri tidak mencukupi, di Kelantan dan Terengganu tidak dipasang paip besar (PGU) untuk hantar gas NGV ini kerana itu kita tidak boleh diadakan stesen pam NGV di Kelantan dan Terengganu.

Sedangkan NGV ini adalah sumber tenaga yang murah yang boleh digunakan oleh kenderaan menggantikan minyak dan kita ada rizab gas yang sangat besar.

Rizab gas kita sangat besar iaitu gas diukur dalam kadar tong minyak, total rizab kita hingga Januari 2007, 26 bilion 'Barrel Oil Equivalent' (BOE) (gas campur minyak) itu pada tahun 2007, pada tahun 2008 ialah 25.85 maknanya kita ada penemuan rizab baru. Ini bermakna rizab kita bertambah.



Adakan fakta ini disembunyikan?

Yang mustahak kini ialah, oleh kerana Petronas tidak pernah ada audit bebas diadakan sama ada penggunaan oleh kerajaan mahupun Petronas sendiri.

Justeru, saya cadangkan jika kerajaan tiada apa-apa yang hendak sembunyikan daripada rakyat, saya cadangkan kerajaan lantik satu audit bebas untuk mengaudit penggunaan hasil keuntungan Petronas ini.


Dato' setuju rakyat harus diberikan subsidi minyak?

Subsidi ini diperlukan bagi meningkatkan kecekapan ekonomi dan memberikan kelebihan kepada negara.

Ini kerana jika kita boleh keluarkan barang dalam kadar yang murah kita ada kelebihan pada penetapan harga.

Jika kos pengeluaran kita mahal, kos penjualan pun mahal dan mungkin berbanding dengan negara lain harga barang, produk keluaran kita akan tidak berdaya saing dan tidak kompetitif.

Kita tidak boleh bandingkan dengan negara macam Singapura yang bukan pengeluar minyak.

Dengan Indonesia juga tidak boleh dibandingkan kerana pengeluaran minyaknya dengan jumlah penduduknya nisbah pengeluarannya sangat kecil berbanding Malaysia yang pengeluaran minyak lebih dengan penduduk yang kurang berbanding Indonesia.

Thailand sendiri memberi cukai jalan percuma sedangkan Malaysia masih mengenakan cukai jalan.

Pendapatan hasil keuntungan ini (cukai jalan) ialah sejumlah RM5 bilion setahun dan ia boleh digunakan untuk perbelanjaan negara dengan cermat melaksanakan pembangunan.


Bagaimana dengan impak kenaikan harga minyak?

Kerajaan sudah tidak boleh mengawak impak kenaikan harga minyak ini kepada harga-harga barangan lain. Misalnya dalam kes larangan merokok 18 tahun ke bawah, akhirnya berapa orang peniaga yang dikenakan tindakan kerana melanggar larangan ini? Tidak ada seorang pun lagi yang kena.

Malaysia ada undang-undang tetapi tak ada penguatkuasaan.

Justeru, satu kesimpulannya ialah lepas kerajaan umumkan kenaikan ini kerajaan seolah-olah dilihat seperti kesian kepada rakyat dengan umumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi ini semua satu kepura-puraan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan yang naikkan harga minyak itu dan rakyat dah terbeban, sekarang kerajaan pula cerita nak bantu rakyat dengan ringankan bebanan, tolong kurangkan tol, dan bagi lebih bantuan.

Kalau kerajaan tidak naikkan harga minyak, kerajaan tidak perlu umum langkah ini, kerana semua orang akan dapat nikmat harga minyak tidak naik.

Kalau harga minyak naik, harga beras yang naik atas lori pun naik, justeru orang susah dan orang kaya pun akan merasai kenaikan harga beras.

Pada saya, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia, memang kita yakin akan dapat mengekalkan subsidi yang munasabah walaupun harga minyak dunia meningkat.

Read More...

Thursday, June 19, 2008

Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam

Harakahdaily

Lanjusoh

Thu | Jun 19, 08 | 3:47:49 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Jun (Hrkh) - Berdasar kepada situasi politik negara yang semakin membahang sekarang kemungkinan besar kerajaan baru dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, usul tidak percaya merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang ada bagi mengelakkan negara daripada terus diterajui pemimpin mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian saya mempelawa ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS. Dengan demikian ahli-ahli parlimen Melayu tidak akan berkurang dalam kerajaan baru dengan izin Allah.

"Tindakan ini juga dapat menghapuskan kebimbangan ahli-ahli parlimen Umno sebelum ini yang khuatir terhadap bilangan ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Global Media Channel Sdn Bhd di sini.

Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee semalam mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Husam yang kini berada di Timur Tengah berkata, penyusunan baru kepemimpinan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekarang.

"Sikap terbuka ahli-ahli parlimen Umno perlu dengan membuktikan diri mereka sememangnya prihatin kepada kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara," katanya.

Menurutnya dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.

Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.

Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.

Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.

"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.

"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sudah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepemimpinan dan kekosongan itu perlu diisi. - mns_

Read More...

Saturday, June 14, 2008

100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai!

dPerantauan

Sessi bersama pimpinan kanan Pakatan Rakyat d Dubai malam tadi melihatkan sambutan hebat d kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pertemuan kira-kira dua jam setengah juga menarik minat beberapa teman Bosnia dan Mesir. Dan mengasyikkan, sessi malam tadi turut d sertai rakyat Malaysia d Riyadh - melalui video call 3G!

Setakat yang teringat, ini merupakan pertemuaan rakyat dan pemimpin terbesar melibatkan rakyat d sini dan pimpinan Malaysia (selalunya pertemuan dengan pimpinan kerajaan BN bersifat agak formal d hotel). Malam tadi kami bertemu d rumah Fudzail - dan yang hadir terpaksa bayar pula! Kami pakat sedia jamuan rakyat untuk pimpinan Pakatan Rakyat! Walau tiada makanan Free, namun kehadiran amat memberansangkan!

Ketiga-tiga pimpinan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Husam Musa dan YAB Tan Sri Khalid walaupun tiba pada awal paginya, masih penuh stamina. Walaupun mereka tiba dalam pesawat yang sama, Dsai dan Husam hanya sedar mereka dalam pesawat yang sama sebelum mendarat - masing-masing lena bila tiba d pesawat!.

Ketika menjemput Dato' Husam dan rombongannya, Dsai dan TS Khalid juga bersama. Tak sempat bertemu Dsai, tetapi sempat juga dia menghantar pesanan melalui Blackberrynya setibanya d Dubai.

Dengan hanya notis beberapa hari, perancangan djalankan dengan teratur. Husam terlebih dahulu confirm untuk program bersama rakyat Malaysia d UAE. Setelah dberitahu kehadiran Dsai melalui salah seorang peguam Dsai, kami berusaha mendapatkan kepastian waktu Dsai dan TS Khalid untuk bersama Husam.

Promosi awal d gerakkan. SMS, email dan word of mouth menjadi communication channel pillihan.

Awal pagi semalam, kata pasti d terima. Fudzail sempat mendapat confirmation dari Dsai.

Dalam pada itu, mobileku tak putus menerima SMS dan panggilan. Ada yang confirm akan bersama, tak kurang yang bertanya petunjuk jalan. Yang gelinya ada yang bertanya berapa ramai akan hadir malam ni?

Aku tanya kenapa? Dia jawap "usually aah, when Anwar give his speech aaa, thousands will come".

Aku jawap, "u datang saja, ramai tak ramai datang saja". Dia sempat menambah, "kalau i datang lambat aah, simpan makanan untuk i".

TS Khalid Memulakan Acara

Sekitar 8:05pm, acara kami bermula. Mukadimmah awal buat tetamu istimewa yang dah tiba - Husam dan TS Khalid. Ruang tamu rumah Fudzail masih lapang.

TS Khalid memulakan bicara dengan latarbelakang keterlibatannya dalam dunia politik. Transisi yang agak jauh menyimpang, dari dunia koperat yang fokus pada keuntungan syarikat kepada dunia politik yang memberi keutamaan kepada rakyat terbanyak.

Permulaannya agak perlahan, namun setelah masa beredar momentum TS Khalid bergerak pantas.

Sessi mula terasa seperti sessi lapuran ketua kerajaan Selangor selepas 100 hari memerintah. Apalagi bila TS Khalid menyebut, sebagai CEO kerajaan negeri, beliau bertanggung jawab atas amanah yang d pikul. Kepertanggungjawaban terhadap rakyat menjadi agenda, dan perbezaan antara PR dan BN.

Perbezaan ideologi antara komponen PR bukan masalah, malahan titik pertemuaan itulah menjadikan kami dekat.

Sesekali TS mencuit hati kami dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang menerajui negeri termaju d Malaysia.

Dato' Husam Strategis Mengemudi PAS dan PR

Sekitar 40 minit berlalu, giliran Husam berdepan "share holders" - rakyat dperantauan. Ketika ini, ruang tamu dah sesak.

Sessi Husam menampakkan kematangan dan pengalaman beliau. Penyampaian structured. Trademarknya juga tak ketinggalan - penuh fakta!

D selang seli dengan potongan ayat Quran sebagai dali dasar dan polisi yang menjunjung kepentingan awam.

Ketika itu, Dsai tiba. Ketibaan Dsai d sambut meriah, negarawan yang sudah lama dnanti rakyat dperantauan. Tak siapa yang hendak miss bersalaman dengan mantan TPM. Juga d sebut-sebut PM in waiting. Tiba d depanku, sempat kami berpelukan. Kali terakhir bertemu tahun lalu. Cuma sempat bercakap melalaui telefon dan tukaran email.

Husam meneruskan ucapan, mengakhiri sessi kedua malam tadi. Pendek, namun padat.

Dsai - dari Reformasi kepada Spekulasi September!

D awal ucapan TS Khalid, beliau ada menyebut beberapa perkara menarik yang menjadi spekulasi. Spekulasi hanya boleh d jawab dan d ulas Dsai. Tiba giliran Dsai, sebagai pengerusi majlis, aku sempat mengingatkan Dsai akan spekulasi yang harus d isi dalam ucapannya.

Ternyata itulah yang d nanti hadirin.

Dsai, menyentuh dan mengupas isu spekulasi kerajaan baru. Apa benar September 16? Kenapa pula September 16?

Dsai menggariskan perubahan kerajaan (jika ianya berlaku) akan berlaku selewatnya September 16 tahun ini. Kenapa September 16 - ianya tarikh keramat yang d kongsi sama rakyat Malaysia d Semenanjung (Hari Malaysia) dan yang lebih nostalgik buat rakyat Malaysia d Sabah dan Sarawak.

Dalam beberapa ketika, Dsai sempat melontarkan pujian kepada Husam sebagai strategis bagi PAS (terutama d Kelantan katanya) dan buat PR.

Ketelusan, amanah dan kepentingan rakyat akan terus menjadi agenda buat PR - menjadi mesej utama Dsai.

Sessi soal jawab menarik, bilamana teman-teman dari Riyadh turut serta. Walau tidak bersama secara zahirnya, mereka sempat berdialog dengan ketiga pimpinan dengan penggunaan teknologi (E90 ku jadi alat penghubung!).

ALhamduliLlaah, sessi malam tadi memberi senario baru buat kami d Dubai. Pertemuaan rakyat Malaysia berbilang kaum dperantauan, bersama pimpinan rakyat mengingatkan kembali pengalaman malam Pemilu ke-12 yang lalu (anak muda Melayu bersama Cina dan India menggembling tenaga menjana kemenangan PR d 5+1 buah negeri).

Husam dan Dsai sendiri amat berpuas hati. Ketika menghantar Husam ke hotel, dalam keletihan beliau sempat merakamkan kegembiraan bertemu rakyat dperantauan.

Dsai pula sempat mengirim pesanan pagi tadi. Mesej dari Blackberrynya mengutus rasa puas hati. Jazakallah, tergesa malam tadi. Ada program lain (selepas program kami).

Apa pun, setelah amanat Tok Guru (semasa sessi teleconference sebelum Pemilu lalu) kami pikul bersama; kini harapan pimpinan peneraju perubahan ke arah Malaysia Baru kami dokongi. Ayuh, rakyat Malaysia dperantauan - kita juga punya tanggungjawab bersama ke arah Malaysia Baru!

Paling minima, rapatkan kerjasama kita bersama. Permuafakatan d tingkat, rakyat d martabat!

Terima kasih pada tuan rumah, sukarelawan yang berpakat membantu melicinkan perjalanan program serta hadirin yang tiba bersama (ada juga yang tiba dari Oman dan Abu Dhabi!).

Gambar (dari kamera Nik) boleh d lihat d sini, video menyusul InsyaALlaah!

Read More...

Anwar, Khalid, Husam bertemu ekspatriat di Dubai

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Fudzail
Sabtu, 14 Jun 2008


SEPERTI dijangkakan, ekspatriat Malaysia di Dubai memenuhi ruang tahu rumah saya di Twar 3. Sekurang-kurangnya 150 orang dengan kusyuk mendengar pelbagai penjelasan dan jawaban mengenai keadaan semasa serta isu terkini di tanahair. Ramai lagi tidak dapat hadir kerana tersesat. Lokasi rumah saya sebenarnya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Saya sebenarnya kesibukan dari subuh hingga sesi diadakan. Subuhnya bergegas ke hotel untuk bertemu DS Anwar dan TS Khalid untuk memastikan sendiri mereka akan hadir di majlis.

Selain sibuk di pejabat kemudian membawa seorang ahli perniagaan terkenal Dubai untuk bertemu keduanya.Isteri, anak-anak dan ramai kawan-kawan yang membantu dan setiba di rumah sebelum magrib, rumah sudah dikemaskan.

Sebaik lepas magrib, telefon bimbit tidak berhenti dengan deringan kerana ramai masih 'sesat' walau peta lokasi rumah sudah dihebahkan melalui yahoogroup Malaysian-UAE (http://groups.yahoo.com/group/malaysian-uae/).

Kerana kesibukan melayan tetamu yang terus datang dan menjawab telefon untuk arah lokasi, saya tidak begitu dapat mengikuti sesi dari mereka bertiga. Dari apa yang didengar, tentunya menarik kerana penjelasan terus dari mereka yang terlibat. [Seterusnya..]

BERITA SEBELUMNYA

Anwar, Khalid dan Husam di rumah saya malam ini

SEMEMANGNYA apabila di perantauan, lebih mudah untuk bertemu dengan pemimpin, berbanding di tanahair sendiri. Kesempatan dan peluang terbuka sebegini memang sentiasa di nanti-nantikan.

Terutama dalam keadaan sekarang di mana suasana politik dan ekonomi yang terus menjunam buat mereka yang memerintah.

Pada hari ini terasa bertuah kerana tiga orang tokoh pemimpin negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM-in-waiting, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor dan Dato Husam Musa, EXCO Kelantan akan berkunjung ke rumah untuk bersama-sama rakyat Malaysia di UAE.

Persiapan rengkas terutama penyediaan makanan (nasi beriyani kambing dan ayam) telah dibuat dan dijangkan lebih 200 akan hadir.Lapuran selanjutnya akan dibuat untuk tatapan pembaca klpos.

Read More...

Thursday, June 12, 2008

Abdullah cuba 'menunjuk, mengada-ngada' - Husam

Harakahdaily

Intan Abdullah

Thu | Jun 12, 08 | 2:29:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Tindakan kerajaan memotong 10 peratus elaun keraian menteri kabinet serta melarang mereka melancong ke luar negara adalah merupakan usaha yang kurang berkesan berbanding beribu-ribu juta wang yang telah dibazirkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, langkah itu tidak membawa banyak makna bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api itu yang begitu tinggi.

"Kita seolah-olah mahu berjimat 10 sen tetapi sedia biarkan hilang beribu juta, ia tak memberi kesan yang munasabah," katanya.

Tegasnya langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sesetengahnya seolah-olah hendak menunjuk-nunjuk.

"sesetengah daripada langkah penjimatan itu seakan mahu menunjuk-nunjuk dan mengada-ngada seperti pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi anggota Kabinet," katanya semalam.

Beliau berpendapat, banyak lagi langkah yang lebih berkesan termasuk menghentikan pemberian tender secara runding terus melibatkan kos beribu-ribu juta yang sepatutnya dapat diselamatkan perlu dilaksanakan sebagai strategi kerajaan pusat.

"Contohnya, pembinaan landasan berkembar kereta api yang kosnya dahulu sekitar RM8 bilion sekarang melonjak kepada RM16 bilion," katanya.

Selain itu tambahnya, langkah mengehadkan penggunaan hotel untuk seminar juga suatu langkah ke belakang kerana ia secara tidak langsung akan menguncupkan industri perhotelan dan pelancongan di negeri-negeri.

Husam yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan turut menyatakan kehairanan dengan strategi diambil kerajaan bagi mengawal perbelanjaan kerajaan pusat setelah menaikkan harga minyak.

"Saya tidak faham kenapa kita naikkan harga minyak yang sepatutnya masih boleh dielak sehingga terpaksa bersusah payah melakukan itu dan ini untuk mengambil hati rakyat," ujarnya.

Katanya, langkah lebih berkesan perlu diambil dan tidak harus disempitkan pemikiran atau tindakan dengan menggerakkan tenaga-tenaga alternatif termasuk gas dan solar semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Husam berkata Kerajaan Kelantan tidak akan mengurangkan elaun keraian anggota Exco dan wakil-wakil rakyat memandangkan kerajaan negeri itu telah sekian lama melakukan langkah berjimat cermat termasuk pemotongan elaun wakil rakyat sebagai strategi menjaga kebajikan rakyat. - mks. _

Read More...

Wednesday, June 11, 2008

Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak

Harakahdaily

Dato' Paduka Husam Musa

Wed | Jun 11, 08 | 4:27:00 pm MYT

Jika Kerajaan BN tumbang, bolehkah harga minyak diturunkan semula?

Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.

Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.

Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.

Sebagai 'net exporter' minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.

Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.

Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ialah menurunkan harga minyak petrol dan disel dan seterusnya memperkembangkan penggunaan NGV dan gas asli untuk industri dalam tempoh tiga tahun bermula dari sekarang. Rakyat yang perlu berjimat boleh menggunakan NGV yang lebih murah dan mudah diperolehi dan rakyat yang berkemampuan boleh terus menggunakan bahan petrol yang lebih mahal.

Mari kita lihat kecacatan dasar tenaga kita sekarang.

NGV (Natural Gas for Vehicle)

Penggunaan bahan petroleum Negara ialah kira-kira 590,000 tong sehari.

Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.

Sumber gas asli kita begitu kaya.

Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation) Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya.

Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.

Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat. Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi.

Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah. Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan.

Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam 'sales and distribution' untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)

Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat.

LNG (Liquified Natural Gas)

Apa yang dilakukan oleh Petronas untuk sumber gas asli ini ialah dengan mengeksport LNG (gas asli cecair).

Penjualan LNG adalan sebanyak 22 juta tan setahun. Ini bersamaan dengan hampir 500,000 tong sehari minyak mentah iaitu hampir memenuhi keperluan bahan petroleum negara.

Penjualan LNG memerlukan kos memproses dan penghantaran yang tinggi. Oleh itu keuntungan menjual LNG adalah kurang berbanding minyak mentah. Seharusnya Petronas mengalakkan pengunaan gas dalam Negara yang akan membolehkan Petronas mengekspot minyak mentah yang lebih menguntungkan.

Pada masa ini Petronas membelanjakan lebih US$ 0.5 billion setahun untuk pengangkutan LNG ke destinasi pembeli. Untuk tempoh 20 tahun (jangkamasa perjanjian penjualan) kos ini adalah sebanyak US$10 billion. Wang sebanyak ini bukankah lebih baik di gunakan untu membina saluran paip gas di antara Sabah, Sarawak (tempat sumber) dan Semenanjung bagi membolehkan sumber gas asli ini disalurkan ke seluruh Negara?

Oleh itu kontrak penjualan LNG harus dikaji semula dan tumpuan harus di berikan dalam mengalakkan pengunaan gas asli untuk kenderaan dan industri di seluruh negara.

Pakatan Rakyat tak boleh laksanakan langkah semudah ini? Tentu boleh.

Kita masih ada pilihan antara dasar semborono yang menyusahkan semua pihak dengan dasar yang lebih menguntungkan kita: antara BN dan PR. - cetusan-hati.blogspot.com_

Read More...

Monday, May 12, 2008

Umno banyak dosanya pada Melayu - Husam

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab

Sun | May 11, 08 | 10:21:46 am MYT

JERANTUT, 11 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata, ada usaha agen-agen Umno memainkan isu perpaduan Melayu sebagai strategi untuk mengukuhkan parti itu pacsa pilihan raya umum ke-12.

ImageKata beliau, Umno terlalu banyak dosanya kepada orang Melayu, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang mengganggu kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menyekat projek, menyekat subsidi kepada rakyat bukan penyokong parti itu dan sebagainya.

"Terlalu banyak dosa Umno kepada Orang Melayu ini, parti itulah yang menghapuskan tulis jawi, menyekat projek dan sebagainya,"ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut kali ke-21 di Kompleks Imam Syafie, dekat sini.

Husam berkata, perjuangan Islam ini tidak berasaskan bangsa ia Universal sifatnya berbanding perjuangan kebangsaan yang dipolupori Umno.

Katanya, jika Umno yang berjuang atas dasar kebangsaan Melayu itu turut memangsakan orang Melayu, apa tah lagi kepada kaum bukan Melayu seperti Cina dan India. Dasar perkauman itu ditolak oleh Islam. l

"Kita semua menerima perjuangan Islam yang lebih Universal itu berdasarkan keadilan Islam," katanya.

ImagePada majlis itu Husam turut menerima 225 borang permohon menyertai Kelab Pentokong PAS (India) daripada pengerusinya, Balasundram Nachiappan.

Beliau menyifatkan sokongan kaum India kepada kelab penyokong PAS di Pahang adalah luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang, justeru tiada apa yang boleh diberi oleh PAS.

"Sokongan kaum India kepada PAS di Pahang agak luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Kelab penyokong PAS India, Balasubramanian berkata, kewujudan Kelab Penyokong PAS membuatkan pemimpin MIC mula gelisah menyebabkan pemimpin MIC mula menghantar para pemimpinnya datang ke Jerantut.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut menyaksikan kelainan dengan kehadiran pelbagai kaum. Kehadiran Husam turut disambut oleh kaum India dengan iringan gendang India. - mks.

Read More...

Friday, May 9, 2008

Isu Karpal - Husam salahkan media

Utusan Online

KOTA BAHARU 8 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang semalam mengelak daripada mengulas isu pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan kuasa sultan, hari ini menyalahkan media yang menyebabkan isu itu menjadi besar.

Beliau berkata, isu itu tidak akan menjadi besar jika media tidak memberi perhatian atau liputan meluas mengenainya.

"Isu Karpal (Singh) ini kalau media tak layan, tak ada apa pun, sepatutnya media jangan terlalu ikut rentak Karpal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Homestay di Pantai Mek Mas, di sini hari ini.

Tiga penduduk kampung berkenaan dipilih untuk menjadi pemilik tiga buah rumah untuk program homestay itu yang dibina kerajaan Kelantan dengan kos kira-kira RM38,000 sebuah.

Semalam, Husam dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengambil pendekatan tidak memberikan sebarang ulasan berhubung tindakan Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak.

Karpal Singh semalam berkata, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru, anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin Umno supaya jangan mempolitikkan kenyataannya yang berdasarkan undang-undang itu sehingga menjadi isu perkauman.

Sementara itu Husam berkata, media sepatutnya memberi fokus kepada isu dan agenda negara yang lebih besar bukannya memainkan polemik yang didakwanya hanya untuk menutup kelemahan kerajaan pusat terutama selepas kalah teruk pada pilihan raya umum lalu.

- Bernama

Read More...

Saturday, April 19, 2008

Terowong Dari Pahang Ke Selangor Tidak Perlu, Kata Husam

Bernama

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama)
-- Usaha membina terowong dari Pahang ke Selangor bagi mengatasi masalah kekurangan air mentah di Selangor adalah sesuatu yang tidak perlu, memadai dengan pembinaan lebih banyak kolam takungan air, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau berkata pembinaan terowong 44.6 kilometer yang menelan belanja keseluruhan RM8.5 bilion itu merugikan, dan masalah air mentah itu boleh diatasi dengan pembinaan lebih banyak kolam takungan air di setiap cabang laluan sungai Selangor yang melalui ibu kota.

"Sungai yang melalui Kuala Lumpur ini semua sungai Selangor. Jika hujan, air sungai pasti tidak dapat menampung jumlah air yang masuk dan menyebabkan limpahan dan seterusnya banjir. Ini juga bermakna Selangor mempunyai air yang cukup. Kalau tidak cukup, pasti tidak akan banjir," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Harakah di sini hari Jumaat.

Husam seterusnya mencadangkan agar satu sistem pengurusan yang bersepadu diwujudkan dengan hanya satu pihak yang diberikan kuasa untuk menyelaras semua kolam takungan tersebut selain mempunyai satu mekanisme pengurusan yang moden.

Katanya beliau juga akan menghantar cadangan berhubung langkah-langkah bagi mengatasi banjir di sekitar Lembah Klang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, esok.

Husam berkata kolam takungan air itu akan membantu dalam mengelak air sungai daripada melimpah tebingnya apabila sesetengah dari cabang sungai itu dapat menahan air dari terus memasuki sungai utama secara serentak, selain mengurangkan masalah hakisan tebing sungai.

Shaziman baru-baru ini dilaporkan berkata projek terowong penyaluran air mentah sepanjang 44.6 kilometer dengan kos keseluruhannya RM8.5 bilion dari Pahang ke Selangor kini menerima bidaan daripada tiga konsortium.

Menurutnya bagi projek itu, Pahang akan memperuntukkan RM3.9 bilion bagi membina terowong air, rumah pam, saluran paip dan empangan manakala Selangor pula membina loji rawatan air kedua di Hulu Langat yang bernilai RM5 bilion.

-- BERNAMA

Read More...

Selepas Azreen, kita akan menjejak Sufiah pula - Husam

Siasah daily



Friday, April 18, 2008

SEPANG, 18 April: "Selepas ini, kita akan mulakan misi menjejak dan menyelamatkan Sufiah pula," kata Datuk Husam Musa selepas berjaya membawa pulang adik Che Siti Nur Azreen Che Ishak, 13 tahun, dengan selamatnya selepas hilang lebih dari empat bulan.

Husam berkata demikian kepada wartawan yang bersama-sama beliau menunggu kepulangan Azreen yang hilang dari rumahnya di di Ladang Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan Disember tahun lalu.

Azreen selamat dibawa pulang oleh bapanya, Che Ishak Che Kob dari Lombok, Mataran, Jakarta selepas beliau bersama dengan Koordinator Migrant Care, Alex Ong serta Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar ke sana 14 April lalu.

Mereka pergi ke sana dengan biayaan Kijang Care, badan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di samping pembiayaan pribadi ahli rombongan.

Azreen dan rombongan selamat tiba di LCCT jam 9.00 malam tadi. Namun, untuk kepentingan masa depannya, wajah beliau tidak dibenarkan bapanya untuk dirakam para jurugambar yang menunggu kepulangannya.

Husam penuh keyakinan, jika ada kesungguhan Sufiah boleh diselamatkan.

Husam berkata, usaha untuk menjejak Azreen hanya berjalan selama empat hari sahaja selepas usaha itu digerakkan dengan bantuan aktivis Migrant Care di Indonesia.

"Jam 8.30 malam hari ke empat saya menerima panggilan dari Lombok, mereka sudah berputus asa dan keletihan untuk mencari Azreen lagi. Namun tepat jam 9.00 malam saya menerima berita gembira melalui SMS yang memaklumkan Azreen dijumpai," cerita Husam kepada wartawan.

Sehubungan itu, Husam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi jejak kasih ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat termasuk seorang penderma dari Australia yang menyumbangkan RM2,000 untuk membantu projek ini. Namun kita masih memerlukan bantuan kerana kita masih terhutang lagi kerana bayaran tiket pulang rombongan ini dibayar melalui kad kredit," kata beliau.

Sementara itu, Adun Paroi, Taufik Abdul Ghani yang turut serta dalam rombongan itu menceritakan pahit maung mereka memujuk keluarga Tony Wijaya @ Supardi yang didakwa membawa Azreen lari ke Indonesia.

"Perjalanan Azreen ke sana berlangsung selama 10 hari 10 malam untuk sampai ke Lombok. Kami juga pergi melalui tempat yang sama, cuma kami lebih cepat kerana menggunakan kapal terbang," kata Taufik, satu-satunya Adun PAS di Negeri Sembilan. Beliau menang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar juga mencerita bagaimana mereka terpaksa memujuk keluarga Supardi yang dikampungnya dikenali sebagai Suparman ini.

Masing-masing menggunakan pendekatan saikologi bukan secara kasar, kata Zulkifli.

Pihaknya berkata, mereka mahu membawa pulang Azreen kerana ibunya tidak sihat manakala adiknya pula demam kerana rindukan Azreen.

"Kelurga Suparman pula berkata, mereka perlu Azreen untuk membantu keluarga mereka kerana mereka tidak ada anak perempuan," cerita Zulkifli.

Namun semuanya berakhir dengan baik apabila mereka mendapat bantuan seorang anggota Parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat - DPR) Indonesia dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang kebetulan sedang bermesyuarat di sebuah hotel berdekatan.

"Cuma keluarga mereka meminta perkara ini diselesaikan dengan cara baik dan tidak ada saman menyaman selepas ini," kata beliau.

Ke mana selepas ini

Husam berkata, beliau akan menjadikan Azreen sebagai anak angkat beliau dan akan berusaha untuk membina hidup dan masa depannya.

"Selepas bapanya menemui Azreen, agak sukar untuk memberikan keyakinan kepada Azreen untuk pulang. Saya telah memujukkan dengan menghantar surat dan coklat untuk membolehkan beliau ada keyakinan untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Jadi kita tidak akan abaikan kebajikan Azreen selepas ini," katanya kepada wartawan.

Read More...

Isu ketuanan Melayu hanya gimik Umno, buang masa bincang - Husam Musa

Harakahdaily

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin

Fri | Apr 18, 08 | 6:14:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi kerana ia sengaja ditimbulkan oleh Umno bagi meraih sokongan untuk menutup kelemahan parti tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata PAS tidak mahu lagi terperangkap dalam isu tersebut yang disifatkan sebagai membuang masa.

Image"Kita tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno yang mahu menyembunyikan kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi mereka kerana ia merupakan sikap lama yang tidak mahu diubah," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Pengarang Harakah hari ini.

Tegasnya jika Umno ingin membincangkan mengenai masalah ketuanan Melayu, mereka boleh menyertai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kenapa sekarang baru hendak membincangkan mengenai hal ketuanan Melayu? Kenapa sebelum pilihan raya umum hal ini tidak ditimbulkan?" katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengenai hal tersebut, ia hendaklah dilaksanakan melalui kerajaan yang adil dan telus kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik bagi memelihara kepentingan kesatuan semua bangsa di negara ini.

Sementara itu, Husam melahirkan kehairanan terhadap sikap Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Kehakiman semalam.

"Ini kerana kita lihat sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, kerajaan membuat keputusan melantik bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Zaki Azmi sebagai Presiden Mahkamah Rayuan kemudian sekarang ini menubuhkan pula suruhanjaya kehakiman," katanya.

Tambahnya, umum telah pun mengetahui Zaki dilantik secara tiba-tiba sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang dibuat selepas tiga bulan beliau menjadi peguam yang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ini mungkin merupakan kesan daripada keputusan pilihan raya umum apabila rakyat bertindak secara agresif menyuarakan hasrat hati mereka agar sesuatu perubahan perlu dibuat," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor menyambut baik usaha kerajaan menerusi penubuhan suruhanjaya kehakiman yang bertujuan untuk memulihkan krisis badan kehakiman negara.

"Kita menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Kehakiman tersebut, dalam keadaan penghargaan kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas perlu diberikan bukan sekadar bayaran ex-gratia sebagai penghargaan," katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan agar suruhanjaya tersebut tidak menerima nasib seumpama Suruhanjaya Siasatan Perkhidmatan dan Salah Laku Polis DiRaja Malaysia (IPCMC) sebelum ini.

"Kita tidak mahu suruhanjaya ini mengulangi nasib IPCMC," katanya.

Beliau juga menyatakan sekiranya Tan Sri Zaki Azmi dilantik secara tetap sebagai Ketua Hakim Negara, suruhanjaya tersebut tidak akan berupaya memberikan apa-apa kesan memulihkan krisis badan kehakiman sebelum ini.

"Jika Tun Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, nampaknya suruhanjaya tersebut tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada sistem kehakiman yang ada," katanya lagi. - mns

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |