KLpos |
Oleh Fudzail | |
Sabtu, 14 Jun 2008 | |
SEPERTI dijangkakan, ekspatriat Malaysia di Dubai memenuhi ruang tahu rumah saya di Twar 3. Sekurang-kurangnya 150 orang dengan kusyuk mendengar pelbagai penjelasan dan jawaban mengenai keadaan semasa serta isu terkini di tanahair. Ramai lagi tidak dapat hadir kerana tersesat. Lokasi rumah saya sebenarnya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Saya sebenarnya kesibukan dari subuh hingga sesi diadakan. Subuhnya bergegas ke hotel untuk bertemu DS Anwar dan TS Khalid untuk memastikan sendiri mereka akan hadir di majlis. Selain sibuk di pejabat kemudian membawa seorang ahli perniagaan terkenal Dubai untuk bertemu keduanya.Isteri, anak-anak dan ramai kawan-kawan yang membantu dan setiba di rumah sebelum magrib, rumah sudah dikemaskan. Sebaik lepas magrib, telefon bimbit tidak berhenti dengan deringan kerana ramai masih 'sesat' walau peta lokasi rumah sudah dihebahkan melalui yahoogroup Malaysian-UAE (http://groups.yahoo.com/group/malaysian-uae/). Kerana kesibukan melayan tetamu yang terus datang dan menjawab telefon untuk arah lokasi, saya tidak begitu dapat mengikuti sesi dari mereka bertiga. Dari apa yang didengar, tentunya menarik kerana penjelasan terus dari mereka yang terlibat. [Seterusnya..] BERITA SEBELUMNYA Anwar, Khalid dan Husam di rumah saya malam ini SEMEMANGNYA apabila di perantauan, lebih mudah untuk bertemu dengan pemimpin, berbanding di tanahair sendiri. Kesempatan dan peluang terbuka sebegini memang sentiasa di nanti-nantikan. Terutama dalam keadaan sekarang di mana suasana politik dan ekonomi yang terus menjunam buat mereka yang memerintah. Pada hari ini terasa bertuah kerana tiga orang tokoh pemimpin negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM-in-waiting, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor dan Dato Husam Musa, EXCO Kelantan akan berkunjung ke rumah untuk bersama-sama rakyat Malaysia di UAE. Persiapan rengkas terutama penyediaan makanan (nasi beriyani kambing dan ayam) telah dibuat dan dijangkan lebih 200 akan hadir.Lapuran selanjutnya akan dibuat untuk tatapan pembaca klpos. |
0 comments:
Post a Comment