+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 14, 2008

Pak Lah Mengalah - Wang Royalti Minyak Dikembalikan






Buletin Online

Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Saturday, 14 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/paklahsalampuan.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto : Pak Lah bersalaman dengan perempuan yang menyambutnya di Setiu

Setiu - Kerajaan Persekutuan yang telah menyekat pembayaran tunai 5% royalti minyak hari ini bersetuju mengembalikan semula wang tersebut kepada kerajaan Terengganu.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan persetujuannya tengahhari tadi selepas majlis perjumpaan di Kuala Terengganu.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis pembukaan semula tanah sawah terbiar seluas 3,000 ekar di Kg. Mak Jintan, Jelapang, Setiu.

Sehubungan dengan itu agensi Bernama melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syarat-syarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/majlissetiu.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 telah menyekat bayaran tunai royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dan digantikan dengan program wang ihsan.

Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan tidak melalui kerajaan negeri yang ketika itu diterajui PAS kerana hasutan pemimpin-peminpin UMNO Terengganu sendiri.


Tindakan kerajaan pusat adalah bertentangan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan Petronas sebagaimana yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion.

Setelah menghadapi kontroversi, Ahmad Said telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu apabila dipersetujui oleh pihak Majlis Penasihat Pemangku Raja yang telah menolak bekas Menteri Besar Idris Jusoh untuk dilantik semula ke jawatan tersebut.

Tidak berapa lama selepas dilantik, Ahmad Said menimbulkan hasrat kerajaan negeri menuntut kembali royalti daripada disekat oleh kerajaan pusat.

Tindakan Ahmad Said tersebut juga dikatakan mempunyai kaitan dengan desas desus bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berpuas hati dengan cara Dana Khas Kerajaan Persekutuan di belanjakan oleh kerajaan UMNO/BN sebelum ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |