+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label bernama. Show all posts
Showing posts with label bernama. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Penyebaran Fitnah Harus Dielak Dalam Proses Kempen - Kamalanathan

Bernama

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata berkempen secara bersih dan telus, sekaligus mengelak daripada menyebar fitnah.

Sepanjang pengalaman beliau dalam proses perebutan kerusi dalam mana-mana pilihan raya, fitnah merupakan sentimen yang sering dimainkan untuk memancing undi di samping menjatuhkan keperibadian seseorang calon.

"Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.

"Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi," katanya dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam Isnin.

Ketika disoal tentang janji beliau pada penduduk Hulu Selangor, Kamalanathan menegaskan penyediaan keperluan asas akan diberi penekanan dalam agenda kempen beliau.

Kamalanathan berkata antara keutamaan beliau jika menang ialah, penyediaan keperluan asas yang secukupnya, pembangunan tanah-tanah kosong di sekitar Hulu Selangor dan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Pembangunan tanah kosong dan kampus UiTM ini dilihat mampu meningkatkan petumbuhan industri-industri di sekitar kawasan sekaligus mampu mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih banyak," katanya lagi.

Selain itu Kamalanathan yang fasih bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris serta sedikit Mandarin berkata penguasaan melebihi satu bahasa merupakan satu 'advantage' bagi seseorang , khususnya ahli politik.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia harus fasih dalam Bahasa Melayu kerana statusnya sebagai bahasa kebangsaan dapat menghubungkan semua kaum di Malaysia serta dapat mengikat silaturrahim antara rakyat.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan Parti MIC akan menentang calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil itu Ahad ini selepas kedua-dua calon bebas V.S. Chandran dan Johan Md Diah menarik diri hari ini.

-- BERNAMA

Read More...

Friday, April 16, 2010

Najib Holds Bilateral Meeting With Obama

Najib (left) with Obama. fotoBernama
From Tham Choy Lin

WASHINGTON, April 12 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and President Barack Obama met Monday ahead of the Nuclear Security Summit here, sending clear signals of a fresh spring in relations between Malaysia and the United States.

The two leaders looked relaxed as they settled down to their first ever bilateral meeting that took place at the downtown Walter E.Washington Convention Center, the venue of the historic summit which opens the same afternoon.

In the cordial atmosphere, Najib and Obama talked for 40 minutes, longer than their scheduled half hour meeting flanked by Acting Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, who is Information Communication and Culture Minister, and Secretary of State Hillary Clinton.

Immediately after the bilateral meeting, the Prime Minister was whisked away for a lunch hosted by Vice-President Joe Biden at his residence in the U.S. Naval Observatory for 12 of the summit dignitaries.

Also in the Prime Minister's delegation for the meeting with Obama were Foreign Ministry secretary-general Tan Sri Rastam Mohd Isa and Malaysian ambassador to the United States Datuk Seri Jamaludin Jarjis. +/-


Najib is among 46 world leaders invited for the two-day summit, the largest ever gathering of international leaders in the U.S capital, as Obama seeks a global effort to prevent nuclear terrorism.

Obama had scheduled bilateral meetings with Najib and four other leaders on Monday, the others were King Abdullah of Jordan, Ukrainian President Viktor Yanukovich, Armenian President Serzh Sargsian and Chinese President Hu Jintao.

Najib and Hu are the only leaders from Asia to meet Obama on the sidelines of the summit.

Obama telephoned Najib last June to discuss the global financial crisis and nuclear non-proliferation issues and the Prime Minister took the opportunity to raise the issue of two Malaysians detained in Guantanamo for alleged links to the Al Qaeda and Jemaah Islamiah militant groups.

At the U.S Naval Observatory, 12 foreign leaders would lunch with Biden and discuss Obama's commitment for a nuclear weapon free world and address the goals of the Non-Aligned Movement, according to the White House.

Apart from Najib, the expected guests are South African President Jacob Zuma, Nigerian acting President Dr Goodluck E.Jonathan, Vietnamese President Nguyen Tan Dung, Moroccan Prime Minister Abbas El Fassi, Indonesian Vice President Boediono, Thai Deputy Prime Minister Trairong Suwankiri, Egyptian Foreign Minister Ahmed Aboul Gheit, Algerian Foreign Minister Mourad Medeici, Saudi Arabia's Prince Muqrin Abd al-Aziz Saud, Philippine President Gloria Macapagal Arroyo and Chilean President Sebastian Pinera.

Earlier Monday, Najib met U.S deputy secretary of state, James Steinburg, who had called on him in Putrajaya last September.

The Prime Minister is also slated for a bilateral meeting with New Zealand Prime Minister John Key in the afternoon before the summit begins.

The summit is part of Najib's week-long working visit to the U.S, his second since taking office in April last year.

-- BERNAMA

Read More...

Thursday, April 9, 2009

Saya Ingin Bebas - Azilah

Bernama

Oleh Zalina Maizan Ngah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- "Jika ditanya, saya memang ingin bebas daripada tuduhan ini," kata Cif Inspektor Azilah Hadri penuh harapan walaupun menerima hakikat dia bakal berhadapan dengan hukuman mati esok (Khamis) sekiranya Mahkamah Tinggi membuat keputusan sebaliknya.

Azilah yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tiga tahun lalu menyatakan demikian kepada Bernama pada hari terakhir perbicaraan membela diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Februari lepas.

Kata-katanya itu disambut dengan senyuman oleh tunangnya Nur Azila Baharuddin yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan. Dan menurut Nur Azila, sekiranya impian Azilah menjadi kenyataan, mereka akan berkahwin secepat mungkin.

Nur Azila berkata dia amat berdebar dan takut untuk berhadapan dengan kenyataan esok.

Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua dalam kes ini, yang lebih pendiam berbanding Azilah, menyatakan perasaan yang sama apabila ditanya. Wajah seriusnya tiba-tiba berubah dan sambil tersenyum dia menjawab :"Insyaallah ada harapan."

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.

Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

PENDAKWAAN TIGA TAHUN LALU

Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Ketiadaan Abdul Razak menyebabkan perhatian masyarakat kian pudar terhadap perbicaraan kes ini dan ramai yang tidak sedar dua lagi tertuduh hanya baru tamat membela diri dan nasib mereka akan ditentukan esok.

Media juga sejak itu tidak lagi memenuhi kamar mahkamah dan tiada lagi sebarang sekatan polis untuk mengehadkan mereka yang membuat liputan, kerana terlalu ramai, seperti mana peringkat awal dahulu.

Abdul Razak kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Oxford, United Kingdom.

KETEGASAN HUJAH PENDAKWAAN

Sebagai tertuduh, Azilah dan Sirul Azhar yang mengaku tidak bersalah sudah berhujah dan mengharapkan pembebasan, tetapi bagi pihak pendakwaan, kedua-duanya ialah orang yang benar-benar terlibat dalam pembunuhan Altantuya hingga jasadnya berkecai akibat dibom.

Pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid menegaskan di dalam hujahan mereka bahawa Azilah dan Sirul Azhar telah merancang pembunuhan Altantuya.

Berdasarkan keterangan saksi semasa kes pendakwaan, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, berkemungkinan diletakkan ke dalam mulut wanita itu.

Hujahan Manoj di akhir kes pembelaan juga berkata kedua-dua tertuduh mempunyai motif untuk membunuh dan jenayah yang dilakukan telah dirancang lebih awal.

Manoj berkata beberapa keterangan keadaan yang cuba dibuktikan oleh pihak pendakwaan kekal tidak disangkal, tidak dijelaskan dan tidak dijawab oleh kedua-dua tertuduh.

"Kekukuhan gabungan beberapa keterangan itu apabila dipintal telah membentuk dua utas tali, cukup kuat untuk menggantung setiap tertuduh...

"Pihak pendakwaan telah membuktikan keraguan melampaui munasabah akan kesalahan kedua-dua tertuduh, mewajarkan sabitan terhadap pertuduhan membunuh yang dilakukan atas niat bersama kedua-dua mereka," katanya.

PEMBELAAN DI AKHIR KES

Azilah yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis.

KEPUTUSAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Peranan dua anggota UTK ini dalam pembunuhan Altantuya memang menjadi perdebatan dengan pelbagai tanggapan timbul, tetapi apapun keputusan mahkamah akan menentukan sama ada mereka akan bebas seperti mana Abdul Razak, atau berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.

-- BERNAMA

Read More...

Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

Bernama


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.

-- BERNAMA

Read More...

Friday, December 19, 2008

Perunding IJN Sangkal Dakwaan Cadangan Penswastaan Berikutan Tuntutan Mereka

Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama)
-- Perunding perubatan Institut Jantung Negara (IJN) hari ini menyangkal persepsi bahawa cadangan penswastaan institut itu adalah sebagai reaksi atas tuntutan kakitangan perubatannya untuk mendapat upah yang tinggi.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 34 perunding perubatan IJN, mereka mahu persepsi negatif itu diletakkan dalam konteks yang betul.

Mereka membantah kerana mereka bukan berada dalam kedudukan untuk menetapkan keputusan hasil cadangan penswastaan daripada Sime Darby kepada pemegang saham IJN.

"Bagaimanapun, persepsi bahawa cadangan penswastaan itu sebagai reaksi daripada tuntutan untuk upah yang tinggi oleh kakitangan perubatannya adalah satu salah faham yang mesti diperbetulkan sewajarnya bagi melindungi dan memelihara kepercayaan yang diletakkan oleh pesakit ke atas kami," kata mereka.

Menurut satu laporan, Sime Darby telah membuat cadangan kepada kerajaan untuk membeli kepentingan IJN Holdings Sdn Bhd, pengendali institut jantung negara.

Pada masa ini, IJN merupakan pusat perubatan jantung terkemuka di rantau ini dan dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa urusan itu ditangguhkan sehingga satu kajian mendalam dijalankan oleh kementerian berkaitan.

Para perunding itu berkata gaji mereka adalah berdasarkan struktur gaji yang berbeza daripada Kementerian Kesihatan dan walaupun ia tidak sama dengan pusat swasta, kajian semula skil gaji mereka dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan.

Mereka berkata hanya tujuh daripada 35 perunding telah meninggalkan IJN untuk bekerja sama ada di pusat swasta di dalam atau di seberang laut dalam tempoh tujuh tahun IJN beroperasi.

"Seperti mana-mana organisasi yang sama saiz dengan kami, sudah pasti ada yang akan meninggalkan organisasi pada sebilangan masa dalam usaha meneruskan laluan kerjaya yang berbeza," kata mereka.

Mereka berkata jumlah perunding yang meninggalkan IJN cuma tiga peratus sahaja dan mereka secara konsisten memperkenal bakat baru tempatan bagi mengisi kekosongan yang ada.

Pada masa ini, 75 peratus daripada perunding IJN telah memegang jawatan mereka lebih daripada 10 tahun.

"Sebagai bukti daripada kadar bilangan perunding yang meninggalkan IJN dan berkhidmat lama di institusi ini, ia adalah logik untuk meneka bahawa pada keseluruhannya kami amat gembira dengan skim yang ada sekarang dan membuktikannya dengan kekal di IJN.

Ramai daripada kami telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, tidak termasuk masa yang dihabiskan dengan hospital Kementerian Kesihatan sebelum IJN ditubuhkan," kata mereka.

-- BERNAMA

Read More...

Tiada Harga Lantai Bagi Petrol, Cukai Di Peringkat Runcit

Bernama

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak menetapkan paras minimum atau harga lantai bagi harga runcit petrol, sebaliknya akan mengenakan cukai ke atas petrol di peringkat runcit jika harga pasaran komoditi itu berada di paras bawah RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata dengan itu, orang ramai dapat menikmati kadar penurunan harga minyak jika harga di pasaran dunia menurun sehingga ke mana-mana paras sekalipun dan ia cuma tertakluk kepada kadar cukai yang akan dikenakan kerajaan.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri yang turut membincangkan mengenai mekanisme pengapungan harga minyak secara terurus itu minggu lepas.

"Bagi mekanisme ini, kita telah menentukan bahawa harga siling ditetapkan pada RM2.70 seliter dan subsidi 30 sen masih akan diberikan, hanya jika harga pasaran minyak berada di atas paras RM1.90.

"Jika harga purata minyak mentah dunia dunia berada di bawah paras RM1.90 seliter pula, kita membuat keputusan untuk mengenakan cukai dan kadarnya masih di peringkat perbincangan dan dijangka akan diketahui bulan depan," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November di pejabatnya, di sini, Jumaat.

Shahrir berkata, kadar cukai yang akan ditentukan nanti akan memastikan rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan bagi meningkatkan pembelian dalam negeri dan seterusnya merangsang ekonomi negara.

Katanya, kali terakhir kerajaan menerima pendapatan daripada cukai ke atas petrol di peringkat runcit adalah pada Februari 2006 dan jumlah cukai maksimum yang boleh dikenakan buat masa ini adalah 58 sen seliter.

Shahrir berkata, kaedah menggunakan harga purata dua minggu atau sebulan juga masih diteruskan di bawah mekanisme itu.

Mengenai diesel dan gas petroleum cecair (LPG) Shahrir berkata subsidi masih akan terus diberikan bagi kedua-duanya.

Bagi tahun ini sehingga November, jumlah subsidi bagi petrol, diesel dan LPG adalah RM16.019 bilion dan dijangka mencapai RM20 bilion hujung tahun ini termasuk pemberian rebat, katanya.

Sementara itu, Shahrir berkata kerajaan menjangkakan harga barangan pengguna yang lebih murah bagi suku pertama tahun depan, termasuk bagi barangan import.

Katanya harga bahan mentah bagi barangan tempatan sudah mula menunjukkan penurunan, dan hasil perbincangan antara kementerian dengan pengilang dan pembekal bagi mengurangkan harga juga mula menunjukkan hasil.

Bagi barangan import pula, katanya, kelemahan nilai beberapa matawang yang digunakan untuk urusniaga import turut memberi impak positif kepada negara.

Shahrir berkata, bagi suku tahun pertama tahun depan juga kerajaan akan menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, kerana masalah inflasi dijangka bukan lagi masalah yang besar.

Mengulas mengenai IHP bagi bulan November, Shahrir berkata ia menepati anggaran kerajaan yang dibuat untuk sepanjang 2008, iaitu 5.5 peratus.

"Dengan pencapaian 5.7 peratus bagi Januari hingga November, bermakna kita sudahpun mencapai 5.5 peratus bagi 2008, dan kalau adanya perubahan bagi Disember yang dijangka akan menurun lagi, ia bermakna bahawa anggaran kita agak tepat," katanya.

Shahrir berkata ia juga menepati unjuran IHP yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia iaitu 5.5 peratus hingga 6 peratus.

-- BERNAMA

Read More...

Saturday, December 6, 2008

Bunyi Ribut Dan Bom Meletup Sebelum Tanah Runtuh, Kata Saksi

Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama)
-- Seorang saksi berkata beliau mendengar bunyi seakan-akan ribut dan diikuti dengan bunyi letupan sebelum kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.

Hassan Saad, 48, berkata semasa sedang menonton televisyen di ruang tamunya pada pukul 4 pagi tadi, beliau tiba-tiba terdengar bunyi bagaikan ribut lalu menjenguk ke luar rumahnya dan melihat keadaan tenang dan pokok-pokok di situ tidak bergoyang.

Ahli perniagaan itu kembali menonton televisyen sebelum tiba-tiba terdengar bunyi seperti bom meletup dan terus bergegas ke luar rumahnya, dan melihat runtuhan tanah dari bukit menghempap rumah jirannya yang terletak di depan rumahnya.

Hassan berkata beliau terus menjerit membangunkan keluarganya yang seramai 10 orang termasuk ibu mentua dan dua sepupunya serta jiran-jirannya supaya menyelamatkan diri.

Setakat pukul 10.30 pagi ini, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan tiga maut dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di kawasan perumahan mewah itu.

Hassan yang tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lepas berkata ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu.

"Pada bulan lepas, lapan batang pokok tumbang di lereng bukit kira-kira 20 meter dari belakang rumah saya dan saya maklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Mereka telah datang dan memotong pokok-pokok itu. Saya ingat semua ok," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Lian Wan Jian dari Taman Bukit Mewah berkata beliau terdengar dua bunyi dentuman yang kuat dan menyangka berlaku gempa bumi.

Pada masa kejadian, ahli perniagaan itu masih belum tidur tetapi isteri dan dua anak lelakinya sedang nyenyak tidur dan bunyi dentuman itu telah mengejutkan mereka.

Ketika membuka pintu rumah untuk menyelamatkan diri, Lian berkata beliau dan keluarganya ternampak pergerakan tanah yang menolak kereta hingga "terangkat" tinggi, dan merasakan rumah mereka bergerak ke arah rumah jiran.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga dapat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

"Mungkin rumah kami di bahagian hujung, mungkin sebab itu kami dapat menyelamatkan diri," katanya yang ditemui di pusat penempatan mangsa di surau Addinniah, Taman Bukit Mewah.

Sementara itu, bapa mentua mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata menantu perempuan dan cucunya yang baru berusia dua bulan dijumpai mati tertimbus, sementara anak lelakinya setakat pukul 9 pagi ini masih dilaporkan tertimbus.

Chong berkata malam tadi beliau telah datang melawat anak dan menantunya, dan kembali ke rumahnya pada pukul 11 malam tadi, dan awal pagi ini jiran anaknya telah menelefonnya dan memaklumkan rumah anaknya ranap.

Keadaan di kawasan itu agak kelam-kabut dengan beratus-ratus penduduk di kawasan perumahan itu tidak dapat keluar kerana satu-satunya jalan menghubungkan kawasan itu telah dipenuhi dengan jengkaut, bomba, ambulans dan trak serta pasukan keselamatan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu, jalan di kawasan itu penuh sesak apabila penduduk di kawasan itu pula beramai-ramai cuba melarikan diri dari kawasan itu.

-- BERNAMA

Read More...

Monday, November 17, 2008

RM525 Juta Pakej Rangsangan Ekonomi Diguna Bina Rumah 15,000 Keluarga Miskin Tegar, Kata Muhammad

bernama

PANTAI REMIS, 16 Nov (Bernama)
-- Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.

" Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450.

Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Apa Khabar Orang Kampung' di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.

Katanya selain itu, pembinaan 74 jalan luar bandar yang tertangguh akibat kenaikan kos bahan binaan juga akan disiapkan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

" Kita juga akan siapkan jalan kampung di bawah Projek Jalan Kampung sepanjang 1,600 kilometer bagi kemudahan penduduk dan 200 buah Taska bagi menyediakan pendidikan kualiti tertinggi kepada generasi muda," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Saturday, November 15, 2008

Kerjasama dengan Pas tidak bermotif politik – Shahrizat

Utusan Online


Pengerusi Senada, Shahrizat Abdul Jalil menyambut Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh pada Perjumpaan dan Dialog Senada di Putrajaya, semalam. Seramai 19 anggota Muslimat Pas menyertai majlis itu.


PUTRAJAYA 14 Nov. – Kerjasama antara Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (Senada) dengan Dewan Muslimat Pas yang dimeterai hari ini tidak bermotif politik, sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk memperkasa golongan wanita Islam negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kerjasama itu yang merentasi sempadan kaum, ideologi politik dan bangsa adalah platform dalam menentukan kecemerlangan wanita Islam ke tahap yang lebih optimum.

Beliau berkata, penyertaan Dewan Muslimat Pas adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa Islam merupakan titik penyatuan kepada semua aspek kehidupan walaupun dengan latar belakang yang berbeza.

“Kerjasama dan perjuangan ini adalah wadah yang akan menyatukan kita di bawah satu agama iaitu Islam. Kita akan wujudkan pelbagai program yang melibatkan badan bukan kerajaan dan pihak yang relevan dalam memperkasakan kedudukan wanita Islam,” katanya.

Shahrizat yang juga Penasihat Hal Ehwal Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan sesi dialog Senada bersama Dewan Muslimat Pas, di sini hari ini.

“Menerusi kerjasama ini, kita akan betulkan persepsi golongan bukan Islam agar mereka lebih positif, sekali gus mengenepikan sebarang rasa prejudis dan perbezaan kerana Islam agama yang begitu indah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Muslimat Pas Noriah Saleh berkata, pihaknya sentiasa bersedia meneruskan kerjasama seumpama ini memandangkan ia berteraskan kebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam.

“Muslimat Pas tidak ada masalah untuk bekerjasama dan melaksanakan kerja kebajikan bersama siapa sahaja. Kita boleh bersama tanpa sebarang halangan,” katanya.

– Bernama

Read More...

Friday, November 7, 2008

Nazri Kelirukan Parlimen, Kata Karpal

Bernama

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengelirukan Parlimen bila beliau berkata hakim-hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 tidak dipecat tetapi diminta bersara awal.

Karpal berkata beliau akan membawa usul mengemukakan Nazri di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengelirukan Parlimen Isnin lalu dimana beliau kemudian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk tindakan diambil.

Beliau berkata Nazri mesti menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa nama-nama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.

Karpal merujuk kepada Malayan Law Journal (MLJ) bertarikh 28 Okt 1988 yang melaporkan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung allahrayham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka bersalah kerana salah laku.

Mereka bagaimanapun, menerima pencen penuh.

Tiga hakim lain, Tan Sri Datuk Mohd Azmi Kamaruddin, allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh telah digantung tugas tetapi dikembalikan jawatan mereka.

Karpal memberitahu pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini bagi mengembalikan penghormatan dan digniti hakim-hakim yang dipecat itu, Kerajaan sepatutnya telah menubuhkan dua tribunal untuk membersihkan mereka dari tindakan yang telah diambil terhadap mereka dan bukan memberikan bayaran ex-gratia.

"Apa yang sepatutnya telah dilakukan ialah bukan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim itu tetapi mengadakan sebuah lagi tribunal bagi membersihkan nama mereka.

Ini masih boleh dilakukan. Membayar ex-gratia kepada mereka tidak membersihkan mereka daripada didapati bersalah kerana salah laku," kata beliau.

Karpal berkata bayaran ex-gratia itu malahan bererti yang Kerajaan berpendapat bahawa mereka (hakim-hakim itu) sebenarnya tidak bersalah.

-- BERNAMA

Read More...

Presiden MCA Mahu Rakyat Malaysia Bebaskan Diri Mereka Daripada Belenggu Perkauman

Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.

Ong berkata reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.

-- BERNAMA

Read More...

Pembebasan Raja Petra Satu Pencapaian Yang Menakjubkan, Kata Isteri

Bernama

SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Mable atau Marina Lee, isteri editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini membebaskan suaminya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

"Saya tak tahu apa nak cakap...ia menakjubkan dengan apa yang berlaku hari ini," katanya kepada pemberita selepas keputusan itu.

Marina yang memakai kemeja-t berwarna merah dengan tulisan "I Am With RPK" juga bersyukur apabila perkara itu (keputusan pembebasan Raja Petra) berlaku seperti yang beliau jangkakan.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam penghakiman pada pukul 9.45 pagi ini berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini, alasan penahanan yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau telah mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak sejak 12 Sept lepas, dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.

Alasan penahanan Raja Petra di bawah ISA antara lain menyebut, beliau sejak 16 Jan lepas sehingga ditangkap pada 12 Sept lepas melalui laman web blog "Malaysia Today" yang dimiliki dan dikendalikan beliau telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikel-artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Tindakan beliau itu sekaligus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini, serta artikel-artikel tulisannya yang berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara.

Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.

Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu berkata" Saya akan merujuk kepada pihak atasan dahulu sekiranya ingin membuat rayuan."

Sementara itu, suasana di mahkamah yang sesak menjadi riuh rendah apabila kira-kira 50 penyokong Raja Petra bertepuk tangan dan bersorak sebaik mahkamah membuat keputusan menyebabkan Hakim Syed Ahmad Helmy menegur dengan berkata: "This is the Court of Law" "Ini adalah Mahkamah Undang-undang."

-- BERNAMA

Read More...

Thursday, September 25, 2008

Peniaga Diminta Adil Dengan Menurunkan Harga Barang

Bernama

JELI, 25 Sept (Bernama)
-- Peniaga barangan berasaskan pertanian diminta berlaku adil dan menurunkan harganya ekoran penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa jika dahulu mereka alasan terpaksa menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan harga minyak tetapi kali ini mereka perlu pula menurunkan harganya.

"Kos pengangkutan tidak lagi begitu membebankan dan sewajarnya harga barangan yang mereka jual itu perlulah turun juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan surau baru Kolej Komuniti Jeli dan menyertai majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol dan diesel turun 10 sen mulai hari ini iaitu masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter.

Dengan penurunan itu juga harga runcit petrol RON92 pula turun kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

"Jika dulu alasan bahawa harga sayur dari Cameron Highland terpaksa dinaikkan kerana kos pengangkutan yang tinggi tetapi sekarang harga minyak sudah turun, saya rasa beban kos itu sudah begitu berkurangan," kata Mustapa.

Beliau juga berkata kementerian tidak bercadang untuk mengkaji semula pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

"Subsidi minyak itu akan tetap diteruskan sehingga pada satu tempoh yang kita rasa wajar untuk mengkaji semula berdasarkan kepada harga minyak di pasaran dunia yang diharapkan akan terus turun," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Tuesday, September 23, 2008

Abdullah Harap Harga Minyak Akan Turun

Bernama


BIAR KABINET PUTUSKAN... Abdullah bersama Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan pada sidang berita selepas Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Putrajaya, Selasa. Abdullah berkata pengurangan harga bahan api perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet esok. "Jika esok kita tengok ada, adalah," katanya. <>Foto: Mahayudin Mohamad

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Kabinet esok.

"Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam Kabinet.

"Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu.

"Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada pengumuman esok, berhubung harga minyak, merupakan hadiah hari raya kepada rakyat menjelang sambutan perayaan tersebut tidak lama lagi.

Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Mengulas dakwaan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua bahawa telah ada hubungan awal antara orang tengah mereka dan orang tengah Abdullah berhubung peralihan kuasa, Abdullah berkata ia merupakan laporan paling gila yang beliau pernah dengar.

Abdullah turut menegur pihak media yang membuat laporan berhubung perkara itu.

"Ia adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Apa yang perlu dilaporkan, kamu (media) perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya.

Beliau berkata tidak ada sebarang mesyuarat diadakan dengan wakil daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan Agence France-Presse (AFP), Tian Chua berkata hubungan itu telah dibuat pada hujung minggu dan lebih daripada satu perjumpaan telah diadakan.

-- BERNAMA

Read More...

Wednesday, September 3, 2008

SAPP Kata Umno Perlu Bertindak Tegas Terhadap Ahmad Ismail Dan Bukan Mohon Maaf

Bernama

KOTA KINABALU, 3 Sept (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) menyatakan kesal terhadap permohonan maaf Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail, dan berkata Najib perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, timbalan ketua penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata kegagalan berbuat demikian hanya membuktikan sikap hipokrit Barisan Nasional khususnya dalam menangani tingkah laku anggotanya.

"Datuk Ahmad Ismail sepatutnya diberikan surat tunjuk sebab dengan serta merta mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana membuat kenyataan perkauman sedemikian, atau beliau patut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia, dan bukan (parti) melindunginya dengan meminta maaf bagi pihak beliau," kata Chong.

Ahmad dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu bulan lepas semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

-- BERNAMA

Read More...

Media Tak Harus Takut Tegakkan Kebenaran, Kata Abdullah

Bernama


PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pihak media tidak harus berasa takut dan berasa bersalah untuk menegakkan kebenaran.

Perdana Menteri berkata bahawa menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan.

"Berpegang dan berdirilah atas prinsip keberanan kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan institusi berpegang kepada kebenaran,"katanya ketika melancarkan Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Abdullah mahu supaya teknologi komunikasi dan saluran komunikasi digunakan secara membina dengan menjadikannya instrumen mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berasaskan fakta dan kenyataan.

Katanya teknologi dan saluran komunikasi boleh digunakan secara "membina juga merosakkan".

Saluran berita itu boleh dilayari di laman web www.bernama-tv.com.

Saluran berita 24 jam itu disiarkan secara percuma dan boleh dilayari di seluruh dunia.

Abdullah berkata kandungan atau perisian yang menyebar dan menyuburkan bahan-bahan negatif berunsur fitnah dan memecah belah akan pasti membawa kepada kemusnahan dan keruntuhan.

Beliau berkata kerajaan sedar akan pentingnya pendekatan komunikasi yang berkesan dalam usaha kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh dan berkembang.

"Dalam waktu-waktu begini, program komunikasi yang berkesan akan dapat meningkatkan kefahaman terhadap tanggungan berat kerajaan serta meningkatkan apresiasi rakyat terhadap kesungguhan usaha kerajaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Abdullah berkata dengan pengenalan Bernama TV secara online, rakyat Malaysia di seluruh dunia berpeluang mengikuti peristiwa berita negara mereka secara tepat masa.

Beliau berkata perkhidmatan ini dapat membantu warga Malaysia terutama pelajar di luar negara untuk mengikuti secara langsung perkembangan yang berlaku dalam negara.

Pada masa yang sama, perkhidmatan baru ini turut membolehkan masyarakat dunia mengenali dan mengikuti perkembangan yang berlaku di Malasia, katanya.

"Suasana ekonomi dunia begitu mencabar hari ini. Penduduk di serata dunia menghadapi tekanan hidup. Kerajaan akan terus mempertekadkan azam memastikan supaya rakyat mendapat fahaman yang betul dan tafsiran yang objektif terhadap tanggungjawab dan usaha kerajaan dalam menangani cabaran ini," katanya.

Perdana Menteri mahukan Web TV Bernama menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan masyarakat dunia bagi mendapatkan berita yang tepat dan cepat mengenai Malaysia.

"Gunakanlah teknologi dan saluran komunikasi media ini untuk membantu usaha membina sebuah negara yang aman lagi tenteram, bertamadun dan menghormati undang-undang, warganya bersatu, hidup makmur lagi sejahtera," katanya.

Abdullah berkata beliau percaya dalam 40 tahun usianya, Bernama adalah sebuah institusi media yang matang, berpengalaman dan telah banyak menyumbang kepada perpaduan rakyat dan berjasa kepada negara.

Beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Bernama kerana terus merintis usaha untuk memastikan rakyat Malaysia dapat berada di barisan hadapan dalam era teknologi maklumat.

"Saya gembira dengan usaha yang dirintis oleh Bernama TV terus mengembangkan akses atau jangkauan berita menerusi Internet. Ini sebenarnya satu langkah ke hadapan yang amat bermakna.

"Syabas saya ucapkan kepada Bernama TV yang berupa saluran berita TV 24 jam Malaysia yang pertama yang akan disiarkan ke merata dunia melalui Internet," katanya.

Yang turut hadir ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini.

-- BERNAMA

Read More...

Thursday, July 17, 2008

Kerajaan Terpaksa Tanggung Perbelanjaan Lebih Jika Guna Kaedah Anwar

Bernama

Oleh Jumiati Rosly

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih jika mengaplikasikan kaedah yang dikemukakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menguruskan kenaikan harga minyak di negara ini.

Pakar-pakar ekonomi berkata perbelanjaan berlebihan itu akan membebankan lagi rakyat dan boleh menyebabkan beberapa projek pembangunan untuk kepentingan rakyat terpaksa ditangguhkan.

Dalam debat khas bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak" yang diadakan bersama Anwar dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam, Anwar berkata harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter jika Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak.

Anwar berkata wang itu boleh diperolehi menerusi penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan pampasan kepada IPP kerana melanggar perjanjian jika 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga itu diturunkan.

"Kerajaan yang akan menanggung keperitan apabila perjanjian ini dilanggar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ketua Pakar Ekonomi Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) Holdings Bhd itu berkata penurunan harga itu boleh dilakukan tetapi kerajaan terpaksa mengorbankan beberapa sektor lain bagi mendapatkan wang subsidi yang lebih.

"Dari segi ekonomi ia tidak efisyen..jika kerajaan mahu membelanjakan RM5 bilion, ia terpaksa mengurangkan peruntukan di bahagian lain," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Zaini Abd Bakar pula berkata ada kemungkinan pelabur asing akan takut melabur di negara ini jika 'standby' kapasiti di negara ini sedikit.

"Saya tidak pasti dengan terma dalam kontrak di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan IPP tetapi jika tidak ada terma yang mengatakan kontrak itu perlu diperbaharui, maka TNB boleh membuat pilihan untuk tidak memerlukan IPP kerana TNB mempunyai kapasiti yang berlebihan.

"Berkemungkinan pengurangan 'standby' kapasiti itu memberi kesan memang ada tetapi negara memerlukan kapasiti yang lebih dan tidak boleh tidak ada langsung," katanya.

Beliau juga tidak menafikan kerajaan boleh membuat pengurangan harga minyak menerusi kecekapan dalam urusan perbelanjaan negara.

"Jika kita boleh mendapat wang untuk menutup balik penurunan itu bolehlah dilakukan maknanya di sini kerajaan perlu menjimatkan perbelanjaan negara untuk menutup balik," katanya.

Pada tahun ini, kerajaan mengumumkan telah membelanjakan RM10.25 bilion bagi jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan separuh tahun ini, iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding jumlah subsidi bahan api untuk sepanjang tahun lepas sebanyak RM8.77 bilion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad sebelum ini berkata mengikut pecahan, jumlah subsidi petrol bagi enam bulan pertama tahun ini ialah sebanyak RM4.006 bilion, diesel RM5.056 bilion dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak lebih RM1.1 bilion.

-- BERNAMA

Read More...

Wednesday, July 2, 2008

Kes Anwar: PM Beri Jaminan Keselamatan Kepada Semua Pihak

Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan semua pihak yang terlibat dalam dakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baik pihak pengadu mahupun pihak yang dituduh akan dilindungi.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata undang-undang negara ini pasti akan digunakan untuk menjamin keselamatan mereka yang terlibat.

"Kerajaan akan pastikan sesiapa juga yang terlihat dalam kes ini sama ada pihak yang buat aduan, atau pihak yang dituduh mestilah dipastikan selamat dan (mengikut) undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di sini, hari ini.

Abdullah berkata, Dr Wan Azizah dalam pertemuan itu antara lain memaklumkan kepada beliau mengenai kes yang melibatkan suaminya dan kebimbangan beliau terhadap keselamatan Anwar dan meminta kerajaan memastikan suaminya selamat dan tidak dizalimi dalam siasatan kes berkenaan.

Merujuk kepada keraguan Dr Wan Azizah terhadap peranan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam siasatan kes terbaru Anwar, Abdullah berkata perkara itu tidak berbangkit.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa mereka berdua (Abdul Gani dan Musa) adalah orang profesional, mereka masing-masing ada tugas dan tanggungjawab, mesti tahu menjalankannya dengan betul mengikut undang-undang dan tidak akan menyebabkan apa-apa berlaku yang boleh menjadi pelanggaran kepada undang-undang," tegasnya.

Abdullah mengakui Wan Azizah ada menyuarakan keraguannya itu ekoran penglibatan Abdul Gani dan Musa semasa siasatan kes dakwaan liwat terhadap Anwar pada 1998.

Pada waktu itu Abdul Gani merupakan Pendakwa Raya Kanan manakala Musa adalah Pegawai Penyiasat dalam kes itu.

Ditanya adakah mereka akan terus terlibat dalam siasatan terhadap Penasihat PKR itu, Abdullah berkata: "Pada waktu ini saya tidak mendapat kepastian siapa yang akan menjalankan siasatan itu, tetapi yang saya tahu pegawai tertinggi polis daripada Divisyen Jenayah yang mengepalai siasatan yang dijalankan".

Dalam pada itu Abdullah menegaskan bahawa beliau tidak akan campurtangan bagi memastikan siasatan berjalan dengan lancar kerana yakin dengan pihak berkuasa.

"Ini kerana (orang) yang menyiasat akan menjalankan tugas mereka masing-masing kerana mereka adalah profesional, tahu tangungjawab dan kerja masing-masing, tahu apa yang dibenarkan, apa yang menjadi kesalahan, apa yang tidak boleh dilakukan, mereka faham, mereka adalah orang yang berpengalaman dalam hal ini," katanya.

Ditanya sama ada siasatan akan dibuat terhadap Abdul Gani dan Musa berikutan laporan polis oleh Anwar terhadap mereka hari ini, Abdullah berkata adalah menjadi tanggungjawab polis untuk membuat siasatan jika laporan itu berasas.

Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung kes pemalsuan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, kira-kira 10 tahun lepas.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, kira-kira pukul 3 petang.

Ditanya mengenai dakwaan pemimpin PKR bahawa mereka mendapat maklumat daripada risikan negara jiran yang memberi amaran kononnya ada ancaman bunuh terhadap Anwar, Abdullah berkata jika benar, mereka sepatutnya membuat laporan polis.

"Kalau mereka ada apa-apa yang ada hubung kait dengan keselamatan atau berupa ancaman terhadap Anwar, maka mereka perlu buat laporan yang betul kepada polis.

"Jangan hanya buat andaian, (dan) buat cakap, ini yang tidak baik. Dalam kes seperti ini, diharap tidak ada pihak yang membuat andaian atau spekulasi, hendak melemparkan tuduhan-tuduhan kepada mana-mana pihak.

"Biarlah siasatan kes ini dijalankan dengan baik, profesional dan adil," katanya.

Ditanya adakah dakwaan ugutan bunuh itu satu usaha PKR untuk mempolitikkan keadaan, Abdullah berkata: "Serba kemungkinan boleh berlaku kalau tidak ada bukti atau aduan mengenai fakta, maka itu tentulah boleh dianggap cubaan untuk mempolitikkan isu ini."

Ditanya adakah Dr Wan Azizah pada pertemuan itu memohon supaya dakwaan terhadap Anwar digugurkan, Abdullah berkata presiden PKR itu hanya meminta jaminan terhadap keselamatan suaminya dan siasatan terhadap Anwar dijalankan secara adil.

Di akhir sidang media itu, Perdana Menteri sekali lagi menolak dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam konspirasi politik bagi menganiaya Anwar.

"Kerajaan tidak akan membuat apa-apa yang berupa penganiayaan dan tidak akan membuat apa-apa tuduhan tidak berasas kepada mana-mana pihak, jadi untuk mengatakan bahawa kerajaan akan mengulangi apa yang dianggap sebagai konspirasi (1998), ini tidak betul," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Saturday, June 28, 2008

Ali Rustam Bantah Jika RTM Siar Debat Ahmad Shabery Dan Anwar

Bernama

MELAKA, 28 Jun (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.

"Usaha ini langsung tidak relevan dan perlu dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Melaka di sini, hari ini.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum lepas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika memerintah.

Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen.

"Pertubuhan bukan kerajaan banyak membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada orang yang hari-hari mengata kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Thursday, June 26, 2008

Ia Langkah Tidak Popular Namun Tetap Kami Laksanakan Demi Masa Depan, Kata Shahrir

Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama)
-- Kerajaan terpaksa membuat keputusan yang tidak popular mengurangkan subsidi petrol semasa ia bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kegawatan ekonomi global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini berkata negara perlu menyiapkan dirinya dari sekarang, atau berhadapan dengan risiko ketegangan ekonomi lebih buruk di masa hadapan.

"Tugas saya ialah melindungi pengguna, tapi saya dapati diri saya ini berada dalam keadaan yang cukup mencabar. Sukar sekali untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai rasional di sabalik kenaikan harga bahan api itu.

"Kami tahu ia keputusan yang tidak popular, anda mungkin tidak dapat lihat manfaatnya sekarang, tapi yang pastinya anda akan berterima kasih kepada saya pada masa hadapan," katanya semasa berucap pada majlis pembukaan Kongres Antarabangsa Juru Ukur ke-10 di sini.

Dalam persidangan akhbar kemudiannya Shahrir berkata kerajaan bukan sahaja mengambil langkah itu begi menyelesaikan masalah semasa, tapi juga menimbang keseriusan yang boleh dicetuskan oleh kegawatan di masa hadapan.

Beliau seterusnya menggesa orang ramai supaya keluar daripada zon selesa dan pergantungan mereka terhadap subsidi.

"Jangan kerana nak popular, dikekalkan subsidi yang ada hari ini, akhirnya kerajaan tidak dapat pula meminjam duit untuk berhadapan dengan cabaran dan ancaman kemelesetan ekonomi.

"Semasa perbahasan di parlimen, pembangkang enggan mengakui dan mengesahkan bahawa kita bakal berhadapan dengan masalah ini (kegawatan)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata beliau sedang menunggu hasil perbincangan antara pegawai kementerian dengan bank-bank berhubung isu perkhidmatan kad kredit di stesen-stesen minyak.

Beliau berkata pegawai-pegawai kementerian sudah berjumpa dengan pihak bank beberapa kali ekoran aduan pengusaha stesen minyak yang mengatakan bahawa mereka mengalami kerugian besar memandangkan lebih ramai pengguna membeli petrol dengan menggunakan kad kredit, dan mereka (pengusaha) terpaksa menanggung beban caj perkhidmatan yang dikenakan bank.

"Bank mencadangkan satu kadar rata, tapi kami katakan - tidak. Ia tidak sesuai. Kami mahukan bank untuk turut sama berkongsi tanggungjawab dan beban," katanya.

Shahrir berkata kerajaan sedang mengkaji cara mengurangkan kadar itu dari satu peratus kepada setengah peratus, atau menampilkan mekanisme lebih baik bagi menangani masalah itu.

-- BERNAMA

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |