| Irwan Muhammad Zain Mon | May 04, 09 | 4:11:24 pm MYT | |
| SABAN tahun Hari Kebebasan Media pada 3 Mei dirayakan oleh pengamal media di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Ia juga disambut tidak kira dari media konvesional atau media baru. Namun persoalan yang timbul, apakah cukup hanya dengan merayakan Hari Kebebasan Media sedangkan hakikatnya banyak sekatan dikenakan terhadap syarikat penerbitan dan juga para wartawan. Bagi Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said segala sekatan yang dikenakan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang mewajibkan keperluan mendapatkan permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri, yang kemudiannya menyekat segala bentuk informasi daripada disampaikan secara jujur dan telus. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata pelbagai akta di negara ini bukan hanya menyekat wartawan atau penulis untuk melaporkan perkara sebenarnya tetapi turut menghalang rakyat dari mendapat informasi yang tepat. Media di negara ini, tambahnya, tidak diberi ruang atau kebebasan yang munasabah hingga menyebabkan bantahan berterusan dilakukan oleh pihak-pihak yang terkesan akibat segala macam akta yang mengongkong itu. Beliau bersetuju dengan desakan supaya dihapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, khususnya memansuhkan keperluan memohon permit penerbitan. "Adanya akta dan permit ini menyebabkan media oposisi sering digertak, malah ada yang dikenakan tindakan gantung," tegas beliau. Segala tindakan berat sebelah yang dikenakan terhadap media pembangkang dan lain-lain media yang tidak condong kepada pemerintah dianggap Pak Samas sebagai aksi ketinggalan zaman. "Tidak seharusnya juga media oposisi dihadkan jualan hanya kepada ahli sahaja. "Seluruh rakyat berhak untuk mendapatkan maklumat dari media oposisi dan juga media arus perdana. "Jadi tidak adil jika media oposisi dihadkan jualan kepada ahli sahaja kerana media milik kerajaan dibenarkan untuk dijual kepada seluruh rakyat," tegas Sasterawan Negara itu lagi. Akta tidak membebankan Berbeza dengan bekas Ketua Pengarang Kumpulan (NSTP), Dato' A Kadir Jasin yang berpendapat segala akta yang dikenakan itu tidak membebankan. Beliau berpendapat pelbagai akta tersebut hanya membebankan bagi mereka yang baru menceburi dalam dunia media. "Bagi orang seperti saya yang sudah lama dalam bidang ini, akta itu semua tidak menyekat atau membebankan," ujar beliau. Namun Kadir tidak menolak kadang kala masalah kawalan yang dikenakan menimbulkan sedikit kegusaran tetapi bukan dari aspek perundangan sebaliknya dari aspek perlaksanaan kerana pegawai yang ditugaskan sering bertukar ganti. Beliau juga tidak akan membantah jika ada desakan agar akta-akta yang ada itu dihapuskan kerana ia merupakan hak dan kebebasan pihak yang memperjuangkannya. Mengenai lanjut, Kadir menegaskan erti kebebasan media di negara ini amat luas. Bagi beliau, yang sering takut cuma wartawan atau pengarang yang gagal mengemukakan hujah dengan baik dalam laporan atau tulisan mereka. "Yang penting," kata Kadir, "bukan sekatan akta tetapi bagaimana seorang wartawan atau penulis itu berhujah melalui tulisan dan jika hujah itu mempunyai fakta yang lengkap, tiada tindakan yang boleh dikenakan." Wartawan, tegas beliau, mempunyai etika tersendiri yang harus dipatuhi dan ini bermakna mereka juga tidak bebas untuk menulis sesuka hati tanpa berpegang kepada etika tersebut. Saringan dalaman Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman bersetuju bahawa wartawan perlu menampilkan kualiti kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu laporan pemberitaan yang terbaik. "Tapi halangan yang menekan, macam kami di Harakah selalu terima, elok dibuang sahaja, lagipun ia sudah ketinggalan zaman," ujar Lutfi merujuk kes Harakah yang sering dirampas KDN dan dianggap sentiasa melakukan kesilapan hanya kerana menjualnya kepada khalayak bukan ahli PAS. "Selain akta dan peraturan tidak munasabah KDN itu, saringan dalaman terutama di syarikat penerbitan besar juga menyebabkan dunia kewartawanan kita tandus dengan karya atau laporan yang bermutu dan mendalam," ujar Lutfi lagi. "Tanpa kebebasan sukar sekali kita mencari bakat-bakat baru wartawan yang berketrampilan. Sekatan permit menyebabkan tiada siapa yang mahu melabur untuk industri yang banyak mengundang risiko ini. "Saya sendiri pernah mengusahakan Penerbitan Pemuda, menerbitkan dua majalah bulanan, mempunyai ramai kakitangan, tapi akhirnya KDN haramkan begitu saja. Saya dapat rasakan peritnya ketika itu, menanggung hutang apabila tak dapat membuat kutipan selepas majalah diharamkan. Akhbar saya yang mendedahkan menteri rasuah dirampas di kilang percetakan, tanpa sempat masuk pasaran," kata Lutfi. _ |
Tuesday, May 5, 2009
A Samad Said: Malangnya rakyat bila akhbar disekat
0 comments Labels: Harakahdaily, media bebas, minda pemimpin
Wednesday, March 25, 2009
Pas benar semua media buat liputan muktamarnya.
Berita HarianKOTA BHARU: Pas akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang mukmatar agungnya, Jun ini walaupun Umno melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kita tidak akan halang. Kita akan membiarkan media arus perdana membuat liputan Muktamar Agung Pas nanti,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang melarang media pembangkang daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno kali ini.
Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai.
Mengenai penggantungan pengedaran akhbar Harakah milik Pas, beliau berkata pihak pengurusan akhbar itu perlu merayu supaya tindakan tersebut ditarik balik. - Bernama
0 comments Labels: Berita Harian, media bebas, PAS
Khairy: Halang media baru 'strategi salah'
| Malaysiakini |
| Mar 25, 09 1:29pm |
| Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Umno mengharamkan media baru daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno sebagai "satu strategi yang salah". "Kita (Umno) sepatutnya mengalu-alukan media baru. Ini adalah trend masa depan. "Kita perlu buka pintu kita, jika tidak (kita) akan dibanjiri khabar angin dan surat layang. "Apa salahnya dengan penulis blog dan media baru. Kita tidak mengadakan mesyuarat tentang perkara rahsia, malah kita merupakan parti yang paling terbuka. "Saya akan meminta pihak parti supaya menimbang semula keputusan tersebut untuk memboleh media baru membuat liputan perhimpunan esok," katanya kepada pemberita. Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media daripada Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula malam tadi. Perhimpunan kali ini akan menyaksikan pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - daripada timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno. Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu. Pertubuhan media lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno antaranya The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review. |
0 comments Labels: KJ beruk, malaysiakini, media bebas
Saturday, September 27, 2008
New poll shows Anwar will be better PM than Najib
By Debra Chong
In the same survey, Malaysians also appear more divided than ever over their support for the country's political leadership.
There are also sharp differences in preferences between the different races, with a majority of non-Malays supporting Anwar, while more Malays preferred Najib.
Between Sept 11 and 22, Merdeka Centre carried out a leadership performance perception on a cross section of 1,002 people of voting age from the three main ethnic communities in the country.
Among the questions asked was: "Between Najib Razak and Anwar Ibrahim, who do you think makes a better prime minister?"
Najib garnered a 33.8 per cent average total support among the three major races. Anwar edged him by a margin of less than six per cent — he garnered an average total of 39.3 per cent.
The difference is more conspicuous when the show of support is broken down according to the ethnicity of those polled.
The split was apparent among racial lines, with Najib drawing as much as 47.3 per cent support from the Malay community. Anwar trailed with just 32.5 per cent.
The opposition leader gained greater support among non-Malays, receiving the support of 37.4 per cent of Chinese voters and a whopping 85 per cent from the Indians.
In comparison, Najib only won the approval of 18.4 per cent of Chinese voters and just five per cent of Indians thought he would make a better prime minister.
Of note was the high percentage of voters who remained non-commital. More than 40 per cent of Chinese voters polled expressed no preference.
Based on the poll results, Malay support for Najib is significantly stronger than that for Anwar.
Political analyst Tricia Yeoh says the party factor is a very strong featuring factor with the non-Malay communities.
"It is possible they view Najib as continuing to perpetuate the same kind of politics that has plagued
"Anwar will need to fight for Malay support most prominently since Najib may continue to be seen as the final bastion of support for the Malay position," she added.
Another political analyst, Khoo Kay Peng, sees it differently.
"No doubt Najib commands higher support among the Malay community because of the status of Umno as a Malay party. It has been representing the Malays for a long time. But at 47.3 per cent, the support is not really very high for Najib. It's not much off Abdullah's support," he said.
Based on the same Merdeka Centre report, Abdullah still enjoys 50.7 per cent support from the Malays.
"The key is that Najib does not get much support from the Chinese and Indians. Najib is still seen as a Malay leader.
"If you want to be the prime minister, you must have support from across the board," he said.
"Anwar stands a much better chance because he gets support from over 30 per cent of the Chinese and the Indians, predominantly from the Indians, which is consistent with past reports," he pointed out.
In a toss up between who will become the next prime minister, he felt it would definitely be Anwar.
But for Khalid Samad, the Pas MP for Shah Alam and an ally of Anwar, the results are frightening for the Pakatan Rakyat alliance.
He said the results of the survey showed government media propaganda still held sway, especially among the rural Malays.
He is concerned that much of the Malay media has portrayed a negative impression of Anwar as being an "immoral guy" and being a stooge of the
"Basically, Umno-Barisan Nasional has been quite successful in conning Malays into believing that Anwar is selling out the Malays and that is the reason for the low percentage of support for Anwar," said Khalid.
"These are not very encouraging results if it is representative of the entire population. It means there is a problem. Anwar will have to work harder.
"It's important he should have at least a 50-50 situation among Malays. That would suffice," he stressed.
But he does not think that the sample poll is a true reflection of the voting populace.
"I don't think that Anwar in the actual situation is that far behind Najib. I would expect 47 per cent for Najib and 45 per cent for Anwar.
"The difference, almost 15 per cent difference in support from Malays, gives the impression that if Pakatan Rakyat comes to power, the position of the Malays will be jeopardised.
"But no one race will lose out under Pakatan leadership," he said.
0 comments Labels: DSAI, media bebas, najib razak
Wednesday, September 3, 2008
Keng Yaik: It's all money, money, money, money, money
KUALA LUMPUR, Sept 3 — If it was put to a vote today, Gerakan members would choose to leave Barisan Nasional. That damning verdict was given by Tun Dr Lim Keng Yaik, the party's former president and most influential voice.
But he added that this major decision will not be made until the issue has been debated exhaustively, and certainly not while emotions are still raw in the party which was decimated in Election 2008.
Still, the Umno and BN leadership should be prepared for the exit of Gerakan, judging by his pungent and pessimistic reading of the political situation.
In a wide-ranging interview with Off the Edge, the politician, who has made a living out of shooting from the hip, paints a grim picture of Umno, a party incapable of change and reform.
Worse yet, he did not think the party's current or next generation of leaders are enlightened. During the interview, he sketched the underlying reasons for Gerakan's and Barisan Nasional's dismal performance in Election 2008.
"We had the worst kind of Umno arrogance as a result of the 2004 elections. The abuse of power, corruption, negotiated tenders with government tenders going mainly to Umno-associated companies. All this is not decided by the Cabinet but by the Ministry of Finance. You think people don't know. Prices are jacked up and there is no check on the implementation of these projects.
"And then you had the Umno assembly and everyone saw how racist its members can become. All these things put us as a component party in a very difficult situation. And then Hindraf came into the picture. So we knew before going into March 8 that it was very bad, '' he said.
Dr Lim alleged that money politics culture in Umno also had an impact on the general elections, saying that all new Gerakan candidates were given "hell by the Umno divisional chairmen''.
"It's all money, money, money, money, money, '' he noted.
So has Umno understood the message which voters sent them on March 8?
"I don't think so. Or maybe they are too preoccupied with their own party elections to come around to thinking and analysing what happened. But I think, being racially based, they think they can still turn the Malay votes. So the first thing they did was talk to Pas, '' said Dr Lim, who joined MCA in the aftermath of its disastrous showing in 1969.
Given this backdrop, the mood in Gerakan is one of anxiety. Still, Dr Lim appeared willing to give Umno one last chance.
"I have been saying that we are not deserters. We are willing to work with and talk to our Umno partners to change and follow what people want in terms of less racial politics, more transparency. Don't just say you want to go against corruption; you must really go against corruption, starting with your own party – with your own party leadership – instead of just going for the civil servants.
"We have said in no uncertain terms that Umno must change…have they fallen into a pit and cannot climb out of it? Or will they try after they settle down after their party elections, '' he said.
He brought up the topic of reform with Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak recently, pointing that the DPM's father rebranded the Alliance after the political tsunami in 1969, by roping in Gerakan, PPP and SUPP.
"I asked Najib, are you thinking about rebranding Umno and BN? In terms of consumerism, the existing brand tak boleh pakai lagi, '' said Dr Lim, who conceded that Pakatan Rakyat's Ketuanan Rakyat is a good brand.
He did not say if Najib offered him an answer. But clearly, Gerakan wants to see some signs that Umno is prepared to change before committing to remain in Barisan Nasional.
0 comments Labels: MCA, media bebas, rasuah
Media Tak Harus Takut Tegakkan Kebenaran, Kata Abdullah
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pihak media tidak harus berasa takut dan berasa bersalah untuk menegakkan kebenaran.Perdana Menteri berkata bahawa menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan.
"Berpegang dan berdirilah atas prinsip keberanan kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan institusi berpegang kepada kebenaran,"katanya ketika melancarkan Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Abdullah mahu supaya teknologi komunikasi dan saluran komunikasi digunakan secara membina dengan menjadikannya instrumen mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berasaskan fakta dan kenyataan.
Katanya teknologi dan saluran komunikasi boleh digunakan secara "membina juga merosakkan".
Saluran berita itu boleh dilayari di laman web www.bernama-tv.com.
Saluran berita 24 jam itu disiarkan secara percuma dan boleh dilayari di seluruh dunia.
Abdullah berkata kandungan atau perisian yang menyebar dan menyuburkan bahan-bahan negatif berunsur fitnah dan memecah belah akan pasti membawa kepada kemusnahan dan keruntuhan.
Beliau berkata kerajaan sedar akan pentingnya pendekatan komunikasi yang berkesan dalam usaha kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh dan berkembang.
"Dalam waktu-waktu begini, program komunikasi yang berkesan akan dapat meningkatkan kefahaman terhadap tanggungan berat kerajaan serta meningkatkan apresiasi rakyat terhadap kesungguhan usaha kerajaan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat," katanya.
Abdullah berkata dengan pengenalan Bernama TV secara online, rakyat Malaysia di seluruh dunia berpeluang mengikuti peristiwa berita negara mereka secara tepat masa.
Beliau berkata perkhidmatan ini dapat membantu warga Malaysia terutama pelajar di luar negara untuk mengikuti secara langsung perkembangan yang berlaku dalam negara.
Pada masa yang sama, perkhidmatan baru ini turut membolehkan masyarakat dunia mengenali dan mengikuti perkembangan yang berlaku di Malasia, katanya.
"Suasana ekonomi dunia begitu mencabar hari ini. Penduduk di serata dunia menghadapi tekanan hidup. Kerajaan akan terus mempertekadkan azam memastikan supaya rakyat mendapat fahaman yang betul dan tafsiran yang objektif terhadap tanggungjawab dan usaha kerajaan dalam menangani cabaran ini," katanya.
Perdana Menteri mahukan Web TV Bernama menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan masyarakat dunia bagi mendapatkan berita yang tepat dan cepat mengenai Malaysia.
"Gunakanlah teknologi dan saluran komunikasi media ini untuk membantu usaha membina sebuah negara yang aman lagi tenteram, bertamadun dan menghormati undang-undang, warganya bersatu, hidup makmur lagi sejahtera," katanya.
Abdullah berkata beliau percaya dalam 40 tahun usianya, Bernama adalah sebuah institusi media yang matang, berpengalaman dan telah banyak menyumbang kepada perpaduan rakyat dan berjasa kepada negara.
Beliau mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Bernama kerana terus merintis usaha untuk memastikan rakyat Malaysia dapat berada di barisan hadapan dalam era teknologi maklumat.
"Saya gembira dengan usaha yang dirintis oleh Bernama TV terus mengembangkan akses atau jangkauan berita menerusi Internet. Ini sebenarnya satu langkah ke hadapan yang amat bermakna.
"Syabas saya ucapkan kepada Bernama TV yang berupa saluran berita TV 24 jam Malaysia yang pertama yang akan disiarkan ke merata dunia melalui Internet," katanya.
Yang turut hadir ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, media bebas, Pak Lah undur
Saturday, July 19, 2008
Nik Aziz tegur media
Anwaribrahimblog
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.
Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.
“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA
0 comments Labels: DSAI, media bebas, TGNA
Wednesday, July 9, 2008
Malaysiakini muncul laman berita No 1
| Malaysiakini |
| Jul 8, 08 6:21pm |
| Malaysiakini muncul sebagai laman berita paling popular di negara ini, demikian menurut perkhidmatan pemeringkatan portal internet, Alexa.com.
Yang menarik, antaranya, blog Tun Dr Mahathir Mohamad - Chedet.com - yang hanya berusia beberapa bulan berada di tangga ke-60. |
0 comments Labels: malaysiakini, media bebas
Saturday, June 28, 2008
Media Diharap Mendidik Masyarakat Dengan Membuat Laporan Yang Tepat
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Saturday, 28 June 2008 | |
| Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak wartawan dan pengamal media sudi hadir ke Majlis Media Bersama Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan dekat sini kelmarin. Beliau berharap hubungan baik antara pihak PAS dan wartawan berterusan dan menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan pihak media. “Saya tidak pernah nak berperang dengan wartawan, tak pernah nak berperang, tegur sekali sekala ada, memang adalah, “memang saya boleh boleh sebut sungguh, hok saya kata tu betul sungguh, tak betulnya dia (wartawan) buat (tulis) begitu,” kata Mustafa Sebelum itu, Dato’ Mustaffa menyarankan, wartawan perlu melaporkan sebagaimana yang dinyatakan dan adalah lebih baik bagi para wartawan tidak menyiarkan sesuatu berita itu daripada membuat laporan yang negatif. Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pendapat dan pandangan yang berupa persepsi masyarakat terhadap PAS yang telah diutarakan oleh beberapa wartawan yang hadir. Beliau berkata persepsi yang dinyatakan tersebut, mungkin benar dan mungkin tidak benar, namun sekiranya ia dianggap benar oleh masyarakat, ia akan memberi kesan samada positif atau negatif. Menurut Dato’ Mustafa persepsi masyarakat yang sedmikian itu terhadap PAS berpunca dari laporan yang disiarkan oleh media terutamanya yang yang menganggap PAS adalah ganas. “oleh kerana mungkin pelaporan (reporting) yang tidak tepat maka menimbulkan persepsi yang demikian,” jelas beliau. Menurutnya wartawan yang hadir disitu bukanlah orang yang menentukan samada sesuatu berita itu disiarkan atau tidak dalam sesebuah akhbar. Namun begitu, beliau berkata pada masa-masa yang lalu, sedikit sebanyak ada juga wartawan diperingkat bawah yang melaporkan berita yang tidak tepat dan ia memang disengajakan. Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang diadakan kelmarin adalah julung-julung kalinya diadakan oleh PAS Terengganu memandangkan adanya perubahan pelaporan yang lebih baik dibuat oleh pihak media arus perdana selepas daripada pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu. Majlis tersebut telah mendapat sambutan dikalangan para wartawan yang bertugas di negeri Terengganu. Seramai 32 wartawan dan pengamal media hadir dalam majlis tersebut. |
0 comments Labels: buletin online, media bebas
Wednesday, June 25, 2008
More poor families in the Valley
Malay mail
Gabey Goh
| HAVING a household income of RM1,000 is definitely bad, RM2,000 is not much better and even RM3,000 means that families in the city are barely making it in these hard times — and they need help. |
This was the worrying assessment of Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) president Datuk N. Marimuthu and Professor Datuk Dr Mohamed Ariff, executive director of the Malaysian Institue of Economic Research (MIER).
Given that, urban poverty takes on a new definition and it means that even more city families are among the urban poor no thanks to the recent fuel hike and the rising food prices.
Their contention is that the urban poverty marker should be well above the current RM1,500.
Marimuthu went even further and said city families earning RM3,000 and below should receive government aid.
“It’s very tough, especially for a family living in the Klang Valley. Even those who make RM3,000 a month barely break even - it is the rental and petrol prices that remain the biggest expenses.
If you live close to your workplace in the city, the rent will kill you. If you live further away where the rent is cheaper, the petrol will kill you,” he said.
Selangor recently redefined urban poor by raising the bar to include families earning RM1,500 and below.
But, according to Marimuthu, Fomca has always pushed for aid to be provided to urban families who make RM3,000 a month (with two children) and RM5,000 a month (with four children) and below.
Ariff agreed that Malaysians in the lower income bracket are in a dire situation.
“It is difficult for a family that makes RM2,000 to cope and the harsh reality of the situation is that there are many who don’t even earn RM1,000 a month.
To be at the poverty line means that you are only able to afford the basic necessities such as food and shelter. And these necessities will cost more for those who live in urban areas,” Ariff said.
Both were adamant that a redefinition of the poverty line was needed as well as differentiating between the rural and urban poor as there is a significant difference in the costs of living.
“Despite all the talk about eradicating poverty in the country, the fact of the matter is that we haven’t been all that successful in achieving that goal,” said Marimuthu.
“The government must accept the reality of rising poverty and step in to assist. It’s getting too expensive to live in the Klang Valley and the lower income families are definitely feeling the pinch.
Lifestyles can be changed and budgets can be planned but at the end of the day, more needs to be done.” Among the solutions he suggested was to establish shops selling subsidised goods to cater specifically to the poor and access to free education where incidentals such as bus fees can be waived.
Said Ariff, “There will be adverse effects on families who have to forgo many things. They can forget about entertainment and even tuition for their children, putting them at a disadvantage.
In addition, substitutions and compromises will be made with food items, impacting their nutrition.” Marimuthu also touched on the social reactions that would most likely occur without government aid.
“It could reach that point where families split up due to the inability to cope, and more young people will drop out of school and join the workforce to help their families make ends meet. Not to mention the higher rates of petty thefts as people struggle to survive,” he said.
0 comments Labels: media bebas, penindasan
Parlimen tarik balik larangan petugas media bergerak bebas di lobi
Mstar Online
25-06-2008 11:42:27 AM
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Selepas 'perang dingin' melibatkan petugas-petugas media dan pentadbiran Parlimen, lobi badan penggubal undang-undang ini dibuka semula untuk mereka membuat liputan dengan bebas.
Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung hal itu pagi ini dan beliau sudah bersetuju untuk membuka semula ruangan lobi kepada media.
“Hal ini sudah selesai... sudah boleh lalu. Kalau ada apa-apa, beritahu kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.
Semalam, media tidak dibenarkan berlegar-legar di lobi Parlimen untuk menjalankan tugas atas arahan pihak pengurusan Parlimen dan hanya dibenarkan berada di tempat khas bagi sidang media.
Arahan itu menyebabkan pihak media kecuali Bernama, RTM dan media asing memulaukan semua sidang media termasuk yang diadakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun razak
Tiong berkata, pihaknya juga tidak berpuas hati mengenai halangan yang dikenakan semalam dan Najib juga tidak tahu-menahu mengenai hal itu.
Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut sudah boleh dianggap selesai.
Ketika ditanya sama ada halangan itu dilakukan atas sebab keselamatan, beliau berkata, soal keselamatan sebenarnya memerlukan kerjasama semua pihak.
“Bagi pihak wartawan, saya cadangkan semua ketua-ketua datang untuk berbincang dan sementara itu, bagi Ahli Parlimen sama ada daripada BN atau pembangkang, mereka perlu menjaga tingkah laku dan tidak menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk sambutan hari jadi dan badan bukan kerajaan (NGO) mengedarkan memorandum mereka.
“Itu tidak sesuai. Soal keselamatan di Parlimen penting. Kita tidak mahu lihat (Parlimen) seperti di negara-negara lain... kalau apa-apa terjadi kepada Parlimen, ia bukan imej yang baik kepada negara,” katanya.
Berhubung isu hanya lima wakil yang dibenarkan bagi setiap media menghadiri sidang Parlimen, Tiong berkata, sepatutnya Speaker mahukan jawapan itu melalui surat dan seterusnya media akan dipanggil untuk mesyuarat.
“Bagaimanapun, saya diberitahu rakan-rakan media, ini bukan soal surat, ini keutamaan. Justeru saya akan berbincang semula dengan Speaker hari ini.
“Nanti kalau Speaker panggil mesyuarat, ketua-ketua media boleh berbincang... kalau lima orang tak cukup, nak 20 orang, kita.boleh berbincang,” katanya.
0 comments Labels: media bebas, mstar online, parlimen
Media boikot liputan di lobi Parlimen
| Malaysiakini |
| Jun 24, 08 12:01pm |
| Petugas media di Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di lobi Parlimen yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar. Kawasan itu turut diawasi beberapa pengawal keselamatan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama. "Saya menimbulkan perkara ini kerana saya telah menerima banyak aduan dari pihak media bahawa mereka telah dipinggirkan di luar dewan ke satu tempat yang agak terpencil di mana ia akan menjejaskan usaha mereka untuk menjalankan tugas," katanya. 'Tidak hormati media'
Berikutan itum, lebih 100 wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen, telah mengadakan boikot. Sidang akhbar tersebut kemudiannya dipindahkan ke pusat media. MP BN alih halangan |
0 comments Labels: malaysiakini, media bebas, parlimen
Pembangkang: K'jaan lumpuhkan media
| Malaysiakini |
| Jun 24, 08 5:22pm |
| Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan tindakan menyekat petugas media membuat liputan di lobi Parlimen - yang pertama dalam sejarah Dewan Rakyat - sebagai tekanan terbaru kerajaan untuk melumpuhkan peranan media dalam melaporkan perbahasan yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. "Parlimen adalah badan perundangan tertinggi negara yang berhubungkait dengan segala aspek hidup rakyat semua lapisan masyarakat. "Oleh itu media memainkan peranan penting dalam menyebarkan isu-isu berbangkit yang melibatkan kepentingan umum dalam perbahasan ahli-ahli dewan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Media televisyen juga terpaksa membuat rakaman di luar dewan sepanjang hari kerana siaran langsung sidang Parlimen terhad kepada hanya setengah jam pertama bagi sesi soal jawab sahaja," katanya. Namun, kata Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, mulai semalam, media telah dihadkan kepada tidak lebih daripada lima orang wakil. Tidak menghormati media "Hari ini media dikejutkan lagi dengan sekatan untuk membuat liputan berita di lobi Parlimen, yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar. "Adakah sekatan ini bertujuan melindungi menteri daripada pertanyaan media yang sentiasa menginginkan penjelasan atau penerangan daripada menteri?" soalnya. Wan Azizah berkata, Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia di tangga ke-141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. "Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameroon dan Libya. "Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati media, malah tidak menghormati rakyat yang ingin melihat perubahan selepas Pilihanraya Umum ke-12. "Percubaan kerajaan untuk menyekat berita daripada sampai kepada rakyat akan menjejaskan kredibiliti kerajaan yang telahpun merosot," tambahnya. |
0 comments Labels: DSWA, malaysiakini, media bebas, parlimen
Tuesday, June 24, 2008
Harakah dibenar terbit 2x seminggu
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 24, 08 11:10am |
| Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya. Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu. Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Mengenai tarikh pertukaran kekerapan penerbitan Harakah, Ahmad Lufti berkata, ia tidak dimaklumkan dalam surat tersebut. Perkembangan positif Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik. |
0 comments Labels: malaysiakini, media bebas
Larangan kawasan media di Parlimen, 'tindakan bodoh' - Tian Chua
| Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue | Jun 24, 08 | 1:25:17 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Tindakan pihak Parlimen menguatkuasakan kawasan larangan terhadap petugas media dan wartawan di kawasan Lobi Parlimen disifatkan sebagai 'tindakan bodoh'. Dengan larangan itu wartawan kini hanya dibenarkan berada di kawasan Sidang Media yang cukup sempit, kata Tian Chua. "Kita membantah tindakan ini yang dilihat bertujuan menghalang pihak wartawan membuat liputan media di Parlimen, sebaiknya media memboikot sahaja laporan Parlimen berikutan tindakan ini," kata Tian Chua. Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) semasa bangkit mengutarakan peraturan mesyuarat bagi menyatakan rasa kesal terhadap larangan itu meminta Yang diPertua Dewan Rakyat menarik semula larangan itu. Larangan ini katanya dibuat tanpa sebarang sebab yang munasabah kerana wartawan tidak pernah menggangu ahli Parlimen mahupun kelancaran sidang dewan. Sebelum itu Kit Siang dan Tian Chua turut bertemu dengan pihak wartawan bagi mendengar rintihan mereka terhadap larangan tersebut. Beberapa orang wartawan media tempatan termasuk media berbahasa Cina mengecam tindakan itu sambil meminta larangan itu ditarik semula. Seorang wartawan arus perdana yang enggan namanya disiarkan berkata, larangan ini menjadikan wartawan seolah-olah 'budak' yang hanya perlu mengikut apa sahaja arahan walaupun arahan itu memperbodohkan kalangan wartawan. Sementara itu, beberapa wartawan lain termasuk di kalangan akhbar berbahasa Cina sibuk membincangkan soal larangan itu. Rata-rata menyatakan rasa kesal mereka terhadap larangan tersebut yang membataskan liputan media di Parlimen._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, media bebas, parlimen
Sunday, June 1, 2008
Negara perlukan akhbar yang bebas- Zaid Ibrahim
| KLpos | | |
| Oleh Bernama | |
| Ahad, 01 Jun 2008 | |
| KL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencabar pengamal media di negara ini supaya bersatu dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan berhubung tuntutan mereka bagi kebebasan akhbar yang lebih baik. Zaid mencadangkan agar golongan seperti editor dan wartawan kanan dan pihak lain yang berkaitan sama-sama mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan menteri-menteri berkenaan bagi mengganti, meminda atau menyemak semula undang-undang sedia ada yang dianggap media sebagai menyekat kebebasan.Berucap pada majlis dialog di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini hari ini, Zaid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi komited untuk mewujudkan lebih banyak ketelusan, memerangi rasuah dan perubahan dalam sistem dan dalam konteks ini akhbar yang lebih bertanggungjawab dan bebas adalah perlu. Sambil menegaskan bahawa perubahan tidak dapat dilakukan dalam tempoh singkat, Zaid, menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, berkata dalam membuat tuntutan bagi kebebasan akhbar lebih luas dan penghapusan undang-undang tertentu, industri media harus jujur terhadap diri sendiri dan tidak membuat andaian yang kerajaan tidak berminat mendengar mereka. "Negara memerlukan akhbar yang baik dan bebas...jika anda bercakap mengenai reform, anda mesti ada perancangan. Anda mesti cuba...saya percaya jika ada cadangan yang baik, mungkin beberapa kemajuan boleh dicapai. Tidak semestinya memansuhkan segalanya," kata beliau pada dialog itu anjuran NPC dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM). Antara undang-undang yang dituntut oleh pengamal media untuk dibuat perubahan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Kepada soalan dari hadirin, Zaid berkata tidak ada kebebasan bersuara tanpa batas dan adalah tidak mungkin untuk membiarkan akhbar bergerak tanpa peraturan dan menambah jika pihak media mahukan kerajaan mengubah sesuatu seperti undang-undang, maka mesti ada juga mekanisme bagi mengendali perubahan dan proses, jika tidak akan tercetus anarki. Zaid berkata beliau menghadiri dialog itu untuk mendengar, dan bukan untuk menyokong apa saja dan beliau akan terus berbincang dengan media pada bila-bila masa dan mengenai apa jua. Sementara itu, presiden NPC dan Editor Berita Bernama Mokhtar Hussain dan presiden NUJM Norila Daud berkata mereka setuju mengemukakan usul kepada kerajaan berhubung undang-undang yang dikehendaki oleh industri media untuk perubahan. |
0 comments Labels: klpos, media bebas
Wednesday, May 28, 2008
Kerajaan tidak lagi diam diri
Utusan Online
| |
| Najib Tun Razak bersalam dengan sebahagian peserta selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia 2008 di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berdiam diri lagi dalam menghadapi ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan meracuni pemikiran rakyat.
Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berkata, kerajaan akan beri lebih perhatian kepada media bukan konvensional iaitu laman web dan blog di Internet untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Menurutnya, Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu telah memberikan pengajaran agar kerajaan menyiapkan diri sepenuhnya untuk berhadapan dengan medium media baru itu.
Katanya, kesilapan besar kerajaan sebelum ini adalah kegagalan untuk meneutralkan segala tuduhan tidak berasas yang tersebar luas melalui blog di Internet.
"Kita sememangnya telah terlepas pandang akan kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah bagi berhadapan dan meneutralkan (tohmahan yang dilemparkan melalui) teknologi baru.
"Kita telah tewas di alam siber dalam konteks politik, iaitu salah satu faktor yang paling tidak dijangkakan," katanya ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia, di sini hari ini.
Jelas Najib, kerajaan memutuskan bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan yang bijak dan setiap isu yang dimainkan dalam media baru perlu dijawab melalui saluran yang sama.
Menjawab satu lagi soalan seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS), Najib berkata, usaha kerajaan berhadapan dengan media baru tidak melibatkan sebarang tindakan memenjarakan mana-mana pengendali blog.
"Dalam satu kes yang anda maksudkan itu, pengendali blog terbabit telah melanggar undang-undang negara ini dan dia sendiri asalnya telah menolak ikat jamin sebelum bersetuju untuk membuatnya, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bermalam di lokap beberapa hari," katanya.
Katanya, kerajaan tidak pernah melarang kebebasan untuk menyuarakan pendapat di negara ini dan bersikap liberal, tetapi dalam negara pelbagai kaum dan agama, ada batas atau garisan yang tidak boleh dilangkau.
Beliau juga memberitahu wartawan yang sama, jika ada rakyat AS yang berminat untuk mengkritik sistem demokrasi di negara ini, maka mereka juga perlu mengkritik dasar luar negara sendiri.
"Beritahu kerajaan AS untuk menutup kem di Teluk Guantanamo dahulu," katanya.
1 comments Labels: kerajaan BN, media bebas, najib razak, utusan
Sunday, May 11, 2008
Khairy: Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
| Malaysiakini |
| May 10, 08 8:25pm |
| Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan. Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia bebas seperti majlis akhbar bagi menggubal sebuah mekansime untuk memansuhkan akta tersebut. Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama. Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan dan birokrasi. "Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halangan birokrasi," katanya. Khairy berkata beliau berharap pengamal media dapat menerajui dalam penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan ia mungkin dalam bentuk suruhanjaya aduan akhbar. "Pada ketika pembaharuan merupakan istilah masa kini, apa yang saya ingin sekali cadangkan supaya media bergerak ke arah kawal selia secara bebas," katanya sambil mengakui ia merupakan cadangan peribadinya dan bukan parti atau kerajaan. Mansuh syarat pembaharuan "Tanpa pembaharuan, media arus perdana mungkin tidak dapat banteras krisis kebolehpercayaan yang kita saksikan hari ini. Tanpa pembaharuan seperti ini, kebenaran menjadi kabur manakala sentimen dan sindiran menjadi penguasaan," katanta. Badan kawal selia bebas boleh dimulakan dengan menggalakkan menteri dalam negeri memansuhkan syarat pembaharuan lesen tahunan seperti diumumkan sebelum ini, katanya. Kemudian, katanya, media - kedua-dua media arus perdana dan dalam talian - harus memperkukuhkan keupayaan mengadakan inisiatif bagi memastikan amalan terbaik dalam menjana laporan menerusi latihan keras sebelum melangkah ke fasa terbaru dan mengadakan eksperimen. Khairy berkata banyak usaha perlu diselami dalam bentuk standard kewartawan dan etika yang harus diharapkan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu. "Kita tidak perlu khuatir dengan bentuk baru dunia kewartawanan tetapi harus membantu memperkukuhkannya supaya rakyat Malaysia akan mendapat manfaat dari bahan berita yang boleh dipercayai dari media arus perdana dan bentuk media lain. "Saya mungkin nampak seperti melampaui batasan parti. Mungkin jugak tetapi saya mempunyai pandangan peribadi untuk mempercayai kepada pembaharuan-pembaharuan ini," katanya. Forum anjuran NUJ itu dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kajian Media, Universiti Malaya, Prof Dr Azizah Hamzah. Ahli penal forum tersebut terdiri daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Timbalan Editor Laporan Khas dan Penyiasatan akhbar The Sun, R. Nadeswaran, Editor Agenda Daily Hanafiah Man dan penulis blog Ahiruddin Atan. |
0 comments Labels: KJ beruk, malaysiakini, media bebas
Tuesday, May 6, 2008
Moggie told: Why coal when Sabah has gas?
Kota Kinabalu: Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah believes natural gas is the best alternative to coal to meet the rising demand for power supply in Sabah.
Responding to remarks by Tenaga Nasional Berhad (TNB) Chairman Tan Sri Leo Moggie that there was no other choice than but coal to produce power, Tan insisted that natural gas was still the best bet.
"The Federal Government is aware of the situation here in Sabah and there is general consensus that gas is still the preferred choice," he said, in a statement here, Monday.
"Petronas has piped gas on shore for Sabah and their views to provide gas for the State to generate power should be given due consideration."
He pointed out that even if plans for the coal plant went ahead, it would not be ready to supply power by 2010, as the plant will take a longer time to be implemented. "We have to address immediate needs."
Tan, who is also Infrastructure Development Minister, said apart from new technologies, the Sabah Government has to take into account other aspects, especially locations, as the State is earmarked for development under the Sabah Development Corridor (SDC).
"TNB need not engage themselves in a debate in the press on the use of coal as fuel for power plants.
"It will be better to invite the views of NGOs like Sabah Environmental Protection Association (Sepa) and engage them in the deliberation of clean coal technology," he said.
He stressed that TNB should assist the State Government to provide assurances to visitors and investors on sufficient power supply in Sabah.
"In the short term, there is need to ensure supply is reliable both in the West and East Coast of Sabah. We may need additional IPPs (Independent Power Plants) and better if powered by gas," Tan said.
"The Federal Minister concerned, Datuk Shaziman Abu Mansor had made the announcement but it was not adequately highlighted. Surely the East-West grid is important to enable supply to be sent to the East from the West Coast."
"TNB has made assurances in the past that this grid will help to provide additional supply to the East and over the last six months, not much complaints were heard in the East Coast," he explained.
He reiterated that it is TNB's responsibility (through its subsidiary Sabah Electricity Sdn Bhd) to ensure that distribution and not just production is reliable.
"In fact, quite a lot of fund is used to improve the distribution network in the East Coast. SESB needs to reduce the rate of interruptions, which in Sabah has been abnormally high," Tan said.
"TNB has a more important role to play in building public confidence now.
TNB together with the State and Federal governments shall address the supply of power in Sabah as envisaged in the SDC."
0 comments Labels: media bebas, Sabah
Insentif sebelum dapat laksana pengurangan cukai pintu 20 peratus - MB Selangor
| |
OLEH ROSLAN BIAN
SHAH ALAM, Isnin 5 Mei : Walaupun belum dapat melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memberikan insentif dengan mengurangkan denda tunggakan cukai berkenaan, berkuatkuasa hari ini.
Melalui insentif itu, pembayar cukai pintu diberikan potongan 70 peratus bagi jumlah denda cukai pintu tertunggak sebelum 31 Disember 2007 manakala denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini, diberikan pengecualian 100 peratus.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun kerajaan negeri akan kehilangan pendapatan hasil potongan dan pengecualian tersebut, lanmgkah itu adalah cara terbaik Pakatan Rakyat bagi melaksanakan janji kepada rakyat sebelum ini.
Tanpa menyebut kehilangan pendapatan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan negeri ekoran pelaksanaan insentif itu, beliau meminta pembayar cukai menjelaskan cukai pintu itu berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun.
“Selepas tarikh itu, mereka kena bayar seperti biasa,” katanya pada sedan media selepas Majlis perhimpunan pagi bulanan jabatan- jabatan kerajaan yang dianjurkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Dataran SUK, di sini, pagi ini.
Ini adalah perhimpunan pertama Abdul Khalid selepas dilantik sebagai Menteri Besar apabila kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini.
Mengenai pengurangan 20 peratus cukai pintu serta 10 peratus bagi premis perniagaan, janji bertenaan belum dapat dilaksakan kerana beberapa faktor.
Beliau berkata kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu memandangkan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.
“ Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan 'janji kepada rakyat' itu dan hanya akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri untuk tahun 2009, “katanya.
Abdul Khalid berkata kebanyakan rakyat menjangkakan beban kepada masyarakat melalui kenaikan cukai pintu adalah tinggi tapi berdasarkan kajian awal menunjukkan beban cukai yang tinggi itu dihasilkan oleh nilai hartanah yang mereka duduki sekarang.
"Jadi, saya dapati mereka ini kena bayar kenaikan sedikit, tapi nilai tanah mereka adalah cukup tinggi. Ada yang tanah mereka dalam masa setahun nilainya mencapai nilai tinggi," katanya.
Beliau berkata insentif itu diberikan di semua PBT di negeri Selangor untuk menggalakkan orang ramai menjalankan tanggungjawab menyelesaikan segala tunggakan cukai bagi membantu memperkukuhkan kedudukan kewangan PBT dan negeri.
“Dengan menggalakkan pembayaran cukai dalam masa cepat, kerajaan negeri akan dapat mengumpulkan wang itu semula untuk kegunaan PBT bagi menjalankan perkhidmatan di kawasan mereka.
"Banyak juga perbelanjaan yang diperlukan oleh PBT untuk menjaga kebersihan dan prasarana di kawasan PBT di seluruh negeri Selangor ini," katanya.
0 comments Labels: media bebas, PR Selangor