Malaysiakini |
Mar 25, 09 1:29pm |
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Umno mengharamkan media baru daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno sebagai "satu strategi yang salah". "Kita (Umno) sepatutnya mengalu-alukan media baru. Ini adalah trend masa depan. "Kita perlu buka pintu kita, jika tidak (kita) akan dibanjiri khabar angin dan surat layang. "Apa salahnya dengan penulis blog dan media baru. Kita tidak mengadakan mesyuarat tentang perkara rahsia, malah kita merupakan parti yang paling terbuka. "Saya akan meminta pihak parti supaya menimbang semula keputusan tersebut untuk memboleh media baru membuat liputan perhimpunan esok," katanya kepada pemberita. Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media daripada Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula malam tadi. Perhimpunan kali ini akan menyaksikan pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - daripada timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno. Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu. Pertubuhan media lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno antaranya The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review. |
Wednesday, March 25, 2009
Khairy: Halang media baru 'strategi salah'
Posted by
Sang Pemantau
at
4:41 PM
Labels: KJ beruk, malaysiakini, media bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment