+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label wawancara. Show all posts
Showing posts with label wawancara. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Jawablah! 'Berani dia semuka saya?' - Waheeda

Berita Harian

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


AIR mata Waheeda pernah menitis sewaktu menjelaskan gosip yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan Akhil.

Waheeda pinta sarang tebuan jangan dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, sesuatu yang buruk akan berlaku

DRAMA yang tercetus antara penyanyi Waheeda, pengacara dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila wanita itu mendedahkan skandal suaminya dengan Waheeda menerusi akhbar, Harian Metro, kelmarin.

Dalam laporan yang disiarkan di muka depan akhbar harian itu, Maizawati berkata Akhil pernah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini itu serta kesanggupannya menerima penyanyi itu sebagai madu walaupun sebelum ini kedua mereka sering menafikan yang mereka tidak mempunyai hubungan selain terikat soal kerja.

Ekoran kenyataan berbentuk luahan rasa itu, nama Waheeda dan Akhil kembali panas dan menjadi buruan media yang inginkan komen balas daripada mereka.Namun, usaha itu terbantut apabila kedua-duanya seperti bersepakat untuk tidak mahu mahu mengangkat telefon atau membalas SMS.

Puas berusaha, doa akhirnya dijawab tuhan apabila Waheeda sudi mengangkat panggilan sekali gus berkongsi perasaan mengenai luahan isteri Akhil serta mengulas beberapa kenyataan yang disifatkan penyanyi itu sebagai tidak benar serta mengelirukan.Tanpa ada perasaan terkilan atau kecewa, Waheeda berkata dia sabar serta redha menerima segala-galanya.

Cuma pinta gadis ini, sarang tebuan janganlah dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku dan itulah yang cuba dielakkannya demi menjaga hati banyak pihak.



Hip: Waheeda sudah baca kenyataan yang dikeluarkan isteri Akhil dan apa reaksi Waheeda mengenainya?

Waheeda:
Saya tak baca, tapi kawan saya yang bacakan untuk saya.Bagi saya, biarlah dia hendak kata apapun kerana dia sendiri yang menjadi membuka mulut untuk bercerita perkara ini kepada media.kalau diikutkan, saya sendiri sebenarnya malas hendak mengulas perkara ini kerana kalau saya nafikan pun tuduhannya, pasti orang akan anggap saya yang salah.dalam pada menafikan itu, ada juga yang mengatakan kami sudah berkahwin.Jadi lantaklah kalau dia hendak kata apa pun.

Hip: Tapi kalau Waheeda enggan memberikan sebarang komen, mungkin orang akan menganggap yang Waheeda memang menjadi penyebab keretakan rumah tangga Akhil dan Maizawati?

Waheeda:
Terpulang orang hendak kata apa pada saya. Saya tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka.Lagipun saya sudah lali dengan tohmahan orang.Saya juga bersyukur kerana keluarga saya amat memahami keadaan saya dan tahu saya berada di pihak yang benar.Cuma saya harap jangan sampai kesabaran saya hilang kerana jika itu berlaku bimbang pula dia akan malu untuk keluar rumah.

Hip: Apakah yang Waheeda mahu lakukan?

Waheeda:
Saya mahu tengok sejauh mana dia berani bertindak.Saya bagi dia peluang.Tapi nanti kalau saya hilang sabar, saya akan dedahkan segala-galanya. Tunggulah.

Hip: Dalam luahannya itu, dia ada mengatakan yang dia sanggup untuk bermadu cuma Waheeda saja yang tidak boleh menerimanya.Benarkah apa yang dikatakannya itu?

Waheeda:
Itu semua tidak benar. Kalau kita baca kembali apa yang dikatakannya itu, itu semua adalah andaian dia semata-mata.Sebenarnya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan pada saya, tanyalah pada orang yang rapat dengannya.

Hip: Untuk kesekian kalinya, apakah Waheeda sudah berkahwin dengan Akhill seperti yang didakwa?Dan kalau perceraiannya sah apakah Waheeda sanggup berkahwin dengan Akhil?

Waheeda:
Saya tidak berkahwin dengannya.Tapi pada masa akan datang, saya tidak berani untuk berkata apa-apa.Soal jodoh semuanya adalah ketentuan Tuhan.Namun, pada saat sukar seperti ini, takkanlah saya hendak bertanyakan Akhil soal kahwin.Biarlah dia selesaikan dulu masalah rumah tangganya dan saya tidak mahu masuk campur dalam soal itu.

Hip: Waheeda ada tak bertanyakan pada Akhil mengenai masalah rumah tangganya itu?

Waheeda:
Tidak, kerana itu bukan urusan saya.Biarlah dia selesaikannya sendiri tanpa ada campur tangan sesiapa.

Hip: Apakah Akhil ada berbincang apa-apa dengan Waheeda di atas apa yang berlaku dan bagaimana reaksinya menghadapi situasi ini?

Waheeda:
Saya akui cukup kagum dengan cara Akhil menghadapi situasi ini.Dia juga menyuruh saya bertenang dan tidak terlalu memikirkan sangat soal itu.Saya sendiri kagum melihat ketabahannya kerana walaupun terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia masih lagi mampu bekerja.Macam sekarang ini pun dia sibuk di studio untuk merakamkan album terbaru.

Hip:Waheeda tak mahu bersemuka dengan isteri Akhil bagi meleraikan kekusutan yang berlaku?

Waheeda:
Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya.Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya.Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?

Read More...

Tuesday, April 21, 2009

Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi - TG Haji Hadi

Harakahdaily

Khairul Azlam
Tue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYT

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan? Image

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?

Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.

Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.

Adakah ini kesan langusng dari dakwah PAS selama ini?

Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.

Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.

Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...

Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.

Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?

Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.

Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.

Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.

Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato� Seri Najib?

Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru. Image

Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya �nakhoda�. Kapalnya �bocor� yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.

Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato� Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?

Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.

Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?

Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara �legislative� dengan pentadbiran, dengan kehakiman.

Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.

Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.

Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.

Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?

Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato� Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato� Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang �melampau�.

Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar �berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan� dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.

Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?

Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.

Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi �Pakatan Kerajaan� dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.

PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.

<>Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?

Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.

Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?

Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.

Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.

Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?

PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah �kubu� kuat PAS.

Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_

Read More...

Tuesday, April 7, 2009

Pilih pemimpin berjuang dunia, akhirat - Haron Din

Harakahdaily

Azamin Amin
Mon | Apr 06, 09 | 8:54:37 am MYT

"...suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa."

Sebelum para penduduk Parlimen Bukit Gantang membuat membuang undi pada 7 April, tokoh agama dan Timbalan Musryidul Am PAS Dato' Dr Haron Din memberitahu Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN panduan memlih pemimpin yang dituntut agama, sekaligus memberi kesan di dunia dan akhirat serta dalam masa sama demi membela nasib rakyat dan Nizar Jamaluddin yang teraniaya akibat Umno-BN yang mencetuskan suasana huru-hara di Perak tempoh hari.

1.Boleh Dato' jelaskan bagaimana Islam melihat pilihan raya sebagai satu wadah perjuangan untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat serta ciri sebetulnya memilih pemimpin untuk rakyat?

Haron Din : Pilihan raya adalah satu tuju arah yang boleh di lihat dalam dua dimensi. Pertama apa tujuan sebenar calon yang bertanding? Kedua kewibawaan dan ketokohan orang serta parti itu.

Tentang tujuan ada yang semata-mata berjuang kerana dunia seperti Umno dan ada yang bertujuan untuk dunia dan akhirat. Calon Umno dan partinya itu, umum telah mengetahui ianya bertujuan untuk dunia dan kepentingan diri semata-mata. Banyak sudah dibuktikan.

Calon PAS pula telah dibuktikan bahawa perjuangannya untuk dunia dan akhirat. Dato' Seri Nizar Jamaluddin berada dalam kelompok perjuangan yang sudah tentu menghadapi banyak musuh yang banyak mempunyai kepentingan duniawi. Image

Siapa sahaja sejak zaman Nabi dan para sahabat, berperang, ada sahaja yang menjadi musuh. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai musuh terdekat iaitu bapa saudaranya. Itu tanda syaitannnya 'lebih kuat' untuk mengganggu orang yang baik.

Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Nizar mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Manakala satu parti lagi dakwa bersifat kebangsaaan Melayu (Umno) dan tidak ada apa yang diperjuangkan untuk bangsa Melayu.

2. Kata parti lawan seolah-olah mereka adalah juara memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

Mereka melaungkan dan dakwa. Kalau nak kira dakwa, budak kecil juga boleh dakwa. Sudah hampir lebih 52 tahun diberi kuasa, apa yang dilakukan untuk Islam malah ia merosakkan lagi ada.

Mereka pamer kepada masyarakat bahawa seolah-olah Islam ini tidak sempurna. Jadi untuk itu, mereka buat Islam Hadhari untuk tampung Islam sebenar. Sejak daripada Islam Hadhari diwujudkan apa yang mereka buat untuk Islam sesuai seperti yang dicanangkan?Tidak ada yang mereka buat, cakap tidak serupa bikin.

Wadah untuk pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat.

Jika kalah, Umno akan mendabik dada kononnya mereka masih relevan sedangkan hakikat telah pun ditolak pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Saya seru proses penolakan ini diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, ia mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

3. Dalam Perhimpunan lepas, mereka kata insaf dan mahu melakukan perubahan, adakah ini satu jaminan dan mampu menarik sokongan rakyat kembali kepada Umno-BN ?

Kematangan rakyat terhadap politik tidak boleh lagi dikaburi dengan slogan-slogan pemimpin Umno dan BN sedangkan slogan-slogan yang dikatakan selama ini memakan diri. Ini senjata makan tuan.

Cuba kita lihat keadaan ini. Umno dikatakan sudah matang memilih pemimpin. Takkanlah sudah 63 tahun Umno ditubuhkan, baru nak matang? Itu belum lagi dewasa. Mereka mencanangkan perubahan? Apa perubahan yang dibuatnya?

Adakah bertukar daripada yang dilihat bersih kepada tidak bersih. Maksudnya, peralihan kuasa daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang nampak bersih berubah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan jenayah.

Media Asing pun membicarakannya dan masyarakat antarabangsa. Adakah rakyat nampak Najib lebih bersih?

Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang berubah kepada Khairy sedangkan beliau sebelum ini disabitkan gejala rasuah oleh Lembaga Displin Umno. Hukuman ringan dan diberi amaran sedangkan disabitkan.

Ahli Umno pilih Khairy berbanding Dato' Mukriz Mahathir yang dilihat agak bersih daripada tuduhan. Jelas perubahan yang dilakukan oleh Umno ialah menolak yang bersih dan memilih yang tidak bersih. Itukah yang dinamakan perubahan?

Para pengundi di tiga pilihan raya ini perlu melihat persoalan ini sebelum memberi undi dan dengan rasa tanggungjawab untuk selamatkan negara daripada pemimpin-peminpin yang tidak bersih. Image

4. Bagaimana Dato' melihat parti yang mengucar-kacirkan Perak dengan 'rampasan kuasa'. Rakyat telah pilih dan pentadbiran berjalan dengan baik di samping rakyat hidup dalam aman tiba-tiba, dikejutkan dengan peristiwa rakus oleh BN di Perak menyebabkan Nizar dianiaya dan dikecam?

Golongan rakus kuasa, selama-lamanya akan melihat dan menantikan peluang untuk melakukan dengan apa cara sekalipun.

Bagi kes Perak, Umno-BN melihat realiti mereka tidak mampu pertahankan kedudukan. Rakyat sudah hantar mesej jelas tolak Umno-BN dan jika mereka nak mengharapkan pilihan raya akan datang iaitu yang ke-13, mereka tidak mampu dan bimbang akan kalah lagi. Maka peluang di Perak, mereka rampas kuasa.

Bila ia berlaku, rakyat Perak rugi. Pentadibiran 'jem'. Mesyuarat exco seminggu sekali untuk membela rakyat tidak dapat dibuat. Pejabat MB yang selalunya dikunjungi rakyat untuk selesaikan masalah sudah tidak berfungsi. Pegawai kerajaan negeri menunggu arahan dan polisi tidak berjalan..Gaji dibayar tetapi pentadbiran sangkut. Pelabur takut. Yang rugi ialah negeri dan rakyat.

Manakala untuk mempertahankan kuasa ianya melibatkan proses mahkamah yang mana ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Selagi tidak bubar DUN, mahkamah akan teruskan kes tapi ada tangguh-tangguh, rayu dan rayu sehinggalah ke pilihan raya 13 akan datang.

Umur dewan DUN Perak berakhir 13 Mei ini. Genap 6 bulan jika tidak ada sidang DUN. Saya bimbang dan gerun nostalgia 13 Mei 1969. Ianya 'Ankubah' akibat buruk politik perakus kuasa yang mengancam demokrasi dan kestabilan rakyat termasuk menjejaskan institusi Raja-raja Melayu.

5. Jelaslah Umno-BN bersalah porak-perandakan Perak tanpa sabar menunggu pilihan raya umum akan datang untuk kembalikan mandat pada rakyat?

Semua ini wajar diletakkan atas kesalahan Umno-BN kerana mereka yang merancang berlaku sehingga tercetus suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa.

Saya seru para penyokong dan pengundi bukan saja di Bukit Gantang tetapi di Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menangkan Pakatan Rakyat dan tumbangkan Umno-BN. Beri undi pada Nizar yang dianiaya dan singkirkan perampas kuasa.

6. Strategi parti lawan meletakkan Nizar sebagai penderhaka dan tamak kuasa oleh parti lawan, bagaimana Dato' tafsirkan ini?

Bab dakwa Nizar derhaka hanyalah permainan politik Umno-BN, yang sengaja meletakkan istilah derhaka bukan pada tempatnya. Jawatan Menteri Besar bukan hak dia seorang tetapi parti yang juga dipilih oleh rakyat. Parti yang memilih Nizar menjadi MB dan parti didokong oleh rakyat dan rakyat restui beliau jadi MB dan jika dia letak, dia khianati amanah rakyat.

Lagi pun kenapa mesti letak jawatan? Apa kesalahan yang beliau buat? Pakatan Rakyat 28 kerusi manakala Umno-BN 28 kerusi dan 3 bebas, jadi kenapa perlu letak jawatan?

Ini bukan kes derhaka tetapi dimanipulasi Umno-BN. Sebenarnya, sejujur-jujurnya, siapa yang menderhaka kepada Raja, saya sendiri tahu pengalaman dan cerita itu tetapi tidak elok diperbesar-besarkan.

Kita mesti letak calon yang mampu meraih kemenangan. Dan ini kes kita kembalikan kepada rakyat. Maka Nizarlah menjadi calonnya sama ada untuk rakyat pilih atau sebaliknya. Ini bukan kali pertama. Sudah jadi amalan. Undang-undang pun tidak pernah menyekat.

Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan tetapi Umno-BN tidak mahu DUN dibubarkan. Rujuk pada rakyat. Letak Nizar sebagai calon dan jika rakyat pilih Nizar, ini bermakna rakyat bijak buat keputusan.

7. Bagaimana Dato' melihat watak Nizar itu sebagai pemimpin yang diterima rakyat, mampu menyatu-padukan kaum di samping menjadi pendakwah kepada agamanya?

Nizar salah seorang calon yang dikenali pasti sejak dulu lagi, mampu memimpin dunia dan akhirat bukan sekadar 'educated, engineer dan warak'. Dia mempunyai pakej seorang pemimpin yang berwibawa. Masyarakat Cina dan India juga suka kepada beliau.

Malah imam di Masjid Simpang Taiping pun meminta Nizar menjadi imam dan secara tidak langsung mengakui Nizar adalah lebih baik. Kealiman dia, kewarakan, kefasihan bahasa, ketrampilan dan karisma, semua kelebihan ada pada Nizar . Kenapa tak minta Tan Sri Muhyidiin, Dato' Zambry ke atau pemimpin Umno yang lain jadi imam?

8.Mengundi mempunyai kaitan rapat dengan Akhirat dan tanggungjawab umat Islam dalam memilih pemimpin, boleh Dato' jelaskan?

Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa.

"Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa."

Bagi kes ini, kita mesti pilih yang pentingkan perjuangan dunia dan akhirat.

Read More...

Thursday, September 11, 2008

16 September wajar dimartabatkan – Prof Khoo Kay Kim

Suara Keadilan

Khamis, 11 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Eksklusif, Liputan Khas, Nasional

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.

SK: Prof membuat kenyataan dalam media arus perdana baru-baru ini bahawa 16 September tidak harus diraikan sebagai hari hari besar kerana telah ada 31 Ogos?

Prof Khoo : Ha ha ha( ketawa kecil)… itu yang saya hairan, ada wartawan yang telefon saya tapi yang dia tulis lain dari apa yang saya cakap. Dia (wartawan arus perdana) tanya saya, apakah saya setuju dengan saranan Anwar supaya 16 September di jadikan sebagai hari cuti umum sebagaimana 31 Ogos. Saya jawab lain tapi dia tulis lain.

SK : Apa jawapan Prof

Prof Khoo : Saya kata dua tarikh itu berdasarkan fakta sejarah adalah penting dan wajar di rayakan sebagai hari kebesaran negara. 31 Ogos 1957 sebenarnya adalah tarikh British menyerahkan kedaulatan negara pada kuasa raja bukannya kepada orang tertentu sebagaimana di dakwa. Tetapi kemudiannya raja menurunkan atau memberikan kedaulatan itu kepada rakyat kerana kuasa tertinggi dalam Tanah Melayu pada ketika itu adalah Raja bukannya individu tertentu. Lalu mandat itu di terima oleh rakyat untuk di sambut sebagai kemerdekaan itu.

16 September pula adalah ulangan kita untuk mengingati tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 yang kemudiannya Tanah Melayu di tukar kepada Persekutuan Malaysia. Maka mengapa kita tidak boleh bertolak ansur untuk menjadikan 16 September sebagai sebahagian dari hari kebesaran negara. Kita mulakan dengan sambut 31 Ogos dan 16 September sebagai hari puncak perayaan. Dua minggu saja tempohnya dan hari mula dan hari terakhir di jadikan hari cuti. Bukan susah sangat.

SK: 31 Ogos hari merdeka, 16 September apakah pula nama yang sesuai untuk diraikan?

Prof Khoo: Ha, ha ( ketawa kecil).. apa nama pun tak apalah, Hari Malaysia ke, Hari Persekutuan ke atau apa-apa sajalah tetapi mesejnya perlu jelas supaya rakyat memahaminya dalam kontek yang lebih luas.

SK: Maksud Prof

Prof Khoo : Sejarah Negara yang terhidang di depan kita selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia kita menemukan banyak jurang yang berlaku antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Baik dalam kontek bahasa, budaya, ekonomi, pendidikan, perpaduan kaum, politik dan sebagainya banyak yang berbeza. Kita di semenanjung dengan kesemenanjungannya dan kawan kita di Malaysia Timur pula dengan cara mereka dan tidak ada titik pertemuan yang harmoni antara keduanya.
Walaupun ada di bidang politik tetapi masing-masing ada agenda yang bukan bermatlamatkan penyatuan bangsa Malaysia tetapi lebih kepada kekuasaan dan pengaruh politik. Ini sebenarnya lebih memisahkan lagi.
Kita di semenanjung ini pun dalam politik kita di pecah dan di pisahkan dengan kesukuan dan kebangsaan masing-masing. Maka lebih hebat lagilah jurangnya apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang turut di pisahkan lagi oleh Laut China Selatan.

SK: Berdasarkan falsafah sejarah apakah mekanisma sesuai untuk menjadikan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak lebih bersatu dan ‘harmoni’?

Prof Khoo: Kalau kita membicarakan soal 16 September, saya bersetuju 16 September di jadikan sebagai satu tarikh yang harus dikenang dan dirai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana 31 Ogos tidak sangat memberi signifikan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kalau ini berlaku saya rasa tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo itu oleh kerajaan pusat. Tetapi ini bukanlah jalan pokok ke arah itu tetapi ia boleh dijadikan simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik. Maka tidak salah kalau kita jadikan perayaan sempena 16 September sebagai satu titik tersebut.

SK: Ada pihak menganggap menjadikan 16 September sebagi hari cuti umum sebagai hal remeh dan mencukupi dengan hari-hari cuti yang sedia ada?.

Prof Khoo: Saya tidak berminat untuk bercakap hal politik tetapi dalam konteks sejarahnya kita tidak boleh meremehkan sejarah orang lain dan kesalahan yang lebih besar adalah kita memaksa orang lain menerima sejarah kita. Kita kena ingat bahawa sejarah memberi kesan yang besar kepada pelbagai disiplin hidup baik politik, ekonomi, sosial hingga ke pasaran saham. Banyak kegagalan pemimpin dunia dalam menguasai rakyat mereka di sebabkan mereka mengabaikan fakta sejarah. Sejarah juga membuktikan pemimpin yang meletakkan penguasaan kuasa di hadapan dan membelakangkan kedaulatan rakyat adalah pemimpin yang bersifat sementara.

SK: “Perpaduan Asas Kejayaan” sebagai moto sambutan kemerdekaan baru-baru ini dianggap moto tahun 60′an dan tak wajar selepas negara merdeka 51 tahun. Prof setuju dengan saya?

Prof Khoo: Saya setuju kerana berdasarkan status kedaulatan negara itu, perpaduan merupakan hiraki kedua selepas keamanan dalam piramid kemanusiaan. Tapi apabila kita meletakkan perpaduan itu sebagai satu ikon dalam kita memberi sesuatu manifestasi ia menggambarkan pemimpin negara tersebut sedang menghadapi masalah asas dalam mengurus tadbir negara dan rakyatnya. Ini kerana moto itu memberi makna atau bersifat kempen oleh kerajaan kerana ia sedang berhadapan dengan masalah yang menyebabkan moto tersebut disebarkan kepada rakyat.
Pada pandangan saya, kita seharusnya telah selesai mengatasai masalah perpaduan setelah merdeka lebih 51 tahun tetapi saya hairan mengapa kita masih gagal menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum ini.

SK: Andai 16 September berjaya di letakkan sebagai satu hari keraian oleh negara kita. Apakah moto perpaduan ini sesuai untuk dijadikan sebagai ikon sulungnya?

Prof Khoo: Boleh juga kalau mahu kerana buat masa ini kita sedang berhadapan dengan mood perkauman yang memperlihatkan semakin menakutkan di mainkan oleh ahli-ahli politik.
Ia tidak berapa ketara di Malaysia Timur tapi di semenanjung telah menampakkan putik-putiknya.
Dalam teori sejarah keadaan ini di lihat sebagai fenomena melangkah kebelakang kerana macam saya sebutkan kita seharusnya menyelesaikan masalah perkauman ini dalam masa sepuluh tahun pertama selepas kemerdekaan tetapi kita gagal.
Sistem pendidikan kita juga gagal, sistem sosial kita juga gagal, dalam ekonomi pun gagal malah banyak yang kita gagal sehingga kesannya selepas 51 tahun merdeka pun kita masih berhadapan dengan masalah asas iaitu perkauman dan perpaduan hingga ke saat ini.
Walhal Penyata Razak 1956 dijadikan agenda perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan perpaduan dikalangan pelbagai kaum.
Tapi hal ini tidak selesai sampai bila-bila pun apatah lagi apabila amalan ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai jalan mudah untuk berkuasa dan mendapatkan sokongan dari kaum yang diwakilinya. Sampai bila pun tak akan selesai.

Read More...

Saturday, August 23, 2008

Abdullah, Najib main isu liwat untuk sekat saya - Anwar

Harakahdaily

Fri | Aug 22, 08 | 10:10:54 am MYT

Seluruh dunia menghalakan fokus ke Permatang Pauh. Melihat dan meninjau pilihan raya kecil yang bakal mengubah lanskap politik di negara ini. Tidak hairanlah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bersungguh sungguh mengekang kemaraan Anwar.

Ikuti wawancara eksklusif WAN NORDIN WAN YAAKOB, AZAMIN AMIN serta MOHD SABRI SAID dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga calon KeADILan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Yayasan Aman Permatang Pauh, pada 19 Ogos lalu.

HARAKAH: Buat pertama kalinya selepas sekatan politik yang dikenakan berakhir, Dato' Seri boleh menyertai pilihan raya kecil. Walaupun Umno cuba gagalkan penyertaan Dato' Seri dengan isu-isu liwat dan percubaan menahan Dato' Seri, bagaimana situasi ini dihadapi?

ANWAR: Alhamdulillah, walaupun tekanan kuat dan muslihat Umno untuk menghalang saya dengan apa cara juga ternyata kita dapat lepas dari keadaan ini. Saya dapat bantuan dari sahabat-sahabat dan saya sangat bernasib baik kerana berkat doa sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan dan saya sangat bernasib baik dengan kerjasama Pakatan Raayat walaupunkita difitnah tetapi kita terus bersama dan dengar bekerja dengan penuh komitmen dan keazaman.

Bagaimana Dato' Seri melihat sambutan terhadap siri kempen setakat ini?

Image Umumnya sangat baik kerana jentera kita berkesan, jentera KeADILan dan PAS di Kawasan Melayu sangat kuat di Penang. Malah Kedah dan Kelantan turut membantu dengan sepenuhnya dan di beberapa kawasan seperti Seberang Jaya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan kerjasama dan sokongan yang cukup kuat.

Namun masalahnya kita bimbang dengan tindakan pihak lawan yang mengambil salinan kad pengenalan (MyKad) para pengundi di sini yang sudah merebak dan kita curigai motif mereka. Kita akan laporkan kepada kepada SPR selain membuat laporan polis.(Dato' Seri Anwar, tenang berbicara - gambar)

Kita juga minta provokasi ke atas anak-anak muda dapat dibendung dan kita harapkan dapat dikawal. Seterusnya semasa kempen saya didatangi pemimpin-pemimpin Umno tempatan yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan strategi jentera Umno akan masuk ke rumah untukmenabur wang. Sampai begitu sekali kempen yang mereka jalankan.

Kita lihat isu liwat dan pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari dimainkan di Permatang Pauh walaupun Saiful sendiri kata kononnya isu ini bukan kerana politik, apa pandangan Dato' Seri?

Ini memang isu politik yang dirancang begitu rupa sebaik sahaja saya ambil keputusan nak bertanding. Kes di bawa ke mahkamah sehari selepas pengumuman SPR, sumpah Saiful pula seharisebelum hari penamaan calon.

Saya percaya beberapa hari lagi sepanjang kempen Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak akan tentu mainkan isu itu sebagai isu besar mereka.

Sekarang ini Najib muncul seolah-olah macam ahli agama cakap seperti seorang agamawan walaupun, berbeza dengan ulama lain, baik Mufti-mufti, baik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Yusuf Qardhawi atau ulamak-ulamak lain.

Pandangan dia (Najib) seolah-olah macam dia sebagai jaguh dalam agama dan nampak macam nak kepada Islam. Kita nampak ini satu politik.

Namun saya juga pergi ke beberapa tempat di kampung-kampung. Nampaknya penduduk tak nak isu (liwat dan akuan sumpah Saiful) ini tetapi mahu kepada isu agenda pembaharuan yang kita bawa sebab Permatang Pauh ini 10 tahun telah dihumban daripada arus pembangunan oleh kerajaan BN yang lalu.

Saya juga diasak dengan propaganda dengan VCD pengakuan sumpah Sukma Dermawan dan Dr Munawar Anees, berhubung isu dahulu. Ini semua dimainkan semula dan diedar kepada lebih 50,000 rumah pengundi di sini walaupun dalam isu ini semua pengakuan tersebut pengakunya telah menarik semula akuan mereka. Ini masih dimainkan.

Dan kempen mereka cukup lucah dan menghina serta mengata orang. Budaya fitnah ini sudah menjadi budaya Umno. Walaupun ramai di kalangan orang Umno di sini kurang minat dengan penggunaan isu ini.

Tiba-tiba Akta DNA dibawa ke Parlimen pula. Ini langkah yang sama dalam perancangan mereka (Umno). Tetapi saya tak mahu ditarik untuk beri komentar tentang isu-isu ini. Mereka bicarasoal 'rules of law'.

Siapa yang percaya dengan 'rules of law' di negara ini? Siapa yang yakin? Kes bunuh, kes Altantuya, kes rasuah ratusan juta, kes hilangnya dadah di balai polis dan siapa yang nak sebut kes ini? Ini tidak pula dimainkan media arus perdana.

Isu perpaduan dan hak Melayu diungkit semula, kononnya kalau Anwar menang, Melayu akan susah di Penang kerana Penang ditadbir DAP. Apa pandangan Dato' Seri?Image

Melayu miskin. Bahasa Melayu direndahkan martabatnya.

Agama Islam direndahkan dan penghayatannya tidak berjalan. Maksiat berkembang, jenayah bertambah, rasuah merebak,pemimpin Umno kaya melimpah, rakyat pula terabai. Ini semua siapa yang buat? Sepatutnya pemimpin Umno kena tanya diri mereka sendiri. Mereka penuh kuasa melimpah kekayaan ini. Dia nak salahkan siapa lagi. (Anwar ditemuramah Wan Nordin (kanan) dan Azamin - Gambar)

Saya nak tegaskan bahawa kita di Pakatan Rakyat telah menetapkan agenda yang cukup jelas,dan soal kedudukan Melayu dan martabat Islam tak pernah keluar daripada kerangka kita.

Yang kita tekankan untuk menjamin keadilan kepada semua. Kita usaha angkat Melayu dan tinggikan martabat Islam tanpa bermaksud untuk pinggirkan kaum dan agama penganut lain.

Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka.

Mereka memainkan kononnya kini Ketua Menteri Pulau Pinang ini Cina DAP. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini pun Ketua Menteri Penang Cina? Lima bulan di Pulau Pinang apa yang dilakukan kerajaan negeri? Adakah rugikan Melayu?

Kerajaan negeri telah luluskan peruntukan dalam soal mengimarahkan masjid dan tingkatkan mutu serta elaun guru Kafa. Kerajaan negeri ini juga menjalankan program membasmi kemiskinan termasuk kepada majoriti Melayu yang miskin tegar di sini tanpa kesampingkan orang Cina dan India.

Komen Dato' Seri terhadap kenyataan tegas Presiden PAS yang akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat?

Media Umno tentunya akan perbesarkan pandangan yang akan berlaku dalam kongres KeADILan dan DAP kerana KeADILan di Kedah dan Perak mungkin ada rasa tidak puas hati dengan kerajaan di sana, seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri.

Ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan. Namun, ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.

Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuas hati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya.

Soal adanya kritikan dalam muktamar baru-baru ini, itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam Pakatan dan saya lihat cuma ada kekeliruan. Itu sebab ada kerja fitnah akhbar arus perdana, mereka besarkan isu itu.

Di Permatang Pauh ini sendiri, sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.

Dalam satu majlis baru-baru ini, ramai pemimpin PAS datang. Takkan mereka ini dah tukar parti. Saya kata kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan.

Tetapi ini tak dilaporkan media. Kalau tengok bahawa Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.

Selain itu kalau dengar doa Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam Pakatan semakin kukuh. Ini satu 'signal' yang jelas bagisaya. Cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan.

Seruan dan harapan Dato' Seri kepada pengundi?

Mereka adalah sebagai keluarga, sahabat dan rakan-rakan saya sejak sekian lama. Bila saya terperpenjara mereka tetap setia kepada saya. Mereka beri laluan kepada Azizah (Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail). Justeru, saya menaruh keyakinan mereka akan terus bersama mendukung agenda Pakatan Rakyat.

Mereka ini sahut seruan kita supaya untuk kemerdekaan iaitu kebebasan minda, ekonomi yang selama ini dicengkam golongan kaya Umno.

Saya harap pengundi menyokong kerana rakyat Malaysia mengharapkan Permatang Pauh memberi lonjakan baru kepada agenda Pakatan Rakyat memulihkan sistem pentadbiran kerajaan yang dirosakkan Umno-BN.

Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita. - mr_

Read More...

Friday, July 4, 2008

Sesi soal jawab sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mstar Online

03-07-2008 09:02:53 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Sesi soal jawab pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini.


Soalan:

Adakah benar kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Datuk Seri (Anwar Ibrahim) terlibat dalam rancangan mencemarkan imej politik beliau?

Jawapan:
Memang mereka percaya bahawa saya pernah berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (pengendali portal Malaysia Today) mengenai perkara ini. Mereka juga beranggapan bahawa akuan bersumpah Raja Petra adalah sebahagian daripada rancangan saya untuk jatuhkan Najib. Namun ia tidak benar.

Najib sebenarnya takut dan beranggapan saya akan gunakan kes Altantuya untuk jatuhkannya. Namun saya sangat percaya bahawa Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan), Peguam Negara (Tan Sri Abd Gani Patail) dan Najib terlibat dalam siri terbaru menentang saya.

Soalan:
Bila Datuk lihat akuan bersumpah ini?

Jawapan:
Saya diberitahu mengenainya lebih kurang lima hari lalu. Namun saya baru melihatnya semalam.

Soalan:
Datuk berjumpa Balasubramaniam atau sebaliknya?

Jawapan:
Dia berhubung dengan (peguam) Sivarasa Rasiah (yang juga Naib Presiden PKR).

Soalan:
Adakah terdapat maklumat-maklumat lain yang berkaitan?

Jawapan:
Kami akan kemukakan maklumat yang lain dalam tempoh terdekat. Ini bukan penghujung segala-galanya. Harap bersabar. Maklumat lain akan dikeluarkan.

Perdana Menteri kata segalanya harus dilakukan dengan cara yang profesional. Beliau juga memberi jaminan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah bahawa kes ini akan disiasat, semasa pertemuan mereka.

Namun 10 minit kemudian, Perdana Menteri buat kenyataan lain yang mengatakan bahawa dia percaya sepenuhnya dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Soalan:

Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah ia melibatkan soal peribadi Datuk dan Datuk Seri Najib?

Jawapan:
Tidak! Saya tahu sesetengah pihak cuba untuk menunjukkan ia sebagai masalah peribadi. Tiada yang peribadi. Saya ada maklumat, saya akan kemukakan. Kita di sini bercakap mengenai keadilan di negara ini. Kita mahu amalan demokrasi yang sebenar diamalkan.

Soalan kepada P. Balasubramaniam

Soalan:
Mengapa ambil masa terlalu lama untuk keluarkan akuan bersumpah ini dengan bukti-bukti terbaru?

Jawapan:
Saya terkejut bila pendakwa raya tidak menanyakan sebarang soalan mengenai beberapa kenyataan yang saya buat. Semasa saya di dalam lokap, saya rasa sangat takut dan hanya memikirkan untuk pulang ke rumah.

Ketika itu sebenarnya saya berada dalam tempoh sembahyang selama 40 hari. Saya sepatutnya pergi ke India. Dalam lokap saya tidak makan makanan vegetarian yang baik.

Jadi bila polis datang ke lokap dan minta saya turunkan tandatangan pada kertas kenyataan saya, saya baca dahulu walaupun ia tidak lengkap. Saya tanya kepada mereka (polis)... tapi jika anda mempunyai pengalaman ditahan di lokap, anda pasti akan tandatangan jika disuruh berbuat demikian untuk keluar dari lokap. Saya ada tiga orang anak.

Anwar kemudiannya menambah apa yang diperkatakan Balasubramaniam:

Saya ada pengalaman ditahan di lokap. Jadi saya faham perasaan itu. Kebanyakan wartawan ini belum lagi... namun mereka tidak perlu merasainya.

Balasubramaniam menyusul:

Saya ditempatkan di lokap yang sama dengan Datuk Seri Anwar di Bukit Aman.

Lagipun mereka menahan saya di lokap tanpa sebarang alasan. Saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apa alasannya? Saya hanya penyiasat peribadi kepada Razak (Baginda). Saya tak sepatutnya ditahan di bawah seksyen itu.

Saya tak perlu ditahan di lokap. Mereka (polis) boleh ambil keterangan saya. Mereka boleh dapatkan kenyataan saya setiap hari.

Soalan:
Adakah anda percaya bahawa kenyataan anda telah diubah?

Jawapan:
Saya fikir begitu.

Soalan:
Bagaimana anda pastikan bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) Datuk Seri Najib kepada Razak adalah benar?

Jawapan:
Saya berada di sebelah Razak ketika itu. Razak memberitahu saya bahawa dia ada mengirimkan SMS kepada Datuk Seri Najib. Namun masih belum menerima jawapan. Kemudian bila kami duduk bersama lagi, dia ada menerima jawapan SMS daripada Datuk Seri Najib dan dia tunjukkan kepada saya.

Soalan:
Razak dan Altantuya memberitahu maklumat yang berbeza kepada anda. Razak menyatakan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Datuk Seri Najib, manakala Altantuya mengakatan bahawa dia sudah berkahwin dengan Razak. Tidakkah anda terkejut dengan kenyataan-kenyataan berbeza ini? Adakah anda mendapatkan kepastian lanjut?

Jawapan:
Penguam Balasubramaniam menjawab bagi pihaknya.

Americk Singh Sidhu:
Apa yang dinyatakan dalam kenyataan bersumpah Balasubramaniam bukan kenyataan yang benar. Itu adalah kenyataan mengenai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Razak dan Altantuya. Itu tak bermakna apa yang dia dengar adalah betul sepenuhnya. Jadi saya rasa sangat susah untuk dia jawab soalan ini. Sama ada betul atau tidak, ia perkara lain.

Read More...

Friday, June 20, 2008

Kerajaan sembunyi fakta sebenar minyak- Husam

Detik Daily

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, yang juga seorang ahli ekonomi mempunyai pandangan serta penyelesaian menarik bagaimana untuk mengatasi krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini turut menyanggah segala macam hujah yang diberikan oleh kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut membuat pendedahan yang mengejutkan, apa yang disifatkannya sebagai fakta yang disembunyikan oleh kerajaan. Ikuti wawancara beliau bersama MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, 9 Jun lepas.



HARAKAH: Kerajaan menaikkan harga minyak dengan menarik subsidi kepada rakyat, atas alasan kenaikan harga minyak dunia, apa pandangan Dato'?

HUSAM: Dalam hal ini saya mempersoalkan, pertama, adakah kerajaan Malaysia mampu memberi subsidi harga minyak kepada pengguna tempatan atau tidak? Yang kedua, wajarkah subsidi ini diberikan atau tidak?

Pada pandangan saya, Malaysia mampu beri subsidi bagi membolehkan harga minyak negara berada pada tahap yang tidak bebankan rakyat dan membantu kembangkan ekonomi negara,

Ini kerana kedudukan kita sebagai 'nett exporter'(eskport bersih). Malaysia kini dikelaskan sebagai 'nett exporter' minyak kerana minyak yang kita keluarkan lebih daripada apa yang kita gunakan.

Malaysia mengeluarkan antara 650,000 tong sehari, dan pernah pada tahun 2006 kita pernah keluarkan 747,000 tong sehari.




Apa maksud 'nett exporter'?

Bila kita dikelaskan sebagai 'nett exporter', kita dengan sendirinya mempunyai kedudukan yang membolehkan kita mampu membiayai subsidi ke atas rakyat, sekali pun harga minyak naik lebih tinggi lagi.

Ini kerana apabila harga minyak makin tinggi kita ada duit yang banyak untuk memberikan subsidi.

Yang mudah pengiraannya ialah, berdasarkan jumlah pengeluaran dan penggunaan kita bagi kadar sehari, kita masih ada lebihan lagi sejumlah 150,000 tong sehari, berdasarkan penggunaan sekarang iaitu sekitar 500,000 tong sehari.

Itu belum masuk pengeluaran Petronas di luar negara yang mana ada perkongsian dengan Sudan, dengan Negara Teluk dan lain-lain.



Tetapi kerajaan mendakwa mahu rakyat bersedia hadapi krisis yang lebih buruk?
Itu hujah kerajaan. Kerajaan mendakwa oleh kerana minyak kita boleh bertahan hanya, tujuh tahun lagi, kerajaan mahu melatih rakyat untuk menerima kadar harga minyak antarabangsa. Jadi dengan tarik subsidi ini kita akan dekati harga pasaran minyak dunia, dan bila minyak habis tujuh tahun daripada sekarang kita akan terus ke pasaran dunia (pasaran terbuka).

Bagi saya hujah ini adalah tidak benar kerana mengikut rekod yang ada pada Petronas, kalau kita buka laporan Petronas 2006, jangka hayat minyak Petronas masih ada 20 tahun lagi.

Jadi kita boleh guna selama 20 tahun akan datang dan jangka hayat rizab gas pula ada 34 tahun lagi.

Apa yang kita perlu fahami tentang jangka hayat rizab ini ialah, kita akan sentiasa dapat sumber-sumber baru dalam istilah Petronas ialah disebut sebagai 'replacement ratio' (nisbah penggantian) yang membawa maksud, sumber baru yang akan ditemui bagi mengantikan sumber sedia ada yang telah dikeluarkan.

Ikut sumber Petronas ini, 'replacement ratio' pada tahun 2006 ialah, 1.8 kali ganda. Bermakna tiap-tiap satu liter yang kita gunakan sekarang akan diganti dengan nisbah 1 liter (digunakan sekarang) : 1.8 liter ('replacement ratio') sumber baru.

Ini yang rakyat tidak tahu dan kerajaan tidak pernah dedahkan.

Ini bermakna minyak kita tidak akan kering dalam masa terdekat kerana kita ada rizab yang sentiasa bersambung. Ini bermakna sebenarnya kerajaan mampu meneruskan subsidi bagi jangka masa yang lebih lama lagi.



Apakah implikasi ekonomi apabila subsidi minyak ditarik balik?

Apabila kerajaan tarik semula subsidi ini, kerajaan sebenarnya menyebabkan rakyat biasa tertekan dari segi kehidupan mereka; permintaan pengguna akan jatuh, pelancongan domestik akan menguncup; barang-barang akan naik harga termasuk barang-barang pembinaan sekali gus akan menguncupkan industri pembinaan.

Ia akan menyumbang kepada penguncupan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan; menyerap sebahagian pendapatan rakyat sebab kos-kos baru yang timbul akibat kenaikan harga-harga dan perkhidmatan ini.

Secara keseluruhannya penarikan subsidi akan membebankan rakyat.



Tetapi kerajaan membandingkan harga minyak kita masih murah berbanding negara lain?

Cuba kita lihat macam di Mesir, harga minyaknya jauh lebih rendah berbanding Malaysia, harga minyaknya ialah RM1.03 sen, dan rizab minyak di Mesir hanya 3.7 bilion tong berbanding Malaysia kita ada 4.2 bilion tong.

Kalau Mesir boleh letak harga lebih rendah dengan rizab minyak yang lebih kecil, mengapa Malaysia yang ada rizab minyak lebih besar, sampai 30 sen kurang daripada harga dunia?.

Begitu juga harga di Nigeria hanya 32 sen (dalam RM), UAE RM1.19 sen; Venezuela (16 sen) dan Turkmemistan (22 sen). Turkmenistan ini rizabnya lebih rendah lagi iaitu, 0.56 bilion tong, tetapi harga di Turkmenistan hanya pada kadar 22 sen seliter.



Kerajaan kata naikkan harga minyak dan tarik subsidi kerana mahukan peruntukan subsidi disalur kepada pembangunan dan subsidi lain?

Memanglah jumlah subsidi akan meningkat tetapi kerajaan perlu bimbang kerana wang itu diperolehi daripada peningkatan keuntungan hasil daripada harga minyak dunia yang meningkat.

Kerajaan tidak perlu ambil daripada wang lain seperti balak, getah atau sebagainya kerana kita hanya perlu ambil daripada keuntungan yang meningkat berikutan kenaikan harga minyak itu.

Bila kerajaan tarik subsidi ini rakyat akan terbeban, ekonomi akan menguncup, yang setersunya kerajaan juga tak akan dapat lebihan duit sebab kenaikan harga minyak yang kita lihat sekarang ini salah satu sebab adalah kerana akibat penurunan nilai Dollar Amerika (USD).

Jadi kerajaan akan kejar bayang-bayang ini sampai habis, umpamanya baru-baru ini kerajaan naikkan hingga RM2.70, selang dua tiga hari minyak dunia naik USD10 lagi bagi satu tong, bermakna RM18 bilion yang kerajaan kata cuba jimat itu jadi menguncup.

Cuma kerajaan boleh jimatkan perbelanjaannya dan keuntungan yang diperolehi hasil lain digunakan dengan berhemah, itu adalah cara penjimatan yang sebenar dan bukannya dengan menekan rakyat yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kerajaan mahu jimatkan RM18 bilion tadi, daripada poket rakyat.

Jadi negara akan mengalami pengurangan wang rakyat sebanyak RM18 bilion juga yang diserap kerajaan untuk jadi dana untuk dana pembangunan seperti yang didakwa kerajaan itu.



Mengapa dana Petronas tidak diguna untuk membantu rakyat?

Saya hendak sebutkan sejarah Petronas. Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 untuk melaksanakan konsep 'inoculasi'.

Dalam kes ini, Petronas ditubuh untuk memastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah.

Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat.

Petronas hanyalah pengawal kepada minyak tadi milik yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tak boleh kata itu milik mereka dan keuntungan itu milik mereka kerana keuntungan itu untuk rakyat gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia.

Harus diberi keutamaan ialah rakyat yang menjadi tuan punya kepada Petronas itu.

Lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi daripada jumlah 'replacement ratio' tadi.

Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada 'replacement ratio' 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini.


Petronas dilaporkan untung besar saban tahun, apa pandangan Dato' bagaimana sewajarnya keuntungan itu disalurkan?

Ya, jika melihat rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, di mana pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong).

Sekarang harga minyak naik lebih USD130 setong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.

Dalam laporan tahunannya pendapatan besar Petronas disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestik) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.

Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas.

Selain itu harga minyak kita 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang kita import kerana minyak kita dikenali sebagai 'tapis blend' yang ada kualiti yang lebih baik dan harga yang tinggi bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi.


Sebelum pilihan raya kerajaan jamin tidak naikkan harga minyak, tetapi sebaliknya dinaikkan secara mendadak ....
Kupasan saya ini berdasarkan data. Dari sudut politik ini saya fikir orang ramai boleh memikirkannya sendiri (soal janji politik yang tidak betul).

Saya berhasrat supaya rakyat memahami beberapa asas yang tidak pernah disebut oleh kerajaan tentang 'replacement ratio'; jangka hayat minyak kita yang masih wujud ini yang tidak pernah didedahkan oleh kerajaan kepada rakyat.


Selain minyak, Malaysia juga ada simpanan gas yang cukup besar, apa pandangan Dato'?

Ya. Mengenai gas, di Thailand sendiri kerajaannya sedang dan telah mempersiapkan negaranya dengan penggunaan NGV.

Namun di negara kita sendiri pam NGV sendiri tidak mencukupi, di Kelantan dan Terengganu tidak dipasang paip besar (PGU) untuk hantar gas NGV ini kerana itu kita tidak boleh diadakan stesen pam NGV di Kelantan dan Terengganu.

Sedangkan NGV ini adalah sumber tenaga yang murah yang boleh digunakan oleh kenderaan menggantikan minyak dan kita ada rizab gas yang sangat besar.

Rizab gas kita sangat besar iaitu gas diukur dalam kadar tong minyak, total rizab kita hingga Januari 2007, 26 bilion 'Barrel Oil Equivalent' (BOE) (gas campur minyak) itu pada tahun 2007, pada tahun 2008 ialah 25.85 maknanya kita ada penemuan rizab baru. Ini bermakna rizab kita bertambah.



Adakan fakta ini disembunyikan?

Yang mustahak kini ialah, oleh kerana Petronas tidak pernah ada audit bebas diadakan sama ada penggunaan oleh kerajaan mahupun Petronas sendiri.

Justeru, saya cadangkan jika kerajaan tiada apa-apa yang hendak sembunyikan daripada rakyat, saya cadangkan kerajaan lantik satu audit bebas untuk mengaudit penggunaan hasil keuntungan Petronas ini.


Dato' setuju rakyat harus diberikan subsidi minyak?

Subsidi ini diperlukan bagi meningkatkan kecekapan ekonomi dan memberikan kelebihan kepada negara.

Ini kerana jika kita boleh keluarkan barang dalam kadar yang murah kita ada kelebihan pada penetapan harga.

Jika kos pengeluaran kita mahal, kos penjualan pun mahal dan mungkin berbanding dengan negara lain harga barang, produk keluaran kita akan tidak berdaya saing dan tidak kompetitif.

Kita tidak boleh bandingkan dengan negara macam Singapura yang bukan pengeluar minyak.

Dengan Indonesia juga tidak boleh dibandingkan kerana pengeluaran minyaknya dengan jumlah penduduknya nisbah pengeluarannya sangat kecil berbanding Malaysia yang pengeluaran minyak lebih dengan penduduk yang kurang berbanding Indonesia.

Thailand sendiri memberi cukai jalan percuma sedangkan Malaysia masih mengenakan cukai jalan.

Pendapatan hasil keuntungan ini (cukai jalan) ialah sejumlah RM5 bilion setahun dan ia boleh digunakan untuk perbelanjaan negara dengan cermat melaksanakan pembangunan.


Bagaimana dengan impak kenaikan harga minyak?

Kerajaan sudah tidak boleh mengawak impak kenaikan harga minyak ini kepada harga-harga barangan lain. Misalnya dalam kes larangan merokok 18 tahun ke bawah, akhirnya berapa orang peniaga yang dikenakan tindakan kerana melanggar larangan ini? Tidak ada seorang pun lagi yang kena.

Malaysia ada undang-undang tetapi tak ada penguatkuasaan.

Justeru, satu kesimpulannya ialah lepas kerajaan umumkan kenaikan ini kerajaan seolah-olah dilihat seperti kesian kepada rakyat dengan umumkan beberapa langkah untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi ini semua satu kepura-puraan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan yang naikkan harga minyak itu dan rakyat dah terbeban, sekarang kerajaan pula cerita nak bantu rakyat dengan ringankan bebanan, tolong kurangkan tol, dan bagi lebih bantuan.

Kalau kerajaan tidak naikkan harga minyak, kerajaan tidak perlu umum langkah ini, kerana semua orang akan dapat nikmat harga minyak tidak naik.

Kalau harga minyak naik, harga beras yang naik atas lori pun naik, justeru orang susah dan orang kaya pun akan merasai kenaikan harga beras.

Pada saya, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia, memang kita yakin akan dapat mengekalkan subsidi yang munasabah walaupun harga minyak dunia meningkat.

Read More...

Thursday, June 19, 2008

MB Kedah: Siapa kata kami tiada wang?

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jun 19, 08 2:24pm

Kedah walaupun dianggap negeri miskin tetapi sehingga ini tidak mempunyai sebarang masalah kewangan kerana mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.

azizan abdul razakKatanya, beliau tidak melakukan perubahan secara mendadak, sebaliknya menyelesaikannya dengan keadaan kewangan semasa dan mengamalkan jimat cermat.

"Saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang dan tahu selok belok pengurusan.

"Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM2 billion, Perak RM800 juta tetapi Kedah hanya RM200 juta sahaja," katanya dalam temubual melalui emel sempena 100 hari menjadi menteri besar Kedah.

PAS mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Kedah selepas menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Azizan berkata, secara umumnya Kedah tidak menghadapi masalah kerana mendapat kerjasama baik dari istana, kakitangan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

"Masalah tetap ada tetapi tidaklah sehingga menggangu pentadbiran dan merunsingkan rakyat," katanya lagi.

Usaha turun cukai

Azizan berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memenuhkan janji pilihanraya umum lalu termasuk menurunkan kadar cukai dari 30 kepada 70 peratus bagi meringankan beban.

Katanya, kerajaan tidak lagi mengamalkan tender terus dalam pemberilan lesen dan projek, menyelesaikan masalah geran tanah dan menaikkan gaji guru agama.

"Kita juga menyalurkan elaun menteri besar dan anggota exco ke Tabung Amanah Tunku Mahmud, menguatkuasakan tindakan untuk membendung gejala keruntuhan akhlak, mempertingkatkan hubungan mesra dengan rakyat bukan Islam, membuka Pusat-pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dalam proses membuka di semua DUN di Kedah dan menyediakan suasana 'mesra pelabur' kepada para pelabur untuk menarik semaksimum mungkin jumlah pelaburan," katanya.

Berikut ialah petikan wawancara dengan Azizan.

Soalan: Apakah janji-janji yang belum ditunaikan?

Apa yang masih dalam perancangan kita adalah seperti memperbanyakkan kemudahan awam termasuk pengangkutan, memajukan pasar besar di bandar tertentu, menyelesaikan masalah sampah dan memperkenalkan cuti bersalin 90 hari (ia memerlukan sedikit lagi kajian).

Soalan:
Adakah kerajaan negeri menghadapi gangguan dari pemimpin-pemimpin BN dan Umno?

Jawapan: Kita tak pernah ganggu mereka, suasana sebegini bukan budaya politik di Kedah, jadi kita tidak akan ganggu mereka, kalau mereka nak ganggu, itu di atas pertimbangan merekalah.

Soalan: Apakah yang menjadi keutamaan kerajaan negeri berikutan dakwaan menghadapi masalah kewangan?

Jawapan: Siapa beritahu anda bahawa kami tiada wang? Kita tidak menghadapi masalah kewangan, kita yakin dan percaya dengan pendekatan perbelanjaan secara berhemah kita boleh terus berbelanja untuk sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah.

Saya tidak berminat dengan perubahan yang mendadak, saya sudah lama dalam pembangkang, selama 13 tahun, enam tahun sebagai ketua pembangkang, saya tahu selok belok pengurusan, kita selesaikan dengan keadaan kewangan yang kita ada, kita, kita berjimat cermat,

Jika mahu dibandingkan dengan negeri lain, Selangor, mempunyai rezab sebanyak RM 2 billion, Perak RM 800 juta, kita Kedah hanya RM 200 juta sahaja.

Kita sudah potong belanja pengurusan sebanyak RM 10 juta iaitu 30 peratus dari peruntukan yang ada, ini adalah langkah berjimat cermat.

Kita juga telah kenalpasti kebocoran yang berlaku, kita sedang tampal, ini semua ke arah mengelak dari kita menghadapi kesulitan dari sudut kewangan.

Read More...

Wednesday, June 18, 2008

Isu minyak: Jawapan presiden Petronas

Malaysiakini

Jun 18, 08 9:00pm

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Hassan Marican menjadi tetamu dalam rancangan Bersemuka Dengan Media dengan tajuk Peranan Petronas: Industri Minyak Negara, yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi.

Berikut adalah transkrip wawancara berkenaan.

Soalan: Tan Sri, kalau kita perhatikan harga minyak mentah sudah mencecah US$136-US$137 hari ini. Keadaan ini nampaknya memeranjatkan. Apakah Tan Sri berasakan bahawa hal ini akan berterusan?

hassan mericanJawapan: Pada pendapat saya, harga minyak ini mula meningkat lebih daripada setahun dulu dan telah mencecah RM100 ringgit setong awal tahun dulu dan pun telah mencecah US$140 bulan sudah. Jadi kenaikan harga minyak dunia ini menyebabkan permintaan yang banyak dan yang melebihi daripada supply minyak mentah yang dapat dikeluarkan sekarang.

Soalan: Tapi Tan Sri ada pihak berkata harga minyak mentah melambung tinggi kerana kegiatan spekulatif. Adakah ini benar atau tidak?

Jawapan: Saya rasa memang ada. Memang ada kegiatan spekulatif dalam kenaikan harga minyak ini. Ada setengah-setengah pendapat yang mengatakan ada lebih kurang US$15, antara US$15 ke US$20, di dalam harga yang sekarang disebabkan oleh speculative trading. Tetapi ada juga elemen geopolitik di dalam komponen harga yang tinggi sekarang ini. Dan yang disebutkan di antara US$5 ke US$10 di dalam harga sekarang ini disebabkan oleh geopolitik yang tidak stabil di dalam dunia.

Soalan: Tan Sri, berapa lama agaknya keadaan pasaran dengan harga yang tinggi ini. Bilakah agaknya pasaran akan menjadi normal balik pada pendapat Tan Sri?

Jawapan: Bilakah ia akan menjadi normal balik? Itu saya rasa yang ditanya-tanyakan oleh semua dan juga apakah yang akan kita katakan normal, normal balik ke us$40, balik ke US$100? Itu pada pendapat saya, memang permintaan di dalam dunia. Kita dapat permintaan yang tinggi dari macam pengguna-pengguna negara China, di India dan juga di timur tengah. Banyak tidak mengatakan kenaikan permintaan di negara-negara timur tengah yang sedang menggunakan hasil daripada kenaikan harga minyak untuk pembangunan di dalam
negeri masing-masing.

Soalan: Ok, Tan Sri, saya nak lanjutkan perbincangannya. Kalau kita perhatikan negara China dan India, kita ambil contoh negara China, dari segi keperluan ataupun permintaan untuk minyak di negara itu, kalau dapat Tan Sri berikan sedikit gambaran bagaimana misalnya keperluan dunia ini meningkat dengan banyak oleh kerana pertumbuhan yang luar biasa dari segi ekonomi di kedua-dua buah negara, kita ambil contoh negara China?

Jawapan: Contohnya di negeri China. Ia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam satu dekad yang sudah. Di dalam pertumbuhan ekonomi itu permintaan petrol dan diesel meningkat. Ia meningkat kerana sektor pengangkutan. Jadi bila kita lihat di negeri China misalnya. Dalam tahun 2006, kenderaaan-kenderaan baru berjumlah lebih kurang tujuh juta. Itu yang baru. Jadi kalau kita guna 10 liter satu hari, itu sudah 70 juta liter sehari meningkat. Kalau setahun, ia lebih kurang satu loji penapisan yang mengeluarkan 300,000 tong minyak.

Soalan: Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita.

Jawapan: Ya. Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita di negeri China saja untuk kereta baru dan kalau tiap-tiap tahun ia meningkat sebanyak tujuh juta, maknanya tiap-tiap tahun loji minyak yang berkapasiti 300,000 tong sehari dikehendaki untuk permintaan.

Soalan: Tadi Tan Sri sebut pasal geopolitik. Adakah ini berhasil harga minyak naik melambung tinggi kerana pergelutan di antara dunia Arab dan barat kerana OPEC, pertubuhan negara pengeksport minyak tidak berbuat apa-apa pun, mereka belum lagi bermesyuarat. Adakah ini pergelutan antara mereka berdua?

Jawapan:
Saya rasa tidak begitu. Opec telah beberapa kali bermesyuarat untuk mengkaji dan menimbang keperluan minyak dunia. Masalah geopolitik di antara misalnya kedudukan Iran. Iran mengeluarkan 2.5 juta tong sehari. Jadi kalau ada threat peperangan di Iran seperti 10 hari sudah, ada disebut akan diserang, hari itu minyak naik US$10. Dan juga keganasan di negara Nigeria. Kita perlu ambil tahu yang macam negara Nigeria yang juga telah mengeluarkan lebih kurang dua juta tong sehari. Minyaknya berkualiti tinggi, light crude. Jadi keperluan minyak light crude memang banyak. Jadi kalau ada kekacauan di Nigeria harga minyak akan naik.

Soalan: Tan Sri, mari kita pergi kepada isu di negara kita. Pengumuman kenaikan harga minyak mendapat banyak reaksi daripada rakyat. Dan soalan pertama yang mereka tanyakan ialah kita pengeluar minyak. Kita keluarkan minyak, kenapa kita tidak tampung hasil daripada pengeluaran minyak kita, katakan 600,000 -700,000 tong sehari, untuk memberikan subsidi lebih banyak kepada rakyat dan kenapa perlu kita menaikkan harga minyak?

Jawapan:
Memang kita negara pengeluar minyak tetapi pengeluaran kita di dalam konteks itu, kecil, 700,000 tong sehari berbandingkan negara Saudi 10 juta tong sehari. Dan di negara kita ini harga minyak memang rendah kerana subsidi kerajaan yang meningkat tahun demi tahun untuk mengekalkan harga minyak di stesen-stesen minyak pada tahap yang rendah daripada harga pasaran. Tetapi saya rasa keadaan ini tidak boleh diteruskan kerana subsidi yang dibayar oleh kerajaan mengikis budget untuk pembangunan negara. Jikalau kita lihatkan dalam budget dalam tahun 2007, subsidi adalah lebih kurang 30 peratus daripada budget pembangunan negara. Bukan sehari bajet pembangunan.

Soalan: Tan Sri, ada lagi satu argument mengatakan harga minyak naik, keuntungan Petronas pun akan naik. Jadi tidak bolehkah Petronas menggunakan sebahagian daripada keuntungannya untuk menolong kerajaan memberi subsidi yang lebih?

Jawapan: Subsidi minyak yang diberikan kerajaan diberi kepada semua syarikat yang mengendalikan retail stesen, ini termasuk syarikat-syarikat lain daripada Petronas seperti Shell, Esso dan sebagainya. Petronas dagangan, anak syarikat Petronas yang disenaraikan di Bursa Malaysia, pun dibayar subsidi oleh kerajaan. Jadi, memang betul bila harga minyak meningkat, Petronas mendapat keuntungan lebih tetapi keuntungan itu dicukai, dibayar cukai 38 peratus. Cukai petroleum 38 peratus, bukan 26 atau 27 peratus seperti di syarikat lain. Dan Petronas pun telah meningkatkan pembayarannya kepada kerajaan, bayaran cukai, royalti dan juga dividen. Kalau nak dikatakan peratus peningkatan dari tahun 2003 sampai tahun 2007 ialah 180 peratus. Dibandingkan dengan kenaikan minyak dalam jangka masa yang sama, 143 peratus.

Soalan: Tan Sri, boleh Tan Sri terangkan sejak Petronas bermula pada 1974 sampai sekarang, berapa banyak royalti dan sebagainya telah diberikan kepada kerajaan? Petronas bermula dengan modal yang kecil.

Jawapan: Petronas bermula dengan modal RM10 juta dalam tahun 1974 yang dibayar oleh kerajaan persekutuan. Daripada tahun 1974 ke akhir tahun 2007, Petronas telah meraih keuntungan sebanyak RM570 billion dan pembayaran kepada kerajaan ialah RM336 billion di dalam jangkamasa yang sama.

Soalan:
Tan Sri, saya tak begitu yakin dengan penjelasan tadi mengenai subsidi kerana negara-negara lain pun memberi subsidi, Saudi, Brunei. Jadi kenapakah Malaysia mengurangkan subsidi sama?

Jawapan: Kita perlu bandingkan, kalau kita ambil negara Saudi dulu. Seperti saya katakan tadi, pengeluarannya 10 juta tong sehari. Katakan harga minyak US$100 sehari, pendapatannya US$1 billion. Rakyatnya lebih kurang 24 juta. Jadi di negara Saudi, ia bergantung kepada ekonomi minyak dan tiada ekonomi yang lain di Saudi. Bukan saja minyak murah, air, api dan tidak ada cukai pendapatan. Maknanya banyak perbelanjaan rakyat Saudi ditanggung oleh kerajaan dan dia berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan itu kerana hasilnya tinggi dan juga di Venuzuela. Di Venezuela, ia mempunyai polisi yang populis. Sebelum polisi ini diadakan, pengeluaran Venezuela lebih kurang 4 juta tong sehari. Sekarang kerana setiap untung yang diperolehi oleh syarikat minyak nasional Venezuela diambil oleh kerajaan, tidak ada pelaburan baru dan pengeluaran mereka telah menurun kepada lebih kurang 2.5 juta tong sehari dan makin merosot.

Soalan: Apa beza dengan negara kita?

Jawapan: Beza dengan kita, seperti saya katakan tadi, kita telah meraih keuntungan RM570 billion. Kita telah bayar kepada kerajaan RM336 billion. Bakinya, Petronas telah menggunakan wang itu untuk melabur di dalam, seperti paip saluran gas PGU, loji-loji penapisan, loji-loji petrokimia dan sebagainya. Ini proses value add yang telah dilakukan, telah memberikan keuntungan yang lebih kepada petronas dan justeru itu kepada kerajaan.

Soalan: Kalau kita tak labur?

Jawapan: Kalau kita tak labur, kerajaan tidak akan menerima pembayaran sebanyak RM336 bilion. Dalam jangkaan saya, mungkin pembayaran kepada kerajaan cuma RM161 bilion.

Read More...

Tuesday, June 3, 2008

Jangan persiakan nasib negara dan rakyat - Dr Husin Ali

Harakahdaily

Ahmad Lutfi Othman & Azamin Amin

Tue | Jun 03, 08 | 11:21:01 am MYT

Setelah lebih dua bulan Pakatan Rakyat menggalas amanah lima negeri, rakyat masih berbicara mengenai 'kejutan' pilihan raya lalu sekali gus menjadikan parti pemerintah khususnya Umno dalam keadaan terumbang-ambing. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahamad Lutfi Othman dan wartawan Azamin Amin mendekati Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali untuk mendapatkan pandangannya bukan saja terhadap keputusan 8 Mac tetapi juga mengenai urutan peristiwa dan pelbagai isu yang menyusul.

Harakah: Biarpun selepas lebih 70 hari Pilihan Raya Umum 2008, masih ramai bercakap mengenai kejutan besar itu. Pastinya Dr ada rumusan tersendiri?

ImageSyed Husin: Banyak orang menganggap kita tidak menyangka kejayaan tersebut, tetapi empat lima hari sebelum pengundian, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah melihat tanda kemenangan besar berpihak kepada kita.

Bahkan dua hari sebelum pilihan raya, Anwar berada di Singapura dan mengadakan sidang media (PC) yang besar, menyatakan bahawa PAS, KeADILan dan DAP sudah menang pilihan raya. Tetapi kita tidak dapat memerintah disebabkan pembatalan penggunaan dakwat kekal.

Masa Anwar buat PC di sana, ramai pemimpin BN di sini begitu sinikal. Anwar dan beberapa pemimpin, termasuk di luar KeADILan memang menduga akan berlaku perubahan besar. Saya sendiri tidak begitu terperanjat dengan kemenangan ini.

Yang paling terperanjat Umno-BN. Mereka tahu akan kehilangan banyak kerusi, tapi tak sangka sampai lima negeri jatuh, tak termasuk Wilayah Persekutuan. Tidak disangka KeADILan dapa banyak kerusi Parlimen. Paling tinggi kita jangkakan 20, tapi dapat 31 kerusi.

Maknanya, perubahan hanya kelihatan pada saat akhir sebelum mengundi?

Perubahan saat-saat akhir di kalangan orang Melayu. Sedangkan Cina dan apatah lagi India kita sudah nampak daripada awal lagi.

Adakah faktor kempen yang agak lama mendorong kemenangan itu?

Sekarang 13 hari ya, lama tidak juga. Ia bukannya faktor. Kalau singkat pun kempen, ia pada saat-saat akhir akan berubah juga.

Apa rumusan Dr tentang faktor utama kemenangan?

Ada seorang kawan menulis dalam majalah Aliran tentang faktor orang 'meluat' dengan kerajaan. Bukan sahaja meluat sebab janji-janji mereka, meluat kepada ekonomi yang dikatakan lebih baik tetapi sebaliknya, meluat dengan janji nak perangi korupsi, tapi rasuah makin parah. Nak lawan kronisme tapi makin teruk.

Faktor tidak puas hati dalam bidang ekonomi politik, sosial seperti peningkatan jenayah menyebabkan orang meluat.

Nampak sangat Cina dan India berubah, tapi ada yang berkata, tidak kepada pengundi Melayu disebabkan ada kawasan yang PAS memang pada 1999, tapi kalah di situ pada 2008.

Mungkin ini faktor berkaitan persempadanan semula yang menyebabkan ia berubah ... tapi saya rasa di lain tempat kita nampak perubahan orang Melayu. Kelantan sudah jelas, walaupun ada usaha untuk buat penipuan.

Terengganu walaupun tidak dapat tawan tetapi ada perubahan besar kepada PAS. Balik Pulau di Pulau Pinang, kalau dulu menang 1,000 atau 2,000 tapi kini sampai 17,000 menunjukkan ada 'shift' Melayu. Di sesetengah tempat tidak berlaku, seperti di Pahang. Orang Melayu di bandar ada perubahan besar, termasuk Kelantan dan Kedah.

Sesetengah tempat di Selangor, lebih ramai pengundi Melayu mengundi calon Umno, mengapa?

Faktor penambahan undi yang dipindahkan. Kita percaya ada unsur penipuan. Keadaan berbeza dengan seluruh Selangor dan Kelantan, di mana kesan perubahan dan kesedaran jauh lebih besar daripada kesan penipuan, maka kita berjaya.

Mungkin sesetengah tempat ada penipuan. Penipuan itu jauh besar sedikit daripada kesan perubahan dan kesedaran.

Macam di Sabah, penipuannya lebih besar daripada kesan perubahan. Malah pengundi pun tak dapat melawan penipuan yang sangat besar. Puluhan ribu dan mungkin ratusan ribu. Ada pengundi berasal dari Filipina bahkan Indonesia. Secara rasmi mereka kata ada 80,000 semuanya.

Ada juga orang melihat ini sebagai fenomena sementara terutama trend pengundi Cina dan tidak terkecuali pengundi India?

Pengundi Cina ini merupakan pengundi rasional. Mereka mengundi berasaskan faktor ekonomi dan politik. Kalau prestasi bagus malah kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas dengan baik, mereka akan puas hati.

Salah satu sebab adalah kali ini mereka tidak puas hati dengan ekonomi. Soalnya, bagaimanakah prestasi kerajaan lima negeri Pakatan Rakyat, bagaimanakah mereka memenuhi janji?

Kalau mereka lebih telus, bersih, penuhi janji dan baik prestasinya, saya rasa susah nak dikalahkan. Bagaimanapun, banyuak projek pembangunan dan peruntukan datang daripada Pusat. Dan Pusat sekarang ada usaha untuk menyekat peruntukan dan penyaluran wang.

Malah nak memecah-belahkan keadaan di kampung dengan cara salurkan wang dengan cara yang bertentangan dengan kerajaan negeri. Jadi ada yang berfikir, mesti ada perubahan cepat di pemerintah Pusat sebab jika Pusat nak sabotaj kerajaan negeri, buat apa kita benarkan mereka (BN) berada di Pusat?

Kita perlu tubuhkan segera kerajaan persekutuan yang memerintah. Kita tahu setakat mana penduduk boleh bertindak. Sebayak 60 peratus pendapatan negara datangnya daripada lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, daripada cukai dan sebagainya.

Kalau Pusat masih berdegil, kita mahu lihat setakat mana kerajaan negeri boleh bertindak. Jika Pusat tidak mengagihkan kekayaan negara secara adil, kerajaan dan rakyat negeri boleh melakukan sesuatu.

Ini boleh, jika ada perubahan sikap. Kita tengok peruntukan kepada setiap ahli Parlimen. Mula-mula kerajaan negeri Pakatan Rakyat kata akan beri peruntukan kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang daripada Umno sejumlah RM500,000 setahun dengan syarat Pusat juga kena beri yang sama kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga.

Ada 82 ahli Parlimen yang boleh buat riuh di Parlimen, jika mereka tidak diberi peruntukan sama. Ada reaksi timbal balik. Katakan di Selangor nak bagi kepada wakil rakyat pembangkang tapi kalau ikut cara Umno dulu dia langsung tak bagi pembangkang.

Sekarang Pusat terpaksa buat keputusan bagi semua. Maka ertinya tidak semudah itulah kali ini dia nak menekan pembangkang atau kerajaan negeri.

Lihat Sabah dan Sarawak. Tidak diberi peruntukan atau royalti minyak yang cukup. Mereka sekarang bertindak. Sebab itu dia menggugut nak pindahke parti lain. Kedudukan Pusat sekarang tidaklah sekuat mana walaupun mereka menguasai alat pemerintahan atau jentera dan sumber ekonomi.

Sejauhmana lima negeri berkenan menunjukkan prestasi kepada rakyat?

Rakyat umumnya menyatakan rasa puas hati kepada kerajaan lima negeri. Saya sendiri masih belum puas hati sangat sebab dalam masa 70 hari ini, lebih banyak yang boleh dibuat daripada apa yang dilakukan.

Apa yang belum puas hati itu?

Oklah ... mungkin secara umumnya. Janganlah terperangkap untuk menyambung atau melanjutkan apa yang diluluskan kerajaan terdahulu dan sebelum kita nak lanjutkan, kita buat kajian lebih mendalam, sama ada nak teruskan atau tak nak teruskan.

Jangan sebab ia dah diluluskan, kita nak lanjutkan. Tanpa pertimbangan yang cukup boleh menimbulkan rasa resah orang.

Kedua, tidak ada yang jelas atau pemikiran strategik untuk capai matlamat di negeri-negeri. Apa yang kita nak capai bagi tiap-tiap negeri-negeri dan apa yang nak dicapai secara bersama-sama di lima negeri agar apa yang dilakukan mempunyai kesan besar.

Selain itu janji-janji perlu ditunaikan. Projek baru untuk rakyat ramai perlu dimulakan. Projek-projek baru pula mestilah yang betul-betul mendatangkan kebajikan dan faedah besar kepada rakyat ramai khususnya yang berpendapatanrendah dan kepada semua kaum.

Kita tak perlu takut untuk beri kepada semua kaum kerana kebanyakan yang berpendapatan rendah kira-kira 70 peratus adalah Melayu. Jadi tak perlu bimbang.

Ada pihak timbulkan tentang konsep parti kuasai kerajaan. Ada kebimbangan kerajaan pula yang menguasai parti, terutama apabila melihat di peringkat negeri ada ahli-ahli yang masih baru tetapi sudah menang ke posisi kerajaan negeri, sedangkan mungkin kurang penghayatan perjuangan parti?

Memang kadang-kadang apabila baru banyak kekurangan atau kesilapan. Tapi dalam soal ini, ketiadaan pengalaman bukanlah satu masalah yang besar.Ada tempat kita fikirkan selamat kita letak orang baik dan berpengalaman.

Bukan sahaja PAS tetapi KeADILan itu sendiri. Ada percaturan kita yang silap. Mana-mana yang kita rasa 'quite ok' kita letakkan orang baru. Akhirnya banyak orang yang bagus dan berpengalaman kita kalah.

Begitu juga di Perak, orang kita KeADILan yang bagus, kalah di banyak tempat yang kita jangka tempat selamat. Kita harapkan mereka boleh jadi exco, tetapi kalah.

Memang kali ini, KeADIlan mahukan orang muda ramai, memang ada 'plus-minus' dalam hal ini sama ada orang yang bagus kalah dan muda-baru menang.

'Plus'nya ialah mereka orang muda, boleh jadi pelapis yang baik, 'minus'nya ialah mereka kurang pengalaman. Tetapi pengalaman ini semuanya boleh dipupuk.

Kebimbangan kita adalah kiranya mereka ini kurang komitmen. Kalau kurang memikirkan masalah rakyat, mereka boleh terseleweng. Namun biasanya orang muda dia kuat dan mempunyai idealisme. Lama kelamaan mereka akan belajar untuk komited. Kita tak bimbang sangat asalkan kita boleh latih mereka dan tarbiyah mereka ini.

Bagaimana dengan tenaga-tenaga yang berkebolehan ini, yang kalah dalam pilihan raya, boleh dimanfaat dan digabungkan untuk membantu kerajaan negeri?

Ada usaha untuk menggabungkan kepakaran mereka di negeri-negeri tetapi dikhuatiri timbul masalah lain. Pertama, yang kalah ini adalah pemimpin parti atau pemimpin kanan, ada anggapan kerajaan di sesetengah negeri, mereka yang menang layak untuk menjalankan pentadbiran jadi tidak memerlukan kepakaran orang yang kalah atau kekananan dalam parti.

Kedua, ada unsur, nakkan orang daripada partinya sendiri atau kawan rapatnya sendiri untuk membantu dan ini saya rasakan kurang baik terutama jika ia mengenepikan yang baik.

Misalnya pejabat Menteri Besar, kalau MB kebetulan daripada parti A, dia tidak wajar memilih hanya kalangan parti A tetapi yang membantunya mestilah daripada semua parti. Lagi berpengalaman dan berkelayakan lebih baik.

Berbalik isu lompat parti, bagaimana pula soal komitmen terhadap perjuangan parti dengan wakil-wakil rakyat berkenaan, sedangkan yang ada pun dilihat masih ada yang baru dalam parti dan dikhuatiri mereka tidak dapat membawa hasrat parti.

Ya, etika melompat... soal berubah parti atau parti menyertai komponen parti yang lain bukanlah perkara baru. Bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Macam dulu, kerajaan Terengganu jatuh kerana Perikatan yang membeli. Itu tradisi BN dan Perikatan, iaitu membeli dengan cara yang tidak bertika. Begitu juga selepas 13 Mei, bukan sahaja individu tetapi parti juga termasuk PAS berpindah kepada BN.

Ada empat kategori sebab mereka lompat parti. Pertama, mereka rasa ada peranan apabila menyertai parti pemerintah, untuk buat perubahan. Kedua, jenis boleh dibeli, ini jenis tidak etika. Kadang-kadang mereka mencari peluang naikkan harga dengan BN. Ketiga, ahli Parlimen jenis yang sengaja dihantar untuk kumpul maklumat dan akhir sekali jenis yang terikut-ikut. Dia berpindah, apabila tengok kawan-kawan lain juga berpindah.

Ini semua berkaitan taktik bijaksana yang boleh dilakukan parti politik. Ini semua telah berlaku lama dan dilakukan oleh BN. Ini semua kita tentang. Tetapi jika ada desakan, ada orang tanya kenapa tak dulu tetapi okay sekarang.

Pertama, dulu tak nampak pembangkang boleh buat perubahan sebab kemenangan kecil tetapi sekarang ini kesannya besar maka mereka nampak ada peluang membuat perubahan apatah lagi melihat pergolakan dalaman Umno.

Kedua mereka mulai nampak Pakatan Rakyat satu parti altenatif yang 'kompak' jadi mereka katakan dari segi realitinya ada alternatif yang jelas yang kuat dan boleh buat perubahan.

Ketiga mereka nampak, kalau tunggu nanti mereka tak tahu apa akan jadi pada Umno dan BN. Mereka tak tahu 'next round' apa akan terjadi. Ini semua 'political survival'.

Dalam suasana yang ada, apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat adalah jauh lebih baik daripada kerajaan ada sekarang. Macam minyak turun 20 peratus, mereka rasakan ini amat baik.

Begitu juga dengan ahli Parlimen Sabah yang telah menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang masalah tapi tak ada respons.

Yeong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah dulu, dia bagi tempoh sampai Ogos, dia sudah ada pertemuan dengan Abdullah dan tulis surat tapi tiada perubahan. Dulu Umno dominate tetapi sekarang dah lemah tapi masih nak cuba-cuba dominate. Ahli Parlimen dan wakil rakyat nampak boleh buat perubahan kepada rakyat di negeri atau kawasan yang diwakili jika mereka berpindah. Jadi mereka tidak mahu lepaskan peluang.

Ada orang kata kalau nak sesuatu perubahan, kita kena kuat menentang, maka ini yang mungkin dilakukan oleh Sabah. Mereka sendiri yang nak pindah dan bukan kita pergi jumpa. Mereka yang nak berjumpa sehingga ada yang kita terpaksa menolak.

Ada ahli-ahli Parlimen BN yang akan menyeberang dalam waktu terdekat?

Tak tahulah, macam-macam boleh berlaku. Dari segi kewangan semua orang tahu kita tak ada wang untuk membeli. Tapi pihak sana boleh membeli. Kalau sedikit yang boleh dibeli, lagi banyak yang boleh dibayar.

Kalau mereka dilihat berpindah, mungkin parti sana membeli dengan harga yang begitu tinggi sampai sanggup tawarkan RM100 juta umpamanya. Itu yang kita tak tahan. Jika berlaku perpindahan mestilah dengan bilangan yang mencukupi.

Walaupun desakan terutama dari Sabah kuat untuk berpindah segera, Anwar nampaknya tidak begitu ghairah nak cepat. Ada dua faktor, pertama, kekuatan dari sana (Sabah) untuk datang dan kekuatan sini (Pakatan Rakyat) untuk menerima tidak cukup kuat lagi dan belum kukuh lagi. Kalau tak kukuh macam mana boleh jadi. Ertinya jikalau majoritinya kecil, pihak BN boleh beli.

Kedua, perkiraan ekonomi yang mungkin mengambil masa untuk pulih. Kalau kita tergopoh-gapah nak buat perubahan dalam suasana ekonomi dan politik yang tidak menentu, saya rasa ini memerlukan pertimbangan yang lebih realistik dan berhati-hati.

Tapi ada juga masalah-masalah lain. Jika kerajaan 'desperate', melihat Sabah dan Sarawak ada memperjuangkan hak, itu sebab ada yang nak cepat tubuhkan kerajaan, khuatir nanti digunakan ISA bagi orang yang bercakap tentang yang kononnya terlibat dengan tuduhan hendak memisahkan Sabah.

Tangkap empat dan lima orang sudah cukup untuk menyebabkan semua takut. Jadi kita tak boleh 'rule out' ini sebab keadaan serta suasana Umno yang tidak menentu.

Bagaimana faktor Tun Mahathir Mohamed keluar Umno, adakah memberi kesan kepada penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat?

Ini perkara lebih serius, ini kebimbangan saya. Saya masih yakin Dr Mahathir masih kuat menyokong Dato' Seri Najib Razak, dia bukan sayang Umno tetapi dia sayangkan Najib supaya dapat berkuasa dengan sokongan kuatnya. Kalau Abdullah diguling kerana hilang sokongan majoriti, Mahathir bersama Najib merupakan kombinasi yang bahaya. Mahathir cukup bimbang akan terbongkar bermacam salah lakunya dahulu.

Dia marah sebab Kabinet luluskan laporan kes VK Lingam. Banyak isu yang ditimbulkan seperti korupsi, kontrol polis dan kehakiman. Saya rasa Mahathir berada dalam mimpi ngeri.

Najib pula ada mimpi ngeri sendiri dengan kes Altantuya, Sukhoi dan Scorpene, walaupun ada penafian. Kedua-duanya ada mimpi ngeri. Kengerian mereka paling besar ialah apabila seandainya Pakatan Rakyat jadi pemerintah dan Anwar jadi Perdana Menteri.

Oleh sebab ngeri itu, jika mereka berkuasa mereka boleh isytiharkan darurat dan pembetukan Mageran seperti dulu. Ini kebimbangan saya.

Ucapan-ucapan Mahathir akhir-akhir ini berbau perkauman sempit. Ini semua boleh mencetuskan pergaduhan kaum. Cetus sedikit sahaja, bom sana sini sikit dan bunuh sana-sini, lepas itu mudahlah isytiharkan darurat.

Ini kalau Abdullah jatuh. Kita memang mahu Abdullah jatuh untuk adakan perubahan. Tetapi kombinasi Mahathir dan Najib itu merupakan kombinasi 'bahaya'...

Apakah ini juga akan mempercepatkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September?

Macam-macam faktor, semuanya diambil pertimbangan. Tidak semudah itu. Dan pengalaman kita, orang tak semudah itu melepaskan kuasa.

Bagaimana pemikiran Mahathir ini? Adakah dia sanggup memperjudikan nasib rakyat dan negara, asalkan boleh sekat Pakatan Rakyat berkuasa?

Adakah perancangan ini ada kaitan dengan pakatan dengan Tengku Razaleigh dan Najib? Saya tak pasti sama ada wujud pakatan tersebut. Saya kira masing-masing mempunyai agenda sendiri.

Betul mereka dan Mahathir mungkin adakan pertemuan. Dalam percaturan Ku Li agaknya, jikalau berlaku pergolakan dan perubahan dalam kerajaan terpaksa dilakukan. Yang di-Pertuan Agong berperanan penting. Tidak pelik jika Ku Li mengharapkan senario Terengganu dan Perlis mungkin boleh berlaku di peringkat Pusat.

Bagaimana dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, adakah dia akan berundur?

Nampaknya sangat susah, mungkin kalau enam bulan dulu sebelum PRU-12 tetapi sekarang susah nak berlaku. Memang dia lemah tetapi orang dalam keadaan lemah boleh melakukan macam-macam. Najib juga dilihat menonjol diri seolah-olah dia adalah ketua kerajaan akan datang.

Bagaimana peralihan kuasa hujung tahun ini selepas pemilihan Umno, daripada Abdullah kepada Najib?

Memang misalnya pemindahan pimpinan dalam Umno tetapi apa akan berlaku kita tidak tahu. Umno Johor mahukan dipercepatkan proses.

Bagaimana dengan sentimen perkauman kepada pengundi? Benarkah ia sudah tak relevan atau hanya tersembunyi?

Tindakan pengundi menunjukkan mereka merentasi batas perkauman. Orang India, orang Cina mengundi PAS, walaupun macam-macam tuduhan dilemparkan. Macam di Kota Raja, Selangor, Dr Mariah mendapat sokongan pengundi Cina dan Melayu. Begitu juga orang Melayu, sanggup pilih DAP khususnya di Pulau Pinang.

Ini kerana lebih ramai pengundi muda, kajian awal melihat corak pengundi saluran 3 dan 4, mengundi pembangkang.

Bagaimanapun, Umno merasakan ia boleh terus berkuasa kalau dapat tambah sokongan orang Melayu sebab itu mereka guna isu Melayu. Bagi yang ingin dapat sokongan Melayu juga mereka mestilah lebih kemelayuan daripada Umno.

Ini dilakukan Mahathir, tengok ucapan perkaumannya. Cara ini boleh cetus suasana tak selesa malah timbulkan suasana politik yang tidak baik.

Adakah Mahathir sedar kesannya keluar parti mungkin tidak menguntungkan Umno dan dirinya?

Mahathir hampir terdesak ambil tindakan ini untuk dapat balik sokongan orang Melayu. Tapi agaknya Mahathir sudah mulai tahu dia tak dapat sokongan lagi ...tak tahu berapa ramai akan keluar bersamanya, yang dengar Tan Sri Sanusi Junid, tak dengar siapa lagi.

Kalau dia ada sokongan sudah pasti menang perwakilan di Kubang Pasu hari itu. Walaupun ada tuduhan guna wang tetapi dia masih boleh menang jikalau pengaruh besar tetapi rupanya pengaruhnya tidak cukup kuat.

Harapan Dr terhadap penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan lima negeri yang sudah diperintahnya?

Saya sentiasa memikirkan senario terburuk, jadi kita tidak boleh silap lagi kali ini kerana jika tidak kita akan mengundur 30 tahun ke belakang dan mempersiakan nasib negara dan rakyat jelata. - mks.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |