+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label PETRONAS. Show all posts
Showing posts with label PETRONAS. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Kewibawaan Petronas Wajib Dipertahankan

kadirjasin

SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petronas dengan penuh emosi.

Saya tidak salahkan mereka. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia berhak menjadi emosional. Kelangsungan Petronas adalah tanggungjawab kita semua.

Isu yang membakar emosi itu adalah ura-ura pelantikan seorang muda lulusan Oxford yang seangkatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas seorang menteri untuk menduduki lembaga pengarah Petronas.

Orang muda lulusan Oxford itu dicamkan sebagai Omar Mustapha Ong, bekas Pegawai Khas Mohd Najib Abdul Razak ketika Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana. Bekas menteri itu pula dikatakan Syed Abdul Hamid Albar.

Walaupun pelantikan mereka masih di alam misteri, cakap-cakap mengatakan Omar akan dilantik ahli lembaga pengarah manakala Syed Hamid pengerusi bagi menggantikan Mohamed Hassan Marican.

Oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan tidak akan berlaku tanpa kehendak dan pengesahan beliau.
Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemblog dan pembahas mereka mengaitkan ura-ura pelantikan Omar dan Syed Hamid dengan Perdana Menteri.

Saya kenal Omar. Daripada perwatakan, dia sederhana dan nampak cerdik. Yang menjadi masalah adalah pertaliannya dengan Mohd Najib dan Khairy.

Omar adalah pemegang tampuk Ethos Consulting Sdn Bhd, sebuah firma perundingan korporat. Laporan The Star mengenai Ong pada tahun 2006, antara lain, menyebut:

“Ethos Consulting Sdn Bhd has appointed Omar Mustapha managing principal and director effective Feb 1.

Prior to his appointment, Omar served as special assistant to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on matters of public policy, international relations and the corporate sector.

Omar was co-founder of Ethos Consulting together with the late Dr Liew Boon-Horng and has worked closely as joint managing principals since the firm’s founding in June 2002.

He left the firm to join the Deputy Prime Minister’s staff in February 2004.”

Walaupun dia meninggalkan Mohd Najib untuk menguruskan Ethos Consulting, namun Omar tetap rapat dengan Mohd Najib dan dipercayai terus terbabit dengan kegiatan beliau.

Seperti banyak institusi dan syarikat yang rapat dengan Khairy dan persekongkolan Tingkat Empat, Ethos Consulting dilaporkan mendapat banyak kerja perundingan kerajaan, khas untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ura-ura pelantikan Omar ke lembaga pengarah Petronas menjadi berita sensasi di Internet kerana banyak pihak bimbang akan berlaku campur tangan luar ke atas syarikat minyak negara itu serta kemungkinan terjadi eksploitasi ke atas kontrak serta asetnya.

Kebimbangan ini boleh difahami kerana di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti dalam urus niaga ECM-Libra, AirAsia, pembinaan terminal penerbangan murah (LCCT) dan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway, Singapura.

Apa pun kebenaran kepada ura-ura ini, kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapa pun wajib didedah dan disekat.

Namun, keyakinan dan harapan boleh diletakkan di atas bahu Mohd Najib kerana dia bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi dia kenal Petronas sejak syarikat itu ditubuhkan ketika pentadbiran ayahnya, Abdul Razak Hussein.

Pekerjaan pertama Mohd Najib setelah pulang dari pengajian di England adalah di Petronas sebagai pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.

Ketika itu, kalau tidak silap saya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah Pengerusi dan Junus Sudin (Datuk) -- bos saya yang baik hati di NSTP -- adalah Pengarah Urusan.

Saya sendiri mula membuat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 untuk akhbar The Business Times ketika rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) dengan syarikat-syarikat minyak asing dijalankan.

Hari ini, berkat kecekapan dan integriti pegawai-pegawai Petronas yang majoritinya Bumiputera, dan tanpa campur tangan yang negatif daripada kerajaan, Petronas muncul sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia.

Senarai majalah Fortune Amerika Syarikat meletakkan Petronas sebagai syarikat yang ke-95 terbesar di dunia tahun lalu. Sebahagian besar pendapatannya kini hasil daripada kegiatan di luar Malaysia. Petronas adalah pengarak panji-panji negara di persada dunia.

Jadi, sebesar mana pun keperluan memberi pangkat dan jawatan persaraan kepada bekas menteri, operator politik atau rakan taulan, kepentingan Petronas dan kepentingan rakyat jelata jangan sekali-kali diperjudikan.

Kalaupun perlu melantik seorang pengerusi baru bagi memisahkan tugas lembaga dan pengurusan Petronas, calonnya biarlah bukan daripada kalangan politik.

Ingat jugalah kepada legasi Allahyarham (Tan Sri) Azizan Zainol Abidin bekas Pengerusi Petronas dan hormatilah orang dalam Petronas yang telah membuktikan kepakaran dan integriti yang tinggi.

Ura-ura sebeginilah yang memberi alasan kuat kepada pihak-pihak yang mahu Petronas bertanggungjawab kepada kuasa yang lebih universal seperti Parlimen untuk terus memperjuangkan tuntutan mereka.

Kepada rakan-rakan blogger, mungkin elok bagi sesiapa saja yang berkepakaran di bidang petroleum, perniagaan global dan urus tadbir korporat membuka sebuah blog khas untuk mengawasi dan memantau perkembangan di dalam Petronas agar ia tidak dilarikan (hijack) oleh pihak-pihak yang rakus.

Read More...

Saturday, November 29, 2008

Petronas untung RM63b

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 48.6 peratus bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 kepada RM63.26 bilion berbanding RM42.57 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi syarikat petroleum itu bagi tempoh kewangan tersebut adalah sebanyak RM157.20 bilion berbanding RM102.86 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai faktor kenaikan dalam prestasi kewangannya.

Untung bersih bagi tempoh berkenaan juga meningkat sebanyak 46 peratus kepada RM38.64 bilion berbanding RM26.47 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Penyumbang terbesar kepada perolehan bagi tempoh kewangan berkenaan adalah daripada segmen perniagaan minyak sebanyak 49.8 peratus dengan nilai sebanyak RM78.22 bilion," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah tersebut, produk petroleum yang ditapis menyumbang sebanyak RM60.72 bilion manakala bakinya daripada dagangan minyak mentah.

Penyumbang kedua terbesar kepada perolehan kumpulan pula adalah daripada segmen penerokaan dan pengeluaran yang menyumbang sebanyak 19.7 peratus bernilai RM30.87 bilion, tambah kenyataan itu.

Daripada jumlah berkenaan, minyak mentah menyumbang sebanyak 18 peratus bernilai RM28.19 bilion manakala gas asli sebanyak 1.7 peratus berjumlah RM2.68 bilion.

Menurut kenyataan itu, perniagaan gas pula adalah penyumbang ketiga terbesar kepada perolehan Petronas sebanyak 17.9 peratus, yang mana gas asli cecair (LNG) menyumbang 14.4 peratus dengan nilai berjumlah RM22.67 bilion manakala gas yang diproses pula menyumbang 3.5 peratus bernilai RM5.49 bilion.

Selain itu menurut kenyataan itu, segmen perniagaan domestik telah menyumbang sebanyak RM31.53 bilion (20 peratus) kepada perolehan syarikat, pasaran eksport sebanyak RM56.70 bilion (36.1 peratus) manakala operasi luar negara berjumlah RM68.95 bilion (43.9 peratus).

Kenyataan Petronas itu menjelaskan, lebihan baki tunai bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM72.23 bilion berbanding RM71.45 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, syarikat petroleum itu memberitahu, perbelanjaan modal bagi tempoh kewangan berkenaan adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah berkenaan, segmen penerokaan dan pengeluaran membabitkan peruntukan RM18.53 bilion, minyak sebanyak RM1.15 bilion, gas dan petrokimia masing-masing RM604 juta dan RM501 juta manakala peruntukan untuk segmen perkapalan adalah RM2.07 bilion.

Perbelanjaan modal untuk segmen demografik bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion.

Petronas berkata, daripada jumlah tersebut, perbelanjaan modal untuk segmen domestik adalah sebanyak RM10.72 bilion manakala pasaran antarabangsa berjumlah RM12.45 bilion.

Read More...

Monday, September 15, 2008

Temasek akan ambil alih Petronas?

perisik rakyat

Monday, September 15, 2008

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.

Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.

Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.

Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.

Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.

Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.

Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.

Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.

Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.

Ketua Perusuh

Bekas Felo Kanan

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

Diambil tanpa kebenaran dari Tranungkite

Read More...

Thursday, July 17, 2008

Petronas sumbang RM67.6b

Berita Harian

Oleh Saidon Idris dan Azli Ayob
bhnews@bharian.com.my


PRESIDEN merangkap Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican pada sidang media.

Bayar kepada kerajaan 63.1 peratus daripada untung kasar RM95.5b

KUALA LUMPUR: Pembayaran Petronas kepada kerajaan meningkat kepada RM67.6 bilion tahun ini susulan keuntungan lebih tinggi yang diraih pada tahun kewangannya berakhir 31 Mac 2008.

Ini mewakili 44 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan Persekutuan tahun ini yang dianggarkan berjumlah RM147.1 bilion dan kira-kira 30 peratus lebih tinggi daripada RM52.3 bilion yang dibayarnya tahun lalu.

Daripada yang dibayar Petronas kepada kerajaan tahun ini, RM30 bilion adalah dalam bentuk dividen termasuk dividen khas RM6 bilion, cukai (RM26 bilion), royalti kepada kerajaan Persekutuan (RM4.7 bilion), royalti kepada kerajaan negeri (RM4.8 bilion) dan duti eksport (RM2.1 bilion).

Presiden merangkap Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata pembayaran kepada kerajaan itu mewakili 63.1 peratus daripada keuntungan yang diraih kumpulan Petronas dalam tahun kewangan lalu.

Bakinya digunakan untuk pelaburan semula iaitu sebanyak RM31.3 bilion, manakala RM8.2 bilion lagi adalah untuk pembayaran kepentingan minoriti dan cukai di negara asing.



"Pelaburan semula itu penting bagi memastikan Petronas dapat meneruskan operasi dan pertumbuhannya bagi memastikan ia terus menyumbang kepada pendapatan kerajaan pada masa depan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008, semalam.

Mohd Hassan berkata, dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008, Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih Petronas meningkat 31.3 peratus kepada RM61 bilion daripada RM46.4 bilion. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM223.1 bilion, meningkat 21.2 peratus daripada RM184.1 bilion tahun kewangan lalu.

"Selain keupayaan Petronas membendung kenaikan kos, prestasi kewangan lebih baik itu juga sebahagian besarnya disumbangkan peningkatan kecekapan operasi perniagaannya," katanya.

Mohd Hassan berkata, operasi antarabangsa muncul sebagai penyumbang utama pendapatan Petronas tahun lalu dengan sumbangan 40.3 peratus, sementara operasi domestik dan eksport pula masing-masing 20.8 peratus dan 38.9 peratus.

"Sumbangan operasi antarabangsa lebih tinggi dan pengurangan kebergantungan kepada operasi domestik itu mencerminkan kejayaan strategi globalisasi Petronas selama ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan, penerokaan Petronas dalam sektor pembuatan seperti penapisan, pemprosesan gas, gas asli cecair (LNG) dan petrokimia telah meningkatkan nilai sumber petroleum negara.

"Sebagai contoh, Petronas hanya mampu menjana RM49.1 bilion jika ia hanya menjual minyak dan gas dalam bentuk mentah. Bagaimanapun menerusi penerokaan dalam kegiatan pembuatan, Petronas telah menokok nilai sebanyak RM71.4 bilion untuk menghasilkan pendapatan pembuatan sebanyak RM120.5 bilion," katanya.

Pengeluaran minyak dan gas Malaysia tahun lalu adalah berjumlah 1.67 juta tong bersamaan minyak sehari, merangkumi 691,600 tong minyak mentah dan kondensat serta 981,900 tong bersamaan minyak bagi gas.

Rizab minyak mentah Malaysia kini adalah berjumlah 5.46 bilion tong dan mampu bertahan untuk sekurang-kurang 22 tahun lagi.

Read More...

Petronas sumbang RM67 bilion kepada kerajaan

Utusan Online




KUALA LUMPUR 15 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyumbangkan sebanyak RM67.6 bilion termasuk dividen khas sebanyak RM6 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pertambahan RM6 bilion dividen khas itu menjadikan jumlah dividen yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini adalah RM30 bilion berbanding RM20 bilion pada tahun lalu.

Beliau berkata, pembayaran dividen khas itu dibuat selepas mengambil kira keperluan perbelanjaan modal.

''Petronas dimiliki oleh kerajaan dan memandangkan prestasi kewangan kami sangat baik pada tahun ini dan Petronas tidak berhasrat untuk membuat pelaburan banyak pada masa depan, jadi kami meningkatkan dividen kepada kerajaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan Petronas di sini hari ini.

Ditanya bila Petronas akan menyerahkan dividen khas itu, Mohd. Hassan berkata: ''Pada tahun ini.''

Selain dividen, sumbangan Petronas pada tahun ini turut membabitkan pembayaran royalti berjumlah RM4.7 bilion, cukai pendapatan petroleum (RM20.6 bilion), cukai pendapatan korporat (RM5.4 bilion) dan duti eksport (RM2.1 billion).

Dengan jumlah itu, pembayaran keseluruhan oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sejak 1974 hingga sekarang berjumlah RM403.3 bilion, tambah beliau.

Beliau berkata, pembayaran yang dibuat oleh kumpulan Petronas kepada Kerajaan Persekutuan itu mewakili 44 peratus pendapatan kerajaan Malaysia.

Katanya, pembayaran sebanyak RM67.6 bilion itu adalah 63.1 peratus daripada keuntungan kumpulan syarikat minyak kebangsaan berkenaan bagi tempoh tersebut.

Menurut beliau, Petronas juga telah membayar RM4.8 bilion dalam bentuk royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Mohd. Hassan berkata, Petronas hanya menyimpan 29.2 peratus atau RM31.3 bilion daripada keuntungannya untuk pelaburan semula bagi memastikan operasi dan pertumbuhannya terus kukuh.

Beliau berkata, syarikat itu masih perlu membuat pembiayaan bagi perbelanjaan modal namun enggan mengulas lanjut.

Tambah beliau, perbelanjaan modal bagi tahun ini dijangka sama seperti tahun lalu iaitu kira-kira RM37.6 bilion.

Mohd. Hassan berkata, perbelanjaan modal pada tahun kewangan itu meningkat sebanyak RM37.6 bilion termasuk RM20 bilion dibelanjakan di Malaysia.

Read More...

Tuesday, July 15, 2008

Petronas sumbang RM62.8b pada k'jaan

Malaysiakini

Jul 15, 08 6:51pm

Prestasi tahun kewangan yang luar biasa oleh Petronas telah membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan kerajaan persekutuan pada tahun ini.

mohd hassan mericanPresidennya, Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata prestasi itu bukan sahaja pada harga minyak dan volum jualan yang lebih tinggi malah turut merangkumi penambahbaikan keefisienan operasi dan pengurusan berhemat kumpulan itu.

Bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac, 2008, keuntungan pracukai Kumpulan Petronas meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Perolehan melonjak kepada RM223.1 bilion, meningkat 21.2 peratus daripada RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah persekitaran industri minyak dan gas yang kian mencabar, kata Mohd Hassan.

Operasi antarabangsanya, yang merupakan 40.3 peratus daripada perolehan keseluruhan kumpulan, menjadi penyumbang terbesar kepada kumpulan itu bagi pertama kali melepasi eksport, katanya.

Perolehan dari operasi antarabangsa meningkat 33.1 peratus kepada RM90 bilion, demikian menurut laporan Bernama.

"Ini mencerminkan bukan sahaja peningkatan kepentingan malah kejayaan kumpulan itu di dalam operasi antarabangsa," katanya.

Sumbangan antarabangsa

Mohd Hassan berkata kebanyakan perolehan antarabangsa datang dari Afrika, yang pertama kali diterokainya dalam 1995, di mana kini akan memberi fokus kepada proses globalisasi.

Sehingga ini, ia terbukti menjadi strategi yang betul dan sumbangan antarabangsa akan menjadi penyumbang utama kepada perolehan kumpulan itu, katanya.

Mengenai pecahan pembayaran kepada kerajaan persekutuan, royalti berjumlah RM4.7 bilion, dividen RM30 bilion, cukai pendapatan petroleum RM20.6 bilion, cukai pendapatan korporat RM5.4 bilion dan duti eksport, RM2.1 bilion, kata Mohd Hassan. Beliau juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.

Daripada dividen RM30 bilion itu, RM6 bilion ialah dividen khas.

Petronas turut membayar keseluruhan RM4.8 bilion dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Dengan itu, keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan persekutuan dan negeri sejak ia diperbadankan dalam 1974 hingga kini berjumlah RM403.3 bilion, katanya.

Bayaran kumpulan Petronas kepada kerajaan persekutuan bagi tahun ini juga merupakan 44 peratus daripada perolehan kerajaan persekutuan.

Keseluruhan RM67.6 bilion yang dibayar kepada kerajaan bagi tahun ini merupakan 63.1 peratus daripada keuntungan kumpulan Petronas bagi tempoh yang sama.

Dividen khas


Dividen khas berkenaan juga dikira selepas Petronas mengambil kira keperluan perbelanjaan modalnya, kata Mohd Hassan, sambil menyatakan ia akan dibayar pada tahun ini.

Petronas, kata Mohd Hassan mengekalkan hanya 29.9 peratus daripada keuntungannya dalam tahun ini untuk dilabur semula dan baki 7.7 peratus digunakan untuk membayar cukai asing dan kepentingan minoriti.

Pelaburan semula itu perlu untuk memastikan kumpulan itu mengekalkan operasi dan pertumbuhan bagi membolehkannya terus menjana nilai bagi pemegang kepentingannya.

Perbelanjaan modal kumpulan itu bagi tahun ini juga meningkat 33.3 peratus kepada RM37.6 bilion, yang sebahagian besarnya disebabkan peningkatan kos.

Daripada jumlah itu, RM20 bilion dibelanjakan dalam Malaysia, peningkatan 36 peratus berbanding dengan RM14.7 bilion setahun sebelum ini, katanya sambil menyatakan kira-kira 55 peratus daripada perbelanjaan modal keseluruhan kumpulan itu dilakukan bagi sektor eksplorasi dan pengeluaran (E&P).

Kunci kira-kira kumpulan itu terus mengukuh dengan keseluruhan aset meningkat 15.2 peratus kepada RM339.3 bilion manakala dana pemegang saham berkembang kepada RM201 bilion, peningkatan 17.6 peratus.

Mengenai subsidi gas, katanya subsidi Petronas kepada sektor gas meningkat kepada RM19.7 bilion, naik 26.2 peratus daripada RM15.6 bilion sebelum ini.

Gas disubsidi

Katanya subsidi gas kepada sektor tenaga berkembang kepada RM13.8 bilion, naik 17.9 peratus, di mana RM8.1 bilion atau 58.7 peratus disalurkan kepada Pengeluar Tenaga Bebas.

"Harga bahan api yang lebih tinggi telah memaksa sektor bukan kuasa untuk menukar lebih banyak sumber bahan api kepada gas yang disubsidi, yang menyebabkan peningkatan 51.3 peratus dari segi subsidi kepada sektor bukan kuasa kepada RM5.9 bilion," katanya.

Mengenai pembangunan, katanya China akan menjadi pelanggan gas cecair asli (LNG) Petronas mulai tahun hadapan.

Kini, pasaran LNG Petronas di Jepun dan Korea Selatan masing-masing ialah 20 peratus dan 24 peratus. Di Taiwan, agihan pasarannya merosot daripada 43 peratus kepada 35 peratus disebabkan penggunaan lebih rendah pembeli Taiwan.

Di segi rezab, katanya sehingga 1 Jan, 2008, rezab keseluruhan Malaysia turun sedikit kepada 20.13 bilion bersamaan tong minyak (boe) daripada 20.18 bilion boe pada tahun lepas berikutan kemerosotan semakan semula yang rendah rezab gas luar pesisir Sarawak dan pengeluaran lebih tinggi minyak mentah dan gas dalam tahun itu walau pun mendapat tambahan melalui penemuan baru.

Rezab minyak mentah dan kondensat domestik berkembang 1.9 peratus kepada 5.46 bilion boe, manakala rezab gas asli merosot 1.0 peratus kepada 14.67 bilion boe daripada 14.82 bilion boe. Nisbah penggantian rezab (RRR) itu bagi tahun ini ialah 0.9 kali.

Purata pengeluaran keseluruhan Malaysia 3.9 peratus kepada 1.67 juta boe sehari daripada 1.61 juta boe sehari sebelum ini di mana purata pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 691.6 ribu tong sehari manakala purata pengeluaran gas ialah 5.9 bilion kaki padu sehari (bersamaan kepada 981.9 ribu boe sehari), katanya.

Rezab gas asli

Sementara itu rezab antarabangsa kumpulan itu dicatatkan 6.24 bilion boe, berbanding dengan 6.31 bilion boe pada tahun lepas.

Rezab minyak mentah dan kondensat dicatatkan lebih rendah sebanyak 5.1 peratus kepada 2.42 bilion boe daripada 2.55 bilion boe sebelum ini. Rezab gas asli meningkat 1.6 peratus kepada 3.82 bilion boe daripada 3.76 bilion boe.

Kumpulan itu mencatatkan RRR 0.6 kali bagi operasi E&P antarabangsanya.

Purata pengeluaran keseluruhan operasi antarabangsa kumpulan ialah 615.1 ribu boe sehari, naik 5.7 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Mohd Hassan berkata pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat kepada 287 ribu boe sehari daripada 246.5 ribu boe sehari yang kebanyakannya disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dari Sudan.

Bagaimana pun, purata pengeluaran gas merosot 2.1 peratus daripada 335.2 ribu boe sehari kepada 328.1 ribu boe sehari, yang sebahagian besarnya disebabkan penutupan kemudahan dalam Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thai.

Mengenai isu "mencuri" pekerja dalam sektor minyak dan gas, Mohd Hassan berkata masalah itu diwujudkan oleh syarikat dan negara dari negara di Timur Tengah tetapi ia tidak memberi kesan kepada operasi domestik dan antarabangsa Petronas.

Katanya Petronas telah menjangka akan menghadapi masalah itu beberapa tahun lalu.

"Syarikat di Timur Tengah perlu melabur untuk melatih rakyat mereka sendiri dan berhenti "mencuri" pekerja terlatih syarikat lain. Sebagai sebuah syarikat antarabangsa, Petronas melabur dalam pembangunan sumber manusianya sendiri," katanya.

Read More...

Saturday, July 12, 2008

Petronas syarikat ke-8 paling untung di dunia

Berita Harian


Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my




Duduki tangga pertama di Asia senarai Fortune Global 500

PETRONAS berada di kedudukan kelapan senarai syarikat paling untung di dunia dan yang pertama di Asia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.

Syarikat petroleum kebangsaan berkenaan yang dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) meraih keuntungan AS$18.118 bilion tahun lalu, mengatasi syarikat terkemuka dunia lain seperti Microsoft, Toyota, Bank of America, Total dan JP Morgan.

Senarai syarikat paling untung di dunia itu didahului oleh Exxon Mobile diikuti Royal Dutch Shell, General Electric, BP, Gazprom, HSBC Holdings dan Chevron.

Syarikat minyak Itali, Total dan bank pelaburan antarabangsa JP Morgan pula berada di tempat kesembilan dan ke-10.

Petronas juga berada di kedudukan ke-95 dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 berdasarkan pendapatan syarikat.

Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar AS AS$66.22 bilion tahun lalu berada di kedudukan ke-16.

Senarai 10 syarikat paling besar dunia tahun lalu didahului oleh Wal-mart Stores yang meraih pendapatan AS$378.799 bilion, diikuti oleh Exxon Mobile, Royal Dutch Shell, BP, Toyota Motor, Chevron, Ing Group, Total, General Motors dan Conoco Philips.

Senarai 10 syarikat paling besar di Asia pula dikuasai firma dari Jepun, China dan Korea didahului Toyota Motor (Jepun); Sinopec, State Grid dan China National Petroleum (China); Samsung Electronics (Korea Selatan); Honda Motor, Hitachi, Nissan Motor, Nippon Telegraph (Jepun) dan LG (Korea Selatan).

Sementara itu, syarikat automotif terbesar AS, General Motors, mendahului senarai mencatat kerugian paling besar, iaitu AS$$38.732 bilion.

Read More...

Wednesday, July 9, 2008

Wang Petronas dibazir selagi BN masih berkuasa

Harakahdaily

MD Hakimi

Wed | Jul 09, 08 | 2:41:24 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 9 Julai (Hrkh) � Sehingga kini pemimpin Umno masih enggan menerima hakikat kemampuan Pakatan Rakyat mengurangkan harga minyak, berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.

Tanpa perlu berfikir panjang, guna wang milik Petronas secara berhemah dan bukannya membazir seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Lihat contoh pembaziran wang Petronas yang digunakan kerajaan BN untuk membiayai Orkestra Filharmonik Malaysia dikatakan melibatkan kos sehingga RM500 juta.

Anggota Parlimen Parit Buntal, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembaziran begitu berlaku kerana Petronas hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

�Sepatutnya Petronas kena bertanggungjawab kepada Parlimen, maka selagi khazanah milik rakyat boleh dibelanjakan sesuka hati wang milik Petronas hilang begitu sahaja.

�Sepanjang tempoh 10 tahun sebanyak RM500 juta dibazirkan Petronas hanya untuk membayar gaji pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia yang rata-rata rakyat asing,� katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya setiap bulan sebanyak RM3.5 juta dibelanjakan untuk membayar gaji pemuzik yang mana setiap seorang menerima gaji sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

Sebaliknya kata Dr Mujahid apabila harga minyak di pasaran dunia naik kerajan BN mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak bagi pasaran tempatan.

Menurutnya keadaan itu menyebabkan keuntungan terus bertambah, sebaliknya kehidupan rakyat pula terbeban.

�Apa yang berlaku sekarang keuntungan besar Petronas tidak digunakan oleh kerajaan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran tempatan.

�Perkara itu berlaku kerana wang keuntungan Petronas dibazirkan kepada projek-projek mewah, projek-projek yang gagal dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat,� ujarnya.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin kerajaan BN sangat lemah dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya ekonomi dan khazanah rakyat.

Sementara itu anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah bukan memulihkan dasar sekarang tetapi menggantikannya dengan dasar lebih baik.

Antaranya kata beliau Petronas tidak lagi bertanggungjawab hanya kepada Perdana Menteri sebaliknya di letak di bawah Parlimen.

�Syarikat itu mesti melaporkan secara terperinci operasinya dalam negara termasuk operasinya di 23 negara luar seperti di Iran, Sudan dan Tukmenistan kepada Parlimen.

�Petronas juga perlu memberitahu ke mana wang keuntungan disalurkan untuk membolehkan rakyat tahu. Namun perkara itu tidak berlaku sekarang selagi kerajaan BN tidak ditumbangkan,� katanya. - mj _

Read More...

Friday, June 20, 2008

Terengganu tarik balik saman kerajaan, petronas

Utusan Online

KUALA TERENGGANU 18 Jun - Kerajaan negeri akan menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan pengembalian royalti minyak yang dibuat tujuh tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menarik balik saman itu selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan berhubung pengembalian semula royalti minyak kepada Terengganu.

Menurutnya, pengembalian semula wang royalti itu kepada rakyat negeri ini adalah hasil perjuangan kerajaan negeri dan berkat doa semua pihak selama ini.

''Sebelum ini kita sentiasa berbincang dengan kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapatkan semula royalti minyak dan syukur ia kini menjadi kenyataan.

'Ia adalah hasil perjuangan kita dan bukannya orang lain...tetapi kita tak beritahu selagi ia tidak diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak tahun 2000.

Sebelum ini, Ahmad sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi membiayai projek-projek pembangunan rakyat.

Hak pengurusan royalti minyak itu yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion setahun ditarik balik pada tahun 2000 ketika pentadbiran Pas.

Kerajaan Pas pada 8 Mac 2001 menyaman Petronas dan kerajaan Persekutuan untuk menuntut ganti rugi kerana didakwa memungkiri perjanjian dan gagal menjelaskan pembayaran tunai royalti minyak yang dihentikan sejak September 2001.

Kerajaan negeri ketika itu selaku plaintif memfailkan writ samannya melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Mengikut perjanjian itu, pembayaran tunai hendaklah dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 1 Mac dan 1 September setiap tahun.

Bagaimanapun Petronas tidak menunaikan kewajipannya membuat pembayaran tunai atau bayaran wang ihsan seperti yang dikatakan mengikut Akta Kemajuan Petroleum dan perjanjian utama dan tambahan.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menghantar wakil untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berhubung isu pengembalian semula wang royalti dalam tempoh terdekat ini.

Jelasnya, Menteri Kewangan Kedua itu pernah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa perbincangan berhubung isu tersebut akan diadakan dalam tempoh dua minggu ini.

''Perbincangan ini penting untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan royalti minyak dan wang royalti akan dikembalikan mulai tahun ini.

''Selain itu kita juga hendak tahu jumlah wang yang terkumpul dan berbaki kepunyaan kita yang bakal diperolehi kerajaan negeri," katanya.

Ahmad menambah, yang penting segala wang royalti yang bakal diperolehi akan digunakan untuk faedah rakyat dan memajukan negeri ini.

Mengenai tuntutan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan kerajaan negeri mendapatkan royalti sebanyak 20 peratus, Ahmad berkata, persoalan itu tidak berbangkit sama sekali sebaliknya rakyat harus bersyukur dengan apa yang diperolehi.

Menurutnya, jumlah royalti lima peratus sudah mencukupi kerana dengan jumlah yang ada ia mampu menjana pendapatan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

Read More...

Wednesday, June 18, 2008

Isu minyak: Jawapan presiden Petronas

Malaysiakini

Jun 18, 08 9:00pm

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Hassan Marican menjadi tetamu dalam rancangan Bersemuka Dengan Media dengan tajuk Peranan Petronas: Industri Minyak Negara, yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi.

Berikut adalah transkrip wawancara berkenaan.

Soalan: Tan Sri, kalau kita perhatikan harga minyak mentah sudah mencecah US$136-US$137 hari ini. Keadaan ini nampaknya memeranjatkan. Apakah Tan Sri berasakan bahawa hal ini akan berterusan?

hassan mericanJawapan: Pada pendapat saya, harga minyak ini mula meningkat lebih daripada setahun dulu dan telah mencecah RM100 ringgit setong awal tahun dulu dan pun telah mencecah US$140 bulan sudah. Jadi kenaikan harga minyak dunia ini menyebabkan permintaan yang banyak dan yang melebihi daripada supply minyak mentah yang dapat dikeluarkan sekarang.

Soalan: Tapi Tan Sri ada pihak berkata harga minyak mentah melambung tinggi kerana kegiatan spekulatif. Adakah ini benar atau tidak?

Jawapan: Saya rasa memang ada. Memang ada kegiatan spekulatif dalam kenaikan harga minyak ini. Ada setengah-setengah pendapat yang mengatakan ada lebih kurang US$15, antara US$15 ke US$20, di dalam harga yang sekarang disebabkan oleh speculative trading. Tetapi ada juga elemen geopolitik di dalam komponen harga yang tinggi sekarang ini. Dan yang disebutkan di antara US$5 ke US$10 di dalam harga sekarang ini disebabkan oleh geopolitik yang tidak stabil di dalam dunia.

Soalan: Tan Sri, berapa lama agaknya keadaan pasaran dengan harga yang tinggi ini. Bilakah agaknya pasaran akan menjadi normal balik pada pendapat Tan Sri?

Jawapan: Bilakah ia akan menjadi normal balik? Itu saya rasa yang ditanya-tanyakan oleh semua dan juga apakah yang akan kita katakan normal, normal balik ke us$40, balik ke US$100? Itu pada pendapat saya, memang permintaan di dalam dunia. Kita dapat permintaan yang tinggi dari macam pengguna-pengguna negara China, di India dan juga di timur tengah. Banyak tidak mengatakan kenaikan permintaan di negara-negara timur tengah yang sedang menggunakan hasil daripada kenaikan harga minyak untuk pembangunan di dalam
negeri masing-masing.

Soalan: Ok, Tan Sri, saya nak lanjutkan perbincangannya. Kalau kita perhatikan negara China dan India, kita ambil contoh negara China, dari segi keperluan ataupun permintaan untuk minyak di negara itu, kalau dapat Tan Sri berikan sedikit gambaran bagaimana misalnya keperluan dunia ini meningkat dengan banyak oleh kerana pertumbuhan yang luar biasa dari segi ekonomi di kedua-dua buah negara, kita ambil contoh negara China?

Jawapan: Contohnya di negeri China. Ia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam satu dekad yang sudah. Di dalam pertumbuhan ekonomi itu permintaan petrol dan diesel meningkat. Ia meningkat kerana sektor pengangkutan. Jadi bila kita lihat di negeri China misalnya. Dalam tahun 2006, kenderaaan-kenderaan baru berjumlah lebih kurang tujuh juta. Itu yang baru. Jadi kalau kita guna 10 liter satu hari, itu sudah 70 juta liter sehari meningkat. Kalau setahun, ia lebih kurang satu loji penapisan yang mengeluarkan 300,000 tong minyak.

Soalan: Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita.

Jawapan: Ya. Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita di negeri China saja untuk kereta baru dan kalau tiap-tiap tahun ia meningkat sebanyak tujuh juta, maknanya tiap-tiap tahun loji minyak yang berkapasiti 300,000 tong sehari dikehendaki untuk permintaan.

Soalan: Tadi Tan Sri sebut pasal geopolitik. Adakah ini berhasil harga minyak naik melambung tinggi kerana pergelutan di antara dunia Arab dan barat kerana OPEC, pertubuhan negara pengeksport minyak tidak berbuat apa-apa pun, mereka belum lagi bermesyuarat. Adakah ini pergelutan antara mereka berdua?

Jawapan:
Saya rasa tidak begitu. Opec telah beberapa kali bermesyuarat untuk mengkaji dan menimbang keperluan minyak dunia. Masalah geopolitik di antara misalnya kedudukan Iran. Iran mengeluarkan 2.5 juta tong sehari. Jadi kalau ada threat peperangan di Iran seperti 10 hari sudah, ada disebut akan diserang, hari itu minyak naik US$10. Dan juga keganasan di negara Nigeria. Kita perlu ambil tahu yang macam negara Nigeria yang juga telah mengeluarkan lebih kurang dua juta tong sehari. Minyaknya berkualiti tinggi, light crude. Jadi keperluan minyak light crude memang banyak. Jadi kalau ada kekacauan di Nigeria harga minyak akan naik.

Soalan: Tan Sri, mari kita pergi kepada isu di negara kita. Pengumuman kenaikan harga minyak mendapat banyak reaksi daripada rakyat. Dan soalan pertama yang mereka tanyakan ialah kita pengeluar minyak. Kita keluarkan minyak, kenapa kita tidak tampung hasil daripada pengeluaran minyak kita, katakan 600,000 -700,000 tong sehari, untuk memberikan subsidi lebih banyak kepada rakyat dan kenapa perlu kita menaikkan harga minyak?

Jawapan:
Memang kita negara pengeluar minyak tetapi pengeluaran kita di dalam konteks itu, kecil, 700,000 tong sehari berbandingkan negara Saudi 10 juta tong sehari. Dan di negara kita ini harga minyak memang rendah kerana subsidi kerajaan yang meningkat tahun demi tahun untuk mengekalkan harga minyak di stesen-stesen minyak pada tahap yang rendah daripada harga pasaran. Tetapi saya rasa keadaan ini tidak boleh diteruskan kerana subsidi yang dibayar oleh kerajaan mengikis budget untuk pembangunan negara. Jikalau kita lihatkan dalam budget dalam tahun 2007, subsidi adalah lebih kurang 30 peratus daripada budget pembangunan negara. Bukan sehari bajet pembangunan.

Soalan: Tan Sri, ada lagi satu argument mengatakan harga minyak naik, keuntungan Petronas pun akan naik. Jadi tidak bolehkah Petronas menggunakan sebahagian daripada keuntungannya untuk menolong kerajaan memberi subsidi yang lebih?

Jawapan: Subsidi minyak yang diberikan kerajaan diberi kepada semua syarikat yang mengendalikan retail stesen, ini termasuk syarikat-syarikat lain daripada Petronas seperti Shell, Esso dan sebagainya. Petronas dagangan, anak syarikat Petronas yang disenaraikan di Bursa Malaysia, pun dibayar subsidi oleh kerajaan. Jadi, memang betul bila harga minyak meningkat, Petronas mendapat keuntungan lebih tetapi keuntungan itu dicukai, dibayar cukai 38 peratus. Cukai petroleum 38 peratus, bukan 26 atau 27 peratus seperti di syarikat lain. Dan Petronas pun telah meningkatkan pembayarannya kepada kerajaan, bayaran cukai, royalti dan juga dividen. Kalau nak dikatakan peratus peningkatan dari tahun 2003 sampai tahun 2007 ialah 180 peratus. Dibandingkan dengan kenaikan minyak dalam jangka masa yang sama, 143 peratus.

Soalan: Tan Sri, boleh Tan Sri terangkan sejak Petronas bermula pada 1974 sampai sekarang, berapa banyak royalti dan sebagainya telah diberikan kepada kerajaan? Petronas bermula dengan modal yang kecil.

Jawapan: Petronas bermula dengan modal RM10 juta dalam tahun 1974 yang dibayar oleh kerajaan persekutuan. Daripada tahun 1974 ke akhir tahun 2007, Petronas telah meraih keuntungan sebanyak RM570 billion dan pembayaran kepada kerajaan ialah RM336 billion di dalam jangkamasa yang sama.

Soalan:
Tan Sri, saya tak begitu yakin dengan penjelasan tadi mengenai subsidi kerana negara-negara lain pun memberi subsidi, Saudi, Brunei. Jadi kenapakah Malaysia mengurangkan subsidi sama?

Jawapan: Kita perlu bandingkan, kalau kita ambil negara Saudi dulu. Seperti saya katakan tadi, pengeluarannya 10 juta tong sehari. Katakan harga minyak US$100 sehari, pendapatannya US$1 billion. Rakyatnya lebih kurang 24 juta. Jadi di negara Saudi, ia bergantung kepada ekonomi minyak dan tiada ekonomi yang lain di Saudi. Bukan saja minyak murah, air, api dan tidak ada cukai pendapatan. Maknanya banyak perbelanjaan rakyat Saudi ditanggung oleh kerajaan dan dia berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan itu kerana hasilnya tinggi dan juga di Venuzuela. Di Venezuela, ia mempunyai polisi yang populis. Sebelum polisi ini diadakan, pengeluaran Venezuela lebih kurang 4 juta tong sehari. Sekarang kerana setiap untung yang diperolehi oleh syarikat minyak nasional Venezuela diambil oleh kerajaan, tidak ada pelaburan baru dan pengeluaran mereka telah menurun kepada lebih kurang 2.5 juta tong sehari dan makin merosot.

Soalan: Apa beza dengan negara kita?

Jawapan: Beza dengan kita, seperti saya katakan tadi, kita telah meraih keuntungan RM570 billion. Kita telah bayar kepada kerajaan RM336 billion. Bakinya, Petronas telah menggunakan wang itu untuk melabur di dalam, seperti paip saluran gas PGU, loji-loji penapisan, loji-loji petrokimia dan sebagainya. Ini proses value add yang telah dilakukan, telah memberikan keuntungan yang lebih kepada petronas dan justeru itu kepada kerajaan.

Soalan: Kalau kita tak labur?

Jawapan: Kalau kita tak labur, kerajaan tidak akan menerima pembayaran sebanyak RM336 bilion. Dalam jangkaan saya, mungkin pembayaran kepada kerajaan cuma RM161 bilion.

Read More...

Sunday, June 15, 2008

Kit Siang Sokong Cadangan Petronas Bentangkan Penyata Kewangan

Bernama

ALOR STAR, 15 Jun (Bernama) -- Pembentangan penyata kewangan Petronas di Parlimen merupakan langkah paling wajar bagi menjelaskan kedudukan syarikat milik negara itu kepada rakyat, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata ini kerana langkah kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus bagi petrol kepada RM2.70 seliter dan 63 peratus bagi diesel kepada RM2.58 seliter pada 5 Jun lepas adalah terlalu tinggi sedangkan Malaysia sebuah negara pengeluar minyak.

"Kenaikan harga minyak dunia sehingga mencecah harga tertinggi AS$136 setong baru-baru ini tidak memberi makna kepada rakyat yang dibebankan dengan kenaikan harga minyak dalam negara kerana Malaysia juga merupakan pengeluar minyak," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak di Wisma Darul Aman di sini, Ahad.

Lim yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur berkata demikian sebagai menyokong cadangan anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam supaya penyata kewangan terperinci Petronas dibentangkan di Parlimen.

Khairy berkata Petronas wajar membentangkan laporan kewangannya supaya rakyat tidak terus mempersoalkan syarikat itu termasuk sumbangan, hasil dan kos pengeluaran yang ditanggung.

Mengenai pertemuan dengan Azizan, Lim berkata antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan kebajikan masyarakat Cina di Kedah termasuk kekurangan kakitangan Cina dalam pentadbiran kerajaan dan isu rumah ibadat.

-- BERNAMA


Read More...

Wednesday, June 11, 2008

Dr. M: Tiada desakan, sedia lepas Penasihat Petronas jika diminta

Mstar Online

11-06-2008 07:51:45 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga sekarang tidak menerima desakan mana-mana pihak supaya berundur daripada menjadi Penasihat Petronas selepas beliau keluar daripada Umno tiga minggu lalu.


Sambil menegaskan tiada masalah untuk melepaskan jawatan tersebut jika ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, Dr. Mahathir mengulangi pendirian bahawa kedudukan Penasihat Petronas bukan jawatan parti.

"Saya akan terus kekal. Ini bukan jawatan parti. Ini jawatan lain.Tapi kalau hendak suruh saya berhenti lah. Tak ada masalah," kata beliau kepada mStar Online dalam satu pertemuan di pejabatnya sebagai Penasihat Petronas di sini petang semalam

"Setakat ini tiada (desakan) daripada mana-mana meminta berbuat demikian (lepaskan jawatan Presiden)," kata beliau ketika mengulas mengenai status kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dan sama ada pernah menerima desakan atau tekanan supaya turut melepaskan kedudukan itu.

Jelas beliau, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketika juga pernah menjadi Penasihat Petronas, jawatan yang dikekalkan sehingga beliau meninggal dunia meskipun tidak pernah masuk kembali Umno.

Tun Hussein keluar Umno apabila ia diharamkan pada 1988, malah beliau juga merupakan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa sejak 1984 sehingga beliau meninggal dunia.

"Dia tak masuk (semula) Umno, dia bukan ahli Umno, beliau kekal jadi Penasihat Petronas sampai meninggal dunia," katanya.

Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Petronas dan Proton selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri Oktober 2003.

Hari ini, Dr. Mahathir juga mengulas mengenai soalan itu dalam blog beliau.

Katanya: "Saya percaya bahawa ia bukan (jawatan) eksklusif kepada ahli-ahli Umno."

Pada 19 Mei lalu, Dr. Mahathir keluar daripada Umno atas alasan kecewa dengan kepimpinan parti. Turut keluar ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, anak mereka, Datuk Mokhzani Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid.

Dalam reaksinya dua minggu lalu, Dr. Mahathir juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan berundur tetapi "sedia ditendang keluar."

Sementara itu dalam tulisan blog beliau yang dinaik muat selepas temu bual dengan mStar Online petang semalam, di bawah tajuk Sanusi Junid, Dr. Mahathir melahirkan rasa sedih dengan tindakan menamatkan khidmat Sanusi (bekas Naib Presiden Umno) sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Mungkin dia (Sanusi) telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil
sejurus selepas dia keluar daripada UMNO.

"Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dianya disingkir?" kata beliau dalam blognya hari ini.

Sanusi keluar Umno pada hari Dr. Mahathir mengumumkan keputusan untuk keluar daripada parti itu.

"Saya juga dengar cadangan supaya Dato Mokhzani yang telah keluar Umno dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC)," katanya.

Dr. Mahathir menambah: "Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan dijelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri."

Tambah beliau, kepimpinan kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) harus ingat bahawa BN bukan lagi menguasai seluruh negara.

"Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan.

"Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan kerajaan.

"Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah kerajaan-kerajaan mereka," katanya.

Beliau juga berkata, sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong BN berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.

"Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya," katanya lagi.

Read More...

Tuesday, June 10, 2008

Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),

"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.

Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.

Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.

"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.

Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.

"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

Ikuti kupasan lanjut wawancara Harakah dengan Naib Presiden PAS itu dalam Harakah versi cetak keluaran akan datang. - mks._

Read More...

Friday, June 6, 2008

Kekayaan Petronas tidak pernah dinikmati rakyat?

Harakahdaily

Azamin Amin

Fri | Jun 06, 08 | 10:56:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Malaysia merupakan negara pengeluar hasil minyak dan mempunyai keuntungan yang berlipat ganda namun kekayaannya tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata, malah semakin hari semakin dihimpit dengan kos sara hidup dan beban yang tinggi.

Malaysia kaya kerana keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan Petronas setiap tahun. Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun.

Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion dan ini bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang, menurut tulisan tuntelanai blog tahun lalu. Malah Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan bahawa keuntungan Petronas melebihi RM70 billion dan kerajaan yang sedia ada 'melimpah wang'.

Sungguhpun begitu perbelanjaanya dilihat tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat dan sering kali dibelanjakan dengan tidak cermat, dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif.

Bayangkan menurut pendedahan Ketua Menteri Pulaua Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Difahamkan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot, malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.

"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Pemerhati politik berpendapat wang Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat dan dilihat hanya menguntungkan pemimpin Umno dan kroni-kroninya seperti senarai di bawah :

i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman

ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.

iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.

iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.

v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion

vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta

vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion

viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta

ix.Membina KLIA sebanyak RM9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Semua yang berlaku ini dilihat hanya untuk menyelamatkan dan mengkaya pemimpin semata-mata termasuk mengekalkan kuasa yang sedia ada.

Akibat daripada itu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada Rabu lalu yang mana kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran, diikuti kenaikan kadar tarif elektrik. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau.

Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD130.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal (menjadi ahli OPEC), tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin yang tidak cekap mengurus dana negara.

Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kononnya kerajaan tidak mampu lagi dan ramai yang membuat kesimpulan sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 70an, rakyat tidak pernah menadapat manfaat dan menikmati kekayaan hasilnya.

Read More...

PETRONAS pupus 2018??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya tertarik untuk berkongsi satu artikel di akhbar
The Star yang mana ianya mengatakan bahawa PETRONAS mungkin akan bangkrap 10 tahun dari sekarang iaitu menjelang 2018 jika keuntungan yang diperolehi diberikan kepada kerajaan hanya untuk meneruskan subsidi petrol.

Presiden dan CEO PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican memberitahu bahawa PETRONAS perlu memberi tumpuan kepada pelaburan untuk memajukan teknologi dalam pada mencari telaga minyak yang baru. Setakat ini PETRONAS telah membelanjakan RM 178.9 billion daripada keuntungan untuk ini.

Menurut Tan Sri Hassan lagi, pada tahun kewangan ditutup Mac lepas PETRONAS telah menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM 52.3 billion dalam bentuk cukai, royalti dan dividen dan jumlah ini adalah merangkumi 32% pendapatan kerajaan. Beliau berkata lagi bahawa sejak PETRONAS ditubuhkan pada 1974 sehingga tahun lepas, PETRONAS telah memulangkan RM335.7 billion kepada kerajaan daripada jumlah keseluruhan keuntungan syarikat iaitu sebanyak RM570 billion.

Sementara itu, 'Utusan Meloya' pula melaporkan, sejak tiga tahun lalu kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak. Beliau berkata, Petronas juga kini menerokai kawasan laut dalam dan kedalaman yang dikenali sebagai ultra deep dengan menanggung kos yang terlalu tinggi.

Mengenai kritikan bahawa akaun PETRONAS tidak telus, Presiden dan CEO syarikat minyak negara ini mengatakan bahawa laporan tahunan yang lengkap mengenai untung rugi syarikat telah dikeluarkan dan disimpan di perpustakaan parlimen. Ayat dalam The Star macam ni lebih kurang:

"Asked about criticisms that Petronas' accounts and profits were not transparent, Hassan said the corporation published a very detailed annual report which was deposited in the Parliament library."

Pada pengamatan saya, PETRONAS telah memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia dengan sumbangan yang diberikan kepada kerajaan. Kerajaanlah yang perlu memainkan peranan dalam perbelanjaan duit PETRONAS ini. Apa yang saya tahu, duit keuntungan PETRONAS yang diberikan kepada kerajaan tidak pernah di audit dan diberitahu kepada semua, ke mana wang itu dibelanjakan.

Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh MP Pakatan Rakyat, tetapi ditolak mentah-mentah oleh ahli parlimen BN. Mengapa ini harus terjadi?? Kami rakyat juga perlu tahu, ke mana wang PETRONAS berjumlah RM 570 billion ini dibelanjakan??? Mengapa perlu dirahsiakan??? Ataupun ianya ada krisis kepimpinan pihak atasan yang mana ketelusan perlu dibuktikan. Tidak perlu takut jika ianya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.


Saya menyeru kepada Pak Lah yang merangkap Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri Malaysia, bentangkanlah perbelanjaan PETRONAS di parlimen supaya kami rakyat tahu sama ada ianya dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat ataupun untuk membuncitkan poket dan kantung pemimpin negara dan kroni-kroni semata-mata. Buktikan ketelusan pemerintahan kamu wahai pemimpin yang diangkat segelintir rakyat.


Jangan melebarkan jurang antara rakyat yang kaya dengan yang miskin menjadi parah. Kami perlu ketelusan pemerintah, bukan alasan dangkal dihamburkan kepada rakyat. Lihatlah PERTAMINA di Indonesia, jadikan pengajaran sebelum PETRONAS tersungkur di persada saingan dunia yang semakin mencabar.


Ingat!!!! kamu pemimpin....sama ada kita membuat sejarah, ataupun kita yang akan menjadi sejarah......Renungkan!!!!!



---------------------------------------------
catatan orangkita : 6 Jun 2008, 1100 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
---------------------------------------------


Read More...

Petronas could go bust by 2018

The Star

By WONG SAI WAN

KUALA LUMPUR: Petronas will go bust within 10 years if all its profits are handed to the Government to continue subsidising fuel, said its president and chief executive officer Tan Sri Hassan Marican.

He warned that many national petroleum companies in the world have ceased to exist or were in financial trouble today because all their profits were taken away from them.

Speaking at a special briefing on Petronas’ contribution to the country, Hassan said that in the oil business it was important to reinvest profits in search of new technologies, reserves and continued revenue. Petronas has so far reinvested RM178.9bil of its profits.

“Petronas has played a major role by giving back a substantial amount of its profits to the Government,” he added.

At the close of its financial year in March last year, the national petroleum company had given the Government RM52.3bil in taxes, royalties and dividends which worked out to be 32% of the Federal Government’s revenue.

“Since the formation of Petronas in 1974 to last year, the company gave the Government RM335.7bil out of a total profit of RM570bil,” Hassan said.

Commenting on the fuel price increase, the Petronas boss said the corporation did not make a sen from the increase.

“All the oil companies get full market price for the petrol and diesel that they sell and the Government pay them the difference from the fixed price. This is where the subsidy comes into play,” he added.

Hassan revealed that oil companies operating in the country spent RM40bil a year in drilling and exploration works and a lot of this money wasinjected into the local economy.

Hassan also pointed out that it was now more expensive for Petronas to explore and extract oil.

“A lot of focus is placed on the high oil prices. There is very little talk about costs. The costs to explore and to drill for oil have increased by about 200% over the past three years.”

Hassan said Exxon Mobil made about US$40bil (RM130.31bil) last year, an increase of only US$1bil (RM3.26bil) from 2006, in an environment of higher crude oil prices.

“That is the world’s biggest, most efficient and most well-run oil company. Margins have eroded,” he said.

Hassan said Petronas was now “ scraping the bottom of the barrel” as far as finding and extracting oil was concerned.

Asked about criticisms that Petronas' accounts and profits were not transparent, Hassan said the corporation published a very detailed annual report which was deposited in the Parliament library.

“For all intents and purposes, Petronas is a public-listed company because we are rated by agencies like Standard and Poors, and Moody. We do not hide anything,” he added.

Read More...

Kos Petronas meningkat lebih 200%, tidak ramai peduli – Hassan Marican

Utusan Online

KUALA LUMPUR 5 Jun – Petronas, syarikat minyak terkemuka negara, sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos carigali minyak yang melambung tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak.

Dalam satu taklimat media di sini hari ini, beliau berkata, syarikat minyak itu melabur pada kos yang tinggi selain bilangan telaga minyak semakin berkurangan.

Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.’’

Mohd. Hassan berkata, langkah memajukan telaga minyak kecil melibatkan kos yang sangat tinggi. Begitu juga apabila Petronas bergerak untuk menerokai kawasan yang jauh dari pantai.

Beliau berkata, kos untuk melakukan pengerudian telaga minyak di kawasan cetek kini mencecah AS$7 juta berbanding AS$3 juta sebelumnya dengan kos berkaitan carigali seperti penyewaan kapal terus meningkat.

Beliau berkata, Petronas juga kini menerokai kawasan laut dalam dan kedalaman yang dikenali sebagai ultra deep dengan menanggung kos yang terlalu tinggi.

Sebagai contoh, kata Mohd. Hassan, Exxon Mobil hanya mampu meraih AS$40 bilion pada tahun 2006, peningkatan hanya AS$1 bilion meskipun terdapat peningkatan harga minyak dunia yang agak tinggi.

“(Sedangkan) ia adalah syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik. Margin hasil perolehannya telah terhakis,’’ jelas beliau.

Mohd. Hassan berkata, keadaan itu menyebabkan Petronas terpaksa menerokai kawasan ‘ultra deep’ yang mana terma perjanjian perkongsian lebih berpihak atau menguntungkan pihak asing kerana kos dan keperluan teknologi yang tinggi.

“Medan Kikeh yang merupakan medan telaga minyak laut dalam pertama negara terletak di luar pesisir Sabah yang memiliki kedalaman kira-kira 1,300 meter dan medan Gemusut di luar pesisir Sabah yang sedang diterokai memiliki kedalaman kira-kira 1,800 meter,’’ kata beliau.

Read More...

Friday, May 23, 2008

Petronas sumbang RM357.8b

Utusan Online

KUALA LUMPUR 22 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah mencatat keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, Petronas telah membayar sebanyak 62.8 peratus atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada Kerajaan Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 7.2 peratus atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukan kepada pemegang saham minoriti kumpulan dan perbelanjaan cukai luar negara.

“Sebanyak 30 peratus daripada keuntungannya atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) hari ini.

Kata Abdullah, wang diterima oleh kerajaan dari Petronas sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima kerajaan.

“Hasil yang kerajaan terima ini digunakan untuk perbelanjaan mengurus termasuk pemberian subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan serta sektor pertanian dan perbelanjaan pembangunan,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata, selain sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik.

Tambahnya, sejak Mei 1997 sehingga Mac tahun ini, subsidi harga gas yang ditanggung Petronas adalah kira-kira RM79 bilion.

“Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan pihak Tenaga Nasional Berhad. (TNB) mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelaburan semula keuntungan adalah kritikal bagi Petronas untuk membolehkannya terus meningkatkan usaha-usaha cari gali minyak dan gas dalam negara, membina serta meningkatkan kapasiti pengeluaran loji-loji penapisan dan pemprosesan untuk memenuhi permintaan bagi minyak dan gas.

“Langkah ini secara langsung menambah nilai kepada sumber minyak dan gas negara. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, umpamanya Petronas membuat pelaburan semula bernilai RM21.6 bilion yang mana RM16.2 bilion dalam sektor minyak dan gas manakala RM5.4 bilion dalam hartanah dan khidmat logistik.

“Dengan pelaburan ini, Petronas telah dapat mencatat keuntungan yang baik dan ia membolehkannya terus menyumbang kepada negara melalui pembayaran kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, duti eksport dan royalti,” ujarnya.

Oleh itu, Abdullah berkata, pelaburan semula yang dibuat Petronas adalah lebih memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang berbanding penggunaannya untuk pemberian subsidi minyak.

Perdana Menteri turut menjelaskan, Petronas juga perlu membayar pinjamannya yang digunakan untuk mengembangkan operasinya dan pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, baki pinjamannya adalah sebanyak RM35.9 bilion.

“Selain itu, Petronas juga melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam bidang pendidikan, kesihatan, sukan dan kesenian.

“Selain itu, Petronas juga merupakan penabung tunggal kepada Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan pada tahun 1988 dengan tujuan untuk memastikan penggunaan optimum sumber-sumber negara yang menyusut bagi faedah generasi akan datang dan memberikan sumber pendapatan yang berterusan kepada negara,” katanya.

Read More...

Wednesday, May 21, 2008

Tidak Timbul Isu Bahagi Separuh Keuntungan Petronas Kepada Rakyat, Kata PM

Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal pembahagian separuh keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang diperuntukkan oleh kerajaan sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dan jumlahnya melebihi hasil yang diterima daripada Petronas.

Perdana Menteri berkata selain daripada sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas sektor elektrik dan bukan elektrik.

"Sejak Mei 1997 sehingga Mac tahun ini, subsidi harga gas yang ditanggung Petronas kira-kira RM78 bilion," kata Abdullah.

"Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan Tenaga Nasional Bhd mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai jumlah keuntungan kasar yang diperoleh oleh Petronas sejak penubuhannya pada 1974 dan jumlah yang disimpan dan diagihkan kepada kerajaan serta persoalan mengenai sama ada kerajaan bercadang membahagikan separuh daripada keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah keuntungan Petronas sejak penubuhannya hingga 31 Mac tahun lepas, sebelum ditolak cukai, royalti, dividen dan duti eksport, berjumlah RM570.0 bilion.

Bagi pecahan mengikut pengagihan keuntungan, beliau berkata sebanyak RM357.8 bilion (62.8 peratus) diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen, RM41.4 bilion (7.2 peratus) diagihkan kepada pemegang saham royalti dan cukai luar negara, manakala RM170.8 bilion (30 peratus) dilaburkan semula untuk operasi Petronas.

Abdullah juga berkata wang yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas, sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh kerajaan.

"Hasil yang diterima ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan perbelanjaan mengurus (termasuk memberi subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan dan sektor pertanian), dan perbelanjaan pembangunan," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Wednesday, May 14, 2008

Isu Kerugian Petronas - Menteri Gagap dan Tidak Menjawab

Suara Keadilan

Selasa, 13 Mei 2008

PARLIMEN, 13 Mei (SK) – Isu berhubung kerugian Petronas tidak dijawab tepat oleh Kerajaan dalam Dewan Rakyat hari ini sebaliknya memberikan jawapan jauh terpesong dari soalan yang diberikan. Soalan berhubung isu kerugian tersebut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr. Wan Azizah Wan Ismail di dalam soalan tambahannnya.

Di dalam soalan tersebut, beliau telah meminta pihak kerajaan menjelaskan berapa lama lagi dan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung Petronas berikutan telah menjual produk bahan mentah berkenaan kepada negara tertentu dengan harga yang telah ditetapkan melalui kontrak perjanjian penjualan di mana ianya jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Dr. Wan Azizah juga turut bertanyakan soalan mengapa Petronas boleh terlibat memasuki perjanjian demikian di samping mempersoalkan mengapa negeri-negeri yang mengeluarkan hasil minyak dan gas seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia.

Soalan tajam tersebut tidak dapat dijawab oleh wakil dari Kerajaan yang mewakili Perdana Menteri untuk menjawabnya sebaliknya memberikan jawapan yang jauh meleset dengan fakta yang dikehendaki. Bahkan semasa di awal ucapan untuk menjawab soalan tersebut, Menteri berkenaan agak tergagap untuk menjawab soalan berkenaan.

Menteri Senator berkenaan hanya memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan mengatakan bahawa perjanjian tersebut dibuat atas kos bagi mengeluarkan petrol dan gas cecair memerlukan pelaburan yang besar oleh itu ianya memerlukan Petronas untuk mendapatkan kontrak jangka panjang dari segi keuntungan jangka panjang kepada Korea, Jepun dan Taiwan. Beliau turut cuba memesongkan fakta dengan mengatakan bahawa harga jualan bahan tersebut diselaraskan mengikut formula tertentu berpandukan harga pasaran semasa.

Berdasarkan jawapan tersebut, jelas menunjukkan kerajaan enggan menjelaskan kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung Petronas di samping tidak mahu secara telusnya mendedahkan tempoh kerugian yang secara terus menerus ditanggung oleh syarikat kerajaan tersebut.

Menteri berkenaan turut tidak menjawab soalan mengapa ketiga-tiga negeri pengeluar petroleum berkenaan adalah merupakan negeri yang paling miskin di negara ini. Sebaliknya mengelak dengan memberi jawapan bahawa negeri-negeri tersebut telah diberikan 5% royalti petroleum oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan mengikut perjanjian.

Berikutan jawapan yang diberikan, Dr. Wan Azizah meminta Menteri berkenaan untuk menjawab soalan tersebut namun Menteri itu bertegas menyatakan bahawa beliau telah menjawab soalan berkenaan.

Hal ini sekaligus menggambarkan pihak kerajaan cuba sembunyikan fakta sebenar serta berusaha menafikan salahguna perolehan hasil bahan mentah tersebut daripada pengetahuan rakyat. - Zuwairi Zakwa

Berita Berkaitan;

12 Mei :Kuasa Petronas ke Tangan Parlimen?

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |