| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Nov 6, 08 11:10am |
| Dua tokoh agama dicadangkan kepada Raja Perlis sebagai calon mufti Perlis bagi menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tamat perkhidmatannya hujung bulan ini. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azwira A Aziz dan bekas naib mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dicalonkan mengisi kerusi penting itu. Sebelumnya bertugas sebagai ketua penolong mufti, anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu kini ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri. Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya "macam main silap mata". Sehari selepas itu beliau diterima mengadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasrat untuk bersara. Difahamkan dua calon ini dipersembahkan kepada baginda dalam pertemuan itu. Menjunjung titah baginda, tambah bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, beliau melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama sebulan sebelum bertolak ke United Kingdom bagi menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik. Dr Azwira, 41, bagaimanapun belum membuat keputusan akan menerima pelantikan itu jika terpilih. Pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan al-Sunnah itu merupakan pemegang doktor falsafah dari UKM, sarjana dari Jordan dan sarjana muda dari Universiti Islam Madinah. Pengarang beberapa buku berkenaan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah berkata akan menerima pelantikan itu jika mendapat sokongan padu daripada rakyat Perlis dan tidak terlibat dengan unsur-unsur politik seperti yang didakwa berlaku terhadap Dr Mohd Asri. Bapa kepada lima orang anak itu juga berkata sedang menimbangkan faktor-faktor lain seperti sentimen kenegerian dan hal-hal peribadi melibatkan penghijrahannya ke negeri itu dan proses menamatkan perkhidmatannya dengan UKM. Menjelaskan situasi kenegerian itu, beliau berkata: "Dua minggu lepas saya ke Perlis. Saya lihat masih wujud sentimen kenegerian." Anak kelahiran Kelantan itu kini menetap di Semenyih, Selangor. Dr Mohd Asri yang berasal dari Bukit Mertajam memecahkan tradisi apabila dilantik sebagai mufti Perlis dua tahun lalu. Dr Azwira bagaimanapun tidak kisah sesiapa pun mengisi jawatan itu selagi mempunyai pemikiran dan fikrah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Ditanya fokus dan pendekatan beliau jika dipilih, beliau yang 16 tahun berpengalaman mengajar di UKM dalam bidang agama berkata: "Saya ingin fikrah sunnah (Ahli Sunnah wal-Jamaah) diteruskan. Mungkin saya tidak setanding Dr Mohd Asri yang terkenal di peringkat nasional. "Saya ingin fokuskan kepada aktiviti pemantapan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di peringkat negeri." Ia belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri, tambahnya. Beliau, 37, yang pernah bertugas sebagai anggota jawatankuasa syariah Perlis, enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana ia berkaitan dengan kuasa istana. Doktor falsafah dalam bidang pengurusan organisasi dakwah, Dr Juanda menghasilkan kira-kira 20 buah buku dalam pelbagai bidang agama. "Kita masih cari lagi (calon-calonnya)," katanya. Majlis Agama Islam Perlis belum memaklumkan kepadanya berhubung calon-calon bagi mengisi jawatan itu, tambahnya. Ditanya tentang ciri-ciri calon mufti baru yang diharapkannya, Mohd Isa berkata kerajaannya akan menerima siapa sahaja calon yang dicadangkan majlis itu dan yang diperkenankan Raja Perlis. "Apapun bergantung kepada keputusan Tuanku. Baginda merupakan ketua agama Islam di Perlis," katanya. Menurut prosedurnya, majlis agama Islam akan mencalonkan nama-nama pilihan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat exco negeri. Seterusnya, kata menteri besar, pelantikan akan dibuat jika mendapat perkenan baginda. Bagaimanapun, wakil rakyat Bintong itu berkata, perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, termasuk semalam, tiga minggu sebelum jawatan itu kosong. |
Thursday, November 6, 2008
Mufti Perlis: Azwira, Juanda ganti Dr Asri?
0 comments Labels: malaysiakini, mufti, Perlis
Tuesday, September 16, 2008
Calon PAS diisytihar menang di Sanglang
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Sep 16, 08 1:19pm |
| Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini. Ekoran perintah mahkamah itu, PAS kini mempunyai dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Perlis dan BN 13. Hashim memperolehi kerusi tunggal PAS itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.
Mahkamah itu bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan. Hashim kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan pemenang di Sanglang. Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin. Dalam pilihanraya umum Mac lalu, PAS melalui calonnya Rus'selle Ezlan menguasai satu lagi kerusi, Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi. Sementara itu, Abdullah, 46, ketika dihubungi Bernama, menyifatkan apa yang berlaku sebagai suratan takdir. Ahli jawatankuasa Umno bahagian Arau itu berharap apa yang berlaku akan memberi kekuatan baru kepada Umno agar kerusi Sanglang dimenangi semula oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 kelak. |
0 comments Labels: malaysiakini, PAS, Perlis
Wednesday, September 3, 2008
Pantun mufti Perlis bidas siapa?
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 4:25pm |
| Pantun mufti popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta pemimpin negara mengundur diri "apabila negara kacau" menimbulkan seribu tanda tanya. Dipelawa jadi calon Mohd Asri sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembangkang apabila menyertai sebuah forum anjuran Pakatan Rakyat di Kelantan. |
0 comments Labels: malaysiakini, mufti, Perlis
Friday, June 20, 2008
Mufti Perlis: Sedia 20 dalil sebab Pak Lah perlu berhenti
Mstar Online
20-06-2008 09:03:54 PM
Oleh ZIEMAN
PUTRAJAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyarankankan agar mereka yang tidak puas hati dengan Datuk Seri Abdullah Badawi agar senaraikan masalah yang timbul dari kepimpinannya dan beri ruang untuk beliau mengatasinya.
"Jangan sibuk timbulkan isu tidak percaya kepada kepemimpinannya. Bertanya dulu siapa calon yang hendak dilantik dan bukan soalkan siapa yang hendak ditumbangkan. Takut nanti penggantinya lebih buruk.
"Adakah penggantinya lebih baik darinya? Kalau tidak nanti, takut keluar mulut harimau, masuk mulut buaya," kata beliau kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau mengesyorkan agar disenaraikan dulu 20 dalil kenapa Pak Lah perlu berhenti dan 20 dalil bagi membuktikan penggantinya lebih baik dan bukan sekadar menukar orang sahaja.
Tambah beliau, persoalan sekarang tidak berkisar pada Barisan Nasional (BN) lagi kerana dalam BN ada desas desus yang tidak suka kepimpinan Pak Lah.
Menurut Dr Asri, terpulang pada kejujuran Abdullah sendiri untuk mengatasi masalah yang telah disenaraikan ini.
"Jika soal-soal yang membabitkan keluarga, tengok sejauhmana ketulusan beliau menangani masalah ini. Atau adakah ideanya yang tidak cukup bernas supaya kita boleh selesaikan perkara ini dengan lebih objektif kerana situasi ini sudah menjadi sentimen umum," jelasnya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan berhubung pengganti Abdullah.
"Mungkin nanti penggantinya juga ada masalah yang sama atau lebih buruk," katanya.
Kata Dr Asri lagi, masalahnya sekarang, sistem demokrasi kita sudah begitu yakni sistem demokrasi ala barat walaupun dicorak dalam acuan sendiri.
"Islam ada pendekatan sendiri untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan majlis syura dengan mereka yang berkenaan. Bukannya mengikut cakap para penyokong dan pengampu," katanya.
Krisis politik sekarang perlu dilihat dengan kaca mata yang lebih objektif, ujar Dr Asri.
"Kalau hendak berbalahpun, berbalahlah tapi kena lihat kesan dari perbalahan itu yang meninggalkan kesan besar pada rakyat.
"Saya sendiri setuju Pasca PRU 12 telah membuktikan beberapa perkara seperti ia berjaya mematahkan keegoaan, keangkuhan dan kesombongan sesetengah ahli politik Barisan Nasional yang selama ini ingat mereka tidak boleh tumbang dan jatuh.
Tapi episod itu sudah berlalu dan PRU telah membayar dan menunaikan hasrat rakyat. Sudah cukup pengajaran itu. Orang yang hendak dihukum telahpun dihukum. Jangan bicara lagi pasal hukuman, lihat kesan pada hukuman. Umno pun telah dihukum, yang tinggalpun nyawa-nyawa ikan...," kata Dr Asri.
Kata Dr Asri, jangan disebabkan kita ghairah menumbangkan satu keegoan, kita timbulkan satu keegoaan yang baru. Pihak alternatif hendaklah memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan dan kesombongan BN.
"Kini masanya untuk uruskan negara dengan baik bukan untuk berbalah," kata Dr Asri.
Beliau juga berpendapat walaupun kepimpinan Abdullah banyak dikritik, tapi hakikatnya setuju atau tidak Abdullah telah memberikan kebebasan kepada media.
"Memang benar banyak perkara yang kerajaan hendak lakukan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan tidak cukup kuat. Tapi kita juga kena akur, di bawah kepimpinan Pak Lak banyak ruang telah diberikan pada pihak akhbar, yang mana peluang ini tidak pernah diberikan sebelum ini. Begitu juga dengan Badan Kehakiman. Jadi kita kena timbang tara dengan adil kesemua kelemahan dan kekuatan Pak Lah secara rasional.
"Buat pertama kali kita menikmati kebebasan akhbar. Cuma ditakuti kebebasan yang diberikan itu akan mengulangi kesilapan Presiden BJ Habibi Indonesia bila mana ia membuka ruang tapi akhirnya ruang itu telah menyusahkannya," kata Dr Asri.
"Sepatutnya apabila kita memberi senjata pada orang, kita sendiri kena tangkas bermain dengan senjata barulah terserlah kehebatan kita. Walau bagaimanapun Pak Lah bukan seorang yang zalim," jelas Dr Asri mengakhiri perbualan.
0 comments Labels: mstar online, mufti, Pak Lah undur, Perlis
Wednesday, June 18, 2008
DUN Sanglang diisytihar kosong
| Malaysiakini |
| Jun 18, 08 12:48pm |
| Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu, telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar hari ini Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.
Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani. Dalam alasan penghakimannya, Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan. Hashim akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Sanglang. Abdullah diwakili peguam K Jegathesan manakala Hashim diwakili Zulmi Sabri, Mohamed Hanipa Maidin dan Aqbal Shiffuddin Adnan Salahudin. Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama. Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi. |
0 comments Labels: malaysiakini, Perlis
Wednesday, April 30, 2008
Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan
| Harakahdaily Azamin Amin Wed | Apr 30, 08 | 7:17:53 am MYT | |
|
Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut. "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut. "Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam. Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat. "Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata. "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang. Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja. Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama. "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya. Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun. Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, mufti, Perlis, TV3
