Utara Online Semalam pasaran indeks saham Kuala Lumpur ditutup paling rendah dalam satu tahun selepas pada hari sebelumnya pasaran saham malaysia digantung akibat kegagalan sistem komputer berfungsi. Kegagalan tersebut dipercayai akibat dari virus yang dikenali sebagai C4, dalam minggu lepas juga kita mendengar bagaimana kilang Nikko Eletronik menutup operasinya secara tiba tiba yang menyebabkan 1000 pekerja dan melibatkan 1000 keluarga hilang punca pendapatan. Daripada petunjuk ini dapatkah kita bayang apa yang bakal menanti kita 2-3 bulan akan datang? Ditambah keadaan politik dan kacau bilau yang direncanakan sendiri oleh Paklah dan budak tingkat 4. Mereka tidak belajar dari permainan mereka dahulu dalam isu Hindraf. Kini permainan mereka menjerumuskan kita ke arah mebangkrapkan Negara. Selain dari haru-biru Politik, kini ancaman sudah kita dengar dari fenomena ekonomi Global, kisah kelemahan nilai matawang dollar Amerika, soal kenaikan harga minyak dan Perang Amerika Iran hanya menunggu masa dan diramalkan bermula sebelum bulan ramadhan. Tanda tandanya kini diperingkat akhir. Malangnya dalam kita menghadapi situasi sukar ini negara kita mempunyai jeneral yang begitu Bodoh dalam soal ekonomi, perbelanjaan dalam negara kini dalam keadaan teruk, peniaga dalam keadaan tertekan akibat kurangnya kuasa membeli sehingga ke peringkat peniaga gerai makan sudah merungut kerana rakyat sudah mulai berjimat dalam soal makan. Apakah anda tidak nampak tandanya kini makin dekat? Bayangkan dalam keadaan kakitangan kerajaan yang mengalami kenaikan gaji sehingga 40% tetapi perbelanjaan negara sama seperti negara miskin. Apa sudah jadi? Gaji naik tapi nak makan masih tak cukup. Usah cerita soal nak renovate rumah atau beli kereta baru lebih parah lagi polisi yang membenarkan kakitangan Kerajaan berniaga. Kerajaan makin bingung. Inilah PM paling bodoh pernah saya lihat. Tidak cukup dengan itu, polisi bagi kakitangan awam pencen di umur pada umur 58 akan memberi kesan 30ribu peluang pekerjaan bagi lepasan universiti . Apa sudah jadi? Simen , besi semua ikut harga pasaran, kini banyak dari projek yang siap 50% terpaksa dihentikan akibat kenaikan barang pembinaan, malah Paklah terpaksa bentang tambahan 30 billion hanya untuk menggerakan projek sedia ada, bukannya melakukan projek baru. Manakala belanja pengurusan kerajaan meningkat dari tahun ketahun sedangkan produktiviti negara menurun. Tidak lama lagi kita akan mendengar satu persatu Kilang yang beroperasi di malaysia akan mengucapkan "Selamat Tinggal Malaysia" ataupun pelabur ini akan lari malam seperti yang dilakukan kilang Nikko Elektronik. Bayangkang andai 10 Kilang lagi memberhentikan operasinya dan setiap kilang mempunya 1500 pekerja, ia akan mengakibatkan 15000 keluarga hilang pendapatan. Maknanya mereka akan jatuh miskin. Itu belum dikira kontraktor-kontraktor yang akan mula hilang pendapatan. Projek jambatan Pulau Pinang sahaja belanjanya 5 Billion yang dapat hanya satu syarikat bersama kroninya, sedangkan kontraktor kelas F kini yang berjumlah 40,000pun akan hilang punca pendapatan. Salahnya siapa? Salahnya kita membiarkan orang Bodoh memerintah Negara. Mereka yang diatas hidup senang lenang menyapu semua khazanah negara, rakyat papa kedana. Perdana Menteri jenis bodoh dan kuat tidurnya, malah pergerakannya dikawal si anak menantu. Sampai bila kita harus membiarkan negara kita dibawa ke arah kemiskinan? Persatuan perniagaan Cina kini sudah mula resah. Nahkoda Malaysia terlalu bodoh, pemimpin Umno tidak henti henti memainkan sentimen perkauman. Permainan politik sudah semakin kotor, orang no 1 dan 2 MCA sudah meletak jawatan sebagai mengambil sikap bertanggungjawab manakala pemimpin no 1 dan 2 UMNO kini masih mahu mempertahankan kuasa biarpun negara ini jatuh miskin atau jadi huru-hara. Satu cara nak pertahan kuasa guna cara politik paling kotor. Negara akan terjerumus ke kancah kemiskinan dan kegawatan. Tidak ada lagi cara lain kita mahu menyelamatkan Ekonomi Malaysia, hanya peralihan kuasa dan kepimpinan baru yang mampu menjadi jeneral bagi menghadapi fenomena global dan ancaman ekonomi. Kini tiba masanya pemimpin BN bukan Melayu menyertai Pakatan Rakyat sebagai mengambil rasa tanggungjawab membentuk gagasan baru kepimpinan negara ,membina ekonomi baru yang lebih gemilang. Kalau tidak, bangsa cina yang akan mengalami kesan yang paling teruk andai Paklah terus memerintah negara dalam kebodohannya. Kerana mereka antara kelompok terbesar golongan peniaga. Berfikirlah demi generasi anda. Jika Paklah memerintah 2-3 bulan lagi negara akan menghadapi krisis ekonomi , politik dan juga diheret kepada ketegangan kaum. Bagi rakyat inilah masanya kita mendesak satu perubahan. Demi masa depan kita, Paklah tidak pernah insaf dengan penindasannya kepada Rakyat. Hanya kita punyai kuasa terakhir sebelum Malaysia terjerumus ke kancah kemelesetan Ekonomi dan akhirnya jatuh miskin. Andai suatu masa nanti bila kita hanya bergantung kepada minyak di kala ekonomi dan perindustrian kita sudah mati. Jadilah kita seperti Nigeria dan Sudan, negeri yang ada hasil minyak yang banyak tetapi rakyatnya miskin. "Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan" AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! - Reformis Muda
AWAN TETAP LAWAN
Monday, July 7, 2008
Jika Paklah Kekal Memerintah Beberapa Bulan lagi, Ekonomi Malaysia Merudum
Posted by
Sang Pemantau
at
4:50 PM
Labels: ekonomi, Pak Lah undur, Utara Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum semua,
Saya berpendapat bahawa Pak lah bukanlah penyebab kepada turunnya ekonomi malaysia pada masa kini.
Ini adalah kerana kenaikna harga minyak dan barang-barang adalah disebabkan oleh desakan permintaan yang tinggi daripada pasaran dunia yang membuat spekulasi bahawa keperluan barang-barang adalah tidak mencukupi dan akan habis di dalam masa yang singkat.
Pihak kerajaan tidak dapat membiarkan harga minyak kekal pada masa yang lama kerana dikhuatiri akan merencat pertumbuhan ekonomi di malaysia dalam jangka masa 3-4 tahun lagi. Pemberian subsidi terhadap minyak sendiri adalah tinggi selain daripada barang-barang kawalan yang lain seperti beras, minyak sawit, getah dan sebgainya.
kilang Nikko Eletronik menutup operasinya secara tiba tiba yang menyebabkan 1000 pekerja dan melibatkan 1000 keluarga hilang punca pendapatan. Ini adalah akibat daripada kenaikan harga barang-barang kos dan sumber bahan mentah, malah Pihak syarikat mengalami kerugian akibat daripada kemorosotan penjualan syarikat mereka di dalam pasaran tempatan.
Waalaikumussalam....
Pendapat anda tentang kenaikan harga minyak dan barang itu sememangnya dipersetujui ramai....
Sepatutnya kerajaan Pak Lah tidak senang2 menaikkan harga minyak secara drastik sebab kenaikan harga minyak dunia lebih menguntungkan Malaysia sebagai negara yang menjual minyak walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kerajaan masih lagi mempunyai pendapatan yang lebih walaupun harga minyak dunia naik. Dengan sebab ini, Pak Lah dan kerajaan pimpinannya sepatutnya lebih berhati-hati menangani krisis dunia ini. Bukan senang2 meletakkan semua beban kepada rakyat.
Anda lihat gaya hidup pemimpin kita sekarang. Adakah ianya mencerminkan kerajaan tak berduit. Selagi pemimpin boleh hidup mewah, selagi tu la dia tak boleh meletakkan beban kepada rakyat terlampau drastik. Banyak lagi sebabnya...anda fikir dan renungkan.....
Post a Comment