+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label Ezam. Show all posts
Showing posts with label Ezam. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?

Harakahdaily

WAN NORDIN WAN YAACOB

Wed | Mar 25, 09 | 3:37:33 pm MYT

Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Adapun Gerak yang diperturunkan Ezam kepada anak didiknya, Mohd Nazree Yunos hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Walhal dalam kes 45 ekor lembu membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nazree menjadi orang pertama yang melaporkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan tersebut.

Nazree dan beberapa rakan mahasiswanya melaporkan sendiri kes tersebut kepada SPRM, dan disambung dengan pelbagai kenyataan kecaman terhadap Khalid.

Natijah laporan itu, Khalid sendiri telah menyaman Nazree selaku Pengerusi Gerak berikutan dakwaan melampau kononnya Khalid menyalahgunakan harga kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (24 Mac 2009).

Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Tidak ada sebarang usaha untuk mengemukakan laporan, walhal amat dikehatui umum bahawa Gerak kononnya mempunyai sumber dalaman yang cukup bijak mendapatkan maklumat.

Seperkara lagi persoalan yang juga akan timbul samada engasas Gerak akan membela nasib anak didiknya yang kini berhadapan dengan saman dari Khalid, atau Nazree akan terus bersendirian menghadapinya.

Rakan lama Ezam sewaktu menubuhkan Gerak, Badrul Hisham Shaharin sendiri ada menyatakan perihal Ezam dalam hal ini.

Yang pastinya kata Badrul Hisham, Nazree akan tahu siapa sebenarnya mentornya itu selepas ini, dan perihal rasuah dalam Umno pastinya suatu pengajaran kepada Gerak. _




Read More...

Friday, August 1, 2008

Permatang Pauh: Tarikh pilihan raya kecil Rabu, Umno 'tolak' Ezam

Mstar online

01-08-2008 08:46:37 PM
Oleh G. MANIMARAN

(Mutakhir) PETALING JAYA: Tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan pada mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pertengahan minggu depan - Rabu ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini.

"Notis sudah diterima. Kita akan tentukan tarikh pilihan raya pertengahan minggu depan," kata beliau.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999, dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan dalam 60 hari lagi.

Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR memutuskan untuk mengosongkan kerusi berkenaan selepas disandang sejak 1999.

Dalam pada itu, Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd. Noor memberitahu Bernama berkata, mesyuarat minggu depan akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.

Lazimnya penamaan calon diadakan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan.

Dan, jika tempoh berkenaan adalah lapan atau sembilan hari, pilihan raya kecil itu kemungkinan diadakan minggu terakhir bulan ini.

SPR memperuntukkan 13 hari untuk berkempen ketika pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, Dr. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388.

Kerusi itu juga pernah diwakili oleh Anwar semasa beliau masih dalam Umno - dari tahun 1982 hingga 1999.

Ezam yakin Anwar menang, Umno Permatang Pauh tidak mahu Ezam

Dalam pada itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata: "Kami mahu anak Permatang Pauh menjadi calon."

Kata beliau, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor yang kini menyertai Umno, belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat di situ.

Ekoran pengumuman itu, terdapat cadangan supaya Ezam bertanding di situ sebagai calon Barisan Nasional berdasarkan kepada pengetahuan beliau mengenai Anwar.

"Anwar sudah bertapak di Permatang Pauh sejak 1982 dan agak susah untuk memperkenalkan calon
baru yang bukan anak tempatan dalam masa yang singkat kerana masyarakat di sini begitu mementingkan faktor orang yang mereka kenal atau tahu," kata Abdul Jalil dipetik Bernama di Butterworth.

Beliau ditanya mengenai orang yang bakal dipilih oleh Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Parlimen Pauh tidak lama lagi.

Beliau berkata, calon BN itu mestilah orang yang boleh berkhidmat kepada masyarakat dan mengambil berat kesusahan mereka.

Mengenai persiapan, Abdul Jalil berkata bahawa sebaik saja selesai pilihan raya umum 8 Mac lepas,
Umno Bahagian Permatang Pauh sebenar sudahpun mengerakkan jenteranya bagi menghadapi pilihan raya kecil di situ kerana menjangkakan Wan Azizah memang akan mengosongkan kerusi itu untuk Anwar.

"Kita tidak terkejut dengan pengumuman Dr. Wan Azizah itu kerana semasa berkempen pada pilihan raya umum dulu beliau sudah memberitahu mengenai perkara ini. Jadi, persiapan kita memang telah bermula awal lagi," katanya.

Abdul Jalil berkata, Umno bahagian itu telah mengadakan majlis penerangan di semua 92 cawangannya sejak dua minggu selepas pilihan raya umum selesai bagi menghadapi kemungkinan ini.

"Kursus pilihan raya juga telah diadakan untuk pergerakan Puteri dan Wanita sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian. Insya-Allah, persediaan kita sudah teratur," katanya.

Beliau berkata, dengan bantuan dan kerjasama parti komponen BN yang lain, "pertembungan" yang dianggap paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Permatang Pauh nanti dapat ditempuhi dengan lancar.

Abdul Jalil berkata, sejak kawasan itu diwakili Dr. Wan Azizah, penduduk Permatang Pauh "letih" menghadapi karenah pemimpin parti itu yang hanya memecahbelahkan keharmonian masyarakat dan menyekat kemajuan dan pembangunan di kawasan berkenaan.

"Cukuplah kesusahan yang telah kita lalui. Hanya kerana hendak memperjuangkan Anwar seorang, orang lain terpaksa mendapat susah.

"Buktinya, penat lelah menghadapi pilihan raya umum belumpun reda, kita terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya. Semua orang akan mendapat susah kerana dia. Ini bukan perjuangan untuk rakyat tetapi perjuangan peribadi," katanya.

Walaupun mengakui pertandingan kali ini memang sukar, Abdul Jalil berkata, Umno yakin dapat memenangi hati rakyat menerusi usaha dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu untuk membela nasib rakyat.

Read More...

Ezam ‘ nak sambut ' Anwar di Permatang Pauh


Ezam Mohd Nor nak jadikan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh gelanggang terbaik mendedahkan apa yang didakwannya bagaimana bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati politik negara serta orang Melayu selama ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu berkata, beliau tidak pernah takut berdepan Anwar kerana ianya bukan soal kalah menang tetapi soal maruah dan tanggungjawabnya menjelaskan kepada rakyat siapakah Anwar sebenarnya.

“Saya bersedia berada di barisan hadapan ketika kempen pilihan raya nanti. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya tidak gentar bertarung dengan Anwar termasuk di Permatang Pauh,” katanya kepada Agendadaily, lewat Khamis malam.

Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) menentukan siapa akan bertanding menentang penasihat PKR itu kelak.

Sebelum ini, Ezam sudah menyatakan kesediaanya bertarung dengan Anwar dalam pilihan raya kecil sama ada di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim Bandar Baharu.

Berikutan pengumuman Anwar untuk bertanding, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar UMNO meletakkan Mohamad Ezam sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh menentang Anwar kelak.

Menurut Ezam, beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat negara ini mengenai tindak tanduk Anwar yang dianggapkan sudah mengkhianati politik serta orang Melayu di negara ini.

Malah katanya, Anwar turut mengkhianati dirinya sendiri.

“Sama ada jadi calon atau tidak, saya mempunyai tugas untuk membetulkan semula kesilapan kerana memberi perspektif yang salah mengenai kerajaan sekarang kepada orang ramai selama 10 tahun bersama PKR,” ujarnya.

Ezam berkata, beliau akan bangkit dengan isu politik serta peribadi Anwar kerana selama ini, banyak yang diketahui mengenai bekas bossnya itu- 31/7/2008.

Read More...

Sunday, July 13, 2008

Jangan sekadar berbicara, unjurkan bukti – Tian Chua kepada Ezam

Suara Keadilan

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.

Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.

“Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.

Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.

Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

Ezam juga menambah Anwar seharusnya tumpu kepada laporan sodomi yang dibuat kepada bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, dan bukan mengenai konspirasi politik.

Mengulas dengan lebih lanjut, Tian Chua berkata persoalan samada Ezam terbabit atau tidak dalam pertuduhan sodomi ini bergantung kepada siasatan polis dan Jabatan Peguam Negara, berdasarkan kepada testimoni yang disediakan oleh yang menuduh.

“Anwar sehingga kini tidak menyebut apa-apa mengenai pembabitan Ezam Md Noor dalam konspirasi ini. Mengapa beliau harus melatah?,” soal Tian Chua.

Mengapa Ezam Pertahan Najib?

Tian Chua, yang juga regu reformasi Ezam di era 1998, turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Ezam, menuduh Anwar telah memperbesarkan konspirasi sodomi ini dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.

Lapor Malaysiakini, Ezam berkata demikian di majlis yang sama, dan merujuk kepada Akuan Bersumpah P Balasubramaniam. Akuan tersebut mendedahkan Najib bukan sahaja kenal dengan mangsa, bahkan juga pernah menyetubuhi ibu beranak dua itu.

Menurut penyiasat persendirian itu lagi, Altantuya mengizinkan dirinya diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

P Balasubramaniam, adalah bekas polis Cawangan Khas, dan diupah Abdul Razak Baginda memantau pergerakan Altantuya. Mangsa dibunuh oleh dua pegawai pengiring Najib – Azilah Hadri dan Sirul Azhar – pada malam Ramadhan 2006.

“Anwar Ibrahim, tidak menuduh Najib, tetapi sebaliknya beliau menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat Akuan Bersumpah ini kerana ia mengisi ruang-ruang kosong dalam siasatan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu,” kata Tian Chua.

Read More...

Surat buat Ezam dari Bayan Baru

Tranungkite

Dilulus terbit pada Sunday, July 13 @ 20:07:49 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh cheguBard


 Semalam ketika pulang dari sesi taklimat khas isu semasa bersama kepimpinan Bahagian keADILan Jempol dan ceramah umum, cheGuBard agak terkejut. Dari Palong ke Kuala Lumpur tidak kurang dari 9 sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Malah sekatan yang agak luar biasa di adakan di Sungai Besi. sms dari teman - teman pula (belum dalam dipastikan kebenaranya) menyatakan parlimen sudah dikepong polis dan bangunan penyiaran seperti Angkasapuri dikawal tentera.

Mungkinkah ini sebagai bukti menunjukkan kebenaran kenyataan menteri - menteri Umno yang menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan proses perubahan fasa 2 (selepas perubahan tsunami politik 8 Mac) yang akan dimulakan Isnin ini dengan usul tidak percaya kepada Pm di Parlimen. Nampaknya perkembangan sehingga terpaksa menggerakkan tentera membuktikan penguasa korup mula panik dengan ketakutan.

Pengumuman Abdullah bahawa dia akan berundur 2 tahun lagi sebenarnya adalah untuk mengendurkan tekanan yang wujud. Pertama tekanan yang diberikan kerana kelemahan dirinya dan kedua tekanan dari kem Najib/Mahathir yang sudah tidak mahu menunggu kerana bagi mereka kelemahan Abdullah akan diperguna PAKATAN untuk mengambil alih kerajaan. Abdullah dilihat bukan sahaja tidak mampu menghentikan proses 'lompat' tetapi memperlahankan proses itu juga tidak mampu.

Ada satu teori pula mengatakan pengumuman Abdullah hanya tindakan membeli masa yang gagal. Jelas kem Mahathir/Najib amat tidak selesa dengan pengumuman 2 tahun itu. Kemungkinan apa yang berlaku ialah modus operandi Tun Razak mengambil alih kuasa dari Tengku Abdul Rahman mungkin tidak boleh dielakkan. Dalam teori ini Anwar dan 'tenteranya' mungkin terpaksa ditahan. tetapi amaran buat Regim Najib nanti jika ini benar berlaku bukan sedikit celaka diundang dalam negara. Kebangkitan kali ini bukan setakat kerana Anwar semata tetapi Anwar dijadikan ikon gerakan rakyat tertindas. Rakyat pasti akan bangkit melawan penderitaan sendiri.

Menyentuh soal Ezam pula seminggu dua ini che'GuBard menerima terlalu banyak sms, komen blog dan email yang mempertikaikan che'GuBard kerana berdiam diri dan tidak komen pasal Ezam. Ada yang memetik semula kenyataan che'GuBard dalam Malaysia today yang menyatakan 'Ezam tetap teman saya tetapi jika dia menyerang parti selaku MPT saya wajib mempertahankan parti...'

Benar kini Ezam telah mula menyerang, tetapi itu bukan bermaksud tumpuan kita harus kepadanya kerana itu yang diharapkan. Dia baru memasuki Umno, jangkaan beliau jalanya senang kerana borangnya diterima presiden Umno sendiri tetapi semuanya berubah selepas itu. Dia hampir tidak diterima keahlianya, dalam mesyuarat MKT umno memutuskan dia hanya dibenar menjadi ahli tetapi tidak dibenar pegang jawatan atau bertanding. Ini anti klimaks bagi penyokongnya.

Sekarang dia dalam proses menyakinkan kepimpinan Umno betapa dia penting dan mampu menjadi meriam strategik untuk menyelamatkan Umno dari serangan kebangkitan rakyat. Dia cuba membuktikan bahawa dia setia malah lebih setia dari orang Umno yang tidak pernah keluar Umno. Dia sedang memancing untuk dijadikan objek serangan PAKATAN ...dia cuba menunjukkan keikhlasan dengan menadah dada untuk di tembak agar memancing simpati dan keyakinan pimpinan Umno. Untuk itu sudah tentu dia memerlukan hujan peluru yang lebat dan kuat agar menimbulkan lebih simpati dan keyakinan.

Dan hari ini mungkin dia sedikit berjaya ketika dia mula ditembak. Mengenai sumpah dan bongkar, apa nak dihairankan ia terlalu sinonim dengan Ezam.

Namun untuk puaskan hati kawan - kawan di bawah ini saya siarkan petikan surat dari Zul, Bayan Baru dan gambar 'kononya' rumah Ezam makin besar semenjak masuk Umno.



Cuma pesanan ikhlas cheGuBard tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....



Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno

(surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”

Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah?Untuk pengetahuan Ezam,saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari pulau pinang sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar.Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam,Anwar maklumkan ‘Biar la,dia nak belajar macam mana politik.Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’.Terfikir pula saya,jika Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM.Buang masa Ezam nak tunggu,bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah din & zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara.Sekali lagi saudara di selamatkan oleh saudara Amizudin,Zulkifli,Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti.Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat,sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggappan kedua betul,Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.sedarkah Ezam,bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM,tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat.layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN.Nasihat saya kepada Ahli UMNO yang sahaja,pada EZAM tak guna nasihat sebab dia Ego,penting diri,menipu,hipokrit,tak malu dan banyak lagi.Tanyakan kepada EZAM

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia,jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu,dia pun bukan bersih,saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,klau nk ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan.Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la,saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

5.Dalam PKR dulu saudara selalu tak sehaluan dengan Pimpinan sama ada dlm kalangan pemuda itu sendiri Saifuddin,Saiful Izham,Lokman sehingga Azmin Ali?
A.J.E:Saya tegur cara mereka ini juga di ajar dalam islam,kalau mereka tak mahu dengar tak guna saya jadi ketua pemuda PKN,baik saya tumpu pada agenda rakyat.UMNO pilihan saya.

6.Tetapi pertembungan saudara membuatkan org lain terlibat sama,Contoh dulu cikgu Bard tak ada masalah dengan Saifuddin & Azmin tapi kerana pertahankan saudara dia bertembung dengan Saifuddin & Azmin?
A.J.E:Saya tak minta dia bertembung kerana saya,biar saya dah la berdepan

7.Saya dengar dakwaan Amizuddin Ahmat Exco Kanan AMK Pusat mengenai saudara bukan seorang pejuang tetapi pekerja kerana sepanjang dalam keadilan saudara di biayai sehinggakan Ezam & Isteri dibiayai ke mekah tahun sudah?
A.J.E:Tak betul,itu semua fitnah pada saya.Saya ke mekah pun duit hasil simpanan saya selama 10 tahun.
8.Sejak masuk UMNO ni,lain sungguh jawapan saudara ya?dah lama buat keja menipu ni?Semua soalan saya langsung tak menunjukkan jawapan sebenar.
A.J.E:Saya tak pernah bohong,saudara tak tahu yang Anwar tu kaki liwat,Tapi saya tak mahu aibkan dia,saya ada bukti.

Oleh itu,saya cabar saudara EZAM untuk buktikan siapa dia Anwar?Tak perlu bagi alasan ‘JIKA’ keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah sebab Ezam masuk UMNO kerana habuan jutaan ringgit.Jangan gunakan alasan ‘tak mahu aibkan’ sebab dulu tiada istilah tersebut sewaktu saudara londeh Mahathir,londeh anak menantu Pakla,londeh Najib rosmah,londeh Hishamuddin Hussien onn,londeh khir toyo & kami tak lupa langsung apa yang kamu dakwa pemimpin pada UMNO,Sebab tu saya mahu anda jumpa EZAM tanya dia ‘ADA APA LAGI YANG DIA TAK KATA PADA UMNO’ semasa dalam PKR?Dulu kata PKR jangan cabar saya,sekarang kata pula,‘JIKA’ Anwar & Wan Azizah desak.Belit-belit la lu Ezam.

Anwar,Wan Azizah & seluruh kepimpinan pusat tak ada masa nak layan bincang isu anda,jadi saya buka gelanggang EZAM buktikan siapa ANWAR supaya demi AQIDAH kami layak tahu kerana kami adalah orang yang akan pertahankan insan di zalimi bukan sahaja pada Anwar.Buktikan,Buktikan & Buktikan jangan hanya tahu menyalak macam anjing salak bukit.Kamu penipu besar,benarlah kata-kata Lokman Noor Adam sebelum ini mengenai EZAM.Iaitu PEMBOHONG!!!

Note : A.J.E. bermaksud ‘Adakah Jawapan Ezam’

Zulfazdli Md Noordin, Timbalan Ketua AMK Bhg Bayan Baru

Read More...

Pengakuan Kawan Ezam....

m@rhaen.org

Assalamualaikum wbth...

Pertamanya saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr. Ezam. Saya doakan Ezam sentiasa sihat dan dapat mendirikan Sholat dengan istiqamah dan khusuk ketika ini.

Bila saya baca profile ezam dalam ezam.my, saya agak terkejut bila jawatan ezam tidak disebut mengenai keADILan dan PKR di situ. Buat pengetahuan ezam, saya Sahat Mohd Saleh adalah bekas Ketua Pemuda keADILAan Johor Bahru yang saudara minta saya bawakan buku2 dan kandungan ' 6 peti rahsia ' dari JB ke Singapora 8-9 tahun yang lepas.

Mungkin ezam malu nak menyatakan jawatan ezam bersama-sama kami dahulu kerana menjaga 'periuk nasi' sekarang...

Buat pengetahuan ezam, saya adalah kawan karib Lokman. Mungkin sehingga hari terakhir ezam nak mati nanti pun mungkin ezam tidakkan lupa nama, rupa , sendu tawa dan sikap LOKMAN NOOR ADAM. Walaupun beliau mempunyai senjata yang cukup untuk ' membungkus ' ezam hari ini. Saya sebagai sahabat karibnya. Tidak akan membenarkan beliau tersungkur dlm dunia politik.

Buat pengetahuan tuan ezam, terlalu byk ' rekod ' perbualan telefon dan SMS ezam dan data data2 kewangan ezam ' mungkin berada' berada ditangannya. Cuma saya berharap saudara dalam mencari rezeki untuk anak-anak dan keturunan. Usahlah terlalu mencaci cemuh bekas Mentor kita ....DSAI. Saya ada bertanya PA abg Azmin. " apa kata DSAI pasal ezam ...." DSAI cakap.... " Biarlah dia baru nak belajar berdikari... "

Bagi saya, walaupun ezam baru berjinak-jinak mau menjadi menteri ...menderhaka pada gurunya sendiri tu tidak membawa kemana. Saya rasa tuan tidak patut membunuh LOKMAN dan DSAI. Waktu dulu, sekarang dan akan datang. Ezam terlalu cetek dlm dunia politik dan perjuangan. Kerana RM ezam menikam sana dan sini. Saya pun kekadadng malu nak baca cerita-cerita tuan dalam Utusan Malaysia..... Banyak2 manusia dalam dunia, guru sendiri dilawan.... Tapi saya yakin dan mungkin DSAI yakin dengan keupayaan ezam dalam politik. Dia masih belum berminat 'merotan anak-anaknya '. Saya bimbang, jika DSAI hilang sabar... Kemana agaknya ezam hendak bawa diri nanti jika ianya berlaku.

Tempoh hari ada teman di Surau bertanya. " Betulkah DSAI meliwat Saiful tu..... " Saya jawap... Tu kena tanya Ezam. Ezam pun cun jugak.... dialah orang pertama diliwat kerana muka dia lebih kurang Saiful jugak.... mungkin rindukan punggung ezam, Saiful jadi mangsa.. "

So, Saudaraku Ezam.. selamat berjuang. Semoga Ezam berjaya dan ikhlas dalam perlakuan sehari-hari

“LAWAN TETAP LAWAN”

Sumbangan

Setiausaha
Angkatan Muda keADILan Negeri Johor

Read More...

Saturday, July 12, 2008

Ezam ulangi amaran...jangan jolok sarang tebuan


Agenda daily


Apa ada dalam ‘poket’ Ezam Mohd Noor. Setakat ini sudah dua kali Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini keluarkan amaran itu.Ramai yang ternanti-nanti apa yang nak diletupkannya itu.

Dari gaya cakapnya semasa berucap di pada satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 Jumaat malam Ezam nampaknya dah geram sangat.

Para hadirin di ceramah itu terus dikejutkan dengan kata duanya beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.


Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.

Katanya berkata beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan diberi habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

Katanya perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.- 12/7/2008

Read More...

Saturday, July 5, 2008

Ezam dicabar dedahkan isi enam 'kotak hitam'

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Sat | Jul 05, 08 | 11:26:59 am MYT

PULAU PINANG, 5 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kepala Batas, Amirzudin Ahmat mencabar bekas Ketua AMK, Ezzam Mohd Noor membuka kesemua enam koak hitam yang dikatakan mempunyai kes membabitkan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Dulu beliau sanggup merengkuk dalam penjaja ekoran mendedahkan dua nama iaitu Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

"Saya cabar Ezzam untuk dedahkan enam kotak hitam yang dikatakan 'kotak rasuah' kepimpinan Umno. Dulu dia merasa bimbang ditahan tapi sekarang dedahlah," ujarnya kepada media sejurus selepas membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang semalam.

Tegas Amirzudin lagi, sekarang ini apa yang Ezzam hendak bimbangkan kerana beliau kini bersama jentera serta bekerja untuk menangkan BN.

Ezzam sepatutnya, mengambil peluang ketika berada dalam BN mendedahkan kotak hitam yang dimaksudkan, baru tindakannya selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, katanya.

Tetapi, beliau nampak gayanya seolah-olah mengetepikan kotak hitam yang diperkatakan ketika dalam kepimpinan KeAdiLan dan sekali gus menampakkan sikapnya yang tidak jujur dalam perjuangan, tambahnya.

"Sebenarnya kita tahu siapa Ezzam dari dalam hingga luarnya. Beliau hanya pekerja biasa dalam Umno sedangkan beliau merupakan aset penting untuk menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum lepas," katanya yang pernah menjawat Ketua AMK Negeri ketika Ezzam ketua AMK Pusat.

Tambahnya, dari dulu Ezzam hidup atas tanggungan orang lain bukan beliau berdikari sebagaimana kepimpinan lain.

Semua keperluanya ditaja oleh individu kaya termasuk keluarga, kenderaan dan ke mana sahaja beliau pergi ke pelusuk tanah air untuk berceramah.

Sekarang ini jelasnya, individu terbabit telah menarik balik segala kos tanggungan yang diberikan berikutan tindakan Ezzam Mohd Noor menyertai Umno semula.

"Perbandingan kita dengan Ezzam ialah beliau pekerja yang dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan parti tetapi kita adalah jentera sebenar yang sanggup habis wang ringgit demi melihat parti dipertingkatkan. Sampai kini saya tahu siapa yang bayar," kata beliau.

Bersama membuat laporan polis ialah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir.

Laporan itu dibuat di hadapan pegawai polis, Amrita Kaur a/p Hernek Singh pada pukul 2.42 petang.

Semalam laporan itu dibuat serentak di seluruh Malaysia lanjutan akuan bersumpah P. Balasubramaniam di Kuala Lumpur. - mns _

Read More...

Najib penghalang Anwar jadi PM – Ezam

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.

“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.

Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.

“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.

Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.

“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.

Read More...

Wednesday, July 2, 2008

Yahya: Surat MB 'politik murahan' Ezam

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 2, 08 12:31pm

Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bermain "politik murahan" apabila mendakwa kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan untuk meminta sumbangan bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat, kata bekas seorang pegawai kanan.

yahya sahri"Bagi saya, perkara itu (tindakan Ezam) adalah politik murahan," kata Mohd Yahya Mat Sahri (foto kiri), bekas pegawai khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digantung tugas mulai 26 Jun dan menimbulkan kontroversi berhubung kutipan tersebut.

Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam Mohamad Ezam mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Abdul Khalid – ketika itu Yahya masih bertugas.

Bekas ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan berkata, dengan itu, PKR menggunakan pejabat menteri besar untuk tujuan individu dan parti, yang menurutnya satu bentuk "salah guna kuasa".

Yahya berkata, kertas yang ditunjukkan kepada media oleh Ezam hanyalah bahagian hadapan kiriman faksimili sahaja, tanpa mendedahkan kandungan surat yang dihantar serta individu yang menandatanganinya.

"Tunjuk fax cover, siapa pun boleh. Maksud (yang dikatakan sesuatu) surat mestilah ada tandatangan, isi dan kepala surat. (Contohnya) Kalau surat dihantar, sampul tidak boleh menjadi bukti tetapi surat itu sendiri," katanya.

Menurut Yahya lagi, muka depan kiriman faksimili itu "boleh diambil di mana-mana, boleh dibuat".

ezam to shah alam aca 010708 02Beliau bagaimanapun enggan membuat penafian terhadap tuduhan bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kerana "bukti" yang dikemukakan itu tidak wujud.

"Memang tak ada (surat ditunjukkan), jadi saya tak perlu nafi," kata Yahya, yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Jumaat lalu, Yahya dilaporkan berkata "Ezam berbohong" berikutan dakwaannya terdapat sejumlah wang sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta dimasukkan ke dalam akaun PKR sempena majlis sambutan itu.

Semalam, sebagai menjawab tuduhan lawan politiknya itu, Mohamad Ezam tampil ke pejabat BPR Selangor (foto kanan) untuk mengemukakan surat yang menurutnya boleh membantu siasatan kes itu.

"Ezam jangan buat kes baru. Mana enam kotak yang dia sebut-sebut dulu?" katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas tindakan ahli Umno itu, mengulas dakwaan Mohamad Ezam pada 1999 bahawa wujud enam kotak dokumen sulit mengenai salah laku barisan pemimpin negara.

Yahya menambah, sepatutnya Mohamad Ezam mendedahkan kandungan surat yang dikirim kepada sebuah syarikat swasta bagi membuktikan bahawa ia ada kaitan dengan kutipan derma untuk majlis berkenaan, 20 Jun lalu.

Read More...

Tuesday, July 1, 2008

Ezam: Jangan termakan cerita konspirasi Anwar

Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Jun – Orang ramai diminta tidak termakan dengan ‘cerita’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim konon wujud konspirasi untuk menjatuhkannya menggunakan laporan polis yang mendakwa beliau meliwat seorang pembantunya baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar.

“Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Menurutnya, perbuatan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam.

“Jika Anwar tidak suka dirinya dituduh tanpa bukti, dia juga tidak harus berbuat perkara yang sama.

“Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa?” ujar Mohamad Ezam merujuk kepada tindakan Anwar berlindung di kedutaan Turki di ibu negara sejak awal pagi semalam.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kejadian liwat yang membabitkan Anwar dan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Ezam memberitahu, apa yang berlaku “adalah antara Anwar, Mohd. Saiful dan Allah.”

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Anwar merupakan seorang yang pandai bermain sandiwara bagi menutup kelemahan peribadinya.

Beliau berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup kelemahan diri termasuk menggunakan kedutaan asing bagi meraih perhatian antarabangsa.

“Dia menggunakan alasan kononnya wujud konspirasi sekali lagi oleh kerajaan untuk menjatuhkannya sedangkan tuduhan itu tidak benar,” kata Mohd. Ali.

Beliau berkata tindakan Anwar menggunakan pelbagai pihak untuk bercakap bagi pihaknya dengan mendakwa kes itu sebagai konspirasi hanya memburukkan imej negara, kerajaan dan rakyat.

“Kalau beliau (Anwar) tidak bersalah, beliau patut berani hadapi pihak polis dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Read More...

Thursday, June 26, 2008

"Ahli keluarga Anwar dilantik penasihat KDEB" Ezam

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Khamis, 26 Jun 2008

KL: Selepas menggegarkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan dakwaan bahawa PKR mengutip wang dari syarikat swasta dan memasukkannya ke dalam akuan parti, semalam, bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor membuat satu lagi dakwaan; ahli keluarga Anwar dilantik jadi penasihat di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

KLtvMenurut Ezam, dalam ceramahnya di pentas UMNO Bandar Tun Razak, “Saya mahu KDEB [Kumpulan Darul Ehsan Berhad] jelaskan, apakah salah seorang daripada ahli keluarga Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai penasihat kepada syarikat tersebut…?”

KDEB merupakan antara anak syarikat kerajaan negeri yang mempunyai 'duit, dan sebelum ini diarahkan menjadi 'tukang bayar bil percuma' rakyat Selangor kepada Syabas.

Tambah Ezam lagi, PKR di Selangor tidak mempercayai rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kata Ezam “Jelas terbukti bagaimana pimpinan PKR tidak pernah mempercayai rakan Pakatan Rakyat apabila Azmin Ali pada hari ini di Parlimen telah menuduh Dato Dr Hassan Ali yang memberikan maklumat kepada saya setelah pendedahan di buat keatas kepincangan pentadbiran PKR Selangor…”

Lagi berita dan foto berkaitan di Medan Info Kita

Foto & Video oleh Wartawan KLpos.com

Video:

Foto:

Read More...

Saturday, June 21, 2008

"Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam" Ezam

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 20 Jun 2008

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana 'prinsip seorang Muslim".

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.

"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

"Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun," kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Read More...

“Dengan Nama Allah, saya tidak boleh membantu manusia bernama ‘Anwar Ibrahim’...“ kata Ezam

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 21 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Gambar : Ezam, dua dari kanan di atas pentas, berdiri 'petah' menyanyikan lagu UMNO)

Kuala Terengganu – Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor mengatakan tindakan beliau menyertai UMNO bukan ‘masuk UMNO’ kerana beliau tidak ‘pernah keluar’ dari UMNO. tetapi beliau berkata beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata beliau telah dipecat dari UMNO sepuluh tahun lalu oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu) kerana beliau mempersoalkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh sehingga mata Anwar menjadi lebam.

”Saya menulis surat dari Singapura dan menandatangani surat tersebut sebagai Timbalan Ketua Bahagian Petaling Jaya Utara, sebab itu saya saya dipecat dari UMNO,” kata beliau dalam ceramah ‘Mengapa Saya Tinggalkan PKR’ yang dianjurkan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, disini kelmarin.

Ezam mengatakan beliau menyertai UMNO kerana beliau nampak perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan menggubal satu dasar memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Menurut beliau walaupun ada pihak lain yang mahukan perubahan untuk memerangi rasuah tetapi tidak mempunyai kuasa.

”Saya memilih orang yang berkuasa yang mahukan perubahan, sebab efektif, keberkesanan untuk melakukan perubahan ada kepada orang yang mempunyai kuasa,” kata Ezam

Beliau mengatakan beliau telah keluar dari PKR setahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara kerana terdapat kepincangan asas dalam PKR.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/ceramahezam1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Beliau berkata beliau adalah antara orang yang mengasaskan PKR yang ditubuhkan sebagai satu parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu, tetapi Anwar telah menjadikan PKR sebagai parti berbilang kaum sahaja.

Beliau menyelar konsep ‘politik baru’ yang dikemukakan oleh Anwar dengan mengatakan konsep itu telah merosakkan asas ‘Melayu’ sebagai pembentukan negara Malaysia dan menggelar PKR sebagai sebuah parti berasaskan ‘pasaran’.

”Dulu nak tarik sokongan Cina, dia tonjolkan kepimpinan (PKR) dari kalangan Cina, sekarang bila nak tarik sokongan orang Melayu, dia tonjol kepimpinan Melayu,
“ini bagi saya perjuangan mengikut pasaran, dia tengok pasaran,”kritik Ezam.

Ezam terus memainkan sentimen politik ‘bangsa’ dengan mengambil contoh tindakan ADUN berketurunan India yang juga Exco kerajaan Selangor mengeluarkan anak dari sekolah kebangsaan.

Anwar terus menjadi menjadi sasaran Ezam dalam menjadikan alasannya meninggalkan PKR dan mengungkit segala usaha dan pertolongannya membantu Anwar dan keluarga sejak dari Anwar dipecat, sehingga Anwar keluar dari penjara.

Beliau kesal kerana Anwar dan isterinya Datin Seri Azizah tidak membela dirinya apabila beliau diserang dengan mengatakan beliau mempunyai agenda politik bersama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin.

Beliau juga mengatakan permainan politik Anwar adalah permainan politik yang tidak ada etika, yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan orang ramai dan negara, yang akan merosakkan negara.

”Macaman pelabur nak masuk, sekejap ahli sana nak lompat, sekejap sini nak lompat,”tambah Ezam.

Ezam telah memperkukuhkan tindakannya meninggalkan Anwar dengan berkata 'dengan nama Allah', setahun selepas Anwar dibebaskan, beliau telah diperlihatkan, sebagai orang Islam yang berpegang teguh dengan prinsip Islam, dengan kesetiaan kepada Allah dan RasuluLlah, beliau tidak boleh sama sekali membantu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

”Kalau tuan-tuan nak tahu apa dia, tunggu episod yang kedua, sebab prinsip saya saya tidak suka mengaibkan orang,

“tapi sekiranya masih mencabar maruah saya, saya sedia bertempur,” kata Ezam disambut dengan tepukan oleh hadirin yang hadir dalam dewan yang separuh kosong.

Read More...

Monday, June 2, 2008

Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Mon | Jun 02, 08 | 1:57:17 pm MYT

Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".

Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.

Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.

Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.

Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.

Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.

Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.

Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.

Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.

Read More...

Ezam jangan hanyut dalam arus deras 'kerajaan tiga beranak'

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Sun | Jun 01, 08 | 11:13:50 am MYT

Sejak laporan mengenai tindakan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor menyertai semula Umno, telefon bimbit saya tidak sunyi dari panggilan dan sms rakan-rakan yang bertanyakan sebab Ezam menyertai parti lamanya.

Ramai yang menyatakan bahawa mereka terperanjat dengan laporan tersebut kerana bagi mereka Ezam adalah antara Ketua AMK yang paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Ini termasuk membuat laporan terhadap Abdullah dan anak-anaknya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai pengagihan kontrak kerajaan sekitar akhir tahun 2006 yang mengejutkan ramai pihak.

Ramai juga yang tidak menyangka Ezam yang dahulunya dihujani dengan pelbagai tindakan ke atasnya oleh kerajaan Umno/BN sewaktu membela nasib, Dato' Seri Anwar Ibrahim kini menyertai kerajaan yang menganiayanya suatu ketika dahulu.

Selepas menerima sms demi sms dan panggilan demi panggilan dari rakan-rakan yang bertanyakan mengenai Ezam, saya mula mengirimkan sms kepada Ezam dan rakan karibnya, Abdul Ghani Haroon bertanyakan status Ezam.

Ghani ketika mula membalas sms saya hanya menyatakan 'tunggu' penjelasan Ezam mengenai kemasukan semula ke dalam Umno.

Saya mengirimkan sms kepada Ghani kerana beliau adalah orang yang paling hampir dengan Ezam selain Badrul Hisham Shaharin dan sanak saudara Ezam.

Hari berikutnya (sehari selepas Ezam masuk Umno) saya ikuti lagi perkembangannya, dan laporan dalam Buletin Utama TV3 mendedahkan Ezam menyertai Umno kerana merasakan kini beliau berada pada landasan yang betul untuk terus berjuang.

Namun sms tidak putus-putus mengunjungi telefon bimbit saya hingga lemas percutian saya bersama keluarga tatkala berada rumah dan di rumah sanak saudara.

Kisah seorang ayah

Paling kecewa dengan keputusan Ezam menyertai semula Umno ialah ayah saya (Wan Yaacob) yang dahulunya cukup meminati ceramah-ceramah Ezam termasuk pernah menganjurkan ceramah di markas berhampiran rumahnya dan menjadikan rumahnya sebagai rumah tempat tetamu kehormat termasuk Ezam menjamu selera.

Ketika menonton laporan dalam Buletin Utama berhubung kenyataan media Ezam, ayah saya dengan spontan menyebut 'apa lah dulu kata lain sekarang dah kata lain, ini orang yang tak ada prinsip'.

Namun saya melegakan kemarahan ayah saya dengan berkata ' mungkin Ezam ada agendanya yang tersendiri'.

Begitupun bapa saya membalas selamba 'apa yang nak diperjuangkan kalau kita dah tahu parti yang kita sertai itu sendiri penuh dengan rasuah, penyelewengan, kronisme dan menipu rakyat'.

Terdetus di hati saya dengan kata-kata bapa saya seorang ahli PAS seumur hidup yang cukup cekal dengan perjuangan PAS sejak muda lagi.

Ayah penulis adalah antara penduduk terawal yang menjadi pendokong utama PAS di kawasannya bersama teman-teman seperjuangannya antaranya Ahmad Reduan Ashaari dan Allahyarham Ali Ashaari.

Perjuangannya tidak pernah luntur malah semakin membara walaupun usianya kini sudah menjelang senja.Tiap kali ada ceramah di Seremban, Johol, Batu Kikir, Jempol, Rembau mahupun Tampin, beliau tetap akan pergi.

Jika dalam keadaan uzur sekalipun jiwanya tetap meronta mahu mendengar ceramah apatah lagi jika penceramah 'favourite' nya yang berceramah.

Antara penceramah yang diminati termasuklah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan tidak ketinggalan Ezam Mohd Noor yang kini telahpun menyertai Umno.

Bertanyakan Ezam

Semasa pilihan raya umum lalu, ayah berada dalam keadaan yang sangat tidak mengizinkan beliau untuk bergerak ke sana ke mari mendengar ceramah mahupun berkempen bersama teman-temannya kerana keuzurannya.

Beberapa kali beliau menelefon penulis bertanyakan tentang jadual-jadual ceramah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sekitar Negeri Sembilan.

Namun ayah tidak pernah lupa bertanyakan sama ada Ezam ada berceramah atau tidak untuk pilihan raya umum ke-12.

Penulis hanya mampu menyatakan kepada ayah bahawa Ezam ketika itu bukanlah pemimpin KeADILan atau mana-mana parti politik sebaliknya memimpin Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) satu badan yang menjalankan agenda menggempur rasuah.

Ayah cukup memberi penghargaan kepada Ezam apabila Gerak dalam satu laporan Harakah menganugerahkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar paling bersih.

Katanya, jika Ezam tak berceramah sekalipun tak mengapa, tetapi memberi sumbangan sedemikian sudah cukup memadai bagi membantu perjuangan rakyat menggempur kezaliman Umno/BN selama ini.

Read More...

Apa istimewanya Ezam masuk Umno? - Muhyiddin

Mstar Online

31-05-2008 07:41:00 PM

MUAR: Pertimbangan untuk menerima permohonan kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Nasional (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor ke dalam Umno perlu diperhalusi dan difikirkan semasakmasaknya oleh kepimpinan parti.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan Mohamad Ezam dan beberapa bekas anggota PKR yang lain itu juga perlu melalui prosedur biasa parti tanpa sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka.

"Proses permohonan perlu melalui prosedur biasa pada mesyuarat Majlis Tertinggi, sebelum itu Jawatankuasa Pengurusan, barulah kita lihat kewajaran untuk terima (permohonan) atau tolak supaya tiada ahli yang kecewa kerana seolaholah kita (Umno) ketepikan pertimbangan biasa di atas sebabsebab tertentu."

"Saya tak nampak apa istimewanya kemasukan Ezam. Pada saya kemasukan biasalah. Tetapi dia (Ezam) yang tidak biasa, ada rekod. Kita kena teliti secara halus dan semasak-masaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Pesara Negeri Johor di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, demikian sebagai mengulas permohonan kemasukan Mohamad Ezam dan beberapa pemimpin Pemuda PKR yang lain yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendengar terdapat anggota parti yang berasa tidak senang dan kurang selesa tentang betapa mudahnya Umno menerima kembali Mohamad Ezam, yang juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanpa sebarang usaha menyelidik latar belakang beliau.

Katanya, peraturan dan prosedur dalam perlembagaan Umno perlu dipatuhi sebelum seseorang yang telah keluar daripada Umno dan menentang parti, diterima kembali ke dalam parti.

Prosedur kemasukan ke dalam parti bagi mereka yang telah keluar parti adalah berlainan dengan mereka yang baru mahu memasuki Umno, katanya.

"Ia berbeza dengan orang baru di kampungkampung, berbanding dengan orang yang keluar masuk parti dan menentang (Umno). Ada prosedur dan caranya. Bukan lulus sewenang-wenangnya.

"Ada anggota yang kata mereka kecewa kerana mereka sudah lama berjuang dan tidak pernah sedetik sesaat pun meninggalkan parti, tetapi mereka tidak diberikan layanan sebegitu istimewa, itu yang saya dengar," kata Muhyiddin.

Kata beliau, untuk memasuki Umno adalah mudah iaitu dengan menghantar borang permohonan keanggotaan kepada ketua cawangan.

"Orang yang sudah keluar dari parti, sepatutnya mereka pergi ke cawangan dan serah (borang permohonan) kepada ketua cawangan," katanya.

Ditanya dakwaan bahawa Mohamad Ezam merupakan "Trojan Horse" bagi pihak pembangkang, beliau berkata, adalah tidak baik untuk mempunyai perasaan syak wasangka di kalangan sesama Islam tetapi pada masa yang sama, Umno juga perlu berhati-hati.

Mengenai kenyataan Mohamad Ezam bahawa beliau ikhlas untuk menyertai semula Umno, Muhyiddin berkata, beliau sememang berharap bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas dalam permohonannya itu.

"Saya harap dia ikhlas, tetapi ikhlas mana pun dia ada rekod. Ada prosedur yang perlu dipatuhi supaya kita dapat mengawal keahlian kita di dalam keadaan yang baik," katanya. BERNAMA



Read More...

Sunday, June 1, 2008

Pengakuan Ezam Mohd Nor

Malaysiakini

Jun 1, 08 11:25am

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.

Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.

Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.

Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.

ezam joins back umno 280508Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.

Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.

anwar hadi awang harun din germany 140904 gesturingDalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.

Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.

Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.

Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.

Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.

Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.

Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.

anwar khairy 150807Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.

Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.

Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).

Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".

Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.

ezam interview 310508 5Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.

Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.

Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.

Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.

Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.

ezam interview 310508 1Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.

Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.

Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar

ezam interview 310508 4Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.

Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |