+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 4, 2008

Kenapa Mesti 16 September?


Ibrahimbaba

Kenapa perlu kita tukar kepada tarikh baru untuk meraikan kemerdekaan? Apa sial dan dosanya tarikh 31 Ogos yang telah diterima pakai dan disambut segenap lapisan rakyat serta diiktiraf secara rasminya sebagai tarikh Tanah Air kita merdeka dari jajahan British.

Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?

Kita lihat amalan negara-negara lain. Apakah negara lain juga menukar-nukar tarikh keramat negara mereka setiap kali penambahan negeri atau wilayah dicapai?

Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Tarikh 4 Julai dipilih sebagai tarikh kemerdekaannya. Walaupun pada tarikh tersebut sebenarnya meraikan tarikh pengistiharan kemerdekaan pada tahun 1776 tetapi ianya mulanya diistiharkan dua hari sebelum itu. Malah hanya pada 2 Ogos adalah tarikh sebenar kebanyakkan ahli kongress waktu itu menandatangani pengistiharan kemerdekaan. Dan lebih menghairankan lagi, pengistiharan kemerdekaan hanya diiktiraf 7 tahun selepas itu di bawah Perjanjian Paris (1783) – dan tarikh perjanjian ini tidak pula diterimapakai sebagai tarikh sebenar kemerdekaan mereka.

Semasa pengistiharan kemerdekaan dibuat, hanya ada 13 buah negeri sahaja yang bergabung. Satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika Syarikat pada tarikh-tarikh yang berbeza. Namun, tarikh kemerdekaan mereka masih tetap kekal 4 July. Pada 1976, mereka menyambut secara besar-besaran ”bicentennial celebration” (200 tahun) mereka. Mereka tidak menerima pakai tahun 1959 tarikh terakhir Alaska dan Hawaii menyertai persekutuan mereka.

Kita ambil satu lagi contoh negera Vietnam. Tarikh 2 September diambil sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari Jepun pada tahun 1945. Mereka tidak mengambil tarikh Amerika mengundurkan diri dari Saigon yang akhirnya menyatukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.

Kalau hendak diambil kira tarikh 16 September sebagai tarikh kejayaan kita menyatukan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya, maka apakah tarikh baru patut kita raikan apabila tarikh sebenar negeri-negeri dikira Malaysia kini ialah selepas Singapura keluar Malaysia. Itulah tarikh baru sepatutnya. Itulah tarikh bermulanya persekutuan 13 buah negeri yang kekal hingga kini.

Kalau hanya sekadar memenangkan hati dua negeri baru yang menyertai persekutuan maka kita perlu cari pengertian baru untuk kita kenangkan tarikh penjajah akhirnya menyerah kuasa kepada rakyat tempatan selepas menjajah silih berganti semenjak 1511.

Sekian, IB

1 comments:

Unknown said...

Bagi saya tarikh 31 Ogos sudah cukup sinonim dan serasi dalam hati anak bangsa Malaysia. Malah kanak-kanak kecil pun hafal dan ingat tarikh keramat ini. Ia tidak perlu ditukar kepada 16 September hanya kerana kemasukan Sabah dan Sarawak semata-mata. Sudah 51 tahun kita merayakan Hari Merdeka pada tarikh 31 Ogos. Manakah rasionalnya untuk kita raikannya pada 16 September? Cukuplah dengan satu tarikh yang telah tersemat lama di dalam hati kita.. Cukuplah wahai Anwar...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |