+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 4, 2008

Azilah dan Sirul mempunyai akses untuk seludup keluar bom

kosmo online


SHAH ALAM - Bahan letupan yang ditemui di tempat kejadian di mana wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh adalah milik Unit Tindakan Khas (UTK) dan bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri serta Koperal Sirul Azhar Umar mempunyai akses kepada bahan berkenaan dan peluang untuk menyeludupnya keluar, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, dalam penghujahan semasa menutup kes pendakwaan, berkata Asisten Komisioner, Mastor Mohd. Ariff yang juga Timbalan Komander UTK, memberikan keterangan bahawa jenis-jenis bahan letupan yang disimpan di dalam stor UTK dan kedua-duanya telah mengikuti latihan asas mengenai bahan-bahan letupan.

Tun Abdul Majid berkata, Mastor turut menjelaskan mengenai penggunaan peralatan-peralatan lain seperti perentas peledak, cutting linear charge (CLC) dan kliker.

"Plastic explosives (PE), thunderflash dan stungrenade dikeluarkan bagi tujuan latihan dan tiada rekod mengenai jumlah letupan yang digunakan semasa latihan dan terdapat kemungkinan bahan-bahan letupan yang tidak digunakan tidak dikembalikan, kata beliau.

"Ia adalah berasaskan kepercayaan dan tiada pemeriksaan dilakukan di kediaman pegawai atau kakitangan lain-lain pangkat daripada segi peluru, senjata api dan bahan-bahan letupan," katanya.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota UTK, dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi hari berikutnya.

Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, seorang penganalisis politik pula dituduh bersubahat dengan mereka.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |