+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Sunday, November 30, 2008

Pertembungan impian: Wan Mutalib lwn Wan Farid

siasahdaily












KUALA TERENGGANU, 28 Nov:
Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.

Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.

Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.

Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.

Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.

Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.

Read More...

Kuala Terengganu: ‘taruhan besar’ bagi BN dan PAS


Agenda Daily


Al-Fatihah... atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.

Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan
Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.

Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.

Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.

Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.

Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.

Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,

Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.

Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.

Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.

Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.

Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.

Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.

Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.

Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.

Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.

Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.

Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.

Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.

Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.


Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.

"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.

Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.- 29/11/2008

Read More...

Thursday, November 13, 2008

Buang pemimpin amal politik wang dari Umno - Mahathir

Mstar Online

'Muhyidddin calon terbaik Timbalan Presiden'

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA Pemimpin-pemimpin Umno yang mengamalkan politik wang patut dibuang daripada parti supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir berkata, seluruh negara mengetahui bahawa pemimpin-pemimpin Umno, walaupun bukannya semua, mengamalkan politik wang ketika pemilihan parti.

Justeru, kata beliau, mereka yang mengamalkan politik wang boleh menjadi pemimpin tetapi tidak mungkin dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.

"Jika tidak kita akan kalah dalam pilihan raya seterusnya.

"Seluruh negara tahu pemimpin Umno guna wang. Bila datang kepada pemimpin semuanya korup tetapi tidak semua guna wang.

"Kamu boleh jadi pemimpin Umno tetapi tidak mungkin akan dipilih rakyat," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tidak menolak kemungkinan gejala politik wang juga wujud bagi jawatan Timbalan Presiden dengan mengambil kira keputusan proses pencalonan apabila persidangan perwakilan bahawan berakhir 9 November lalu.

Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan gejala politik wang sebagai paling serius.

Beliau meminta pucuk pimpinan Umno segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Malah, Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, anggota Umno yang terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti Mac tahun depan sepatutnya tidak diberi tempat dalam kepimpinan parti.

Sambil berharap anggota Umno memilih pemimpin yang bersih untuk mengangkat perjuangan parti bangsa Melayu itu ke peringkat yang lebih tinggi lagi, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, jika mereka yang terbabit dalam mainan politik wang tetap diberikan tempat, akhirnya ia akan merosakkan kredibiliti Umno itu sendiri.

Ketika diminta mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon terbaik bagi jawatan Timbalan Presiden.

Selain Muhyiddin yang juga Naib Presiden, turut layak bertanding jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Muhammad kini merupakan anggota Kabinet dan Ketua Penerangan Umno serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Bagaimanapun jelas Dr. Mahathir, menghapuskan sistem kuota bukan cara untuk mengatasi politik wang.

Ketika ditanya cadangannya menghapuskan politik wang, Dr. Mahathir berkata: "Saya ada cadangan tetapi tak tahulah sama ada akan diterima atau tidak."

Read More...

Sunday, November 9, 2008

Zaki cuba elak dengar kes Umno

Malaysiakini

Nov 8, 08 7:54pm

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau seboleh mungkin akan mengelak daripada mendengar kes-kes melibatkan Umno apabila ia dibawa ke mahkamah memandangkan beliau pernah mewakili parti itu sebagai peguam.

Katanya setakat ini beliau akan berbuat demikian sehinggalah merasakan persepsi umum terhadap diri beliau sudah berubah.

zaki azmi chief justice installation event 291008 03"Setakat ini kes Umno yang datang ke mahkamah, saya tidak akan membicarakan. Saya kata saya tidak mahu (membicarakannya)… sehingga saya dapat menunjukkan kebebasan diri saya," katanya dalam Wawancara Khas bersama Pengerusi Bernama Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini yang disiarkan menerusi Bernama TV.

Zaki ditanya bagaimanakah beliau akan mengendalikan kes-kes melibatkan Umno memandangkan wujud keraguan sesetengah pihak kerana beliau sebelum ini pernah mewakili Umno sebagai peguam.

Zaki, 63, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenan Majlis Raja-Raja pada 18 Oktober lepas. Zaki yang sebelum itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed yang bersara wajib.

Zaki juga berkata imej badan kehakiman kini semakin baik selepas pelantikan Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai Ketua Hakim Negara apabila keputusan-keputusan perbicaraan mahkamah terutama berhubung petisyen pilihanraya tidak semata-mata memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Begitu juga, katanya, keputusan Mahkamah Khas yang memerintahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Abdul Rahman membayar AS$1 juta (RM3.5 juta) kepada sebuah bank selepas memutuskan baginda perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

"Tidak campur tangan'


"(Keputusan mahkamah) itu semua menunjukkan kehakiman adalah bebas. Pada saya, hanya masa boleh menentukan atau menunjukkan kebebasan kehakiman," kata Zaki.

Ketua Hakim Negara itu juga berkata beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan penghakiman yang dibuat oleh hakim-hakim dan beliau juga meminta ketua-ketua hakim supaya turut berbuat demikian bagi hakim-hakim di bawah mereka.

"Saya sendiri tidak campur tangan, tidak membuat cadangan kepada mereka dan mereka membuat keputusan mengikut undang-undang," katanya.

Ditanya apakah usaha beliau untuk mengembalikan imej Badan Kehakiman pada tahap pra-1980-an atau sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abas, beliau berkata imej badan itu sedikit sebanyak telah diperbaiki setelah Tun Abdul Hamid Mohamad dilantik Ketua Hakim Negara, dan beliau akan terus berusaha memperbaikinya.

Zaki juga yakin tidak wujud lagi gejala rasuah dalam Badan Kehakiman dan beliau pasti sekiranya masih wujud segelintir yang cenderung ke arah itu, mereka tidak akan berani berbuat demikian.

Beliau seterusnya meminta orang ramai supaya tidak menggoda anggota badan kehakiman untuk menerima rasuah.

Kepada pihak media, beliau memohon supaya tidak mensensasikan berita mengenai sesuatu kes sebaliknya membuat laporan tepat yang akan membantu kenaikkan imej badan kehakiman.

Kes tertunggak

Zaki juga berkata, menjamin pengadilan lebih cepat dan menyelesaikan tunggakan kes yang besar merupakan prioriti utamanya sebagai Ketua Hakim Negara.

"Saya mahu pastikan pengadilan dicapai dengan cepat. (Saya mahu) menyelesaikan timbunan kes. Jika saya dapat lakukan ini, maka saya cukup berpuas hati," katanya.

Tokoh undang-undang terkemuka berusia 63 tahun itu juga berikrar, antara lain, menangani kerenah birokrasi di mahkamah, menghapus halangan pentadbiran, memperbaiki sistem penyampaian kehakiman dan mengurangkan penangguhan kes.

Selaku bekas peguam, Zaki berkata beliau memahami masalah-masalah di mahkamah dan satu daripada sebab beliau menerima jawatan tertinggi dalam badan kehakiman itu ialah beliau mahu membantu memperbaiki imej sistem kehakiman negara.

"Saya diminta untuk menjadi hakim...saya berfikir kalau saya boleh bantu kerajaan untuk memperbaiki badan kehakiman, mengapa tidak. Jadi saya setuju. Ini untuk memperbaiki imej kehakiman. Imej bukan daripada segi rasuah tetapi daripada segi perkhidmatan yang diberi kepada orang ramai. Yang penting ialah sistem penyampaian dalam badan kehakiman," kata Zaki, anak bekas seorang Ketua Hakim Negara, allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.

Zaki berkata sebagai seorang peguam, beliau selalu merasa amat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh badan kehakiman, bukan hanya di peringkat mahkamah tetapi juga di peringkat pendaftar mahkamah.

"Apabila kita hendak mendapat perintah balik, ia memakan masa, surat yang ditulis untuk mendapat jawapan juga memakan masa, kita pergi ke mahkamah terpaksa menunggu berjam-jam untuk kes kita dibicara, malah sekarang saya sudah sampaikan perasaan ini kepada hakim-hakim yang ada. Betapa mengecewakan, saya terpaksa menunggu selama dua jam untuk dipanggil bagi sesuatu kes. Saya harap perkara ini yang akan dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata ada masalah yang dihadapi oleh badan kehakiman yang boleh diselesaikan dengan serta merta, dan ada pula masalah yang memerlukan masa untuk diselesaikan.

Sistem fail

Zaki berkata ketika menjadi Presiden Mahkamah Rayuan, dalam masa dua bulan setengah, beliau telah dapat menyusun semula 50,000 fail (jilid) dan mengurangkan jumlah kerani yang menjaga fail itu daripada 13 orang kepada hanya dua orang.

"Sekarang kalau hendak fail daripada Mahkamah Rayuan, tiga minit atau lima minit sudah boleh dapatkan fail tersebut. Walhal sebelum itu 13 orang menjaga 13 longgok fail dan tiap seorang itu mempunyai sistem mereka sendiri. Tetapi ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan kakitangan. Kalau kakitangan tidak memberi sokongan, saya tidak dapat melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata jika sesuatu fail itu boleh didapati dalam masa yang singkat, perintah mahkamah juga akan dapat dikeluarkan dengan cepat.

Zaki berkata perkara ini benar kerana semasa lawatannya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau mendapati mahkamah memerlukan dua hingga tiga minggu hanya untuk mengeluarkan perintah kerana waktu itu diperlukan untuk mencari dan mendapatkan fail sesuatu kes.

Ditanya jika soal ini perkara yang remeh bagi seorang ketua hakim seperti beliau, Zaki berkata: "Semasa saya di sektor swasta, saya lihat sendiri masalah…emahami masalah dan memberi arahan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan".

"Sebulan selepas itu kita lihat sama ada sasaran dapat dicapai. Dan memberi perangsang kepada pekerja-pekerja, saya melawat ke (pejabat) pendaftar dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya beliau akan memberi tumpuan kepada masalah tunggakan kes dan kelambatan dalam proses membuat keputusan sesuatu kes.

"Terlalu banyak kes yang perlu dibicara dan diselesaikan. Kita amat kekurangan hakim. Selain daripada itu, saya juga pohon kerjasama daripada pihak peguam. Ini kerana pihak peguam juga boleh mempercepatkan perjalanan perbicaraan. Saya akan berjumpa dengan pihak peguam untuk memohon kerjasama," katanya.

Tulis alasan kehakiman

Beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penulisan penghakiman yang mengambil masa terlalu lama kerana terdapat hakim yang boleh menulis penghakiman mereka dalam masa yang singkat tetapi ada juga hakim yang mengambil masa yang terlalu lama untuk berbuat demikian.

Zaki berkata beliau telah membuat cadangan kepada hakim pada majlis penutupan Persidangan LawAsia baru-baru ini, agar mereka belajar menulis alasan penghakiman mereka secara ringkas tertumpu kepada persoalan penting dalam sesuatu kes.

"Seorang hakim semasa saya dua tahun di bahagian komersial di Mahkamah Kuala Lumpur menulis 500 alasan penghakiman. Bukanlah penghakiman itu panjangnya sehingga 50 muka tetapi mungkin dalam lima atau 10 muka…boleh dihabiskan dalam tempoh satu jam. Ini kerana setiap kali hakim membuat keputusan, alasan penghakiman sudah ada dalam fikiran mereka… sebab-sebabnya sudah ada, cuma perlu ditulis di atas kertas, itu sahaja," katanya.

Ditanya bagaimana masalah tersebut boleh diatasi, Zaki berkata satu cara adalah dengan menghantar peringatan kepada hakim yang belum menyerahkan alasan penghakiman dan mengadakan log alasan penghakiman untuk semua hakim, yang akan membolehkan mereka membuat perbandingan.

Ditanya mengenai tegurannya terhadap hakim-hakim lain yang dibuat secara terbuka di Persidangan LawAsia, beliau berkata hakim, peguam dan kakitangan badan penghakiman faham perangai beliau yang tidak memberi ruang kepada sebarang kepincangan pentadbiran.

"Saya ingat impaknya (membuat teguran secara terbuka) lebih kuat. Apabila saya baca surat khabar, saya tidak sangka impaknya macam itu. Selepas saya membuat ucapan semasa hari pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara, ada hakim-hakim berjabat tangan dengan saya dan saya percaya mungkin 90 peratus hakim menyokong saya berhubung apa yang saya katakan. Ada kemungkinan sedikit yang tidak bersetuju," katanya.

Zaki berkata penangguhan kes oleh peguam juga menyumbang kepada tunggakan kes dan sejak beliau menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, beliau telah berkali-kali memberitahu peguam-peguam yang mahu tangguhkan kes pada saat terakhir bahawa penangguhan tidak dibenarkan dan di peringkat Mahkamah Rayuan semasa saya menjadi Presiden, hakim-hakim Mahkamah Rayuan diberi arahan supaya tidak benarkan penangguhan.

Pada tahun lepas, penangguhan kes di Mahkamah Rayuan adalah 32 peratus bermakna jika 1,000 kes ditetapkan, 320 kes ditangguhkan.

Tugas pentadbiran


"Tahun ini, sejak saya mengambil alih sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, terdapat pengurangan 10 peratus dalam penangguhan kes. Mesej ini sampai kepada peguam dan peguam tahu perkara ini," katanya.

Zaki berkata sistem kehakiman negara ini terbahagi kepada dua fungsi iaitu pentadbiran dan kehakiman, dengan pentadbiran antara lain terlibat dalam penyampaian rekod, penyisihan fail, dan pengeluaran arahan manakala kehakiman tertumpu kepada menyampaikan penghakiman dan menentukan tidak ada timbunan kes.

Sebagai Ketua Hakim Negara, katanya beliau perlu melakukan kedua-duanya kerana "jika pentadbiran tidak bergerak, kehakiman tidak boleh bergerak lebih pantas".

"Di sini, saya bukan saja seorang hakim tetapi juga seorang pengurus," kata Zaki, yang merasakan Ketua Pendaftar wajar mengambil alih tugas pentadbiran.

"Itu yang ingin saya tegaskan…bahawa Ketua Pendaftar mesti melakukan tugas pentadbiran. Seperti mentadbir sebuah hospital. Hospital swasta mengambil pentadbir hospital yang dilatih khusus. Mereka adalah juga doktor tetapi mereka tidak merawat pesakit," katanya.

Beliau juga menghuraikan mengenai punca tunggakan kes.

"Masalahnya bukan saja mahkamah tetapi juga peguam, yang memohon penangguhan.

"Seorang ahli kimia perlu bekejar dari satu mahkamah ke satu mahkamah. Pegawai yang membuat serbuan juga perlu melakukan demikian. Dalam kes bunuh, ahli patologi yang sama perlu memberi keterangan di mahkamah berasingan.

"Ada kes seorang ahli kimia hadir di mahkamah A pada sebelah pagi, kemudian bekejar ke mahkamah B pada sebelah petang. Mereka keliru dengan fakta. Bagaimana ini hendak diatasi?

"Saya mempunyai 17 kamar Mahkamah Tinggi yang tidak diisi. Saya boleh lantik 17 hakim dengan segera, tetapi dari mana mereka datang? Saya boleh dapatkan daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tetapi saya perlu pula mengisi jawatan mereka yang sebelumnya. Jadi ini bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Mungkin dalam tempoh 100 hari, saya boleh lakukan," kata Zaki.

Read More...

Friday, November 7, 2008

Sia-sia adu sogokan ke lembaga disiplin, kata peg. Ku Li

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

kamal amir"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

Read More...

Thursday, November 6, 2008

Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Nov 5, 08 10:45am

Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

ku li tengku razaleigh and umno agm 241106"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga ini, Datuk Seri Mohd Najib Razak memperolehi 141 pencalonan untuk jawatan presiden Umno daripada 142 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat.

Manakala Razaleigh hanya mendapat satu pencalonan - di bahagiannya sendiri, Gua Musang yang mengadakan mesyuarat Sabtu lalu.

'Undi angkat tangan'

Berikutan itu, Najib yang kini timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding jawatan presiden itu dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac tahun depan.

Sebanyak 50 bahagian Umno lagi akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu dan Ahad ini, hari terakhir jadual mesyuarat perwakilan selama sebulan.

Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno.

Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan.

"Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit.

"Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah," katanya.

Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi.

Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya.

Read More...

Tuesday, November 4, 2008

Umno Sebuah Universiti Rasuah

msomelayu

RASUAH dalam Umno diperkatakan dimana-mana saja. Fenomena ini memburuk dan menghanyirkan parti Melayu itu. Saking kuat dan hebatnya percakapan mengenai rasuah menyebabkan seolah-olah Umno sebuah parti rasuah, bukan parti Melayu lagi. Umno jadi institusi rasuah, bukan lagi bertaraf sekolah atau kolej tetapi sudah sampai ke taraf universiti. Umno sebuah universiti rasuah!

Akar umbi rasuah dalam Umno berlaku pada atau ketika pemilihan pemimpin di semua peringkat. Kerana ingin tempat dan kedudukan ahli Umno sanggup melakukan rasuah, beri dan terima. Rasuah berlaku dari sekecil-kecil perebutan jawatan hinggalah ke peringkat tertinggi.

Bezanya di cawangan nilai rasuah kecil berbanding diperingkat kebangsaan. Di cawangan rasuahnya berupa pemberian material kain atau makanan seperti pelikat, batik jawa, gula, biskut atau membelanja makan mee di restoran atau teh tarik dikedai mamak atau warung wak Jawa.

Ahli mesyuarat tingkat peringkat cawangan akan dirasuahkan dengan cara begitu. Manakala diperingkat bahagian pula nilai meningkat sedikit. Perwakilan akan diberikan wang seratus dua menjelang pemilihan peringkat bahagian. Sebelum itu perwakilan dirasuahkan dengan lawatan sambil belajar, atau melancung (termasuk melacur sekali) ke luar negeri, Phuket, Medan, Bantam atau paling jauh di Jakarta.

Tahap rasuah itu menjadih lebih besar dan grand lagi bila sampai di peringkat nasional, dalam pemilihan pucuk pimpinan parti. Perwakilan bukan lagi diukur setakat seratus dua tetapi ribuan ringgit. Tempat dibawa untuk lawatan bukan lagi di Indonesia atau Thailand, tetapi sampai ke London, Australia dan Makkah. Tidak hairanlah kalau ahli Umno menjadikan musim pemilihan sebagai musim untuk mencari rezeki tersepak serta melancung ke luar negeri atau kawasan.

Pernah seorang perwakilan memperolehi pendapatan sehingga RM50,000 pada satu musim pemilihan peringkat kebangsaan. Bayangkan betapa lumayan dan senangnya perwakilan berkenaan, boleh memiliki Proton baru secara bayaran tunai. Cerita dan pengakuan ini bukan dongengan tetapi realiti dalam parti bernama Umno yang dulu ianya ditubuh dengan menggunakan wang dan titis peluh rakyat marhaen.

Sekali dengar tidak logik bagaimana perwakilan mendapat sebanyak itu! Macam dibuat-buat hendak burukkan parti Melayu itu saja. Formula bagi perwakilan itu mendapat sebanyak itu senang saja dan ini dipraktikkan oleh kebanyakan perwakilan yang celit huruf dan celit komputer.

Misalnya kalau ada pertandingan untuk sesuatu jawatan itu melibatkan lima calon (Naib Presiden misalnya) senang-senang perwakilan berkenan akan memperolehi RM5,000 dari setiap calon. Kalau lima calon jumlahnya RM25,000. Mereka bukan ambil dari satu calon saja tetapi dari semua calon.

Itu untuk Naib Presiden, belum dicampur dengan Majlis Tertinggi Umno. MT ada 25 jawatan, yang bertanding melebihi 50 orang. Bayangkan kalau daripada satu calon mereka memperolehi RM1,000 ini bermakna sudah RM50,000. Jumlah itu tidak termasuk rasuah untuk jawatan-jawatan lain Ketua Pemuda, Ketua Wanita atau Ketua Puteri dan juga pendapatan rasuah di peringkat cawangan dan bahagian!

Jadi pendapatan sebanyak RMN50,000 tadi adalah perkara yang tidak mustahil bahkan satu pendapatn dikira sedarhana bagi seseorang perwakilan yang licit dan tahu mengeksploitasikan keadaan.

Sebab itu bagi ahli Umno mereka suka kalau tiba musim pemilihan. Sudah terlekat dalam kepala (menjadi mind set) mereka musim pemilihan musim mencari rezeki dan pendapatan tambahan. Ahli Umno sudah menjadikan musim pemilihan sebagai masa untuk mereka mengorbankan pemimpin parti. Seolah-olah mereka menyertai Umno hanya untuk mendapatkan manfaat berkenaan.

Seorang bekas ahli Umno dalam sebuah bukunya menyenaraikan harga untuk merebut ketua cawangan ialah antara RM2,000 hingga RM3,000. Nilai ahli jawatankuasa bahagian pula RM5,000 hingga RM10,000. Manakala nilai untuk jadi Ketua Bahagian ialah RM30,000 hingga RMN50,000 ribut. Angka ini adalah dipraktik dan dilalui sendiri oleh bekas ahli Umno berkenaan.

Kalau diperingkat terendah sudah berjumlah ribuan ringgit bayangkan bagaimana kalau di peringkat kebangsaan tentu angkanya menelan jutaan ringgit. Berdasarkan kepada pengalaman itu jadi tidak mustahil perwakilan akan memperolehi sehingga RM50,000.

Pendedahan yang dibuat oleh calon Presiden Umno 2008, Tengku Razaleigh Hamzah yang mana ada bahagian meminta RM1 hingga RM2 juta sebagai jaminan untuk mencalonkannya menunjukkan keadaan rasuah dalam Umno sudah parah. Itu setakat untuk mencalonkan saja belum lagi upah atau rasuah untuk undi.

Permintaan rasuah sudah tidak sembunyi-sembunyi lagi tetapi ia dilakukan secara terus terang. Kerana itulah benar bagaimana kata Rais Yatim, jawatan tertinggi dalam Umno wajar dibuka tender. Sesiapa yang mempunyai banyak wang boleh memiliki jawatan menerusi bidalan. Siapa yang membidal dengan cara tertinggi dialah akan memilik jawatan.

Mengambil kira pendedahan Tengku Razaleigh tadi cubalah kira berapa banyak dibelanjakan oleh Mohd Najib Razak untuk mendapat 143 pencalonan. Berapa banyak digunakan oleh Muhyiddin Yassin. Berapa banyak pula digunakan oleh Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Yang pastinya pencalonan itu tidak datang percuma melainkan setelah dibeli ataupun dirasuahkan.

Apakah ahli Umno suka-suka dan mencalon Najib dan yang lain-lain itu percuma begitu saja? Mustahil.... mustahil.... dan mustahil... Yang pastinya setiap bahagian yang mencalonkan mereka tentu mendapat imbuhannya atau pun dijanjikan imbuhan. Manakala mereka yang tidak dicalon atau tidak cukup pencalonan bukan tidak merasuah, tetapi nilai rasuah mereka tersangatlah kecil.

Untuk membuang penyakit rasuah dalam Umno ini bukan mudah lagi. Rasuah sudah jadi kenser dalam Umno, tidak ada penawar. Hanya satu cara sahaja bagi memperbaiki Umno ialah dengan memusnahkannya. Umno sudah jadi lembu yang terkena penykit kuku dan mulut, di mana ia tidak boleh dipulihkan melainkan kena musnahkannya. Bawa ke tepi lubang dan tembak!

Orang Melayu termasuk ahli Umno yang sayangkan Umno kena berusaha memusnahkan Umno. Biarkan parti itu kalah, hilang kuasa untuk sesuatu tempoh. Selepas itu berusahlah membangunkannya dengan titik peluk seperti takala ia wujud di dunia ini. Itu saja cara, cara lain sudah tidak ada. Tanpa pemusnahan cara begitu Umno akan terus hilang dan lenyap dari muka bumi ini. Kehilangan Umno tidak bermakna Melayu akan hilang itu hanya mitos orang-orang yang bebal saja! [wm.kl 7:00 am 04/11/08]

Read More...

Sunday, November 2, 2008

Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?

msomelayu

BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.

Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.

Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan 'melawan' cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.

Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?

Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?

Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?

Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.

Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim - Bandar Baru akan kosong.

Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.

Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.

Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!

Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno! [wm.kl 10:00 am 02/11/08]

Read More...

Saturday, September 27, 2008

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 26, 08 12:11pm

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah - dalam pelan peralihan kuasanya - bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

pak lah umno supreme council special meeting 260809 02"Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

Hubungan baik

“Tidak ada kena mengena dengan semua itu (tekanan). Ia berhubung kait dengan kerja saya. Apabila kerja habis, habislah.”

Perkara itu juga, tambah Abdullah, tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tergempar pagi ini.

“Tidak ada apa-apa. Pada hari ini tidak ada langsung (bincang) tentang perkara itu. Mungkin ada dua, tiga orang yang kata begitu. Tetapi tidak ada satu-satu sebab hendak tekan, sebab mereka tahu hubungan saya dengan Najib baik.

“Dalam apa-apa perkara pun, kami mempunyai persefahaman yang baik. Tidak ada masalah patut timbul dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

bm version umno polling dates and quota for 2008 party polls 250908 march 2009Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.

Putuskan sebelum 9 Okt

Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.

Abdullah juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober depan.

“Apa-apa keputusan saya akan buat sebelum mesyuarat bahagian,” katanya.

“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Kamu boleh terus meneka tetapi keputusannya milik saya.”

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibu pejabat Umno pagi tadi.

pak lah umno supreme council special meeting 260809 03Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan timbalannya sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mesyuarat MT ini merupakan pertemuan kedua pada bulan ini, selepas mesyuarat bulanannya pada 18 September.

Tidak akan bercuti

Kebiasaannya, mesyuarat MT hari ini juga diadakan pada sebelah petang tetapi kali ini ia diadakan pada sebelah pagi.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti, Abdullah menjawab: "Ada banyak kerja nak buat."

Beliau juga tidak berniat meninggalkan Umno dan perkara itu dibuktikan dengan rekodnya bersama parti itu yang "bersih".

“Saya cintakan parti saya. Walaupun pada masa yang sukar saya tidak tinggalkan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti lain.

"Saya tidak pernah berada atas landasan pembangkang. Tidak ada rekod saya yang menentang parti pun, pada bila-bila masa pun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Najib berada di sisi kanan Abdullah sepanjang sidang akhbar tersebut.

Read More...

Tuesday, September 2, 2008

Lagi laporan polis terhadap Ahmad

Malaysiakini

Athi Veeranggan | Sep 2, 08 3:49pm

Kecaman terhadap Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berterusan kerana didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap kaum Cina sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, dan semalam, satu lagi laporan polis dibuat terhadapnya.

Laporan itu dibuat oleh Pemuda DAP (Dapsy) di balai polis Jalan Patani di Pulau Pinang semalam, yang menuntut polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad yang didakwanya membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu.

Empat pemimpin Dapsy yang diketuai oleh Setiausaha Politik Lim Guan Eng - Ng Wei Aik - membuat laporan tersebut. Mereka menuntut supaya polis menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas Ahmad kerana berkata orang Cina menumpang di negara ini.

ahmad ismail umno bukit benderaDapsy membuat laporan polis itu selepas Ahmad (foto) gagal menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Cina menjelang 31 Ogos lalu.

Ng berkata, pihak polis perlu menunjukkan bahawa ia bebas untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Umo, dan bukan hanya terhadap lawan Barisan Nasional dan Umno.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu.

Pemimpin Dapsy telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan terhadap Ahmad.

Parti-parti komponen BN - MCA dan Gerakan - juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu.

Malah ketua MCA bahagian Bukit Bendera, Quah Eng Lam dan naib ketuanya, Tan Khai Beng telah menggesa Umno supaya memecat Ahmad sebagai pengajaran kepada yang lain.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menggesa BN supaya menyediakan kod etika sebagai garispanduan kepada para pemimpin dan ahli parti komponannya.

Manakala Naib Presidennya, Datuk Dr Teng Hock Nan pula mengkritik Ahmad kerana tidak sensitif dan tidak menarik balik kenyataannya serta memohon maaf kerana membuat kenyataan yang didakwa berunsur perkauman itu.

Read More...

Thursday, July 31, 2008

Baling Batu Tangan Sembunyi Dekat Belakang

kickdefella
“PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi,” – Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Dua bulan yang lalu, sebelum kenyataan di atas dibuat, wakil Pemuda UMNO memberitahu saya bahawa Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS membuat temujanji untuk bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Saya meminta seorang rakan dari sebuah akhbar untuk menghubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk mengesahkan maklumat itu. Setelah mendapat maklumat daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, wartawan tersebut menghubungi Ustaz Nasha.

Ustaz Nasha menafikan bahawa ada pertemuan sedemikian dan menafikan bahawa perlu ada pertemuan sedemikian tanpa mengetahui bahawa rakan saya sudah bercakap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Di dalam pertemuan dengan saya, rakan tersebut mengeluh, “kenapa pemimpin PAS sanggup berbohong?” Bagi saya Nasha boleh memberi seribu satu alasan untuk dia tidak bercakap benar tetapi bukankah Yang Berhormat Nasha juga yang menyelar rakan blogger saya kerana menulis apa yang di anggap sebagai ‘half-truth’.

“Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah…” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Seperti biasalah, Kickdefella akan mempertahankan hak Ustaz Nasharuddin untuk berbohong (tapi tentu Ustaz Nasha bukan kaki bohong) tetapi Kickdefella juga akan mempertahankan hak rakan blogger untuk menulis apa yang Ustaz Nasha kata sebagai “Half-truth”. Sikap Nasha seperti, ‘ana buat tak apa kerana ana buat untuk kepentingan parti, tetapi anta buat tak boleh.’ Apa yang Ustaz Nasha silap ialah, apa yang ‘anta’ itu buat adalah untuk kepentingan para pengundi yang telah mengundi PAS kerana mereka bencikan UMNO. Kerana mereka percaya pemimpin PAS bukan seperti segelintir pemimpin UMNO.

“Kick, ini dah dua kali Ustaz Nasha bohong tau, pertama dulu dia bohong pasal pertemuan dia dengan Tantawi di Singapore, mereka berbincang pasal Islam Hadhari lagi…”

Bagaimanapun, ke-belakang-an ini Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok mempertahankan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan berkata bahawa pertemuan itu adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Walaupun sebulan yang lalu dia pernah dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata,

“Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada,” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Akibat dari kedegilannya mempertahankan pertemuan yang pernah dinafikannya itu, imej PAS tercalar teruk di kalangan pengundi-pengundi mereka terutama dari kalangan yang bukan Melayu. Ustaz Nasha harus sedar bahawa majoriti undi yang PAS terima dalam PRU 12 datangnya dari pengundi yang bukan ahli-ahli PAS dan separuh dari majoriti itu adalah pengundi-pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

Seorang Ahli Parlimen bukan Melayu yang tinggal di Taman Tun memberitahu saya, sekarang ini begitu susah untuk dia membeli Harakah di Taman Tun kerana peniaga-peniaga India disitu sudah tidak lagi menjual Harakah.

Yang peliknya mengapa Ustaz Nasha mahu terus mempertahankan bahawa tidak ada salah bekerjasama dengan UMNO dalam soal Melayu dan Islam kerana yang sudah jelas lagi bersuluh, pertemuan Ustaz Nasha dengan Abdullah adalah pertemuan peribadi dan pertemuan itu dari awal lagi jelas berkisar kepada soalan perkongsian kuasa.

Hampir 100% undi yang UMNO terima di Semenanjung Malaysia adalah undi dari pengundi Melayu. UMNO masih parti terkuat di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam masih majoriti di Dewan Rakyat. Jadi apakah logiknya yang kita terdesak sangat untuk bercakap perpaduan Melayu dan Islam?

“It’s a matter of time before Abdullah reveals the detail of the meeting,” kata seorang Ketua Bahagian UMNO kepada saya. “When Abdullah does that, tak tahulah ana-anta you nak sembunyi muka ke mana,” bisiknya lagi. Ketua Bahagian itu berkata bahawa bila gagal usaha untuk menarik PAS ke dalam kerajaan BN, Abdullah akan menukar strategi dan menggunakan intipati perbincangannya dengan Ustaz Nasha bagi menghancurkan ikatan Pakatan Rakyat. ‘Segala yang sensitif’ akan keluar, katanya lagi.

“The best thing for PAS now is to come in open… bagitahu sahaja sebetul sebenar, pertemuan tu kan peribadi dan tak de kaitan langsung dengan keputusan Parti!” Saya hanya mampu mengangguk setuju.

Sekiranya PAS ingin sangat bekerjasama dengan UMNO, apa yang PAS perlu lakukan ialah bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan Abdullah. Bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan elit-elit UMNO yang sudah begitu banyak menjahanamkan negara.

Hanya kerjasama itu lah sebenar-benarnya kerjasama untuk kepentingan orang Melayu dan Islam dan kerjasama itu sudah tentu untuk kebaikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan tanpa mengira kerpercayaan agama.

PAS harus mulakan kerjasama itu secepat mungkin dengan menghentikan cakap-cakap soal PAS-UMNO tetapi kembali kepada isu sebenar yang membelenggu rakyat Malaysia.

Isu yang melibatkan kesempitan hidup akibat polisi-polisi Abdullah yang langsung tidak bijaksana.

Isu yang melibatkan maruah negara tergadai sekalian lama dibawah pemerintahan Abdullah.

Bekerjasamalah dengan ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKR dan DAP untuk menumbangkan Abdullah secepat mungkin sebelum rakyat akan terus menderita dan negara terus mencorot.

Di dalam waktu yang sama, PAS perlu memperkukuhkan kerjasama dengan PKR dan DAP supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat melaksanakan polisi-polisi yang baik untuk rakyat. Ini juga sudah tentu ‘satu kerjasama’ dengan ahli-ahli UMNO juga kerana ini dapat membantu mereka untuk lebih bersemangat menumbangkan Abdullah.

Bukankah itu tanggungjawab kita kepada negara ini?

“I run to PAS not to be with Abdullah, I am here to kick him harder! I thought together we can give that fatal overhead-flying-kick that will send the fella down under, forever” – Sheih Kickdefella.

Read More...

Wednesday, July 30, 2008

Hudud Dan Qisas Akan Dilaksanakan Jika PAS-UMNO Bersatu – Tok Guru Nik Aziz


Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Wednesday, 30 July 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/hududqisasumnopas1.jpg

Mursyidul Am PAS berkata pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan UMNO menjadi satu kenyataan. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Agensi Bernama melaporkan ia adalah sejajar dengan semangat muqabalah yang akan membincangkan masa depan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar ini di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.

Read More...

Wednesday, July 23, 2008

Umno mencari 'talian hayat' bersama PAS

Harakahdaily

Basiron Abdul Wahab
Wed | Jul 23, 08 | 5:29:43 pm MYT

TEMERLOH, 23 Julai (Hrkh) � Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata krisis dalaman Umno yang meruncing menyebabkan parti itu berusaha mencari 'talian hayat' untuk memulihkannya.

Katanya, antara usaha yang sedang giat dilakukan ialah melalui strategi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat melalui tiga pendekatan berbeza kepada tiga parti utama Pakatan Rakyat iaitu KeADILan, DAP dan PAS.

Umno katanya, menggunakan isu liwat untuk menghancurkan KeADILan, isu agama dan Islam bagi melumpuhkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP dan isu kerjasama Umno-PAS bagi menghura-harakan dalaman PAS.

"Mereka berharap melalui isu-isu berkenaan dengan sokongan media arus perdana yang dikuasainya akan dapat menimbulkan kecurigaan sesama anggota Pakatan Rakyat dan seterusnya melemahkan pakatan itu.

"Selain itu, apa yang sedang dilakukan Umno adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat dan kadar inflasi yang meningkat.

"Apa yang sedang dibuat Umno adalah untuk mengalih perhatian terhadap isu kenaikan kos sara hidup serta perbalahan besar didalam Umno pasca pilihan raya umum ke-12 lalu," jelasnya ketika berucap pada Program Pemuda Bersamamu anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dikampung Darat Sanggang, dekat sini.

Menurut Hatta, pemimpin dan ahli PAS tidak sekali-kali lupa apa yang Umno lakukan terhadap PAS pada masa lampau.

Isu perpaduan Melayu yang ditonjolkan dengan begitu menarik hanya apabila Umno tersepit pernah dibuat pada tahun 1999, tetapi semasa Umno kuat pada 2004, ia langsung tidak kedengaran tetapi muncul semula sekarang ketika Umno sedang menuju kehancuran.

Bagaimanapun kata beliau, PAS bersikap terbuka dan boleh bebincang dengan sesiapa sahaja (termasuk Umno).

Dr Hatta berkata, PAS kini berada didalam posisi yang kuat, beliau yakin kekuatan PAS tidak akan menjadikanya biduk yang boleh dicatur.

Jelasnya dalam pilihan raya, PAS bertanding di kerusi yang sama direbut oleh Umno, ertinya setiap kerusi yang PAS menangi bererti kekalahan kepada Umno. Setiap kehilangan kerusi Umno adalah penambahan kerusi bagi PAS dan kerusi-kerusi tersebut hakikatnya masih kekal di tangan Melayu.

Justeru katanya, tidak timbul isu kekuatan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang sebenarnya berada di tangan Melayu, iaitu di tangan PAS atau KeADILan.

"Tidak timbul soal isu kedudukan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang itu berana ditangan PAS yang juga Melayu, yang terancam ialah Umno bukanya orang Melayu,"tegasnya.

Beliau menasihatkan ahli supaya jangan panik dengan strategi Umno yang cuba meniupkan sentimen perkauman kerana umno kini berada didalam kesusahan.

"Kita yakin Umno kini berada didalam kesusahan manakala PAS berada di dalam posisi sebaliknya (kuat),"tegasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad berkata, isu kerjsama Umno-PAS ini adalah strategi Umno.

Katanya, pemimpin Umno dibawah telah pun ditaklimatkan mengenai strategi yang akan diambil oleh para pemimpin parti itu selepas pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, maklumat di peringkat akar umbi Umno turut memperkatakan isu penyatuan Umno-PAS. Ahli-ahli Umno ini bercakap kononnya PAS akan diberi tempat di dalam kabinet dan sebagainya.

Perkara sama diakui oleh Bendahari PAS kawasan Bera, Dr (EM) Salim Musa.

Menurutnya para pemimpin Umno di peringkat bahagian turut memperkatakan isu sama seperti yang diperkatakan pemimpin Umno kononya wujud kerjasama PAS Umno.

Malah, kononnya PAS akan memperolehi kerusi tertentu di dalam kabinet dan sebagainya.

Ini bererti Umno telah merangcang isu kerjasama ini sejak parti itu kehilangan banyak kerusi (Melayu) miliknya kepada PAS dan KeADILan dalam pilihan raya umum lalu. - mks. _

Read More...

PAS tolak muzakarah, syor muqabalah dengan Umno

Mstar Online

23-07-2008 09:47:59 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN

NIK Abdul Aziz Nik Mat (tengah) dikerumuni wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi parti itu di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din (kiri), Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (belakang) dan timbalannya Nasharudin Mat Isa (dua, kiri). - fotoBERNAMA

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Empat hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan membabitkan beliau dan tiga pemimpin PAS sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin-pemimpin PAS petang ini sebulat suara menolak muzakarah membabitkan Umno-PAS.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin kanan PAS yang bertemu petang ini di Kelantan mengesyorkan diadakan muqabalah sahaja - pertemuan bersemuka.

Perkembangan ini menandakan PAS menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.

Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat petang esok.

Sambil menegaskan PAS sememangnya berminat untuk mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin Umno bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam, pemimpin-pemimpin parti itu berkata, perbincangan itu perlu diadakan secara bersemuka berbentuk "muqabalah" dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta oleh Umno.

Justeru, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekarang beliau menutup fail berhubung syor "muzakarah" tetapi membuka konsep "muqabalah".

"Apa yang saya dimaklumkan ialah pertemuan-pertemuan (sebelum ini) dengan Umno hanya diadakan atas dasar peribadi. Kesemua itu adalah benar dan ia dilakukan untuk memperkukuhkan Islam," kata beliau kepada pemberita

Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan kira-kria tiga jam di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Bharu.

"Saya mahukan muzakarah itu ditukarkan kepada muqabalah dalam membincangkan isu berkaitan umat Islam kerana ianya lebih sesuai," kata Nik Abdul Aziz.

Pertemuan itu diadakan tiga hari selepas beliau menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan pertemuan bersifat muzakarah antara pemimpin Umno-PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa turut hadir pada mesyuarat itu.

Hadi mengetuai rombongan empat wakil Majlis Syura menemui Nik Aziz bagi menerangkan isu muzakarah dan tiga pertemuan yang telah diadakan dengan Umno.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz melahirkan pandangan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya.

Nik Aziz berkata jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata, bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul isu pertemuan PAS dan Umno akan membawa kepada penggabungan keduadua parti kerana pertemuan itu lebih berbentuk kerjasama demi satu matlamat dan turut menafikan isu muzakarah itu telah memecahbelahkan kepimpinan PAS.

Abdul Hadi yang dipetik Bernama pula berkata, muzakarah yang dinamakan oleh Umno lebih kepada bentuk perdebatan sedangkan apa yang dimahukan oleh Umno adalah muqabalah iaitu perbincangan untuk selesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, PAS boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno berdasarkan satu matlamat iaitu membincangkan masa depan Umat Islam di negara ini.

Kata beliau, adalah menjadi satu kewajipan agama bagi PAS untuk mengadakan perbincangan itu kerana PAS sememangnya parti yang memperjuangkan Islam demi kepentingan orang Islam dan bukan Islam.

Abdul Hadi menafikan bahawa pertemuan itu akan menyebabkan PAS menyertai Umno kerana PAS mampu memenuhi kehendak politik rakyat berdasarkan sokongan rakyat yang dicerminkan dalam pilihan raya umum lepas.

"Walaupun berbeza pendirian politik ia tidak akan menjadi halangan untuk PAS dan Umno duduk berbincang," katanya.

Jelas beliau, pertemuan untuk mengadakan perbincangan secara muqabalah itu telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat sejak April lalu.

Abdul Hadi turut menafikan pertemuan tiga pemimpin PAS sebelum ini dengan Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dilakukan atas arahan beliau.

"Tiga pertemuan itu dilakukan atas usaha Presiden Umno dan bukan Presiden PAS," katanya.

Read More...

Tuesday, July 22, 2008

Mazlan: Tiada rundingan kongsi kuasa

Malaysiakini

Jul 22, 08 11:36am

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.

Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:

round button type 180708 PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

round button type 180708 PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

round button type 180708PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

round button type 180708 Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.

PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional.

"Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan.

"Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama.

"Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno.

"Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis.

"Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

Read More...

Monday, July 21, 2008

PAS mengaku bertemu dengan Perdana Menteri

Tranungkite


Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 23:28:48 MYT oleh SongkokPutih

Kenyataan Media Oleh Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang



 PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.


Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.


Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.


Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.


PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa melayu di msia


20 Julai, 2008


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Read More...

Sunday, July 20, 2008

Pemimpin Pas diingatkan pertemuan hanya untuk peribadi bukan parti: Nik Aziz

Berita Harian

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

“Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama Pas sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan Pas tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Beliau berkata, pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan Pas tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, Pas telah ditendang daripada parti gabungan.

“Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit,” katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

“Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,” katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua. - Bernama

Read More...

Muzakarah: Abdullah dedah temui PAS 3 kali, PKR pun kata OK jika bawa manfaat

Mstar Online

20-07-2008 07:34:37 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perkembangan terbaru dalam isu syor muzakarah Umno-PAS!

Hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS sebanyak tiga kali bagi membincangkan soal agama Islam dan perpaduan orang Melayu.

Beliau yang juga Presiden Umno bagaimanapun enggan menyatakan bila pertemuan itu diadakan dan pemimpin-pemimpin yang menyertai pertemuan tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," kata beliau.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pengisytiharan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di sini.

Beliau berkata, pemimpin PAS yang menghadiri perjumpaan itu adalah "orang yang boleh membuat keputusan" yang yang seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isu muzakarah mula diperkatakan sejak dua bulan lalu.

Dalam temu bual dengan Harakah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mendedahkan bahawa usaha ke arah muzakarah kedua-dua parti sudahpun dimulakan.

Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa Pas berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan manamana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam.

Dalam kenyataan semalam, kata Abdullah, perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka menghadapi pelbagai cabaran baru.

Abdullah berkata beliau juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.

Pada sidang media pagi ini, ketika ditanya sama beliau ada meletakkan syarat-syarat berhubung pertemuan itu, Abdullah berkata, itu semua tidak perlu dan pada peringkat ini, kedua-dua pihak hanya mahu mengadakan perbincangan antara mereka tanpa kehadiran pihak ketiga.

Kata beliau, perpaduan masyarakat Islam Malaysia menyumbang kepada imej dan perpaduan lebih baik ummah Islam dunia.

Katanya, antara isu yang dibincangkan adalah berhubung hal agama iaitu supaya tidak timbul perbalahan berhubung hal-hal yang berkaitan dengan Islam.

“Kita sudah muafakat apa yang perlu dijalankan dan jangan bergaduh atas isu agama misalnya.


“Kalau hal agama jadi isu politik, dia akan bawa masalah... Itu satu tajuk, ada tajuk lain..tak payahlah saya huraikan,” katanya.


Abdullah juga berkata, perjumpaan itu tidak membincangkan apa-apa kerjasama dengan pihak lain termasuk daripada PKR dan DAP.


Sementara itu, dalam pertemuan dengan mStar Online di Bukit Segambut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyifatkan muzakarah antara Umno dan PAS yang diperkatakan bukan satu masalah bagi Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Malah, kata beliau, PKR juga bersedia untuk berbincang dengan Umno jika usaha itu boleh membawa kebaikan masyarakat Melayu dan negara.

"Sebab apa, kita dalam Malaysia, kita hendak yang terbaik untuk rakyat... macam debat (kenaikan harga minyak pada Selasa lalu), antara Keadilan dan Umno. Kita hendak berbincang boleh...," kata beliau dalam temu bual sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atas jaminan polis.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, PKR juga bersedia berbincang dengan Umno tetapi biarlah "secara terbuka'.

"Kita hendak berbincang boleh, tapi tengoklah cara mana Menteri (Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek) bercakap, tak ada apa-apa isu, serang soal peribadi Anwar... apa kena-mengena dengan kejadian tahun 74 (demonstrasi)," katanya.

Mengenai muzakarah antara Umno-PAS, Dr. Wan Azizah memberitahu, "tidak apa-apa, kalau PAS, dan sesiapa pun (berbincang)."

"Kalau bercakap mengenai isu Melayu, Islam, apakah tidak, kita komponen parti (Pakatan Rakyat) itu menghalang?... Tidak, kita boleh bercakap tentang itu, diberitahu kepada (kami) oleh PAS, DAP mengetahui perkara ini, tidak menjadi masalah," katanya.

Dr. Wan Azizah dan Naib Presiden PKR, Mohd. Azmin Ahli pernah menemui Abdullah dua kali sejak isu dakwaan terbaru dihadapi Anwar sejak hujung bulan lalu.


Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi mStar Online hari ini, turut mengakui perkara itu namun enggan mengulas lanjut.


"Saya tidak menafikan apa yang dikatakan Pak Lah (berhubung perjumpaan sebanyak tiga kali) itu betul.


"Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih kerana PAS akan mengeluarkan kenyataan berhubung hal itu esok," katanya.


Di KOTA BAHARU, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, Umno di peringkat bawahan telah lama mewujudkan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu berkata, beliau sendiri sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian berkelompok mesyuarat agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan-cawangan bahagian Ketereh semalam, Alwi berharap kedua-dua belah pihak ikhlas membincangkan masa depan umat Islam sambil mengetepikan perbezaan pandangan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta adanya pihak ketiga sebagai hakim dalam muzakarah PAS-Umno yang dicadangkan.

Pun begitu Nik Aziz juga pernah menyuarakan pendapat bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk parti itu bermuzakarah dengan Umno yang didakwanya kini berhadapan dengan kemelut kepimpinan.

Nik Aziz bagaimanapun tidak menolak bermuzakarah jika gesaan itu datangnya daripada akar umbi, diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno dan Umno membuktikan parti itu ingin kembali kepada pendekatan Islam sebenar.

Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PAS tidak harus meletakkan sebarang syarat untuk bermuzakarah jika parti itu benar-benar berminat untuk mengutamakan perpaduan umat Islam di negara ini.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |