| Buletin Online
Ditulis oleh WanKay | |
| Friday, 31 October 2008
| |
| Hairan??!! Rumah yang bertanda pangkah menerima notis roboh, rumah yang bertanda anak panah (rumah kerabat JKKK) tidak diberi notis ! Dalam keadaan ‘kroni’ yang terbabit bergembira menyambut keputusan kerajaan meneruskan penganjuran sukan tersebut dengan peruntukan RM22.6 juta, tiga keluarga di Kampung Tok Abu Seberang Takir mengalami ‘detik cemas dan perasaan gundah gulana’ kerana rumah mereka akan dirobohkan pada bila-bila masa mulai 22 Oktober lalu.
Katanya, tanah tersebut merupakan peninggalan keluarga serta mengakui tidak pernah membuat permohonan secara rasmi kerana pernah mendapat jaminan dari wakil rakyat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). “Saya akui kesilapan tidak membuat permohonan rasmi tetapi telah tinggal sejak lebih 20 tahun dan penduduk asal di kampong ini. “Saya pernah dapat ‘jaminan’ seorang bekas wakil rakyat Umno-BN ketika itu supaya duduk (tinggal) di atas tanah itu tanpa rasa bimbang kerana telah turun-temurun,” jelasnya kepada Buletinonline, hari ini. Beliau melahirkan rasa sedih dan dukacita kerana menerima notis dari kerajaan yang dipilihnya pada pilihanraya umum yang lalu. “Saya rasa terkilan dan sedih dengan penerimaan notis itu dan harap kerajaan buat pertimbangan semula dengan menyediakan tapak baru untuk kami sekeluarga sebagai tempat tinggal baru,” katanya ketika ditemui Buletinonline semalam. Menurutnya, pihak kerajaan negeri tidak akan membayar apa-apa pampasan terhadap notis tersebut kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan. “Mak Cik cukup-cukup sedih dan terasa hati bila dapat notis kerajaan supaya kami kosongkan tanah itu yang diduduki sejak lebih 35 tahun lalu.
“Mak Cik pernah buat permohonan tanah itu sejak 10 tahun lalu tetapi kerajaan tidak memberikan jawapan dan tiba-tiba menerima notis roboh,” ujarnya dengan nada sedih dan terharu. Katanya, kerajaan negeri perlu melihat kewajaran ‘menghalau’ penduduk asal yang tinggal di atas tanah tersebut sejak terun-temurun lagi. Beliau juga meminta kerajaan berlaku adil, kerana menurutnya hanya tiga buah rumah sahaja disitu yang menerima notis roboh sedangkan dua rumah yang didiami oleh ‘kaum kerabat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung tidak diberi notis. “Kerajaan kena adil, jangan pilih kasih, mengapa rumah Mak Cik yang kena sedangkan dua rumah lagi ‘adik beradik’ JKKK tidak diberi notis,”katanya sambil jarinya menunjuk kearah dua buah rumah tersebut. “Saya minta kerajaan negeri buat perkiraan dan pertimbangan semula untuk beri hak milik kepada tidak orang penghuni yang masing-masing telah terima notis roboh rumah mereka. “mereka (mangsa) adalah penduduk asal di Kampung Tok Abu ini dan wajar diberi hak milik ke atas tanah yang telah mereka terokai dan usahakan, “menurut kaedah Islam, mereka berhak diberi hak milik kerana usaha mereka ‘menghidupkan’ tanah tersebut ” ujarnya. Katanya, tanah ganti dan pampasan perlu diberi jika kerajaan negeri terpaksa mengambil balik tanah-tanah tersebut. “Masalahnya, ke mana mereka hendak pergi jika rumah mereka dirobohkan dan kerajaan perlu tangani segera dengan menggantikan tapak tanah baru kepada penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah di Kampung Tok Abu,” tegasnya. Oleh itu, katanya pihak Pejabat Tanah Daerah perlu menyediakan tapak tanah baru kepada beberapa buah keluarga tersebut yang tidak berjauhan dengan tempat kerja mereka.
Notis berkenaan turut memaklumkan bahawa pihak Pejabat Tanah Daerah tidak akan mengeluarkan apa-apa amaran lagi dan tindakan roboh boleh dilakukan pada bila-bila masa dari sekarang
|
Friday, October 31, 2008
‘Hadiah Istimewa’ Menjelang Monsoon Cup - Penduduk Tok Abu Terima Notis Roboh Rumah
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, penindasan, terengganu
Sunday, August 10, 2008
Piala Monsun – Ahmad dan Rahin Bercanggah
| | | | |
| Ditulis oleh Mat Stringer | |
| Friday, 08 August 2008 | |
| Beliau berkata, di sebalik penganjuran kejohanan itu selama ini, rakyat tempatan hanya mampu menjadi penonton sedangkan orang luar yang mendapat faedah. |
0 comments Labels: buletin online, mat said, monsoon cup
Monday, June 2, 2008
Hanya RM9 juta bayar elaun imam dan bilal tapi RM 20 juta setahun untuk Monsoon Cup
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
| Monday, 02 June 2008 | |
| Dengan kewangan yang banyak hasil sumbangan kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sepatutnya Imam dan Bilal yang berkhidmat sepenuh masa dengan cemerlang di berikan insentif lebih dari hanya RM650 untuk Imam dan bilal menerima RM450 sebulan. “namun apa yang dilihat sekarang, kegiatan kegiatan dakwah dan majlis ilmu hanya berlegar disekitar masjid dan surau sahaja,” tambah Ustaz Mohd Nor. “sedangkan bagi menambah penguatkuasa syariah, terlalu lama masa yang perlu diambil !,” ujar beliau. |
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, terengganu
Wednesday, May 28, 2008
RM300 Juta Anjur Piala Monsun Bukan Wang Royalti Minyak - Ahmad Said
KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Peruntukan berjumlah RM300 juta yang digunakan untuk menganjurkan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun sejak 2005 bukan daripada wang royalti minyak Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata peruntukan itu daripada kerajaan persekutuan yang disalurkan menerusi Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Kewangan manakala kerajaan negeri hanya membelanjakan RM4 juta setiap tahun untuk kejohanan itu.
Katanya kesemua peruntukan itu bukan digunakan untuk menguruskan kejohanan tetapi ia adalah untuk membina pelbagai infrastruktur termasuk kemudahan hotel, tempat melabuh bot serta kawasan meletak kenderaan di Pulau Duyong di sini.
"(Misalnya) Kos pengurusan untuk menganjurkan kejohanan itu tahun lepas hanya melibatkan sebanyak RM22.6 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tujuh buah buku terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini, Selasa.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa wang royalti minyak Terengganu yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan digunakan untuk menganjurkan Piala Monsun.
Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah peruntukan untuk pengurusan kejohanan itu sebenarnya kecil berbanding nilai yang diperolehi hasil daripada penganjuran Piala Monsun.
Misalnya pada tahun lepas, beliau berkata penganjuran kejohanan itu yang ditayangkan oleh stesen televisyen sukan antarabangsa, ESPN, berjaya menarik lebih 1.3 bilion penonton.
"Bayangkan kos yang diperlukan sekiranya kita ingin membeli iklan bertaraf antarabangsa yang melibatkan harga yang tinggi," katanya.
Ahmad berkata kejohanan Piala Monsun akan terus dianjurkan sehingga 2012 mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan pihak penganjur namun cara pengendaliannya tahun ini berbeza sedikit iaitu lebih banyak aktiviti melibatkan masyarakat tempatan akan diadakan.
Ditanya mengenai perancangan selepas perjanjian dengan penganjur kejohanan itu tamat, beliau berkata kerajaan negeri akan menimbangkan perkara itu apabila tiba masanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, MB tganu, monsoon cup, royalti
Wednesday, May 14, 2008
Pengendali Monsoon Cup bukan milik kerajaan Terengganu? Exco gagal memberi penjelasan….
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor & WanKay | |
| Wednesday, 14 May 2008 | |
| Rahin berkata Pertandingan kapal layar Monsoon Cup telah diadakan di Pulau Duyong sejak tahun 2005 dengan tujuan asal adalah untuk menarik pelancong dan orang ramai datang ke Terengganu pada masa musim tengkujuh. Menurutnya T-Best Event Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai Premium Project Management Sdn Bhd telah diberi kebenaran oleh Swedish Match Grand Prix AB untuk mengendalikan Monsoon Cup dengan perjanjian yang ditandatangani pada 5 Ogos 2005. Beliau tidak menafikan kenyataan majalah antarabangsa Asia Pacific Boating yang menyebut belanja penganjuran Monsoon Cup adalah sebanyak RM 300 juta setahun tetapi beliau hanya menyatakan tidak mahu ianya menjadi rujukan. Menurut Rahin, kerajaan negeri hendaklah mengadakan kewangan sebanyak RM 4 juta setahun bagi menganjurkan sukan tersebut. ”Didalam perjanjian yang ditangani, Kerajaan negeri hendaklah berusaha untuk mendapatkan sejumlah RM 4 juta setiap setahun sehingga 2012, ”tanggungjawab kerajaan negeri adalah untuk mendapatkan RM 4 juta setahun adalah untuk menganjurkan Monsoon Cup’” jelas beliau Sehubungan dengan itu, ADUN Batu Buruk, YB Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi telah meminta penjelasan berkaitan syarikat T-Best Event Sdn Bhd. Dr. Syed Azman telah memohon kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan pemilikan saham T-Best Event Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua syarikat lain. ”Saya ingin memohon penjelasan dari Exco, mengenai T-Best Event, saya membaca ‘company profile’ mengenai T-Best yang perlu kepada penjelasan, antara Pengarah syarikat T-Best Event adalah Chiu Kok Foo beralamat di Kuala Lumpur dan, ”dengan izin according to filing T-Best major shareholders is Prestasi Wangi Sdn Bhd which hold 67.1% dan TDM Bhd which hold 42.9% of the company, ”jadi saya pohon penjelasan atas kepentingan apa Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu, kalaulah dkatakan program Monsoon Cup ini adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.” tanya Syed Azman Soalan ADUN Batu Buruk tidak dijawab oleh Rahin, tetapi Rahin mengatakan kerajaan akan membuat kajian terhadap Monsoon Cup dan mengatakan satu perjumpaan akan diadakan dengan syarikat T-Best Event pada 14 Mei akan datang, dan akan memperincikan perjanjian yang telah ditandatangani. Apabila soalan yang dikemukakan tidak dijawab, ADUN Batu Buruk sekali lagi memohon penjelasan, meminta Rahin menghuraikan dengan lebih ‘spesifik’ tentang peranan Prestasi Wangi Sdn. yang pemegang sahamnya adalah orang-orang Terengganu. Menurut Dr. Syed Azman, yang mengejutkan, salah seorang pemegang saham T-Best Event Sdn Bhd adalah seorang yang bernama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri. |
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, penyelewengan, terengganu
Saturday, May 10, 2008
Hentikan ‘Monsoon Cup’, Gunakan Peruntukan Ratusan Juta Untuk Rakyat
| | | | |
| Ditulis oleh WanKay & SM Noor | |
| Friday, 09 May 2008 | |
| Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud kelmarin. Dalam kesempatan berucap selama 20 minit yang diberikan oleh Yang DiPertua Dewan, Dr. Alias berjaya mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Tunggal khasnya Pulau Duyong. Beliau berkata peruntukan yang digunakan untuk kejohanan itu boleh diagihkan bagi projek pembangunan semula Pulau Duyong termasuk mendirikan rumah kos rendah untuk rakyat. ''Rakyat sebenarnya memerlukan kediaman lebih selesa selain kemudahan mencari rezeki selepas sekian lama menduduki pulau itu dalam keadaan daif, Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk penganjuran Monsoon Cup. Dr. Alias turut melahirkan perasaan kecewa kerana penduduk di Pulau Sekati berhampiran Pulau Wan Man dan Pulau Duyong masih belum menikmati bekalan air bersih walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas. Katanya lagi, penduduk terbabit memperoleh air daripada perigi yang digali di halaman kediaman masing masing. ''Tiada usaha dilakukan kerajaan walaupun kawasan sekitar terdapat banyak projek mewah dibangunkan oleh kerajaan," katanya |
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, penyelewengan
Tuesday, April 22, 2008
Batalkan sahaja Monsoon Cup
| Harakahdaily | |
| Suhaimi Taib Mon | Apr 21, 08 | 4:17:03 pm MYT | |
|
Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Dato' Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan. Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Rahin berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa. Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan. "Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di Kuala Terengganu baru-baru ini. Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun. Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat. Sebagai latar belakang sejarahnya, piala tersebut diraikan permulaannya dalam ulang tahun peristiwa rasmi ke-50 bagi Lawatan Perlawanan Sweden (Swedish Match Tour) dan merupakan acara di Malaysia bagi perlawanan pelayaran antara bangsa ternama. Digelar �The Formula One of Sailing�, siri pelayaran profesional dibentuk pada 2000 bagi menyatukan regata saingan perlumbaan terbaik dunia disatukan di bawah satu naungan. Lawatan Perlawanan Sweden terdiri daripada sembilan lokati terpilih khas di seluruh dunia. Sebagai siri pelayaran antarabangsa terkemuka di dunia, acara lawatan ini diakui sebagai regata yang mesti dihadiri dalam litar saingan perlumbaan. Piala Monsun 2005 diadakan di Pulau Duyong, Terengganu, dari 29 November hingga 4 Disember 2005. Piala Monson 2006 pula menawarkan hadiah wang tertinggi di dunia (RM1 juta) bagi acara perlumbaan dengan penaja Mr Richard Mille dari Richard Mille Watches. Richard Mille juga akan menjadi penaja rasmi bagi acara ini ketika itu. Sementara Piala Monson 2006 di adakan di pulau yang sama, dari 29 November hingga 3 Disember 2006. Ia berlangsung ketika angin monsun bertiup di musim tengkujuh setiap hujung tahun. Acara ini antara projek membazir Barisan Nasional (BN) mendapat bantahan banyak pihak khususnya rakyat negeri itu. Sebanyak RM300 juta setahun dibelanjakan untuk Monsoon Cup dikendalikan oleh Patrick Lim, kroni Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Rakyat Terengganu hanya menyaksikan projek itu dilaksanakan termasuk penduduk Pulau Duyong tanpa ada apa-apa manfaat besar untuk mereka. Sementara itu terbongkar kisah di sebalik projek membazir itu, Dato� Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tata cara kewangan yang agak pelik berlaku di dalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Kuala Terengganu. "Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan. "Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk ke dalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut," kata Dato� Abu Bakar Chik baru-baru ini. Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun. Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan menteri besar lama, Dato' seri Idris Jusoh sebelum ini. Oleh itu, dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat. Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005. Bayangkan berapa banyak wang akan diperolehi kroni Umno itu dari projek berkenaan? Sebelum itu Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Terengganu, Dato' Wan Hisham Wan Salleh, dilaporkan mendakwa Monsoon Cup mencetuskan penyebaran maklumat ke seluruh dunia kerana pertandingan perahu layar sembilan siri itu mendapat liputan antarabangsa sekali gus platform mudah mempromosi Terengganu ke persada dunia. Liputan Monsoon Cup untuk Asia menerusi ESPN Star selain 13 saluran sukan stesen TV untuk siaran di United Kingdom, Eropah, Eropah barat dan timur, Belanda, Portugal, Asia Barat, Asia, negara Scandinavia, New Zealand, negara Latin dan Amerika Selatan, Afrika, Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. Namun, beliau berkata, impak lain dan yang tersirat di sebalik Monsoon Cup ialah penukaran pemikiran masyarakat tempatan yang selama ini menunggu kedatangan musim tengkujuh dengan resah. Melalui musim hujan itu dengan kepayahan. Kemudian menjalani kehidupan selepas tengkujuh dengan beban. "Monsoon Cup bukan setakat perlumbaan perahu, tetapi menukar persepsi musim tengkujuh yang masih boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana ekonomi khususnya bidang pelancongan. "Ia juga bukti sektor pelancongan tidak lagi bermusim di Terengganu. Monsoon Cup berjaya menukar persepsi bahawa musim tengkujuh bukan untuk berdiam diri di rumah. "Kalau di negara sejuk, mereka memakai pakaian tebal ketika musim salji. Jadi di sini, kita menggunakan payung dan baju hujan ketika tengkujuh untuk meneruskan kegiatan seharian," katanya yang juga Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd (T-Best), syarikat yang dikatakan menganjurkan Monsoon Cup. Persoalannya apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setempat dari penganjuran Monsoon Cup itu? Apakah hasilnya kepada kerajan negeri diperolehi dari projek itu, hanya sekadar memperkenalkan Terengganu ke mata dunia. Berapakah pelaburan asing berjaya di tarik masuk ke negeri tersebut melalui Monsoon Cup? Berapa juta pelancong asingkah datang ke Terengganu untuk menyaksikan pertandingan itu dan berapa bilionkah wang dihasilkan dari kedatangan pelancong berkenaan? Berapakah jumlah penduduk setempat menjadi kaya dan membabitkan diri dalam projek monsoon cup itu? Yang pasti beratus juta wang rakyat dihabiskan untuk permainan perahu layar di muara sungai yang tidak bercabaran itu. Yang pastinya kroni Umno membolot kekayaan tidak terhingga dari Monsoon Cup. Rakyat setempat terus miskin dan terhimpit dengan masalah kemiskinan. Kerajaan tidak ada masalah untuk membatalkan projek membazir itu demi semata-mata untuk menyelamatkan wang rakyat dibelanja kepada perkara yang tidak perlu apa lagi di saat dunia kini menghadapi krisis ekonomi dan makanan meruncing. Seharusnya ia diberhentikan segara tanpa memikirkan bagaimana mahu mengubahsuainya lagi. Tumpuan perlu diberikan kepada bagaimana melaksanakan projek untuk kebaikan rakyat termasuk bersedia menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kekurangan makanan dunia yang impaknya lambat laun tertimpa juga ke atas kehidupan rakyat negeri tersebut. - mns | |
0 comments Labels: Harakahdaily, monsoon cup, terengganu
Monday, April 14, 2008
Piala Monsun diteruskan tapi diubah suai
KUALA TERENGGANU 13 April – Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Datuk Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan.
Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.
“Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di sini malam tadi.
Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.
Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat.
0 comments Labels: monsoon cup, terengganu, utusan
Friday, April 4, 2008
‘Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Friday, 04 April 2008 | |
| Kesediaan Dato’ Ahmad Said untuk mengkaji semula perlaksanaan projek-projek besar di Terengganu di alu-alukan oleh semua pihak samada UMNO atau PAS. Rakyat tidak rasa terkilan dengan pembinaan lebuhraya, pembesaran lapangan terbang dan kompleks sukan walaupun harganya ratusan juta. Fakta yang mengatakan kerajaan yang ditadbir oleh PAS tidak mahu melaksanakannya ketiga-tiga projek tersebut kerana dianggap membazir adalah tidak betul. Kerajaan Sabah yang dikuasai oleh PBS pernah mengalami konspirasi yang sama. Umum telah mengetahui bahawa Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Pulau Wan Man adalah projek ‘mee segera’ ratusan juta ringgit, konspirasi kewangan kelompok elit kepimpinan UMNO/BN negeri Terengganu dan kerajaan pusat.
- 100,000 ekar ladang kelapa sawit baru boleh dibuka - sebanyak 3 buah hospital yang memberikan khidmat kepada 750,000 orang dapat dibina - dapat membina 100 buah masjid yang dapat menampung 50,000 jamaah - dapat membina 43 buah sekolah menampung 35,000 pelajar - membina 20 kolej komuniti bagi 6.000 bakal siswa/siswi - membina 3,000 padang bola atau gelanggan Futsal bagi kegunaan 120,000 belia - dapat memberikan biasiswa kepada 3,750 siswa dengan kadar RM20,000 seorang setahun!
Alangkah banyak RM 300 juta itu! Dan itu hanya belanja yang dikhabarkan untuk Monsoon Cup, tidak termasuk pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Pulau Wan Man.
Rakyat Terengganu tidak perlukan Monsoon Cup. Jika tidak percaya, Menteri Besar yang baru boleh turun dari Teluk Kalong dan pergi ke perkampungan nelayan di Kuala Kemaman. Tanya nelayan disitu, adakah mereka perlu kepada Monsoon Cup? Apakah faedah kepada mereka Masjid Kristal? Atau Ahmad Said boleh singgah di Kuala Setiu, para nelayan disitu. Sebagai contoh maklumat yang dikeluarkan oleh Brand Advatage, yang di upah oleh T-Best Event untuk membuat laporan justifikasi bahawa Monsoon Cup dikatakan sebagai satu projek yang untung.
• The Corporate Sailing weekend prior to the event in Terengganu: 200 persons. • Wednesday Opening Ceremony: Opening Ceremony at Pulau Duyong and Street Parade at Shah Bandar. Total: 3,000 persons.
• Thursday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons.
• Friday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons.
• Saturday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 2,000 persons • Saturday night Pride Dinner and George Benson concert: 750 guests and others watching at the site. Total: 1,500 persons.
• Saturday city public concert at Shah Bandar: Total: 20,000 persons.
• Sunday and Finals venue numbers including Awards Ceremony. Both Pulau Duyong and Shah Bandar venues Total: 5,000 persons.
Total for all Monsoon Cup 2006 venues over the period of the event: 33,700 persons This represents a 35% increase over last year's attendance estimate of 25,000, or 8,700 additional persons. In the future it is recommended that a formal count be done of event attendees as these figures represented above are a conservative estimation.
|
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, terengganu
Tuesday, April 1, 2008
Projek besar dikaji semula – MB Baru digesa siasat ‘Monsoon Cup’, Pembangunan Pulau Duyong
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Tuesday, 01 April 2008 | |
| Beliau berkata isu berkaitan ‘Monsoon Cup’ pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti pada Julai tahun lalu yang menyatakan bahawa penganjuran ‘Monsoon Cup’ adalah membazir dan tidak menguntungkan. Beliau berkata walaupun beliau baru mewakili DUN Bukit Tunggal, banyak rungutan dan luahan yang beliau terima menyatakan tidak puas hati terhadap pembangunan Pulau Duyong. Beliau berkata beberapa projek yang dilaksanakan bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan malah menyusahkan mereka. Antara lain menurut beliau adalah pembinaan Marina, pembinaan Kelab Teluk Warisan, apartmen dan kedai di pinggir sungai. “Pembinaan Marina sudah lama siap tetapi tidak kapal layar yang berlabuh, ”lokasi itu asalnya adalah tempat nelayan menambat bot, sekarang tidak ada tempat bagi nelayan untuk menambat bot,” kata Dr. Alias. Selain itu beliau berkata rakyat tempatan tidak mendapat faedah langsung dari pembinaan Kelab Teluk Warisan. Justeru, beliau berkata kerajaan baru dibawah pimpinan Ahmad Said digesa memanggil satu siasatan dan membentangkan hasil siasatan kepada rakyat memandangkan isu Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong telah lama diperkatakan.(Foto: kawasan alur sempi) Projek Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Pulau Wan Man dan Masjid Kristal adalah projek-projek besar yang dimaksudkan oleh Menteri Besar yang baru untuk dikaji semula. Semua projek-projek tersebut terletak didalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal. |
0 comments Labels: buletin online, monsoon cup, terengganu
Monday, March 31, 2008
Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!
1426.blogspot
Saturday, March 29, 2008
Unlike previous years, I did not receive a pair of VIP tickets to Dubai World Cup this year. It could be the person that used to invite me had returned to UK and his successor does not know me. Well, I may have missed those glamorous hats as I am not into horse racing.

What Monsoon Cup?

orangkita -
korang paham tak??? kalau paham.....lu pikir la sendiri....
dubai world cup ni lumba kuda je...tapi world class punye beb...kos penganjuran untuk acara yang berprestij ni, lagi murah dari monsoon cup yang dianjurkan oleh kerajaan Derih bersama Pak Lah tiap2 hujung tahun tu. Siap dia kata kat Dubai nun takde pun cerita pasal monsoon cup. Hehehe...kira syok sendiri la ni....janji masyuk!!!!rakyat jugak yang menganga tengok kapal layar tengah panas....apa dapat???habuk pun tarak.....memang betul la suruhanjaya yang mengkaji integriti monsoon cup ni cakap, penganjuran ni memang membazir. Tak bermanfaat untuk rakyat. Tapi, masa tu kerajaan pimpinan Derih Jusoh ni menafikan semua tu. Kononnya memberi keuntungan kepada kerajaan dan rakyat. Hujah yang diberikan cukup dangkal.
orangkita berharap, MB baru Mat Said ni tolongla....tolong perbetulkan semula apa yang dikatakan derih ni "memahat sejarah, mencipta tamadun" ni. Memang betul pun Derih Jusoh ni dah memahat sejarah di Terengganu. Semoga MB baru ni tidak membiarkan rakyat Terengganu terus menganga melihat kapal layar, belalah mereka. Berikan kesejahteraan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM 300 juta untuk penganjuran piala yang sia-sia ini. Cukupla untuk memahat sejarah yang memberi luka kepada orang Terengganu. Gunakanlah peluang Dato' jadi MB untuk membela nasib rakyat Terengganu. Ingat!!!Tiada halangan, hanyalah peluang........
Tapi, sempat ke Dato' Ahmad???Insyaallah...sempat....Wallahualam.....
0 comments Labels: bloggers united, monsoon cup, terengganu
