+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label pertahanan. Show all posts
Showing posts with label pertahanan. Show all posts

Friday, September 4, 2009

KD Tunku Abdul Rahman angkat kredibiliti TLDM

Berita Harian

Oleh Wan Jailani Razak dan Suhana Roslan
bhnews@bharian.com.my


TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalam dengan anak kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, semalam.

Seri Paduka mahu kecanggihan KD TAR dimanfaat sepenuhnya

PELABUHAN KLANG: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mahu kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) yang juga aset berteknologi tinggi negara dijaga dan diguna sepenuhnya bagi memastikan kredibiliti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai sebuah angkatan laut yang mampu menjaga perairan negara terus terpelihara.

Baginda bertitah, projek perolehan kapal selam itu adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar kerajaan untuk meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menentukan kedaulatan perairan negara terjamin dan selamat.

"Perolehan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan ATM amnya mewujudkan satu angkatan laut dan tentera yang lebih berwibawa khususnya di rantau ini," titah baginda ketika menyambut ketibaan bersejarah KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah di sini, semalam.

Ketibaannya turut disambut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tuanku Mizan kagum dan bangga dengan semangat dan kecekalan dipamerkan warga KD TAR sehingga berjaya menamatkan latihan di Perancis selama empat tahun walaupun terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air.
TUANKU Mizan Zainal Abidin selesai melawat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman.

"Kejayaan ini adalah hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang daripada warga kapal selam. Ia membuktikan warga TLDM mampu bersaing dan setanding angkatan laut bertaraf antarabangsa," titahnya.

KD TAR, yang dikendali 32 pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmy Ithnain merapat ke jeti pada jam 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai ke arah orang ramai.

Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat ke dalam kapal selam itu.

Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu.

INFO

KD Tunku Abdul Rahman

  • Dilengkapi sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api.

  • Enam tiub peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam

  • Berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot

  • Dikendalikan oleh 32 krew

  • Berupaya beroperasi lebih 45 hari
  • Read More...

    Friday, November 14, 2008

    Iran dakwa peluru berpandu mampu sasar Israel, Eropah

    Berita Harian


    PELURU berpandu �Sajjil� sedia untuk diuji pada majlis pelancarannya di Teheran, kelmarin.

    Mahmoud beri amaran bertindak balas jika terima ancaman

    TEHERAN: Iran berkata mereka berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh generasi baru yang mampu mensasarkan serangan sejauh Israel sehingga tenggara Eropah, kelmarin.

    Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammed Najjar, dalam siaran televisyen berkata, peluru berpandu 'Sajjil' itu adalah peluru berpandu bahan bakar padu yang mampu mencapai jarak 1,930 kilometer (km).

    Peluru berpandu bahan bakar padu adalah lebih tepat berbanding peluru berpandu bahan bakar cecair dalam jarak sama yang dibangunkan Iran. Negara itu turut memiliki peluru berpandu bahan bakar padu dengan jarak dekat iaitu Fateh yang mampu mencapai sasaran 193km

    Najjar berkata, peluru berpandu dua fasa dengan dua enjin bahan bakar padu itu memiliki 'kemampuan luar biasa' tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

    Katanya, peluru berpandu itu akan digunakan sebagai senjata pertahanan dan bukan bertujuan untuk serangan terhadap ancaman dihadapi Iran.

    Beliau berkata, peluru berpandu itu adalah sebahagian 'strategi pertahanan dan pencegahan dengan objektif utama mempertahankan negara'.

    Tentera Amerika dan agensi perisikan luar turut memantau ujian peluru berpandu itu pada jarak 360km dari tenggara Tehran dan seorang pegawai kanan tentera Amerika berkata, peluru berpandu itu terbang sembilan saat dan mencapai jarak 290km sebelum berubah haluan dan meletup.

    Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapannya sempena pelancaran peluru berpandu itu memberi amaran kerajaannya akan bertindak balas terhadap ancaman dihadapi mereka.

    Beliau berkata, adalah tidak penting siapa yang menjadi Presiden Amerika kerana soalan lebih penting adalah bagaimana corak pentadbiran negara itu pada masa akan datang. � AP

    Read More...

    Saturday, September 27, 2008

    Eurocopter dapat kontrak ganti Nuri

    Berita Harian

    Oleh Norfatimah Ahmad
    tim@bharian.com.my


    ABDULLAH menerima tabik hormat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

    Syarikat penuhi kriteria kementerian: PM

    KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar helikopter terkemuka berpangkalan di Eropah, Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggantikan penggunaan Nuri.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ketika ini Kementerian Pertahanan sedang meneliti beberapa syarat sebelum menandatangani surat hasrat (LOI) secara rasmi dengan syarikat berkenaan.

    “Kementerian Pertahanan mendapat banyak permohonan daripada syarikat pembuat dan penjual pesawat antarabangsa menerusi tender terbuka yang dilaksanakan dan memilih Eurocopter selepas meneliti pelbagai kriteria serta keupayaan syarikat itu.

    “Kami pilih yang terbaik dan keputusan itu bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya,” katanya selepas menghadiri taklimat khas di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

    Terdahulu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan yang baru menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama membabitkan tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohamad Qadri Abu Bakar dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

    Minggu lalu, Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987.

    Abdullah berkata, keputusan menggantikan Nuri dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu berikutan kemalangan dan kematian dicatatkan sepanjang penggunaan pesawat berkenaan.

    “Semua kes dicatatkan membabitkan Nuri adalah satu kerugian besar kepada Kementerian Pertahanan,” katanya.

    Selain itu, Abdullah yang berpuas hati dengan prestasi kementerian berkenaan berkata, penekanan akan diberikan untuk memastikan keberkesanan guna tenaga dicapai, selain meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara.

    Beliau juga memaklumkan, mulai sekarang semua projek perumahan ATM akan menggunakan konsep pembinaan pasang siap atau dikenali Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi memastikan ia dilaksanakan dengan pantas, bermutu dan tanpa perlu menggunakan buruh ramai.

    “Sebelum ini, Kementerian Pertahanan pernah menggunakan sistem berkenaan, tetapi ketika itu Jabatan Kerja Raya (JKR) belum bersedia menggunapakai sistem itu,” katanya.

    Beliau berkata, sistem berkenaan akan digunakan dalam pembinaan rumah baru dan membaik pulih kediaman anggota tentera yang usang di 12 kem tentera di luar Lembah Klang.

    Ditanya sama ada ATM akan membantu membebaskan rakyat Malaysia yang ditawan lanun, berkata: “Jika diperlukan, kita sedia memberi bantuan pada bila-bila masa.”

    Mengenai pengganti Tan Sri Lee Lam Thye, Abdullah berkata, jawatan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MKLN) yang baru akan diisi Datuk Tiki Lafe berkuat kuasa 1 Oktober ini untuk tempoh tiga tahun.

    Read More...

    Wednesday, September 17, 2008

    PM alih bebanan ekonomi negara kepada Najib

    Harakahdaily

    Lanjusoh

    Wed | Sep 17, 08 | 3:53:10 pm MYT

    KOTA BHARU, 17 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini terpaksa akur dengan desakan rakyat apabila melepaskan jawatan penting kepada timbalannya secara tiba-tiba.

    Apa muslihatnya perkara itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Antara lain ekoran kemelut politik dalaman Umno sekarang dan bayangan kerajaan baru.

    Berkuatkuasa serta merta jawatan Menteri Kewangan diberi kepada Dato' Seri Najib Razak. Sebaliknya Abdullah pula mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan.

    Sedangkan jawatan Menteri Kewangan diterajuinya sejak Oktober 2003.

    Persoalannya mungkinkah kedudukan kerajaan sekarang semakin terumbang ambing apabila Abdullah hanya mengharapkan jaminan keselamatan berbanding mengambil berat masalah ekonomi negara.

    Ini kerana semalam bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa keadaan ekonomi negara semakin tergugat dan pasaran saham menjadi tidak menentu.

    Kata Ku Li perkara itu berlaku kerana kelemahan pemimpin negara yang tidak mampu lagi mengurus dan sepatutnya berundur lebih awal.

    Dengan apa yang berlaku itu Abdullah seperti sudah memberi isyarat segala kemelesetan ekonomi negara tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya.

    Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam yang memberi semula kerusi Dun Sanglang kepada Ustaz Hashim Jasin dari PAS selepas berlaku silap isytihar pegawai pengurus pilihan raya pada 8 Mac lalu.

    Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pengisytiharan kemenangan Ustaz Hashim di Sanglang membuktikan kebenaran berpihak kepada PAS dan perjuangan Islam.

    "Tahniah kepada seluruh pemimpin dan petugas PAS di seluruh negara di atas kemenangan rayuan petisyen pilihan raya Dun Sanglang, Perlis.

    "Khusus kepada PAS Perlis dan Pesuruhjayanya, Ustaz Hashim Jasin, juga kepada peguam Hanifa Maidin dan rakan-rakan," katanya di sini.

    Oleh itu katanya harapan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat supaya diberi tumpuan sepenuhnya kegiatan bagi membina balik pengaruh PAS melalui gerak kerja pilihan raya terutamanya pendaftaran pemilih. - mj _

    Read More...

    Thursday, September 11, 2008

    Negara stabil, tentera tidak campuri isu perkauman - Panglima ATM

    Mstar Online

    11-09-2008 02:53:04 PM
    Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

    (Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan politik termasuk dalam isu-isu berkaitan dengan sentimen perkauman, yang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

    Sebaliknya, menurut Panglima ATM, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar), pihaknya menyerahkan kepada pemerintah untuk menguruskannya kerana ia melibatkan elemen politik.

    "ATM sebagai sebuah organisasi yang profesional tidak akan campur tangan kerana isu perkauman ini berkaitan dengan soal politik," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

    Abdul Aziz turut mengaku bahawa pada masa ini negara masih berada dalam keadaan stabil.

    Dua hari lalu beliau menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

    Mengulas mengenai kenyataan beliau itu, Abdul Aziz berkata perkara itu tidak bermaksud ATM akan campur tangan dengan keadaan politik semasa.

    "Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya hanya suarakan pandangan dan perhatian terhadap isu ini," katanya.

    Bagaimanapun beliau menegaskan pihak ketenteraan tidak akan masuk campur dalam hal berkenaan kecuali adanya permintaan melalui proses undang-undang.

    Ditanya sama ada ATM mempunyai sebarang cadangan bagi memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia, beliau berkata perkara itu adalah urusan pemerintah.

    "Biarkan pemerintah yang uruskan soal untuk meningkatkan hubungan perpaduan di negara kita," katanya.

    Bagaimanapun beliau berkata tanggungjawab mewujudkan kestabilan hubungan antara kaum perlu dipikul bersama oleh semua rakyat di negara ini.

    Tambah beliau masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai peranan yang sama dengan kerajaan bagi memastikan negara terus stabil.

    Ditanya sama ada ATM telah bersedia jika berlakunya sebarang kekacauan, beliau berkata ATM sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    "Ya, sama seperti tema sambutan Jubli Intan sempena sambutan hari ATM ke-75 pada tahun ini iaitu 'Komitmen kami, keyakinan anda', jadi kami sentiasa bersedia," katanya.

    Diminta mengulas sama ada ATM akan terus memberikan kerjasama kepada kerajaan baru pada 16 September seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebarang spekulasi.

    Read More...

    Wednesday, September 10, 2008

    Tentera jangan terjebak dengan politik perkauman Umno - Pemuda PAS

    Harakahdaily

    Nyza Ayob
    Wed | Sep 10, 08 | 2:59:46 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menolak sebarang campur tangan tentera dalam isu perkauman yang dibangkitkan sekarang ini

    Ketuanya Salahuddin Ayub menafikan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang mengatakan isu tersebut boleh mencetuskan huru-hara.

    Katanya, kenyataan Jeneral Abdul Aziz jelas menunjukkan bahawa pihak tentera sedang memantau keadaan yang ada, namun ia tidak bermakna tentera patut terlibat sama secara terbuka.

    Jelas Salahuddin, pergolakan politik perkauman yang sedang berlaku sekarang ini bukan melibatkan pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat memandangkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat telah mengambil sikap untuk merobohkan semua tembok perkauman.

    Katanya, sikap yang ditunjukkan Pakatan Rakyat itu menyebabkan kaum Cina dan India tidak lagi kekok menyokong PAS yang selama ini dilabelkan sebagai ekstrimis Islam.

    "Begitu juga orang-orang Melayu yang bersedia menerima DAP walaupun mereka sering dimomokan sebagai chauvenis Cina. Inilah satu pendekatan politik baru yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan persoalan perpaduan, keadilan dan kesamarataan daripada perbezaan warna kulit, bahasa dan kepercayaan. Inilah asas perpaduan yang dibina oleh Pakatan Rakyat.

    "Keadaan ini amat berbeza dengan parti-parti perkauman yang bergabung secara rapuh dalam BN. Mereka bersatu kerana kuasa tetapi masing-masing bersikap chauvenis terhadap kaum masing-masing. Umno cuba menjuarai isu Melayu termasuk dan meminggirkan kepentingan bangsa lain," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

    Bagaimanapun katanya, orang-orang Cina dalam MCA, Gerakan dan parti-parti Cina yang lain pula mendesak untuk kepentingan bangsa mereka. Manakala India dalam MIC dan PPP pula bercakap soal hak kaum mereka.

    Katanya, anasir yang sama kini menular ke Sabah dan Sarawak yang mengakibatkan mereka bercakaran semasa sendiri untuk menjadi jaguh kepada kaum masing-masing.

    Situasi yang berlaku ini katanya menunjukkan realiti politik perkauman BN yang kononnya membentuk kerjasama antara kaum, tetapi hakikatnya mereka tidak memperjuangkan kepentingan bersama, melainkan kaum sendiri.

    "Hari ini apabila Umno terdesak mereka membangkitkan semula isu perkauman sehingga mendesak parti komponen BN yang lain keluar pakatan itu. Parti-parti lain pula mengambil kesempatan menyalahkan Umno kerana perkauman mereka.

    "Keadaan ini yang menyebabkan krisis perkauman di negara kita. Ketika rusuhan kaum berlaku pada 1960-an juga, Umnolah yang membakar api perkauman ini. Begitu juga pada 1987 dan isu Kampung Medan," katanya.

    Katanya, Pakatan Rakyat telah menyedari keadaan ini dan PAS juga menganggap setiap kaum adalah bersaudara kerana semuanya berasal dari bapa yang satu, Adam.

    Atas asas ini katanya, Dewan Pemuda melihat bahawa tentera tidak perlu mencampuri pergolakan perkauman kerana Umno dijangka akan memperalatkan pasukan pertahanan untuk mempertahankan survival politik sempit mereka.

    Tambahnya, desas-desus bahawa tentera akan campur tangan sekiranya berlaku peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat yang sudah tersebar seolah-olah sengaja mewujudkan suasana perkauman yang keras seperti 1987 untuk dijadikan alasan bagi penahanan pemimpin pembangkang.

    Sehubungan itu katanya, dalam keadaan perkauman yang tegang seperti ini, tentera sepatutnya berkecuali dan bukannya bersuara seolah-olah membenarkan rumusan yang mengatakan tentera akan mengambil negara ini jika BN tersungkur.

    Salahuddin juga mengharapkan demokrasi dapat dipertahankan agar peristiwa yang berlaku di Thailand tidak berulang di sini. - mns

    Read More...

    Tuesday, September 9, 2008

    Tindak tegas terhadap pihak sentuh isu perkauman - Panglima ATM

    Mstar Online

    09-09-2008 09:24:34 PM













    RAFIDAH Aziz (dua, kanan) berkata sesuatu kepada Ismail Omar (kiri), Abdul Aziz Zainal pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Sahrizat Abdul Jalil (tiga, kiri) dan Penolong Setiausahanya, Datuk Faridah Abu Hassan (kanan). --fotoBERNAMA

    (Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

    Beliau menyatakan demikian pada majlis menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepadaATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

    Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

    Jelas Abdul Aziz, isu-isu perkauman tidak seharusnya disentuh kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak aman di negara ini.

    "Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan," kata beliau.

    Beliau menggesa demikian berikutan banyaknya polemik kebelakangan ini yang membangkitkan isu perkauman.

    Tambahnya, isu perkauman dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan sekiranya tidak dibendung awal.

    "Secara realitinya, isu perkauman menjadi ancaman utama pada negara dan ia patut dielakkan," tegasnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu, politik jalanan masih dalam kawalan dan pihaknya dapat memelihara keamanan.

    Bagaimanapun tegas beliau, pasukan polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi keadaan huru-hara sekiranya tercetus.

    "Kami bersedia untuk bekerja siang dan malam, (tanpa mengira) hujan atau panas, tanpa makanan dan minuman untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian," katanya.

    Dalam pada itu, Rafidah pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak membangkitkan soal latar belakang asal usul mana-mana kaum dan kesetiaan mereka.

    Malah, kata beliau, demonstrasi jalanan dan politik jalanan seharusnya ditolak sama sekali demi keamanan dan keselamatan negara.

    Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas dengan menyatakan masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

    Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka.


    Read More...

    Tuesday, July 15, 2008

    PAS: Jangan heret tentera ke kancah politik

    Malaysiakini

    Abdul Rahim Sabri | Jul 15, 08 2:08pm

    Dewan Pemuda PAS hari mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tindakan kerajaan 'mengheretkan tentera ke dalam kancah politik".

    Memorandum tiga muka surat itu diserahkan ketuanya, Salahuddin Ayub kepada pegawai pentadbir kanan Istana Negara, Guli Tahir.

    Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Dalam memorandum tersebut, Salahuddin menarik perhatian baginda terhadap siri latihan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM pada 2 Julai lalu.

    Beliau juga merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan sebagai berkata bahawa latihan bersama ini relevan "memandangkan kebelakangan ini erlaku beberapa insiden melibatkan ketenteraman awam, seperti demonstrasi, akibat tindakan beberapa pihak yang mempunyai agenda tersendiri".

    Salahuddin berkata, latihan bersama itu dan juga kenyataan Musa telah memberikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia luar, "seolah-olah Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat disebabkan terdapatnya ancaman yang serius terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara".

    "Persoalannya, apakah benar hingga serius sekali suasana yang ada di dalam negara ini hingga menuntut PDRM dan ATM terpaksa mengadakan latihan bersama?" soalnya.

    Soal suara majoriti

    Menurut Salahuddin, kekalutan yang timbul terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12 adalah disebabkan parti pemerintah di peringkat Persekutuan sudah tidak mendapat kepercayaan bulat dari rakyat.

    Katanya, ini ditambah pula dengan beberapa isu lain yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain masalah yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan.

    Salahuddin berkata, masalah ketidaktentuan politik ini yang bersangkut paut dengan soal suara majoriti di Dewan Rakyat boleh diselesaikan dengan mekanisme dan konvensyen perlembagaan serta 'duluan' yang berlaku sebelum ini, termasuk di negara Komanwel lain, tanpa perlu menggambarkan kepada rakyat seolah-olah negara ini berada dalam keadaan tidak selamat dan huru-hara.

    Oleh yang demikian, tambahnya, masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak berbangkit sama sekali.

    Jika ada pun demonstrasi atau perhimpunan umum yang dilakukan, tambahnya, ia bukanlah suatu yang asing dalam kerangka sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

    Katanya, ini kerana hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin kepada seluruh warga negara Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 (l)(b) Perlembagaan Persekutuan.

    "Cumanya selama ini pihak polis yang patik percaya atas pengaruh parti pemerintah, telah menyekat hak perlembagaan ini dari dilaksanakan oleh rakyat dengan tidak memberikan permit kebenaran atas alasan kononnya sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang akan menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

    'Polis bertindak keras'

    Salahuddin juga berkata, dalam banyak kejadian, termasuk yang pernah menimpa dirinya sendiri, rakyat sekadar berhimpun dalam jumlah yang kecil dan berjalan dalam suasana aman tenteram,
    tetapi pihak polis telah bertindak keras dan keterlaluan hingga menimbulkan kekecohan.

    "Tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman awam adalah satu tugas yang diamanahkan oleh undang-undang kepada pasukan PDRM sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Polis 1967.

    "Manakala sekiranya terdapat ancaman keselamatan dari luar barulah ianya menjadi tugas kepada ATM untuk menanganinya," katanya.

    Oleh itu, katanya, amatlah tidak wajar untuk mengheret sama ATM dalam tugas menjaga ketenteraman awam, yang menurut ketua polis negara, ancaman dalam bentuk demonstrasi.

    "Dalam ha1 ini kita semua maklum demonstrasi atau perhimpunan aman yang berlaku adalah berpunca dari masalah politik yang berlaku dalam negara ini.

    Minta campurtangan

    "Dengan melibatkan sama ATM untuk menangani demonstrasi atau perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti-parti politik, ini bermakna terdapat cubaan untuk mengheret ATM ke kancah politik kepartian," katanya.

    Sekiranya ATM dilibatkan sama dalam ha1 politik, Salahuddin berkata, beliau khuatir ianya boleh membawa kepada akibat yang merbahaya kepada kestabilan negara serta kesejahteraan rakyat.

    Justeru, katanya, beliau dan rakyat merayu kepada baginda agar campurtangan supaya ATM tidak dipergunakan untuk menentang rakyat yang hanya melaksanakan hak mereka untuk berhimpun, yang sememangnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

    "Patik juga sesungguhnya percaya siri-siri latihan bersama yang melibatkan sama ATM ini adalah terjumlah kepada perkara yang memerlukan kepada perkenan dan restu Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

    Berikutan itu, beliau merayu supaya suatu tindakan dapat dilakukan untuk menghentikan latihan bersama tersebut yang menurutnya, bukan sahaja bakal menimbulkan implikasi negatif terhadap sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara ini, bahkan banyak menelan kos dari dana awam yang sepatutnya digunakan perkara yang lebih perlu dan bermanfaat.

    "Adalah lebih baik sekiranya segala kekuatan yang ada pada PDRM digunakan untuk menangani masalah jenayah yang kian meruncing daripada membiarkan maruah PDRM diperkotak-katikkan kerana dijadikan alat politik pihak-pihak tertentu," katanya.

    Read More...

    Friday, July 4, 2008

    Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

    Harakahdaily

    Tarmizi Mohd Jam

    Fri | Jul 04, 08 | 11:01:00 am MYT



    KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

    Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

    Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

    Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

    Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

    Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

    "Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

    Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

    Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

    Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

    Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

    Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang. - tmj _

    Read More...

    27 NGO bantah guna tentera kawal perhimpunan

    Malaysiakini

    Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 08 12:59pm

    Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.

    Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.

    Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.

    Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.

    "Ini akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan perdana menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka," tambah kenyataan tersebut.

    Menurut mereka lagi, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, negara sedang menujuk ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang lebih demokratik.

    "Kewujudan sebuah negara yang bebas dan adil serta mengamalkan demokrasi terbuka, adalah amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan yang berterusan.

    "Suasana itu, akan mewujudkan kehidupan yang harmoni, mengukuhkan keyakinan pelabur dan kemakmuran negara," tegas mereka lagi.

    Hadir di sidang akhbar mengenai perkara itu ialah wakil-wakil NGO terbabit, antaranya Pengerusi Institut Nasional bagi Integriti Pilihanraya (NIEI), Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez; Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Persatuan Wanita Selangor, Suguna Papachan.

    Sementara itu, Irene berkata, penggunaan pasukan tentera untuk mengawal perhimpunan aman, akan hanya mewujudkan rasa ketakutan di kalangan rakyat.

    Manakala Ivy pula berkata pihaknya akan menyerahkan kenyataan bersama tersebut kepada ahli-ahli Parlimen supaya membantah cadangan untuk mengerahkan anggota tentera mengawal ketenteraman awam.

    Read More...

    Tuesday, June 10, 2008

    Kawal Istana Buckingham

    Sejak pertengahan bulan April lalu, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditugaskan mengawal kediaman rasmi keluarga diraja Britain. Tugas tersebut akan berakhir pada pertengahan Jun ini.




    PARA hadirin memberi tepukan gemuruh sejurus barisan pengawal keselamatan Malaysia dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berarak menuju ke Istana Buckingham, London untuk pertukaran tugas mengawal istana berusia lebih 250 tahun itu.

    Dengan mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata. Ini sekali gus membuatkan ribuan pengunjung yang membanjiri perkarangan istana itu terpegun.

    Ini adalah tugas pertama anggota keselamatan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1938. Seramai 122 anggota rejimen Pasukan Istiadat dipilih menjalankan tugas itu dari 18 April lalu hingga 12 Jun ini.

    Kebanjiran ribuan pengunjung untuk melihat majlis pertukaran tugas itu begitu menyentuh perasaan penulis. Ini kerana negara Malaysia yang pernah dijajah oleh British diberi penghormatan yang sebegitu rupa.


    DENGAN mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata.


    Komitmen anggota RAMD yang mempamerkan gaya keperwiraan Melayu menarik perhatian para pengunjung. Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan detik bersejarah yang berlangsung di hadapan Istana Buckingham yang dibina pada abad ke-17 itu.

    Dari segi sejarah, kawalan di istana tersebut melibatkan anggota pasukan keselamatan negara-negara Komanwel bermula September 1916. Setakat ini negara yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas itu ialah Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Sri Lanka, Pakistan, Jamaica dan ketika ini, Malaysia.

    Selain menjalankan tugas mengawal kediaman rasmi diraja Britain yang mempunyai 775 bilik itu, anggota RAMD yang menjalankan Tugas Awam London turut ditugaskan mengawal Istana Windsor, Istana St. James dan Menara London. Mereka terlibat dengan tugas rejimen bersama batalion lain daripada Pasukan Pengawal Peribadi di Istana Buckingham.

    Mereka menjalani latihan di padang kawat markas tentera yang terletak tidak jauh dari Istana Buckingham pada setiap pagi. Apa yang mengagumkan, ada di antara penduduk di kota London ini begitu teruja dan mengambil kesempatan melihat mereka berlatih di tepi pagar.

    Dalam menjalankan tugas-tugas rasmi itu, anggota RAMD terlibat menjaga laman istana, melakukan rondaan malam, mengawal pos kawalan istana dan menjadi sebahagian daripada pasukan tindakan cepat.


    ISTANA Buckingham memiliki taman yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong dunia.


    Di depan Istana Buckingham, terdampar jalan merah yang kelihatan begitu teguh dan keras, dibina hasil sumbangan negara-negara yang pernah terletak di bawah jajahan British.

    Berhampiran istana ini , tersergam satu tugu besar untuk memperingati Ratu Victoria yang mula-mula tinggal di situ selepas menaiki takhta pada 1837.

    Jika anda ke kota London, rasanya tidak begitu sempurna jika tidak melihat keindahan bangunan Parlimen yang terletak di Westminster. Di situ juga terdapat menara Big Ben atau lebih dikenali sebagai Menara St. Stephen.

    Nama Big Ben diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster dan loceng utama yang seberat 14.5 tan yang dibuat pada tahun 1856. Dipercayai nama Big Ben diambil sempena nama ahli tinju Benyamin Caunt, seorang peninju tersohor di Britain. Ia juga mungkin berasal daripada nama Sir Benjamin Hall.

    Tidak jauh dari bangunan Parlimen ini, anda berpeluang melihat keindahan London Eye, sebuah roda observasi yang terbesar di dunia setinggi 135 meter atau 443 kaki di sebelah Sungai Thames. Ia juga dikenali sebagai Millennium Wheel yang mula beroperasi pada akhir tahun 1999.

    London Eye berpusing dengan kepantasan 0.26 meter bagi setiap detik dan mengambil kira-kira 30 minit bagi setiap pusingan. Ia diapungkan di Sungai Thames.

    Jika berkesempatan ke London, jangan lepaskan peluang menaiki gondola London Eye untuk melihat kota London dari udara. Harga tiketnya ialah 14.40 pound sterling (RM92.80), kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun (RM46.40), kanak-kanak kurang 5 tahun (percuma), warga emas berumur lebih 60 tahun dan orang kurang upaya (RM70.40).

    Selain itu, Jambatan Menara atau Tower Bridge yang terletak di atas Sungai Thames menjadi ikon di kota ini.


    ISTIADAT penyerahan tugas.


    Bagi mereka yang cintakan kedamaian dan riadah, kota ketiga tersibuk di dunia selepas New York dan Tokyo ini menyediakan banyak taman untuk seisi keluarga bersantai pada hujung minggu. Antaranya ialah Green Park, Greenwich Park, Hyde Park, Kensington Park, Regent Park, Richmond Park dan St. James Park, selain Dataran Trafalgar.

    Dataran Trafalgar dibina untuk memperingati Pertempuran Trafalgar pada tahun 1805. Ia memberikan kemenangan kepada Tentera Laut Diraja Britain yang menentang Napoleon. Nama terdahulunya ialah Dataran Raja William Keempat, tetapi George Ledwell Taylor mencadangkan nama Dataran Trafalgar.

    St. James Park adalah taman yang tertua daripada kesemua taman diraja London di Westminster yang terletak di timur Istana Buckingham dan barat Whitehall dan Jalan Downing.

    Taman-taman itu dijaga bersih. Malah, ia menjadi lokasi penduduk kota London berjemur pada musim panas.


    LONDON EYE diapungkan di permukaan Sungai Thames .


    Bagi yang 'kaki jalan', anda tidak perlu risau kerana sistem pengangkutan di negara ini dianggap bertaraf kelas pertama. Mengapa? Perkhidmatan sistem kereta api bawah tanah atau lebih dikenali sebagai tube memudahkan pergerakan anda.

    Sistem ini adalah yang tertua di dunia dengan perkhidmatan pertamanya bermula pada 10 Januari 1863. Anda boleh membeli kad ala Touch N-Go ini untuk menaiki tube ke merata tempat, selain perkhidmatan teksi dan bas dua tingkat bagi kawasan dalam bandar.

    Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat bersejarah boleh diterokai di negara ini. Namun, ia tidak dapat dilawati dalam tempoh waktu yang sesingkat ini.

    Read More...

    Friday, May 30, 2008

    Batal rancangan bubarkan Kem Majidee

    Siasah daily

    Thursday, May 29, 2008

    KUALA LUMPUR, 30 Mei: PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.


    Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.

    "Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.

    Sebuah akhbar harian Jumaat lepas telah menjadikan isu kem ini sebagai berita muka depannya dan menyifatkan pembubaran kem ini bertujuan keuntungan kewangan semata-mata.

    Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.

    Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung. Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.

    Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Gemencheh dan Gemas.

    Menurut satu sumber lain, mykmu.net, anggota Parlimen Johor Bharu, Shahril Samad adalah antara personaliti yang terlibat dalam usaha untuk menswastakan Kem Majidee ini untuk ditukarkan kepada projek pembangunan komersial pada pertengahan tahun 1990an lalu.

    Read More...

    Tuesday, May 6, 2008

    Pembelian Sukhoi Dan Scorpene Ikut Tatacara Kontrak, Kata Najib

    Bernama

    KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rundingan perolehan bagi pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

    Katanya rundingan mengikut prosedur itu melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian dibuat bagi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.

    "Semuanya telah diperiksa oleh agensi pusat sebelum kita menandatangani kontrak tersebut.

    "Janganlah kita membuat tuduhan melulu, (sebaliknya) mesti fokus pada fakta sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

    Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat semalam yang meminta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat rundingan perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi.

    Sementara itu Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media berhubung perolehan kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi berkata rundingan perolehan itu turut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

    Menurut kementerian itu semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan.

    Kenyataan itu berkata dakwaan Dr Wan Azizah bahawa kerajaan membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah tidak berasas kerana tiada sebarang komisen dibuat.

    "Ini kerana perolehan kapal selam dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya.

    Kementerian Pertahanan turut menjelaskan Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisen sebenarnya hanya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh enam tahun dan nilai kontrak sebanyak EURO 114.96 juta itu dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

    "Syarikat ini adalah kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan akaun syarikat itu diaudit dan semua pihak boleh melihat akaun syarikat tersebut," katanya.

    Mengikut kenyataan itu, skop sokongan Perimekar ialah menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta insurans kesihatan bagi 27 keluarga pasukan projek di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

    Katanya syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis, menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga yang terlibat, membayar elaun harian dan krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang pula untuk tiga tahun kedua.

    Perkhidmatan kordinasi pula antaranya melibatkan tanggungjawab memastikan penyertaan Syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia berpotensi untuk menyertai "off-set" dan menyelaras latihan krew kapal selam.

    Mengenai perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan berkata perolehan dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Rusia.

    "Syarikat Rosoboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini dan kementerian ingin menegaskan urusan perniagaan antara syarikat Rusia dan syarkat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan kerajaan Malaysia."

    -- BERNAMA

    Read More...

    Kementah jawab isu Scorpene, Sukhoi

    Malaysiakini

    Abdul Rahim Sabri | May 6, 08 12:12pm

    Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan bahawa semua pembelian, termasuk kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, dijalankan mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara oleh pegawai-pegawai kerajaan.

    Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga, setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan angkatan tentera Malaysia.

    Selain itu, katanya, rujukan juga dibuat kepada pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

    "Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus, dikemukakan kepada Kementerina Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan kementerian kewangan diperolehi," kata kenyataan itu lagi.

    Kenyataan bertarikh 26 April itu, diedarkan sekali lagi selepas sidang akhbar timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri pertahanan, untuk menjawab kenyataan-kenyataan oleh pihak-pihak tertentu mengenai pembelian Scorpene dan Sukhoi.

    Semalam, ketika berucap dalam sidang Parlimen, ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan.

    Wan Azizah memetik pembelian peralatan ketenteraan, khususnya pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion dan pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar.

    Presiden PKR itu berkata persepsi rakyat ialah ia mungkin bukan bayaran komisyen tetapi rasuah antara pemimpin dan individu yang menerima komisyen tersebut.

    Berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kementerian tersebut menegaskan dakwaan kerajaan telah membayar komisyen sebanyak RM540 juta kepada Abdul Razak Baginda merupakan satu tuduhan yangt tidak berasas sama sekali.

    "Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam scorpene, tidak ada sebarang komisyen dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, seperti yang didakwa.

    "Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus - selaras dengan tatacara perolehan kerajaan - dengan syarikat pembuat iaitu Armaris (Perancis) dan Navantia (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

    "Sebaliknya, Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang didakwa menerima komisyen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordianasi untuk tempoh selama enam tahun.

    "Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kamajuan melaksanaan projek," tegas kenyataan itu lagi.

    Perimekar dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holding Bhd, dan K S Ombak Laut Sdn Bhd.

    Read More...

    Bantu petani lebih baik dari belanja berbillion beli kapal selam - Wan Azizah

    Harakahdaily

    Wan Nordin Wan Yaacob

    Tue | May 06, 08 | 9:17:50 am MYT


    KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) menegaskan, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan petani bagi meningkatkan hasil padi negara.

    "Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara," ujar Wan Azizah.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

    Menurut Wan Azizah, akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi.

    Kekurangan berlaku antaranya kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, katanya.

    Selain itu faktor lain seperti pertambahan penduduk dunia, berkurangnya kawasan pertanian untuk memberi laluan kepada pembangunan hartanah dan industri, kurangnya insentif untuk penerokaan kawasan baru untuk penanaman padi, kekurangan air kerana digunakan untuk industri, cuaca dan kenaikan harga bahan bakar.

    "Yang menghairankan, hampir semua negara-negara Asia dapat menghasilkan padi dan beras bagi memenuhi keperluan dalam negara mereka melainkan empat buah negara iaitu Filipina, Bangladesh, Singapura dan Malaysia!," katanya.

    "Hatta, negara-negara Asia yang maju industri seperti Jepun, Korea dan Taiwan dapat menghasilkan beras melebihi keperluan dalam negara mereka," katanya.

    Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan menjadikan agenda pengeluaran padi dan beras mencukupi untuk keperluan negara, tegas Wan Azizah.

    Hal ini perlu dilihat sebagai agenda penting sepertimana Jepun menjadikan pengeluaran padi dan beras sebagai agenda pertahanan negara, katanya.

    "Kami menggesa agar usaha yang bersungguh-sungguh, baik bagi peringkat kerajaan persekutuan maupun kerajaan-kerajaan negeri, dilakukan untuk membantu golongan petani dan penanam padi," katanya.

    Justeru katanya, peruntukan dana awam harus dijamin untuk program pembinaan keberdayaan masyarakat tani kita bagi menghasilkan pengeluaran makanan yang memenuhi keperluan negara.

    Read More...

    Tuesday, April 22, 2008

    Kontrak pertahanan RM1.12 bilion dimeterai

    Firma pertahanan tempatan, DRB Hicom Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) memperolehi kontrak terbesar apabila memeterai empat pembelian iaitu bagi membekalkan 56 buah kenderaan perisai ACV 300 Adnan termasuk lapan buah versi kenderaan pembawa mortar bagi Tentera Darat (TD).

    Kontrak bernilai RM541.3 juta itu juga termasuk membekalkan 87 buah trak Handalan kepada TD dan Depoh Simpanan Perang (DSP) serta khidmat penyenggaraan 21 unit kenderaan perisai Scorpion dan 13 unit Stormer.

    Firma TDA Armaments SAS dari Perancis dan SME Ordnance pula bakal membekalkan lapan unit sistem mortar 2R2M kaliber 120mm kepada TD bernilai RM52.6 juta dan persenjataan ini bakal dipasang pada kenderaan ACV 300-S Adnan.

    Turut memeterai perjanjian serupa ialah syarikat Master Defence (M) Sdn. Bhd. bernilai RM56.1 juta bagi membekalkan 60 buah kenderaan taktikal pembawa senjata serta 25 buah kenderaan pembawa sistem pelancar peluru berpandu pertahanan udara kepada TD.

    Kementah turut bersetuju membeli 60 unit sistem mortar jarak jauh kaliber 81 mm serta sistem arahan kawalan tembakan jenis Morfire melalui syarikat High Points Worldwide Sdn. Bhd. membabitkan kos bernilai RM15 juta.

    Ketua Setiausaha Kementah, Datuk Abu Bakar Abdullah menandatangani kesemua kontrak tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan wakil syarikat masing-masing yang disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak.

    Read More...

    Carian dalam Tau Takpe

    masukkan je apa-apa yg nak dicari

    Tau takpe

    Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

    - OrangKita (OK) -

    Video mesti tengok!!!

    | Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |