+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai ‘muslihat politik’

pinkturtle

Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai ‘muslihat politik’

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada hari ini mengkritik dakwaan liwat terhadap rakannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ‘muslihat politik’.

“Saya harap kerajaan Malaysia akan melaksakan proses keadilan dalam mengendalikan kes Anwar,” katanya dalam satu kenyataan.

Estrada, yang meraikan Anwar di Manila, bulan lalu dan menyifatkannya sebagai tokoh demokrasi berkata, penahanan Anwar semalam kerana dakwaan meliwat bekas pembantunya berusia 23 tahun sebagai satu muslihat politik.

Estrada bagaimanapn tidak mengulas lanjut dakwaannya itu.

Bekas bintang filem, Estrada yang berusia 71 tahun dijatuhkan pada 2001 kerana tuduhan rasuah dan dipenjarakan enam tahun sepanjang kesnya dibicarakan.

Beliau dijatuhkan hukuman tahun lalu, tetapi Presiden, Gloria Macapagal Arroyo memberikannya pengampunan.

Bulan lalu, Estrada meraikan Anwar dalam majlis makan malam di kediamannya dengan menamakan majlis itu sebagai meraikan seisi keluarganya. - AP

http://www.bharian.com.my

2 comments:

Unknown said...

estrada patut duduk diam-diam kat Filipina.di sana lebih banyak lagi perkara yang perlukan perhatian.salah satu sebab yang membantu beliau dijadikan presiden ialah pembawakan watak hero.tapi tetap jugak korup.

Sang Pemantau said...

biasela bro....semua orang layak bagi pendapat....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |