+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

Akuan bersumpah: Raja Petra didakwa fitnah isteri Najib

Mstar Online

17-07-2008 12:38:45 PM

(Mutakhir) PETALING JAYA: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri.

Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.

Beliau tiba di pekarangan makhamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.

Pagi ini, menurut peguamnya, Jaya Chandra, Raja Petra di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sedang dibawa ke mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Selain Jaya, Raja Petra turut ditemani oleh isterinya, Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.

Pada 18 Jun lalu, Raja Petra telah membuat akuan sumpah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur berkaitan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama dua individu lain dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Dua individu yang disebut dalam perakuan itu ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong yang didakwanya pakar bahan letupan C4 dan isterinya, Norhayati yang dikatakan pegawai pengiring (ADC) Rosmah.

Polis memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.

Pada hari itu Raja Petra Kamaruddin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |