Buletin Online Written by Editor |
Friday, 06 February 2009 10:56 |
Semalam Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin berikrar dihadapan lebih 10,000 orang hadirin beliau akan berjuang mengembalikan keuasa rakyat hingga ke titisan darah yang terakhir. (Gambar - rakyat sudah tidak tidak takut lagi..... gambar Najib dipijak-pijak semalam) Nizar terus melaksanakan tugas-tugas Menteri Besar dan tidak meletakkan jawatan setelah beliau menghantar surat kepada Sultan Perak petang kelmarin petang semalam “Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara untuk meminta patik tidak meletakkan jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak,”tegas Nizar dalam suratnya kepada Sultan Perak selepas Sultan Perak menolak pembubaran DUN Perak dan memaksa Nizar meletakkan jawatan. Hari ini, (6 Februari, Jumaat) sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang masih sah, Nizar bersama Exco kerajaannya, seperti biasa masuk ke bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri. Beliau memasuki bangunan tersebut bersama 10 Exco Pakatan Rakyat kira-kira pukul 9.50 pagi. Nizar turut mengumumkan semalam, semua ADUN Pakatan Rakyat memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar kerajaan UMNO/BN yang merampas kuasa rakyat dengan cara yang tidak sah. |
Friday, February 6, 2009
“Berjuang Hingga Titisan Darah Terakhir” – Nizar Pergi Kerja Seperti Biasa
Posted by
Sang Pemantau
at
12:22 PM
Labels: buletin online, Perak, tolak BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Wahai orang-orang perak, apa yang kamu hendak lakukan sekarang. BN dah merampas negeri kamu. Tapi rampas tak GENTLEMAN. Kalau berani, buatlah pilihanraya 3 Adun yang main lompat katak tuh. Main cilok-cilok pulak mane aci orang BN nih. Nak lumba, biar ikut peraturan. Kalau main kotor, semua penonton naik muak, termasuklah penyokong kamu sendiri. Rimas mereka tengok korang macam terdesak nak menang. Tapi siapa berani lawan Sultan? Tak de siapa berani, kalau berani derhaka pun, tak jadi ape2.. Orang Najib dah pegang leher Sultan. Kalau tak sokong Najib, mane Sultan nak cari duit main golf nanti? Sape nak beli kontrak kroni Sultan kalau tak sokong bakal PM kita nih? Kesimpulannya, benda nih berlaku sebab dah terikat dengan perangai berjoli orang melayu sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.. Ade kepentingan, semua boleh. Kalau tak suka benda tuh, tendang jauh2.. Lama2 politik kat Malaysia takde harga.. Orang Yahudi suka tengok politik kotor kat Malaysia nih. Korang tak sedar ke?? Dorang tepuk tangan " Rasuah lah lagi.." Orang Yahudi tak nak pemerintah seperti khalifah zaman Sahabat. Orang Yahudi akan mencucuk politik di Malaysia sampai busuk, bernanah, sehingga tak kenal dosa pahala..
Post a Comment