| Malaysiakini |
| Aug 9, 08 2:46pm |
| Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam yang berlangsung di ibunegara hari ini terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mengelak timbulnya keadaan tegang dan suasana tidak terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. "Kita tidak mahu perasaan marah itu membawa kesan yang di luar dugaan. Setakat ini saya tidak menerima laporan tentang ancaman keselamatan atau gangguan terhadap ketenteraman awam secara keseluruhan. "Pihak polis telah bertindak dengan baik untuk mengawal keadaan," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi hari ini, demikian menurut laporan Bernama. Syed Hamid berkata sensitiviti orang lain perlu dihormati walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga yang mengumumkan penamatan forum tersebut pada 10 pagi berkata, polis telah menasihatkan agar forum itu ditamatkan lebih awal. Harap 'terima mesej' Syed Hamid berkata, beliau berharap Majlis Peguam menerima mesej yang mahu disampaikan bahawa "ada perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka, malahan diadakan di tempat persendirian." Beliau berkata, kes yang melibatkan seseorang memeluk agama Islam boleh dirujuk ke mahkamah untuk penyelesaian. Mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Majlis Peguam, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menggunakan pendekatan undang-undang pencegahan dengan sewenangnya. "Kita cukup berhati-hati untuk menggunakan akta pencegahan, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu memastikan ketenteraman awam dan kepentingan negara tidak terganggu dan tergugat," katanya. Beliau meminta golongan terpelajar seperti Majlis Peguam agar mengambil pendekatan berhati-hati dalam membincangkan itu tertentu seperti isu agama supaya tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA bagi membendung keadaan. Syed Hamid turut meminta umat Islam negara ini tidak mengambil langkah berdiam diri, tetapi sebaliknya perlu menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka. |
Sunday, August 10, 2008
Menteri: Forum dihenti elak ketegangan
1 comments Labels: Forum, hina Islam, malaysiakini
Friday, April 18, 2008
Lim Guan Eng, antara panel forum 'Islam yang Adil' anjuran PUM Johor
| Harakahdaily Thu | Apr 17, 08 | 3:39:18 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama dengan tiga lagi Menteri Besar iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak), Dato' Ahmad Said (Terengganu), Dato' Abdul Ghani Othman (Johor) akan dijemput menjadi ahli panel dalam program forum 'Islam yang Adil'. Forum anjuran Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (Pum) cawangan Johor itu akan diadakan di Dataran Dewan Undangan Skudai Johor Bahru pada 11 Mei depan. Selain menteri besar dan ketua menteri tersebut turut dijemput adalah Yang di-Pertua PUM, Dato' Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid. Forum tersebut akan dipengerusi penasihat PUM Johor, Ustaz Haron Tahir. Menurut Pengarah program PUM Johor, Awwaluddin Juffery dalam satu kenyataannya, program itu diadakan sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah. Katanya, pada sebelah malam pula penganjur yang sama akan mengadakan program ceramah bertempat di Jalan Dewata/Jalan Dato' Mohd said Sulaiman, Larkin Jaya, Johor Baharu. Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad bagi mewakili Barisan Nasional dan wakil Pakatan Rakyat pula diwakili Prof Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed. - mns |
0 comments Labels: Forum, Harakahdaily