+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

PAS Johor catat sejarah, 2 Adun angkat sumpah

kelantankini

Written by admin on Apr 22nd, 2008 | Filed under: PAS


22 Apr | 7.55am

JOHOR BAHRU: Semua 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor termasuk enam dari Pakatan Rakyat (dua Adun PAS, empat DAP) mengangkat sumpah di depan Speaker DUN, Dato’ Ali Hassan semalam.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sempena dengan mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN Johor ke-12 semalam, serentak dengan pemilihan Ali sebagai Speaker DUN yang dipersetujui sebulat suara semua 56 Adun berkenaan.

Persidangan DUN Johor kali ini mencatat sejarah tersendiri bagi PAS yang buat pertama kalinya mempunyai wakil yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini PAS seringkali gagal menembusi negeri yang dianggap sebagai kubu kuat Umno itu. Bahkan ada pihak yang menganggap mustahil untuk parti itu menang kerusi DUN di Johor walau satu kerusi pun.

Sejarah mula tercipta pada penggal lepas apabila PAS mempunyai wakil dalam DUN Johor melalui calonnya di DUN Senggarang, Dr Mohd Ramli Md Kari yang menang kerusi berkenaan tanpa bertanding.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau kali ini apabila pada pilihan raya 8 Mac lalu Dr Ramli tewas di DUN berkenaan kepada calon BN, Ja’affar Hashim dengan majoriti 3,028 undi.

Bagaimanapun kekalahan Dr Ramli berjaya ditebus apabila mempunyai bukan satu tetapi dua wakil dalam DUN Johor iaitu Dr Mohamad Taslim mewakili DUN Maharani dan Dr Syeikh Ibrahim DUN Sungai Abong.

Kedua-duanya diberikan mandat untuk mewakili pengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim dengan majoriti yang agak besar iaitu lebih 1500 undi dan Dr Mohamad Taslim dengan majoriti 158 Undi agak mengejutkan semua pihak.

Untuk rekod Dr Taslim tewas pada pilihan raya umum 2004 di DUN sama dengan majoriti 4,594 undi, manakala Dr Ibrahim tewas dengan majoriti 6,057.

Tempias ‘tsunami’ juga mengakibatkan negeri kubu kuat Umno itu lewat mengumumkan penubuhan kerajaan negeri tidak sebagaimana kelazimannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika mengulas kejayaan bersejarah PAS Johor berkata:

“Selama ini mereka merasa cukup kuat dan kebal seolah-olah tidak ada siapa pun yang mampu menggugat keampuhan serta kekuatan mereka, tetapi mereka lupa bahawa kekuatan yang mereka miliki hanyalah bersifat sementara.

“Hari ini segala keangkuhan serta kesombongan mereka selama ini telahpun terjawab apabila enam kerusi DUN dan satu Parlimen, terlepas kepada pembangkang, dengan kejayaan ini juga ia sekaligus telah menafikan tanggapan Umno bahawa Johor adalah kubu kebal mereka.

“Walaupun pada PRU Ke-12, tempoh hari, gabungan PAS, DAP dan PKR, gagal mendapatkan kemenangan besar bagi membolehkan kita membentuk keraajaan di Johor, tetapi saya cukup yakin dengan kejayaan awal yang begitu menggalakkan ini, kita mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada masa depan,” katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |