SUDAH hampir sebulan berlalu Pilihan Raya ke-12. Sehingga ke hari ini PAS masih lagi gagal dalam meletakkan kewibawaan parti itu pada tahap yang sepatutnya. PAS perlu berada pada suatu tahap prestijnya yang tersendiri. Ramai anak-anak muda yang mempunyai jiwa yang lebih Islamik agak kecewa dengan prestasi PAS yang sepatutnya lebih dominan dalam politik terkini berbanding PKR. Dalam keadaan pergolakan UMNO yang kian berkocak, agenda permuafakatan Melayu perlu diteliti dengan sehalusnya. Kita juga mahu melihat PAS menjadi alternatif terhadap UMNO. Kita mahukan ini adalah atas dasar supaya UMNO itu sendiri tidak terlalu alpa dan selesa dengan kedudukan politiknya kerana mereka akan merasakan PAS telah pun menjadi saingan alternatif parti Melayu buat orang Melayu. Pada ketika ini yang untungnya rakyat. Kita tidak mahu atas nama agenda Melayu ada pihak sama ada UMNO, PAS atau PKR mengambil kesempatan untuk mengkosmetikkan permuafakatan ini.Kita perlu jelas dalam mewujudkan permuafakatan ini, perlu ada agenda yang membina dan menguntungkan agama Islam, orang Melayu dalam bentuk ketuanannya dan keseluruhan rakyat Malaysia. Kesepakatan para pemimpin pelbagai kaum dan agama dalam memelihara dan memberikan penghormatan terhadap Islam dan orang Melayu akan memastikan inilah formula yang pastinya akan memberikan pulangan keuntungan kestabilan terhadap negara kita. Keadilan bukan dalam bentuk persamarataan dan ini antara perkara yang perlu dicermati. Adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Baik yang Melayu, Cina dan India harus memahami keadaan ini. Kefahaman terhadap konsep keadilan yang sebenar akan membawa kepada sikap masyarakat yang memikirkan soal menunaikan hak dan bukannya menuntut hak apatah lagi untuk menuntut hak dan keistimewaan orang lain. Hari ini PAS wajar menentukan definis keadilan dan pandangan serta pendekatan politik PAS berkaitan isu agama Islam, DEB, keistimewaan orang Melayu, soal pendidikan dan kek ekonomi Malaysia. PAS sudah semakin berusia dan adalah menjadi kemestian kematangan PAS itu ditonjolkan dalam bentuk ‘blue print’ yang jelas tentang corak pentadbirannya. Hakikat jika PAS mahu menjadi parti Melayu alternatif terhadap UMNO ada relevannya. Gerak kerja perlu dibuat dalam mendekati anak-anak muda terutamanya aktivis mahasiswa di kampus yang semakin terdedah dengan gaya politik masa depan. PAS perlu mendepani Pakatan Rakyat. Kita juga mahu melihat PAS menjadi alternatif terhadap UMNO. Kita mahukan ini adalah atas dasar supaya UMNO itu sendiri tidak terlalu alpa dan selesa dengan kedudukan politiknya kerana mereka akan merasakan PAS telah pun menjadi saingan alternatif parti Melayu buat orang Melayu. Pada ketika ini yang untungnya rakyat. Dalam apa jua keadaan, keuntungan rakyat yang akan kita kehadapankan. Kekuatan politik berlebihan akan membawa kepada keangkuhan politik yang merosakkan. Sebab itu jika PKR juga dalam keadaan kekuatan politik yang berlebihan, maka unsur-unsur keangkuhan politik akan menonjol. Yang ruginya ialah rakyat apabila keangkuhan politik mula merajai jiwa pemimpin. Hakikat jika PAS mahu menjadi parti Melayu alternatif terhadap UMNO ada relevannya. Gerak kerja perlu dibuat dalam mendekati anak-anak muda terutamanya aktivis mahasiswa di kampus yang semakin terdedah dengan gaya politik masa depan. PAS perlu mendepani Pakatan Rakyat. PAS perlu tegas dalam menyatakan pendirian politiknya. Ketegasan dalam menjelaskan apa yang menjadi halatuju perjuangan politik Islam PAS perlu diterangkan dengan suluhan yang jelas. Apakah soal kepentingan politik semata-mata menyebabkan banyak bisu berbanding bicara PAS dalam menentukan lebih banyak corak politik Pakatan Rakyat? Ataupun PAS sendiri sudah semakin tidak relevan dalam landskap politik Malaysia seumpama UMNO alami dan rasai dalam PRU-12 tempoh hari. Mungkin cara politik PKR yang lebih menyentuh jiwa rakyat buat masa kini ataupun situasi ini hanya sementara dan untuk 5 tahun akan datang cara politik PKR ini tidak akan lagi memenangi hati nurani rakyat. Sebab itu jika PKR juga dalam keadaan kekuatan politik yang berlebihan, maka unsur-unsur keangkuhan politik akan menonjol. Yang ruginya ialah rakyat apabila keangkuhan politik mula merajai jiwa pemimpin. PAS harus sedar, jika mahu dibandingkan dengan PKR atau DAP, PAS adalah satu-satunya parti yang punyai sistem pengkaderan yang mantap dan agak jelas pembinaan karakter kepimpinan muda masa depannya. Namun jika dilihat dalam keputusan PRU-12 kali ini, ada sesuatu yang menggusarkan tentang prestasi PAS walaupun berjaya menambah kerusi namun tewas kepada parti yang setahun jagung seumpama PKR. Apakah perlu untuk PAS mengubah cara politiknya supaya lebih mirip method politik PKR? Apakah dengan ini PAS mampu untuk merubah kedudukan politiknya?Apa pula nasib PKR yang tidak mempunyai sistem pengkaderan yang strategik? Orang Melayu hanya tinggal berharap kepada PAS jika UMNO sudah punah dan tidak mampu untuk dipulihkan. Sememangnya ada silap UMNO yang besar kerana tidak menjaga soal survival orang Melayu selama 50 tahun pemerintahannya. Hukuman rakyat sudah diterjemah dalam undi dengan menolak kuasa 2/3 BN di Parlimen. Namun apakah ini penghukuman atau pengkhianat ataupun kesilapan? Apakah hukuman terhadap kesalahan UMNO dalam membela Melayu tetapi akhirnya yang menerima akibatnya daripada penghukuman tersebut adalah rakyat? Ataupun sebenarnya orang Melayu tidak kehilangan apa kerana yang hilangnya 2/3 kerusi BN adalah daripada hilangnya kerusi MIC, MCA, Gerakan & PPP. Perkara ini perlu kita bentangkan. PAS harus bangkit dalam mengisi vakum kekecewaan pengharapan orang Melayu terhadap UMNO dengan memperlihatkan keupayaan PAS sebagai parti Melayu alternatif terhadap UMNO. PAS harus bangkit dalam mengisi vakum kekecewaan pengharapan orang Melayu terhadap UMNO dengan memperlihatkan keupayaan PAS sebagai parti Melayu alternatif terhadap UMNO Corak ini tidak nampak ditonjolkan oleh PAS. PAS perlu lebih bijak dalam meletakkan kembali posisinya sebagai parti yang sewajibnya dilihat lebih kukuh dan diterima masyarakat. Soal hari ini PKR mendapat sokongan yang lebih banyak daripada rakyat adalah soal kedua. Persoalan utamanya ialah PAS perlu berada pada tahap itu dengan melihat komposisi kepimpinan PAS yang kebanyakan Melayu dan lebih mulianya lagi ada kecenderungan untuk membela dan prihatin terhadap agama Islam. Ataupun UMNO akan melakukan ‘comeback’ dalam dengan melakukan reformasi menyeluruh parti itu. Reformasi dalam UMNO mungkin berlaku melalui permuafakatan dengan PAS. Siapa akan mengikut? Mungkinkah PAS akan memasuki UMNO ataupun hasil muafakat akan membawa UMNO untuk memasuki PAS. Ini juga perkembangan politik yang menarik untuk kita nantikan. Apa pun yang terbaik ialah bermuafakat atas dasar iman dan taqwa. PAS dan UMNO bermuafakat demi kepentingan Islam dan Melayu. Wajarnya ialah perlu ada kepimpinan dalam kedua-dua parti yang ikhlas. Jika sekadar gimik politik dan sekadar usaha untuk memanipulasi orang lain, baik PAS dan UMNO lupakan sahaja hasrat muafakat ini. Setelah sekian lama PAS menyepi dari bercerita tentang soal Melayu, Kenyataan Tuan Guru Hj. Hadi Awang tentang Melayu adalah amat penting disambut oleh kepimpinan PAS yang lain. Kita tidak mahu PAS terlalu lemah dalam Pakatan Rakyat dan juga kita tidak mahu UMNO lemah dan tidak prihatin tentang survival Melayu Islam di Malaysia. Kedudukan Islam, Melayu dan rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan jika PAS, UMNO atau PKR mahu mencipta satu bentuk suasana yang lebih kondusif terhadap situasi politik tanah air. Dan orang Melayu akan bersama UMNO kembali jika PAS tidak menunjukkan ciri alternatif yang lebih baik dan PKR pula terlalu banyak bercakap soal kesamarataan berbanding keadilan. Jika PAS tidak merubah dan menentukan politik Malaysia, tidak menjadi suatu yang mustahil PAS yang akan berubah dan bakal mengikut sahaja apa arus politik yang berlaku dalam negara. Kita tidak mahu PAS terlalu lemah dalam Pakatan Rakyat dan juga kita tidak mahu UMNO lemah dan tidak prihatin tentang survival Melayu Islam di Malaysia. Kedudukan Islam, Melayu dan rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan jika PAS, UMNO atau PKR mahu mencipta satu bentuk suasana yang lebih kondusif terhadap situasi politik tanah air. Situasi keadaan politik hari ini sebenarnya masih banyak kegoyahannya. Situasi mungkin berubah pandangan alam politik kita jika majoriti Cina dan India adalah mereka yang berakidah dengan akidah Islam. Apa pun kebebasan beragama masih kita hormati dalam keadaan realiti Malaysia hari ini. Survival Islam dan Melayu ada di tangan PAS jika UMNO sudah semakin dilupakan rakyat terutamanya orang Melayu. Dan orang Melayu akan bersama UMNO kembali jika PAS tidak menunjukkan ciri alternatif yang lebih baik dan PKR pula terlalu banyak bercakap soal kesamarataan berbanding keadilan. Penulis merupakan Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda, Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA). Rencana ini dipetik dari portal malaysiahariini.com - Pengarang |
0 comments:
Post a Comment