+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 19, 2008

Perak sedia kerjasama laksana projek dengan Kerajaan Pusat - MB Perak

Harakahdaily

Roy Rasul dan Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin

Fri | Apr 18, 08 | 6:04:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin berharap kerajaan persekutuan akan meneruskan semua projek pembangunan di negeri Perak khususnya projek Landasan Berkembar, pembesaran lapangan terbang dan pembinaan insfrastruktur seperti pelabuhan di Lumut, Perak.

Katanya, perkara tersebut dicetuskan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pertemuan sulungnya di pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

ImageKatanya, Perdana Menteri juga cukup prihatin berkenaan projek landasan berkembar berkenaan.

Perdana Menteri katanya, meminta supaya kerajaan negeri Perak memberikan kerjasama berhubung projek landasan berkembar daripada Rawang hingga ke Perlis supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.

"Insya-Allah kami sebagai kerajaan campuran Pakatan Rakyat akan memberi kerjasama kepada projek-projek yang besar seperti landasan berkembar supaya ia dapat dilaksanakan," katanya kepada wartawan selepas selesai pertemuan tersebut.

Katanya, pertemuan yang diadakan hampir sejam itu turut membincangkan mengenai infarastruktur paip gas asli bagi kegunaan industri khususnya di Manjung, di Seri Iskandar dan juga di Jelapang dan Ipoh.

"Dalam pertemuan tersebut saya sentuh juga berkenaan program, Wilayah Utara.

Image"Begitu juga dengan apa yang kita rancangkan seperti bidang pertanian pelancongan, modal insan dan pembuatan," katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri memberikan satu ransangan yang baik kepada rakyat negeri Perak khususnya dan juga negeri-negeri yang bersempadan dengan Wilayah Utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Katanya, sudah tentu dengan adanya kerjasama di antara keempat-keempat negeri khususnya di negeri Perak akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Selain itu katanya, Perdana Menteri menyambut baik program yang dibuat keputusannya sebelum pilihan raya terutamanya program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

ImageMenurutnya, kementerian tersebut meluluskan projek B1 dan B6 di seluruh majlis-majlis bandaran dan juga majlis-majlis daerah di seluruh Perak.

"Projek-projek itu adalah projek-projek kecil, projek infrastruktur yang mana berjumlah RM52 juta. Semua projek diluluskan sebelum pilihan raya lalu.

"Jadi saya merayu bagi rakyat negeri Perak supaya kemudahan dan peruntukan itu diteruskan kerana ini adalah projek yang hendak dilaksanakan pada tahun 2008," katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan yang sama Nizar turut membangkitkan hasrat rakyat kepada Abdullah mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk diteliti semula.

"Saya telah mengemukakan menganai ISA berdasarkan kehendak rakyat agar ia disemak semula," ujarnya.

Ditanya mengenai maklum balas Abdullah mengenai perkara tersebut, Nizar berkata Abdullah memberikan reaksi biasa sahaja memandangkan kedudukan Kem Kemunting yang menempatkan para tahanan di bawah akta tersebut terletak di negeri Perak yang berada di bawah jagaan Menteri Besar Perak.

Pada masa sama, Nizar turut meraikan tindakan yang diambil kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi menyelesaikan krisis dalaman badan kehakiman negara.

Beliau juga diberitahu bahawa Abdullah menyatakan kesediaan untuk melakukan lawatan balas ke Perak selepas ini.

"Perdana Menteri akan cuba untuk datang ke Perak," katanya lagi.

Ia merupakan kunjungan rasmi kali pertama beliau ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau beserta rombongan termasuk setiausaha politiknya, Misbahul Munir menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan beriringan keluar bersama Perdana Menteri meninggalkan masjid tersebut. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |