Gempar! Kecewa layanan terhadap beliau, Apakah Samy Vellu bertukar profesyen? Samy akan menggantikan tempat Ronaldo dalam pasukan Brazil? (Gambar sekadar hiasan )
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib malang yang menimpa bekas Menteri Kerjaraya, Samy Vellu mutakhir ini. Apakah beliau bakal menerima tamparan yang lebih hebat selepas ini. Mungkinkah beliau akan dijatuhkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti MIC tidak lama lagi. Gambaran awal sudah jelas kelihatan. Suaranya yang baru kedengaran kononnya ingin membela nasib kaum India kini dipandang sepi oleh kerajaan Barisan Nasional. Samy sudah tidak bermaya lagi. Jika dulu beliaulah hero Tamil yang sering bertindak menaikkan kadar tol hingga membebankan rakyat, kini beliau sudah tidak berkuasa lagi. Tumbang di kubu kuatnya dalam pilihanraya umum lalu, bahkan juga tumbang untuk memimpin Kementerian Kerjaya yang sudah sinonim dengan namanya itu.
Apa yang lebih menyedihkan, susulan daripada kegagalan itu Samy dilihat semakin ditolak oleh kepimpinan tertinggi BN. Suaranya sudah tidak "power" lagi. Mungkinkah Pak Lah terlalu kecewa dengan perubahan undi kaum India lantaran memandang sepi kehebatan Samy dulu. Mungkin juga Samy didapati telah gagal untuk membela nasib kaum India. Apa tidaknya, begitu ramai orang India di Malaysia ini yang masih mendiami estet-estet dalam keadaan yang begitu daif. Mereka tiada kad pengenalan, tiada surat beranak bahkan ramai juga anak-anak kaum India ini yang tidak bersekolah hingga ke hari ini. Samy lebih mengutamakan periuk nasinya sahaja. Majlis perkahwinan anaknya yang menelan belanja hingga jutaan ringgit masih tersemat erat dalam ingatan masyarakt India di negara ini.
Perasaan kecewa mula timbul, pabila Samy gagal untuk menghalang kerajaan merobohkan kuil hindu di Rimba Jaya, Shah Alam tahun lalu. Sudahlah Samy gagal untuk membendung perkara itu, beliau sengaja ingin menjaga kepentingan peribadinya dengan menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengendali kuil yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di seluruh negara bagi mencari penyelesaian terbaik sekiranya ia dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Maknanya bila kuil diroboh, beliau akan menjadi hero menyakinkan kaum India tujuan kerajaan itu. Bukannya mahu membela nasib rakyat kaum India yang tertindas, sebaliknya membela kerajaan atas nama pembangunan. Justeru itulah, kita tidak hairan Samy juga menyokon tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan kuil Hindu di Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini – Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan kuil Hindu di Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini adalah sah mengikut peraturan di bawah Kanun Tanah Negara. Inilah akibatnya dari keceluparan mulutnya itu.
Terbaru, Samy juga telah menyokong kerajaan dalam kes tangkapan pemimpin Hindraf. Walhal, mereka itu hanya bertindak untuk menghantar memorandum kepada kerajaan British. Tetapi atas kebiadapan kerajaan yang menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan itu, maka akhirnya menyebabkan beberapa orang pemimpin Hindraf itu telah ditangkap dan ditahan ISA. Akibatnya mereka terpaksa merengkok di Kem Kemunting, Taiping hingga kini. Maka akhirnya setelah Samy tewas dalam pilihanraya lalu, barulah beliau nampak kesilapannya itu dan merayu supaya kerajaan membebaskan tahanan terbabit. Sebelum itu beliau juga merayu kerajaan menarik balik tunduhan membunuh yang dihadapkan kepada beberapa orang lagi penyokong Hidraf yang didakwa di mahkamah. Beliau akhirnya cuba membela setelah melihat masa depannya dalam politik kaum India semakin terhalang.
Namun, semuanya sudah terlambat. Samy bukan lagi MGR (Hero Tamil) seperti dulu lagi. Kerajaan Pak Lah menolak rayuannya untuk membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan ISA itu. Dengan alasan perlu mengikut undang-undang. Walhal penahanan ISA itu jelas bercanggah dengan undang-undang negara, menahan tanpa bicara. Samy dilihat gagal untuk membela suara rakyat India di negara ini. Hasratnya untuk kekal dua penggal lagi sebagai wakil rakyat juga telah digagalkan dan kini masa depannya sebagai Presiden MIC juga kelihatan semakin samar-samar. Apatah lagi jika beliau ditentang oleh pencabarnya kali ini. Begitulah malangnya nasib Samy Vellu ini. Terbaru kita lihat keratan berita hal Samy dalam akhbar arus perdana Utusan Meloya dibawah:-
Samy Vellu tidak perlu ugut kerajaan
CYBERJAYA 18 April - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak perlu mengugut kerajaan dalam membuat tuntutan untuk kepentingan kaum India di negara ini. Beliau berkata, kerajaan sentiasa mempertimbangkan tuntutan kaum minoriti itu secara adil dan saksama sejajar dengan konteks pakatan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Samy Vellu seharusnya mengemukakan tuntutan kepada kerajaan dalam bentuk permohonan atau cadangan. ''Dari segi dasar, kita akan beri pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum dan apa-apa pun yang diperlukan oleh masyarakat kaum India, kita sedia untuk timbangkannya tapi dalam konteks pakatan Barisan Nasional (BN). ''Kita sedia timbangkan tapi bukan dalam bentuk ugutan... dalam bentuk permohonan, di sini hari ini.
Maka kini, jelaslah kepada kita bukan sahaja Pak Lah menolak hasrat Samy Vellu malahan Najib juga sudah mula bosan dengan kerenah Samy itu. Samy sendiri dilihat sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam hal membela nasib dan kepentingan kaum India di negara ini. Dulu, ketika Anwar membicarakan hal ini dalam satu persidangan di India beliaulah juara dan jaguh yang mempertahankan kononnya kenyataan Anwar itu adalah satu fitnah. Kini, akhirnya tuduhan itu terkena atas batang hidungnya sendiri.Sesungguhnya, gara-gara untuk membela nasib kaum India di Malaysia, kini nasib Samy bagai telur dihujung tanduk. Riwayat politiknya hanya menanti hari untuk ditamatkan. Nantikan sahaja apakah nasib Ayo Yo Samy selepas ini.
[Politik Samy bakal dikapankan, jika beliau terus dilihat gagal membela nasib kaum India di negara ini. Barulah Samy faham apa itu laungan keramat "Makhal Sakhti". Namun kini semuanya sudah menjadi bubur. Samy sudah tiada apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, beliau kini terpaksa menanggung kos tol yang selama ini dinaikkan oleh dirinya sendiri]
0 comments:
Post a Comment