| Buletin Online
Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Saturday, 01 November 2008
| |
|
|
Monday, November 3, 2008
Urusan Dengan Kerajaan Negeri Kedah Hanya ‘Atas Meja’
1 comments Labels: buletin online, PR Kedah
Tuesday, September 2, 2008
Kedah larang penyanyi wanita...
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Sep 2, 08 5:29pm |
| Seperti di Kelantan yang dikuasai PAS, kini tiada lagi persembahan penyanyi perempuan dibenarkan di Kedah, kata exco kerajaan negeri Dr Ismail Salleh hari ini. "(Penyanyi) perempuan memang kita tidak terima 100 peratus (untuk kelulusan permit hiburan). "Tetapi kalau persembahan itu khas untuk orang perempuan sahaja tidak mengapa," kata Dr Ismail, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan, penerangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan insan Kedah. Beliau yang juga wakil rakyat Alor Mengkudu berkata, suara perempuan sebahagian daripada aurat. "Kalau bersyarah lainlah," katanya kepada Malaysiakini, apabila diminta mengulas larangan sepenuhnya konsert di negeri itu yang kini bawah pentadbiran PAS. Keputusan itu, tambahnya, antaranya berdasarkan garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkannnya "cukup cantik" dan bersetuju sepenuhnya dengan isi kandungannya. Sebelum ini, tambahnya, keputusan politik sudah jelas cuma di peringkat pentadbiran "agak berat dan perlahan" untuk dilaksanakan. Dr Ismail berkata polis dan pegawai di pejabat daerah "tidak sebulu" dengan larangan itu kerana telah 50 tahun bekerja dengan bawah kerajaan BN negeri. Kedua-dua badan kerajaan ini bertanggungjawab terhadap permit hiburan, katanya. Dr Ismail turut menjelaskan, pengharaman turut melibatkan persembahan lain yang memberikan kesan negatif golongan remaja bukan sahaja empat jenis muzik yang dilaporkan Jumaat lepas – reggae, pop, rock dan dangdut. "(Empat jenis muzik) itu hanya contoh," katanya. Bagaimanapun, menurut Dr Ismail lagi, pengharaman tersebut buat masa ini hanya diguna pakai untuk tempat terbuka. Acara persembahan pentas lain seperti tarian pula digalakkan untuk kanak-kanak sekolah bagi menggantikan penari dewasa kerana belum akil baligh, kata Adun PAS itu. Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menulis surat kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak berhubung pengharaman itu, esok. "Kita ingin berbincang dengan kerajaan negeri tentang keputusan itu," kata pengurusnya Ahmad Abdullah. Karyawan juga menggesa kerajaan Kedah memperhalusi lagi larangan tersebut. Ia juga mencadangkan sebarang keputusan berhubung isu-isu seni dan hiburan mestilah melibatkan kumpulan seniman. |
0 comments Labels: malaysiakini, PR Kedah
Wednesday, May 21, 2008
Pelik, mengapa kerajaan baru Kedah tidak diserang?
Detik Daily Oleh ZULKIFLI YAHAYA Dunia dilanda krisis kekurangan bekalan makanan. Kedah adalah pembekal utama beras di negara ini. Ironinya di Kedah, beras super tempatan di mana beras hancurnya 15 peratus, menghadapi kekurangan bekalan. Dalam manifesto pilihan raya umum lalu, PAS Kedah menawarkan akan menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama negara. Manifesto dibuat sebelum berlakunya krisis makanan dunia. Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang mengorbankan 4500 relong tanah milik Melayu ditentang oleh PAS adalah kerana projek tersebut, di samping menghilangkan hak Melayu, ia akan melenyapkan sumber bekalan makanan (beras) yang begitu besar jumlahnya. Penentangan ini dibuat sewaktu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi mengumumkan bahawa Sarawak akan dijadikan Jelapang Padi Ke-2 Negara. Apabila tapak ZIPY boleh dialihkan ke laut, maka kerajaan baru PAS amat menyenanginya. Ia dijangka menghasilkan pulangan sebanyak RM200 juta setahun. Menteri Besar juga baru-baru ini menegaskan sikap penentangannya terhadap polisi tanah pertanian ditukar untuk projek industri. Bahkan dalam satu pengumuman lain, beliau memaklumkan perancangan mahu memugar kawasan baru di atas tanah seluas 6,000 ekar, di luar kawasan MADA, untuk dijadikan kawasan baru sawah padi. Semuanya adalah idea dan perancangan yang mendepani cabaran. Banyak lagi keputusan diambil kerajaan baru yang menyenangkan hati rakyat, sehingga membuntukan pihak pembangkang negeri ini untuk melakukan sesuatu. Bukan meminta. Tapi agak pelik, kerana selepas dua bulan berlalu kerajaan negeri Kedah belum ‘diacah’ oleh pembangkang di negeri ini, mahupun oleh media perdana yang dikuasai mereka. Kerajaan negeri Selangor diserang dengan isu babi dan dakwaan kononnya Pakatan Rakyat memungkiri janji pilihan raya. Di Perak, serangan bermula seawal percubaan Lim Kit Siang mengarahkan pemulauan majlis angkat sumpah Menteri Besar. Kini pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh Menteri Besar dan serangan Dato' Seri Nizar Jamaludin terhadap sistem pelajaran dijadikan tapak peledak melancarkan serangan balas Umno Perak. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang selepas sidang media exco yang pertama lagi. Kenyataannya mahu menghapuskan kronisme dalam DEB diputarbelitkan sebagai mahu menghapuskan DEB. Ekorannya, Umno yang selama ini menentang perhimpunan jalanan terpaksa menjilat ludahnya apabila menganjurkan demonstrasi jalanan. Kerajaan Kelantan pula, sudah puas menerima belasahan tanpa belas kasihan sejak 18 tahun lalu. Sebagai pengulas politik, penulis sentiasa ‘dibekalkan’ dengan sumber-sumber penyelewengan dalaman pemimpin-pemimpin BN terdahulu, sewaktu mentadbir negeri. Terlalu banyak kebocoran dalam pentadbiran dan GLC. Isu Marina Harbour, Chalet Pulau Sayak, Jambatan Pulau Bunting, Chalet Tasik Pedu, Kompleks Ikan Bakar Kuala Kedah, Chalet Muzium Padi; semuanya kantoi. Pembongkaran penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri terhadap rakan dalam satu parti yang bukan kroni. Musuh politik mereka pun buat kerja yang sama, bongkar juga. Akhirnya lengkaplah profil penyelewengan yang mahu dikumpul. Memang ramai yang tertanya-tanya, antara lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat, mengapa Kedah menjadi satu-satunya negeri yang tidak diserang? Terdapat beberapa kemungkinan. Pertama, Umno sedar bahawa ‘bekalan peluru’ lebih banyak di pihak PAS. Dangkal benar perhitungan politik mereka untuk menjolok sarang tebuan. Kedua, semua tahu Umno Kedah pun sedang nazak benar. Cakap orang sedang nazak, mana ada bisa. Kalau dalam keadaan tenat pun masih tunjuk jaguh, nampak sangat rendah hemah. Macam bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali yang mengumumkan untuk sedia letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu kerana yakin akan dapat undi majoriti lebih besar kalau buat pilihan raya kecil. Perangai Umno seperti itu yang timbulkan kemarahan rakyat, iaitu perangai angkuh dan sombong yang tak pernah surut. Ketiga, tiada apa yang nak diserang. Menteri Besarnya, seorang yang cermat dalam tindakan dan pengucapan. Tiada pemecatan, tiada tindakan drastik, tiada rombakan besar-besaran, tiada serangan, tiada balas dendam, maka tiadalah kontroversi. Tadika Kemas diteruskan, premis tidak diganggu, gaji guru SAR diselaras, elaun KAFA dikaji kenaikan, imam tidak lagi tertekan, kakitangan kerajaan bebas berpolitik di luar waktu kerja, cukai tanah turun, hubungan dengan istana intim, pelabur datang berpusu-pusu, kedatangan pelancong naik mendadak, KCS dan penghulu nyatakan sokongan tidak berbelah bagi, kaki bola gembira, bukan Islam senang, rakyat selesa.
Posted on Wednesday, May 21 @ 13:47:02 MYT by reformis
Semuanya ada kaitan dengan tokoh-tokoh politik. Penulis hanya menjelaskan bahawa semua itu ada dalam pengetahuan kepimpinan kerajaan baru negeri. Tapi ia bukan keutamaan buat masa ini untuk mendedahkan penyelewengan mereka.
0 comments Labels: Detik daily, PR Kedah
Sunday, May 4, 2008
Kedah pertimbang naik elaun guru Kafa
Mstar Online
03-05-2008 02:53:43 PM 
ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah sedang mempertimbang untuk menaikkan kadar elaun 2,772 guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) termasuk 44 orang penyelia.
Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.
"Bagaimanapun kita masih mengkaji jumlah peratus kenaikan elaun untuk setiap guru Kafa berkenaan.
"Jumlahnya akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung Guru-guru Kafa peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.
Pada masa ini guru-guru Kafa di negeri ini menerima kadar elaun antara RM500 hingga RM530 mengikut gred masing-masing.
Mengenai pembukaan 1,500 hektar kawasan tanah sawah baru bagi meningkatkan jumlah pengeluaran padi, Azizan berkata peruntukan bagi tujuan tersebut sudah ada dan kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
"Kerajaan negeri menyediakan tanah, sebarang perancangan dari segi teknikal diserahkan kepada Mada," katanya.
Selain tidak membenarkan sebarang pembangunan dilakukan di kawasan tanah sawah, kerajaan negeri juga turut mengenalpasti beberapa kawasan pinggir Mada di negeri ini untuk dijadikan kawasan tanah sawah baru. BERNAMA
1 comments Labels: bela rakyat, mstar online, PR Kedah
Saturday, May 3, 2008
Tunai janji, kerajaan PAS Kedah umum penurunan cukai tanah
| Harakahdaily Bashir Ishak Fri | May 02, 08 | 12:29:04 pm MYT | |
|
Pada tahuh 2006, kerajaan Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menaikkan kadar cukai tanah di negeri ini antara 100 peratus hingga 300 peratus. Penurunan tersebut melibatkan tiga kategori tanah antara 25 dan 75 peratus mulai tahun ini. Antara jenis tanah ialah kawasan padi MADA diturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kepada RM15 sehektar atau RM5.75 kepada RM4.31 serelung; tanah kampung: RM60 kepada RM25 sehektar (58 peratus) atau dari RM17.27 serelung kepada RM7.19 serelung; PPRT: RM30 kepada RM20 satu lot (33 peratus).Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kepada RM0.15 satu meter persegi atau minimum RM150 kepada minimum RM100 (40 peratus); rumah teres: RM0.20 (minimum RM60) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM45) (40 peratus); rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (minimum RM50) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM35) (30 peratus).Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (minimum RM600) kepada RM0.15 sen (minimum RM400) (50 peratus): industri ringan: RM0.15 (minimum RM300) kepada RM0.11 sen (minimum RM300). "Penurunan cukai tanah itu adalah bagi memenuhi sebahagian daripada manifesto pilihan raya dan janji PAS kepada rakyat Kedah," katanya. Begitu juga, orang ramai diberi kelonggaran membayar cukai tanah sehingga bilan Disember ini tanpa dikenakan denda yang biasa dikenakan kepada mereka yang menjelaskannya selepas akhir bulan Mei. Selain itu Azizan turut mengumumkan bahawa mesyuarat exco telah bersetuju mengenakan bayaran RM10 sahaja bagi setiap lot tanah setahun kepada sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. "Ini adalah satu berita gembira kepada sekolah-sekolah swasta yang bukannya "profit oriented", sama ada Sekolah Cina, Tamil mahupun Sekolah Agama Rakyat," jelasnya. Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ini, kerjaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun. Bagaimanapun katanya kehilangan pendapatan itu bakal diganti memalui kaedah lain. "Kehilangan hasil kerajaan negeri ini akan diganti balik dengan membuat perbelanjaan berhemah, hasil daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tender terbuka kawasan pembalakan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam. Dalam pada itu, Azizan turut mengumumkan kerajaan Kedah hanya akan memberikan kawasan balak secara tender terbuka mulai tahun depan. Menurutnya, dari seluas 2,400 hektar kawasan balak yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini bagi tahun 2008, cuma berbaki 700 hektar yang belum ditebang. "Mulai tahun depan tiada lagi tender berasaskan rundingan bagi kawasan balak. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Ini akan menambah pendapatan kerajaan negeri," katanya./wann. |
0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, PR Kedah
Tuesday, April 29, 2008
Kerajaan Kedah mansuhkan peranan JKKK
Oleh : Tun Telanai
Assala’mualaikum wm.wrt,
Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan memansuhkan peranaan yang dimainkan oleh JKKK sebelum ini. Peranan JKKK akan diambilalih oleh Penghulu Mukim. Oleh itu, tidak ada sebarang perlantikan JKKK baru yang akan dibuat oleh Kerajaan negeri, tetapi sistem pemilihan [bukan melalui perlantikan] Ketua Kampung akan dilaksanakan semula. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Padang Terap pada 26 April lalu.
Dalam majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menambahbaikan Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang terdapat di seluruh negeri Kedah. Kerajaan Negeri juga kata beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan gaji kakitangan SAR setaraf gaji mengikut Skim Saraan Baru [SSM] bagi meningkatkan prestasi pendidikan di SAR serta menjaga kebajikan kakitangannya. Guru-guru Lembaga juga akan turut menikmatinya sedikit masa lagi.
Ustaz Azizan juga memberitahu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tindakan pertamanya ialah membatalkan MoU dengan sebuah syarikat luar negeri yang merancang membina sebuah projek Zon Industri Petroleum Yan [ZIPY] di atas tanah sawah orang Melayu yang subur seluas 3,000 hektar. Sebaliknya,Kerajaan Negeri memindahkan projek tersebut ke kawasan laut yang ditambak agar tanah rakyat dapat diselamatkan dan in membuktikan bahawa kerajaan tidak anti kepada pembangunan yang membawa keuntungan kepada rakyat.
Kerajaan katanya akan berusaha menambah tanah sawah sebagai satu peluang pekerjaan, menambah pendapatan rakyat serta meningkatkan pengeluaran padi bagi menampung kekurangan bekalan beras dunia. Beliau telah mengarahkan MADA mencari jalan supaya para petani dapat menanam padi sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Pertanian Kedah yang fungsinya ialah memasarkan buah-buah tempatan yang dianggapnya berpontensi untuk dieksport ke luar negara.
Gambar-gambar disekitar Majlis Kesyukuran Pas Kawasan Padang Terap:
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.
0 comments Labels: bloggers united, PR Kedah
