+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

Keris: Hishamuddin akui silap

Agenda daily



Isu menjulang keris Panca Warisan oleh Pemuda UMNO yang dikatakan menjadi salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu, menyaksikan Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Kepada orang Melayu, Hishamuddin memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris Panca Warisan sebagai simbol ketuanan Melayu dan kepada bukan Melayu pula beliau memohon maaf kerana isu keris berkenaan telah disalah erti sehingga menimbulkan ketakutan kepada mereka.

“Secara ikhlas banyak perkara yang boleh menjadi sebahagian dariapda punca kemerosotoan kita dalam beberapa negeri. Termasuk juga soal keris Panca Warisan ia telah dibincang secara telus.

“Saya beritahu kepada mereka saya sendiri akan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan dan sekiranya ia menjejaskan prestasi kita saya tidak boleh lari daripada realiti dan kalau itu boleh menjejaksan sesiapa saya mintaa maaf kepada kaum bukan Melayu dan kepada orang Melayu juga.

“Kepada bukan Melayu kerana mereka merasakan takut dengan sesuatu simbol yang itu bukan niat saya. Orang Melayu saya minta maaf kerana tidak dapat pertahan simbol warisan kita yang sebenarnya nilainya tidak seperti apa yang digembar-gemburkan tetapi kalau realitinya sepetrti itu saya bukan seorang yang angkuh yang tidak boleh terima hakikat itu dan ini merupakan pengajaran sedih tetapi kalau politik hari ini sebegitu rupa kita sebagai pemimpin mestilah mempunyai jiwa besar,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan PWTC Kuala Lumpur petang Jumaat selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.



Mesyuarat berkenaan adalah yang pertamanya diadakan oleh Pemuda BN selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lalu turut dikaitkan dengan isu keris Panca Warisan yang secara tradisinya diarak dan dijulang oleh Ketua Pemuda UMNO semasa perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Hishamuddin, isu keris Panca Warisan itu telah digembar gemburkan menjadi politik persepsi dan sebarang usaha untuk menjelaskan perkara berkenaan tidak membaa makna apa-apa.

“Ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau menjelaskan, bagi dirinya dan Pemuda keris memang mempunyai makna yang besar dalam perjuangan orang Melayu.

Namun jelasnya, jika sesuatu yang diperjuangkan itu jelas ditolak, ia tidak akan membawa erti apa-apa.

“Bagi saya dan Pemuda keris memang ada maknanya tetapi kalau kita nak perjuangkan sesuatu di mana ditolak oleh kadang-kadang oleh pemimpin UMNO itu sendiri … ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujar beliau.

Ditanya adakah ini bermakna Pemuda UMNO tidak akan lagi menjulang keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agungnnya Disember ini, Hishamuddin menjelaskan, mesyuarat harin ini bukanlah platform untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Hishamuddin juga mengulangi bertanggungjawab sebagai Ketua Pemuda terhadap isu berkenaan dan jika diberi pilihan antara kepentingan atau parti, beliau akan mengutamakan kepentingan parti yang perlu dipertahankan. – 25/4/2008

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |