+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 23, 2008

Cadangan Tun Mahathir tidak munasabah

Utusan Online

PUTRAJAYA 22 Mei - Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti itu jelas bertentangan dengan nasihat yang pernah diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu kepada pemimpin BN dahulu.

Sambil menyifatkan saranan itu sebagai satu cadangan yang tidak munasabah, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, semua pemimpin sedia ada telah diajar supaya memberikan sepenuh kesetiaan kepada parti.

''Kalau kita tidak sayang parti, maka akan rosak parti dan rosak kerajaan. Ini nasihat yang kita ikut. Kita patut kekal bersama parti, memastikan parti kuat.

''Anda mungkin tidak bersetuju dengan pemimpin tetapi anda tidak boleh memecah belahkan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2008 di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir yang mengumumkan keputusannya keluar dari UMNO Isnin lalu, melalui blognya mengemukakan cadangan supaya ahli Parlimen kerajaan keluar daripada BN bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli Parlimen BN itu bagaimanapun tidak boleh menyertai parti pembangkang sepanjang tempoh berada di luar BN dan akan kembali kepada parti itu selepas Abdullah meletak jawatan.

Syed Hamid berkata, beliau berharap Dr. Mahathir akan sentiasa ingat kepada nasihat yang selalu diingatkan kepada ahli-ahli Parlimen BN dan UMNO dahulu.

''Saya harap dia tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan UMNO. UMNO bukan milik sesiapa. Milik ahli-ahlinya. Kita akan tentukan UMNO selamat dan akan terus menjadi pelindung kepada bangsa Melayu," kata beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |