+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, March 20, 2008

Terkini: Mahathir akan keluarkan kenyataan menggemparkan negara hari ini

klpos
Cetak E-mail
Oleh Mohd Sayuti Omar
Khamis, 20 Mac 2008

PARA veteran Umno dikatakan akan mengunjungi bekas PM Dr Mahathir Mohamad untuk menerima pandangan berhubung pergolakan yang berlaku dalam Umno kini.

"Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan"
Sumber Yayasan Perdana memberitahu pertemuan itu dijangka hari ini. Ianya dihadiri oleh pemimpin veteran Umno yang kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Umno peringkat bahagian.

Selepas pertemuan itu Dr Mahathir dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan yang menggemparkan Umno khususnya!

Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan.

Bagaimana pun difahamkan Tengku Razaleigh mengunjungi Dr Mahathir dua hari lepas.

Dipercayai kunjungan itu ada kaitan dengan perkembangan mutakhir dalam Umno.

Beberapa hari lalu Dr Mahathir membuat seruan agar Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu sehingga terlepas empat buah negeri.

Dalam pada itu satu sumber menyebut satu gerakan yang digerakkan kumpulan tertentu untuk merapatkan bekas Perdana Menteri dengan bekas Menteri Kewangan itu giat dijalankan.

Mereka diminta agar kedua tokoh itu duduk bersama dan bekerjsama untuk mengatasi masalah dalam Umno hari ini.

Tengku Razaliegh adalah satu-satunya tokoh yang dapat menyelesaikan kemelut yang melanda Umno hari ini dan ia akan berjaya sekiranya Dr Mahathir memberi sokongan padu.


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |