+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 25, 2008

Bapa Altantuya: Saya datang demi kemanusiaan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 24, 08 7:45pm

Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia.

"Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?

setev shaariibuu wan azizah pc 240408 05"Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan.

Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata "sudahlah" dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut.

Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj (foto atas: kiri), seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia.

Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa.

setev shaariibuu wan azizah pc 240408 04Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu.

"Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya.

"Anda boleh lihat sekarang jenis manusia berbahaya yang bertugas di peringkat tinggi, khususnya pegawai polis," kata Setev dalam satu sidang media di pejabat penasihat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya. Dua anggota polis unit khas cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dituduh melakukan pembunuhan di sebuah kawasan terpencil dekat Shah Alam.

altantuya razak baginda crime scene 180707 mediaKedua-duanya bertugas di unit tindakan khas (UTK), pasukan berprofil tinggi, antaranya menjaga keselamatan pemimpin utama negara termasuk perdana menteri dan timbalannya.

Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Setev berkata, surat perdana menteri Mongolia yang dihantar kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhir tahun lalu tidak mendapat respons.

Beliau ternyata marah dengan kegagalan perdana menteri Malaysia memberi jawapan kepada surat tersebut.

"Surat terakhir daripada kerajaan Mongolia kepada Abdullah (menyebut), jika Malaysia membuat penghakiman secara tidak adil, tidak bertanggungjawab dalam kes ini, kerajaan kami akan memutuskan hubungannya dengan Malaysia.

"Isu ini bukan hal peribadi (keluarga saya) tetapi isu antara dua negara. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kes ini akan menentukan keadaan ekonomi Malaysia?" katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |