+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 23, 2008

PAS Sokong Tuntut Kembali Royalti, UMNO Terengganu sokong Perdana Menteri?

Buletin Online

Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 23 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita/newcrisis.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Krisis Mac lalu berulang ?)

Kuala Terengganu - Selepas PAS Terengganu menyatakan pendirian meyokong gesaan Menteri Besar Terengganu Dato’ Mad Said menuntut kerajaan Pusat mengembalikan semula 5% royalti Petroleum kepada negeri Terengganu kelmarin, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat pula menyokong penuh permintaan tersebut. Agensi Bernama melaporkan, Ketuanya Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu berpendapat langkah itu harus diberi perhatian jika kerajaan mahu meningkatkan integriti pentadbiran.

"Dewan Pemuda PAS menolak pendekatan pusat menubuhkan Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan wang ihsan melalui program pembangunan ke Terengganu," kata Salahuddin.

Selain dari PAS, MAMPAT atau Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu sebuah gabungan NGO negeri Terengganu turut menyatakan sokongan terhadap tuntutan Menteri Besar Terengganu itu.

Namun sudah dua hari berlalu sejak Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri, belum kedengaran mana-mana pihak dari UMNO Terengganu yang menyokong.

Ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak UMNO Terengganu dilihat kerana Perdana Menteri telah menafikan kenyataan Mad Said dengan membuat respon “Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu”

Ini adalah kali kedua UMNO Terengganu berbelah bahagi diantara menyokong Mad Said (pimpinan UMNO Terengganu) atau menyokong Perdana Menteri (Pimpinan UMO Pusat).

Sebelum ini keadaan yang serupa berlaku apabila Terengganu menghadapi kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Mad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang mewakili Sultan Terengganu telah ditentang oleh 22 orang wakil-wakil rakyat Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sabri Alwi yang turut menyertai kumpulan tersebut.

PAS konsisten didalam menyokong apa-apa isu yang memberikan kebaikan kepada rakyat, termasuk menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR dan tuntutan kembali royalti walaupun Mad Said adalah kepimpinan UMNO Terengganu.

Tindakan Mad Said meminta kerajaan Pusat serah kembali royalti minyak adalah membawa hasrat istana Terengganu dan mandat rakyat umum Terengganu.

Rakyat tidak puas hati dan mempersoalkan penggunaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DPPK) bagi projek-projek yang tidak membawa manfaat yang besar kepada negeri Terengganu.

Buletin Online juga dimaklumkan, isu pengurusan Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah antara perkara yang menjadikan istana murka kepada mantan Menteri Besar Terengganu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |