+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 28, 2008

Tajol Rosli didesak letak jawatan

Malaysiakini

Apr 27, 08 9:01pm

Umno bahagian Kampar telah menghantar petisyen kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali meminta beliau meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai ketua.

Petisyen berkenaan ditandatangani 111 wakil jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri serta ketua-ketua cawangan dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini.

Setiausaha Umno bahagian itu, Abdul Rahman Md Som berkata salinan petisyen itu telah dihantar kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku presiden Umno.

tajol rosli 170805Bernama melaporkan, pada 14 April lalu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Mohd Radzi Manan membuat kenyataan terbuka mendesak Tajol Rosli (kiri) meletakkan jawatannya secepat mungkin bagi membolehkan Umno Perak dipimpin oleh ketua yang lebih bersemangat.

Abdul Rahman berkata petisyen itu turut menyatakan Umno Kampar kesal kerana bekas menteri besar Perak itu tidak mengambil inisiatif selaku pemimpin untuk merangsang semangat ahli parti selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Dalam keadaan yang amat meruncing pada masa ini, semua ahli kini tertekan kerana ketiadaan hala tuju dan pelan tindakan yang tegas supaya Umno Perak bangkit semula dalam masa yang terdekat," katanya dalam sidang akhbar selepas satu majlis perjumpaan kira-kira 500 pemimpin pelbagai peringkat Umno bahagian Kampar di Changkat Tin hari ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |