Malaysiakini |
Nov 11, 08 5:25pm |
Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda. "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini. Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan. Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib. |
Wednesday, November 12, 2008
Menteri: Sajak Kematian tidak wajar
Posted by
Sang Pemantau
at
4:02 AM
Labels: malaysiakini, pemimpin haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Sajak kematian wajar ditontonkan kepada pelajar sekolah rendah kerana pada tahap ini mereka boleh dibentuk berbanding peringkat remaja yang kuat memberontak... Lihat sajalah gejala sosial yang parah yang semakin menggila dilakukan oleh remaja kita pada hari ini...Takkan nak tunggu tahap umur remaja yang susah nak bentuk ni, baru boleh dipertontonkan?
Post a Comment