+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, December 3, 2008

Wan Farid hampir pasti calon BN

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Dec 3, 08 7:22pm

Jawatankuasa penyelaras Umno bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan Ladang sebulat suara menyokong Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kuala Terengganu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kedua-duan DUN tersebut semalam.

wan ahmad farid salleh interview 041007 pointBatu Buruk dan Ladang adalah antara empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu. Dua lagi ialah Wakaf Mempelam dan Bandar.

Dalam mesyuarat tersebut, Batu Buruk diwakili oleh timbalan ketua Umno bahagian, Mohd Sabri Alwi manakala Ladang diwakili oleh naib ketua bahagian, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lalu.

Menurut sumber-sumber, dalam mesyuarat tersebut, mereka sebulat suara mencalonkan Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, sebagai calon bagi pilihanraya kecil tersebut.

'Pegang jawatan'

Sementara itu, Umno bahagian difahamkan akan menyenaraikan tiga nama untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ketiga-tiga nama tersebut merupakan mereka yang memegang jawatan di peringkat Umno bahagian.

Selain Wan Ahmad Farid, difahamkan dua lagi calon yang ingin disenaraikan termasuklah Mohd Sabri dan ahli jawatankuasa bahagian, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ahmad Farid berkata, Umno bahagian akan bermesyuarat 9 Disember ini untuk memutuskan senarai itu untuk diserahkan kepada Umno negeri.

Katanya, calon yang tidak berjawatan dalam Umno bahagian sukar mendapat sokongan parti dan pengundi.

"Orang yang hendak menjadi calon mesti mendapat sokongan daripada parti dan rakyat untuk menang dalam pilihanraya.

'Peluang BN cerah'

"Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian," katanya.

Wan Ahmad Farid menambah, Umno negeri akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk keputusan muktamad.

Katanya lagi, peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut adalah cerah.

Beliau berkata, ini kerana PAS kini berada dalam dilema untuk memilih calon yang sesuai.

"Kini ada dua kumpulan dalam PAS iaitu Erdogan dan bukan Erdogan. Kalau pilih calon kumpulan Erdogan, pengundi atas pagar susah menyokong mereka.

"Jika memilih calon bukan kumpulan Erdogan, pengundi yang menyokong PKR tidak akan menyokong calon tersebut," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |