+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 4, 2009

Buku isu foto intim Eli diedar di Bukit Gantang

Malaysiakini

Andrew Ong | Apr 4, 09 6:16pm

Buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.

bukit gantang by election elizabeth wong slanderous booklet 040409 01Salinan buku kecil itu ditemui di markas Pemuda BN di Simpang dan sewaktu majlis ceramah bekas pemimpin PKR, Lokman Adam di Taman Kaya, Simpang yang dibatalkan malam tadi.

Buku kecil itu tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penerbitnya.

Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Sehubungan itu, ia bertanya sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam tafsiran PAS mengenai Islam.

Muka surat 3 buku tersebut mendakwa Elizabeth juga mempunyai hubungan intim dengan ketua penerangan PKR, Tian Chua, terutama apabila mereka berdua berada di Taiwan tahun lalu, untuk memujuk ahli Parlimen BN melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

bukit gantang by election elizabeth wong slanderous booklet 040409 02Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.

Pada 16 Februari lalu, dua akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan berita mengenai gambar-gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum. Berikutan itu, Elizabeth menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Sementara itu, khabar angin tersebar bahawa wang diedarkan kepada pengundi, mengakibatkan orang ramai menyerbu pusat operasi Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Kota Jaya, Simpang semalam.

Apabila Malaysiakini tiba di situ, kumpulan orang lelaki dan wanita kelihatan keluar masuk tempat tersebut. Di dalamnya, mereka dilihat menyerahkan kad pengenalan kepada dua lelaki yang menyalin butiran di atas sekeping keras kosong.

Mereka yang ditemui berkata, mereka mencuba nasib ekoran tersebarnya khabar angin bahawa ramai pengundi telah menerima wang tunia RM100 sejak tiga hari lalu untuk mengundi sebuah parti tertentu.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

"Saya diberitahu jika 'bos' datang esok, kami boleh mendapatkan wang tersebut," kata seorang wanita Cina yang sudah berusia.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |